Sebenarnya saya memang dah lama mencari ABM atau nama panjangnya Alat Bantu Mengajar untuk Addin membuat aktiviti Mathsnya di rumah. Sebelum ini memang ada dijual di pasaraya namun ianya kecil dan tiada ciri keselamatan. Bukannya apa adakala jika barang yang kita beli kurang berkualiti ia dikhuatiri mengundang bahaya. Maklumlah anak kedua kami Nasa ada habit memasukkan apa sahaja barang yang dipegangnya ke dalam mulut seperti hendak merasa atau mungkin curiousity Nasa sangat tinggi terhadap barang di sekitarnya.
Kini, sejak pulang dari KL Addin lebih tekun membuat latihan matematik hatta sehelai mukasurat sebelum masuk tidur. Sekurang-kurangnya Addin dah boleh melaksanakan aktiviti maths 2 digit minus 1 digit dengan lebih lancar. Syukur Allah menemukan saya apa yang saya cari selama ini. Sangat berbaloi dengan harganya RM49.00 kerana selepas ini ianya boleh saya gunakan sebagai ABM di sekolah apabila sudah masuk kerja semula nanti. Cuma selepas ini saya perlu mencari banyak lagi buku latihan untuk Addin....

0 Ulasan