Namun adakala rasa kasihan dengan Addin, waktu belajar yang berkualiti adalah apabila Nasa tidur dengan aman dan nyenyak. Bukan mudah ....kadangkala terfikir betapa hebatnya ibu-ibu yang manage anak yang ramai. Saya baru dua...hmmm. Memandangkan Nasa dah pandai bergolek sana sini, saya lebih prefer dia duduk dalam babycot. Paling lama Nasa boleh duduk dalam tu setengah jam selepas itu dia akan menjerit sekuat hatinya. Entahlah memang berbeza kedua-dua anak ini. Semasa Addin dulu, dia banyak senyum dan gelak. Sebaliknya dengan Nasa...suaranya sahaja dah cukup untuk menggegarkan satu hospital Columbia Asia. Mungkin semasa mengandung ibu banyak menjerit kot. Entahlah.... yang pasti bila auntie Sidah(my best helper) datang mengemas rumas, dengar Nasa menjerit auntie Sidah akan kata... "Ini la anak cikgu...kuat menjerit". Tersenyum saya dan adakala merasakan seperti satu gurauan atau mungkin satu sindiran.
Semalam ada teman akrab saya meminta untuk saya meletakkan gambar Nasa dan Addin dalam blog kerana katanya lama tak tengok Addin dan macammana agaknya muka Nasa sekarang. Selama ni saya tak minat nak letak gambar anak-anak kerana tiada kepentingan rasanya tapi demi saudara mara yang jauh macam angah, mak oyah, acik Ein dan teman-teman yang jauh, saya letakkan juga. Jadi saya sedang fikir gambar mana yang patut saya letak sebabnya semua gambar adalah yang terbaik pernah dirakamkan. Namun apa pun... buat CT, Faiz, Acik, Along, Cery, Hasfa, Laila, Ayu, Yus, Mas, Linda, Az dan semua teman-temanku dunia dan akhirat (walaupun tak tertulis semua di sini namun kalian sentiasa dalam doaku!)
inilah anak-anakku dan merekalah wiraku!

Nasa dan Addin

Cucu-cucu kesayangan Hj. Hussain dan Hjh Salwa

Buah hati ibu dan abah...Addin dan Nasa
2 Ulasan
mmmm