Hampir 3 bulan Addin hanya belajar di rumah…berguru dengan ibunya. Nasib baik ibu Addin memang seorang guru. Walaupun begitu jauh di sudut hati Addin dia sangat rindu dengan teman seperjuangannya di sekolah seperti Afi Hazizi, Umaira dan ramai lagi. Namun nama yang sering disebutnya pastilah kawan baiknya Afi Hazizi. Kini kami sedang menunggu tarikh yang pasti untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Saya sudah merancang untuk menghantar Addin ke sekolah yang bagus di sana, insyaAllah.
Walaupun saya boleh mengajarnya sendiri di rumah atau dengan erti kata lain boleh melaksanakan home schooling tapi hakikatnya tidak sama seperti pembelajaran di sekolah. Terdapat beberapa perkara yang menjadi pertimbangan saya….
Baiknya home schooling:
1. Anak sentiasa dalam pemerhatian ibu bapa
2. …terpelihara dari anasir-anasir luar
3. … tidak mudah terpengaruh dengan kawan
4. … ibu bapa adalah superior/ model anak-anak
5. … menjimatkan wang (berbanding di hantar ke sekolah )
6. … masa bersama ibu bapa lebih banyak dan tiada had
7. … anak-anak belajar dengan kosentrasi, tiada gangguan kawan dan ….
Sebaliknya tentang home schooling :
1. … Anak-anak membesar dalam skop yang terhad
2. … perkembangan beberapa aspek terbantut seperti social skill
3. … skop yang terhad kerana hanya melihat ibu bapa sebagai superior
4. … parents are not well trained teacher ( unless parents adalah guru )
5. … rasa ingin bersaing yang terhad kerana persaingan mungkin hanya antara adik beradik
6. … kurangnya intangible value dengan persekitaran luar
7. … pengalaman hidup yang terhad
8. … akan mudah mengalami kejutan budaya terutama apabila mula berjauhan dari ibu bapa ( ia sering terjadi apabila anak dapat melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh)
9. … kos yang tinggi untuk sekolah yang bagus ( berbaloi jika hasilnya bagus) dan ….
Yang lainnya masih dalam pencarian…..
0 Ulasan