Memaparkan catatan dengan label Omega3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omega3. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Ogos 2017

Anak selsema dan batuk ; perkara lain yang perlu dipandang serius.

Jangan pandang remeh jika kita atau ada ahli keluarga yang batuk secara berterusan.

Ya kena monitor supaya sakit tak berpanjangan.

Macam ada kes, individu ni batu lama lebih 6 bulan...kerana hanya berlaku malam sahaja beliau tak amik pusing sangat.

Namun selepas membuat pemeriksaan doktor ada banyak bintik putih dalam peparunya dan doktor suspek ia kronik.

Alhamdulillah suaminya usaha mencari rawatan alternatif sebelum doktor sahkan penyakit lain.Syukur kini bertambah sihat.


Maka melalui cerita itu, kami sangat alert bila lihat anak batuk atau selsema.



So saya pun cuba sediakan secawan madu suam dan tambah dengan cinnamon awal pagi untuk Nasa bila perasan dia mula ada hingus. Alhamdulillah ada perubahan yang ketara kerana dia mudah buang lendir dengan banyak dan lega dari keadaan berhingus.


Selain bekalkan supplement yang membangunkan interferon , kami juga bekalkan Omega 3 kepadanya supaya mudah warm for his chest.

Selain itu saya amal sapukan minyak burung unta pada dada mereka sebelum tidur dan adakala jika terbangun malam saya akan ulang lagi menyapu minyak dibelakang badan mereka pula.

Selain usaha menyediakan makanan kesihatan, ada beberapa perkara lain juga perlu dipandang serius.

Cadar dan tuala mandi perlu kerap ditukar.

Pemasangan air purifier sangat membantu terutama yang tidur menggunakan air conditioner.

Air purifier Shaklee



Pastikan mandi waktu tengahari supaya panas badan berkurang. Pakaian pastikan bersih dan mereka tidur dengan pakaian yang selesa. Biasanya anak-anak kami mandi 3 kali sehari.

Jika mereka ada bermain dengan kucing sebelum tidur, kami pastikan mereka menukar baju lain sebelum tidur supaya tiada bulu atau hama yang melekat pada pakaian tidur mereka.

Pastikan anak tidur awal supaya dengan cukup rehat tubuh akan generate imun system dengan lebih cekap.

Paling utama, rajinkan peluk mereka. Kerana kesan peluk ni sangat hebat untuk anak-anak yang sedang membesar!

Ya yang penting kita kena alert dengan keadaan persekitaran termasuklah diri dan keluarga kita.



#healthyfoodforhealthylife
#shakleekualaterengganu
#shakleemiri
#shakleemuar


📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 10 Ogos 2017

Wanita melalui monopause, lelaki mengalami?

Wanita sedia maklum pada satu peringkat umur mereka akan melalui satu fasa dalam hidup mereka iaitu monopause. Perubahan hormon ini sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan wanita dari segi fizikal dan mental.

Apabila wanita memasuki fasa ini, rata-rata mereka mudah letih, sedikit moody dan ada yang cuba mengasingkan diri buat seketika untuk melalui peringkat ini. Oh tapi bukan semua wanita sama. Bagi mereka yang memang aktif bersukan, bersenam dan menjaga pemakanan dan cara hidup mereka, kemasukan fasa monopause mungkin tidak menjejaskan kesihatan mereka secara ketara ini kerana mereka sentiasa usaha mengekalkan kesihatan pada tahap optimum.

Bagaimana dengan lelaki ye? Lelaki juga mengalami satu frasa dalam  hidup mereka selari dengan faktor umur yang meningkat. Ya jika wanita mengalami monopause, maka golongan lelaki mengalami Andropause.

Hakikatnya penurunan testosteron berlaku secara beransur-ansur yang dialami lelaki `berumur 30 tahun ke atas.



Gambarajah di atas menunjukkan hormon testosteron lelaki semakin menurun selari dengan peningkatan usia mereka.


Apabila ini berlaku, kesihatan fizikal dan mental turut terjejas...antaranya ;

Jisim otot berkurangan

✔ Ketumpatan tulang berkurangan

✔ Lemak badan bertambah

✔ Kurang bertenaga

✔ Nafsu semakin rendah

✔ Perubahan emosi

✔ Mudah letih




Maka pentingnya amalan pemakanan yang seimbang, cara hidup yang sihat dengan bersenam dan bersukan dan persekitaran yang sihat.

Nak tahu supplement yang penting untuk kekalkan vitality? Nanti saya share dalam next entry ya. stay tune!



📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 9 Ogos 2017

Kesihatan prostat perlu dipandang serius oleh para lelaki.

Selama ini saya cuma tahu kanser prostat ini terjadi pada banyak lelaki yang berumur. Pada saya ia mungkin disebabkan oleh penjagaan pemakanan, cara hidup [ kesihatan], dan alam persekitaran. Rupa-rupanya prostat itu melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa disedari oleh lelaki itu sendiri.

Namun kelas nutrisi yang lepas baru saya belajar benda baru iaitu prostat lelaki membesar selari dengan umur mereka. Ianya berlaku dalam keadaan tanpa disedari terutama bila kita kurang ilmu pengetahuan.

Saya cuba google dengan lebih lanjut....dan ya ianya membesar mengikut faktor umur.

Baru saya faham mengapa lelaki pada sesetengah peringkat umur mendapati perubahan terutama berkaitan dengan masalah perkumuhan iaitu membuang air kecil lebih kerap atau mudahnya kita kata kencing yang tidak lawas.

sumber dari menshealthforum

Pada usia 20 an, prostat lelaki yang sihat biasanya adalah sebenar walnut. 


Apabila usia lelaki mula memasuki 40 an, prostat akan secara perlahan-lahan membesar seakan-akan saiz bola golf. Kebiasaanya gejala seperti kerap membuang air kecil dan ereksi menjadi lemah.


Lebih 50% lelaki yang berusia 50 tahun akan terjejas. Mereka akan mengalami proses membuang air kecil menjadi semakin sakit dan fungsi seksual menjadi semakin merosot.
Ini kerana saiz prostat boleh membesar menjadi seperti sebiji buah lemon.


Didapati lebih 90% lelaki yang mencapai usia 90 tahun mengalami masalah kesihatan yang sangat terjejas. Prostat boleh membesar kepada saiz besball dan ini akan menyebabkan kualiti hidup lebih terjejas.

Bagi lelaki yang tidak mementingkan kesihatan dan kehidupan yang sihat, dikala inilah mereka terdedah dengan pelbagai penyakit termasuklah kanser prostat.



Jika ia adalah satu proses kehidupan bagaimana nak pastikan kehidupan tidak begitu terjejas?

Ya sebab itu pentingnya kehidupan yang sihat, pentingnya bersenam dan aktiviti riadah. Selain dari menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang sihat sangat penting.  Elakkan merokok, cuba kawal stress kerja yang dilalui dan pastikan mempunyai rehat yang seimbang dengan kerja hakiki.Cuba amalkan supplement yang kaya dengan pholifenol supaya membantu kekal sihat dan bertenaga.




Ada ilmu kena share kan supaya ramai orang concern betapa pentingnya menjaga kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat untuk kehidupan yang sejahtera dan harmoni.




Isnin, 9 November 2015

3 VITAMIN UNTUK KEKAL SIHAT

Ya dulu saya belajar set optimum ialah Family Wellness... apa ada dalam set tu?

ESP - penting sebagai membina sel dan blok asas tubuh. ESP membina dan membaiki sel seterusnya sel dapat duplikasi secara sihat dan optimum.

Vitalea - nama khas multivitamin Shaklee yang lengkap dengan semua zat dan garam mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

B complex- Membantu sel lebih sihat dan aktif serta sebagai bahan bakar glukos [ gula] kepada tenaga.

Sustained Release Vitamin C - melindungi sel dan bertindak sebagai membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.



Namun zaman sekarang set minima ialah 3 jenis vitamin iaitu

ESP, Omega Guard dan Vita-Lea.



Pasti ada yang bertanya mengapa Omega Guard?

Omega guard bertindak sebagai activator iaitu untuk membantu sel boleh berfungsi dengan normal dan juga boleh bertindak sebagai pembersih salur darah. Omega guard adalah fatty acid yang tidak dapat dibuat oleh badan tetapi hanya dapat melalui makanan atau supplement.

Kita sendiri terdedah dengan makanan yang tinggi kandungan lemak melalui makanan bergoreng tidak kurang juga transfat dari makanan segera maka pengambilan Omega Guard sangat membantu kita dari terdedah dengan kolestrol yang tinggi.

Ya Omega Guard juga membantu mencegah segala pertumbuhan abnormal sel.Ia sangat bagus diambil oleh lelaki dan wanita untuk kesihatan optimum. Banyak manfaat Omega Guard selain ia juga bagus untuk kesihatan jantung.


Berminat nak dapatkan 3 produk ini untuk kekal sihat? Boleh hubungi kami di 0128535689.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 Ogos 2015

Tisu mati disebabkan jangkitan atau kekurangan pengaliran darah risiko gangren?

Bila berjinak dengan dunia Shaklee....saya belajar memahami penyakit dan sistem tubuh manusia. Melalui kursus serta pengalaman konsultasi saya sedikit sebanyak dapat memahami kepentingan vitamin kepada sistem dan tubuh kita. Suami saya lebih arif kerana sebelum ini beliau bercita-cita nak menjadi seorang doktor tetapi aturan ALLAH lebih baik kerana beliau tak jadi amik kursus medic tetapi kejuruteraan awam sudahnya.

Sepanjang berbelas tahun saya dalam Shaklee semua penyakit kronik pesakit saya belajar bagaimana punca dan bagaimana vitamin membantu untuk pesakit terus kekal sihat dan bertenaga. Vitamin tak mampu nak jadi ubat namun pengambilan vitamin buatkan badan kita cergas dan bertenaga secara langsung membantu sistem tubuh lebih kuat dalam melindungi tubuh dari serangan virus, bakteria dan penyakit yang serius.

Saya bukanlah doktor...saya tak pernah pun hafal ubat yang doktor prescribe untuk client saya...cuma saya akan refer doktor untuk memahami lebih lanjut punca sesuatu penyakit.

So saya nak share tentang satu penyakit yang biasa kita temui pada pesakit kencing manis...iaitu Gangren. Apa itu gangren?

Cegah Gangren


Percaya atau tidak...selama berbelas tahun dalam Shaklee biasa saya jumpa kes ini pada pesakit kencing manis.

Apa sebenarnya Gangren?

Gangren adalah penyakit yang berpunca dari kegagalan pengaliran darah yang membawa kepada kematian sel pra matang dan nekrosis tisu hidup. 
Ia boleh berlaku hampir pada semua bahagian badan termasuk organ dalaman.

Kebiasaanya kegagalan atau gangguan peredaran darah itu boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, luka atau jangkitan. Ia juga boleh berpunca dari diabetes yang tinggi, arteriosklerosis, ketagihan rokok atau dadah.

Dalam banyak kes sebanyak 50% dari kes gangren menyebabkan kecederaan yang serius, luka yang lambat sembuh serta jangkitan semasa pembedahan perubatan. Gangren sebenarnya sangat bahaya kerana ia boleh merebak dengan sangat cepat, lebih khusus kerana boleh meliputi kawasan yang besar dan dalam banyak kes ia membawa kepada pemotongan bahagian yang dijangkiti dan biasanya berlaku pada tangan atau kaki. [ amputation].




Tahun ini adalah tahun pertama dalam Shaklee yang saya jumpa beberapa kes gangren disebabkan oleh saluran darah tersumbat....satu disebabkan kolestrol yang sangat tinggi dan satu lagi kerana terlalu ketagih akibat rokok.


Pengambilan makanan harian kita perlulah seimbang...jangan terlalu banyak amalkan daging untuk kurangkan risiko kolestrol selain menjalani kehidupan yang seimbang.

Jika ada yang bertanya vitamin apa yang membantu pengaliran darah yang lebih baik?

Antara vitamin yang bagus untuk kita amalkan dalam mencegah risiko gangren ialah Omega Guard, Vitamin E Complex, Vitamin C, Lecithin , Garlic dan Vivix.

Ini antara vitamin yang kaya dengan antioksidan. Ia juga membantu pengaliran darah yang lebih baik. Selain itu ia mencegah pembentukan plak kolestrol dalam salur pembuluh darah kita.

Vivix

Plak Kolestrol

Ya plak kolestrol boleh wujud tanpa kita sedar...sebab ia bukan berlaku di depan mata kita. Kita hanya akan sedar bila penyakit serius mula munculkan diri.

Jom kita cegah kerana kos cegah tidaklah seberat kos merawat.... Sekurang-kurangnya kita usaha untuk berikan tubuh kita yang terbaik.

Hargai kesihatan semasa sihat pastinya kita juga yang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di akhir usia.

Berminat nak dapatkan vitamin di atas....boleh hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Julai 2015

Mengapa ibu ayah perlu pertimbangkan 4 supplement ini musim perayaan?

Tak lama lagi kita akan menyambut Syawal.... sudah pasti ramai akan mengambil peluang untuk bercuti panjang balik kampung dan melawat sanak saudara dan rakan taulan di kampung.

Namun dalam seronok kita beraya kami yakin dan pasti cabarannya adalah pada anak-anak kerana kesihatan mereka amat fragile terutama bila cuaca tak menentu dan masa rehat juga berkurang bila kita banyak berjalan.


Maka kami suggest untuk ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak ; boleh mempertimbangkan 4 supplement ini untuk dibekalkan sepanjang musim perayaan :

Nutriferon
Shaklee cari duit tambahan


Ia adalah vitamin yang dikenali sebagai immune booster atau penggalak sistem imun. Bagi mereka yang mempunyai anak yang ada alahan seperti allergi seafood, asma [ lelah atau semput] , mudah demam....maka bekalkan vitamin ini untuk mereka. Sekurang-kurangnya kita bekalkan mereka dengan vitamin dan bukan pergantungan kepada ubat semata-mata. Banyak testimoni yang berpuashati dengan membekalkan vitamin ini untuk anak mereka terutama yang sakit berlarutan.


Omega Guard


Omega dikenali sebagai vitamin yang bagus untuk DHA terutama dikalangan anak2. Namun tahukah anda ia juga vitamin yang sangat bagus untuk sistem pertahanan badan? Ia juga membantu mengurangkan rasa letih di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Ia juga bagus untuk vitamin anti radang. Selain itu jika anak anda adalah mereka yang mudah selsema atau sejuk bila tidur malam, pastikan bekalkan mereka Omega Guard sebelum mereka tidur supaya chest mereka tidak mudah sejuk. Kan sudah pasti lebih baik dari pergantungan kepada nebulizer?


GLA Complex
Cari duit tambahan


Ia adalah gabungan Omega 3 dan Omega 6...dikenali juga sebagai penstabil hormon. Paling bagus ia membantu menstabilkan prostagladin dalam tubuh kita. Maka ia sangat membantu mereka yang demam berlarutan atau sakit kepala yang lambat kebah...apa kata makan 1 biji GLA Complex untuk mendapatkan keredaan. Bila cuaca tak menentu ia boleh menyebabkan anak mudah jatuh sakit. Maka pemberi supplement pastinya lebih baik selain membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.


Performance Drink
kerja dari rumah



Ya ia adalah minuman isotonik yang bagus diambil kerana tidak mengandungi karbonat seperti air isotonik lain yang dalam pasaran. Ia boleh diambil oleh mereka yang aktif bersukan, mereka yang kurang air atau demam serta mereka yang mengalami cirit birit . Sedarkah kita bila kita balik kampung terutama yang melalui perjalanan yang jauh, ditambah anak-anak kita akan gembira bermain bersama saudara mara yang jarang dapat berjumpa mereka akan leka bermain. Bila ia berlaku anak akan kurang minum air, akhirnya akan mudah mendedahkan mereka kepada suhu badan yang meningkat. Perjalanan jauh juga akan membuatkan anak-anak cepat letih...maka pengambilan Performance drink sebagai bekalan minuman sepanjang perayaan sangatlah sesuai.



Akhir sekali..... sebelum bertolak untuk sebuah perjalanan baik dekat atau jauh untuk merayakan Syawal ini, apa kata mulakan perjalanan dengan sedekah. Kini banyak aje no acc bank asnaf yang boleh diperolehi di internet termasuklah sekolah anak yatim, tahfiz, rumah pengasih....kerana hakikatnya sedekah dapat menjauhkan dari penyakit dan bala.


So untuk ibu dan ayah diluar sana....cuba pertimbangkan 4 vitamin di atas untuk seisi keluarga terutama musim perayaan ini.


Jika berminat nak dapatkan produk2 di atas boleh hubungi kami di talian : 0128535689.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.



 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 19 Mei 2015

Testimoni : Lecitin dan Omega membantu dapat mengawal berat badan?

Memang saya amalkan kedua-dua produk ini malah kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama tapi tak serupa.

Memang Lecitin dan Omega membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan tetapi setiap vitamin ini mempunyai fungsi tambahan yang lain dan setiap mereka punya keunikan tersendiri.

Saya mempunyai satu testimoni...namun atas kerana menghormati individu tersebut serta suaminya maka tiada gambar atau nama disertakan disini.

Beliau dah lama amalkan Lecitin dan Omega ini...memang bertahun tapi tak nampak kesan seperti yang diharapkan. Namun selepas beliau usaha mengurangkan pengambilan teh dan kopi beliau dapat rasakan perbezaan ke atas berat badannya.

Jika dulu pinggangnya memang besar...sekali pandang seperti orang mengandung saiz pinggangnya tapi kini pinggangnya cuma 29" !!!

Beliau juga ada berkongsi untuk mendapatkan kesan yang baik dalam pengambilan supplement maka kita perlu kurangkan pengambilan teh dan kopi. Mungkin agak susah bagi mereka yang memang ketagih minuman ini setiap hari namun boleh cuba kurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan.


Alhamdulillah beliau sendiri usaha minum ribena atau sirap kurang gula demi menggantikan teh dan kopi dalam diet harian beliau. Dalam masa sebulan beliau dapat turun 6 kg dari berat terdahulu!

Benarlah kata orang lama...jika dah usaha tak nampak hasil, kena ubah cara. InsyaALLAH hasilnya berbeza bila cara berbeza!


So bagi anda yang amal vitamin tapi tak nampak kesan cuba amal

1. Pengambilan herb lax 1-2 kali seminggu
2. Kurangkan pengambilan teh dan kopi dalam diet harian.


Moga apa yang diusahakan menghasilkan kejayaan!



Dapatkan Lecitin dan Omega hari ini untuk tubuh lebih cantik , sihat dan menawan!



Rambut berkilat
 Nature’s Emulsifier
The national Academy of Sciences has established that choline is important in the diet because lecithin is a fat soluble substance called a phospholipid, is composed of choline and inositol, and is found in all living cells, It is a major component of cell membranes, which regulates the nutrients entering and exiting the cell.
Lecithin is also converted into acetylcholine in your body, which is a substance that helps in maintaining healthy body.
  • Each serving provides 3.1g of choline rich lecithin, including 468mg of phophatidylcholine and 282mg of phosphatidylinositol
  • Naturally sourced from soybeans



IQ lebih baik

Purified, concentrated natural fish Oil
OmegaGuardTM provides, full-spectrum of pure, pharmaceutical grade omega-3 fatty acids.

Fish Oil
OmegaGuardTM provides a full spectrum of seven pure occurring omega-3 fatty acids: EPA, DHA, and more EPA benefits your health, while DHA is critical for normal development and function. One serving of OmegaGuard provides 990mg of omega-3 fatty acids.

Pure and Pharmaceutical Grade
OmegaGuardTM is made with a proprietary, triple molecular distillation process that concentrates the beneficial omega-3 fatty acids while removing harmful compounds like mercury and lead that are found in many types of fish.












* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

 Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 November 2014

K.A.M Kam P.U.N.G Pung ......... longkang?

Pembesaran anak bukan hanya dari aspek fizikal semata-mata yang perlu dilihat tetapi perkembangan mental perlu dititikberatkan.


Zaman saya mengajar anak murid baik masa tuition atau di sekolah kerajaan banyak yang saya belajar termasuklah sifat sabar.

Namun tak kurang juga rasa takut...bila saya dah lihat sendiri dengan mata sendiri situasi yang mungkin biasa pada cikgu veteran.

Saya diberi kepercayaan Guru Besar mengajar budak tahun 3 dan tahun 5... dan paling mencabar kerana tahun 3 kelas corot yang tak pandai membaca langsung walau dah 9 tahun. Walau bukan semua tapi majoriti ia kelas yang sangat lemah dalam membaca.

Saya kategorikan mereka anak-anak yang kurang mendapat perhatian mak ayah. Kebanyakan dari keluarga susah dan mempunyai adik beradik yang ramai maka mak yang tak bekerja sibuk uruskan keluarga.

Namun bukan itu yang saya nak kongsikan...saya nak share tentang pentingnya pemakanan anak-anak kerana ia membentuk otak mereka tanpa sedar.

Saya ada seorang murid yang saya ingat sampai hari ini. Mukanya handsome dan berkulit putih. Mungkin ikut wajah maknya yang cantik. Namun cabaran anak ini ialah apa yang dibaca tidak sama dengan apa yang disebut....

Masih ingat saya cuba membantunya belajar membaca....

Saya " Cuba kamu baca ini...."

Anak murid " k.a.m kam p.u.n.g pung " ...dan dia senyap.

Saya terus mencelah...so bunyinya apa?

Anak murid saya menjawab " longkang".

Saya andaikan dia hentam .....so saya betulkan dan  teruskan perkataan seterusnya....

" Cuba kamu baca yang ini pula....."

Anak murid " g.u.r.u ....cikgu"

Hmmm dah masuk perkataan kedua dan seterusnya saya perasan anak ini tidak fokus.

Apa yang boleh saya katakan otaknya kurang lecithin. Mengapa lecithin? Ini kerana ia membantu penghasilan acetylcholine yang penting untuk nuerotransmitter yang bekerja sebagai penghubung antara otak ke seluruh jaringan saraf dan pengendalian fungsi tubuh.

Banyak sebenarnya fungsi acetylcholine ini antaranya ialah membantu kita fokus , meningkatkan daya mengingat, rasa haus, pengaturan mood, otot dan beberapa lagi.

Memang kita nampak anak kita kenyang bila dah bagi makan ....namun adakah keperluan utama untuk perkembangan otak dan pertumbuhan tubuh mereka dipenuhi dengan sepenuhnya melalui pemakanan yang mereka amik sekarang?


Ditambah mainanan anak hari ini sangat canggih....ipad, PSP dan game di hp....ini semua membuatkan mereka hilang fokus dalam membaca tanpa kita sedar.

Punca cepat lupa.



DHA sangat penting untuk otak....tidak lupa juga dengan keperluan otak yang lain. Pengambilan Lecithin sebenarnya bagus untuk mereka.

Alhamdulillah saya dah mula konsisten bagi anak makan Lecithin , OmegaGuard, Carotomax, Nutriferon, Chew C dan Tripple Gems.

Mudah-mudahan mereka lebih fokus dan kreatif :)

Kalau kita boleh belikan anak kita pakaian yang cantik, mainan yang hebat pasti juga penting kita belikan mereka sesuatu yang bagus untuk perkembangan otak dan tubuh mereka.

Kita pun perlu amalkan vitamin terutama yang melibatkan otak ...OmegaGuard dan Lecithin sangat penting...walaupun ada orang fokus amik Lecithin dan OmegaGuard untuk kurus...uniknya supplement ini juga bagus untuk otak dan membantu daya mengingat dengan lebih bagus.

Sekarang kena juga pastikan pengambilan Lecithin konsisten macam amik OmegaGuard!!! Sure boleh lebih slim....yessss!!!!










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 21 November 2014

Isteri badan besar, salah siapa?

Mak pernah cerita zaman mak kerja dulu memang sentiasa slim sebab bila kerja kita akan ada rasa compete dengan rakan sekerja untuk jaga badan.


Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mak... jujurnya ramai surirumah yang mula lupakan penampilan diri mungkin kerana tiada persaingan untuk mereka jaga badan.


Nak isteri cantik

Namun memang bukan semua surirumah sama... cuma teringat saya pernah jumpa satu pasangan ini. Suami si A sanggup spend banyak duit untuk belikan produk kurus untuk isterinya. Apa sahaja orang rekemen bagus si suami pasti belikan untuk isteri dia. Bertuahkan si isteri ni?

Ramai suami yang sanggup spend duit beli eksesori kereta, belanja kawan makan dan macam-macam cuma segelintir yang sanggup keluar duit untuk isteri sihat dan slim. Namun peliknya mereka suka melihat perempuan cantik dan body yang slim. Cuma sedikit sahaja yang sanggup belikan produk untuk maintaince body isteri.

Sebenarnya untuk isteri sihat dan slim ini tanggungjawab siapa ya?
Kalau isteri tak kerja [ memang tunggu duit suami semata-mata] pastinya jawapan adalah tanggungjawab suami. Waktu itu isteri tak banyak pilihan pun kerana sumber duit adalah dari suami semata-mata.

Tapi bagaimana wanita yang bekerjaya? Biasanya hanya segelintir sahaja yang tak concern dengan kesihatan dan bentuk badan mereka dan banyak menyalahkah punca mereka jadi besar adalah kerana proses melahirkan.

Rata-rata wanita bekerjaya memang usaha menjaga bentuk badan mereka mungkin kerana motivasi dalaman yang wujud hasil dari persaingan secara tidak sedar di kalangan rakan sekerja.

Oleh kerana itulah saya sentiasa bernekad nak sharekan ilmu Shaklee saya dengan surirumah terutama yang tiada sumber pendapatan. Mereka ada internet kat rumah namun seharian sibuk baca status update orang di fb. Hakikatnya mereka boleh manfaatkan internet yang ada dengan menjana pendapatan secara tidak langsung. Bila ada pendapatan walau hanya dari rumah, isteri ada peluang nak beli vitamin untuk penjagaan badan khususnya.

Pada saya, jika saya dapat bantu seorang surirumah mempunyai pendapatan minima RM500 dengan Shaklee ...seronoknya ALLAH sahaja yang tahu. Saya pernah jadi surirumah terhormat. Nama aje ada degree tapi duduk rumah tunggu duit hadiah bulanan dari suami. Namun nak beli vitamin pun saya kena consider belanja yang lain. Syukurlah masa tak kerja saya menyusu anak sepenuh masa dapatlah saya slim macam zaman bujang.

Hakikatnya seorang isteri tetap kena concern pasal penampilan dan bentuk badan mereka. Ini demi memastikan suami kita tahu kita tetap usaha jaga diri walaupun sudah beranak. Pakailah yang cantik-cantik dan wangi-wangi untuk suami selain menjaga keperluan batin dan keperluan zahir yang lain demi kemakmuran rumahtangga. Wallahu alam.






 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

OmegaGuard Shaklee bukan sekadar minyak ikan biasa.




Shaklee Miri


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 18 November 2014

OmegaGuard Shaklee bagus untuk antibodi.

Satu perkara baru menarik perhatian saya tentang OmegaGuard Shaklee ialah EPA bagus untuk menyokong imun sistem.

Shaklee Miri Sarawak

Masa tu terus saya catit dalam buku sebab takut saya lupa nak share dalam blog!

Lebih excited saya ceritakan pada kawan baik saya Cikgu Faiz di Miri!

Faiz ! Kalau kita dah kehabisan stok Nutriferon kita bagi anak kita makan OmegaGuard aje. Rupanya ia bukan sahaja bagus untuk otak sebab kandungan DHA tetapi rupanya EPA yang dalam OmegaGuard Shaklee tu bagus untuk imun sistem tau!

Kedengaran suara Faiz sangat ceria bila saya ceritakan tentang EPA itu. Terus beliau cerita yang beliau dah mula berikan anaknya OmegaGuard hari-hari dan beliau tak nafikan anaknya cepat sembuh terutama jika terkena jangkitan pada kulit. Maklumlah anak kecil yang dihantar ke rumah pengasuh dan bercampur gaul dengan ramai anak dari pelbagai latar belakang. Mereka kan terdedah dengan pelbagai kemungkinan.

Sejak dari itu Addin dan Nasa akan makan OmegaGuard Shaklee lebih baik yang mana tak perlu saya ingatkan mereka tahu nak amik dan makan. Senang bela anak Shaklee....nampak mereka enjoy sangat makan vitamin Shaklee sekarang!


So bagi anda yang nak anak yang sihat dan otak yang cergas, jom berikan mereka OmegaGuard Shaklee! Jika berminat nak dapatkan produk ini boleh hubungi saya di 012-8535689!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 7 November 2014

Tips untuk anak yang tak suka telan minyak ikan OmegaGuard?

Senang aje tengok anak orang makan OmegaGuard Shaklee. Tapi anak saya taknak, dia akan muntahkan balik!  Keluhan seorang ibu yang usaha nak berikan anaknya OmegaGuard.



Ada beberapa cara cadangan yang boleh ibu apply untuk berikan anak makan OmegaGuard Shaklee.


Antaranya :

Jika anak baru setahun lebih cuba ajarkan dia gigit.... anak-anak saya boleh kunyah OmegaGuard Shaklee. Terutama Nasa. Sejak umur dia setahun saya akan gigit sedikit dan suapkan dalam mulut dia. Dia akan terus kunyah sebab lembut. Sehingga hari ini dia suka kunyah OmegaGuard Shaklee.
Bila kita kunyah dia akan ikut....sampai besar mudah untuk dia makan OmegaGuard.

Cuba masukkan sedikit dalam susu anak. Atau dalam sirap atau air oren. Jangan picit sebiji penuh memadai sedikit dahulu.

Selain itu cuba masukkan ke dalam bubur ikan. Biarkan bubur itu suam sedikit dan picitkan Omega ke dalam bubur ikan itu. Gaulkan bersama ikan yang ada dalam bubur.


Miri - OmegaGuard Shaklee

Mungkin ada beberapa lagi cara bagi ibu yang kreatif. Jika anda ada cara yang unik boleh emailkan dan saya berbesar hati  bagi yang sudi meninggalkan komen yang bernas untuk tips cara makan OmegaGuard untuk anak.

Jom baca KELEBIHAN OMEGAGUARD SHAKLEE

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 6 November 2014

Barang lusuh kenapa nak simpan?

Pernah tak sayang sangat pada baju yang kita selesa pakai dan baju tu dah sangat lusuh? Walau lusuh kita tetap pakai kerana terlalu selesa.


Shaklee Miri
Gambar dari google. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati.

Namun sampai satu masa kita tahu baju tu perlu dibuang cuma tak tahu bila.

Ada banyak sebab yang buatkan kita yakin untuk buang baju tersebut;

1. Bila ada duit kita beli baru
2. Bila baju dah koyak dan tak boleh pakai lagi dah tapi itu pun kalau datang rasa sayang kita masih simpan buat kain buruk kat rumah....
3. Dapat hadiah baju baru...


Nak berjaya orang kata kena berubah, kena ubah sikap dari biasa jadi luar biasa.

Orang yang dah biasa duduk atas sofa lama akan rasa empuk dan selesa walaupun nampak buruk. Nak tukar sofa baru ramai yang takut...takut tak seselesa dulu.

Sofa lama. [ Gambah ehsan dari Google]

Shaklee Miri
Gambar dari google.


Samalah dengan sikap kita sebenarnya...ramai orang yang dah biasa hidup biasa jadi takut nak cuba hidup luarbiasa.

Hakikatnya belum buat dengan serius, hasilnya takkan serius.

Kenapa nak tukar baju baru? Kalau ada yang lebih baik kenapa tidak bukan?

Paling utama kena pasti dengan apa yang kita mahu maka kita akan usaha sampai kita dapat.

Saya yakin semua orang suka yang baru. Yang membezakan kita dengan yang lain adalah azam dan tindakan kita.

Jom kita buat refleksi 2014 semoga 2015 akan menjadi lebih baik dan lebih cemerlang.






 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Testimoni Kurus : Lelaki juga usaha jaga bentuk badan.

Bila badan kita berisi sikit, kawan-kawan akan tegur "makin sihat nampak". Nak cover line kita balas balik "biasalah, hati senang". Macam mana cool rupa kita menjawab, ada terselit jua rasa susah hati. Pasti ada keinginan nak nampak segak seperti zaman muda-muda dulu kan? Kebiasaan yang didengar ialah, bila sesorang itu ambil produk slimming, ada yang tidak nampak kesan atau pun kesan tidak kekal.


Shaklee Miri

Pengedar Sah Shaklee Miri.

Ini testimoni dari rakan suami saya, saudara Zayed. Tidak perlu saya tulis banyak. Gambar sebelum dan selepas beliau boleh ceritakannya. Terima kasih kepada beliau kerana mengizinkan saya berkongsi pengalaman beliau selepas menggunakan produk Shaklee.


Dalam kes saudara Zayed, Lecithin berfungsi memecahkan lemak. Pengambilan Alfalfa pula bertindak sebagai medium menyerap dan menyingkirkan lemak keluar dari badan (Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak sebagai serat). Dalam banyak kes penurunan berat badan, bukan saja lemak akan disingkirkan, penyusutan otot badan juga berlaku. Perbezaan Shaklee ialah pada produk Cinch Shake Mix yang merupakan campuran proprietari Protein dengan LeucineLeucine ini membantu mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan. Cinch juga membekalkan serat, vitamin dan mineral penting yang memberikan rasa kenyang. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai meal replacement.

Selain itu, faktor lain jangan dilupakan. Pastikan pengambilan air yang banyak, bersenam, perhatikan pengambilan kalori harian dan tidur yang cukup. 

Jika anda mahu tahu lebih lanjut, boleh bertanya sendiri dengan beliau  FB Zayed Zulkifli.

Untuk baca lebih lanjut mengenai pengurusan berat badan dengan Shaklee sila klik sini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 4 November 2014

Shaklee OmegaGuard - bagus untuk otak ?

Ramai orang sedia maklum minyak ikan bagus untuk otak. Malah doktor panel di klinik swasta turut akan bekalkan ibu mengandung minyak ikan yang dikatakan sangat bagus untuk pembentukan otak bayi.


Memang ada pelbagai jenama minyak ikan di pasaran. Namun saya nak share minyak ikan Shaklee yang diberi nama OmegaGuard.

Minyak ikan Shaklee tidak bercampur dengan lecitin atau vitamin E. Ia adalah asli minyak ikan sahaja.

OmegaGuard Shaklee adalah minyak ikan yang mengandungi kepekatan tinggi dengan spekstrum penuh.

Info ringkas dan padat yang saya nak share dalam entry ini ialah
Shaklee Miri


Jumlah Omega-3 Fatty acids ialah 330 mg dalam setiap kapsul.

Kita disarankan mengambil 3 biji  per serving dengan ini kita akan memperolehi 990 mg Omega-3 fatty acids. Pengambilan 3 kapsul ini membekalkan kita EPA 540 mg manakala DHA sebanyak 360 mg.

Pengambilan Omega sangat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan serta kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu ia juga sangat membantu dalam penglihatan awal bayi.

Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang OmegaGuard Shaklee.

Anda ibu mengandung atau menyusukan anak? Ingin berikan yang terbaik buat si manja anda? Apa kata cuba OmegaGuard Shaklee. Hubungi kami untuk buat pesanan di talian 012-8535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

OmegaGuard Shaklee - apa kaitan dengan kencing manis?

Alhamdulillah rezeki dapat turut serta dengan Health and Wellness Talk yang dianjurkan oleh Shaklee di hotel 360 Hock Lee Kuching Sarawak. Cegah Diabetis- walaupun tiada penyakit tu tapi kami datang untuk ilmu supaya kita ada usaha mencegahnya.


Walaupun dah lebih berpuluh kali datang training tapi saya tetap enjoy datang kelas jika berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta.

Ini sangat membantu untuk saya lebih memahami dan mengenali produk dengan lebih mendalam. Kelas malam ini adalah sharing bagaimana nak mencegah Diabetis.

So dipendekkan cerita dalam list vitamin yang sesuai disarankan penyakit kencing manis ada beberapa vitamin termasuklah OmegaGuard Shaklee.

Nutritionist juga tekankan bahawa walaupun Omega tidak bertindak secara langsung namun pengambilan OmegaGuard sangat membantu kepada pesakit kencing manis kerana ia membantu meningkatkan pengaliran darah dengan lebih baik.

Ditambah pula penyakit kencing manis ialah ibu kepada segala penyakit. Maka pengambilan OmegaGuard sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung kepada pesakit kencing manis tadi. Ini kerana kebiasaannya bila pesakit kencing manis turut mendapat pakej penyakit lain seperti jantung, darah tinggi dan beberapa penyakit lain apabila ianya tidak dapat dikawal.

Pengambilan OmegaGuard juga membantu mengurangkan jangkitan. Tidak dinafikan setelah mengamalkan pengambilan OmegaGuard yang konsisten 2 kali sehari saya mendapati mudah recover dari penyakit. Ini kerana ia juga membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh secara tidak langsung.
Pengedar Sah Shaklee Miri

Untuk lebih lanjut mengenai  OMEGAGUARD SHAKLEE SILA KLIK SINI.

Mempunyai ahli keluarga yang mengidap kencing manis? Ingin mencuba vitamin Shaklee? Boleh hubungi kami di 012-8535689.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 3 November 2014

Testimoni OmegaGuard Shaklee : Saya jadikan ia sebagai agen bakar lemak.

Tidak dinafikan bagi pengamal supplement, Lecitin dan OmegaGuard sangat terkenal sebagai agen pembakar lemak.

Pengedar Sah Shaklee



Apa beza kedua-dua ini? Mudah sahaja. Lecitin dari soya manakala OmegaGuard dari lemak ikan laut dalam.

Mana yang lebih berkesan? Pada saya dua-dua mempunyai manfaat yang hampir sama namun terpulang kepada keserasian individu yang mengamalkannya.

Dulu saya memang bergantung sepenuhnya dengan Lecitin Shaklee sebagai bahan untuk bantu saya kurus dan dapatkan berat yang idea. Namun selepas saya tahu bahawa Omega antara supplement yang bagus untuk interferon maka ia membuatkan saya jatuh hati dengan OmegaGuard Shaklee yang pastinya lebih baik.

Jika dahulu saya hanya amalkan makan 3 biji OmegaGuard Shaklee pagi selepas waktu sarapan sahaja. Namun selepas saya membelek di botol OmegaGuard Shaklee yang kita boleh amalkan sebanyak 1-2 kali ( bersamaan dengan 6 biji OmegaGuard) maka saya cuba.

Pada permulaannya saya pun risau rasa panas yang melampau atau mudah sembelit tetapi alhamdulillah tiada masalah itu. Mungkin kerana pengambilan air kosong yang mencukupi keperluan berat badan saya serta pengambilan buah-buahan yang membantu proses pembuangan lebih lancar.

Kurus dengan OmegaGuard

Bagi ibu mengandung saya tak galakkan pengambilan OmegaGuard yang banyak kerana ia boleh mencairkan darah. Memadai 1-3 biji sehari.

Alhamdulillah setakat ini berat badan saya adalah ideal dengan ketinggian saya. Saya sangat berpuashati dengan pengambilan OmegaGuard dan menjadikannya vitamin kegemaran saya!!

Lebih lanjut tentang OmegaGuard Shaklee sila klik sini.

Oh ya, OmegaGuard membantu mengecutkan jerawat tau! Nak cuba? Boleh hubungi kami di talian 012-8535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Kebaikan OmegaGuard Shaklee : Membantu mengurangkan radang.

Tahukah anda OmegaGuard Shaklee sangat membantu dalam mengurangkan keradangan kerana fungsinya sebagai anti inflammation?



Shaklee Miri

So bagi mereka yang mempunyai masalah radang pada badan atau organ, terutama mereka yang ada masalah sakit gout atau sendi , pengambilan OmegaGuard sangat membantu mengurangkan bengkak yang berterusan.

Saya masih ingat artikel yang saya baca, mereka yang mengalami sakit sendi [ juga dipanggil radang sendi] bagus mengamalkan minyak ikan 3-6 biji sehari untuk membantu mengurangkan keradangan yang berterusan.

Pesakit Remotoid dan gout sangat bagus amalkan OmegaGuard Shaklee dan pengambilan secara konsisten sangat membantu mengurangkan serangan radang itu.

Bila kata anti inflammation yang bermaksud mencegah bengkak, pengambilan OmegaGuard juga membantu ibu yang mempunyai masalah bengkak susu yang sangat teruk terutama ibu yang dalam pantang.

Untuk mereka yang selalu keletihan bagus amalkan OmegaGuard Shaklee untuk mudah rasa segar dan bertenaga. Saya dah lalui sendiri bila travel adakala tidur pun tak betul [ lewat tidur] namun alhamdulillah bila bangun rasa segar. Ini kerana bila kita letih saraf terganggu dan OmegaGuard membantu melancarkan perjalanan darah maka ini membuat kita bertenaga dan mengurangkan rasa letih yang melampau.

Untuk info lebih lanjut sila klik ini  OmegaGuard Shaklee 

Mahu cuba OmegaGuard Shaklee? Hubungi kami di 012-8535689 untuk membuat pesanan hari ini.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan kmeahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Kebaikan OmegaGuard Shaklee : Mengurangkan risiko asma [ semput]

Masa kami kecil mak memang bekalkan kami minyak ikan... [ tapi brand yang dijual di farmasi]. Mak kata minyak ikan bagus untuk panaskan badan [ paru-paru].

Stok OmegaGuard di Miri

Minyak ikan biasa adalah jenis cecair yang sangat popular dahulu....namun mak tak belikan yang itu. Mak belikan kami jenis capsule dan saya suka makan secara gigit. Hanyir? Sedap pada saya bau ikan ... dan memang ada orang tak boleh bau langsung minyak ikan itu.

Bila dah berada dalam dunia Shaklee, saya pula berikan mak saya minyak ikan Shaklee yang diberi nama OmegaGuard. Memula mak kata membazir sebab mahal berbanding minyak ikan yang mak beli di farmasi. Tapi selepas mak rasa perbezaannya, sekarang mak hanya fokus makan OmegaGuard Shaklee sahaja.

Untuk anak-anak, Omega ini sangat sesuai untuk mereka yang mudah semput atau dipanggil asma. Jika cuaca sejuk kami akan remind anak-anak makan OmegaGuard sebiji sebelum tidur untuk pastikan chest mereka warm sepanjang malam.

Pernah satu hari saya bawa mak dan bidan saya berjalan ke KK. Masa itu bidan saya batuk dan beliau dah lama batuk. Maka malam kedua bermalam di KK saya berikan 3 biji OmegaGuard kepada bidan  supaya beliau dapat tidur dengan lebih lena. Alhamdulillah miraclenya bila esok bidan kata dia dapat  tidur dengan sangat lena setelah sekian lama tak dapat tidur lena kerana batuk yang berterusan sepanjang malam.

Syukurnya kerana sejak itu beliau jarang batuk atau semput. Malah beliau juga rajin membuat perkongsian dengan pelanggan2 beliau yang mempunyai masalah asma atau anak mereka yang mudah semput.

Ingin cuba OmegaGuard Shakee? Hubungi kami segera!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa