Memaparkan catatan dengan label B complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B complex. Papar semua catatan

Khamis, 12 April 2018

Bahaya kehamilan tanpa asid folik

Semalam saya ada share tentang Vitamin Ibu Hamil. So kita teruskan dengan bahaya kehamilan tanpa asid folik yang biasa terdapat dalam multivitamin atau vitamin B Complex.

Perhatian kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu atau teman-teman wanita saya diluar sana yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil.

Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (Spina Bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.

Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.

Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap. 


Hasil carian imej untuk pregnancy cycle avoid spina bifida
Pentingnya pengambilan Vitamin B Complex untuk mengurangkan risiko Spina Bifida
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!

Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement dan vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee? Boleh terus mesej www.wasap.my/60128535689/Vitaminhamilshaklee

Jumaat, 6 April 2018

Set Vitamin Shaklee untuk Penyusuan Susuibu

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk si manja. Ya penyusuan susuibu sangat penting untuk bayi 6 bulan yang pertama kerana waktu ini bayi dikatakan sangat fragile. Melalui penyusuan susuibu ia membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi secara langsung membantu proses perkembangan di peringkat awal.

Selepas 6 bulan bayi dah mula makan namun penyusuan perlu tetap diteruskan untuk pembetukan tulang dan saraf.

Islam turut menggalakkan penyusuan susuibu yang lengkap selama 2 tahun.


Alhamdulillah kedua-dua anak saya dapat menyusu susuibu selama lebih 2 tahun setiap seorang. Ya sangat berpuashati. Tidak dinafikan selain menjaga pemakanan harian, saya amalkan pengambilan vitamin Shaklee.

Mengapa amalkan vitamin jika dah jaga pemakanan?

Kebetulan saya ceaser semasa melahirkan kedua dua anak lelaki saya, maka pengambilan vitamin penting untuk proses penyembuhan.

Secara langsung saya dapati kesannya ke atas anak saya. Mereka membesar dengan sangat baik.

Kedua-dua mereka mencapai berat 10 kg pada usia 5 bulan. Ini membuktikan pemakanan ibu mempengaruhi zat yang disalurkan dalam susuibu.

Secara peribadi saya menganggap pengambilan set vitamin Shaklee untuk penyusuan membantu enrich kan zat susuibu itu sendiri.


Jika orang sibuk membeli susu formula yang mahal atas alasan susu tersebut kaya dengan semua vitamin dan mineral, mengapa tidak saya belanjakan duit untuk beli vitamin yang saya sihat secara langsung anak juga membesar dengan lebih baik.

Ya segala vitamin yang ibu makan akan disalurkan kepada anak. Maka secara langsung ia memperkayakan zat susuibu itu sendiri.


Set Menyusu Shaklee
Masa 3 bulan


Pada saya ibu-ibu yang serius nak menyusukan anak , bagus amalkan makan vitamin untuk boost pada pembesaran bayi. Selepas 6 bulan bayi akan aktif dan berat mereka naik juga takkan banyak namun jika peringkat awal mereka dapat membesar dengan baik, perkembangan peringkat seterusnya juga akan lebih baik.

Apakah vitamin yang penting untuk penyusuan?

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Dulu dikenali sebagai set 3M - Making More Milk


Ini vitamin yang saya amalkan selain tambahan vitamin lain seperti Omega untuk perkembangan otak bayi.


Boleh lihat artikel saya sebelum ini tentang Set 3M yang terkenal.*

Namun selepas itu, Shaklee menyediakan Set Penyusuan yang lebih lengkap ; dimana ia lengkap dengan Omega Guard.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Set Selepas Bersalin


Sebarang pertanyaan www.wasap.my/60128535689/SetMenyusuShaklee



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


#setpenyusuanshaklee
#pengedarShakleeterengganu
#pengedarshakleemuar
#pengedarshakleeMiri




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 4 April 2018

Hemoglobin rendah, macam mana nak atasi?

Bagi ibu mengandung, antara cabaran biasa adalah hemoglobin [ lebih dikenali dengan HB]  rendah....jadi doktor pasti bekalkan obimin dan seangkatan dengannya untuk membantu mengatasi masalah ini.
Pengedar Shaklee Miri

Staff yang memberi keputusan darah saya sempat bertanya..." Semasa puan mengandung tak de masalah hemoglobin ke ?"

"Tak de pulak..." spontan saya jawab.

Balik dok tertanya pada diri sendiri kenapa saya ada masalah hemoglobin rendah sedangkan semua vitamin bina darah saya amik secara konsisten setiap hari.

Tanda biasa hemoglobin rendah [ HB rendah] ialah selalu sakit kepala, sering pening dan mudah nak pitam. Kalau hari panas terik, lagi senang rasa nak pitam.


Itulah saya lalui sejak kebelakangan ini.

Then saya refer beberapa doktor kenalan saya.... akhirnya saya jumpa jawapan bila ditanya tentang pemakanan harian dan habit yang biasa saya lakukan.

Rupa-rupanya kerana saya amalkan minum air teh o bersama makanan berat [ lunch atau dinner] yang menyebabkan hemoglobin saya semakin menurun.

Ini kerana ia adalah kafien dan ini akan menghalang penyerapan zat besi dan nutrien dari makanan yang kita amalkan.

Ok sejak dari itu saya amalkan pengambilan air kosong atau bukan teh o ais yang biasa saya amalkan. Sekali sekala saya minum air bergula. Tapi bukan selalu.


Saya amalkan vitamin asas untuk bina darah dan tingkatkan hemoglobin iaitu Vitalea Shaklee, B complex Shaklee, Vitamin C Shaklee, Ostematrix Shaklee dan ESP Shaklee*.


Kini tiada lagi masalah sakit kepala, pening atau rasa nak pitam.


Nanti cukup 3 bulan saya akan ambil darah lagi dan share kan result saya. Stay tune.





#pengedarshakleeterengganu
#pengedarshakleeMuar
#pengedarshakleemiri



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 26 Mac 2018

Personaliti mempengaruhi semangat dan tenaga?

Ya tak cukup tidur memang buat badan rasa tak bermaya dan lembik malah kita mudah rasa cepat penat.
Kurang air juga buat badan letih....
Makan tak seimbang akan buat kita cepat sakit sebab lambat laun badan akan trigger akibat kekurangan nutrien tadi....


Tapi bagaimana pula dengan mereka yang cukup tidur , menjaga pengambilan makanan dan air yang diminum....tapi mudah rasa letih dan tiada semangat?


Sebenarnya semangat boleh hilang kalau kita tak jumpa kunci energy kita.


Makan vitamin sahaja belum jamin membantu kalau kita tak kenali punca kita jadi lemah atau hilang semangat.


Ada orang makan vitamin berbotol tapi belum dapat hasil yang diharapkan.....


Sebab mereka tidak mengenali diri mereka sendiri.


Manusia  ni terbahagi kepada 3 kategori personaliti....

Introvert

Personaliti introvert ini lebih kepada seorang yang pendiam, bersifat pasif, emosional dan kurang bersosial. Golongan ini sukakan hidup yang teratur dan sistematik.

So bila personaliti ini berada dalam pekerjaan yang menentang sifat semulajadi ini golongan ini mudah penat. Mudah letih kerana dia tenaga yang diperlukan adalah apabila mereka cuba menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan membaca, berkebun atau apa sahaja yang buatkan mereka rasa tenang.
Image result for reading book alone
Golongan introvert lebih suka ada ruang untuk diri mereka sendiri.


Golongan personaliti ini jika ditempatkan dibahagian jualan atau yang perlu jumpa orang, mereka akan usahakan yang terbaik namun jika kena dengan caranya mereka boleh menjadi seorang yang sangat perform pada pekerjaan mereka.


Extrovert

Personaliti Extrovert ini pula bertentangan dengan introvert. Golongan ini lebih suka berjumpa dengan orang, sukakan keraian, sangat mesra, suka bercakap dan golongan ini akan lebih bertenaga bila dapat bekerja dalam kumpulan kerana mereka suka kepada kemasyarakatan.

Namun jika personaliti ini mendapat pekerjaan yang perlu duduk di depan komputer membuat analisis atau pekerjaan yang hanya perlu dilakukan seorang diri, golongan ini akan mudah bosan dan mudah rasa letih.

Image result for working in groups
Golongan extrovert lebih suka bekerja dalam kumpulan.



Ambivert 
Kita biasa dengar Introvert atau Extrovert kan? Ambivert adalah golongan yang mempunyai kedua-dua personaliti ini iaitu introvert dan extrovert. Maka personaliti Ambivert ini unik namun perlu ada ujian untuk memastikan personaliti kita 50% introvert dan 50% extrovert. Golongan personaliti ini biasanya boleh mendapatkan energy secara persendirian atau berkumpulan. Ada yang mungkin energetic dalam banyak masa asalkan mereka ada ruang untuk recharge.

Image result for energetic


So paling penting sebenarnya kita perlu tahu dari mana kita boleh dapatkan sumber tenaga untuk kita recharge untuk kita kekal bersemangat dan bertenaga. Kalau kita introvert maka kita perlu ada ruang untuk diri sendiri kerana dengan cara itu kita akan mendapat tenaga. Bagi orang extrovert pula dia perlu keluar untuk dapatkan tenaga.


Jadi untuk lebih bersemangat dan bertenaga, kenali diri kita maka mudahlah tahu nak cari sumber tenaga.


Oh ya, boleh cuba buat test kat sini untuk kenali diri anda.




*


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 26 Februari 2018

Vitamin B Complex bantu anak belajar dengan lebih fokus?

Kami dinner di luar tadi....kesian melihat sorang staff ni...mungkin dah terlalu penat jadi beliau tak dapat nak fokus apa yang customer request. Kami minta set sudu garfu untuk 2 orang...beliau  hantar dalam keadaan macam mamai.... sampai di meja hanya garfu yang dihulurnya. Ya beliau dah terlalu penat sebenarnya.

Ya bila badan dah terlalu letih sebenarnya otak kita pun tak dapat nak fokus pun pada apa yang kita sedang buat. Sebab tu pentingnya makanan yang sihat, sedikit senaman dan supplement tidak kurang penting untuk diambil setiap hari.

Tidur adakala memang tak dapat 8 jam...namun jika kita dapat tidur yang berkualiti insyaALLAH mood kita masih baik dan kita bersemangat nak buat kerja atau tugas kita.

Ramai yang tak sedar badan mereka keletihan yang melampau sehinggalah ada sesetengah sehingga jatuh sakit....

Sebenarnya antara vitamin penting yang bagus kita amalkan adalah B complex.

Apa yang saya notis pengambilan B complex membuatkan kami lebih ceria dan punya mood yang baik. Begitu juga dengan anak-anak....pengambilan B complex bantu mereka lebih fokus pada pembelajaran mereka.

Ini saya akui kerana saya memang amal makan B complex sejak zaman study kat Universiti Malaya lagi. Pengambilan B complex dan Lecithin yang konsisten membantu saya fokus pada subjek yang saya ambil zaman belajar dulu.






So untuk mak dan ayah yang ada anak bersekolah, boleh bekalkan mereka amalkan makan supplement seperti Omega, Lecithin dan B complex yang membantu mereka fokus dan lebih mengingat pada apa yang mereka belajar.


Selain membantu anak kita fokus ia juga bantu anak kita ceria dan kekal aktif sepanjang hari.

Selamat mencuba.








♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 Februari 2018

B complex bantu naikkan kolestrol baik?

Sebelum ini saya sharekan tentang result health screening saya on liver dan kidney. Saya ada juga share kan result untuk kolestrol dan gula dalam darah saya dalam keadaan baik.

Di bawah ini adalah keputusan terkini kandungan kolestrol dan gula dalam darah yang saya ambil sebelum BLNC baru-baru ini.

Mengapa saya rajin sangat nak buat health screening? 

1. Sebab saya nak tahu keadaan buah pinggang dan hati saya. Ada yang kata makan vitamin boleh rosak 2 organ ni. 

Pada saya pendapat tu tak salah kalau kita makan vitamin yang kualiti dia tiada jaminan, makan vitamin melebihi dos yang disarankan atau makan vitamin banyak tapi tak suka minum air masak. Ha ni boleh ganggu 2 organ utama tadi.

Tapi kalau kita pilih vitamin yang baik dan berkualiti, terjamin selamat, makan ikut dos disarankan dan yang utama minum air masak ikut keperluan tubuh...insyaAllah vitamin memberi banyak manfaat pada tubuh.

2. Sebab saya suka makan seafood. Sangat suka. Kalau makan buffet dinner kat hotel, jika ada udang saya boleh makan 5-6 ekor udang besar, tambah lagi kerang 1 mangkuk, belum masuk ketam dan tiram lagi. Ni semua boleh naikkan kolestrol....ha dah makan banyak pandai takutttt. Jadi kena amik tau berapa bacaan kolestrol dan gula dalam darah.



Balik kepada tajuk entry saya...tahukah kita bahawa vitamin B3 atau nama saintifiknya Niacin adalah berfungsi untuk boost HDL Cholestrol....iaitu kolestrol baik.  Jika kolestrol baik kita tinggi maka secara langsung kolestriol baik kita akan berkurang.


Sehingga hari ini saya memang fokus makan vitamin yang meningkatkan kolestrol baik iaitu HDL. High Density Lipid. Selain Omega - minyak ikan, protein, Vitamin B, Lecithin dan garlic sangat membantu meningkatkan kolestrol HDL.


Paling murah adalah Vitamin B Complex la antara semua vitamin yang disenaraikan. Lagi penting  kita perlu tahu bahawa  vitamin B Complex larut air maka ia mudah musnah bila kita stress, bila kita terdedah pada cahaya matahari yang terik, bila badan terlalu letih dan bila kita mood swing.

Maka sebab itu Vitamin B Complex bukanlah satu vitamin yang hanya untuk buka selera makan atau menggemukkan tetapi ia bantu tubuh kita sihat secara menyeluruh.

Kesimpulannya jangan pandang remeh pada B complex.


pssstttt ......U all dah cek kolestrol dan gula dalam darah?

Isnin, 19 Februari 2018

Ramai orang abaikan vitamin B Complex, tanpa sedar ia sangat penting.



2 Vitamin yang kita kena tahu bahawa ia adalah vitamin larut air....iaitu vitamin B complex dan Vitamin C.

Vitamin B complex bagi yang belum sedia maklum....ia mengandungi 8 jenis B iaitu B1, B2, B3, B5, B 6,B7 ,B9 dan B12.



Ramai kita dimomokkan vitamin B complex adalah khas untuk buka selera makan dan kenapa ramai orang tak suka vitamin B sebab ia ada menghasilkan bau jika dah terlalu lama [ ia biasa kalau kena udara panas akan lebih berbau] dan orang takut ia akan buatkan berat badan jadi naik atau istilah lain ialah gemuk.



Padahal B complex yang lengkap dengan 8 B seperti dalam gambar sangat membantu dalam banyak aspek kesihatan.

B for Beauty kenapa? Sebab ia membantu menstabilkan hormon dan mengawal stress. Maka pengambilan B complex membantu menampakkan si pengamal lebih muda dari usia sebenar mereka.

B complex penting untuk menukarkan gula kepada tenaga. Ya ada orang mungkin tak makan banyak tetapi suka minum air manis. Ini sebenarnya merbahaya kerana gula yang berlebihan boleh bertukar menjadi lemak jika badan tidak aktif bersenam dan bersukan serta disebabkan oleh badan kekurangan B complex.

B complex penting untuk bina darah maka mereka yang ada masalah penghasilan darah perlu memastikan mengamalkan vitamin B complex sebagai rawatan alternatif. Manakala B complex adalah wajib untuk ibu yang merancang untuk hamil dan tidak lupa juga ia sangat penting kepada ibu hamil kerana kekurangan B complex boleh mengganggu pertumbuhan bayi dengan sihat.


B complex yang mencukupi membantu si pengamal mempunyai mood yang baik serta bersemangat dalam menjalankan rutin harian. Selain itu ia membantu tubuh mendapat rehat yang cukup kerana memberikan rasa nyenyak sewaktu tidur.

Vitamin B juga penting untuk membantu kita fokus dan bagus untuk tingkatkan daya ingatan.


So sebenarnya kita tak boleh pandang remeh dengan vitamin B complex. Ia bukan hanya untuk buka selera makan tapi banyak lagi manfaat untuk kesihatan tubuh kita.


Dah makan B complex hari ini?

Image result for b complex shaklee




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 17 Februari 2018

Ini tanda kekurangan vitamin ?

Image result for exhausted
Bila keletihan......



Ya, ada orang makan 3 kali sehari. On time dan makan yang seimbang dari sudut mata pandangnya... tapi ada satu ketika merasakan tubuhnya tiba-tiba lemah.


Oh mungkin badan nak demam...bisik hati kecil kita.

Hari berganti hari...badan semakin lemah. Tak tahu apa puncanya. Badan tak panas sangat. Sekadar biasa-biasa aje. Tapi pelik sebab asyik nak baring dan nak tidur aje.

Selera makan tiba-tiba berkurang. Sebab badan asyik nak rehat aje. Terasa mata mengantuk selalu dan mudah sangat untuk tidur.

Bukan pada tubuh aje, mood pun mudah swing. Terasa sensitif seketika. Mudah terasa dengan lawak orang sekeliling. Adakala mudah rasa nak marah. Ada masa mudah nak nangis. Hmmmm pelik.


Tak mahu berlarutan, kita pun jumpa doktor.

Terkejut tiba-tiba doktor kata kadar gula dalam darah tinggi. Oh bukan tinggi saja tapi sangat tinggi!

Mana silap?

Yes, makan 3 kali sehari ...berapa cawan air manis kita minum? Berapa banyak karbohaidrat kita ambil sehari? Berapa banyak pula air kosong yang kita minum?


Dan paling utama, aktiviti apa yang kita lakukan untuk proses penukaran gula kepada tenaga? Apa aktiviti senaman kita? Morning walk? Mana sempat kerja banyak. Evening walk? Kadang-kadang balik rumah lambat. Hari makin gelap.

Harapkan naik turun tangga aje? Berapa kalori yang terbakar?  Berbanding kalori dari makanan yang kita ambil seharian?

So jangan abaikan pengambilan B Complex. Faktor umur boleh menjadikan badan kita trigger penyakit tanpa kita sedar.

Kolestrol & tekanan darah tinggi
Bacaan gula dalam darah

2 ini jarang orang ambil berat kecuali tiba-tiba jatuh sakit.

Ya, dalam sibuk bekerja jangan lupa ambil berat kesihatan dalaman. Perkara tak nampak lagi perlu dititikberatkan. Dengan gaya hidup dan pemakanan hari ini, ramai orang muda yang punya bacaan kolestrol dan gula dalam darah yang tinggi yang mana sebenarnya bahaya!

Ya penulisan ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga. Umur dah 40 tahun so kena jaga 3 perkara ini :

Pemakanan yang seimbang
Senaman sihat untuk berat yang ideal
Supplement.

InsyaAllah dalam next entry saya share vitamin penting yang perlu untuk kita cegah diabeties dan kolestrol tinggi ya.


Berminat nak daftar ahli Shaklee? Boleh isi BORANG INI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 9 Ogos 2017

Kesihatan prostat perlu dipandang serius oleh para lelaki.

Selama ini saya cuma tahu kanser prostat ini terjadi pada banyak lelaki yang berumur. Pada saya ia mungkin disebabkan oleh penjagaan pemakanan, cara hidup [ kesihatan], dan alam persekitaran. Rupa-rupanya prostat itu melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa disedari oleh lelaki itu sendiri.

Namun kelas nutrisi yang lepas baru saya belajar benda baru iaitu prostat lelaki membesar selari dengan umur mereka. Ianya berlaku dalam keadaan tanpa disedari terutama bila kita kurang ilmu pengetahuan.

Saya cuba google dengan lebih lanjut....dan ya ianya membesar mengikut faktor umur.

Baru saya faham mengapa lelaki pada sesetengah peringkat umur mendapati perubahan terutama berkaitan dengan masalah perkumuhan iaitu membuang air kecil lebih kerap atau mudahnya kita kata kencing yang tidak lawas.

sumber dari menshealthforum

Pada usia 20 an, prostat lelaki yang sihat biasanya adalah sebenar walnut. 


Apabila usia lelaki mula memasuki 40 an, prostat akan secara perlahan-lahan membesar seakan-akan saiz bola golf. Kebiasaanya gejala seperti kerap membuang air kecil dan ereksi menjadi lemah.


Lebih 50% lelaki yang berusia 50 tahun akan terjejas. Mereka akan mengalami proses membuang air kecil menjadi semakin sakit dan fungsi seksual menjadi semakin merosot.
Ini kerana saiz prostat boleh membesar menjadi seperti sebiji buah lemon.


Didapati lebih 90% lelaki yang mencapai usia 90 tahun mengalami masalah kesihatan yang sangat terjejas. Prostat boleh membesar kepada saiz besball dan ini akan menyebabkan kualiti hidup lebih terjejas.

Bagi lelaki yang tidak mementingkan kesihatan dan kehidupan yang sihat, dikala inilah mereka terdedah dengan pelbagai penyakit termasuklah kanser prostat.



Jika ia adalah satu proses kehidupan bagaimana nak pastikan kehidupan tidak begitu terjejas?

Ya sebab itu pentingnya kehidupan yang sihat, pentingnya bersenam dan aktiviti riadah. Selain dari menjaga kesihatan dengan amalan pemakanan yang sihat sangat penting.  Elakkan merokok, cuba kawal stress kerja yang dilalui dan pastikan mempunyai rehat yang seimbang dengan kerja hakiki.Cuba amalkan supplement yang kaya dengan pholifenol supaya membantu kekal sihat dan bertenaga.




Ada ilmu kena share kan supaya ramai orang concern betapa pentingnya menjaga kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat untuk kehidupan yang sejahtera dan harmoni.




Isnin, 31 Julai 2017

Pesakit kanser Leukimia perlu amal B complex.

Salah seorang kawan saya baru dapat berita beliau mengidap kanser darah putih atau nama lain adalah Leukimia.

Beliau terpaksa menjalani beberapa sesi kimoterapi yang telah ditetapkan oleh pihak hospital

Mungkin kerana baru peringkat awal maka kedengaran suaranya ceria dan yang penting kawan saya yakin dia akan sihat semula insyaALLAH.

Beliau sempat share yang pihak hospital benarkan beliau pulang untuk seketika dan sambung semula sesi kimoterapi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Semasa sesi discharge, beliau sangka beliau akan bawak pulang berpeket-peket ubat kanser tapi sangkaan beliau meleset sama sekali. Ini kerana pihak hospital hanya membekalkan vitamin B Complex sahaja.

Tahu tak kenapa B complex? Sebab Vitamin B complex diperlukan oleh badan untuk membina sel darah merah. Ditambah pula kawan saya ni kekurangan sel darah merah.

Ya kita sendiri walau tidak sakit perlukan  tetap memerlukan vitamin B Complex. Ini kerana Vitamin B tidak disimpan di dalam badan kerana sifatnya larut air. Maka ia mudah musnah disebabkan sakit, stress dalaman, moody dan disebabkan kepanasan.

Vitamin B atau lebih dikenali juga dengan nama B Complex adalah vitamin yang penting untuk bina darah, untuk saraf, keseimbangan sistem tubuh termasuk otak, membantu dalam konsentrasi, mood yang baik dan tidak kurang juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan.

Malah untuk atasi masalah rambut gugur juga memerlukan vitamin B complex. So sebab tu jangan pandang remeh tentang vitamin ini.

Ya ada orang mengaitkan vitamin B Complex adalah vitamin yang buka selera makan, namun ia tidak membuatkan kita gemuk jika amalkan B complex kerana hakikatnya ia bantu meningkatkan metabolisme so orang yang metabolisme nya tinggi insyaAllah berat tak mudah naik.


So jangan lupa amal B complex tau. Banyak manfaatnya!




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Nak rawat kulit yang kusam

Kulit yang terlalu kering akan mudah menampakkan wajah kita lebih tua dari usia yang sebenar....begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berkilat dan tidak menyenangkan.



Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi kedua-duanya... namun satu yang saya perasan...memakai satu jenis sahaja bukan mudah nak dapatkan keseimbanganya kerana banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkankan. Antara faktor yang dimaksudkan ialah





Cara hidup seharian;
Ya jika terdedah dengan panas terik...tak mustahil kulit akan mudah nampak berminyak kerana peluh tadi. Jika duduk seharian dalam pejabat yang memakai pendingin udara boleh mengakibatkan kulit jadi kering dan mengelupas. Elakkan tidur lewat atau tak tentu masa kerana ia boleh mengganggu hormon tubuh kita dan akhirnya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

Pemakanan;
Apa yang kita makan memberi kesan pada kulit wajah sebenarnya...sebab tu masih saya ingat tips seorang lelaki yang punya kulit cantik masa zaman belajar dulu...beliau kata nak kulit cantik kurangnya makan cili. Ya pemakanan yang berminyak akan menyebabkan kulit kita mudah menjadi berminyak. Sebab itu ada sesetengah penjaga kecantikan mereka amal makan Vitamin C, Vitamin E dan B complex untuk kulit yang cantik.


Pengambilan air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakala terlalu manis juga boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah tanpa kita sedar. Pengambilan air kosong sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Penggunaan pencuci muka dan alat kosmetik
Yes pencuci muka perlu ada kesesuaian. Bukan sebarangan. Bagus jika dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ia bukan asli. Selain itu alat cuci atau nama lain make up remover perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi.


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit akan buatkan kulit jadi lembab tapi sayangnya bila bangun tidur kulit jadi terlalu berminyak. So perlu tengok semula kondisi kita dan persekitaran. Saya sendiri akan pakai krim pelembab bila tidur dalam aircond bila travel. Kalau di rumah aircond tak berapa kuat seperti di hotel maka keperluan itu tidak sangat seperti travel.


So sebenarnya ada banyak faktor...semua kena pertimbangkan. Next entry...vitamin yang bagus untuk kulit.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 22 Januari 2016

Nak cantik jangan abaikan B complex!

Ya kami suami isteri amal B complex sejak zaman universiti lagi.

Masih ingat masa exam paper Business Law saya amik 10 biji selepas sarapan sebab saya nak fokus dalam menjawab...oh ya paper tu saya dapat A!

Saya juga amik 10 biji sebelum saya masuk bilik temuduga KPLI tahun 2004 dan alhamdulillah dapat jawab tanpa rasa berdebar atau menggeletar.

Ya sehingga sekarang kami masih makan kerana nak pastikan gula ditukar menjadi tenaga!

Oh ya Normal intake kami 2-3 biji sehari kecuali banyak makan kami amik 6 biji sehari ....hehehe.


So jangan pandang remeh pada keperluan B complex! Banyak manfaatnya.


Siapa yang perlu makan B complex?

1. Orang yang nak CANTIK!
2. Orang yang perlu fokus.
3. Orang yang amalkan PIL PERANCANG
4. Orang yang selalu stress atau tension.
5. Orang yang terlalu sensitif atau cepat marah.
6. Orang yang suka makan makanan manis.
7. Orang yang cepat penat.
8. Orang yang nak SIHAT!




B for Beauty!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com

Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 20 Disember 2014

Jerawat tanda masalah dalaman?


Pernah tengok gambar ini?

Bila saya tengok video tentang ini, saya rasa macam ada kebenaran.

Setiap kali saya travel atau saya kurang air, saya dapati memang senang jerawat keluar kat bahagian bawah mulut berhampiran dagu. 

Hakikatnya jerawat keluar disebabkan banyak faktor ; antaranya 

1. Stress
2. Hormon yang tak balance
3. Kurang air
4. Makanan yang tidak seimbang 
5. Persekitaran yang tidak sihat [ banyak pencemaran].

Saya juga sarankan untuk masalah ini pengambilan beberapa vitamin seperti Vitamin C , B Complex, Gla Complex dan Vitamin E. Selain itu jika individu itu mempunyai masalah jerawat batu saya sangat sarankan pengambilan Garlic dalam membantu mencairkan darah.

Fungsi vitamin yang saya sarankan boleh dibaca melalui entry sebelum ini Cantikkan Kulit dengan Vitamin.

Jika berminat nak dapatkan produk Shaklee dan konsultasi boleh hubungi saya di talian 0128535689.


Selasa, 11 November 2014

Basic Four Shaklee untuk dapatkan kesan vitamin yang sebenar?

Kalau nak bina rumah perlu ada tiang kan? Kalau makan Shaklee pun sebenarnya ada 4 asasnya.

Shaklee Muar

Makan vitamin bukan macam makan ubat, kesannya makan masa dan secara semulajadi bukan paksaan seperti ubat.


Kesan ubat bersifat sementara maka kita tak bergantung kepada ubat kerana badan kita iaitu sel tidak mengenali ubat sebagaimana ia mengenali vitamin dan zat galian.


Jika orang tanya berapa lama nak makan vitamin untuk dapatkan hasil yang bagus? Jawapan saya mudah sahaja, cuba amalkan lebih 120 hari secara istiqamah. Perlukah berhenti selepas 120 hari?
Pada saya rugilah kan bila dah sihat tapi kita taknak kekalkan kesihatan. Sedangkan kereta pun kita jaga dengan baik inikan pula badan sendiri yang tiada galang ganti.

Namun orang tanya apakah vitamin yang memberi kesan pada kesihatan? Saya jawab amik basic set dahulu.

Apa basic set Shaklee?



ada 4 produk utama Basic 4 ini iaitu

ESP Shaklee

Protien adalah keperluan asas pembinaan sel. Semua sel diperbuat dari protien. Rambut, kuku, kulit dan otot adalah dibina dari protien. Maka sel yang sel akan terhasil melalui pengambilan protien yang seimbang. Shaklee ESP diperbuat dari kacang soya yang asli dan TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK. Itulah yang dimaksudkan dengan Non GMO Soy. Ada juga yang bertanya apa sebenarnya GMO tu? GMO adalah genetik yang diubah contohnya seperti buat tembikai yang bijinya putih itu adalah contoh mudah GMO produk. Buah itu dipaksa membesar walau belum sampai masanya.
Kacang soya Shaklee dibiarkan membesar secara semulajadi manakala proses pembersihan kacang soya sebelum dijadikan serbuk ESP dicuci dengan air bersih dan bukan alkohol seperti sesetengah produk yang berada di pasaran. ESP Shaklee tidak mengandungi alkohol, laktosa dan kolestrol. ESP mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh badan bagi mengekalkan tisu tisu yang sihat termasuk membekalkan 9 amino asid yang tidak dapat dibina oleh badan. ESP Shaklee tidak mengandungi pewarna, perisa tiruan, pemanis dan bahan pengawet.

Penghasilan sel yang sihat sangat penting untuk penyerapan vitamin dan zat galian yang lain dengan baik.
Shaklee Miri
Ihsan Google.
Pengambilan ESP Shaklee sangat penting dalam membantu penghasilan sel yang sihat dan membantu memperbaiki sel tisu yang rosak.


Vitalea Shaklee

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Ia penting dalam pembinaan hemoglobin dan membantu sel mendapat makanan yang lengkap dengan vitamin dan galian yang diperlukan. Vitalea Shaklee mengandungi semua vitamin dan galian yang lengkap. Sel yang sihat akan lebih efektif apabila mendapat semua vitamin dan galian yang diperlukan untuk pertumbuhan dan sistem tubuh.

Vitamin C Sustained Release.

Shaklee mempunyai Vitamin C 500mg sustained release yang bermaksud bersifat pelepasan masa. Setiap 100mg akan dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Ia sangat penting untuk melindungi sel dari kerosakan dan serangan penyakit. Vitamin C Shaklee tidak mengandungi pewarna, perisa tiruan dan pengawet tambahan. Ia diperbuat dari ekstrak kanji jagung dan sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 1/2 biji oren.Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg Bioflavonoids yang membantu penyerapan vitamin C secara langsung meningkatkan keberkesanan Vitamin C itu sendiri.


B complex Shaklee

Vitamin B Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan B dan ia sangat penting dalam pembinaan sel darah merah dan saraf. Vitamin B complex Shaklee juga lengkap dengan Biotin dan asid folik.
Ia juga dikenali sebagai vitamin penenang atau penstabil hormon. Ia sangat penting untuk memastikan sel sihat dan bergerak aktif.


Maka anda dah tahu mengapa pentingnya Basic Four ini bukan? Secara ringkasnya boleh saya jelaskan bahawa ESP adalah untuk bina sel, Vitalea adalah untuk makanan lengkap sel, Vitamin C sebagai pelindun Sel manakala Vitamin B complex untuk membantu Sel aktif dan sihat.

InsyaALLAH dalam entry akan datang saya akan sharekan secara lengkap pengambilan Basic Four ini bersama vitamin lain yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Jumpa dalam next entry insyaALLAH.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 Oktober 2014

Antara sebab ibu menyusu tak boleh abaikan B complex.

Golongan ini adakala sensitif, ditambah moody bila kepenatan, ada juga yang cepat marah tak kurang juga kulit yang kusam. Rata-rata mereka adalah golongan ibu menyusu yang tak amalkan pemakanan yang sihat malah yang tak amalkan vitamin B complex.

Set menyusu paling popular

Saya pernah melalui perjalanan penyusuan yang panjang untuk 2 anak lelaki saya. Saya akui bila terlalu penat khususnya bila anak asyik mengempeng si ibu boleh jadi moody dan tanpa sedar ia mengganggu penghasilan susubu.

Sebab tu penting bagi ibu menyusu mengamalkan B complex.

Memang ada yang berpendapat B complex buat si pemakan jadi kuat makan dan gemuk namun bagi saya itu mungkin B complex biasa tetapi bukan B Complex Shaklee.

B complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B yang lengkap dengan Folic Asid dan Biotin. Lengkapnya 8 kumpulan B ini memberi kesihatan yang sangat menyuluruh.

Saya sebagai pengamal B complex Shaklee lebih 15 tahun , saya dapati pengambilan vitamin B complex membuatkan saya bertenaga, ceria dan gembira, bersemangat, otak saya ligat dan lebih kreatif bila melakukan sesuatu dan paling suka kulit tak kelihatan kusam.

Adakah B Complex buat gemuk? Sila baca entry saya : Kurus dengan B complex?


Tahukah anda B complex adalah Vitamin Anti Stress sama seperti Vitamin C? Pengambilan Vitamin B complex yang lengkap dengan lapan kumpulan B sangat penting. Vitamin B5 telah lama dianggap sebagai " anti- stress" vitamin kerana peranan utama dalam fungsi adrenal dan metabolisme sel. Beberapa vitamin kumpulan B, seperti asid folik , inositol dan vitamin B6, yang terlibat dalam pembuatan dan tindakan mood meningkatkan hormon seperti serotonin.

So pada saya ibu yang menyusu perlu amalkan pengambilan vitamin B Complex dalam membantu ibu itu kurang dari stress, keletihan yang melampau , mood yang mudah swing dan kulit yang kusam.

Bagi anda ibu menyusu yang belum amalkan bagus mencuba pengambilan vitamin B complex dalam membantu perjalanan penyusuan yang lebih indah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 2 Jun 2014

C- section - berdenyut di kawasan operate?

Kelahiran melalui operation bukan satu yang asing pada hari ini. Ada juga ibu yang suka dengan operasi c-section kerana lebih mudah cuma penjagaan yang sangat rapi diperlukan agar tiada masalah di masa hadapan.

Vitamin E Shaklee

Testimoni Sendiri

Anak pertama saya dilahirkan secara c-section kerana uri saya hampir tertanggal [ detached] dan baby hampir lemas. Maka terpaksa operate.
[ Mun orang Sarawak madah, tok sebab suka makan ikan parek masa pregnant...sik tauklah benar ke sik].

Selepas setahun operate saya masih rasa sakit berdenyut di kawasan perut bekas operate. Bila tanya mak saya, mak kata ia normal.

Memang tak selesa bila kerja berat sikit, perut akan rasa berdenyut especially tempat operate tu.

Memang benar penjagaan ibu yang melalui c section bukanlah mudah. Saya dah jumpa kes a customer [ ibu yang c -section] ada masalah yang kawasan itu bernanah, bengkak [ bentan] , jahitan dalam terbuka dan banyak lagi yang menakutkan.

Namun sebab saya amalkan vitamin jadi saya set dalam minda, kena jaga makan vitamin dengan konsisten.

Ditambah Doktor yang operate anak kedua saya sendiri mengakui bekas cantuman operate yang pertama sangat elok. So saya memang yakin dengan Shaklee.

Anak kedua tempat operate saya bengkak sekejap sebab Nasa lebih besar abangnya.

Namun sebab dengan Nasa saya nak cepat recover, vitamin set bersalin saya memang double dos. Nak cepat baik sebab nak kena jaga dua anak.

Alhamdulillah, dengan rezeki anak kedua kami mampu beli lebih vitamin maka saya fokus makan Vitamin E Shaklee. Masa anak kedua saya sangat konsisten makan vitamin termasuklah Vitamin E Shaklee selain ESP, Vitalea, B complex, Vitamin C, Zinc, Alfalfa dan Kalsium [ sekarang dah tukar nama Ostematrix].

Namun sangat berbeza hasilnya. Tak sampai setahun saya dapat rasa tiada lagi denyutan di kawasan c-section.

Lepas tu saya study tentang vitamin E dan hasilnya saya dapati ia sangat bagus untuk recover dari operation selain dari vitamin set C [ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Zinc] kerana Vitamin E sangat bagus untuk mengelakkan apa jua pembentukan abnormal sel dan bagus untuk kelancaran saraf. Maka ia sangat sesuai untuk mereka yang melalui apa sahaja pembedahan untuk cepat recover.

Pada mereka yang sudah melalui operation namun terasa sakit berdenyut atau mereka yang bakal melalui operation, boleh cuba amalkan Vitamin E Shaklee. Ia mengandungi 400 iu dan paling utama ia adalah asli [ d-alpha tocopherol].

InsyaALLAH dalam next entry saya share kan  testimoni manfaat vitamin E lagi.

Nak dapatkan produk ini boleh hubungi kami di talian seperti tertera di bawah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 27 Mei 2014

Set Penyusuan Shaklee Paling Popular

Set Menyusu Shaklee membantu ibu-ibu mendapatkan kesihatan yang optimum, mood yang baik, bertenaga dan penghasilan susu yang lebih bernutrisi.



Set Menyusu Paling Popular

Memang dah lama tak menulis tentang penyusuan ditambah saya dah lama tak menyusu Nasa. Dah lebih 5 tahun tak menyusu anak.

Namun sehingga hari ini saya masih diberi kepercayaan untuk memberi konsultasi kepada ibu yang menyusukan anak mereka.

Ibu-ibu yang menyusukan anak mereka perlu tahu konsep asas penyusuan.

Paling utama si ibu perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan air yang mencukupi. Biasa saya sarankan ibu yang menyusu dan ingin mengambil  Set Penyusuan Vitamin Shaklee perlu memastikan pengambilan air 3 liter sehari.

Seterusnya ibu wajib menyusukan anak mereka setiap 2-3 jam sekali. Jika bekerja maka si ibu wajib pam dan jarak sesi pam adalah antara 2-3 jam tetapi tidak boleh terlalu lama. Jika terlalu sibuk dan terdapat kekangan di pejabat untuk mengepam, si ibu perlu berusaha untuk melakukan Power Pumping pada malam hari.

Vitamin Shaklee yang paling popular untuk penyusuan ialah

ESP
Vitalea
B complex
Vitamin C
Alfalfa
Ostematrix

Set ini dikenali sebagai set 3M.
Set lengkap ini sangat membantu agar ibu dan anak sihat. Dengan pengambilan yang disarankan insyaALLAH membantu penghasilan susu yang lebih efisien.

Boleh refer entry sebelum ini : SUSU BANYAK DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Berminat untuk order Set Penyusuan Shaklee, sila hubungi saya ditalian seperti dibawah.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa