Memaparkan catatan dengan label Testimoni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Testimoni. Papar semua catatan

Khamis, 2 Februari 2023

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023

Menjadi rutin untuk kita ketahui apakah promosi yang ditawarkan Shaklee pada setiap awal bulan. Bulan Februari 2023 tidak terlepas dengan promosi menarik yang Shaklee tawarkan. ESP Shaklee antara promo yang masih berlangsung pada bulan ini. Menariknya untuk ahli baru yang nak register sebagai ahli Shaklee, mereka berpeluang mendapatkan  ESP Shaklee dua [2] canister dengan harga yang sangat menarik iaitu RM150 , bersama keahlian dan penghantaran percuma.

Promo ESP Shaklee untuk ahli sedia ada juga tidak ketinggalan. Mereka boleh dapatkan ESP Shaklee tiga [3] canister dengan harga RM260 termasuklah kos penghantaran. Penjimatan yang sangat banyak!


ESP Shaklee antara Promo Februari 2023
ESP Shaklee antara Promo Februari 2023


Selain promo ESP Shaklee, Februari ini juga mempunyai promo yang sangat istimewa dan dinantikan oleh ramai penggemar Vivix Shaklee.

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023
 

Antara promo lain yang  juga selain ESP Shaklee, 

Get Clean Shaklee

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023

ESP Shaklee antara Promo Februari 2023



Berita baik untuk ahli baru dan ahli lama, Shaklee juga menawarkan pembelian Hero Kiddo dengan harga yang sangat istimewa dengan syarat mempunyai belian 100uv.




Bukan itu sahaja, Shaklee menawarkan jongkong emas pada bulan Februari 2023. Boleh wasap saya untuk mengetahui lebih lanjut tawaran ini. 




Bagi anda yang bijak  untuk menjadi ahli dan grab tawaran yang Shaklee tawarkan, boleh la mendaftar Keahlian Shaklee DI SINI.





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 1 Februari 2023

Shaklee login untuk cek bonus?


Shaklee login untuk cek bonus?


Setiap tahun pasti akan ada perubahan mengikut peredaran zaman. Dulu bonus Shaklee hanya akan diketahui pada 14 atau 15 haribulan pada setiap bulan iaitu tarikh penerimaan bonus. Namun kini dengan website Shaklee , semua distributor boleh masuk ke website Shaklee login untuk melihat beberapa data yang di update secara langsung.

Shaklee login ID diperlukan sebelum distributor mendaftar masuk sebagai ahli yang sah. Walau demikian, bagi prospek yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli mereka perlu ke website Shaklee, log in untuk mula mendaftar.

Apabila telah mendapat ID dari sistem online Shaklee, mereka boleh login secara langsung untuk membuat pesanan di atas talian.

Shaklee Log in untuk cek bonus?
Website Shaklee 

Kelebihan website Shaklee ini, boleh dibuka melalui komputer riba ataupun telefon bimbit asalkan mempunyai data internet yang mencukupi. Rata-rata ahli yang aktif berkongsi kebaikan Shaklee, mereka sangat teruja untuk melihat bonus yang bakal mereka terima pada setiap bulan.

Rata-rata distributor Shaklee, login untuk cek bonus mereka selain melihat pesanan mereka, info tentang promo, info produk ataupun point kelayakan bonus mereka.


Shaklee Log in untuk cek bonus?
Bonus yang dipaparkan memberi motivasi untuk terus berkongsi.

Memang selepas melihat bonus yang terpapar, ia menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi untuk terus berkongsi kebaikan produk Shaklee.


Bahan dalam website Shaklee


Apabila seseorang ahli mulakan Shaklee login mereka, boleh dilihat beberapa page penting yang membantu distributor untuk berkembang. About ; lebih kepada latar belakang syarikat. Why Shaklee pula menerangkan mengapa Shaklee ini perlu menjadi pilihan sebagai makanan tambahan yang sihat. Shop pula untuk mereka yang mahu membuat pesanan sendiri secara atas talian. Manakala Business Center pula adalah untuk distributor yang mahu membina legasi perniagaan bersama Shaklee.
Tidak lupa juga website Shaklee juga menyediakan Resources; untuk mereka yang memerlukan nota dan bahan untuk tujuan perkongsian dengan prospek mereka.

So, mungkin ada antara anda yang berminat semula nak mendaftar keahlian Shaklee? Nak cuba Shaklee log in tapi ID mungkin dah expired? Apa kata meh daftar semula dengan kami, dan kami akan bantu anda dengan lebih mudah.


Hakikatnya Shaklee login bukanlah hanya untuk cek bonus sahaja, tapi website itu boleh menjadi tapak bisnes bagi mereka yang nak serius mulakan legasi dalam Shaklee. 

Jika dapat tambahan RM200 sebulan pun siapa nak bagi kan? Di tambah harga barang mahal sekarang...mengapa kita tak nak ambil peluang kan?







Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Ahad, 29 Januari 2023

Manfaat bukan hanya pada harga ahli Shaklee.

 Manfaat bukan hanya pada harga ahli Shaklee

Tahniah dan saya nak ucapkan terima kasih kerana menjadi pengguna dan pengamal Shaklee yang setia hingga kini. Tahniah juga kerana anda telah terpilih untuk  menjadi ahli Shaklee. Namun sedarkan anda manfaat bukan hanya pada harga ahli Shaklee?

Dalam ekonomi yang mencabar sekarang, ramai yang sedang mencari peluang. Peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak sebagai manusia. Adakah kalian tahu manfaat menjadi ahli bukan hanya pada harga ahli Shaklee sahaja? 

Benar, kelebihan ahli yang utama ialah mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli. Namun ada banyak manfaat sampingan yang boleh kita sebagai ahli Shaklee nikmati. Antara lain adalah untung runcit, bonus kereta, insentif trip bercuti dan bonus kepimpinan.


Saya yakin ada antara anda yang dah mula merasa pendapatan dengan Shaklee. Walau hanya RM30 atau RM50, tapi ye la siapa nak bagi kan?

Benarlah pendapatan sampingan sangat membantu dikala kita memerlukan



Manfaat bukan hanya pada harga ahli Shaklee
Mengapa perlu pendapatan tambahan?

Mungkin ada juga yang belum mengetahui bahawa website Shaklee mempunyai bahan bantu yang banyak untuk kita membuat perkongsian produk dan hal yang berkaitan kesihatan.

Manfaat bukan hanya pada harga ahli Shaklee




Cuma kena rajin, rajin berkongsi produk Shaklee yang kita makan. Pada saya produk ini bukan hanya selamat, berkesan tetapi ia juga semulajadi dan tak membahayakan kesihatan pada jangka masa yang lama.

Dari tahun 1999, bermula dengan pendapatan 60 , dapat RM200 hinggallah ribuan ringgit menjadikan saya cari jalan keluar dari bekerja sebagai guru. 

Penat? Tiada pekerjaaan yang tidak melelahkan Cuma ia sangat berbaloi.


Manfaat bukan hanya pada harga ahli Shaklee



Saya suka kongsikan kebaikan produk Shaklee kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. 
Saya juga gunakan medium blog untuk penulisan saya….
www.anakkuwiraku.com adalah medium saya berkongsi dunia Shaklee saya. 

Pada saya teruskan berkongsi, prospek beli atau tidak itu adalah urusan Allah.Sekurang-kurangnya menjadi dakwah pada saya tentang pentingnya menjaga kesihatan.

Saya pun tak pernah menyangka  Shaklee boleh menjadikan kami suami isteri berhenti dari pekerjaan hakiki dan focus dengan Shaklee. Niat permulaan hanya nak bantu orang sihat dan mereka yang nak cari pendapatan tambahan.

Malu? Mula-mula mungkin tapi kalua niat yang betul, nak bantu orang sihat…tiada masalah rasanya.

Maka saya sarankan jangan lah berhenti berkongsi. Kita tak  tahu rezeki kita di masa akan datang… Asalkan berpandukan tuhan dan agama dalam hidup, insyaAllah kita pasti di bimbing pada jalan yang benar.


Semoga anda semua menjadi hamba Allah yang terpilih untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.


Anda berminat menjadi ahli Shaklee dan mencari pendapatan tambahan ?





#PengedarShakleeTerengganu
#Shakleereadystock
#Shakleekubangikan





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Pokok yang tak di undang, buah yang tak dapat ditolak.

Tadi pagi selepas sarapan di Mydin Terengganu, suami mengajak kami singgah ke DIY Chendering untuk membeli penyakut bag stokin yang terpatah semalam.

Bila dah parking, saya tertarik melihat pokok yang menjalar disebelah kedai DIY....daunnya unik dan saya yakin ia adalah pokok buah yang saya kenal.

Selepas puas membelek, saya menemukan beberapa putik bunga yang akan menjadi buah....mata saya terus melilau mencari kalau-kalau ada putik buah di situ....

Sangkaan saya ia adalah pokok tembikai yang menjalar, namun sangkaan saya meleset sama sekali....
Saya ingatkan ianya pokok tembikai, tapi rupanya dikenali sebagai timun tikus Malaysia, selepas saya cuba mencari gambar persamaan di google.




Benarlah...pokoknya memang tak diundang...tapi hasilnya bila dah depan mata tak dapat ditolak.

Sama juga dengan pendapatan tambahan, ada orang fikir mereka tak perlukan...uniknya mereka tertarik dengan hasilnya.


Anda berminat nak join Shaklee sebagai pendapatan sampingan? Jadi ahli untuk kegunaan sendiri sebagai permulaan. Jika ia bagus, kongsikan dengan keluarga tersayang.


Berminat menjadi ahli Shaklee? >>>>> DAFTAR SEKARANG<<<<






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 18 Januari 2023

Set Berpantang Paling Minima




Kehadiran cahaya mata adalah satu rahmat besar dalam sesebuah keluarga.



Beberapa hari lepas saya mendapat mesej dari teman bisnes saya bertanyakan set berpantang Shaklee untuk kawan beliau.

Saya mengesyorkan beliau dapatkan set jimat yang ditawarkan oleh Shaklee...






3 supplement asas ini sangat menyokong kesihatan ibu dan anak. Ia juga membantu ibu untuk meneruskan penyusuan dengan lebih naik.

Mengapa 3 ini diperkenalkan?

ESP kita sedia maklum bahasa bayi memerlukan protien untuk proses pembesaran. Rambut , kuku, kulit semuanya memerlukan protien. Jadi dengan ESP Shaklee yang mengandungi 9 amino asid penting yang diperlukan oleh badan tetapi tak dapat dibuat oleh badan , maka pengambilan sumber luar sangat bagus membantu keperluan ini.

Ostenutrix pula adalah supplement kalsium yang penting untuk pembinaan darah dan pembentukkan tulang dan ia juga memberi kelegaan pada tubuh ibu kerana ia dapat mengelakkan osteoporosis.

Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuhan juga memainkan peranan penting membantu stimulate susuibu agar keperluan si bayi dapat dipenuhi dengan baik.

Ada 3 lagi vitamin yang saya akan sarankan ibu berpantang amalkan bersama antaranya ialah :


Vitalea - multivitamin yang mengandungi zat galian yang diperlukan oleh badan termasuklah zat besi. Zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah yang sihat.

B complex - ia juga membantu dalam penghasilan darah dan paling bagus ia menyokong agar si ibu kekal happy dan dapat mengelakkan kemurungan atau meroyan selepas bersalin.

Vitamin C - seperti kita sedia maklum ia sangat bagus untuk kesihatan yang optimum selain ia adalah perkara asas dalam keperluan sistem imun.


Jika anda adalah ibu yang mengandung dan bakal melahirkan, boleh la dapatkan set ini agar proses selepas kelahiran lebih baik dan kesihatan ibu akan cepat beransur baik




#SetberpantangshakleeKualaTerengganu
#ShakleeKualaTerengganu
#Shakleereadystock




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Cakna makanan kita : Kesan uric asid tinggi bahaya pada kesihatan.

Masa first time saya buat blood check up, bacaan uric acid saya tak la tinggi sangat...tapi saya notis lepas saya makan ubat darah tinggi dan tabiat makan yang tak sihat, bacaan makin tinggi saban tahun.

Biasanya mereka yang ada masalah uric asid tinggi ini dikaitkan dengan penyakit gout, namun balik kepada bacaan darah kita juga.


kristal yang terbentuk akibat uric asid yang tinggi



Stress juga dibuatnya walaupun saya takde masalah rhemotoid faktor tapi bila bacaan uric asid tinggi, sendi dan tapak kaki dah mula rasa sakit. Kalau kat tapak kaki tu rasa macam kena cucuk dek jarum bertalu-talu. Allahu Allah aje yang tahu.

Sebenarnya paling risau, bila uric asid tinggi ni adalah pembentukkan batu karang.

Batu karang boleh berlaku pada orang yang menderita paras asid urik yang tinggi, dan batu-batu karang ini mungkin tidak disedari sehingga ia tersangkut di dalam ureter, menyebabkan kesakitan yang teruk, kencing yang lebih kerap dan menyakitkan, air kencing berdarah, atau loya dan muntah.

Walaupun batu karang disebabkan asid urik biasanya dijumpai pada pesakit gout, penyakit ini juga dikesan pada kira-kira 20% pesakit yang mempunyai paras asid urik yang tinggi tetapi tiada gout.

Simptom batu karang termasuk,
- sakit atau sakit berdenyut-denyut di bahagian bawah belakang dan sebelah abdomen atau pangkal paha
- air kencing berdarah dan berbau
- sakit ketika buang air kecil
- demam jika terdapat jangkitan


Batu karang yang biasa di dapati dalam buah pinggang atau hempedu



Selain itu, salah satu tanda asid urik tinggi yang paling teruk ialah kegagalan buah pinggang, yang menunjukkan tanda seperti,
- kurang buang air kecil
- sesak nafas
- bengkak pada kaki
- kekeliruan
- mengantuk, keletihan
- sakit dada.


So benarlah kata seorang Dr yang saya jumpa baru ni, dia kata kita perlu buat blood check up at least 2 kali setahun. Barulah kita tahu macam mana keadaan dalam badan kita. Jangan assume semua ok sampai tiba-tiba rupanya kronik.




#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock







Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Cakna makanan kita : Apakah antara makanan yang buat uric asid tinggi?

Selepas dapat bacaan uric asid tinggi, saya mula mencari di google, makanan yang menyebabkan bacaan uric asid saya meningkat .

Rupa-rupanya kerana saya gemar minum kopi kampung atau kopi campuran. Biasanya dalam kopi kampung mereka akan mencampurkan dengan marjerin untuk beri rasa lemak. 


Saya juga suka makan sardin terutama roti sardin, tidak kurang juga makanan laut seperti kerang, tiram, siput serta saya suka makan organ dalaman seperti pedal dan hati ayam buatkan bacaan naik dengan sangat mendadak.

Makanan proses juga tidak sesuai dijadikan amalan contohnya burger, dimsum serta makanan yang banyak pengawet adalah antara makanan yang perlu dielakkan kerana ia memberi kesan mudhorat pada tubuh badan manusia.


Ada beberapa artikel perkongsian tentang makanan yang menyumbang kepada kenaikan uric asid dalam badan. Makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit gout.

Dalam artikel itu ada dinyatakan makanan yang perlu dielakkan atau kurangkan supaya masalah uric asid akan dapat di atasi.

So, adakah anda dah mula cakna tentang pemakanan anda?


#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 16 Januari 2023

Tips turunkan bacaan Uric asid dari 475 umol/L kepada 0.35 mmol/L

Saya dah suami adalah pengguna setia BP Lab. Syukur sebab abah Addinnasa ni orang yang sangat menjaga kesihatan. Jadi setiap kali dia buat blood check up, saya akan join sekali. Tapi uniknya 2022 saya tak buat langsung! Sebab setiap kali abah Addinnasa pergi buat check up time saya tak sesuai buat....hehehe. 

Selepas attend kelas Dr Redza, saya mulakan azam, kena buat jugak. Jangan syok sendiri kata Dr Redza.

Result sentiasa boleh kita check and compare dalam apps dia. Sangat mudah.



Memula takut sangat nak tengok result, tapi ....alhamdulillah ada satu yang menarik perhatian saya adalah uric asid saya menurun dengan sangat banyakkkk. MasyaAllah. Alhamdulillah Allahu Akhbar!

Masa sebelum ini, bacaan uric asid saya  makin bertambah sampai melepasi boarder dan doc turut memberi  warning dengan keadaan saya. Syukur sebab saya takde masalah rhemotoid factor, so alhamdulillah masa bacaan tinggi saya cuma rasa tapak kaki berdenyut macam kena cucuk jarum sahaja. 


Namun saya juga mencari rawatan alternatif untuk turunkan bacaan uric asid ini. Ditambah saya kena konsisten amalkan ubat darah tinggi, pastinya sukar nak turunkan bacaan uric asid.




Dan ada yang menarik minat saya.... kopi. 


Saya mula kurangkan makan daging merah, seafood, apa sahaja yang buatkan uric asid naik. Sebelum ni memang makan semua...tapi insaf juga bila bacaan makin naik.


Dah masa kena kawal makan ni!

Sebelum ini saya suka sangat minum kopi kampung, tapi suami saya tegur sebab kopi kampung biasa akan bercampur dengan marjerin, memang tak bagus untuk kesihatan. Jadi saya tukar dengan amalkan kopi biji....minima sehari sekali....



Roasted coffee bean [ biji kopi panggang]


Tak sangka ia menjadi....


TETAPI ada kesan sampingan lain yang kena jaga juga. Bila selalu minum kopi, bahayanya pembetukan darah akan terjejas. Mudah dapat anemia....HB juga akan rendah ditambah tulang mudah rapuh, jangka panjang boleh kena osteoporosis.  Ok kena ada ilmu benda ni.


So ada vitamin yang saya konsisten makan untuk counter back masalah yang timbul.... 

Ostenutrix - kalsium untuk bantu atasi masalah tulang rapuh.

Vitamin C - Supaya salur darah sentiasa elastik

Omega - minyak ikan yang bantu elakkan plak dalam otak. Supaya tak mudah kena alzheimer.

B complex - untuk bantuk pembetukan dan penghasilan darah merah.

Vitalea - WAJIB untuk bina darah. Pengambilan kopi akan menyebabkan penghasilan darah dan penyerapan zat galian terganggu. So multivitamin menjadi kewajipan dalam list harian yang perlu amik

Uric asid
Keputusan bacaan ujian darah Nov 2021




Uric asid
Keputusan bacaan ujian darah Jan 2023


So bagi anda yang ada masalah macam saya boleh la cuba tips ini. 

Jika anda adalah orang yang ada masalah dengan susu, boleh amalkan minum kopi sahaja tanpa susu....atau nama popular dia Americano. Kalau anda tiada masalah dengan susu, boleh la amalkan Latte atay Cappucino hari hari.


Selain itu boleh amalkan minum air hirisan lemon. Sekali sehari sahaja. Jangan pula tambah gula.



So selamat mencuba, dan jangan lupa jaga kesihatan secara keseluruhan , bukan jaga uric asid sahaja tau!



#pengedarShakleeKualaTerengganu
#ShakleeTerengganureadystock
#Shakleereadystock




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 27 Disember 2022

Pulut, boleh makan tapi berpada-pada.

Ramai yang tak tahu apa yang dimakannya adakala menjadi punca banyak penyakit hadir . Adakala ia menjadi makanan tradisi keluarga, jadi kita merasakan tiada masalah untuk mengamalkannya. 

Sebab itu segelintir yang kurang membaca, akan menyangka makan vitamin baru 3 hari dah menjadi punca sakit kepala , sakit badan atau sebagainya.

Membaca artikel pulut [Beras Pulut dan Kencing Manis] membuatkan saya sedar, pulut bukanlah makanan yang boleh dijadikan makanan harian. Ia mampu mengundang penyakit yang berat, antaranya kencing manis, kolestrol, jantung tersumbat dan banyak lagi.
Sejak kecil saya dibesarkan dengan pulut kuning. Majlis kesyukuran buat pulut kuning. Majlis harijadi , hantar pulut kuning ke masjid... 

Malah duduk Terengganu, pulut kuning sebagai sarapan pagi. Tidak kurang dari itu, pulut menjadi makanan kegemaran, makan dengan durian atau mangga. Ketupat pulut atau nama lainnya ketupat palas, telah menjadi kegemaran saya. Namun kerana ia buatkan badan rasa berangin, saya mula kurangkan minat nak makan. Jika ada lemang, saya cuma makan sepotong dua yang kecik sahaja.

Baru saya nampak kenapa arwah abah saya dapat stroke, darah tinggi ....punca dari pemakanan.

Bukan tak boleh makan, tapi berpada-pada. Sedap manapun, makanlah tetapi jangan sampai ia memberi mudarat. Kena beringat.

Jangan lupa juga , amalkan lah makan vitamin C kerana ia salah satu vitamin yang membantu salur darah kita kekal elastik. 




Salah satu sebab orang terkena stroke adalah kerana salur darahnya yang rapuh dan mudah pecah bila tekanan terlalu tinggi.

Jadikan juga vitamin ini sebagai keperluan untuk kita kekal sihat. Jangan pandang remeh kerana hakikatnya penyakit bahaya datang mengejut, tanpa pernah kita bersedia.


Jemput baca artikel : Vitamin C prevent stroke


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 7 Disember 2022

Apa perlu buat bila lupa password Shaklee?

Semua perlukan password dan adakala kita memang terlupa...

Jika anda lupa password di website Shaklee. Masukkan salah satu yg diperlukan: website : www.shaklee.com.my No telefon yang berdaftar dengan Shaklee ATAU Email yang berdaftar dengan Shaklee.


Bila lupa password Shaklee




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Ahad, 4 Disember 2022

Triple Gems

Mereka kenal minuman kesihatan dari mereka kecil. Dari mereka tak kenal apa-apa dan mereka sangka ia susu biasa.

Meal Shakes+ Energizing Soy Protien + Performance drink saya bancuhkan sekaligus dan jadikan minuman sebelum mereka ke sekolah. 




Saya tak sediakan makan pagi kerana minuman ini sahaja dan mencukupi untuk mereka bertahan dalam 2-3 jam sebelum sampai masa rehat.

Nanti masa rehat saya dan suami akan datang sekolah Anchi bawakkan mereka makanan. Jika mereka nak makan bersama kawan, kami suami isteri setia menanti di kantin atau ruangan legar sekolah. Habis waktu rehat barulah kami pulang ke rumah.

Hingga kini, alhamdulillah ia menjadi peneman setia bila mereka tak sempat nak makan atau sambil menunggu makanan. Cuma sekarang mereka minum bersama tambahan lain seperti Cinch dan Life Shake kerana mereka nak dapatkan berat yang ideal.

Energizing Soy Protien atau nama baru adalah ESP wajib ada dalam rumah. Kini mereka minum dengan ilmu. Bila nak kulit cantik, nak badan ada muscle perlu protien. Sekarang dah tak perlu nak membebel suruh mereka makan vitamin. Mereka tahu dah vitamin apa yang badan perlu ambil. Cuma sekali sekala mereka akan bertanya vitamin apa lagi yang membantu keperluan tumbesaran otak mereka. 

Alhamdulillah, bila mula dari kecil, ia tak menjadi banyak perbalahan. Ditambah abah mereka adalah orang yang jaga kesihatan, timbang di rumah sentiasa menjadi perhatian. 




Usaha sihat juga satu dakwah. Mula dari rumah. Kita bukan hanya nak anak yang berjaya dalam akademik tetapi umat Nabi Muhammad yang sihat dan mementingkan kesihatan.




Wajib ada sebagai penanda aras 










Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Tips murah rezeki dan langsai hutang.

Semua manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Bila keperluan dipenuhi, kita mula menambah kehendak dalam kehidupan. Ya adakala beberapa kehendak ini, ia melibatkan komitmen hutang terutama dengan bank.
Saya pun tak terkecuali.
Namun saya suka dengar ceramah dari youtube ; perkongsian ustaz-ustaz tentang amalan murah rezeki dan langsai hutang tak terkecuali juga dari buku-buku yang ada diselitkan tentang perkara ini.
Ada beberapa yang saya cuba ingat , antaranya dengan
1. Doa
Rasulullah saw menganjurkan beberapa doa yang umatnya boleh jadikan amalan antara doa yang popular ialah DOA ELAK MALAS.
Dibaca minima 3 kali selepas setiap kali solat.

Doa selesai hutang




2. Banyakkan berselawat.
Perkongsian ustaz Yusuf Mansor dari Indonesia membuktikan selawat mampu menjemput rahmat Allah , secara langsung Allah lepaskan dari segala hutang piutang.
3. Zikrullah
Banyak zikir yang dianjurkan antaranya ialah
La ila ha Illallah Al Maliqul Haqqul Mubin 100x ,
Subhanallah Wa Bihamdih Subhanallahil Azim 100x
Subhanallah wal hamdulilah wa la ila ha illallah wallahu akhbar 300x
4. Surah Al Ikhlas
Menjadikan amalan membaca surah Qul huwallah hu Ahad [ sampai habis] 3 kali sebelum masuk rumah, insyaAllah diselesaikan semua hutang.
5. Solat sunat taubat, tahajud
Solat sunat pahalanya sunat namun fadilatnya dahsyat sekali. Nak lakukan juga perlukan semangat yang kuat. Namun bila kita ada kesedaran betapa pentingnya meminta dengan Allah, kita akan usahakan demi mencari rahmat dan Redho Allah.
Saya senaraikan yang mudah sahaja. Ada banyakkkkkk lagi cuma, adakala lagi banyak kita hafal, buatnya tidak. Jadi kita ingat list yang sedikit tapi istiqamah beramal. Ada tips ini yang memang kami amalkan, alhamdulillah nampak jalan keluar Allah aturkan.
Paling penting, sabar dalam beramal.
Kita juga disarankan meminta dengan Allah supaya Allah PILIH kita menjadi HAMBA Dia yang
1. Banyak bersyukur
2. Banyak berzikir
3. Usaha perbaiki amalan
Sayugia diingatkan, disamping doa, kita kena juga ada usaha sebagai asbab laluan rezeki.
Contohnya :
Ya Allah kurniakan la kepada kami perniagaan yang maju , supaya rezeki yang kami perolehi mampu memberi manfaat pada ramai orang terutama ibu ayah dan keluargaku serta bantulah aku menyelesaikan masalah hutang-hutangku. Agar hutang ini tidak menjadi beban pada warisku andai aku meninggal dunia nanti.
Sekadar sedikit perkongsian moga menjadi asbab kebaikan. Wallahu alam.









Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Sabtu, 3 Disember 2022

Branch Shaklee Terkini di Malaysia

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Shaklee mempunyai 6 cawangan di dalam Malaysia dan ini tidak termasuk dengan Ibu Pejabat Utama di Subang Jaya Selangor.


Ibu Pejabat Shaklee :

Address:
Level 1 & 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 603-56223188

Operating Hours
Monday to Saturday: 9:00 am - 6:00 pm




Shaklee Kuala Lumpur 

Address:
G-04, Ground Floor, Sunway Visio Tower, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.

Tel: 603-92266691
Fax: 603-92266692

Operating Hours
Monday to Saturday: 9:00 am - 6:00 pm




Shaklee Kota Bharu 

Address:
2634 T/B Wisma Strata, Jln Sultan Yahya Petra, Kg Lundang, 15150, Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 609-7406278
Fax: 609-7433845

Operating Hours
Saturday to Thursday: 9:00 am - 6:00 pm




Shaklee Penang

Address:
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tel: 604-3838261
Fax: 604-3838560

Operating Hours
Monday to Saturday: 9:00 am - 6:00 pm



Shaklee Perak

Address:
32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh.

Tel: 605-2418260
Fax: 605-2418263

Operating Hours
Monday to Saturday: 9:00 am - 6:00 pm




Shaklee Johor

Address:
No 1, Jalan Molek 3/20, Taman Molek. 81100 Johor Bahru, Johor.

Tel: 607–351 9757
Fax: 607–351 9561

Operating Hours
Monday to Saturday: 9:00 am - 6:00 pm




Shaklee Sabah

Address:
Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron, Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.

Tel: 6088-393848
Fax: 6088-393851

Operating Hours
Monday to Saturday: 9:00 am - 6:00 pm









Jika anda berminat untuk menjadi ahli dan menikmati kelebihan menjadi ahli, anda boleh mendaftar di beberapa cawangan yang saya nyatakan di sini. 
Jika anda perlukan penaja ,boleh mendaftar dengan kami dibawah 
Shaklee ID : 3965863 Norita Mohd Idris
No Telefon : 0128535689


Anda juga boleh mendaftar keahlian Shaklee anda >>>>>>DI SINI <<<<<<<<<



#CawanganShakleeMalaysia
#ShakleereadyStock
#ShakleeKubangIkan
#ShakleeTerengganu
#Vitaminpromosi








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.