Memaparkan catatan dengan label Pengedar Shaklee Muar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Shaklee Muar. Papar semua catatan

Ahad, 17 November 2019

Banyak lagi rahsia selawat yang ramai tak tahu.

Allahumma solli ala saidina Muhammad Wa ala Ali Saidina Muhammad. Ucapan mudah yang memberi banyak kebaikan dan manfaat pada diri tanpa kita sedari.

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. 

Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
 
1. Melaksanakaan perintah Allah s.w.t

2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.A.W

3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah s.w.t  bererti rahmat)

4. Bersamaan dengan selawat para malaikat

5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat

7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-sidq

14. Ditunaikan segala hajat

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat

16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga

18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat

19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu

22. Tidak akan merasai fakir

23. Terpelihara dari sifat bakhil

24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah s.a.w

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat

29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh

30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak

31. Mendapat keberkatan Allah

32. Mendapat kesempurnaan iman

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung

36. Teguh pendirian dengan kebenaran

37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.

39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.

40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri

41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya

42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.


Ini salah satu selawat yang bagus amal, iaitu selawat Tafrijiyah.





🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
Call/Whatsapp : 012-853-5689 

TIGA PERKATAAN yang perlu jadi kebiasaan dalam keluarga.

Sejak dari kecil arwah mak didik kami membiasakan menyebut perkataan terima kasih pada abah bukan hanya setiap kali abah belikan makanan atau mainan, hatta bawak jalan -jalan pun, sampai aje rumah sebelum turun kereta...kami adik beradik akan cakap "Terima kasih Abah."

Arwah mak selalu pesan, nak minta tolong orang hatta adik beradik sekalipun kena sebut perkataan "Tolong" bukan mengarah semata-mata. Ia sebagai satu tanda hormat kepada orang yang kita minta tolong tersebut.

So bila dah berkeluarga, ia mudah untuk di aplikasi kan. Cuma tambahan perkataan "Maaf" kami biasakan jika sesiapa ada buat salah, kena cakap minta maaf supaya tiada masalah dalam hubungan kekeluargaan.

Tiga perkataan ini perlu menjadi perkataan utama dalam sebuah keluarga. Ia memberi kesan yang sangat positif dalam mendidik jiwa anak-anak yang sedang membesar.

Terima kasih - Apa sahaja yang kita terima, walaupun menerima hadiah yang bukan pilihan....ucapan terima kasih wajib diungkap sebab tanda kita bersyukur.

Tolong - Memulakan perkataan tolong bila memerlukan khidmat orang lain menunjukkan budi bahasa seseorang. Tanpa perkataan tolong, kita seolah-olah memberi arahan dan ia boleh membuatkan pihak ketiga rasa direndahkankan.

Minta Maaf - Perkataan ini sebenarnya membantu seseorang menurunkan egonya. Dengan mengaku kesilapan dan memohon maaf tidak sesekali menjatuhkan maruah atau martabat seseorang malah meninggikan pandangan manusia terhadap dirinya. Kami didik anak-anak bila mereka ditegur atas kesilapan yang mereka lakukan, perlu menyebut minta maaf dan bersalam cium tangan dengan abah ibu untuk meminta redho dan restu. Secara tak langsung membentuk jiwa yang lembut dan rendah diri yang bertempat.


Bila anak kecil ia mudah nak dididik...maka ajarkan dalam keluarga kita 3 perkataan in, nescaya harmoni rumahtangga dan kekeluargaan juga bertambah erat.



Lagu Barney ini kami selalu mainkan di video player masa zaman Addin kecil lagi.



Lagu Barney.


Lagu yang mengandungi mesej yang bagus dalam mendidik anak-anak selain membantu kita bertoleransi dalam keluarga.




 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 16 November 2019

Umrah pertama bawa anak kecil , satu kelebihan?

Alhamdulillah, kami dah terima email jemputan untuk Umrah dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Terengganu
Surat jemputan umrah dari Shaklee.

Allahu akhbar! Syukur pada Allah.

Teringat entry 2018 yang saya tulis tentang hajat nak dapat umrah melalui Shaklee. Ada ke yang berminat? Masa tulis entry tu....saya tulis bersama perasaan harapan dan keyakinan yang satu hari kami akan rasa satu keluarga umrah melalui Shaklee. Dengan izin Allah ia bukanlah mustahil.

Masa 2011 adalah Umrah pertama kami sekeluarga. Masa tu Nasa baru berumur 4 tahun. Perkara tak boleh lupa ialah dia dalam proses toilet train. Maka masih pakai pampers jenis seluar gitu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Umrah pertama 2011.

Pagi tadi baca entry adik ipar saya... Tips Umrah bersama anak kecil  ...

So teringat la masa 1st time pergi umrah dengan sorang anak umur 8 tahun dan sorang 4 tahun. Macam biasa, as parents kita kena selalu jadi radio infomer untuk anak-anak. Bagi tahu 1 bulan awal, kita nak pergi umrah tempat ibadah. Ada kaabah macam dalam TV. So nanti behave.

Sepanjang di Madinah, alhamdulillah semua dipermudahkan. Cuma malam terakhir aje Nasa muntah sebab ibu balik lambat dari Raudhah. Dia menangis macam ibu hilang. Balik-balik bilik jam 1 pagi, tengok bilik bau muntah. Rupanya Nasa nangis sampai muntah. Kesian anak ibu.

Bila sampai sahaja di Mekah... adalah saat yang paling penting. Kami pesan anak-anak. Please behave. Jadi sebelum buat mulakan ibadah umrah, kami pastikan anak-anak dah siap kemeh [ buang air dan segala yang patut]. Nasa kami pastikan pakai pampers yang baru dan bersih supaya tak bocor.

Bila memula tawaf, Abah dukung Nasa sambil tangan sebelah pegang Addin. Maklum ramai kan. Masuk beberapa pusingan tawaf, kami bergilir.Ibu pula dukung Nasa dan Abah fokus pimpin tangan abang Addin. Alhamdulillah sampai selesai tawaf. Syukur, Allah permudahkan.

Bila sae'i pula..memula boleh bertahan tapi kenangkan mereka budak kan...jadi kami decide sewa satu kerusi roda dengan orang arab yang jaga kawasan sae'i dan dudukkan 2 beradik dalam kerusi roda. So kami berjalan sambil tolak kerusi roda anak-anak ni.

Bila ke masjid, alhamdulillah Abah Addinnasa sangat seronok bawak anak-anak ke masjid. Rupa-rupanya orang Arab sayangkan budak-budak. Mereka mencontohi akhlak Rasulullah, menyayangi kanak-kanak. Jadi kelebihan abah ialah sentiasa dapat tempat duduk dalam saf dengan kawasan yang selesa. Mereka memberi keutamaan bila ada parent yang bawa anak.

Cuma ada waktu, ibu cuma solat dibilik sahaja. Terutama adakala mereka  [ Addin dan Nasa] letih dan nak tidur, ibu lebih prefer ibu yang temankan mereka di bilik. Maklum isteri afdal solatnya di bilik pun. So tak de masalah.Tak perlu berebut pun. Gedung pahala isteri sebenarnya di rumah bersama keluarga tersayang. Dapat la abah Addinnasa ke masjid lebih lama dan doa lebih untuk kami yang tinggal ni.

Ramai aje kawan kami yang buat umrah bersama anak kecil mereka. Bukanlah satu masalah pun tapi mengundang rahmat Allah yang banyak. Ada aje orang bagi anak-anak biskut, kurma, air zam-zam mahupun roti sebagai hadiah. Jadi kita tak perlulah risau.

Pengalaman seterusnya bila kami bawak keluarga bersama menunaikan umrah [ atas perbelanjaan sendiri] pun mudah. Cuma cabaran bila bawa anak perempuan yang comel, ia jadi bahan cubitan orang-orang yang kita jumpa dimasjid.

Anak buah saya yang comel, Adira.

So ibu-ibu yang merancang menunaikan umrah dan masih tertanya-tanya...bagaimana bawa anak menunaikan umrah? Jawapan saya, mudah aja...insyaAllah mudah kerana kita nak hati mereka dekat dengan Allah dan RasulNya.

Mudah-mudahan kita selalu dijemput ke sana. Amin ya mujib.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 15 November 2019

Nutriferon Shaklee seawal pagi?

Dah lebih kurang setahun juga kami sekeluarga menjadikan amalan, selepas solat subuh kami akan pastikan semua orang dalam rumah minum air masak sebanyak 500ml. Tapi untuk anak-anak mereka minum sebotol kecil air osmosis berbalik [ RO water] dalam jumlah 250 ml.

Ini untuk pastikan mereka sentiasa cukup air dan menjadi latihan pada kami betapa pentingnya minum air masak awal pagi.

Walau ada beberapa pendapat mengatakan kononnya tidak baik, tapi sebab kami dapat konsultasi dari doktor nutrisi luar...jadi ia bukanlah satu isu pun.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Selain menyediakan bekalan air minuman dalam botol kecil dengan banyak di rumah, kami pastikan bekalan Nutriferon Shaklee juga mencukupi. Jadi kami dan anak-anak akan mengambil 1-2 peket Nutriferon Shaklee bersama air kosong di pagi hari.


Apa manfaat Nutriferon Shaklee? Ia sebenarnya membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Dan apa yang kami belajar , ia bagus untuk hati. Seperti kita sedia maklum hati adalah antara organ penting yang menapis segala toksin. Jadi kita perlu pastikan organ hati kita sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

Nak tahu testimoni Nutriferon Shaklee yang lain?

Boleh baca sini ya > Testimoni Nutriferon Shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 14 November 2019

4 doa yang bagus jadi perisai untuk berjaya.


Doa awal pagi :

Bagus amal doa ni seawal pagi sebelum kita mula pergi kerja atau mulakan kerja harian.

Bila kita mulakan urusan pagi dengan doa, insyaAllah bila kita dapat ilmu ia mudah difahami....kerana dalam doa ini kita minta ilmu yang bermanfaat selain rezeki yang baik dan amal yang diterima Allah s.w.t.



Doa setiap kali selepas solat :

Doa ini memberi maksud kita meminta pertolongan Allah agar sentiasa mengingatiNya, bersyukur kepada Allah dan mempertingkatkan dan memperbaiki ibadah kepada Allah.

Kita sedia maklum kita ni makhluk yang mudah leka dan cepat lalai. Jadi bila doa ini jadi pegangan, insyaAllah Allah sentiasa membantu kita dalam mengingatiNya dalam keadaan senang mahupun susah.



Doa elak malas dan selesai hutang :

Doa ni sangat bagus kita semua amal. Selagi bernama makhluk, kita tak terlepas dari sifat malas. Adakala rasa malas nak buat kerja...ada hari rasa malas nak pergi kerja...pernah tak rasa sedemikian?

Ya amalkan doa ini.

Doa ini juga memberi makna kita mohon dengan Allah agar dilindungi dari sifar pengecut, bakhil , bebanan hutang dan penindasan orang [ tekanan dari orang sekeliling]

Bagus dibaca 7 kali selepas setiap kali solat fardu.



Doa bila sedih :

Adatlah dalam kehidupan ada masa gembira dan ada masa bersedih...tapi semua ini adalah doa yang bagus untuk kita amal.

Sedih tak dapat naik pangkat? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.

Sedih tak dapat buat jualan? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.

Sedih tanpa tahu kenapa sedih? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.


Boleh la amalkan....dan lihat sendiri keajaiban yang Allah kirim bila kita bertawakal kepadaNya.

Call/Whatsapp : 012-853-5689
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 13 November 2019

Hilangkan bau hapak rumah - buat sendiri Odor Absorbing Bag

Duduk di rumah berdekatan kawasan bukit memang best sebab sentiasa sejuk....tapi cabarannya pula bila musim hujan yang berterusan...tanpa kehadiran sang mentari...rumah senang berbauk hapak disebabkan kulat [ mold]. Adakala almari baju pun boleh berbau.

sumber google- kulat dalam almari
Saya tahu antara cara nak kurangkan masalah bau hapak ini adalah dengan meletakkan arang supaya ia dapat menyerap bau yang tidak diingini.

Jadi saya belilah satu bag besar arang....kalah orang meniaga satay....hehehe....dan saya beli mash bag dan isikan arang di dalamnya dan gantung di banyak tempat dalam rumah. Tapi malangnya, kerana ia bag jaring-jaring halus kan...habis berterabur habuk arang di merata tempat. Buat hangin aje....sebab habis hitam tempat-tempat yang saya gantung. Dah satu hal sebab jadi kotor.


Baru-baru ni mak mertua datang rumah...mak nampak satu bag besar arang di dapur. Mak pun kata, buatlah bag kecik-kecik ...jahit dan masukkan arang ni. Kemudian gantung kat dalam kereta, almari baju, toilet atau mana-mana tempat yang senang kulat tumbuh , kata mak.

Hmmm selepas siapkan closing dan order-order Shaklee dari customer....saya pun capai bakul kain perca. Kita mulakan projek menjahit sikit. Serius saya bukan pandai jahit....tapi suka gak la isi masa lapang...buat seronok-seronok.

Alhamdulillah....dapat la siapkan beberapa bag arang....atau nama comelnya Odor Absorbing Bags.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Tadi dapat siapkan 2 lagi....

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Boleh gantung kat rak buku.... tu lagi satu tempat yang senang kulat hidup kalau kawasan sentiasa lembab.


Kalau nak beli boleh aje...tapi kepuasan bila dapat menjahit sekali sekala seronok juga sebenarnya.






 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

ESP Shaklee bukan hanya bagus untuk menyusu semata-mata....Ibu yang ada masalah kesihatan boleh cuba.

Bila kita dah lalui ceaserean yang kedua...pastinya tahu kita kena jaga kesihatan dengan lebih baik. Ditambah pengalaman kedua melahirkan Nasa, lukanya lain sedikit. Seminggu yang pertama selepas melahirkan saya rasa sangat sakit kat tempat ceaser tu...memang nak bangun dari katil pun kena berpaut dengan lengan abah Addinnasa. Allahu akhbar!

Saya tahu luka kalau nak cepat baik memang amalkan Vitamin C dan Zinc...tapi paling utama kita perlu ada sel yang sihat supaya Vitamin C dan Zinc tadi diserap dengan lebih baik dan kita akan dapat hasilnya dengan lebih baik. So nak ada sel yang sihat kita perlu ada cukup protein. Protein pun perlu ada yang seimbang...termasuk lah 9 essential amino asid yang perlu diambil dari luar kerana ia tak dapat dihasilkan oleh badan.

Sebab itu saya pilih amik ESP Shaklee. Saya tahu ia bagus untuk ibu menyusu. Dan masa yang sama saya memang amalkan kerana nak cepat baikkan luka ceaser.

Kesannya memang puashati dan lebih puashati bila nampak hasil minum ESP Shaklee untuk menyusu. Ketara hasil minum ni kerana nampak pada anak.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Walaupun saya menyusukan Addin sampai 3 tahun lebih....tapi result pada Nasa lebih dahsyat sebab saya minum ESP lebih banyak berbanding masa menyusu Addin. Addin pun debab juga masa kecil.

Selain amalkan beberapa vitamin untuk cepat recover dari Ceaser, ESP Shaklee memang wajib ada dan bekalan tak pernah putus.

Malah saya minum hingga sekarang...terutama bila dapat tahu rupa-rupanya pengambilan protein yang seimbang membantu mengawal kolestrol dan tekanan darah tinggi. Malah untuk ibu-ibu yang ada masalah kolestrol tinggi atau ada masalah tekanan darah tinggi, boleh juga amalkan ESP Shaklee sambil menyusukan anak.



So ibu-ibu yang menyusu anak, cubalah dapatkan  ESP Shaklee dan rasai kesannya ke atas diri sendiri dan perkembangan ke atas anak.InsyaAllah ia menjadi satu pelaburan yang terbaik.


Boleh baca beberapa TESTIMONI SET MENYUSU 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Ingin membuat pesanan ESP Shaklee? Boleh terus  klik sini.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
  N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 12 November 2019

Pentingnya protien untuk turunkan kolestrol dan tekanan darah tinggi?

Minggu lepas seorang leader kongsikan pengalaman testimoni customer beliau yang berpuashati dengan ESP Shaklee. Customer tu ada masalah tekanan darah tinggi....dan beliau cuma nak amalkan ESP Shaklee. Alhamdulillah selepas amalkan dalam sekian masa, customer tadi mempunyai tekanan darah yang stabil. Tiada lagi masalah tekanan darah tinggi seperti sebelum ini.

Namun yang pasti pengambilan protein yang lengkap dengan essential 9 amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dapat membantu menurunkan paras kolestrol. Tetapi perlu juga amalkan pemakanan yang seimbang, kehidupan yang seimbang dan senaman yang membantu.

Sebab itu kunci kesihatan bermula dari pemakanan yang kita amalkan setiap hari.

Walaupun banyak menu yang kita hidangkan pada keluarga, namun yang pasti ia belum tentu dapat memenuhi semua keperluan zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Terutama bila bercerita tentang protein , kita kena tahu ia adalah vitamin yang sangat sensitif dengan suhu yang tinggi. Bila goreng ikan, suhu pastinya lebih 100 darjah celcius. Jadi penyerapan protein mungkin tidak dapat dengan sepenuhnya.

Tak salah pun nak amalkan supplement...sekurang-kurangnya dapat memenuhi mana-mana ruang kosong yang perlu oleh badan.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu


Beberapa kebaikan protein :

Vitamin untuk menyusu

Bina badan 

Mengapa perlu cuba ESP Shaklee?



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 29 September 2019

Nutriferon bukan hanya untuk masa sakit.

Ubat penahan sakit sememangnya diambil masa kita sakit begitu juga dengan antibiotik. Bila sihat, ubat ini tidak lagi perlu diambil.

Itu bila berkaitan dengan ubat.

 Tapi berbeza dengan vitamin. Vitamin ni dianggap sebagai supplement. Walaupun ia dalam bentuk pil atau serbuk namun ia tidak sama dengan ubat.

Saya dan keluarga menjadikan amalan, pengambilan vitamin setiap hari.

Pemakanan kita hari ini belum pasti dalam melengkapkan semua nutrisi yang badan perlukan. Jadi supplement sangat membantu untuk dapatkan kesihatan yang optimum.

Mula dengan pagi hari saya pastikan anak-anak minum sebotol air dalam 250 ml terlebih dahulu. Kemudian kami sediakan peket probiotik untuk kesihatan usus serta sepeket Nutriferon.

Nutriferon siap untuk travel


Mengapa saya jadikan ia kemestian? Kerana Nutriferon ni bagus untuk sistem imun. Persekitaran hari ini membuatkan anak kita terdedah dengan banyak pencemaran.

Makan supplement secara istiqamah seharian ini ibarat macam kita menabung.
Menyimpan sedikit setiap hari ...dan bila saat kita perlu nak membeli kita dah ada sedikit tabungan dan mungkin kita perlu usaha sedikit lagi untuk mencukupkan. Sebab itu bila orang yang biasa mengamalkan pengambilan vitamin sebagai supplement harian , bila mereka jatuh sakit...insyaAllah akan cepat recover dan mereka perlukan sedikit tambahan vitamin sepanjang sakit untuk proses sembuh.


Ramai orang yang sakit hari ini paling sedih sekali bila mereka dapat tahu mereka sakit dah tahap kritikal. Jika orang yang jaga pemakanan, cara hidup yang sihat, bersenam ...mereka ini bila jatuh sakit tidak la seteruk golongan yang  langsung tidak menjaga pemakanan, rutin hidup yang sihat atau mereka yang langsung tidak bersenam.


Saya sedar, bila orang sakit, doktor akan terus rekomen ubat penahan sakit selain ubat yang diperlukan mengikut kes kesihatan mereka. Namun peliknya ada segelintir golongan akan usaha gunakan vitamin demi elakkan ubat. Sayangnya mereka menganggap vitamin ini seperti ubat dan boleh bertindak dengan cepat....itu yang mereka silap!!!

Supplement vitamin ini sebenarnya diperlukan untuk mengimbangi keperluan badan yang tidak dapat dipenuhi oleh makanan yang kita ambil secara harian. Ia untuk membantu sel, organ dan sistem tubuh boleh berfungsi dengan lebih baik dan sihat.

Jika kita memang pengamal tegar, dan mempunyai rutin cara hidup yang sihat serta bersenam...insyaAllah bila jatuh sakit sekalipun, insyaAllah akan cepat recover.

So pengambilan supplement vitamin ni macam kita menabung...sebagai langkah berjaga-jaga dan ibarat menyediakan payung sebelum hujan.
Moga bila kita sihat, kita akan menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

Wallahu alam.

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 26 September 2019

Hilangkan resah gelisah dan gundah gulana....

Pernah tak alami, adakala bila kita buka sahaja radio kebetulan yang keluar adalah ceramah atau kata-kata yang sangat memberi kesan di hati?

Atau adakala kita belek buku, kita terjumpa perenggan yang menarik untuk kita fahami atau amalkan?

Ya sebenarnya setiap hari kita mendapat "reminder" dari Allah....cuma sama ada kita sedar atau tidak.

Jika kita sedar, alhamdulillah. Kita beroleh sesuatu yang bermanfaat. Jika tidak semua reminder itu hanya akan berlalu pergi begitu sahaja.


Hari ini, saya dapat satu ayat Quran dari ceramah yang disampaikan oleh ustazah Asma Harun. Antara ayat yang beliau kongsikan melalui pengalaman beliau sendiri....




Alhamdulillah mudah untuk dihafal kerana pendek, dan maknanya cukup mendalam.


Bagi yang menghadapi ketakutan, hati gundah gulana, resah gelisah... Banyakkan istighfar dan bacalah ayat ini. Semoga Allah menjaga semua urusan kita dengan lebih baik.


Wallahu alam.




 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 30 Ogos 2019

Kenapa nak malu buat comeback

Kenapa nak malu buat comeback?
========================

Saya mula buat bisnes Shaklee sejak tahun 1999. Sangat aktif dari peringkat awal lagi. Dalam 6 bulan dah merasa income 4 angka dengan jual vitamin dalam kolej dan staf-staf UM masa zaman tu.

Lepas tu belum habis belajar lagi dah mendirikan rumahtangga. Bila dah habis belajar saya ikut suami pindah Sarawak. Masa tu masih buat Shaklee tapi secara sambilan aje.

Zaman tu MLM ni orang kenal sebagai bisnes part time aje. Jadi saya usaha la cari kerja dengan menjadi guru. Habis KPLI saya bekerja sebagai guru matematik di Miri.

Masa ni saya teruskan bisnes Shaklee sebab saya tahu ramai je yang perlukan vitamin. Ramai orang penat , stress dan sakit malah tak kurang juga orang yang memang nak sihat. So sambil dapat gaji cikgu, dapatlah bonus cash dari Shaklee dalam 4-5 ratus. Sapa nak bagi? sebab ia tengah bulan.
Jadi cikgu memang best...tapi tak best bila saya kenangkan anak saya kena hantar rumah orang. Saya dibesarkan oleh arwah mak saya. Mak tak kerja sejak saya sekolah darjah 1 sampai tingkatan 5. Mak sentiasa ada untuk saya. Tapi saya tak dapat buat macam tu sebab saya kerja.

Selepas melahirkan anak kedua saya nekad nak duduk rumah jaga anak-anak. Kebetulan rezeki tahun tu kerajaan benarkan amik cuti tanpa gaji sampai 5 tahun. Inilah peluang saya duduk rumah jaga anak-anak.
Tapi takkan nak duduk sahaja kan? Saya ada kancil nak kena bayar dan elaun bulanan nak bagi pada mak. So saya nekad nak buat COMEBACK dengan Shaklee lebih bersungguh-sungguh.

Memula arwah mak tak setuju sebab dia takut saya bebankan suami. Tapi atas persetujuan suami saya teruskan juga buat Shaklee. Saya mula menulis blog www.anakkuwiraku.com. Eh setahun juga update takde sapa baca. Namun saya terus aje menulis sebab saya anggap macam diari aje.
Azam saya, saya nak ramai orang sihat dan ramai surirumah gembira jaga keluarga sambil jana income dari rumah. Bermulalah group Shaklee Euphoria yang mana majoriti para isteri. Saya juga berniat nak anak-anak saya mampu mengelilingi dunia melalui pendapatan Shaklee.

Ya bukan takde cabaran...semuanya ada dan datang dari pelbagai sudut. Cuma bila nekad nak berjaya dan bila nekad buat comeback, hati kena cekal dan telinga kena belajar tahan sindiran, ayat-ayat maki keji .... sebab masa depan yang kita mahu tu bukan semudah yang disangka. Macam daki gunung la...lagi tinggi gunung lagi kurang oksigen jadi kenalah pandai urus diri. Kena banyak sabar dan bertahan. 

Saya bersyukur dengan comeback saya dapat jaga sendiri anak-anak dan saya gembira kerana Allah izinkan saya buat sepertimana arwah mak saya jaga kami semasa zaman sekolah dulu. Terima kasih abah AddinNasa kerana beri kepercayaan saya membina masa depan yang lebih hebatmelalui Shaklee.@ Naquib Hussain
Bagi kalian yang nak buat comeback, silakan....tulislah matlamat dengan lebih jelas. Apa yang anda mahukan dan mengapa perlu comeback. Tak perlu malu pun sebab kita sedang cipta masa depan kita sendiri. 
All the best!

Shaklee jana pendapatan dari rumah
Berjalan ke Abu Dhabi.

Kenapa sakit macam nak patah pinggang?

Ia berlaku dalam awal  tahun lepas....

Sejarah pertama saya kena Cyst adalah tahun 2002 hujung tahun....boleh baca kisah di sini Makan Vitamin Tapi Tetap Sakit.

Selepas menjalani operation, Dr Rolland Mattu yang operate saya tu ada bagi tahu..Cyst ini adalah penyakit yang boleh tumbuh semula bila-bila masa. So kena jaga pemakanan dan kesihatan.

Saya memang sangat jaga pengambilan vitamin kerana saya tak mahu sejarah lama berulang. Bila dah tahu cyst adalah penyakit yang boleh recurrent. Antara vitamin yang saya sangat persisten makan ialah ACE atau nama panjangnya Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E. Ini kerana saya tahu ACE adalah vitamin antioksidan dan ia membantu membantutkan semua abnormal sel yang tumbuh.

Memang ketara jika ada bisul atau jerawat...memang tak jadi tumbuh atau membesar. Saya sangat berpuashati. Maka sejak 2002 hinggalah 2018 saya takde masalah berkaitan dengan cyst.

Tapi nak jadikan cerita, pada awal 2018 saya kerap merasa sakit pinggang. Hmm waktu tu saya cuma ingat mungkin salah tidur atau kedudukan duduk saya membuatkan pinggang saya terseliuh.

Tapi makin lama makin melarat pula. Waktu tu terdetik la dalam hati....alamak....entah-entah cyst tak? Dah lama tak kena. Hmm nampaknya Allah nak bagi hadiah lagi la ni.

Dengan rasa takut-takut saya cuma beranikan diri jumpa doktor wanita yang berdekatan dengan rumah. Klinik doktor ni ada scan, so boleh la nak minta doktor ni scan. Nak tahu juga kenapa kebelakangan ni asyik sakit pinggang. Macam nak terpeleot dibuatnya.

Saat yang dinanti tiba, doktor tu pun scan la seperti yang diminta...

Seperti sangkaan saya...sakit saya mungkin berpunca dari cyst.

Ya doktor tu bagi tahu ada cyst yang tumbuh di sekitar ovari kanan saya...tempat yang sama pernah tumbuh dulu cuma ia tak berpintal dengan ovari. Ia bersebelahan. Kali ni cyst ni besar...sebesar 6 cm. Maka doktor ini menasihatkan saya berjumpa doktor pakar di hospital kerajaan.


Hmmm cuma kali ni saya nekad tak mahu operate lagi. Penat dah dok hospital.

Jadi saya cuba yakinkan diri melalui beberapa testimoni kawan yang pernah mendapat fibroid yang lebih besar dari kes saya.

Ini atas risiko sendiri. Saya cuma tukar diet saya...saya tukar gula putih kepada gula perang. Saya cuba kurangkan makan nasi. Kurangkan makanan berminyak.

Dan waktu ini saya amik Vivix berkali kali sehari. Saya minum kerana tahu fungsi lain Vivix ialah mengecutkan bengkak dan membantutkan sel kanser.

Alhamdulillah selepas sebulan lebih saya amalkan pemakanan sihat dan minum banyak kali Vivix...tiada lagi sakit pinggang atau sakit di sebelah kanan ovari saya. Alhamdulillah.

Hingga hari ini alhamdulillah tiada lagi sakit-sakit. Kita teruskan usaha mudahan2Allah permudahkan.


Ovarian Cyst


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 22 Ogos 2019

Makan vitamin tapi tetap sakit?



Ada satu tahun tu saya lalui banyak operation...bermula dengan appendix.

Tak lama lepas tu saya mengandung anak pertama. Sepanjang mengandung saya mengalami masalah membuang air besar yang sangat teruk.


Mengandung anak pertama, tak banyak ilmu yang kita tahu...so saya ingat ia adalah normal untuk orang mengandung kena sembelit.

Macam macam suami saya belikan untuk memastikan saya lawas dalam membuang.
Dari buah prune kepada jus prune, kismis dan paling banyak saya makan masa tu ialah B complex kerana saya tahu ia bagus untuk membuang. Tapi tetap ada masalah yang sama.

Masuk kandungan 3 bulan ia menjadi makin teruk. Sampailah pagi Ahad tu, saya muntah teruk dan suami saya terus bawa ke Columbia Asia Miri untuk jumpa doktor.

Masa di hospital doktor cuba scan tapi tak nampak apa-apa pun. Hari kedua, doktor kata ada cyst dan perlu operate. Masa tu Addin masih dalam kandungan antara 2 bulan -3 bulan.

Lepas operation barulah dapat tahu rupanya apa yang saya lalui selama ini adalah berpunca kerana cyst yang ada pada ovari kanan saya. Ia bukan cyst biasa tetapi twisted cyst. Cyst berpintal dengan ovari.
Cyst
Twisted ovarian cyst


Masih ingat arwah mak tanya...Mengapa dah makan vitamin masih sakit?

Saya jawab ...Sakit ni rahsia Allah. Allah aje tahu kenapa kita diberi penyakit. Tapi kita manusia kena ada usaha. Macam bawa kereta. Siapa yang mahu kena langgar kan? Tapi kalau kita pandu berhemah, pakai tali pinggang keledar...kalau ada kemalangan...selagi belum ajal insyaAllah tak la seteruk orang yang tak pakai langsung tali pinggang keledar.

Alhamdulilah selepas operate, elok aje membuang. Takde dah sembelit teruk macam sebelumnya. Saya cuma recover dengan vitamin Shaklee aje.

Alhamdulillah saya memang amal vitamin Shaklee* sepanjang mengandung sampai habis menyusu. Addin menyusu sampai 3 tahun 1/2.

Hakikatnya vitamin ni macam pakai tali pinggang keledar bila memandu. Ianya sebagai satu usaha selain baca doa sebelum mulakan perjalanan. Sekurang2nya insyaAllah kita ada pengakhiran yang baik selagi ajal belum memanggil.


Sama la bila makan vitamin,bila kita jatuh sakit.....jika kita pengamal vitamin, sekurang2nya badan kita tak la lemah sangat dan proses recover juga lebih baik berbanding mereka yang tak amalkan vitamin.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689


 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 21 Ogos 2019

Magnet di peti ais bantu motivasi diri

Jangan pandang remeh pada pemberian yang kecil.

Saya nak share cerita benar yang saya lalui sendiri.

Pada tahun 2010-2011 adik saya ada memberikan saya sekeping fride magnet Hagia Sophia, sebuah masjid terkenal di Istanbul.


Saya lekatkan di pintu fridge di rumah saya. Setiap kali buka pintu peti ais, saya akan sebut InsyaAllah saya akan sampai sini nanti.

Pernah magnet tu jatuh dan pecah...saya ambik gam dan sambungkan semula kerana masih mampu dicantum semula.

Nak jadikan cerita, tahun 2012 saya , suami dan anak2 mendapat jemputan Umrah pertama kami melalui Shaklee. Kebetulan ada ziarah ke Turki iaitu Istanbul.

Salah satu tempat lawatan ialah Hagia Sophia. MasyaAllah. Rasa terharu sangat bila dah dapat berdiri di depan masjid Hagia Sophia dan masa tu bergenang air mata mengenangkan kuasa Allah yang Maha Hebat dan Maha Mengasihani.

Umrah Shaklee
Umrah ziarah Istanbul 2012.

Berkat doa yang tidak pernah putus dan sentiasa bersangka baik Allah izinkan kami sampai di depan Hagia Sophia.

Siapa sangka berkat berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan kawan-kawan terutama ibu yang menyusu zaman tu....Allah berikan hadiah umrah pertama kami dan zaiarah Istanbul.

Sesungguhnya jangan sesekali memandang kecil sebuah pemberian yang kecil dan jangan sesekali memandang remeh pada usaha bisnes anda. Ia mungkin belum nampak hasil dalam masa terdekat, tapi yang utama teruskan percaya pada impian anda. Ia pasti menjadi kenyataan. Hanya masa Allah yang tentukan.

Wallahu alam.

Pengedar Shaklee sejak 1999.
Norita Idris



 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 Ogos 2019

Berkongsi tanpa prejudis

Masa zaman Universiti, saya tak minat nak kerja part time sebab saya takde kenderaan. Tapi saya tahu ada beberapa benda yang saya perlukan namun rasa tak sampai hati nak minta kat arwah mak masa tu. Maklumlah arwah mak kerja kilang masa tu, ditambah ada lagi 6 adik yang juga perlukan belanja.
Saya nak beli vitamin Shaklee tapi saya tak nak meminta sana sini. Malu sebab kita dah dewasa dan ada kudrat. Takkan asyik nak harap orang aje kan?
Jadi saya study marketing plan Shaklee. Rupanya dalam marketing plan Shaklee, boleh dapat bonus tunai dan dengan duit ni boleh la saya beli vitamin saya perlukan sepanjang masa belajar.
Uniknya Shaklee ni, tanpa ada ahli tajaan pun boleh layak dapat bonus. Saya pulun buat sales dan saya merasa income 4 angka dari zaman study. Saya cuma fokus jual vitamin set cergas minda aje. Sebab kekawan semua aktif projek. So selalu tidur lewat dan letih. 
Tapi bila ada menaja, bonus lebih besar. Maka saya mula mengajak kawan -kawan, makcik2 kantin, staff pejabat menjadi ahli Shaklee supaya mereka pun boleh beli harga ahli dan dapat bonus macam saya.
Berkongsi tanpa prejudis. Saya teruskan berkongsi Shaklee dari zaman 1999 sampai la 2019.
Alhamdulillah Allah temukan saya dengan pelanggan yang setia malah ada antara mereka adalah kawan kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya dari dulu sampai sekarang masih amalkan.
Ya rupanya Shaklee menjadi karier saya dan suami pada masa sekarang. Alhamdulillah selain merasa trip percuma yang Shaklee sediakan, kami berpeluang bawa anak menjelajah beberapa tempat yang mereka minat dan berhajat sampai.
Ya sebenarnya mereka yang buat Shaklee secara sambilan pun boleh mendapat manfaat... sekurang-kurangnya boleh beli vitamin secara percuma melalui bonus yang Shaklee beri dan membantu orang lain juga sihat macam kita.
Buat dengan niat nak bantu diri sihat, keluarga sihat dan semua orang sekeliling sihat. Duit ni rahsia Allah. Buat hubungan baik dengan Allah, jaga kebajikan mak ayah dan jaga hubungan sesama makhluk, dunia akan datang dengan sendirinya.
Kunci kejayaan- sharing tanpa prejudis ðŸ¤—
Pengedar Shaklee sejak tahun 1999.
Norita Idris


Berniaga sambilan


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 26 Julai 2019

Pudarkan jeragat pada wajah

Allah menciptakan wanita penuh dengan rahsia dan makhluk ciptaan Allah ini obses dengan kecantikan berbanding makhluk yang bernama lelaki.

Wanita yang normal pasti akan usaha menjaga kecantikan wajah kerana ia membantu meningkatkan keyakinan pada diri.

Penampilan diri akan memberi impak persepsi manusia pada kita. Semua orang suka melihat benda yang cantik dan semua orang pun mahu dilihat cantik.

Bila melibatkan wajah, perkara yang wanita usaha nak jauhkan ialah jerawat dan jeragat. Semua wanita usaha menjaga wajah untuk elakkan 2 perkara ini tidak terlepas diri saya.

Masalah jerawat biasanya banyak berpunca dari pemakanan , kurang air, masalah tidur yang tidak betul dan jenis kulit wajah juga mempengaruhi.

Namun masalah jeragat menjadi tanda tanya pada saya sendiri....

Ada satu ketika, saya selalu keluar rumah tanpa pakai apa-apa foundation pun. Dengan cuaca Malaysia yang ada kala panas terik....perlahan-lahan jeragat pun keluar.

Rupa-rupanya, bila kulit kita kering dan kurang kelembapan ditambah terdedah dengan sinar matahari yang terik , akan menghasilkan kecacatan pada kulit wajah iaitu jeragat dan perlahan-lahan dengan meningkatnya usia kedutan halus mula terhasil di sebelah tepi mata. Mereka yang kulit berwajah cerah lebih terdedah pada masalah jeragat.


Melalui beberapa testimoni produk Shaklee, dapat saya buat beberapa kesimpulan....

Vivix*- Bagi mereka yang memang mempunyai kehidupan yang banyak terdedah dengan cahaya matahari- kerja luar pejabat atau surirumah yang perlu hantar dan ambil anak sekolah, mereka yang amalkan Vivix akan mudah lihat kulit mereka tak mudah kena sunburn. Ini kerana resveratrol dan poliphenol yang terdapat dalam Vivix melindungi kulit dari sinar UV matahari. Saya lihat kesan ke atas suami saya sendiri bila beliau amalkan Vivix sebelum berenang semasa kami bercuti di Pulau Maldives, berbeza dengan saya terus kena sunburn sebab saya hanya amalkan kolagen sahaja. Walaupun tidak la teruk mana sunburn tapi beza la bagi yang amalkan Vivix, kulit mereka seperti langsung tidak terjejas dek cahaya matahari yang terik.


Vitamin C, Vitamin E , Carotomax, Kolagen dan GLA*

Vitamin ini semua saya kategorikan vitamin yang sangat membantu dalam kelembapan kulit dan memberi keseimbangan pada kesihatan kulit baik di wajah mahupun seluruh tubuh. Mereka yang mengamalkan secara konsisten, akan kurang berisiko terdedah dengan masalah jerawat dan jeragat. Bagi mereka yang mempunyai jeragat sebelum ini, dengan amalan yang istiqamah[ konsisten] kesannya ialah jeragat akan mulai pudar dan tidak bertambah gelap. Saya dapat lihat kesan ini pada ramai kenalan saya sendiri.


Youth produk kecantikan Luaran yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol.


Produk penjagaan kulit secara luaran.

Selain menjaga kesihatan kulit dari dalam, produk luaran juga perlu ada sebagai langkah berjaga-jaga dan mengimbangkan keperluan dalaman dan luaran.
Produk kecantikan Shaklee yang sangat terkenal iaitu Youth, adalah produk kecantikan kulit yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol. Paling utama produk kecantikan yang kita gunakan bukan sahaja beri kesan yang baik pada kulit tetapi yang utama ia selamat untuk jangka panjang dan tidak merosakkan organ dalaman.
Maka untuk kurangkan risiko jeragat dan pudarkan jeragat....pastikan kulit sentiasa lembap dan pemakaian pelembap kulit [ moisturizer] sangat memainkan peranan penting.



Bagi mereka  khusus wanita yang dah berusia lebih 35 tahun, pasti akan dapat rasakan perbezaan pada jenis kulit kerana perubahan hormon akan membuatkan kulit lebih kering jika tidak menjaga pemakanan, bilangan pengambilan air seharian dan  cara hidup. Maka, pastikan kita mempunyai cara hidup yang sihat agar hidup lebih produktif dan bermakna.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa