Memaparkan catatan dengan label Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Rabu, 15 Januari 2020

Salah satu selawat termasyhur

Saya belajar selawat ni dengan anak saya...mereka kena hafal selawat ni sebelum bulan puasa tahun lepas kalau saya tak silap.

Selawat ini namanya selawat Tafrijiyah. Atau nama lainnya selawat Nariyah.

Selawat Tafrijiyah


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani




 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 13 Januari 2020

Virus influenza - siapa berisiko mendapat komplikasi?

Influenza



Salah seorang sahabat saya telah disahkan positif virus influenza....kata beliau, sangat azab bila seluruh tubuh sakit dan berbisa. Saya cuma berpesan amalkan makan Nutriferon sepeket sehari supaya beliau mampu bertahan.

Ya sebenarnya Nutriferon itu bukanlah hanya diambil ketika sakit tetapi sangat baik dijadikan amalan harian sebagai langkah mencegah dari terdedah penyakit berisiko.

Alhamdulillah kami memang amalkan sepeket sehari dan diambil selepas solat subuh. Ia juga tak perlu diambil dalam perut penuh...dan ia bagus bagi kita yang memang terdedah dengan tempat yang ramai orang.

Apapun, jom kita pastikan keluarga kita menjaga kebersihan diri,  jika perlu pakai penutup hidung dan mulut bila ke tempat awam dan kerap cuci tangan selain mengamalkan banyak minum air masak.




 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Januari 2020

Ketahui hak anda sebagai pengguna. Anda mampu mengubahnya!

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penjualan vitamin Shaklee di laman sesawang e-Dagang seperti Shopee, Lazada, Lelong adalah menyalahi di sisi undang-undang syarikat Shaklee khususnya.

Maka syarikat Shaklee sendiri mengeluarkan kenyataan demi memastikan pengguna mengetahui hak mereka yang sebenar.


Nasihat kepada bakal pembeli :

Para pelanggan adalah dinasihatkan untuk membeli secara terus daripada Pengedar Bebas Shaklee bertanggungjawab yang dikenali bukan melalui laman web e-Dagang supaya mereka boleh dilindungi di bawah Jaminan Shaklee.


Shaklee tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pembelian produk pelanggan yang membeli dari web e-Dagang. 



Call/Whatsapp : 012-853-5689
 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Januari 2020

Belajar . Alami . Kongsi





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 21 Disember 2019

Jenis-jenis keahlian atau loyalti card?

Saya ada satu jenis wallet card... semua jenis kad keahlian saya simpan dalam tu. Dengan itu ia tak mengganggu wallet yang berisi duit. Tak menjadikan wallet duit kembung disebabkan kad keahlian yang pelbagai.

Sampaikan kedai runcit pun ada kad keahlian!

Kad keahlian kedai runcit di Kuala Terengganu 👍🏻

Apa sebenarnya tujuan kad keahlian ini di cipta?

Pada saya secara personal kad keahlian dicipta untuk menunjukkan loyalti ( setia)  kita kepada tempat tersebut. Supaya kita terus membeli ditempat tersebut tanpa ragu-ragu.

Kebiasaannya kad keahlian diberi dengan tawaran point untuk dikumpul dan kemudian bila layak boleh redeem hadiah yang ditawarkan.

Jika kita kerap menggunakannya, peluang untuk dapatkan point yang tinggi memang besar dan peluang redeem hadiah yang lebih tinggi nilainya juga tersedia depan mata.

Ada banyak tempat membeli belah yang menyediakan kad keahlian atau kad loyalti antaranya :

Mydin 
Parkson
Isetan
Petronas Mesra Kad
Bonus Link
Kedai² buku seperti Popular, MPH
Tak kurang juga kad keahlian produk untuk dapatkan harga ahli dan tawaran menarik yang lain.

dan tadi saya baru sedar...

Setiap kita mempunya kad keahlian/ loyalti kerana keperluan tersendiri.

Saya menggambarkan kad keahlian /loyalti saya seperti ini 👇🏻



Garisan yang putus² itu saya gambarkan kad keahlian/ loyalti yang saya jarang pakai tetapi bila perlu saya guna. Biasanya barangan seperti barangan letrik. Contoh saya sendiri, kad keahlian/loyalti SenHeng. Ada rebat dan harga diskaun bila membeli. Jarang beli tapi akan beli jika nak berikan hadiah terutama pada jemputan majlis perkahwinan.

Garisan yang sedikit panjang tetapi putus² itu saya gambarkan kad keahlian/loyalti saya pada Parkson. Bila saya jumpa Parkson dan perlu beli, saya akan beli banyak mengikut keperluan... biasanya pakaian anak² dan pakaian bila nak travel.

Garisan panjang yang ketiga, saya gambarkan kad loyalti seperti Mesra Kad atau Bonus Link bila isi minyak di Shell 😆. Berterusan tetapi bukan yang utama kerana jarang sekali pun kami redeem hadiah.


Garisan panjang yang keempat, saya mengandaikan kad loyalti kapal terbang iaitu Enrich atau One World. Berbaloi juga sebab bila kerap menggunakannya, selain kumpul point seperti biasa, dapat juga guna point untuk dapat tiket percuma!!! Bukan itu sahaja, bila point mencukupi kita dapat menggunakan lounge di airport domestik secara percuma juga!

Garisan panjang kelima lebih tebal dari garisan yang keempat adalah kad keahlian/ loyalti yang kerap digunakan dan memberi manfaat selalu ... saya rasa untuk masa ni saya gunakan kad Mydin. Sebab ada point, harga istimewa, boleh tebus voucher shopping bila dah layak. Memandangkan Mydin antara pusat beli barangan secara harga borong, ia sangat berbaloi digunakan 👍🏻

Garisan panjang yang terakhir, garisan berterusan dan tebal; saya melihatnya sebagai kad keahlian Shaklee yang saya ada kini. Sejak 1999 hingga hari ini, saya masih setia dengan produk ini. Alhamdulillah taraf kesihatan juga bertambah baik. Ia juga memberikan point untuk dikumpulkan. Bila layak, boleh dapat bonus TUNAI. Bukan itu sahaja, ada banyak jenis bonus Tunai yang boleh didapati bila kita tahu lebih mendalam. Dan yang membuatkan saya terus menggunakan kad keahlian ini kerana saya dapat menikmati percutian diluar negara secara Percuma! Malah bukan itu sahaja, kad keahlian ini memberikan saya peluang merasai Umrah bertaraf 5 bintang!
Oleh kerana garisan yang keenam itu lebih tebal dari yang lain; pastinya kita tahu penggunaannys bukan taraf biasa² malah hadiah untuk kita redeem juga bukan biasa² . Ada yang menawarkan kad keahlian /loyalti dengan hadiah barangan yang bermacam... malah adakala hadiah percutian atau umrah tetapi ia biasanya bergantung pada cabutan bertuah.
Namun kad keahlian yang saya gunakan untuk Shaklee adalah berbeza. Berbaloi untuk selalu guna dan hadiahnya berbaloi untuk kita redeem 👍🏻. Untuk tahu lebih lanjut boleh la
email :  nnorita78@yahoo.com 🥰

Anda pula bagaimana?
Bagaimana carta kad keahlian /loyalti kalian?






Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 13 Disember 2019

RM90 ribu untuk dimenangi!!!

Shaklee Kuala Terengganu Ready Stock



Meriah betul bila Shaklee Malaysia buat live tadi untuk umumkan pemenang Cabutan Bertuah minggu pertama.

So selama sebulan ni iaitu sepanjang Disember, akan ada 4 cabutan bertuah dan boleh menang pelbagai hadiah!

Anda berminat nak sertai? Jom mesej di sini 👉 NAK JOIN CABUTAN BERTUAH



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 25 November 2019

Masalah mati pucuk bagi lelaki?

Semua peringkat umur juga berisiko


Risiko masalah mati pucuk meningkat bersama peningkatan umur. Masalah ini boleh menyebabkan pelbagai masalah sampingan seperti stress, hilang keyakinan diri dan menyumbang kepada masalah hubungan suami isteri.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah :

1. Insomnia
2. Kemurungan/kecelaruan/Stress
3. Penyakit NCD seperti Obesiti, Diabetes, Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol dan lain-lain
4. Penggunaan alkohol/rokok/penyalahgunaan dadah


Hakikatnya umat lelaki boleh mencegah ED dengan berhenti merokok, kawal/cegah penyakit NCD, pengurusan stress dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Adakah supplement yang boleh membantu?

Shaklee mempunyai Set Kesihatan yang disyorkan untuk lelaki. Ini salah satu usaha dalam mendapatkan kesihatan yang optimum melalui pemakanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat.

Shaklee ready Stok Kuala Terengganu
Set Kesihatan Lelaki

Vitamin ini bukan diambil bila masalah berlarutan tetapi sebagai langkah pencegahan dan sebagai usaha mendapatkan kesihatan yang optimum.


Berminat untuk dapatkan vitamin ini, boleh hubungi kami secara terus di SINI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa


#pengedarshakleekualaterengganu
#testimonisetmenyusushaklee
#addinnasashaklee

Rabu, 20 November 2019

Tubuh maintain sebab amalkan pengambilan asid lemak yang tidak menggemukkan.

Salah satu vitamin yang saya suka sangat ialah minyak ikan. Sejak dari kecil arwah mak bagi kami makan minyak ikan. Zaman kecik dulu mak beli brand Seven Seas. Antara sebab saya suka minyak ikan adalah kerana baunya.

Walaupun ramai orang tak suka baunya yang sedikit berbau ikan ....tapi saya memang suka dan dulu kalau makan minyak ikan, saya pasti akan kunyah. Sebab nak rasa ikan....hehehe.

Anak-anak saya juga membesar dengan saya berikan mereka minyak ikan terutama bila dah pandai mengunyah. Saya akan picitkan sedikit dan masukkan ke dalam mulut mereka. Cuma bila dah besar, mereka lebih suka telan.

Jika masa mereka masih kecil, adakala baju mereka berbau minyak ikan yang sangat kuat...dan amik masa untuk hilang.

Kami sekeluarga memilih minyak ikan Shaklee atau nama terkenalnya ialah Omega Guard Shaklee. Saya menjadikan ia pengambilan yang konsisten kerana selain bagus untuk mengawal kolestrol jahat,   ia bagus dalam membantu menajamkan minda dan daya ingatan.

Asid Lemak Omega 3 adalah sejenis lemak yang tidak menggemukkan.

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia,seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. 

Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan
apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!


Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat


Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:
• Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.1• Meningkatkan kadar pembakaran lemak.1• Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.• Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan
harian kita.2,3


                                             
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Bersenam satu aktiviti bagus untuk turunkan berat badan.
      

Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:
• 
Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk 
tempoh masa yang lebih lama selepas makan.2,4


Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat
adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan:
• Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.5,6

Mengurangkan Tekanan

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal
atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.7



Rujukan:
1. Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.
  1. Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. Am
    J Clin Nutr. 2007; 85:1572–7
  2. Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.
  3. Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.
  4. Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over
    study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.
  5. Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients. 6(10), 4058–4072.
  6. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.
  7. Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.
  8. Chang CY1, Ke DS, Chen JY. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec;18(4):231-41.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 17 November 2019

TIGA PERKATAAN yang perlu jadi kebiasaan dalam keluarga.

Sejak dari kecil arwah mak didik kami membiasakan menyebut perkataan terima kasih pada abah bukan hanya setiap kali abah belikan makanan atau mainan, hatta bawak jalan -jalan pun, sampai aje rumah sebelum turun kereta...kami adik beradik akan cakap "Terima kasih Abah."

Arwah mak selalu pesan, nak minta tolong orang hatta adik beradik sekalipun kena sebut perkataan "Tolong" bukan mengarah semata-mata. Ia sebagai satu tanda hormat kepada orang yang kita minta tolong tersebut.

So bila dah berkeluarga, ia mudah untuk di aplikasi kan. Cuma tambahan perkataan "Maaf" kami biasakan jika sesiapa ada buat salah, kena cakap minta maaf supaya tiada masalah dalam hubungan kekeluargaan.

Tiga perkataan ini perlu menjadi perkataan utama dalam sebuah keluarga. Ia memberi kesan yang sangat positif dalam mendidik jiwa anak-anak yang sedang membesar.

Terima kasih - Apa sahaja yang kita terima, walaupun menerima hadiah yang bukan pilihan....ucapan terima kasih wajib diungkap sebab tanda kita bersyukur.

Tolong - Memulakan perkataan tolong bila memerlukan khidmat orang lain menunjukkan budi bahasa seseorang. Tanpa perkataan tolong, kita seolah-olah memberi arahan dan ia boleh membuatkan pihak ketiga rasa direndahkankan.

Minta Maaf - Perkataan ini sebenarnya membantu seseorang menurunkan egonya. Dengan mengaku kesilapan dan memohon maaf tidak sesekali menjatuhkan maruah atau martabat seseorang malah meninggikan pandangan manusia terhadap dirinya. Kami didik anak-anak bila mereka ditegur atas kesilapan yang mereka lakukan, perlu menyebut minta maaf dan bersalam cium tangan dengan abah ibu untuk meminta redho dan restu. Secara tak langsung membentuk jiwa yang lembut dan rendah diri yang bertempat.


Bila anak kecil ia mudah nak dididik...maka ajarkan dalam keluarga kita 3 perkataan in, nescaya harmoni rumahtangga dan kekeluargaan juga bertambah erat.



Lagu Barney ini kami selalu mainkan di video player masa zaman Addin kecil lagi.



Lagu Barney.


Lagu yang mengandungi mesej yang bagus dalam mendidik anak-anak selain membantu kita bertoleransi dalam keluarga.




 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 15 November 2019

Nutriferon Shaklee seawal pagi?

Dah lebih kurang setahun juga kami sekeluarga menjadikan amalan, selepas solat subuh kami akan pastikan semua orang dalam rumah minum air masak sebanyak 500ml. Tapi untuk anak-anak mereka minum sebotol kecil air osmosis berbalik [ RO water] dalam jumlah 250 ml.

Ini untuk pastikan mereka sentiasa cukup air dan menjadi latihan pada kami betapa pentingnya minum air masak awal pagi.

Walau ada beberapa pendapat mengatakan kononnya tidak baik, tapi sebab kami dapat konsultasi dari doktor nutrisi luar...jadi ia bukanlah satu isu pun.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

Selain menyediakan bekalan air minuman dalam botol kecil dengan banyak di rumah, kami pastikan bekalan Nutriferon Shaklee juga mencukupi. Jadi kami dan anak-anak akan mengambil 1-2 peket Nutriferon Shaklee bersama air kosong di pagi hari.


Apa manfaat Nutriferon Shaklee? Ia sebenarnya membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Dan apa yang kami belajar , ia bagus untuk hati. Seperti kita sedia maklum hati adalah antara organ penting yang menapis segala toksin. Jadi kita perlu pastikan organ hati kita sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

Nak tahu testimoni Nutriferon Shaklee yang lain?

Boleh baca sini ya > Testimoni Nutriferon Shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 14 November 2019

4 doa yang bagus jadi perisai untuk berjaya.


Doa awal pagi :

Bagus amal doa ni seawal pagi sebelum kita mula pergi kerja atau mulakan kerja harian.

Bila kita mulakan urusan pagi dengan doa, insyaAllah bila kita dapat ilmu ia mudah difahami....kerana dalam doa ini kita minta ilmu yang bermanfaat selain rezeki yang baik dan amal yang diterima Allah s.w.t.



Doa setiap kali selepas solat :

Doa ini memberi maksud kita meminta pertolongan Allah agar sentiasa mengingatiNya, bersyukur kepada Allah dan mempertingkatkan dan memperbaiki ibadah kepada Allah.

Kita sedia maklum kita ni makhluk yang mudah leka dan cepat lalai. Jadi bila doa ini jadi pegangan, insyaAllah Allah sentiasa membantu kita dalam mengingatiNya dalam keadaan senang mahupun susah.



Doa elak malas dan selesai hutang :

Doa ni sangat bagus kita semua amal. Selagi bernama makhluk, kita tak terlepas dari sifat malas. Adakala rasa malas nak buat kerja...ada hari rasa malas nak pergi kerja...pernah tak rasa sedemikian?

Ya amalkan doa ini.

Doa ini juga memberi makna kita mohon dengan Allah agar dilindungi dari sifar pengecut, bakhil , bebanan hutang dan penindasan orang [ tekanan dari orang sekeliling]

Bagus dibaca 7 kali selepas setiap kali solat fardu.



Doa bila sedih :

Adatlah dalam kehidupan ada masa gembira dan ada masa bersedih...tapi semua ini adalah doa yang bagus untuk kita amal.

Sedih tak dapat naik pangkat? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.

Sedih tak dapat buat jualan? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.

Sedih tanpa tahu kenapa sedih? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.


Boleh la amalkan....dan lihat sendiri keajaiban yang Allah kirim bila kita bertawakal kepadaNya.

Call/Whatsapp : 012-853-5689
 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 1 November 2019

Pengedar Aktif Shaklee Kuala Terengganu - Kelas PERCUMA

Alhamdulillah 1 November dimulakan dengan beberapa offer produk yang menarik dan paling best, Kelas Health and Wellness November 2019 bermula di Kuala Terengganu.

Ada beberapa lagi kelas ini yang akan berlangsung di beberapa tempat....

Pengedar AKtif Shaklee Kuala Terengganu
Jadual Kelas Shaklee untuk November
Apa content kelas Health and Wellness ni? Biasanya kelas ini lebih kepada info produk, manfaat dan kebaikan produk, sedikit tentang bisnes... dan paling best ia dianjurkan secara percuma dan terbuka pada pengedar dan orang awam.

So kelas tadi kami belajar tentang manfaat Protein. Ramai orang sangka kita dah cukup protein bila dah amalkan ikan, daging dan telur....tetapi sebenarnya kita perlu pastikan protein yang kita ambil itu merangkumi 9 amino asid yang perlu oleh badan tapi tak boleh dihasilkan oleh badan. Kelebihan ini ada pada protein Shaklee.

Nanti saya akan share kan lagi manfaat produk protein ini .... untuk kesihatan optimum ia sangat penting.

ESP ready stok Kuala Terengganu
Kelas Shaklee di Kuala Terengganu 1 November 2019




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 21 Oktober 2019

Bagus ke Vivix untuk proses Detox?

Biasa orang yang kenal Vivix sebagai satu minuman kesihatan yang beri tenaga...atau nak cantik muda jelita.

Ya banyak aje manfaat Vivix ni..dan paling best tentang Vivix....ia membantu menyingkirkan AGE Protein dalam badan kita.

AGE merupakan singkatan kepada perkataan Advanced End Products, ia dibentuk dari kelebihan gula dan protien yang saling berikatan. AGE protein ini berasal dari 2 sumber yang kita makan dan melalui proses internal di dalam tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula yang tinggi [ tinggi glisemik index] maka kemungkinan indikasi pembentukan AGE akan terhasil.

Apabila Age protein ini mula meningkat..kebarangkalian kita nak dapat penyakit juga mudah. Proses penuaan juga disebabkan oleh AGE protein sebenarnya.

So tugas resveratrol dan polifenol membantu menyingkirkan AGE Protein ini.

Kita semua sedia maklum bahawa Vivix Shaklee kaya dengan resveratrol dan polifenol...sebab itu Vivix dikatakan sangat bagus untuk proses Detoks...iaitu proses menyingkirkan toksin dan segala lebihan yang tidak diperlukan oleh badan manusia.

Boleh baca entry sebelum ini : Salah satu penyebab kita nampak tua?

Maka bagi mereka yang nak turunkan berat badan, nak buang toksin yang tersembunyi..boleh cuba amalkan pengambilan supplement yang kaya dengan resveratrol dan polifenol seperti Vivix.

Vivix Kuala Terengganu
Jom Detox dengan Vivix.*


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 19 Oktober 2019

Kurangkan selera makan tapi tetap kenyang.

Bila umur kita makin meningkat, sebenarnya kita kena cuba kawal selera makan kita supaya kita tak de masalah di hari tua untuk meneruskan aktiviti harian.

Saya selalu perhatikan ramai orang kita yang dah berusia akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit pinggang, sakit lutut yang kebanyakan berpunca dari berat badan yang berlebihan.

Sebenarnya jika kita tahu cara kawal selera makan dengan baik, insyaAllah kita takkan makan sampai perut rasa mengah dan akhirnya berat kita naik dan susah nak turun.

Apa yang boleh diamalkan untuk kurangkan selera makan? Saya cuba amalkan minum Cinch sebelum makan....supaya cepat kenyang. Jadi bila nak makan nasi atau meal utama kita akan makan sedikit sahaja.

Saya suka Cinch Coklat sebab ia paling rendah GI iaitu rendah Glisemik Indeks. Boleh baca artikel sebelum ini ; Apa dia rendah G.I?


Cinch Shake Shaklee

Jadi kita kenyang dan yang best ia bertahan lama. So secara tak disedari, berat badan mula menurun kerana selera berkurang.





Set Detox Vivix+ Cinch Shake

Dalam next entry saya share kenapa benda ni best amik dengan Vivix Shaklee?

So stay tune!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 29 September 2019

Nutriferon bukan hanya untuk masa sakit.

Ubat penahan sakit sememangnya diambil masa kita sakit begitu juga dengan antibiotik. Bila sihat, ubat ini tidak lagi perlu diambil.

Itu bila berkaitan dengan ubat.

 Tapi berbeza dengan vitamin. Vitamin ni dianggap sebagai supplement. Walaupun ia dalam bentuk pil atau serbuk namun ia tidak sama dengan ubat.

Saya dan keluarga menjadikan amalan, pengambilan vitamin setiap hari.

Pemakanan kita hari ini belum pasti dalam melengkapkan semua nutrisi yang badan perlukan. Jadi supplement sangat membantu untuk dapatkan kesihatan yang optimum.

Mula dengan pagi hari saya pastikan anak-anak minum sebotol air dalam 250 ml terlebih dahulu. Kemudian kami sediakan peket probiotik untuk kesihatan usus serta sepeket Nutriferon.

Nutriferon siap untuk travel


Mengapa saya jadikan ia kemestian? Kerana Nutriferon ni bagus untuk sistem imun. Persekitaran hari ini membuatkan anak kita terdedah dengan banyak pencemaran.

Makan supplement secara istiqamah seharian ini ibarat macam kita menabung.
Menyimpan sedikit setiap hari ...dan bila saat kita perlu nak membeli kita dah ada sedikit tabungan dan mungkin kita perlu usaha sedikit lagi untuk mencukupkan. Sebab itu bila orang yang biasa mengamalkan pengambilan vitamin sebagai supplement harian , bila mereka jatuh sakit...insyaAllah akan cepat recover dan mereka perlukan sedikit tambahan vitamin sepanjang sakit untuk proses sembuh.


Ramai orang yang sakit hari ini paling sedih sekali bila mereka dapat tahu mereka sakit dah tahap kritikal. Jika orang yang jaga pemakanan, cara hidup yang sihat, bersenam ...mereka ini bila jatuh sakit tidak la seteruk golongan yang  langsung tidak menjaga pemakanan, rutin hidup yang sihat atau mereka yang langsung tidak bersenam.


Saya sedar, bila orang sakit, doktor akan terus rekomen ubat penahan sakit selain ubat yang diperlukan mengikut kes kesihatan mereka. Namun peliknya ada segelintir golongan akan usaha gunakan vitamin demi elakkan ubat. Sayangnya mereka menganggap vitamin ini seperti ubat dan boleh bertindak dengan cepat....itu yang mereka silap!!!

Supplement vitamin ini sebenarnya diperlukan untuk mengimbangi keperluan badan yang tidak dapat dipenuhi oleh makanan yang kita ambil secara harian. Ia untuk membantu sel, organ dan sistem tubuh boleh berfungsi dengan lebih baik dan sihat.

Jika kita memang pengamal tegar, dan mempunyai rutin cara hidup yang sihat serta bersenam...insyaAllah bila jatuh sakit sekalipun, insyaAllah akan cepat recover.

So pengambilan supplement vitamin ni macam kita menabung...sebagai langkah berjaga-jaga dan ibarat menyediakan payung sebelum hujan.
Moga bila kita sihat, kita akan menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain.

Wallahu alam.

 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 28 September 2019

Mengapa perlu join program Detox? Untuk apa sebenarnya detox?

Pernah tak lalui keadaan dimana semua benda dah cuba tapi tak nampak kesan?
Contoh pelbagai syampoo dah cuba tapi kepala tetap penuh dengan kelumumur?

Macam-mana produk kurus dah cuba tapi tak nampak hasil?

Selalu sakit dan pelbagai jenis ubat orang rekomen dah cuba, tapi ia tetap macam tu?

Jika anda pernah ada pengalaman begini, sebenarnya inilah masa yang sesuai untuk mencuba pula program detoks. Program ini sebenarnya membantu kita menyingkirkan toksin yang ada dalam badan kita. Selagi ada toksin ini maka semua yang kita usahakan sebenarnya tidak memberi impak maksima. Ini kerana toksin akan membuatkan badan kita tidak mampu menyerap vitamin secara sepenuhnya.

Saya cuba bagi gambaran mudah, jika kita ada bekas air yang kotor, jika kita nak minum kita perlu basuh terlebih dahulu kan? Jika tidak kita akan minum air yang kotor kerana bekas tadi kotor. Sama lah dengan badan kita. Jika nak kulit cantik, badan yang ramping lagi sihat, kulit kepala yang sihat dan bebas dari kelumumur kita perlu lalui program detoks terlebih dahulu.


Shaklee telah mempunyai set Detoks ini dah hampir 3 tahun dan ia sangat membantu bagi mereka yang inginkan kesihatan yang optimum. Terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan mereka yang benar-benar mahukan kesihatan yang ideal lagi optimum.

Terkini, disediakan siap dengan no woven bag bagi mereka yang mendapatkan set Detox Shaklee terkini dan ianya baru dilancarkan semalam 2 hari lepas.


Jom Vivix Set - Vanila



Set ini terdiri daripada sebotol Vivix dan Cinch Vanila Shake Mix.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!



Jom Vivix Set - Chocolate













Manakala set yang ini terdiri daripada
sebotol Vivix dan Cinch Chocolate Shake Mix.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!
Jom Detox Set- Vanila









Set Detox ini pula lebih variasi kerana terdapat beberapa jenis vitamin yang mempunyai banyak kebaikan.
Ianya terdiri daripada Cinch Vanila Shake Mix, Peppermint Ginger, Herb Lax, DTX Complex dan Alfalfa Complex botol small.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!
Jom Detox Set- Chocolate









Set Detox ini pula lebih variasi kerana terdapat beberapa jenis vitamin yang mempunyai banyak kebaikan.
Ianya terdiri daripada Cinch Chocolate Shake Mix, Peppermint Ginger, Herb Lax, DTX Complex dan Alfalfa Complex botol small.

Pembelian beg ini melayakkan kita dapat beg oren comel ini secara percuma!



Anda berminat nak dapatkan set ini dengan harga ahli serta mendapat faedah keahlian yang lain? Saya syorkan anda menyertai kami sebagai ahli Shaklee.

Jom daftar ahli Shaklee di sini. 


Untuk mengetahui lebih lanjut? Boleh hubungi kami seperti info dibawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu - Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Stress mengundang penyakit tanpa sedar

Beberapa pesakit kanser atau kronik diabetis yang saya kenal, mereka ini dalam kelompok yang terdedah dengan tekanan yang tidak nampak. Dalam erti kata lain mereka ini sebenarnya stress.

Contoh seorang ni, saya kenali beliau sebagai pakcik A. Beliau mendapat penyakit kanser tahap akhir saat umur beliau mencecah 50 an. Beliau terlalu sibuk dengan kerja. Hidup beliau banyak dengan kerja pejabat. Balik kekadang lewat. Solat pun tak menentu.

Seorang lagi seorang kakitangan kerajaan yang saya kenal sejak 2005 dulu. Beliau terlalu banyak fikir sehinggakan tidak menjaga pemakanan dan akhirnya menyebabkan kronik diabetis.

Ya stress walaupun dalam minda sebenarnya ia boleh merosakkan sistem imun tubuh tanpa kita sedar.

Bagaimana nak kurangkan stress dalam apa yang kita usahakan?

Tekanan tanpa sedar sedang mengundang penyakit.

Pastinya sebagai pengamal vitamin, kita akan pastikan pengambilan vitamin yang teratur dan berdisiplin supaya kita dapat rasai kesan istiqamah.
Namun selain itu, kita kena belajar untuk menukar tenaga negatif kepada positif dengan secepat mungkin.

Bila kita susah hati, kita menghantar gelombang pada sistem kita, apa yang kita takuti itu akan berlaku. Maka untuk kita kurangkan atau elakkan [ paling baik] adalah dengan menukar fokus fikiran kita dengan melakukan sesuatu yang menggembirakan.


Sebagai contoh, 

Memeluk anak ,pasangan atau ibu ayah sebenarnya dapat membantu melegakan stress yang kadangkala kita tak sedar dan tak nampak. Jadikan amalan menyentuh mereka yang kita sayangi melebihi memegang gadget.

Memasak untuk keluarga dengan hati gembira.

Mengemas rumah memastikan rumah bersih terutama tandas.

Memberi sedekah pada manusia dan haiwan.

Banyakkan istighfar, mengaji dan berzikir.

Mendengar bacaan Al Quran.

Lebih banyak masa kita usahakan untuk raih rahmat Allah, energy positif kita akan lebih kuat berbanding energy negatif.

Serahkan semua urusan pada Allah dengan berlapang dada. Allah pasti akan hantar solusi terbaik bila kita sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Selamat mencuba.


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa