Memaparkan catatan dengan label kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kulit. Papar semua catatan

Rabu, 20 September 2017

Telekung wangi menjadikan bersemangat nak pakai - Pengedar Shaklee Miri dan Terengganu


Gambar ehsan google

Trend hari ini ramai yang suka telekung berwarna...mungkin kerana ia lebih mudah untuk dijaga berbanding dengan warna putih. Walaupun berwarna warni namun penjagaan telekung bukan hanya pada zahir yang nampak dengan mata sahaja.

Percaya tak bau juga memainkan peranan....bila kita pakai telekung dan telekung tu dah lama tak berbasuh...memang bau dia kussss semangat.


Tadi ni saya baru basuh telekung...saya lebih suka basuh asing berbanding campurkan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh.

Saya akan rendam dengan dua bahan ni




Jika telekung putih, memang bersih dan paling best wangi dia sangat semerbak harumnya.

Saya mula minat dengan serius guna dua ni untuk pakaian bila adik ipar saya share mengapa baju anak-anak dia sentiasa harum....rupa-rupanya sebab guna pencuci pakaian Shaklee.

Pencuci sabun Shaklee  juga sesuai untuk mencuci pakaian bayi ditambah kulit bayi sangat sensitif.
Ya ia juga pencuci sabun yang selamat dan sangat sesuai untuk membasuh pakaian anak yang mempunyai masalah ekzema terutamanya. Ini kerana penjagaan anak ekzema perlu lebih perhatian agar ia tidak menjadi semakin teruk akibat kesan sabun.


So jika anda mahu telekung anda wangi dan ditambah menggunakan sabun yang selamat untuk kulit...jom cuba pencuci pakaian Shaklee ini. Serius menjimatkan dan yakin berpuashati!


Boleh direct mesej saya di www.wasap.my/60128535689 untuk pertanyaan lebih lanjut.





Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 13 September 2017

Resveratrol dapat elakkan 'sunburn' ? - Pengedar Shaklee Miri & Terengganu

Kulit yang terdedah secara langsung dengan matahari tanpa apa-apa sunblock krim sudah pasti akan menyebabkan kulit muka mudah gelap dalam erti kata lain terbakar.

Sebab itu orang yang mandi laut khususnya mandi waktu matahari terik memang akan nampak kesan gelap di bahagian wajah.

Testimoni ini pengalaman saya dan suami semasa jalan di Maldive dua tahun lepas.

Cuaca di Maldives hakikatnya sepanjang tahun panas. So waktu yang baik mandi laut adalah pagi sebelum matahari terik. Tapi kalau dah mandi laut....adakala berjam-jam nak naik ke darat memang makan masa sebab dah syok duk dalam air sambil tengok batu karang dan anak ikan berenang di dalam air.

So suami saya akan makan Vivix sebelum turun laut mandi...manakala saya pula excited amalkan Kolagen sebab sebelum tu saya jumpa kawan di JB , Nor Hasmah kulit dia begitu flawless kerana amalkan Kolagen Shaklee. 


Setiap hari saya amik 2 peket Kolagen supaya tak nak kulit terbakar la kononnya.

Tapi selepas balik Maldive ramai tegur kulit saya gelap.....ha waktu tu baru perasan ada belak di wajah.  [ Belak = 2 ton warna pada kulit muka]

Yang syoknya suami saya yang amalkan pengambilan Vivix hari-hari itu tak mengalami masalah sunburn pun!!! Ni yang buat heran sangat.

Jadi selepas attend satu latihan produk Train the Trainers by Shaklee, barulah saya tahu bahawa Resveratrol dapat mencegah sunburn!!! Oooo no wonder la kulit suami tak gelap langsung. Sebab dia amik prevention yang betul!!


Hehehe so sekarang mana pergi kena bawak Vivix sebab cuaca panas tak menentu.




Memang pakai krim sunblock tapi kalau ada resveratrol lagi bagus!!!


Oh ya mak kawan saya kulit dia bermasalah kerana banyak guna krim kecantikan diluar yang mungkin ada steroid dan alhamdulillah selepas amalkan Vivix*, kulitnya mempunyai ton yang sekata sekarang, alhamdulillah.


Berminat nak dapatkan Vivix?

Boleh hubungi saya di talian di bawah.


#pengedarvivixshakleemiri
#pengedarvivixshakleeterengganu
#shakleemalaya






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan

 Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 11 September 2017

Shaklee Radiant 4 untuk kekal berseri - Pengedar Shaklee Miri dan Terengganu




Siapa yang sesuai mengamalkan set Radiant 4  ini?


Set ini mengandungi 4 jenis vitamin yang penting untuk kulit yang sihat. Antaranya ialah Protien. Ia adalah bahan asas untuk sel dibina dan protien juga penting untuk membaik pulih sel tisu dalam tubuh kita. Kolagen pula sangat penting untuk memastikan kulit kita sihat dan kekal anjal. Kekurangan kolagen akan membuatkan tubuh kita flabby atau menggelebeh. Vitamin C juga asas kepada kolagen dalam tubuh kita. Selain membantu mencerahkan kulit ia juga membantu meningkatkan sistem imun dalam melawan radikal bebas akibat pencemaran dan faktor luaran yang lain. GLA Complex sangat penting untuk memastikan hormon kita seimbang dalam menghasilkan kulit yang cantik dan berseri.

Nak tahu promo Radiant 4 lebih lanjut?  

 Boleh hubungi saya di 0128535689. Norita Idris.

Mengurangkan pigmentasi pada wajah - Pengedar Shaklee Terengganu

Biasanya jelas terjadi kepada wanita yang mengandung...perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan pigmentasi mudah terjadi pada wajah.




Pigmentasi atau melasma boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor.

Antaranya ialah proses penuaan. Bila umur dah mendekati 40 an adakala ia mula ketara pada wajah. Maka waktu ini perlu jaga pemakanan, cara hidup dan yang penting kesihatan secara menyeluruh. Oleh kerana itu pentingnya pemakanan yang sihat dan seimbang untuk menghasilkan kesihatan secara menyeluruh. Pengambilan resveratrol atau Poliphenol sangat penting demi melambatkan proses penuaan disamping mencegah kulit dari bahaya sinar uv matahari.


Selain itu pendedahan secara langsung dari sinar matahari juga boleh menyebabkan pigmentasi lebih cepat terjadi. Penggunaan bahan kosmetik yang salah juga boleh menyebabkan melasma berlaku dengan cepat tanpa mengenal usia.
Ramai yang menggunakan alat kosmetik tanpa melihat kandungannya terlebih dahulu. Ada beberapa jenis kosmetik yang mengandungi merkuri atau bahan lain yang tidak selamat untuk kulit wajah. Banyak alat kosmetik yang mencerahkan wajah tetapi waktu yang sama telah menghakis kulit secara perlahan-lahan. Apabila ini berlaku kulit yang nipis akan mudah terdedah pada sinar uv matahari dan mengakibatkan pigmentasi berlaku.

Selain itu, hati yang bermasalah juga boleh menyumbang kepada  penghasilan melasma atau pigmentasi secara perlahan-lahan. Maka sangat elok mengamalkan pemakanan yang kurang berminyak dan banyak amalkan buah-buahan agar sistem perkumuhan hati dapat berjalan dengan lebih baik. Hati adalah organ yang menawar dan menutralkan racun [ detoksifikasi], menghasilkan protien, organ yang menyimpan vitamin dan mineral, memudahkan sistem penghadaman...maka sebab itu hati yang bermasalah boleh mendatangkan penyakit tanpa sedar.

Masalah hormon juga boleh menjadi punca melasma berlaku maka disarankan pengambilan supplement dan amalkan cara hidup yang sihat dalam memastikan keseimbangan hormon.



Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pigmentasi ?

Elakkan kulit wajah terdedah kepada matahari secara langsung. Cuba amalkan krim pelindung wajah yang mempunyai SPF 30 atau lebih.

Amalkan pengambilan buah-buahan setiap hari terutama untuk mendapatkan poliphenol.

Kurangkan makanan berminyak.

Amalkan pengambilan protien yang seimbang dalam menghasilkan sel wajah yang sihat dan berseri.


Pengambilan supplement yang penting seperti GLA atau EPO, protien, kolagen dan poliphenol sangat  membantu dalam mengurangkan [ memudarkan melasma] dan membantu mengawal dari terus merebak.


Nanti saya share testimoni kawan saya. Stay tune.




Ingin tahu lebih lanjut ? Boleh hubungi 0128535689 Norita Idris.

Ahad, 13 Ogos 2017

Kolagen meransang kulit lebih cerah dan licin.

Ya proses penuaan sebenarnya telah membuatkan badan kita kehilangan keanjalan tubuh. Ini ditambah dengan faktor pemakanan, cara hidup, persekitaran turut menyumbang ke arah itu.

Namun ada sesetengah orang yang memang mengamalkan pengambilan protien yang seimbang ditambah dengan kecukupan vitamin C membantu melambatkan proses tersebut.

Ada juga yang mengamalkan pengambilan kolagen sebagai diet seharian. 

Tahukan Anda?

Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit. Kolegen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.*
Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat!

Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada anda 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.
GBukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.
Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.
Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja*


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyaki



 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 
♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 31 Julai 2017

Nak rawat kulit yang kusam

Kulit yang terlalu kering akan mudah menampakkan wajah kita lebih tua dari usia yang sebenar....begitu juga jika terlalu berminyak akan menampakkan kulit wajah berkilat dan tidak menyenangkan.



Oleh kerana itu ramai yang mencari pencuci muka yang boleh mengatasi kedua-duanya... namun satu yang saya perasan...memakai satu jenis sahaja bukan mudah nak dapatkan keseimbanganya kerana banyak faktor juga yang perlu dipertimbangkankan. Antara faktor yang dimaksudkan ialah





Cara hidup seharian;
Ya jika terdedah dengan panas terik...tak mustahil kulit akan mudah nampak berminyak kerana peluh tadi. Jika duduk seharian dalam pejabat yang memakai pendingin udara boleh mengakibatkan kulit jadi kering dan mengelupas. Elakkan tidur lewat atau tak tentu masa kerana ia boleh mengganggu hormon tubuh kita dan akhirnya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam.

Pemakanan;
Apa yang kita makan memberi kesan pada kulit wajah sebenarnya...sebab tu masih saya ingat tips seorang lelaki yang punya kulit cantik masa zaman belajar dulu...beliau kata nak kulit cantik kurangnya makan cili. Ya pemakanan yang berminyak akan menyebabkan kulit kita mudah menjadi berminyak. Sebab itu ada sesetengah penjaga kecantikan mereka amal makan Vitamin C, Vitamin E dan B complex untuk kulit yang cantik.


Pengambilan air kosong
Ramai yang memilih air manis untuk hilangkan dahaga. Adakala terlalu manis juga boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah tanpa kita sedar. Pengambilan air kosong sebenarnya sangat penting untuk dapatkan kulit yang sihat.


Penggunaan pencuci muka dan alat kosmetik
Yes pencuci muka perlu ada kesesuaian. Bukan sebarangan. Bagus jika dapat memenuhi keperluan kulit kita. Penggunaan alat kosmetik seperti foundation mungkin boleh menutup kusam kulit wajah kita tapi sayangnya ia bukan asli. Selain itu alat cuci atau nama lain make up remover perlu digunakan untuk memastikan liang roma kulit tidak ditutup oleh foundation tadi.


Krim kulit
Ada sesetengah krim kulit akan buatkan kulit jadi lembab tapi sayangnya bila bangun tidur kulit jadi terlalu berminyak. So perlu tengok semula kondisi kita dan persekitaran. Saya sendiri akan pakai krim pelembab bila tidur dalam aircond bila travel. Kalau di rumah aircond tak berapa kuat seperti di hotel maka keperluan itu tidak sangat seperti travel.


So sebenarnya ada banyak faktor...semua kena pertimbangkan. Next entry...vitamin yang bagus untuk kulit.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 Julai 2017

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati?

Dulu saya selalu confuse dengan 2 nama penyakit ni....Psoriasis dan Sirosis. Bunyi dekat nak sama tapi ia dua penyakit yang berbeza. Psoriasis adalah penyakit auto imun dan lebih nyata pada kulit. Sirosis pula adalah penyakit hati yang membengkak secara berpanjangan. Hati yang rosak akan mengalami nekrosis dan kemudian akan meninggalkan parut atau fibrosis. Sel baru akan tumbuh tetapi  tidak teratur dan akibatnya hati akan menjadi keras, kasar dan bernodul.

Apa fungsi hati dalam sistem tubuh badan kita sebenarnya?


  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.


Suami saya selalu ingatkan tentang pentingnya pengambilan Lecitin setiap hari. Ini kerana Lecitin dikenali sebagai agen pengurai lemak.

Lecitin mengawal metabolisme lemak di hati di mana ia mengikat protien yang menurunkan trigliserida dan meningkatkan tahap koletsrol baik dalam aliran darah. Hati kita memerlukan kolin yang menghasilkan lipoprotien berketumpatan rendah yang membawa lemak dari hati.

Maka Lecitin bukan sahaja bagus untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus, selain untuk program pengurusan berat badan, Lecitin juga membantu mencegah masalah hati membengkak dan hati yang berlemak.



Dulu saya amalkan Lecitin untuk daya ingatan dan kurus...tetapi sekarang lebih kepada kesedaran hati. Tak nak hati tersumbat dengan lemak dan akhirnya bawa banyak masalah kesihatan.

Anda dah ada Lecitin? Jangan lupa amalkan dan jadikan pemakanan sihat kita.




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 2 Mei 2017

Meredakan bisul yang sedang membengkak

Saya dapat panggilan dari seorang kawan...ingin mencari vitamin untuk hilangkan bisul...



Mulalah buka nota dan ya jawapannya adalah Garlic. Kerana garlic atau bawang putih  dikenali sebagai agen yang membantu meningkatkan antibodi tubuh kita. Selain itu pengambilan vitamin seperti Omega Guard dan Vitamin E juga sangat bagus kerana dua vitamin ini berfungsi meredakan keradangan [ anti inflammation].

Boleh baca lebih lanjut kebaikan Garlic Shaklee Di sini.

Saya juga rekomen pada kawan saya untuk menggunakan Krim serbaguna Shaklee sebagai pereda bengkak.

Ops krim ni tak berfungsi sebagai perawat ya...ia cuma memberi kesan sejuk maka bisul akan cepat reda dan perlahan-lahan akan pecah.

Siapa yang mempunyai risiko kerap dapat bisul? Biasanya pesakit atau pengidap Diabetes mempunyai risiko yang besar selain mereka yang mempunyai masalah antibodi.


Berminat nak dapatkan produk ini? Boleh hubungi kami di 012.8535689.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 1 Mei 2017

Mengapa kulit mereka cantik?

Tengok botol Garlic Shaklee teringat aje cerita dalam bengkel Nutrisi yang kami hadiri 2 tahun lepas kalau tak silap.

Kata Pakar Nutrisi Puan Celine... mengapa orang Thailand kulit mereka cantik? Kerana mereka amal makan bawang putih.

Ya bawang putih mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Kalau cerita omputih, bawang putih ni dijadikan tangkal halau hantu.

Tapi dalam Shaklee bawang putih ni banyak sangat khasiatnya.


Bawang putih dalam perubatan tradisional selalu digunakan untuk mengubat batuk, selsema dan membantu pengaliran darah lebih baik.

Oh masih saya ingat masa saya kecik bila selsema dan hidung tersumbat mak saya akan kopek kan sebiji bawang putih kemudian dicucukan dengan jarum peniti kemudian mak suruh saya cium aroma bau bawang putih itu sehinggalah kesakitan akibat hidung tersumbat menjadi lega. Ya memang mujarab.

Antara lain kelebihan bawang putih ini adalah ia membantu meningkatkan sistem antibodi tubuh selain membantu masalah seperti kulat pada kulit, kudis, bisul tidak kurang juga membantu tubuh melawan virus dan kuman. Malah ada yang mendapati jerawat mereka tiada sejak amalkan bawang putih dalam menu harian mereka.


Bawang putih juga dikatakan makanan semulajadi yang bagus melawan kanser selain ia membantu menurunkan kolestrol dalam darah.

Sebiji tablet Garlic Shaklee dikatakan mengandungi 500mg bawang putih. Bayangkan betapa banyak khasiat dari sebiji tablet Garlic Shaklee.


Namun, untuk kulit cantik bukanlah dengan hanya amalkan Garlic Shaklee semata-mata.

Paling utama jangan lupa 3 perkara ;

Amalkan pemakanan yang seimbang.

Kehidupan yang sihat.

Pengambilan vitamin yang baik.



Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee yang berkaitan dengan kulit ; info lebih lanjut mengenai apa-apa produk Shaklee atau keahlian Shaklee boleh hubungi di 

Telefon : 012.853.5689 [ Norita ]
Email : nnorita78@yahoo.com ATAU addinnasa@gmail.com 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 15 April 2017

Mencegah penyakit 5 serangkai dikalangan kanak-kanak

Bercerita tentang penyakit 5 serangkai ini..ia sebenarnya perlu diketahui dan diambil berat terutama pada parents.

Jika suami sihat tetapi isteri ada resdung maka anak tadi juga terdedah kepada cabaran untuk mendapat penyakit yang berada dalam senarai 5 serangkai.

Apa dia penyakit 5 serangkai sebenarnya?

1. Ekzema
2. Resdung
3. Gegata
4. Alergik
5. Asma

Anak kecil sangat fragile dan terdedah kepada banyak penyakit.




Maka oleh sebab itu sebagai ibu bapa kita perlu ambil berat tentang pemakanan anak kita.

Hari ini kita terdedah dengan pemakanan yang rata-rata adalah GMO termasuk dengan pencemaran yang berlaku sekeliling kita.

Maka langkah berjaga-jaga adalah dengan menyediakan anak kita supplement yang membantu menguatkan imun sistem mereka.

Antara supplement yang disyorkan untuk kesihatan anak ialah

1. Meal Shake Shaklee:


Ia mengandungi ke semua multivitamin yang diperlukan oleh anak untuk proses tumbesaran mereka. Meal shake juga sangat kaya dengan serat dan dapat membantu mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak.

2. Omega Guard Shaklee :


Ia kaya dengan DHA dan Omega 3 yang membantu proses perkembangan otak mereka selain ia sangat bagus untuk kesihatan mata si manja.



3. Vitalea chewable :


Ya ia juga vitamin multivitamin namun dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah seperti gula-gula.
Namun disyorkan kepada anak yang telah pandai mengunyah makanan.


4. Nutriferon :

Ia adalah supplement imun booster dan disyorkan kepada anak yang mempunyai sistem imun yang lemah dan mudah terdedah kepada penyakit melalui aktiviti harian atau kawan di sekolah.



Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut  tentang penyakit 5 serangkai pada anak-anak, boleh hubungi kami melalui

Email : nnorita78[@]yahoo.com

atau

www.wasap.my/60128535689





 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 April 2017

Anak suka makan ayam? Jangan lupa sediakan vitamin.

Masa saya kecik dulu saya sempat merasa bela ayam daging... dari anak ayam sampailah ayam boleh sembelih. Proses ayam membesar pun makan masa dalam 3 bulan. Dapatlah saya lihat sendiri perkembangan anak ayam tu sampailah boleh di makan maksudnya dah matang.

Tapi memandangkan faktor ekonomi hari ini yang mana permintaan melebihi penawaran maka dari situ wujudlah ayam GMO iaitu ayam yang di inject agar cepat besar. GMO bermaksud Genetic modified organisme. Jika dulu ayam membesar 3 bulan tapi sekarang hanya 28 hari sahaja.

Baru ni saya lihat satu gambar yang menunjukkan banyakkan ayam yang mati kerana sakit....tak mustahil kerana zaman sekarang kebanyakkan produk makanan kita termasuk buah adalah GMO produk.

Ya kerap makan ayam juga boleh bawa masalah kesihatan pada kita dan terutama anak-anak yang sedang membesar.

Setiap kali lepas makan ayam atau daging saya pesan anak-anak saya makan vitamin untuk boost immune system seperti Nutriferon, Lecithin, Omega Guard dan Carotomax. Kenapa Carotomax? Oh kerana ia bukan hanya vitamin bagus untuk mata tetapi kerana ia berkuasa 3 kali ganda dari vitamin C.
Jadi hari ini, kerana pemakanan kitaa terdedah kepada punca penyakit maka pengambilan vitamin adalah sangat penting.
So ibu-ibu dan ayah-ayah diluar sana...jangan lupa sediakan vitamin untuk seisi keluarga. Mencegah lebih baik dari merawat. Bila kita sekeluarga sihat insyaAllah anak aktif dan mak ayah dapat bekerja dengan lebih produktif.

Mencari vitamin seisi keluarga? Boleh terus whatsapp saya di www.wasap.my/60128535689 untuk dapatkan konsultasi.

Selasa, 28 Mac 2017

Risau ekzema anak makin teruk?



Ya ramai anak yang ke sekolah hari ini mempunyai masalah kulit atau dikenali dengan ekzema.

Tapi tahukah ibu dan ayah bahawa ia boleh menjadi makin teruk jika anak berada dalam keadaan stress?

Ya ekzema mereka boleh menjadi makin teruk jika amalan pemakanan mereka tak seimbang. Jika mereka kurang tidur dan kurang air. Selain jika perasaan mereka diganggu maka masalah kulit ekzema akan makin teruk.

Selain itu ia adalah tanda anak kita kekurangan vitamin D.

Maka pengambilan vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin D adalah Ostematrix. 1 biji membekalkan 100 iu vitamin D.

Saya dah lihat kesan keperluan vitamin D ini pada anak saya Addin. Alhamdulillah ekzema nya lebih terkawal dan berkurang sekarang.


Testimoni saya sendiri.









Ostematrix adalah kalsium lengkap dengan Magnesium dan paling hebat formula vitamin ini mengandungi Boron dan Mangenes yang bagus untuk ketumpatan tulang. So ia baik untuk anak dalam keperluan mereka untuk membesar dengan tulang yang kuat.

Ia juga mengandungi Vitamin D yang bagus untuk kulit yang sihat. Ia membantu mengurangkan keradangan  ekzema secara tidak langsung.



Anda ingin mendapatkannya dengan konsultasi sepenuhnya?

Boleh hubungi kami di 0128535689 untuk membuat pesanan hari ini!




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📲 
Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari 
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 4 Mac 2017

Vivix premium item yang paling laris

Dari seawal bulan Mac ramai dah cari Vivix.


Ya Vivix bagus untuk beri tenaga....bukan hanya untuk awet muda tau tapi kita boleh rasa badan kita lebih sihat dan bertenaga.


Saya dan suami minum hari-hari...bersama Tripple Gem Shaklee dan pada saya ia membantu pada tahap kesihatan saya yang dah nak masuk 40 ni.



Paling best lepas tahu sapa yang amalkan Vivix ia membantu telomere sentiasa panjang dan sel DNA terlindung dari kerosakan atau serangan radikal bebas.


Sebab tu saya nampak kesan Vivix ke atas pesakit kronik sangat unik...mereka mampu melawan sakit mereka dan ada yang dah bebas dari penyakit kronik itu dengan izin Allah.




Minat nak beli sebotol?

Boleh call kami untuk ready stock!









 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Februari 2017

Amal GLA Complex bersama Omega Guard untuk kulit yang cantik dan muda?

Ramai yang suka ambil GLA kerana kelebihan GLA itu sendiri iaitu menstabilkan hormon di dalam tubuh , membantu kestabilan kandungan gula dan even ia juga bagus untuk kestabilan tekanan darah kita.

Biasa dengar ramai yang ambil GLA sebagai salah satu usaha untuk kesuburan dan bagi mereka yang merancang untuk menambah bilangan anak.

Tidak kurang juga yang amal GLA untuk dapatkan kulit yang flawless dan berseri. Ya ianya benar dan tidak dinafikan.

Namun tahukah anda, untuk mendapatkan kulit yang bukan hanya cantik tapi nampak sangat muda dari usia sebenar...amalkan pengambilan GLA bersama dengan Omega Guard.

Ini kerana GLA mengandungi Omega 6 dan ianya akan lebih baik bila diamalkan bersama Omega Guard yang kaya dengan Omega 3. Keseimbangan keperluan Omega ini bila dipenuhi akan menghasilkan keputusan yang sangat baik untuk kesihatan bukan hanya wajah tapi seluruh tubuh.


Bagi mereka yang ada masalah jerawat batu atau kulit bermasalah, cubalah jadikan amalan pengambilan vitamin 2 ini iaitu GLA dan Omega serta ditambah dengan Vitamin C SR bersama Carotomax untuk kulit yang sihat dan bebas dari jerawat atau masalah kulit yang lain.


Walau bagaimana pun, untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan muda bukan hanya dengan vitamin semata tetapi juga perlu seimbang dengan tidur yang cukup , pengambilan air yang seimbang dengan keperluan badan, pemakanan harian yang tidak terlalu berminyak dan sedikit senaman.


Jom cantik luar dan cantik dalam!


Vitamin Cantik
Ehsan google



Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 7 November 2016

Mencari penawar kulit bermasalah?

Masih ingat tak saya pernah share balik dari Jepun saya terkena kulat air pada ibu jari kaki?

Ya sebenarnya makan masa juga ia nak baik...bila baik aje, datang balik bila travel. Kenapa masa travel? Sebab toilet hotel mana ada selipar? Kalau di rumah setiap toilet kami sediakan selipar untuk memastikan kaki sentiasa bersih dan tak berpijak pada lantai bilik air.

Namun saya tak putus asa ...terus juga makan vitamin yang boost imune sistem.

Saya cuba juga mencari bahan bacaan apakah vitamin yang bertindak sebagai antifungal [ anti kulat] yang lebih khusus. Ya memang boleh pakai krim antifungal tetapi hakikatnya dalaman memainkan peranan yang lebih penting.


So bila dah cuba study dan buat revision, saya dapati Alfalfa adalah vitamin anti fungal maka saya cuba double kan dos dari yang biasa saya amik. Jika biasa 2-3 biji aje sehari.

Alhamdulillah balik travel [ last two week ke UAE] nampak kulit kaki dah bersih dan lebih sihat. Malah kulit keras pun tak de yang biasa ada di bahagian tepi kaki. Waktu ni rasa sia-sia pulak beli scrub garam laut mati aritu. Hahahaha.

So bagi anda yang ada masalah kulit, kulit gatal atau kurap, kulit air atau kudis cuba amalkan Alfalfa,  insyaALLAH akan nampak hasilnya.




Oh ya mereka yang ada Psoriasis, Arthritis dan SLE saya tak suggest amik Alfalfa kerana penyakit ini adalah auto imun, dikhuatiri Alfalfa akan membuatkan penyakit ini lebih aktif.


Berminat nak dapatkannya? Boleh hubungi kami ditalian dibawah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📲
Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 19 Oktober 2016

Kuasa 20 kali ganda lebih dari Vitamin C ?

Bukan tak pernah terdetik dalam hati sebelum ni...cuma bila ia terdetik waktu yang tak sesuai...time nak tidur atau masa yang tak sesuai nak text tanya...jadi akhirnya ia terkubur aje macam tu.

Bertahun makan tapi tak pernah ada jawapan pun.

Namun kerana keyakinan dan pegangan saya selama ini adalah " Setiap majlis ilmu pasti ada ilmu yang baru aku belajar " .

Ya memang adakala kita ke majlis ilmu kita dapati kita ilmu yang sama atau kita pernah dengar tapi kalau kita amati pasti ada benda baru yang menjentik hati dan minda kita.

Ia berlaku pada saya last week...Dalam kelas Shaklee di Kuala Terengganu bila puan Nutritionist tu sebut 20 KALI GANDA dari VITAMIN C !

Saya terus besarkan mata tengok slide yang sedang dibentang....nak comfirmkan produk apakah itu?

Tahu ke produk apa?

Vitamin ini boleh menghapuskan 20 radikal bebas berbanding Vitamin C menghapuskan 1 radikal bebas!


Apa tu radikal bebas? Ia adalah sel jahat yang yang merosakkan DNA tubuh kita. Jika ia tidak dikawal boleh menyebabkan penyakit dan paling teruk boleh sebabkan ketumbuhan atau kanser.



So balik pada vitamin  tadi....

Maka kerana kemampuan vitamin ni menghapuskan radikal bebas dalam badan. Inilah jawapan yang saya cari selama ini kepada soalan = Apa sebenarnya kekuatan carotomax berbanding vitamin c dalam melawan radikal bebas?

Nak tahu vitamin apa tak?

Vitamin itu ialah Carotomax !

So siapa yang memang rajin makan ...saya ucapkan tahniah! Kerana hakikatnya mereka yang mengamalkan carotomax bukan sahaja memberi mata yang lebih terang cantik dan bersinar tetapi dalam tak langsung membantu meningkatkan sistem imun badan menjadi lebih utuh.

Sebab tu vitamin ACE [ Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E ] adalah gabungan 3 vitamin yang kuat untuk hapuskan radikal bebas! Mereka yang mempunyai sakit kanser juga disarankan mengamalkan vitamin ini!

So jika anda nak cantik dan nak lebih sihat, selain mengamalkan pengambilan Vitamin C, apakata tambahkan juga carotomax! Worth to buy!


Jika anda mahu mata yang terang, lebih sihat dan bersinar dan mahu kesihatan yang lebih optimum, apakata tambahkan carotomax dalam list supplement anda.

Bagi yang amalkan Vitamin C tapi nak lebih mantop jom tambah sebotol Carotomax!



Serius tak rugi!


Boleh hubungi kami untuk dapatkan stok Carotomax hari ini!





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?

Nak JOIN AHLI Shaklee ?

Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 8 Oktober 2016

Mudahnya bila letak siap dalam handbag!

Saya pernah tertinggal satu tube pencuci muka Nutriwhite kat surau.... nasib juga dah tinggal suku.

Niat sedekah aje sapa yang nak pakai untuk cuci muka sebelum amik wudhu...mudah-mudahan dapat gak pahala.

So sekarang dah jumpa tube boleh refill macam dalam gambar ni lagi senang.....

Boleh letak dalam handbag aje.

So cute kan????


Senang la nak bawak travel kerana letak dalam handbag. So nak gi solat senang aje nak cuci muka.



Gentle Deep Cleansing


Yang besar tu sekarang dah siap tulis nama u..... so kalau tertinggal jika ada orang nak bagi balik ke, nak minta sikit ke atau nak cuba ke, boleh la call/ whatsapp atau sms.....hehehehe.


Barang Shaklee ni exclusive tau...bayangkan macam pencuci Nutriwhite ni, cara nak pakai picit aje sebesar kacang hijau. Buih dia...hmm tak payah cakap memang banyak.
Lepas pakai kulit jadi sangat lembutttttt tau!


Serius rugi sapa yang tak beli !


Ops jika berminat nak beli boleh aje order sini :



Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 3 Oktober 2016

Jangan sia-siakan pahala solat hanya kerana wudhu' tak sempurna.

Saya tertarik dengan teguran Dr Muhaya tentang para wanita yang memakai eye shadow. Betapa pentingnya membersihkan eye shadow sebelum solat suapa solat tadi memberi kesan pada hati langsung pada kehidupan kita di dunia.

Eye shadow mungkin hanya segelintir aje yang memakainya...tapi saya yakin jika foundation atau nama lain make up, ramai yang menggunakannya. Satu untuk nampak lebih cantik dan kedua untuk melindungi kulit dari pancaran terus matahari.

Namun ramai yang memandang enteng perkara ini. Ada yang hanya membilas dengan air biasa dan terus mengambil wudhu seolah-olah terlupa yang kulit wajah mereka itu dilapisi oleh krim foundation. Ini juga antara punca kulit mempunyai masalah jerawat kerana tidak dibersihkan dengan sempurna.

Hakikatnya wudhu tidak sah jika air tidak membasahi kulit wajah dengan sempurna terutama kulit yang dilitupi oleh krim atau bedak muka.

Maka oleh itu, jika anda seorang yang menjaga kecantikan dan pastinya memakai bedak muka , jangan lupa membawa "Make Up Remover" atau Deep Foaming Cleanser untuk pembersihan kulit yang sepenuhnya. Bukan hanya air paip semata.

Shaklee mempunyai produk kecantikan yang sangat terkenal iaitu Shaklee Nutriwhite Make Up Remover dan Shaklee Deep Foaming Cleanser dan ianya sangat menjimatkan! Boleh diguna pakai suami isteri.

Shaklee Make Up Remover adalah pencuci muka yang bukan hanya sesuai untuk mereka yang nak bersihkan wajah dari make up tetapi untuk mereka yang mempunyai masalah pori-pori besar, kulit berminyak dan berjerawat juga sangat sesuai mengamalkannya.


Bagi Shaklee Nutriwhite Deep Foaming ia antara pencuci muka yang popular dikalangan mereka yang mahukan kulit yang cerah, gebu dan lembut!

So apakata mulai esok, masukkan 1 pencuci muka ke dalam bag telekung untuk memudahkan membersihkan kulit muka sebelum kita mengambil wudhu'.

Wudhu' yang sempurna membantu kita lebih khusyuk, iman yang mantap dan kehidupan yang lebih membahagiakan.


Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih tawaduq dan yakin pada apa yang kita amalkan.







Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 2 Oktober 2016

Risau dengan selulit?

Dulu saya pun tak tahu apa tu selulit...tapi lepas google baru tahu apa tu selulit.

selulit 


Dari info yang diperolehi dari google ;

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Ya ramai aje orang yang mengalami masalah ini.  Tahukah kita pengambilan vitamin membantu mengurangkan masalah ini?

Ia ketara pada kebanyakan ibu yang mengandungkan bayi yang besar, apabila dah melahirkan perut mereka mempunyai kedutan yang nampak hodoh dibahagian perut.

Selulit yang biasa terjadi selepas ibu melahirkan anak.


Ia juga boleh terjadi pada orang yang dulunya berbadan besar tetapi kini mulai slim @ kurus. Selulit mudah nampak di bahagian punggung, tepi ketiak dan celah kelengkang.



Saya masih ingat lagi, mengapa pengambilan Vitamin C yang konsisten sangat penting adalah kerana nak kurangkan masalah ini seterusnya membantu kita mempunyai kulit yang lebih sihat.

Ya Vitamin C biasanya berwarna oren tapi tau tak Vitami C Shaklee warnanya putih? Ia adalah diperbuat dari ekstrak jagung. Paling best kerana ianya adalah Sustained Release.

Apa benda tu Sustained Release tu ?

Vitamin C mengandungi 500mg vitamin C yang dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut pelepasan masa. Setiap satu jam, ia akan melepaskan 100mg vitamin C mengikut keperluan badan kita.

Ya Vitamin C sangat penting untuk membantu kelancaran pengaliran darah dalam salur darah kita selain ia juga membantu salur darah kita sentiasa anjal.

Jika anda mempunyai masalah selulit yang belum ketara atau dah terlalu ketara, cuba amalkan pengambilan vitamin C sebagai amalan pengambilan makanan tambahan.

Berapa lama nak makan untuk nampak kesan?

Setiap kita mempunyai kesan berbeza maka saya sarankan bila nak makan vitamin Shaklee dapatkan dari pengedar sah serta keep in touch supaya kita makan dengan konsultasi dan boleh nampak perubahan.

Selain dari Vitamin C, kita juga bagus amalkan pengambilan Lecithin, Omega dan Kolagen untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menyah selulit yang ada.


Jom kita ucapkan selamat tinggal pada selulit yang  hodoh itu!






Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 



 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa