Memaparkan catatan dengan label Pengedar Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Shaklee. Papar semua catatan

Rabu, 20 September 2017

Telekung wangi menjadikan bersemangat nak pakai - Pengedar Shaklee Miri dan Terengganu


Gambar ehsan google

Trend hari ini ramai yang suka telekung berwarna...mungkin kerana ia lebih mudah untuk dijaga berbanding dengan warna putih. Walaupun berwarna warni namun penjagaan telekung bukan hanya pada zahir yang nampak dengan mata sahaja.

Percaya tak bau juga memainkan peranan....bila kita pakai telekung dan telekung tu dah lama tak berbasuh...memang bau dia kussss semangat.


Tadi ni saya baru basuh telekung...saya lebih suka basuh asing berbanding campurkan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh.

Saya akan rendam dengan dua bahan ni




Jika telekung putih, memang bersih dan paling best wangi dia sangat semerbak harumnya.

Saya mula minat dengan serius guna dua ni untuk pakaian bila adik ipar saya share mengapa baju anak-anak dia sentiasa harum....rupa-rupanya sebab guna pencuci pakaian Shaklee.

Pencuci sabun Shaklee  juga sesuai untuk mencuci pakaian bayi ditambah kulit bayi sangat sensitif.
Ya ia juga pencuci sabun yang selamat dan sangat sesuai untuk membasuh pakaian anak yang mempunyai masalah ekzema terutamanya. Ini kerana penjagaan anak ekzema perlu lebih perhatian agar ia tidak menjadi semakin teruk akibat kesan sabun.


So jika anda mahu telekung anda wangi dan ditambah menggunakan sabun yang selamat untuk kulit...jom cuba pencuci pakaian Shaklee ini. Serius menjimatkan dan yakin berpuashati!


Boleh direct mesej saya di www.wasap.my/60128535689 untuk pertanyaan lebih lanjut.





Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 15 September 2017

Special Vivix 2 dengan diskaun 5% - Pengedar Shaklee Miri dan Terengganu


Hanya untuk esok 16-9-2017 ( Satu Hari Sahaja)

Beli 2 botol Vivix

✅ Diskaun 5%
✅Layak cabutan bertuah
✅Layak dapat bonus
✅ Free delivery bg yang order online
✅ Entitle membership free *Or* Auto Renewal.

Berminat boleh whatsapp saya 0128635689.

Selasa, 12 September 2017

Berita baik untuk pengguna tegar Vivix - Pengedar Shaklee Miri & Terengganu

Oh berita baik untuk pengguna tegar Vivix, pada Sabtu 16 September Shaklee menawarkan tawaran hebat kepada semua Shaklee Independent Distributor dengan setiap pembelian 2 botol Vivix akan mendapat diskaun sebanyak 5% dan bukan itu sahaja tetapi ada cabutan bertuah dengan banyak hadiah menarik yang menanti!!!!

So bagi yang memang amalkan Vivix jangan lepaskan peluang tau!

Bukan itu sahaja, untuk ahli Shaklee yang membuat belian 200uv pada hari tersebut juga layak mendapat 1 cabutan bertuah!!!

Sangat menarik! Tawaran ini berlangsung sekali setahun aje tau! Sangat special!

Saya sendiri teruja dengan tawaran ini bila dah tahu stok Vivix kat rumah tinggal 2 botol aje. Itu pun sekejapan aje boleh habis bila ada customer yang berminat nak jadi ahli percuma terus membeli 2 botol sekaligus!

So bagi yang baru nak jadi ahli lagi la untung!

Beli Vivix 2 botol dapat diskaun 5% !
Percuma keahlian lagi!
Percuma penghantaran!
Ada hadiah cabutan bertuah!

Tak cukup dengan itu lagi ditambah layak dapat Cash Rebate ! Shaklee akan berikan bonus belian lagi! Wah menarik sangat kan!!!


So jangan lepaskan peluang tau!

Jom mark calendar 16 September 2017! Jangan gigit jari kemudian hari!

Shaklee ready stock
Shaklee Terengganu

Jumaat, 10 Februari 2017

Paksa untuk berani demi anak.

Disneyland Hong Kong 2012


Gambar ini memberi saya banyak kekuatan ...bayangkan kami pertama kali keluar negara yang jauh sedikit dari Malaysia. Sebelum tu hanya berani ke Singapore sahaja.


Bulan ni bulan Mac 2012 yang mana ia berlaku selepas kami dapat naik rank Master Coordinator dalam Shaklee. Namun ia bukanlah satu pencapaian yang terlalu besar kerana dalam dunia pangkat tak pernah kekal. So saya lalui dengan mencipta satu keseronokkan bersama keluarga.

Masa tu pula kebetulan TV selalu tunjuk gambar Disneyland Hong Kong. Orang macam saya yang tak pernah jalan oversea lebih jauh dari Singapore memang teruja sangat nak bawak anak ke Disneyland Hong Kong.

Duit ada tapi bukanlah banyak sangat...jujurnya saya belanja upfront guna kad kredit. Saya jadikan ia komitmen bulanan untuk saya bayar. Ha ni dipanggil senang dulu susah kemudian. Jika berani boleh aje tiru....

Saya bagi tahu suami saya nak bawa anak ke Disneyland Hong Kong. Saya amik tiket melalui AirAsiaGo yang mana tiket dan hotel dah siap sekali. Masa tu rezeki anak saya dapat sangat murah dalam RM6000 lebih sahaja untuk tiket pergi balik naik Air Asia dan stay hotel di Disneyland 4 malam.

Tak takut ke? Hmm kalau takut duduk rumah aje la jawabnya...tak dapat tengok dunia luar.

Makan memang susah gak dapat makanan halal tapi bawak maggi dan masa tu banyak makan buah dan roti aje. Anak-anak memang happy sebab seumur hidup mereka tak pernah lalui jumpa karektor tv secara alam nyata.

Dengan keberanian jalan ke Disneyland Hong Kong la lepas tu saya mula berani tanam impian jauh sikit untuk anak.

Ya duit saya banyak dahulukan untuk anak...saya nak anak saya puas jelajah dunia. Jelajah dengan penuh keseoronokkan. Tidur yang selesa, perjalanan yang menyeronokkan...

Masa awal-awal bisnes Shaklee mula menaik , kami tak guna duit beli kereta mahupun rumah. Kami guna untuk travel...tengok dunia dan beri anak keseronokkan. Ya nanti anak besar, jalan-jalan Disneyland tak sama semasa mereka kecik. Excitement dia berbeza.

Satu lagi rezeki alhamdulillah tahun yang sama kami jejak kaki menunaikan umrah ziarah Turki dan jemputan ke Indonesia perasmian Shaklee Indonesia. Malah sebelum balik dari Hong Kong lagi, kami dapat jemputan menjalani ibadah Umrah dengan Shaklee pada tahun yang sama selang 2 bulan balik dari Hong Kong.

Semuanya bermula bila kita dah lawan rasa takut yang ada dalam diri.

Jangan takut bermimpi...Allah ada, Dia Maha Kaya dan Dia Maha Pemberi. Mintalah dengan niat nak gembirakan anak...insyaALLAH ada jalan terbentang luas.


Tiada yang mustahil bila ada ALLAH!


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 10 Disember 2016

Seminar penutup untuk Shaklee Euphoria 2016.


Alhamdulillah seminar penutup yang diadakan pada awal Disember 2016 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kehadiran hampir 200 ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat pangkat telah menyemarakkan lagi semangat sesama ahli untuk berjaya dalam Shaklee.


Beberapa topik ditekankan dalam seminar antaranya

Siapa sebenarnya loyal customer kita?

Ada pangkat tapi tak kekal? Mana silapnya?


Bagaimana nak dapat tiket percutian percuma dengan Shaklee?


Alhamdulillah sambutan dan maklum balas yang sangat baik dari peserta.


Dalam ramai orang beri alasan untuk tak datang, saya kagum dengan mereka yang datang walaupun
ada yang dalam pantang....
ada yang esoknya anak nak sunat dengan kenduri
ada yang datang jauh dari tempat seminar.....
ada yang datang dengan seribu harapan, cabaran 
Allah memberi rahmat kerana menggerakkan hadir dalam majlis ilmu.
Semoga Allah memberkati usaha kalian...dengan menganugerahkan semangat yang hebat dan istiqamah untuk berjaya membawa ramai orang ke puncak kejayaan.
Berjaya bukan semua asbabnya usaha sendiri tapi kerana berkat menghadiri majlis ilmu.
Khidmat dengan guru juga boleh menjadi asbab Allah bukakan jalan kejayaan kata ustaz madrasah Addin.





Rugi jika jadi penonton saja....nak join group kami?


 Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 10 Oktober 2016

Specialnya bisnes ini dari dimensi saya

Ada yang nak cari vitamin, tak tahu nak beli vitamin apa ?

Ada yang nak cari pendapatan tambahan, tapi tak tahu nak buat bisnes apa?


Apa kata jom study atau risik pasal Shaklee.......


Apa yang best dengan Shaklee dan marketing plannya?



Shaklee ; syarikat yang mengeluarkan produk yang berkualiti dan mampu milik.

Ya Shaklee mempunyai produk yang berkualiti, berkesan dan selamat. Bukan saya aje yang cakap tapi ianya dibuktikan melalui landmark study yang dibuat oleh pihak ketiga. Ada banyak produk vitamin di pasaran hanya di endorse oleh doktor yang mereka pilih tapi Shaklee adalah satu-satunya syarikat yang membenarkan pihak ketiga membuat kajian ke atas produk mereka dan ke atas mereka yang dah consume lebih 20 tahun.

So sebagai orang yang makan Shaklee hampir 20 tahun, saya tahu kesan landmark study memang benar ke atas mereka yang dah mengamalkannya.



Ada rebet tunai ?

Biasa kan beli barang kat mana2 pasaraya kita collect point dan kemudian ia ditukar kepada voucer belian semula pada pasaraya tersebut? Ya Shaklee juga amalkan begitu cuma lagi best sebab ia dibayar dalam bentuk tunai.
Bila kata tunai, duit tu boleh buat beli vitamin Shaklee semula so kita secara langsung makan vitamin secara percuma. Kalau dapat lebih boleh la juga gunakan duit tunai untuk tampung perbelanjaan harian kita kan? Kalau dapat RM1000 sebulan, eh boleh la juga tampung bayar duit nursery anak ke, nak bagi belanja mak ayah lebih ke, nak buat kenduri kesyukuran ke, buat sedekah ke....eh banyak aje boleh buat bila ada duit tambahan kan?


Sistem yang tidak tidur?

Shaklee menyediakan laman web untuk ahlinya membuat pesanan secara online 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Tak perlu nak call sebenarnya kalau kita dah ada internet 24 jam kat hp.
Sebab sistem yang mesra ini la ramai pengedar Shaklee boleh travel dan buat bisnes tour tanpa ada masalah pesanan. Malah kadang-kadang prospek atau customer kami tak tahu pun yang kami berada di luar negara kerana kemudaham berkomunikasi dengan dunia tanpa sempadan. Best kan?


Jaminan insuran ke atas produk

Shaklee juga menyediakan perkhidmatan penghantaran pada harga flat rate...iaitu RM10.60 [ West Malaysia] / RM21.20 [ East Malaysia] untuk berapa banyak order skalipun.
Best kan? Ada sesetengah tu berat aje produk maka penghantaran pun jadi mahal. Tapi Shaklee lain, lagi banyak beli sama aje delivery charge dia malah lagi best sebab beli Vivix ataupun vitamin lebih RM848 ( untuk west Malaysia termasuk GST) atau RM1000 ( untuk east Malaysia termasuk GST) dapat free delivery!
Oh bukan tu aje, penghantaran lengkap dengan insuran!!! Jika barang rosak, atau mempunyai masalah, pelanggan hanya perlu maklumkan pada Shaklee dan jika ianya disebabkan oleh proses penyelenggaraan maka Shaklee akan menggantikkannya semula dengan unit yang baru.


Insentif bukan hanya untuk pengedar sorang

Yes ni yang paling best ! Boleh bercuti ke oversea siap bawak ahli keluarga! Jika bisnes biasa , penama aje boleh pergi. Jika nak bawak keluarga maka kena tambah duit sendiri. Tapi Shaklee lain...polisi syarikat membenarkan penama [ qualifier] membawa suami/ isteri iaitu pasangan, anak atau mak ayah dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan! So alang-alang seluk pekasam biar sampai pangkal lengan kan?  Alang-alang buat bisnes buatlah sampai boleh bawak pasangan dan anak bercuti. Saya selalu bagi tahu, kita semua yang buat bisnes ni ibarat pelumba lari. Garisan yang berbeza dan habuan yang berbeza. Yang sama adalah USAHA berapa kuat nak pecut dan masa bila perlu lebih usaha ! So kita buat pilihan, track mana kita nak dan habuan apa yang kita mahu.



Masa yang fleksible!

Oh kerja di rumah bukan bermakna pakai baju kelawar 24 jam. Kami juga ada appoitnment luar malah masa kerja kami lebih fleksible. Janji tahu kerja apa nak kena buat, panggilan apa yang nak kena buat dan sistem yang perlu dikemaskini. So ianya boleh dibuat oleh mereka yang nak cari side income secara part time. Jika seseorang kerja pejabat 9 sampai 5 pm tetapi perlu pendapatan tambahan, Shaklee adalah salah satu pilihan. Boleh dibuat mengikut masa yang ditetapkan oleh pengedar sendiri , paling utama disiplin perlu ada.


Kelas online dan offline berterusan?

Kami menyediakan kelas online untuk organisasi kami. Tak kira la masa dalam negara atau luar negara. Ianya berlangsung untuk mereka yang berada jauh dari kami. Dengan dunia tanpa sempadan tiada yang mustahil pun. Opsss macam mana mereka yang tak berapa dalam dunia internet? Jangan risau Shaklee sendiri menyediakan beberapa slot kesihatan yang dibuat secara berterusan dan berkala di sesetengah tempat. Ianya percuma tau! Cuma perlu stay tune dengan info terkini.



Ada rasa-rasa nak beli vitamin Shaklee? Atau nak tahu cara makan vitamin secara percuma? Boleh la email/ pm fb atau call saya di talian 0128535689 untuk lebih lanjut.










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 14 Jun 2016

Anak lebih ceria apabila bebas sembelit.

Bila anak yang berumur 1 tahun ke atas dah mula pandai makan, adakala kita terlupa nak pantau keperluan air mereka. Tidak kurang juga anak yang terlalu cerewet sehingga tidak mahu makan sayur sedikit pun.

Apabila ia berlarutan tanpa kita sedar ia akan menyebabkan anak mudah meragam dan menghadapi masalah pembuangan. Banyak ibu bapa yang mula sedar anak mereka menghadapi masalah sembelit apabila bahagian punggung mereka melecet akibat sukar membuang.

Tahu tak Meal Shake Shaklee kaya dengan serat? Ini sangat membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan anak-anak.

Meal Shake kaya dengan protien dan vitamin serta mineral. Ia sangat membantu untuk perkembangan dan pembesaran anak yang sihat.


Anak lebih ceria apabila bebas sembelit.


Ya rumah saya Meal Shake adalah supplement wajib anak-anak sejak mereka kecil lagi. Sehingga kini masih menjadi amalan mereka. Ya sekurang-kurangnya membantu melengkapkan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya mereka dapat dari sayur-sayuran.


Berminat nak dapatkan stok Meal Shake?

Boleh hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut ; 0128535689


Ada tawaran istimewa juga bulan ini yang mana dengan pembelian 4 Canister @ RM361.73 melayakkan anda mendapat keahlian secara PERCUMA!!!


Jom , kami boleh share kan bagaimana nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA bila anda sertai  dan menjadi ahli Shaklee!





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Kuala Terengganu

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Jun 2016

Cara nak dapatkan RM500 dengan Shaklee!

Sekat belanja makan anak, kurangkan susu anak, kurangkan pemberian pada mak ayah bukan satu solusi yang tepat bila kenaikan harga disebabkan GST. Hakikatnya kita perlu usahakan sesuatu agar keperluan diri, keluarga dan mak ayah dipenuhi.


So ramai yang buat macam-macam nak cari duit tambahan. Apapun nasihat saya, perhatikan 2 yang utama :

1. LATAR BELAKANG SYARIKAT - berapa tahun syarikat ni dah wujud?

2. PRODUK- berkualiti dan ada R&D. Kita nak yang bukan sahaja berkesan tapi utama SELAMAT.

Bonus ; setiap syarikat akan keluarkan duit bayar bonus cuma yang membezakan adalah nilai yang kita perolehi.

Sebab bila cerita part time, semua orang pun tetap kena usaha. Bila kata meniaga memang kena cari orang. Jual makanan kucing pun kena cari orang yang beli bukan kucing.

So janganlah cakap saya tak suka cari orang hakikatnya bisnes memang melibatkan orang.


ANDA BERMINAT NAK CARI DUIT TAMBAHAN DENGAN SHAKLEE? Ni beberapa tips yang saya amal dan saya sharekan :

Pengedar Shaklee Terengganu


Apa sebenarnya nak kena buat bila nak serius dalam Shaklee?

1. Selain mengenali produk Shaklee kita kena tahu MARKETING PLAN Shaklee.

2. Ramai yg gagal dalam bisnes ni sebab TAK FAHAM marketing plan. Basic Marketing perlu tahu.

sebagai contoh : Saya nak buat Shaklee sebab nak income RM500 part time dalam Shaklee.

So apa kena usahakan?

Share kan kebaikan produk yang kita makan dengan saudara mara, kawan fb, kawan ig, segala jenis kawan yang ada.
Bila ada yang menolak jangan sedih kerana yang rugi dia, kita untung kerana Allah temukan dengan produk yang bagus ditambah kita belajar skill sharing dengan orang lain.

Kena tahu pengiraan bagaimana nak dapatkan bonus RM500 sebulan.

iaitu 1200 uv x RM3.1 x14% = RM520.80

Macam mana nak tengok uv satu barang? Tengok kat form order.

3. Buat baik dengan ALLAH. Jika dulu kita tak pernah solat sunat Dhuha, cubalah buat 2-3 kali seminggu jika tak dapat buat hari-hari.
Bangunlah tahajud minta Allah mudahkan jalan rezeki. Buat baik pada mak ayah supaya jalan rezeki lebih luas.

4. Latih jiwa dengan zikrullah kerana dalam latihan itu mendidik jiwa supaya sabar. Jika anda nak semua cepat, hakikatnya ia takkan bertahan. Sebuah bangunan yang kukuh perlu masa untuk membinanya. Bangunan yang cepat siap hakikatnya tidak kukuh kerana semuanya perlu masa.

5. Banyakkan membaca Al Quran, buku motivasi dan buku yang bermanfaat. Kurangkan membaca gosip, buku tak bermanfaat kerana apa yang kita baca itulah yg kita jana dalam minda.

6. Saya dulu usahakan jadi SUPERVISOR 6 bulan selepas join Shaklee kerana saya dah set nak 100 downline dalam 6 bulan. Downline tu adalah customer. Ramai sibuk cari customer baru tapi malas service downline. KESILAPAN BESAR yang dilakukan oleh ramai orang yang gagal dalam Shaklee. Bila ada downline ramai memang seronok buat servicing. Masa awal2 orang tak kenal kita. Maka nak orang kenal usahakanlah blog ke, fb ke, ig ke, apa2 yang memudahkan orang kenal kita buat bisnes Shaklee.

7. Asas bisnes MLM ialah 3 S- Sharing, Servicing dan Sponsoring. Jika salah satu tak buat pincanglah bisnes.


Berapa lama nak sabar? Selagi belum nampak hasil. Saya jadi Master selepas 10 tahun dalam Shaklee. Tapi Master tu bukanlah penamat atau pencapaian terbaik sebab pangkat tu tak lekat pun kat batu nisan bila kita mati nanti. So yang penting teruskan usaha.

So far belum ada syarikat yang boleh tandingi apa yang Shaklee beri pada distributor dia. Balik pada anda nak terus berjuang atau nak jadi katak lompat.

Bagi anda yang nak cari part time atau nak cari kerjaya, Shaklee ada peluang tu. Tak kiralah anda belajar takat tingkatan 3 atau pemegang ijazah kehormat peluangnya sama bila anda usaha.

So selamat maju jaya!






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Kuala Terengganu.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 20 November 2015

Tulis IMPIAN dan SYARAT capai...baru nampak lebih jelas.

Masa memula join, ramai yang letak matlamat dan impian nak capai apa yang upline dah capai. Awal tahun ramai yang tulis azam baru....

Tapi pernah tak kita tulis sekali sifat dan mentaliti yang perlu kita siapkan untuk capai?

Shaklee Miri

🎯 Saya nak dapatkan 4 tiket Umrah Shaklee 2017.

----------------------------------------------------------------
[ Tulis dan tampal depan fridge serta sebut selalu dengan anak-anak serta suami : Tahun 2017 kita berempat buat Umrah dengan Shaklee insyaALLAH]
[ Artikel lepas - Kisah London yang menjadi kenyataan]


ini biasa orang lakukan...




So nak bagus lagi tulis sekali

Apa yang perlu dilakukan untuk capai? 💪

🔥Berdoa tanpa putus.

🔥Sentiasa buat 'homework' yang diberi. Jika tiada SILA MINTA dengan upline.Jika upline tidak aktif sila dapatkan dari Super Upline.

🔥Kuat semangat dan cekal hati.

🔥SETIA, SETIA, SETIA

🔥Kena tahu bagaimana nak RECHARGE energy dalaman.

🔥Attend TRAINING Shaklee.

🔥Fokus pada SATU BISNES sampai berjaya supaya modal tak berpecah.

🔥Jangan mudah putus asa dan sentiasa bersangka baik pada Allah.

🔥FB Tips - tak perlu add sideline yang SID supaya lebih mudah fokus.      

🔥Banyak mengaji Al Quran dan buku motivasi.
--------------------------------------------------------------------------------------



Cabaran sentiasa ada kerana ia meningkatkan
-Daya tahan diri [secara mental]
-meningkatkan darjat di sisi Allah.
-Meningkatkan keyakinan dan kesetiaan.
-Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran lain secara tidak langsung.


So jangan lupa tulis impian dan usaha yang perlu ada bersama supaya kita selalu ingat bahawa - SETIAP KESULITAN ADA KEMUDAHAN.

Ya bukan mudah untuk berjaya. Tapi bukan satu yang mustahil untuk berjaya.









* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 5 November 2015

Testimoni produk Shaklee

Semalam masa kelas diabetes ada 3 orang yang berkongsi apa yang mereka rasa selepas mengamalkan produk Shaklee. Ini disaksikan lebih 35 orang yang berada dalam kelas Diabetes semalam.

Kencing manis ada 3 jenis.

Paling utama kita kena usaha untuk jaga makan dan cara hidup kita supaya kita berusaha mencegah diabetes.



Pengedar Sah Shaklee Miri
Orang sedang tekun dengar penerangan dari Nutritionist.




\

Beliau , En. Farid membelikan emaknya vitamin kerana emaknya sering
mengadu sakit perut disebabkan gastrik. Emak beliau juga mempunyai masalah batu karang. Ajaibnya doktor sendiri terkejut dengan hasil yang mereka temui
apabila appointment yang sepatutnya dibuat untuk menentukan tarikh operation buang batu karang telah bertukar kepada satu yang luarbiasa!
Batu karang itu telah hilang.
Kuasa ALLAH yang mengizinkan semuanya berlaku.












Beliau, Puan Hida mempunyai masalah sukar membuang air besar. Kalau seminggu hanya beberapa kali sahaja. Namun beliau berkongsi selepas mengamalkan Herb Lax beliau akui sangat mudah membuang dan tiada lagi masalah pembuangan seperti yang beliau lalui sebelum mengenali Shaklee.


















Beliau merupakan seorang surirumah...beliau berkongsi apa yang beliau dan suami amalkan. Paling seronok apabila sebagai seorang surirumah, selepas mengamalkan vitamin Shaklee alhamdulillah dengan izin ALLAH, tiada lagi lenguh-lenguh badan dan kaki, tiada lagi masalah susah bangun malah beliau dan suami menikmati kesihatan yang optimum melalui Shaklee!





Tahniah buat mereka. Sesungguhnya kesihatan adalah anugerah dan kita boleh memilih yang terbaik antara terbaik.

Berminat dapatkan produk Shaklee?



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 25 September 2015

Shaklee Nutriwhite Make Up Remover - murah, selamat dan berkesan untuk kulit wajah yang sihat.


Semalam baru sahaja sampai 30 kotak Nutriwhite yang saya order sehari sebelum raya haji...

Pasti ada yang tanya mengapa saya beli sebanyak tu? Tahu tak ia antara produk yang hot dalam pasaran? Sekejap aje dah habis kerana kesannya yang sangat ketara terutama mereka yang ada masalah kulit wajah berminyak ataupun berjerawat.


Memang nama dia Nutriwhite make up remover tetapi serius lelaki pun boleh pakai kerana tak semestinya pakai make up baru boleh guna.

Bangun pagi saya akan capai Nutriwhite make up remover selepas gosok gigi...kerana saya suka muka saya bersih dari minyak apabila bangun dari tidur.

Dalam sehari saya pakai 2-3 kali kerana saya suka kulit wajah yang sihat... dan paling best saya dah jarang pakai masker kerana dengan penggunaan Nutrwhite make up remover saya dapati ia membantu membersihkan black and white head yang ada pada wajah.

Baru-baru ni anak bujang saya keluar jerawat...mungkin perubahan hormon....terus saya pesan dia pakai Nutriwhite make up remover kerana banyak testimoni mengaku ia membantu mengecutkan jerawat. Serius berkesan dan alhamdulilah cepat jerawat dia kecut.


Hari ni saya terima lagi testimoni seorang customer merangkap downline baru saya....beliau sendiri mengaku bahawa kulit wajahnya kini bebas dari jerawat! Bukan itu sahaja mukanya sudah tak berminyak seperti dahulu.


Inilah antara sebab saya suka Nutriwhite make up remover!


Berminat nak dapatkannya? Hubungi kami di talian 0128535689 untuk pesanan Nutriwhite make up remover.


Nak atasi kulit berminyak
Testimoni Nutriwhite make up remover





Harga yang sangat murah ...tak sampai RM100 pun termasuk penghantaran. Dapatkannya sebelum kehabisan. Penghantaran seluruh negara.


Inilah dia Nutriwhite make up remover !


Dapatkannya hari ini! Call 0128535689 untuk pesanan!




Khamis, 24 September 2015

Nak berjaya dalam bidang diceburi ELAKKAN 3C.

Selepas habis UPSR kami terus balik ke KL untuk menyambut Master Celebration mak dan ayah mertua saya yang juga upline kami. Ia berlangsung di Istana Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami berpeluang bertemu dengan ramai susur galur kami dalam majlis tersebut.

Antara yang menarik yang disampaikan oleh ayah mertua saya dalam ucapan beliau ialah tips yang perlu diamalkan untuk berjaya dalam Shaklee namun ia juga boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Elakkan 3 C dalam hidup :

C yang pertama ialah Complain.



Mereka yang banyak komplen sebenarnya adalah mereka yang suka merungut dan secara tak langsung menjadikan kita hamba ALLAH yang tidak bersyukur. Daripada banyak komplen kita dinasihatkan memberi cadangan dalam mencapai penyelesaian untuk cabaran yang datang. Nak berjaya dalam bisnes kurangkan komplen. Jika kita dah berusaha, berdoa ...terus istiqamah kerana ALLAH tahu the best time untuk makbulkan doa kita. Jika ALLAH tak beri apa yang kita mahu ALLAH tetap akan beri apa yang kita perlu.
Kurangkan komplen tapi ikut nasihat mentor yang dah berjaya....insyaALLAH kita juga berjaya seperti mentor.

Teringat pantun masa kat sekolah...

Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi.


C yang kedua ialah Compare


Jika kita sibuk nak banding-bandingkan apa yang kita dapat dengan orang lain...sudahnya kita tiada masa usaha untuk majukan diri sendiri. Sebab adakala kita lihat rumput rumah orang lebih hijau dari rumput rumah sendiri namun tanpa kita sedar rumput orang itu ialah rumput palsu.

Jika ada orang yang berjaya lebih cepat dari kita, jangan bandingkan dengan kita. Hakikatnya kehidupan dia dan kehidupan kita pasti berbeza. Paling penting ; ini yang selalu suami saya tekankan : Tidak penting dimana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir.

 Jadi kita kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi disamping terus usaha untuk menambah nilai dalam kehidupan kita. Jika rezeki yang kita perolehi semakin bertambah , cara untuk menambah nilai dalam kehidupan ialah beri mak ayah elaun setiap bulan lebih baik dari sebelumnya, buat sedekah pada kucing yang lalu lalang, beri hadiah pada sanak saudara dan rakan taulan dan banyak lagi amal makruf yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.


C yang ketiga ialah Compromise



Di sini bermaksud jangan benarkan alasan menghalang impian kita. Nak berjaya kena cari peluang bukan cari alasan. Jika ada kelas upline atau syarikat usahakan, pastikan cuba hadir. Ramai orang beri alasan sibuk atau tiada masa padahal semuanya boleh diatur. Bila mahu semua boleh jadi kenyataan. Jangan jadikan alasan ada anak kecil tak boleh berjaya kerana hakikatnya anak itu datangnya dengan rezeki dan tuah mereka tersendiri.
Saya lihat sendiri beberapa ibu yang mulanya bersemangat nak berjaya tapi bila mengandung beri alasan untuk tunggu selepas melahirkan. Selepas bayi lahir, si ibu nak tunggu anak besar dulu. Akhirnya anak dah besar 4-5 tahun...matlamat tadi terus hilang begitu sahaja.
Kalau usaha secara istiqamah insyaALLAH lambat laun ada hasilnya.


Pokok perlukan masa untuk berbuah, begitu juga bayi dalam kandungan perlukan masa untuk membesar....samalah dengan bisnes. Ia perlu masa. Paling utama usahakan secara berterusan dan istiqamah.


Jujurnya satu masa dulu , saya pernah teringin nak buka syarikat kapal terbang bila pakcik suami ada syarikat kapal terbangnya sendiri....namun nasihat beliau terpahat dalam kepala saya sehingga hari ini :

Bukan tak boleh nak buka bisnes lain jika ada modal namun sangat bagus jika mahirkan diri dalam bisnes yang kita ceburi sehingga menjadi seorang profesional. Pakcik suami berkata dia buka syarikat kapal terbang kerana beliau ialah seorang pilot maka beliau ada ilmu tentang bidang itu. Ya kerana itulah kami menjadikan Shaklee bisnes utama kami dan sehingga hari ini kami masih terus belajar kerana bisnes itu adalah suatu yang dinamik. Walau dah berada 17 tahun dalam dunia Shaklee namun setiap hari pasti ada ilmu baru yang kami belajar secara langsung memperbaiki kemahiran kami dalam bidang kesihatan.


So jika anda baru dalam dunia bisnes...perbanyakkan membaca dan pengalaman berikteraksi dan berkomunikasi dengan prospek sangat membantu kita matang dalam bidang yang diceburi. Jangan lupa dekati ALLAH kerana rezeki itu tetap datang dari ALLAH. Hakikatnya blog, fb, ig atau apa juga medium internet ia hanya menjadi medan penghubung sesama makhluk namun rezeki itu tetap datang dari ALLAH juga.


Selamat beramal, selamat berusaha semoga terus berjaya!




 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak dan Muar Johor.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 25 Ogos 2015

Antara dua persimpangan....

Benarkah kita semua mempunyai pilihan? Namun yang pasti bila kita dalam sebuah perjalanan, kita pasti akan bertemu dengan simpang....sama ada nak belok ke kanan atau ke kiri mengikut hala tuju kita bergerak tadi.

Dalam kehidupan seharian, kita pasti akan menemui dua persimpangan....

Shaklee Miri


Persimpangan yang saya maksudkan ialah antara sebuah kehidupan biasa atau kehidupan yang luar biasa. Namun dalam memilih dua persimpangan ini kita akan TETAP PASTI bertemu dengan CABARAN dan disitulah datangnya pengorbanan.

Ya bila seseorang itu memilih untuk hidup biasa...cukup dengan apa yang ada...CABARAN yang dia lalui ialah tekanan dari luar yang dia perlu bertahan contohnya...harga barang naik, segala keperluan perlu berjimat cermat, keinginan yang terpaksa dilupakan, impian yang terpaksa dibiarkan berlalu begitu sahaja, adakala diri terasa rendah diri bila tak mampu nak beri pada anak-anak apa yang mereka hajatkan...dan banyak lagi.


Tidak lepas juga simpang yang lagi satu...jika seseorang itu memilih untuk hidup yang luar biasa, mahukan perubahan....dia perlu melalui CABARAN untuk laluan itu pula. Dikala kita cuba berubah, kita akan temui orang yang akan mematahkan semangat kita, yang memperleceh apa yang kita usahakan, orang yang memandang rendah kebolehan kita, orang report pada orang atasan, orang yang salah sangka dengan apa yang kita katakan ....banyak lagi.


Maka dua persimpangan ini memerlukan pengorbanan...sama ada kita yang berkorban atau kita yang terkorban. Maka di sinilah kita punya pilihan untuk memilih simpang mana yang kita nak lalui.


Kerana hakikatnya kedua-dua simpang ini kita akan tetap bertemu dengan "CABARAN". Namun pesan orang bijak pandai ...jika pilih simpang untuk hidup yang luarbiasa pastikan dekat dengan mentor, dekat dengan guru yang telah berjaya dalam bidang itu. Bila berguru jangan lupa letakkan nilai hormat pada guru supaya ilmu itu berkat dan hidup dinaungi rahmat.



Dua persimpangan..... kehidupan kita hari ini adalah simpang yang kita pilih.






Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 9 Ogos 2015

Mengapa kesan vitamin mudah nampak pada wajah?


Masih ingat tak testimoni Vivix? Ia antara testimoni yang sangat popular sehingga hari ini....



Ya tiada siapa dapat melawan ajal...namun sekurang-kurangnya kita tetap usaha untuk dapatkan kesihatan yang optimum. Nenek yang dalam gambar itu tetap meninggal dunia cuma menariknya wajahnya kelihatan sangat muda berbanding keadaannya semasa awal admitted.
Ini kerana kesan resveratrol yang terdapat dalam Vivix Shaklee. Sangat menarik bukan?


Banyak juga pengakuan pelanggan yang amalkan set penyusuan , mereka ini ditegur oleh suami malah sedara mara dan rakan sekerja kerana wajah mereka kelihatan lebih berseri dari sebelumnya.

Sehingga ada yang membuat andaian ini kerana pengambilan ESP membantu mencerahkan wajah.

Walau bagaimana pun hakikatnya kita boleh bezakan mereka yang memang mengamalkan vitamin secara konsisten atau tidak adalah melalui wajah mereka.

Namun tahukah anda mengapa kesan pengambilan vitamin ini mudah kelihatan pada wajah?








Ini kerana sel wajah kita adalah 21 hari berbanding sel tubuh yang lain iaitu 90 sehingga 120 hari.


Oleh kerana itu mereka yang konsisten mengamalkan vitamin secara harian akan mendapat kesan yang sangat baik terutama kepada skin texture wajah mereka.


Berbanding mereka yang amalkan secara tidak konsisten...hasil ke atas kesihatan adalah lambat serta ia kurang memberi impak besar pada kulit wajah mereka.


Maka anda inginkan kulit wajah yang cantik? Amalkan vitamin secara konsisten terutama vitamin yang asli tidak mengandungi pewarna, perasa dan pengawet tiruan adalah sangat bagus untuk kelihatan muda dan berseri.


Muka tidak mempunyai warna ton yang sekata? Terlalu kering? Boleh cuba amalkan Kolagen Shaklee! Harganya sangat berbaloi dengan hasilnya. Boleh dapatkannya hari ini melalui Shaklee2u.com [ bagi ahli] atau dapatkan dari kami hari ini.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 24 Julai 2015

Vivix Special Offer : Ruginya siapa tak ambil peluang ini!

Vivix Miri



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Hadiah Raya - Menang Hadiah Percutian di Marriot Mulu!!!

Pada Selasa lepas adalah hari beraya kami...ada 5 buah rumah yang kami ziarah sambil beraya....

Namun masa beraya dirumah yang ke empat saya menerima panggilan telefon...dari Marriot Miri.

Seorang staff Marriot memaklumkan bahawa kami telah terpilih memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Marriot Mulu melalui #mirimarriott98delights


Pengedar Shaklee Mulu

Ya ALLAH....syukur sangat!

Rezeki kedua tahun ni menang peraduan yang Marriot anjurkan!Alhamdulillah !


Hadiah raya tahun ni! InsyaALLAH jalan ke Marriot Mulu pula lepas ni!


Anyway Terima Kasih Marriot !!!!




 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 23 Julai 2015

AKAUN BANK SAIDINA OTHMAN



Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi? 

Siapakah yang membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah? Adakah anak cucu nya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel?


 Ikuti kisah ini :

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering. Nama Telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorang Yahudi.

Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal. Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan RA. Lantas Saidina Othman b Affan RA bertemu Yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut. 


Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia untung besar. Saidina Othman b Affan RA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu. Yahudi pun setuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari làgi milik Saidina Othman b Affan RA. Yahudi sangka dia cerdik sebab Saidina Othman b Affan RA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.

Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman b Affan RA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma. Jadi, hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli. Akhirnya Yahudi tu bankrap dan nak jual kepada Saidina Othman b Affan RA separuh bahagian lagi Telaga Rummah tu kepada Saidina Othman b Affan RA sebab dia dah rugi. Saidina Othman b Affan RA beli dengan 20,000 dinar. Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. 

Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Saidina Othman b Affan RA. 

Saidina Othman b Affan RA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar? Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman b Affan RA. 
Saidina Othman b Affan RA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar? Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli Saidina Othman b Affan RA.

Saidina Othman b Affan RA masih tak setuju. Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagi kah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya?

 Maka Saidina Othman b Affan RA menjawab, "ALLAH". Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma.

Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga berjumlah 1,550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Saidina Othman b Affan RA di salah satu bank Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang. Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun Saidina Othman b Affan RA. 

Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Saidina Othman b Affan RA bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya. Inilah kelebihan Sedekah. Oleh itu, marilah sama sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda. In Shaa Allah, anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.

MOGA-MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT.
والله اعلم....

- DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar
Bersedekahlah

Rabu, 22 Julai 2015

Persediaan kepada bakal ibu yang mahu menyusukan anak.

Indahnya dunia penyusuan....kerana ia mengajar dan membentuk saya menjadi ibu yang penyabar.


Siapa kata mudah nak menyusukan anak selama 2 tahun? Personally mereka yang benar-benar ingin menyusukan anak mereka perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan mental yang kuat.

Tiada satu jaminan pun ibu yang kurus tak dapat menyusukan anak mereka dengan baik malah tiada satu jaminan pun ibu yang badan sihat dan berisi mampu menyusukan anak dengan mudah.


Ia juga balik kepada rezeki namun sebagai manusia kita perlu tetap berusaha bukan hanya mengharap semata-mata.

Pada saya golongan ibu yang berniat nak menyusukan anak mereka perlulah mempunyai niat antaranya :

1.Mahu membekalkan anak dengan susuibu yang kaya dengan khasiat dan vitamin.

2. Mahu menjaga kesihatan diri sendiri demi untuk menyusukan anaknya.

3. Berusaha menguatkan mental melalui pengisian kerohanian.


Memang tidak dinafikan banyak cabaran yang dilalui sepanjang menyusu anak namun saat paling puas menyusukan mereka apabila susuibu itulah yang menjadi penawar kepada mereka dikala mereka demam dan kurang sihat.


Saya percaya bila kita bersusah dulu insyaALLAH kita akan bersenang kemudian.

Jika kita dari awal dah mudahkan diri dengan menyusu susu formula, saat paling kasihan adalah apabila kita terpaksa menyuakan ubat demam bila mereka [ anak kecl] demam. Itupun bukan serta mereta surut atau kebah demamnya.

Memang saya bersyukur kerana saat anak-anak demam dulu , mereka beroleh kesihatan yang optimum dan jika mereka jatuh sakit mereka tidak mengambil masa yang lama untuk recover. Ditambah saya akan makan vitamin yang membantu menguatkan antibodi dan imun sistem mereka.

Hakikatnya hasil sesuatu itu bukanlah kita perolehi dalam sehari dua dalam dunia penyusuan....ia mengambil masa yang lama dan perlukan kesabaran.

Bagi anda bakal ibu : boleh rujuk di sini- Set Penyusuan Paling Popular untuk mengetahui set menyusu mana yang sesuai untuk anda. Semoga kalian juga mampu berjaya menyusukan anak dengan susuibu sehingga mereka mencapai usia 2 tahun.



Berminat nak dapatkan set penyusuan Shaklee? Boleh hubungi kami di talian berikut :


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 20 Julai 2015

Bekerja pada Hari Raya - pengorbanan dan ganjaran.

Pada tahun 2011 buat pertama kali dalam hidup saya beraya dengan anak-anak sahaja di Miri. Di kala itu suami saya menjalankan amanah syarikat untuk bekerja pada hari raya di pelantar minyak.

Sedih ? Memang sedih dan pada peringkat permulaan saya tak dapat nak terima hakikat itu. Walaupun suami ada memberi keizinan jika nak balik beraya ke kampung bersama anak-anak tapi saya tak punya kekuatan nak menguruskan sendirian tanpa suami.

Namun pada hari raya pertama itu alhamdulillah ada staff suami yang balik raya maka mereka datang bersama keluarga mereka menziarah kami 3 beranak di Miri. Terhibur juga rasa. Waktu itu dah mula redha yang suami terpaksa bekerja kerana menunaikan amanah yang dipertanggungjawab ke atasnya.

So sehingga hari ini saya masih merasa kagum pada mereka yang bertugas di hari raya. Memang hati mereka sedih dan sayu kerana tak dapat beraya tapi yang saya pasti jika golongan ini jika melakukan dengan hati yang ikhlas pasti pahala yang menanti juga hebat. Paling pasti mereka akan diberi ganjaran yang hebat oleh Allah.


Namun  memang ada yang segelintir yang merasa terbeban, kecewa dan hampa kerana terpilih untuk bekerja pada hari raya ....sehingga ia menyebabkan golongan ini bertugas dengan muka masam, menjawab telefon dengan serius dan kurang mesra dan dari gerak laku mereka kita boleh tahu mereka kecewa.

Ya sebagai pelanggan kami faham...tapi saya mendoakan ALLAH memberikan mereka ganjaran dan gantian rezeki yang lebih hebat atas pengorbanan yang mereka lakukan.

So untuk mereka yang di amanahkan bekerja pada hari raya... pahala yang menanti sangat hebat! Tahniah kerana kalian akan beroleh ganjaran yang hebat dari ALLAH.

Ganjaran dari ALLAH lebih hebat dari ganjaran manusia... yang memang hakikatnya tidak dapat dinilai dengan mata kasar namun akan dapat dinikmati bila kita lihat dengan mata hati :)


Akhir kata...Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin !





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa