Memaparkan catatan dengan label Diariku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diariku. Papar semua catatan

Selasa, 1 Jun 2021

Tahukah kita tentang Power nya ayat -ayat ini bila diamalkan?

Ayat power



Saya pujuk suami, jom la amalkan ayat ni....banyak sangat manfaat. Rugi tak jadikan amalan.
Mula-mula suami saya angguk aje tanda ok, tapi saya tetap follow up selepas beberapa hari...
Abang, dah amal tak lepas solat? Suami saya senyum aje. Saya kata pegang la hp atau quran masa nak baca tu. Bila kita dah baca beberapa kali, insyaALLAH kita akan ingat. 

Ayat itu adalah 2 ayat terakhir surah At Taubah.

Ditambah ini adalah antara ayat hafazan yang kita kena hafal masa kat sekolah menengah. InsyaAllah mudah kita nak ingat semula.


Apakah manfaat ayat 2 ayat akhir surah At Taubah ini?

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

🖍️ jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

🖍️ jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

🖍️ jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

🖍️ jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

🖍️ jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

🖍️ jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

🖍️  jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.





🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#BTS
#VitaminCviral

Ahad, 2 Mei 2021

Umrah 5 bintang yang tak terucap.

Walaupun kaki ini telah menjejaki banyak tempat di dunia tetapi hati ini tetap terpaut pada satu tempat yang penuh kedamaian walaupun dipenuhi berjuta umat.
Tahun 2012 bulan April kami pertama kali menunaikan umrah 4 beranak bersama Shaklee dan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Terujanya tak terkata. Ditambah itulah kali pertama naik flight lebih kurang 6-7 jam.
Alhamdulillah sejak 2012, kami dapat tiket percuma sama ada international atau regional. Cuma kami banyak memilih Umrah bersama Shaklee.
Apa yang best sangat umrah bersama Shaklee? Keselesaan dan service yang diberikan oleh agen terlantik sangat memuaskan.
Dengan hotel yang hanya 30m dari masjid menjadikan ia satu keselesaan berulang alik hotel ke masjid.

Betapa dekatnya masjid dengan hotel.


Setiap tahun bila buka cycle, antara perkara yang saya letakkan dalam dream board adalah tiket umrah atau tiket percutian sekeluarga.
Berbaloi ke usaha untuk dapatkannya secara percuma?
Kali pertama kami pergi memberi rasa keterujaan, menikmati juadah yang disediakan, merasai layanan baik mutawif dan kenikmatan beribadah kerana hotel yang dekat dengan masjid. Baik di Madinah [ Hotel Obroi] dan Makkah [ Hilton Hotel kini dah bertukar nama menjadi Makkah Hotel].



Tahun berikutnya saya cuba bawa ahli keluarga ke sana....baru lah saya tahu kos umrah yang Shaklee taja bukan calang-calang.
Allahu akhbar!
Jarak yang sangat dekat ke masjid itulah kelebihan yang tidak dapat dinafikan. Baru tahu makan tengahari sahaja lebih kurang SR150 malah makan malam boleh mencecah SR200 -SR250! Subhanallah.
Malah SEMUA trip Shaklee walaupun ke oversea, semuanya yang
terbaik
. Subhanallah. Malah makanan yang disediakan juga bukan biasa-biasa. Maka itulah ganjaran yang setara dengan usaha yang diletakkan.
Suka juga saya nak share kan satu doa untuk semua yang berhajat ;
"Ya Hayyu Ya Qayyum birahmatika astaghitsu, ashlih lii sya’ni kullahu walaa takilni ila nafsi thorfata ‘ain"
Ertinya “Wahai Dzat Yang Mahahidup lagi Maha Berdiri dengan sendiri-Nya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya dan jangan Engkau serahkan (nasib) aku kepada diriku walau hanya sekejap mata.”

Doa yang nabi anjurkan kita baca selalu.


Moga kita mampu berjaya bersama beramai ramai dan menikmatai kejayaan bersama ahli keluarga kita. Amin.



🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock
 #ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#UmrahShakleePercuma

Selasa, 27 April 2021

Cakna tentang kesihatan buah pinggang kita.

Bila kita ni kurang membaca,kita akan berpegang dengan apa yang kita biasa kita dengar walaupun benda itu belum tentu sahih pun.
Begitu la terjadi kat saya.... selama ni biasa dengar, makan ubat doktor boleh 'cepat' rosakkan buah pinggang dan ianya sentiasa bermain dalam fikiran saya hinggakan bila sakit pun saya tak makan ubat even panadol. Eh berbelas tahun juga saya tak makan panadol atau apa2 ubat penahan sakit kerana sangkaan ini.
Jadi bila saya di sarankan amalkan ubat darah tinggi untuk kawal tekanan darah yang sentiasa tinggi...saya berbelah bagi pada peringkat awalnya. Dalam fikiran saya, kalau makan ubat nanti buah pinggang cepat rosak...tapi kalau tak makan, buah pinggang tetap rosak sebab kesan dari penyakit darah tinggi yang tidak terkawal.
Maka doktor yang merawat saya pun menyarankan selepas sebulan makan ubat yang beliau prescribed, saya boleh buat ujian untuk cek keadaan buah pinggang saya.
Kebetulan saya juga baru belajar tentang EGFR [ kadar penapisan glomerular] dari kelas-kelas Dr Jue khususnya.
Sebelum saya makan ubat yang doktor Samhan beri tu kebetulan saya baru aje buat health screening iaitu awal Mac. Bacaan eGFR saya masa awal Mac adalah 103. Namun selepas sebulan amalkan ubat darah tinggi, bacaan terkini adalah 99.

Shaklee and kidney


Alhamdulillah sangkaan saya bahawa ubat boleh merosakkan buah pinggang dengan CEPAT meleset sama sekali. Ada banyak faktor yang mempengaruhi punca kerosakkan buah pinggang.
Namun antara yang utama adalah dari apa yang kita makan sehari-hari, iaitu diet yang tak sihat dan pengambilan air yang kurang dan tidak memenuhi keperluan seharian tubuh.
Syukurnya kini saya dah tidak amalkan ubat darah tinggi atas nasihat doktor kerana bacaan dah terkawal dan saya cuma teruskan cara hidup yang sihat, kekal aktif, jaga pemakanan [kawal makan] , minum air secukupnya dan tidur awal.
Bagaimana nak tahu bacaan EGFR? Boleh ke mana-mana klinik atau makmal seperti Pathlab, BP Lab etc untuk buat Renal Profile.
Bacaan eGFR ini ada kaitan dengan bacaan kreatinin kita. Kreatinin adalah bahan buangan yang berada dalam darah.
Buah pinggang kita biasanya mengeluarkan kreatinin daripada darah melalui air kencing. Apabila buah pinggang sudah rosak, ia tidak dapat berfungsi untuk mengawal kreatinin dalam darah dan akan menyebabkan kuantiti kretinin dalam darah semakin tinggi.




Oleh sebab inilah kita kena cakna apa yang kita makan sehari-hari supaya ia tak menyumbang kepada bacaan kreatinin yang semakin tinggi dan akhirnya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius seperti CKD.
Tips mudah untuk kekal sihat, KURANGKAN atau ELAKKAN makanan yang manis [ disebabkan gula yang tinggi], minuman manis atau berkarbonat dan karbohaidrat.
Benarlah kata-kata Allah, bila sesuatu itu berlebihan, ia pasti menjadi mudorat. Wallahu alam.
Renung-renungkan.


🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#berpuasadenganshakleesenangaje

Isnin, 26 April 2021

Ajaibnya rezeki bila selit nama mak.

Hari tu mak tiba di Miri sebelah petang...seperti biasa, mak berehat dulu melepaskan penat travel dari Muar ke KL hampir 2 jam, naik flight pula dari KUL ke Miri lagi 2 jam.

Lewat petang tiba-tiba blackout. Masa tu dapat tahu blackout seluruh Miri. Dalam kepala saya, nak ajak mak naik flight ke mana-mana aje dan bermalam sahaja di hotel destinasi yang boleh kami pergi.

Saya cuba menelefon airport Miri untuk bertanyakan hal penerbangan. Tapi hampa. Semua penerbangan ditunda kerana seluruh Sarawak tiada elektrik! Ok masa tu saya dah start panik. Sebab saya plan malam mak sampai nak bawak dinner di Hotel Marriot atau Dinasty. Kalau blackout, sure la tak dapat nak makan kat hotel.

Petang tu saya ajak suami bawak mak pusing bandar Miri. Saya minta suami bawak ke McDonald Miri sebab ada drive thru, untung-untung boleh belikan mak bubur. Sekali lagi saya hampa sebab gelap. Operasi perniagaan terpaksa ditutup seketika.

Dalam hati saya masa tu berdoa bersungguh-sungguh...

Ya Allah, mak aku pasti lapar. Tolong la aku Ya Allah, aku nak belikan mak makanan supaya mak tak lapar.

Saya tahu mustahil ada kedai yang buka sebab dah tahu satu bandar Miri blackout pada hari tu. Namun saya terus berdoa untuk mak. Saya sedih kalau mak lapar. Ditambah mak ada diabetis. Saya taknak biarkan mak tak makan malam tu.

Dengan kuasa Allah, selepas u turn dari MCDonald, tak semena-mena kami nampak ada satu kedai ni ada elektrik. Eh pelik sebab tak de customer langsung. Orang lain semua bergelap tapi hanya kedai ni sahaja seolah-olah tiada masalah elektrik. Saya turun bertanya, boleh kah kami order dan makan di kedai? Tuan punya kedai menjawab dengan senyuman...silakan cik.

Ya Allah, leganya rasa hati sebab dapat makan malam dengan tenang. Masih saya ingat arwah mak order mee hailam pada malam tu. Mak makan dengan tenang sampailah selesai.
Seusai makan, kebetulan saya nak ke kaunter nak bayar pesanan makanan kami, kelihatan satu pasangan yang baru tiba untuk membuat pesanan.

Sejurus sahaja saya buat bayaran, tiba-tiba kedai makan ini terus gelap. Seolah-olah bekalan elektrik tadi hanya untuk memberi keselesaan mak makan dalam cahaya lampu. MasyaAllah. Sampai sekarang saya tak dapat lupakan kisah ini.

Kami pulang dengan senang hati kerana perut pun telah di isi hingga kenyang. Alhamdulilah. Mak pun tidur dengan nyenyak malam itu. Saya cuma sedar, rumah dah ada elektrik lebih kurang jam 3 pagi.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya buat Shaklee, saya tak pernah putus minta mak doakan rezeki bisnes Shaklee ini. Sepanjang berdoa saya pasti selit nama mak. Saya sedar, rezeki untuk mak tak pernah terbatas.

Pernah satu ketika mak meluahkan hajat untuk melihat semua anak-anaknya dapat menunaikan umrah. Sebelum ini mak dah pernah pergi dengan adik saya yang kedua sahaja. Manakala yang lain belum ada rezeki untuk ke sana. Jadi saya berdoa, “Ya Allah kurniakan aku rezeki Shaklee yang hebat supaya aku boleh bawak semua adik beradik aku menunaikan umrah sepertimana umrah Shaklee yang bertaraf 5 bintang.”

Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menyangkal...tidak lama selepas itu saya dapat tunaikan hajat mak itu. Alhamdulillah dapat juga kami pergi umrah dengan dengan semua adik beradik.

Itulah kelebihan bila ada mak dan doa untuk mak tak pernah tertolak. Sama ada cepat atau lambat sahaja namun ia tidak menghampakan.

Umrah Keluarga

Ini umrah pertama kali pergi dengan adik beradik. Kebetulan ada 2 leader yang turut serta untuk cukupkan korum.

Umrah Mewah seperti Umrah Shaklee

Ini umrah kali kedua...rezeki kali ni kami dapat singgah sehari di Jordan kebetulan mengggunakan penerbangan Royal Jordanian. Namun masa ni mak tak dapat join sebab mak tak sihat tapi digantikan dengan adik arwah mak.

Pada saya, mak adalah hadiah Allah pada kita. Mak ibarat memegang kunci syurga dunia. Tiada yang mustahil dengan doa mak dan doa untuk mak.

Bagi yang ada mak, layanlah mak seperti raja, kerana rezekimu juga akan dikurniakan seperti raja oleh Raja sekalian alam iaitu Allah swt.

🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#Berpuasadenganshakleesenangaje

Sabtu, 24 April 2021

Cerita biasa bulan puasa....



Bila tiba Ramadhan, semua orang usaha nak sihat supaya dapat berpuasa penuh. Malah bukan itu sahaja, kita juga harap kekal cergas terutama selepas berbuka nak solat terawih dan sambung tadarus pula.

Musim berpuasa ni juga pasti ada cabarannya...mana yang gastrik kena la usaha elakkan makanan pedas dan bersahur dengan makanan seimbang supaya tak diserang gastrik.

Namun tidak kurang juga dengan mereka yang alami sembelit disebabkan masalah kurang air dan serat sepanjang berbuka hingga ke sahur.

Ramadhan kali ini saya beli beberapa kotak susu segar [ fresh milk] dan susu cokelat kerana saya kekal mengamalkan pengambilan alfalfa sepanjang berpuasa. Mungkin ada yang belum tahu, pengambilan alfalfa perlukan banyak air. Jadi pengambilan susu membantu proses pembuangan lawas dan lancar.

Selain itu ada beberapa produk Shaklee yang sangat bagus diamalkan sepanjang bulan puasa ni untuk mengelakkan masalah sembelit antaranya ialah, Meal Shakes, Cinch Shakes, Ostematrix, HerbLax dan Lecitin.

Tapi feveret saya adalah MealShake dan Cinch Shakes.Ini kerana dua supplement ini sangat kaya dengan serat.
Bancuhan minuman ini juga membantu badan saya cukup air. Ditambah saya juga amalkan banyak vitamin lain, maka pengambilan minuman bancuhan Meashakes, ESP dan Cinch Shakes sangat membantu keperluan air yang saya perlukan.

Waktu bila minum? Saya amalkan masa moreh dan sahur. Ada yang pilih waktu berbuka supaya tak makan banyak. Ikut mana yang kita selesa. 

Puasa kalian bagaimana?



 WASAP FOR ORDER

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Jumaat, 23 April 2021

Bila sakit jangan elak makan ubat....

Dulu saya obses dengan vitamin...jadi bila sakit saya tahan dan makan vitamin aje. Selama 10 tahun lebih saya tak amik panadol atau pil penahan sakit tapi saya gantikan dengan vitamin seperti vitamin C dan B complex [ sebagai vitamin yg menenangkan].
Namun saya ingat ianya adalah cara yang betul kononnya takut buah pinggang rosak makan ubat. Rupanya sangkaan saya MELESET sama sekali selepas saya belajar ilmu yang betul dari dua doktor ini iaitu Dr
Anya Tay Sin Yah
dan
Dr Jue
.
Bila sakit kena makan UBAT. Namun waktu yang sama makan supplement untuk membantu sel dan sistem kita improve dan lebih baik. Bukan bergantung selamanya dengan ubat. Makan ubat hanya untuk tempoh sakit sahaja.
Jadi saya decide nak buat perubahan....sebab kejahilan saya dulu masa dok Miri, saya suka makan buah potong dengan garam. DItambah kedai buah tu dekat dengan rumah [ dekat GK Pujut 3 Miri]. Apa jadi, lama lama saya dapat penyakit darah tinggi.
Bacaan bukan calang-calang...170/120 sehingga 190/130 tu bacaan biasa saya.
Ramai aje doctor advise amik ubat tapi saya buat dek aje. Mereka menekankan saya boleh mati mengejut kesan tekanan darah tinggi ni. Tapi saya senyum aje. Sebab saya kata, yg hidup pasti mati.
Namun sampailah ada sorang doktor tegur, puan tahu tak kesan jangka panjang penyakit puan ini adalah rosak buah pinggang....
gulp...saya benar-benar terkesan. Oh ok...ni kena buat sesuatu , detik hati saya.
Saya amik juga ubat yang disarankan namun takde sistem follow up....jadi usaha saya separuh jalan.
Terbaru saya ajak suami teman saya ke Klinik Hijraa di Chendering...jumpa Dr
Ahmad Samhan
...Bagi ubat dan sistem follow up. Dari seminggu ke sebulan...nampak improvement.
Ops bukan bergantung dengan ubat sahaja ya. Result yang saya dapat ni adalah usaha jaga waktu tidur [ tak tidur lewat dah ], bersenam [ naik gak treatmill], jaga makan, ambil vitamin dan makan ubat doktor.
Makan ubat sahaja tak boleh dapat best result kecuali ubah cara hidup dan cara makan ya.
So sapa yang ada masalah darah tinggi , jangan makan ubat atau vitamin sahaja, kena ubah cara hidup dan cara makan.
Saya baru buat ujian Renal Profile nak tengok eGFR latest...tengok kesan ubat pd buah pinggang. Nanti saya cerita dalam next posting apa yang saya trigger dari result tu.





📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 

Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Macam mana nak turunkan kolestrol?


Saya sendiri berkali -kali tanya suami, macam mana nak turunkan kolestrol sebenarnya? Suami saya yang ilmunya banyak tentang kesihatan menerangkan...kalau nak turunkan kolestrol kena usaha jaga makan, bersenam dan AMALKAN SUPPLEMENT yang membantu menaikkan HDL[ kolestrol baik].
Mengikut buku penulisan Dr Bruce Miller, antara supplement yang membantu menaikkan HDL ialah Omega , Protein dan beberapa supplement lain.
Eh molek pulak, kebetulan ada tertulis di canister ESP ...pengambilan setiap 25g per day membantu menurunkan paras kolestrol dalam darah.
Kebetulan saya dah amalkan sejak bujang....cuma selepas berhenti menyusu saya cuma amik sekali sahaja sehari...itupun tak sampai 25g sekadar 1-2 sudu makan sahaja.
Tapi lepas umur masuk 4 siri ni, saya memang tekankan pengambilan ESP sebab ia mengandungi 9 amino asid yang tak boleh dibuat oleh badan. Protein sangat penting demi membantu kulit sentiasa moist dan remain elasticity.
Namun surprisingly kesan ke atas kolestrol membuat saya tersenyum lebar. Pada umur 40 lebih ni, kolestrol turun!!!
Alhamdulillah happy sangat!
So anda yang memang amalkan ESP, pastikan pengambilan 25g sehari tau kalau nak turunkan bacaan kolestrol dalam darah. Selain jaga makan [ kena kawal juga; kurangkan makanan berminyak , bergoreng, makanan manis] dan bersenam, ini dah pasti.
Bagi yang usaha turunkan kolestrol selain pengambilan ubat prescribe by doctor, boleh tetap usaha dengan jaga pemakanan, bersenam dan cuba beberapa supplement supaya badan sihat semulajadi.
Jika ada yang berminat nak cuba, bolehlah wasap atau mesej ya. Usaha dan ikhtiar kena ada untuk dapat hasil yang berbeza.









Berminat nak order ? Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#turunkankolestrol

Selasa, 12 Januari 2021

Takut makan B complex kerana takut gemuk?

Makan B complex buat gemuk?
Saya datang dari keluarga yang mempunyai sejarah diabeties. Saya sendiri melihat kesan bila tahap kena dialisis, Allah sahaja yang tahu keadaan pesakit.
Dulu saya tertanya-tanya mengapa pesakit dialisis bila dia balik, akan tidur kepenatan sedangkan di tempat dialisis mereka hanya duduk beberapa jam...sampailah masa arwah mak koma sebelum dia meninggal, mak masih terpaksa melalui proses dialisis sebab badan mak start bloated.
Baru lah doktor explain, sebenarnya pesakit dialisis ni, bila sedang lalui dialisis mereka ni ibarat macam berlari 100 meter tanpa henti. So jantung bekerja keras waktu tu. Jadi bila baik rumah, pesakit akan tidur untuk hilangkan penat. Patutlah arwah mak dulu nampak letih sangat selepas dialisis.
So untuk saya, bila saya cepat mengantuk terutama lepas makan...pasti suami akan tegur, lepas makan jangan lupa amik B complex katanya. Sebab saya ada sejarah keluarga mempunyai diabeties. At least prevent... bukan terima bulat-bulat, nak macam mana dah keluarga memang semua diabeties.
B complex ni terkenal sebagai vitamin pembuka selesa dan ramai yang takut makan B complex sebab takut gemuk. Tanpa kita sedar B1 memainkan peranan sangat penting....kerana kekurangan B1 akan menyebabkan pecahan karbohaidrat dan glukos tidak dapat ditukar kepada tenaga malah hanya tersimpan sahaja di dalam badan dan akhirnya boleh menyebabkan peningkatan dalam berat badan tanpa kita sedar.
Bukan itu sahaja, B complex sangat membantu menstabilkan emosi dan mood harian kita. Orang yang mudah terasa, sensitif dan moody tak tentu hala biasanya disebabkan kekuarangan vitamin B complex yang ketara. Bila ia berlarutan, stress inilah yang boleh menjemput banyak penyakit lain kerana sistem imun menjadi semakin rendah bila kita terlalu penat dan stress.
So bagi mereka yang sukar untuk dapatkan makanan seimbang....boleh la cuba amalkan supplement untuk menutup lompang2 kekurangan vitamin dalam badan.
Badan sihat, insyaAllah kita lebih produktif dalam menguruskan semua tugasan harian.

Jemput baca >>>>> Kurus dengan B complex


Shaklee ready stock Kuala Terengganu



 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu
 #ShakleeMalaysia
#bcomplexshaklee
#Shakleebukitpayong

Isnin, 28 Disember 2020

Duit kita akan keluar mengikut apa yang kita utamakan......

Semalam saya ke kedai salah satu kedai tiles yang terkenal di Kuala Terengganu. Bermula dari masuk parking sahaja, saya dah detik....ramainya umat hari ni...ditambah semalam pula cuti Krismas. Seperti biasa selepas scan dan check suhu, saya dan suami pun terus berjalan mencari tiles yang berkenan dihati untuk projek upgrade toilet rumah.

Semalam memang ramai...rata-rata membeli tiles dengan membayar wang tunai. Semasa beratur untuk membayar tiles yang sudah menjadi pilihan hati, saya melihat cashier memegang duit tunai RM50 berkeping-keping.

Terus saya membuka bicara dengan suami sambil beratur....ramai aje orang berduit kan bang...Suami saya senyum dan anggukkan mukanya tanda setuju. Terus lagi saya membuka cerita, hakikatnya ramai kita berduit dan meletakkan keutamaan duit pada apa yang dihajati. Cuma segelintir sahaja yang sanggup bersusah menyimpan duit untuk beli vitamin dan produk yang menuju ke arah kesihatan. 

Ya dari dulu lagi saya selalu mengkaji sifat-sifat manusia yang pelbagai...ramai orang berduit, cuma ke mana duit disalurkan?
Ada orang berhabis untuk bergaya. Ada orang berhabis untuk jihad. Ada orang berhabis untuk kesihatan. Teringat seorang kakak ni, beliau penerima duit kebajikan masyarakat. Namun duit itu beliau simpan sedikit2 untuk membeli vitamin demi kesihatan beliau. Itu lebih utama katanya.

Ada kawan pula, mengalami masalah sakit wanita, tapi duitnya sanggup berhabis membeli prefume kerana minat katanya. Sedangkan kalau ikut rasional, beliau boleh usahakan rawatan alternatif seperti produk kesihatan untuk mengatasi masalah beliau.

Hakikatnya setiap kita akan cenderung kepada apa yang kita utamakan. Namun saya teringat sharing kak Rosimah, salah seorang Shaklee business woman yang berjaya....Beliau berkata, orang yang perform          [ cemerlang] dalam pekerjaan biasanya adalah orang mementingkan kesihatan. Mereka mahu sihat supaya boleh bekerja dengan lebih produktif dan efisien. Golongan ini tidak suka sakit malah jarang sekali mengambil cuti sakit atau cuti tahunan. Mereka memang mengutamakan kesihatan. Malah golongan ini memang sanggup berhabis duit membeli supplement demi kesihatan. 

Teringat kata-kata seorang yang berilmu kepada saya, bila sihat kita boleh kerja dengan baik. Bila seorang isteri sihat, beliau boleh menguruskan rumahtangga dengan baik. Begitu juga dengan seorang suami. Bila seorang suami sihat, beliau boleh bekerja dengan baik. Kesihatan itu penting sebenarnya cuma akan disedari bila dah jatuh sakit.

Vitamin bukan makanan yang kena ambil waktu sakit....tetapi ubat. Vitamin adalah usaha untuk jaga kesihatan jangka panjang. Namun makan vitamin tak bermakna sihat dan takkan mati. Makan vitamin ni macam orang pakai helmet semasa membawa motor. Kalau perjalanan selamat alhamdulillah. Tapi kalau kemalangan, kurang2 kecederaan tak la seteruk mereka yang tak pakai helmet.

Balik pada kita juga....apa yang kita utamakan.....





🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah

Mengapa perlu supplement? Apa kata Dr Jue?

Saya mengenali seorang hamba Allah ini. Hidupnya sangat sederhana. Banyak berbakti kepada urusan agama. Pernah datang menziarah kami di rumah....dari situ saya mula mengenali beliau. Bila melawa minum minuman yang dihidangkan, beliau hanya tersenyum dan meminta air kosong sahaja. Kumpulan yang datang bersama memaklumkan beliau tidak minum air manis. Malah makanan beliau juga bersumberkan apa yang beliau tanam dan usahakan. Beliau jarang membeli makanan luar kerana kebanyakan hanya masakan dari rumah. Walaupun dah berumur namun badannya masih sihat, mampu bertahajud dan bangkit awal untuk solat subuh. MasyaAllah. 

Namun berbeza dengan kehidupan rata-rata kita hari ini. Banyak masa kita sibuk dengan urusan kerjaya, banyak masakan yang ada bahan perasa, adakala makan luar...adakala makan makanan segera....pastinya keperluan vitamin kita berbeza.




Saya tertarik dengan perkongsian seorang doktor yang menerangkan kepentingan supplement yang ramai orang salah sangka.

Ramai yang menjadikan supplement rawatan alternatif semata-mata dan bukan sebagai keperluan harian yang menampung pemakanan yang diambil.

So bila sihat, mereka tak endahkan...namun bila ada simptom atau tanda sakit berlarutan...vitamin yang dicari dengan harapan cepat sembuh.

Hakikatnya vitamin bukanlah bahan penyembuh, ia cuma menampung keperluan sel dalam tubuh yang memerlukan zat vitamin dan galian yang tidak dapat dipenuhi dari pengambilan pemakanan harian kita.

Jadi jawapan yang tepat, adakah kita perlukan supplement? Balik kepada cara hidup kita. Hanya kita sahaja yang ada jawapan yang tepat. Sebagaimana saiz baju kita, hanya kita sahaja yang tahu kita sesuai memakai baju saiz S atau M atau saiz yang lebih besar.



 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah

Jumaat, 11 Disember 2020

Bila mak meninggal.....hilang tempat saya bergantung doa, namun saya kena move on!

Saya tak la rapat dengan mak dibandingkan saya dengan abah. Saya banyak bersembang dan bercerita dengan abah. Walaupun pernah kena marah teruk macam mana pun, saya akan tetap cari abah. Malah masih ingat lagi mimpi terakhir saya dengan abah sebelum abah meninggal esoknya. 

Berbeza dengan mak.... Saya selalu telefon mak. Ditambah duduk Miri, saya jarang balik. Masa awal2 duduk sana, saya bergantung pada sumber pendapatan suami sahaja. Balik KL pun bila suami ada meeting. Raya? Kos besar....so mostly saya tak balik hinggalah bisnes Shaklee berkembang dan saya ada income yang stabil barulah kami balik setiap tahun.

Saya suka bersembang dengan mak bercerita tentang cabaran saya dengan anak-anak. Saya tak pernah merungut hal bisnes dengan mak sebab saya faham mak dah tua untuk dibebankan dengan cabaran bisnes saya. Cuma saya ada satu tabiat setiap kali telefon, saya akan minta mak doakan kejayaan untuk saya. Nanti mak pasti jawab...."baik, nanti mak doakan". Tapi perbualan takkan terhenti takat tu aje, saya akan minta mak terus doa kerana saya nak dengar mak doakan untuk saya. Janggalkan ? Memula ya, tapi bila dah biasa, mak pun dah masak dengan perangai saya.

Di saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, dunia jadi gelap seketika. Rasa nak pengsan pun ada. Tapi saya anak sulung. Saya kena uruskan semua urusan pengebumian mak secepat mungkin. Bila mak kita meninggal, sesungguhnya hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa seorang mak.

Saya jadi lost seketika. Sebulan juga saya rasa hidup tanpa jiwa. Saya rasa rindu nak sembang dengan mak. Tapi saya tak nangis meratap pemergian mak cuma jiwa rasa kosong sangat. 

Namun saya sedar, dikala ini mak lebih memerlukan doa saya. Doa anak adalah 3 perkara yang takkan putus bila matinya seorang anak adam. Jadi saya tak boleh nak layan sangat perasaan jiwa yang kosong ni.


Saya sedar, Allah masih berikan suami dan anak-anak. So hidup perlu diteruskan. Saya cuba buat semua rasa ralat dalam diri. Saya buang rasa kecewa, sedih dan marah yang terpendam. Saya cuba bersyukur dengan apa yang sedia ada. Saya kena bangkit. Saya masih ada mak mertua yang sentiasa beri sokongan pada saya. Saya masih ada ayah mertua yang sangat baik. Saya perlu bersyukur dengan apa yang ada. Allah lebih sayangkan mak. Mak juga dah berusia dan perlu berehat di alam yang abadi.
Saya cuba menyedapkan hati dengan mengatakan pada diri, saya dah buat yang terbaik sepanjang mak hidup. Saya yakin Allah atur yang terbaik untuk kami 7 beradik.




Sebenarnya untuk kita melangkah dalam kehidupan, kita kena buang semua cerita silam yang menyakitkan, yang menyedihkan....kita kena selalu dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Malah bersyukur ujian itu diberi setanding kekuatan diri kita.

Nak bangkit kena ada ilmu. Kena minta hidayah selalu dari Allah supaya diberi petunjuk untuk dapatkan ilmu.

Allah maha baik. Dia takkan tinggalkan kita sendirian......

Al fatihah....moga Allah menempat mak dan abah dalam syurga Firdaus tanpa hisab. Amin.


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Khamis, 10 Disember 2020

Isteri perlu ada duit untuk sokong ekonomi rumahtangga bukan hanya persediaan kecemasan

Masa abah meninggal, mak saya seorang surirumah. Walaupun begitu mak tidak membiarkan dirinya berada dalam zon selesa. Mak tetap usaha mencari peluang untuk dapatkan duit walaupun hanya dari rumah. Mak seorang yang panjang akalnya untuk membesarkan kami 7 beradik. Sepanjang saya membesar, saya tak pernah tengok mak minta atau pinjam duit ahli keluarganya, tak tahulah kalau ada dibelakang kami.

Bayangkan mak pergi ke kilang baju, mencari peluang pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah. Syukur Allah permudahkan...mak dapat upah membuang kertas di baju yang telah disulam menggunakan mesin. Tahu tak berapa harga untuk sehelai baju? Seingat saya antara 1 hingga 3 sen sehelai baju. Betapa gigihnya mak mengangkut beg plastik yg dipenuh baju. Semoga Allah sentiasa merahmati mak dan abah di alam sana.

Abah meninggal dunia ketika saya berusia 19 tahun....dan mak yang masih muda tetap perlu meneruskan kehidupan untuk membesarkan kami adik beradik. Bermulalah kehidupan mak sebagai seorang pekerja kilang. Kerana kerja shif dan kerja mak berat yang melibatkan barang di stor, mak tukar kerja sebagai tukang masak di sekolah menengah di Muar.

Saya lihat bagaimana kehidupan mak bertukar dari seorang surirumah kepada yang perlu kerja demi menyara keluarga.

Saya? Bermula dengan surirumah juga. Kemudian saya cuba mengambil peluang menjadi guru tuisyen dari rumah. Pendapatan yang saya perolehi sangat membantu memberi kelapangan dan keselesaan pada rumahtangga kami. Namun masa kerja tidak sesuai...terikat dengan kerja yang mengikat saya untuk tidak ke mana -mana walau hujung minggu. Membuatkan saya buat keputusan apply KPLI. Kursus perguruan lepasan Ijazah. 

Suami saya sarankan untuk saya apply kerana katanya, pendapatan isteri membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga. Saya bersetuju dan akhirnya saya kerja menjadi cikgu.

Duit yang saya perolehi alhamdulillah sangat membantu terutama bila dah jadi guru, ada elaun perumahan dan ini sangat melegakan. 

Cuma kerana sampai satu tahap, saya rasa kasihan kerana terpaksa meninggalkan anak di rumah baby sitter, saya membuat keputusan untuk berhenti dan menjaga anak dari rumah. Namun saya tidak mahu suami saya rasa terbeban apabila hilang satu sumber pendapatan dalam rumahtangga kami bila saya berhenti menjadi cikgu, saya membuat keputusan untuk membina bisnes Shaklee saya dari rumah.

Saya mula mengorak langkah dengan mendapatkan kawan melalui forum-forum di internet. Kemudian saya berkongsi cerita anak dan produk Shaklee dalam blog saya ini. Saya juga tidak mahu berpeluk tubuh sedangkan saya boleh usahakan sesuatu yang membantu ekonomi rumahtangga. 

Bila isteri ada duit lebih, sekeluarga boleh makan yang sedap. Bila isteri ada duit lebih, pasti anak juga gembira kerana dapat beli mainan. Bila isteri ada duit lebih, yang pasti ekonomi keluarga juga akan berada di tahap yang lebih baik.

Isteri perlu ada duit untuk menyokong ekonomi keluarga bukan hanya persediaan kecemasan jika berlaku apa2 pada suami. Arwah abah selalu kata, isteri yang hebat adalah isteri yang pandai membantu menguruskan rumahtangga disamping pandai mencari duit meringankan perbelanjaan rumahtangga bersama suami.

Syukurlah sekarang semua hanya di hujung jari aje. Asalkan ada phone yang boleh connect internet, ada talian internet...di mana sahaja bisnes boleh berjalan. Ramai aje surirumah buat bisnes walaupun hanya dropship. Cuma segelintir yang usaha menjadi usahawan berjaya. Ini pun di dorong oleh semangat dan impian untuk memastikan keluarga cukup serba serbi.





Anda bagaimana?


Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK>>>  SINI Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan menjadi ahli.  
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Selasa, 20 Oktober 2020

Siapa kata makan gaji tak boleh jumpa keajaiban rezeki?

Malam ni saya nak coretkan kisah yang saya nampak ia berlaku depan mata saya sendiri....

Biasa keajaiban rezeki banyak dilihat pada orang berniaga...kerana tiada had siling pendapatan bila kita berniaga. Tapi kisah ini berlaku pada suami yang makan gaji.

Bagaimana hebatnya mengutamakan mak ayah dalam kehidupan boleh merubah nasib seseorang....

Ia berlaku pada suami saya sendiri....Ia berlaku pada tahun 2006 kalau saya tak silap....masa tu mak ayah mertua saya sedang membelek beberapa rumah...maklumlah dah terlalu lama duduk apartment...dah tiba masa nak beli landed house.

Masa tu bisnes Shaklee belum boom macam sekarang....

Suami saya meluahkan hasrat nak belikan mak ayah dia rumah...sedangkan masa tu kami juga belum ada rumah sendiri. Pada saya tiada masalah, suami usaha nak memberi khidmat pada mak ayah beliau. Dapat la saya tumpang keberkatan rezekinya nanti. 

Kami duduk Miri masa tu...bukan mudah nak cari rumah untuk dibeli. Balik Semenanjung pun pakai kos yang besar. Kebetulan masa tu mak ayah suami kerap juga turun Kajang...Nilai Neg Sembilan.... nak tengok beberapa jenis rumah yang dah siap untuk dibeli.

Suami saya cuba google di internet...jumpa sebuah rumah yang mampu beli anggaran dalam RM300K lebih....so masa ada kursus diKL suami saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keadaan rumah tersebut. 

Nak jadikan cerita bila niat yang baik ni pasti ada jalan dan kemudahan. Allahu akhbar! Memang mudah! Deposit guna KWSP dan selebihnya loan dengan syarikat suami bekerja. Dah siap congak...dan yakin insyaALLAH berkemampuan bayar. 

Masa terus berlalu...Tiba-tiba selepas itu syarikat suami saya bekerja revise pendapatan kali kedua untuk tahun itu. Belum pernah berlaku dalam sejarah. Alhamdulillah kenaikan gajinya membuatkan suami lebih yakin untuk menguruskan bayaran bulanan rumah yang dah dibeli. 

Malah bukan itu sahaja, selepas beberapa bulan, mak ayah mertua pujuk kami beli sebuah lagi rumah di area Taman Melati. Ikut lojik akal memang tak lepas dan tak mampu. Tapi siapa kita nak menolak rezeki kan? Selang beberapa bulan tu kami dapat beli sebuah lagi rumah. Miracle....dalam 4-5 tahun dua rumah alhamdulillah selesai bayar. Semuanya kerja Allah.

Banyak saya belajar dari suami...bagaimana dia merai kan mak ayahnya hingga dia mendapat kedudukan yang baik dalam kerjayanya dalam syarikat beliau bekerja. 

Jadi nak lihat keajaiban dalam hidup walaupun makan gaji, sebenarnya tidak mustahil apabila kita merai kan mak ayah. Jangan takut tak cukup duit kerana duit ni Allah punya. Ya betul, bila makan gaji ...gaji kita dah tetap. Tapi tak perlu risau bila beri lebih pada mak ayah...kerana ada rezeki lain Allah beri gantian.

Ramai menyangka bila makan gaji, kalau bagi mak ayah lebih nanti duit untuk komitmen bulanan akan terganggu...itu ikut akal manusia. Tapi keajaiban rezeki ni satu rahsia pada siapa yang berani usahakan. Ada aje sebenarnya jalan yang Allah aturkan menggantikan duit yang keluar tadi. Kita cuma perlu buat dengan ikhlas. 
Tanpa mak ayah kita takkan ada kat dunia. Jadi tanda terima kasih itu balaslah dengan kebaikan dan gembirakan mereka. Jika tak dapat balik kerap, telefon la dengan kerap. Supaya mereka tahu kita ambil berat dan sayang mereka. Hidup kita tak lama....sama ada mereka pergi dulu atau kita yang dijemput lebih awal. 

Pengedar Shaklee Malaysia





 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Rabu, 9 September 2020

Staycation - Taaras Resort and Spa@ Redang

Seminggu sebelum PKP kami ke Taaras di Pulau Redang. Niat nak bagi Nasa mandi laut sekejap sebelum masuk madrasah... tapi aturan Allah unik....balik aje dari pulau, 2-3 hari lepas tu adalah PKP...iaitu 18 Mac 2020. Tarikh keramat seluruh Malaysia. Perintah berkurung yang akan menjadi kenangan sampai bila2.

Alhamdulillah kini dah masuk September....jadi kami plan sebelum madrasah buka nak pergi sekali lagi pulau dan kali ni ajak mak ayah pula.

Kami amik tarikh 1 hingga 4 hb September baru ni....selepas habis closing rasa nak spend  masa berkualiti  untuk keluarga..... waktu sepenuhnya melayani karenah anak-anak.

Rezeki kali ni....kami dapat peluang melepaskan anak penyu ke dasar lautan.....

Banyak masa kami habiskan mandi laut beramai-ramai....












Satu percutian yang bermakna untuk tahun ini...walaupun tak dapat berjalan ke luar negara macam dulu, tapi ada rezeki melihat kecantikan tempat sendiri. Taaras Resort and Spa ni sangat cantik dan setanding dengan tempat percutian diluar negara.

Bagi yang ingin datang ke sini, kalian juga ada option untuk naik flight dari Subang Airport. Boleh layari website Taaras Resort and Spa untuk melihat pakej yang disediakan.

Jauh perjalanan....luas pemandangan.






🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 


 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Sabtu, 16 Mei 2020

Selamat Hari Guru

Tahun tu tahun pertama saya mulakan kerjaya sebagai guru sekolah rendah...tahun tu juga saya diberikan tanggungjawab mengajar kelas corot. Tahun 3 dan tahun 5. Rata-rata tak pandai membaca.

Memula tu rasa macam kecewa sebab rakan sekerja yang sama bidang mengajar kelas pandai jadi masalah sebenarnya tak banyak pun yang perlu guru tu hadap. Malah guru yang dapat mengajar kelas pandai selalu mendapat pujian oleh ketua jabatan dengan pencapaian pelajar yang cemerlang.

Persepsi saya mula berubah bila sahabat baik saya Norfaizah A Yahma datang ke rumah untuk ziarah. Memandangkan sahabat ni dah lama mengajar, saya luahkan rasa apa yang saya lalui sepanjang awal kerjaya saya di sekolah. Terus sahabat saya ini memberikan kata-kata yang saya semat dalam minda sampai hari ini dan saya praktik sepanjang saya buat bisnes Shaklee.

Kata sahabat saya, 'N, Allah aturkan ko mengajar anak2 yang lemah dan bermasalah ini kerana ko mampu nak bantu mereka dan mengubah cara mereka fikir. Sesungguhnya segala percaturan Allah itu bukanlah sia-sia'

Semenjak dari itu saya ubah cara fikir saya....anak-anak yang lemah dan bermasalah ini menjadi teman baik saya sepanjang disekolah. Hingga waktu rehat mereka cari saya dibilik guru. Walaupun saya garang dengan pelajar, tapi bila hari guru, saya akan balik rumah macam santa claus yang penuh dengan hadiah dari murid.

Kata sahabat saya Norfaizah A Yahma , siapa pun akan impikan untuk mendapat anak didik yang cerdas, cekap[ fast pick up] , cemerlang dan hebat.......namun the real teacher adalah mereka yang dapat mengajar golongan anak didik yang 'sebaliknya' kerana di situlah kredibiliti sebenar seorang guru yang terserlah.

Saya seronok mengajar cuma kekangan saya, bila dok di perantauan saya tak dapat nak jaga anak sendiri. Sedangkan saya dibesarkan oleh seorang mak yang komited sepenuh masa membesarkan kami 7 beradik di rumah sehinggalah arwah abah meninggal baru mak mula bekerja. Sebab itu saya nekad berhenti mengajar di sekolah.

Namun saya dapat salurkan minat mendidik saya dalam bidang Shaklee. Walaupun adakala perlu terang berkali-kali....namun saya masih ingat pesan sahabat saya...Allah temukan kita dengan orang yang selari dengan kekuatan kita.Saya percaya setiap pertemuan itu bukanlah sia-sia.

Buat semua pendidik, saya doakan anda semua diberkati dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah Maha Baik, kebaikan itu Allah pasti pandang dengan rahmat dan barakah yang tidak mampu di nilai dengan mata kasar.

Sesungguhnya kejayaan sebenar seorang pendidik bukan hanya melahirkan orang yang berjaya dan hebat tetapi melahirkan seorang "insan" yang ada adab dan mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Wallahu alam.




 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia