Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jerawat. Papar semua catatan

Isnin, 19 Februari 2018

Ramai orang abaikan vitamin B Complex, tanpa sedar ia sangat penting.



2 Vitamin yang kita kena tahu bahawa ia adalah vitamin larut air....iaitu vitamin B complex dan Vitamin C.

Vitamin B complex bagi yang belum sedia maklum....ia mengandungi 8 jenis B iaitu B1, B2, B3, B5, B 6,B7 ,B9 dan B12.



Ramai kita dimomokkan vitamin B complex adalah khas untuk buka selera makan dan kenapa ramai orang tak suka vitamin B sebab ia ada menghasilkan bau jika dah terlalu lama [ ia biasa kalau kena udara panas akan lebih berbau] dan orang takut ia akan buatkan berat badan jadi naik atau istilah lain ialah gemuk.



Padahal B complex yang lengkap dengan 8 B seperti dalam gambar sangat membantu dalam banyak aspek kesihatan.

B for Beauty kenapa? Sebab ia membantu menstabilkan hormon dan mengawal stress. Maka pengambilan B complex membantu menampakkan si pengamal lebih muda dari usia sebenar mereka.

B complex penting untuk menukarkan gula kepada tenaga. Ya ada orang mungkin tak makan banyak tetapi suka minum air manis. Ini sebenarnya merbahaya kerana gula yang berlebihan boleh bertukar menjadi lemak jika badan tidak aktif bersenam dan bersukan serta disebabkan oleh badan kekurangan B complex.

B complex penting untuk bina darah maka mereka yang ada masalah penghasilan darah perlu memastikan mengamalkan vitamin B complex sebagai rawatan alternatif. Manakala B complex adalah wajib untuk ibu yang merancang untuk hamil dan tidak lupa juga ia sangat penting kepada ibu hamil kerana kekurangan B complex boleh mengganggu pertumbuhan bayi dengan sihat.


B complex yang mencukupi membantu si pengamal mempunyai mood yang baik serta bersemangat dalam menjalankan rutin harian. Selain itu ia membantu tubuh mendapat rehat yang cukup kerana memberikan rasa nyenyak sewaktu tidur.

Vitamin B juga penting untuk membantu kita fokus dan bagus untuk tingkatkan daya ingatan.


So sebenarnya kita tak boleh pandang remeh dengan vitamin B complex. Ia bukan hanya untuk buka selera makan tapi banyak lagi manfaat untuk kesihatan tubuh kita.


Dah makan B complex hari ini?

Image result for b complex shaklee




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 13 Februari 2018

Testimonial Shaklee Youth Skin Care

Biar gambar berbicara......


Youth Shaklee Terengganu

Youth Shaklee Terengganu

Youth Shaklee Terengganu

Youth Shaklee Terengganu

Youth Shaklee Terengganu

Youth Shaklee Terengganu

Youth akan mula dijual dalam pasaran Malaysia bermula Mac 2018. Bagi yang berminat boleh dapatkan konsultasi dari kami di talian yang dinyatakan dibawah.


#MYyouth
#Beautyinsideout
#Youthskincare


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 




♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 8 Februari 2018

Youth Shaklee skin care - special toner?

Salah satu produk Youth yang paling saya suka guna adalah Toner Youth.




Setiap produk Youth mempunyai active agent yang bagus untuk kulit. Maka dalam toner terdapat ekstrak anggur Muscadine [ ya sumber dalam Vivix] serta Rejuvinating Green Algae complex yang membantu kulit kelihatan segar dan membantu kelembapan kulit terjaga.


Untuk orang lelaki, Toner ini boleh digunakan setiap kali selepas cuci muka dan paling best ia boleh disapu pakai selepas mencukur misai atau janggut mereka.



Saya suka sangat toner ni kerana walaupun telah cuci dengan pencuci Youth, tapi bila menggunakan toner, masih terdapat lagi kotoran yang keluar dan dapat dilihat pada kapas muka.

Terasa bersih kulit wajah selepas guna toner Youth skin care ni.

Selain itu kulit menjadi lebih lembut dan segar!!!


Bagi mereka yang mempunyai masalah kedutan pada wajah, pigmentasi, kesan jerawat atau parut ....boleh cuba Youth Skin Care. Memang akan beroleh perbezaan yang sangat ketara.


Testimoni Youth Skin Care

Jom look younger longer!



Berminat nak dapatkan set ini? Boleh hubungi saya mealui talian dibawah.



#beautyinsideout
#Myyouth
#YouthShaklee




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 5 Februari 2018

Best Testimoni Lelaki Youth Shaklee : Parut jerawat hilang?

Cerita kecantikan biasanya hanya wanita sahaja yang lebih berminat. Memang ada golongan lelaki yang concern tentang kecantikan tapi biasanya mereka ni have good looking ataupun body builder.

Ya bila kami dapat set Youth Shaklee untuk di cuba...saya pastinya excited terlebih. Maklumlah sebab dapat tahu bahawa Youth Shaklee boleh bantu menukar usia kulit wajah 1 dekad awal....bermakna sesiapa yang menggunakan Youth Shaklee, jika sebelum ini kulit wajahnya berumur 40 tahun, selepas 90-100 hari menggunakan Youth Shaklee kulit wajah mereka boleh berubah menjadi 30 tahun! Siapa yang tak mahu kan?
No more scar with Youth Shaklee

Saya memang excited menepek Youth Shaklee di wajah sebelum tidur khususnya. Namun saya tak mahulah saya sahaja yang dapat kesan guna Youth Shaklee ni... maka saya pujuk suami untuk guna sekali. Maka setiap hari sebelum tidur selepas menggunakan Youth Shaklee di wajah saya, saya akan pakaikan pada wajah suami saya.

Hari berganti hari...saya sedar pigmentation pada wajah saya semakin pudar. Namun pada saya ia adalah perubahan biasa untuk seorang wanita. Saya lebih teruja melihat kesan ke atas wajah suami saya. Kulit wajah suami saya sebelum ini mempunyai parut bekas jerawat yang sangat ketara. Selain itu beliau mempunyai lubang pori yang sangat besar.

Selepas 7 hari menggunakan Youth Shaklee, lubang pori di wajah suami saya semakin mengecil. Semakin hari parutnya semakin pudar dan wow kulitnya semakin licin selepas 21 hari menggunakan Youth Shaklee!!!


Maka kerana kesan lebih ketara pada suami saya, maka beliau terpilih menjadi testimoni Youth Shaklee semasa soft launching Youth di Shaklee BLNC 2018 di Sunway Convention Center Kuala Lumpur.

Lelaki guna Youth Shaklee


Saya sangat gembira kerana ini membuktikan Youth Shaklee bukan hanya sesuai untuk golongan wanita sahaja tetapi lelaki juga boleh guna Youth Shaklee dan mendapat manfaat darinya!


Ohhhhhh bukan itu sahaja, untuk dapat hasil sekarang, kami suami isteri memang amalkan supplement yang penting untuk kecantikan kulit terutama memastikan kulit mempunyai kelembapan yang perlu serta elastik supaya look younger longer!


Nanti next entry saya update pula supplement yang kami memang amal ya.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689 



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 11 Julai 2017

Anak bujang kena konsisten makan vitamin?

Ya dulu ibu dan abah tak banyak pengetetahuan tentang pentingnya vitamin, pentingnya minum air yang cukup, pentingnya cuci muka 2-3 kali sehari dengan pencuci muka, pentingnya pelembap dan macam-macam lagi.

Kulit wajah jadi berminyak, atau kusam adalah bermula dengan pemakanan kita.

Apa yang kita makan, itulah yang terhasil.

Raya baru ni, saya perasan wajah anak bujang saya dah mula ada blackhead yang banyak dikawasan hidungnya. Hmm sebagai ibu ada gak la kerisauan.

Mulalah bersusun vitamin saya sediakan...selain tripple gem ...Lecitin, Omega, Garlic, Vitamin C dan B complex saya minta Addin makan selepas makan.



Vitamin C saya upkan dose agar kulit dia cukup kelembapan.

Memang dia kenalah telan semua yang saya sediakan. Ibu yang kena rajin, baru anak rajin makan.

Kalau nak harapkan dia sedia sendiri belum tentu pun. So jadi amalan selepas berbuka dan sahur vitamin hidang depan mata. Memang kena sedia ...hidang...baru makan.


Tak cukup tu, saya buatkan facial....nak cuba keluarkan juga semua blackhead....nampaknya tak semudah yang disangka.

Kemudian saya minta dia pakai semua set wajah yang saya pakai...toner, moiturizer, lotion....dan terus makan vitamin yang diberi.

Alhamdulillah selepas 3-4 hari...kerana rajin sapu semua yang patut di muka...semua blackhead dan white head mula keluar terutama apabila dia menggosokkan krim muka pada wajahnya.

Dia excited beritahu yang blackhead makin berkurang.

Ya nak kena guide anak bujang dari awal. Siapa kata, hanya perempuan aje perlu cantik kan?


Alhamdulillah...blackhead dan whitehead dah mula berkurang....kuncinya ialah rajin.





 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 2 Mei 2017

Meredakan bisul yang sedang membengkak

Saya dapat panggilan dari seorang kawan...ingin mencari vitamin untuk hilangkan bisul...



Mulalah buka nota dan ya jawapannya adalah Garlic. Kerana garlic atau bawang putih  dikenali sebagai agen yang membantu meningkatkan antibodi tubuh kita. Selain itu pengambilan vitamin seperti Omega Guard dan Vitamin E juga sangat bagus kerana dua vitamin ini berfungsi meredakan keradangan [ anti inflammation].

Boleh baca lebih lanjut kebaikan Garlic Shaklee Di sini.

Saya juga rekomen pada kawan saya untuk menggunakan Krim serbaguna Shaklee sebagai pereda bengkak.

Ops krim ni tak berfungsi sebagai perawat ya...ia cuma memberi kesan sejuk maka bisul akan cepat reda dan perlahan-lahan akan pecah.

Siapa yang mempunyai risiko kerap dapat bisul? Biasanya pesakit atau pengidap Diabetes mempunyai risiko yang besar selain mereka yang mempunyai masalah antibodi.


Berminat nak dapatkan produk ini? Boleh hubungi kami di 012.8535689.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 1 Mei 2017

Mengapa kulit mereka cantik?

Tengok botol Garlic Shaklee teringat aje cerita dalam bengkel Nutrisi yang kami hadiri 2 tahun lepas kalau tak silap.

Kata Pakar Nutrisi Puan Celine... mengapa orang Thailand kulit mereka cantik? Kerana mereka amal makan bawang putih.

Ya bawang putih mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Kalau cerita omputih, bawang putih ni dijadikan tangkal halau hantu.

Tapi dalam Shaklee bawang putih ni banyak sangat khasiatnya.


Bawang putih dalam perubatan tradisional selalu digunakan untuk mengubat batuk, selsema dan membantu pengaliran darah lebih baik.

Oh masih saya ingat masa saya kecik bila selsema dan hidung tersumbat mak saya akan kopek kan sebiji bawang putih kemudian dicucukan dengan jarum peniti kemudian mak suruh saya cium aroma bau bawang putih itu sehinggalah kesakitan akibat hidung tersumbat menjadi lega. Ya memang mujarab.

Antara lain kelebihan bawang putih ini adalah ia membantu meningkatkan sistem antibodi tubuh selain membantu masalah seperti kulat pada kulit, kudis, bisul tidak kurang juga membantu tubuh melawan virus dan kuman. Malah ada yang mendapati jerawat mereka tiada sejak amalkan bawang putih dalam menu harian mereka.


Bawang putih juga dikatakan makanan semulajadi yang bagus melawan kanser selain ia membantu menurunkan kolestrol dalam darah.

Sebiji tablet Garlic Shaklee dikatakan mengandungi 500mg bawang putih. Bayangkan betapa banyak khasiat dari sebiji tablet Garlic Shaklee.


Namun, untuk kulit cantik bukanlah dengan hanya amalkan Garlic Shaklee semata-mata.

Paling utama jangan lupa 3 perkara ;

Amalkan pemakanan yang seimbang.

Kehidupan yang sihat.

Pengambilan vitamin yang baik.



Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee yang berkaitan dengan kulit ; info lebih lanjut mengenai apa-apa produk Shaklee atau keahlian Shaklee boleh hubungi di 

Telefon : 012.853.5689 [ Norita ]
Email : nnorita78@yahoo.com ATAU addinnasa@gmail.com 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Februari 2017

Amal GLA Complex bersama Omega Guard untuk kulit yang cantik dan muda?

Ramai yang suka ambil GLA kerana kelebihan GLA itu sendiri iaitu menstabilkan hormon di dalam tubuh , membantu kestabilan kandungan gula dan even ia juga bagus untuk kestabilan tekanan darah kita.

Biasa dengar ramai yang ambil GLA sebagai salah satu usaha untuk kesuburan dan bagi mereka yang merancang untuk menambah bilangan anak.

Tidak kurang juga yang amal GLA untuk dapatkan kulit yang flawless dan berseri. Ya ianya benar dan tidak dinafikan.

Namun tahukah anda, untuk mendapatkan kulit yang bukan hanya cantik tapi nampak sangat muda dari usia sebenar...amalkan pengambilan GLA bersama dengan Omega Guard.

Ini kerana GLA mengandungi Omega 6 dan ianya akan lebih baik bila diamalkan bersama Omega Guard yang kaya dengan Omega 3. Keseimbangan keperluan Omega ini bila dipenuhi akan menghasilkan keputusan yang sangat baik untuk kesihatan bukan hanya wajah tapi seluruh tubuh.


Bagi mereka yang ada masalah jerawat batu atau kulit bermasalah, cubalah jadikan amalan pengambilan vitamin 2 ini iaitu GLA dan Omega serta ditambah dengan Vitamin C SR bersama Carotomax untuk kulit yang sihat dan bebas dari jerawat atau masalah kulit yang lain.


Walau bagaimana pun, untuk dapatkan kulit wajah yang cantik dan muda bukan hanya dengan vitamin semata tetapi juga perlu seimbang dengan tidur yang cukup , pengambilan air yang seimbang dengan keperluan badan, pemakanan harian yang tidak terlalu berminyak dan sedikit senaman.


Jom cantik luar dan cantik dalam!


Vitamin Cantik
Ehsan google



Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 11 November 2015

Mengapa Nutriwhite makeup remover sentiasa 'hot' dalam pasaran?

Masih ingat lagi seorang kawan saya share tentang Nutriwhite makeup remover...antara kata-kata beliau - Ini antara makeup remover yang terbaik dia pernah pakai kerana tak berminyak dan selepas memakainya kulit rasa bersih dan licin.

Saya tak berapa eager nak pakai sebelum ni sebab saya bukan kerja di pejabat dan bermakeup...so saya tak kisah sangat sebab pada saya pencucui muka Nutriwhite pun dah sangat bagus dan mencukupi.

Gentle Deep Foaming Cleanser



Namun yang membuatkan saya ingin mencuba Nutriwhite makeup remover ini ialah apabila ada yang share selepas menggunakannya kulit tidak lagi berminyak dan white head or black head mudah hilang bila cuci muka dengan Nutriwhite make up remover.


Ya kadang-kadang kita memang tak pakai makeup pun tapi adakala memakai bedak compact yang dijual di farmasi membuatkan kulit kita mudah jadi berminyak jika teksturnya kasar dan menutup liang roma wajah.

Bagaimana cara memakai Nutriwhite Makeup Remover ini?

Nutriwhite Makeup Remover

Picitkan sedikit di atas tapak tangan dan terus gosokkan pada kulit muka selama beberapa minit. Selepas itu bilas dengan air [ air suam juga bagus] seterusnya barulah cuci dengan Nutriwhite Foam Cleanser.

Kulit akan rasa segar dan sangat lembut.



Ya sedar tak bila kita bangun pagi, bagi yang kulit berminyak kita akan dapati kulit kita lembab dan rasa sedikit berminyak? Ya saya juga menghadapinya namun selepas menggunakan Nutriwhite make up remover alhamdulillah ada improvement di mana kulit dah kurang berminyak seperti dulu.

Paling seronok ialah apabila jika dulu di sekitar kawasan hidung ada white head or black head dan saya memang terpaksa menggunakan face mask untuk menghilangkannya. Alhamdulillah kini tiada lagi sejak menggunakan Nutriwhite Makeup Remover. Paling best jerawat cepat kecut adalah antara testimoni yang diberikan oleh pengguna.

Inilah yang membuatkan ramai orang tidak lepaskan peluang untuk membeli Nutriwhite makeup remover !


Antara testimoni menarik adalah kenalan saya di Miri sendiri :




Berminat nak dapatkannya? Boleh hubungi kami di 012-8535689 untuk membuat pesanan.

Oh ya, ini antara produk Hot Seller Item dalam Shaklee online... so jangan tunggu lagi. Harganya murah dan mampu di miliki.








*  These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak dan Muar Johor. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 25 September 2015

Shaklee Nutriwhite Make Up Remover - murah, selamat dan berkesan untuk kulit wajah yang sihat.


Semalam baru sahaja sampai 30 kotak Nutriwhite yang saya order sehari sebelum raya haji...

Pasti ada yang tanya mengapa saya beli sebanyak tu? Tahu tak ia antara produk yang hot dalam pasaran? Sekejap aje dah habis kerana kesannya yang sangat ketara terutama mereka yang ada masalah kulit wajah berminyak ataupun berjerawat.


Memang nama dia Nutriwhite make up remover tetapi serius lelaki pun boleh pakai kerana tak semestinya pakai make up baru boleh guna.

Bangun pagi saya akan capai Nutriwhite make up remover selepas gosok gigi...kerana saya suka muka saya bersih dari minyak apabila bangun dari tidur.

Dalam sehari saya pakai 2-3 kali kerana saya suka kulit wajah yang sihat... dan paling best saya dah jarang pakai masker kerana dengan penggunaan Nutrwhite make up remover saya dapati ia membantu membersihkan black and white head yang ada pada wajah.

Baru-baru ni anak bujang saya keluar jerawat...mungkin perubahan hormon....terus saya pesan dia pakai Nutriwhite make up remover kerana banyak testimoni mengaku ia membantu mengecutkan jerawat. Serius berkesan dan alhamdulilah cepat jerawat dia kecut.


Hari ni saya terima lagi testimoni seorang customer merangkap downline baru saya....beliau sendiri mengaku bahawa kulit wajahnya kini bebas dari jerawat! Bukan itu sahaja mukanya sudah tak berminyak seperti dahulu.


Inilah antara sebab saya suka Nutriwhite make up remover!


Berminat nak dapatkannya? Hubungi kami di talian 0128535689 untuk pesanan Nutriwhite make up remover.


Nak atasi kulit berminyak
Testimoni Nutriwhite make up remover





Harga yang sangat murah ...tak sampai RM100 pun termasuk penghantaran. Dapatkannya sebelum kehabisan. Penghantaran seluruh negara.


Inilah dia Nutriwhite make up remover !


Dapatkannya hari ini! Call 0128535689 untuk pesanan!




Ahad, 28 Jun 2015

Vitamin E cegah abnormal sel?

Ada yang bertanya apa itu abnormal sel? Apa yang boleh saya explain ialah abnormal sel adalah sel yang tidak sepatutnya tumbuh pada atau dalam organ kita.

Benarkah Vitamin E cegah abnormal sel?
Vitamin Shaklee sarawak

Vitamin E Complex Shaklee lengkap dengan selenium serta mengandungi 400 i.u kandungan vitamin E. Vitamin E terkenal sebagai vitamin antioksidan dan ia bagus untuk kulit.

Vitamin E juga terkenal sebagai vitamin anti radang. Selain itu ia mencegah apa sahaja pertumbuhan sel yang tidak normal pada tubuh kita. Antara abnormal sel yang mudah kita lihat adalah jerawat, bisul, ketumbuhan etc.

Mengapa wanita bagus amalkan vitamin E? Selain untuk kelihatan lebih muda dari usia, mempunyai kulit yang punyai ton sekata, kulit yang bersih vitamin E juga bagus untuk mencegah penyakit yang biasa di alami oleh para wanita iaitu cyst atau fibroid.


Walau bagaimana pun pengambilan supplement perlukan konsisten dan memerlukan pengambilan air yang setara mengikut keperluan berat badan seseorang.

Pengambilan vitamin adalah salah satu mencegah penyakit merbahaya dan ianya lebih baik dari kos perubatan.


Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee?

Boleh call 012-8535689 untuk membuat pesanan atau click di sini untuk pesanan hari ini!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 3 November 2014

Testimoni OmegaGuard Shaklee : Saya jadikan ia sebagai agen bakar lemak.

Tidak dinafikan bagi pengamal supplement, Lecitin dan OmegaGuard sangat terkenal sebagai agen pembakar lemak.

Pengedar Sah Shaklee



Apa beza kedua-dua ini? Mudah sahaja. Lecitin dari soya manakala OmegaGuard dari lemak ikan laut dalam.

Mana yang lebih berkesan? Pada saya dua-dua mempunyai manfaat yang hampir sama namun terpulang kepada keserasian individu yang mengamalkannya.

Dulu saya memang bergantung sepenuhnya dengan Lecitin Shaklee sebagai bahan untuk bantu saya kurus dan dapatkan berat yang idea. Namun selepas saya tahu bahawa Omega antara supplement yang bagus untuk interferon maka ia membuatkan saya jatuh hati dengan OmegaGuard Shaklee yang pastinya lebih baik.

Jika dahulu saya hanya amalkan makan 3 biji OmegaGuard Shaklee pagi selepas waktu sarapan sahaja. Namun selepas saya membelek di botol OmegaGuard Shaklee yang kita boleh amalkan sebanyak 1-2 kali ( bersamaan dengan 6 biji OmegaGuard) maka saya cuba.

Pada permulaannya saya pun risau rasa panas yang melampau atau mudah sembelit tetapi alhamdulillah tiada masalah itu. Mungkin kerana pengambilan air kosong yang mencukupi keperluan berat badan saya serta pengambilan buah-buahan yang membantu proses pembuangan lebih lancar.

Kurus dengan OmegaGuard

Bagi ibu mengandung saya tak galakkan pengambilan OmegaGuard yang banyak kerana ia boleh mencairkan darah. Memadai 1-3 biji sehari.

Alhamdulillah setakat ini berat badan saya adalah ideal dengan ketinggian saya. Saya sangat berpuashati dengan pengambilan OmegaGuard dan menjadikannya vitamin kegemaran saya!!

Lebih lanjut tentang OmegaGuard Shaklee sila klik sini.

Oh ya, OmegaGuard membantu mengecutkan jerawat tau! Nak cuba? Boleh hubungi kami di talian 012-8535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 15 Oktober 2014

Makan vitamin punca jerawat keluar?

Ramai yang masih tidak tahu mengapa perlu mengamalkan vitamin. Hakikatnya pemakanan kita pada hari ini belum terjamin lengkap dengan semua zat pemakanan yang diperlukan oleh badan.


Namun bagi sesetengah orang mungkin akan mengalami pengalaman yang kurang seronok apabila selepas mengamalkan makan vitamin jerawat mula keluar pada kulit wajahnya. Bila berlaku sedemikian saya akan tanya berapa banyak air minum sehari?


Shaklee Miri

Sebagai orang yang mempunyai pengalaman mempunyai kulit yang sensitif dan bermasalah jerawat, saya tahu punca ia berlaku adalah kerana saya KURANG minum air. Saya tekankan sekali lagi, waktu itu saya kurang minum air. Ia bertambah lebih teruk bila saya mempunyai masalah allergik.

Alasan kurang minum air seperti biasa adalah kerana malas ke tandas disebabkan adakala tandas kotor dan terlalu berbau.

Mungkin sebab kurang air saya selalu kena migraine. Tapi selepas dah tahu dan belajar dari kesilapan...saya tukar gaya hidup jika dulu malas minum sekarang kuat minum.

Pada saya bila badan kita kurang air, toksin akan keluar dengan cara yang tidak disenangi biasanya dalam bentuk jerawat, bisul dan kudis. Namun selepas pengambilan air yang konsisten dan selari dengan keperluan badan, jerawat tiada lagi keluar seperti dulu.

Pengambilan vitamin juga membantu sel kulit lebih sihat. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu kelancaran penyerapan vitamin oleh tubuh badan manusia.

Vitamin yang bagus diamalkan untuk kulit ialah Carotomax, Vitamin C danVitamin E. Bagi yang mempunyai masalah jerawat yang banyak boleh tambah GLA sebagai salah satu produk yang bantu menstabilkan hormon.

Manakala bagi mereka yang nak atasi masalah bekas jerawat [ tompok hitam] bagus amalkan protien dan ESP Shaklee adalah yang paling sesuai untuk tujuan itu. Jika mempunyai lopak bekas jerawat, pengambilan ESP dan Kolagen Shaklee adalah gabungan terbaik untuk repair sel yang rosak itu.

Berminat nak dapatkan produk untuk kecantikan kulit? Boleh text kami ditalian di bawah.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

Penghantaran COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 2 Oktober 2014

Wow ! ESP Shaklee ada PROMO lagi?


Ibu menyusu yang akan tersenyum paling lebar ! Saya tak menyusu tapi senyum lebar juga sebab kami satu keluarga wajib minum setiap hari !






Kalau beli ni layak jadi ahli PERCUMA tau! So email/ telegram kami untuk dapatkan special promo ini!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ S
alam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 7 Ogos 2014

Dah tiada lagi lopak atau parut bekas jerawat !!!

Dulu pernah dengar orang kata cantik macam bulan. Memula saya tak faham... tapi bila dah lama ni baru faham maksud orang kata muka cantik macam bulan. Bermakna dari jauh nampak cantik....tapi bila dekat biasa aje.


Ditambah kini dah ada apps di hp yang dinamakan 360 apps....wajah semua nampak cantik belaka.

Namun hakikatnya kita tak boleh nak tipu diri kita bila depan cermin kan?

Pastinya akan kita ikhtiar untuk cantik dan muda.

Saya yakin ramai yang pernah dengar pasal Kolagen dan banyak jenis kolagen diluar sana. Namun kalian tahukah Kolagen Shaklee antara yang terbaik? Shaklee Collagen Powder atau SCP sangat terkenal antara kalangan mereka yang pentingkan kecantikan.


Shaklee Collagen Powder

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



Testimoni :



Nampak lekuk [ parut] kat hidung beliau sebelum amalkan Kolagen Shaklee? Lekuk yang sangat dalam pada hidung itu kini telah tiada selepas amalkan Kolagen Shaklee!!!

Kini tiada lagi parut itu!


Berminat untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi beliau dan dapatkan produk serta konsultasi yang penuh seperti dalam no tertera di dalam gambar.


Pelaburan yang berbaloi untuk hasil yang hebat! Jom dapatkan produk kecantikan Shaklee hari ini!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak. 

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 2 Ogos 2014

Bintik-bintik Kolestrol Dah Mula HILANG !!!

Saya penggemar udang dan ketam kerana masa kecil saya tak boleh makan dua ni kerana masalah alergik yang sangat teruk.

Kini tidak lagi, saya boleh makan tanpa had!

Namun saya sedar sesuatu bila makan makanan ini terlebih maka wajah saya akan mula keluar tanda-tanda kecil dan bila saya google saya dapati ia adalah tanda kolestrol.
Shaklee atasi bintik kolestrol

Walau ia tak begitu ketara pada wajah saya namun setiap kali menatap cermin, saya boleh lihat bintik-bintik kecil ini.

Namun saya tidak putus asa! Saya teruskan pengambilan vitamin Shaklee dengan konsisten malah ada yang saya buat double dos memandangkan pada botol ada ditulis boleh makan 1-2 kali sehari.

So saya amalkan pengambilan berikut untuk merawat kolestrol yang dah mula menunjukkan kesan ketara pada wajah :

GLA Complex
Carotomax
Vitamin C
Vitamin E Complex
Omega
Garlic


Memang sehari kami makan semua jenis vitamin namun saya tahu setiap vitamin ini fokus untuk apa.

Maka untuk saya hilangkan kesan bintik-bintik kolestrol itu saya memang pastikan semua vitamin penting tidak saya tertinggal untuk saya ambil setiap hari.

Alhamdulillah dah lebih 3 bulan, bintik-bintik ini mengecil dan mula hilang!!!

Maka saya yakin kalau ia berterusan, insyaALLAH ia akan terus hilang!!!

Seronok sangat kerana saya dapat banyak kelebihan lain disamping saya fokus nak bersihkan bintik kolestrol itu saya dapati berat saya makin turun dan alhamdulillah pengambilan omega double dos sangat membantu saya mengawal berat badan saya supaya tidak naik.

Hakikatnya kita perlu jaga badan kita supaya tidak terlalu berat kerana bila berat badan naik, kita akan mudah rasa malas nak buat kerja serta kita intend untuk makan lebih banyak. Selain itu berat badan berlebihan akan buat kita mudah rasa mengantuk dan tidur yang berlebihan. Ini kerana jantung menghadapi cabaran untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Berat badan yang berlebihan juga tidak bagus untuk kesihatan secara menyeluruh.

Ditambah sekarang dah ada Phytocol-ST , kami memang amalkan secara konsisten sebelum makan.

Memang kalau nampak sekali pandang stok vitamin makan kami banyak dan mungkin ada orang yang berfikir pasti banyak belanja bulanan untuk beli vitamin sebulan namun orang tak tahu kelebihan menjadi ahli Shaklee ialah bila kita berkongsi kebaikan produk ini dengan orang lain, dan melalui bonus Shaklee, kita boleh makan produk Shaklee ini secara PERCUMA!


Alhamdulillah dengan izin Allah melalui Shaklee saya dah dapat makan seafood dan tiada lagi allergik macam masa zaman saya kecil dulu. Melalui Shaklee saya dapat berat badan asal saya. Melalui Shaklee saya dan suami kerja sama-sama dari rumah dan paling seronok kami sekeluarga berpeluang melihat tempat orang.

InsyaALLAH andai ada rezeki kami akan ke US atas trip Shaklee yang diberikan secara percuma kepada mereka yang aktif dalam Shaklee. Semoga dipermudahkan ALLAH.

Bagi kalian yang mempunyai masalah kulit terutama bintik-bintik Kolestrol boleh usahakan produk Shaklee ini.
Shaklee bebas kolestrol

Mungkin ada rawatan kecantikan diluar yang canggih namun kosnya pasti tinggi. Apa kata cuba Shaklee....selain kita atasi masalah bintik kolestrol, kita boleh dapatkan berat yang ideal serta paling best menikmati insentif Shaklee yang banyak tanpa kita sedari.

Berminat nak sertai kami? Jom email dan text kami di talian ♛ Call / SMS : 012-853-5689 ♛



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com


 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ S

alam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 15 Jun 2014

Atasi kulit kering dengan Vitamin E ?

Selepas melalui beberapa kali kimoterapi dan radiasi, kulit beliau menjadi makin kering dan pecah [ rekahan kulit] yang sangat teruk.

Atasi kulit jerawat dan kulit kering.

Untuk hasil yang cepat beliau mengambil beberapa biji Vitamin E Complex Shaklee, pecahkan dan sapukan ke seluruh kulit yang rekah dan kering sangat itu.

Alhamdulillah selepas amalkan beberapa hari kulit beliau jadi normal semula. Lembab dan tidak menyakitkan berbanding masa kering sebelumnya.

Inilah kisah benar seorang cancer survivor yang saya temui baru-baru ini.
Walaupun waktu itu beliau dah stage 4 kini beliau sihat dan boleh berjalan keluar negara walau umur dah berusia.

Shaklee bukanlah penyembuh tetapi sebagai usaha kita mendapatkan kesihatan yang baik. Selainnya adalah hak ALLAH untuk memberi kesembuhan.


Testimoni sendiri Vitamin E Complex Shaklee:

Alhamdulillah memang saya dah amalkan Vitamin  E lama dah...terutama zaman menyusu Addin lagi. Paling saya suka ialah kerana sakit denyut di tempat ceaser dah tiada lagi.
Jika dulu kulit saya terlebih berminyak , tetapi selepas amalkan secara konsisten kulit saya bertambah sihat. Kalau ada tanda jerawat nak keluar, saya akan cepat - cepat picit dan sapukan sedikit dan bakinya saya telan. Akibatnya jerawat segan nak keluar!*



Apa yang best tentang Vitamin E  Complex Shaklee ?

1. Asli tanpa silika gel.
2. 400 i.u
3. d-alpha tocopherol yang aktif.

Berminat nak dapatkan vitamin ini? Boleh call saya di talian dibawah !



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78@yahoo.com
 Gmail : addinnasa@gmail.com

Konsultasi untuk customer Anakkuwiraku.com sahaja ya :)

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 20 Mei 2014

Bebas dari jerawat badan?

Memang ada orang jerawatnya hanya pada badan sahaja. Namun ianya tetap perlukan jalan penyelesaian supaya ia tidak berlarutan.



Cegah jerawat badan

Biasa dengar sabun badan untuk anti acne? Ia biasa dijual di farmasi dan memang disarankan pada mereka yang ada masalah jerawat belakang badan terutamanya.

Jika orang tanya apakah vitamin yang membantu mengatasi masalah ini ialah saya akan sarankan beberapa vitamin antibodi seperti Vitamin C Shaklee, Vitamin E Complex Shaklee, Garlic Shaklee, Nutriferon dan GLA Complex Shaklee. *

Ke semua vitamin ini sangat membantu untuk kulit yang sihat. Bagi mengatasi masalah tompok hitam, biasanya sabun scrub adalah antara cara untuk menyingkirkan sel mati tersebut dari badan. Walaupun begitu pengambilan ESP Shaklee sangat membantu untuk penghasilan sel baru dalam menggantikan sel yang telah mati.

Walaupun begitu, saya tetap sarankan mereka yang ada masalah jerawat dibelakang badan menggunakan sabun mandi yang sesuai dengan kulit anda. Tidak boleh terlalu bergantung pada satu jenis sabun. Paling utama perlu ada sabun anti bakteria. Adakala ia berpunca sebab badan kita senang berpeluh maka sabun anti bakteria membantu untuk memastikan kulit kita sentiasa sihat dan seimbang.

Paling utama mandi 2-3 kali sehari sangat penting! Supaya badan kita sihat!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 18 Mei 2014

Rugi beli Meal Shake Shaklee?

Tuai pada antara nampak, esok jangan layu layuan

Intai Meal Shake antara nampak , esok jangan rasa terkilan.


Tahu tak sekarang ada promo Meal Shake Shaklee? Ia hanya untuk bulan Mei sahaja.
So rugi besar siapa yang merancang nak beli Meal Shake pada bulan Jun atau bulan Julai sebab promo dah habis waktu tu!

Lagi sebulan lebih sikit kita akan mula menyambut Ramadhan andai dipanjangkan umur. Namun bagi sesetengah orang, sekarang waktu yang baik untuk mula biasakan berpuasa walaupun puasa sunat Isnin dan Khamis.

Tahun ni sebenarnya antara tahun yang bertuah kerana uniknya bulan Mei Shaklee menawarkan pembelian Meal Shake 6 canister melayakkan kita menerima 1 canister secara percuma. Sebagai satu persediaan stok yang bagus menjelang bulan puasa.

Shaklee Miri


Kami sendiri memang memastikan 3 supplement ini mencukupi menjelang Ramadhan....iaitu

ESP Shaklee

Performance Drink Shaklee

Meal Shake Shaklee

Ditambah minuman ini boleh dibancuh sekaligus dan bagi yang dah sedia dengan kurma, boleh buat bancuhan tripple gem ini bersama kurma sekali.


Memang mudah buat bancuhan tripple gem ini dengan kurma atau diblend dengan buah-buahan. Paling mudah terutama kalau tak sempat nak sahur berat [ kalau dah tinggal 15 minit untuk sahur, kelam kabut juga kalau makan nasi] minuman ini paling mudah! Ia lengkap dengan semua keperluan tubuh dan mengenyangkan selain memberi kita tenaga yang diperlukan seharian sepanjang berpuasa.*

Pada saya sahur dengan set ini lebih kurang sahur dengan nasi dan lauk pauk cuma ini lengkap dengan semua keperluan zat dan vitamin yang badan kita perlukan. Ia juga bagus untuk pengambilan minuman anak ke sekolah dan sebelum mereka tidur.


Rugi bagi mereka yang tak amik peluang untuk dapatkan stok ini dikala promosi sedang berlangsung.
Ini kerana biasanya bila promo dah habis baru ramai mula nak bertanya. Sayangnya waktu itu walau beli 6 kita hanya akan dapat 6 sahaja.

Jika anda berminat nak dapatkan Meal Shake promo ini, boleh hubungi kami di talian di bawah.

Shaklee Borneo
Jom sertai kami untuk jana pendapatan hebat dengan Shaklee hari ini!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 8 April 2014

Tua di usia yang muda ?

Biasa nampak tak buah mangga di pokok kulitnya dah kuning tapi isinya masih muda?


Rumah saya dulu ada sebuah pokok mangga yang nak kata besar sangat tidak la...tapi ia sederhana besar. Memang lebat buahnya setiap kali musim buah dah sampai.

Bila dah besar kalau nak buat jeruk kami akan petik waktu ia muda. Buah ni ada  banyak kategori pada saya...ada yang memang muda... nampak muda tapi isinya tua dan ada juga yang nampak tua tapi isinya muda.

So bila nak petik mak akan bagi tahu...kadang-kadang buah warna kuning itu sebab terlalu terdedah dengan matahari. So kulitnya kuning tetapi ia bukan tanda ia sudah masak cuma kulit luarnya aje kuning.

Bila saya ingat tentang kisah buah mangga ini saya akan teringat tentang kulit kita terutama wanita.

Oleh kerana kita ini punya hormon dan terutama bila sedang menstrual hormon tidak begitu seimbang maka ini akan membuatkan kulit kita memberi impak pada wajah kita.

Set Kulit Shaklee

Kulit yang terlalu kering akan menyebabkan seorang wanita itu kelihatan tua dari usia sebenar. Kulit yang terlalu berminyak juga akan membuatkan wajah nampak tidak sihat kerana mudah kelihatan berkilat.

Pemakaian alat solek dan set pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kita sangat penting.

Namun untuk dapatkan kulit yang sihat, saya sering syorkan pengambilan set kecantikan kulit iaitu Carotomax [ sebagai keperluan vitamin A] , Vitamin C dan Vitamin  E. Namun jika anda mengalami masalah pre menstrual yang teruk saya sarankan anda menambah GLA untuk membantu mencegah kesakitan yang teruk menjelang menstrual.

ACE adalah antioksidan yang sangat terkenal dari dulu lagi. Biasanya kita hanya disarankan dengan Vitamin C sahaja memandangkan ia mudah di dapati dalam diet harian seperti buah-buahan dan sayuran. Namun berapa ramai yang mewajibkan diri mengamalkan makan buat 1-3 potongan setiap hari?

Namun bagi mereka yang benar-benarkan menekankan kecantikan dan keanjalan, 3 vitamin ini menjadi amalan yang berterusan.

Telah menjadi satu pengetahuan umum bahawa Vitamin E adalah vitamin awet muda. Ia berfungsi melambatkan proses penuaan.

Oleh itu pengambilan 3 vitamin ini sangat bagus diamalkan bagi setiap lelaki dan wanita yang ingin mempunyai kulit yang sihat dan cantik.

Vitamin A [ beta carotene] bukan hanya baik untuk mata tetapi hati dan kulit. Ia juga membantu mengurangkan masalah jeragat. Manakala Vitamin E selain untuk kulit ia bagus untuk jantung dan membantu menurunkan trigliceride sejenis lemak jahat dalam tubuh badan kita.

Selain itu pengambilan ESP juga membantu mendapatkan sel kulit yang sihat dan berseri. Kulit atau sel mati yang berwarna hitam yang melekat di wajah adalah disebabkan ia tidak diganti dengan sel baru. Maka disyorkan pengambilan ESP untuk mendapatkan sel baru yang sihat demi menggantikan sel mati tadi.

Jika berminat untuk mendapatkan set ini boleh menghubungi kami di talian di bawah.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa