Memaparkan catatan dengan label Shaklee Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2020

Melayan gelagat anak masa PKP

Mana tak semua courier 'jam' waktu PKP ni...sebab bila dah duduk rumah, tak de kerja aje...kita on shopping online.
Saya sendiri memang akan shopping produk Shaklee untuk melengkapkan mana-mana vitamin yang kian menyusut. Belum sampai yang di order, pesanan baru akan terus dibuat bila kehabisan produk.
PKP ni bukan hanya membuatkan anak bergerak ke ruang tv dan dapur semata-mata tapi tercari-cari barang yang boleh dibeli secara atas talian.
Mereka seolah olah gelisah melihat setiap hari Gdex menghantar parcel Shaklee untuk ibu mereka ini. Tanpa ada parcel untuk mereka. 
Malam ni mereka tanya boleh tak order jam untuk exercise ....ya setiap petang mereka akan ada masa untuk kayuh basikal dalam rumah sambil tengok tv manakala sorang lagi sibuk dengan aktiviti gym sambil menambah otot yang baru nak up.
Kali ni mengalah juga la ibu....layankan aje la. Supaya tak la teruk rasa kecewa mereka kerana dah 3 minggu terperap dalam rumah. Anggapkan ia hadiah sebab siapkan tugasan membaca buku ilmiah dan kena buat kupasan buku yang dibaca.
Sebenarnya saya dibesarkan dengan dunia lebih kurang macam PKP....kalau istilah lain dikatakan 'dikongkong'. Pergi balik sekolah mak jemput. Tak de masa lepak rumah kawan. Semuanya berkisar dalam rumah. Syukur arwah suami kepada makcik saya Ida Nor dulu kerja dengan DBP [ Dewan Bahasa dan Pustaka], banyak la buku dan novel percuma kami dapat dan baca di rumah. Saya pula tak gemar tengok tv. Best lagi baca buku. Jadi saya nak wujudkan budaya tu pada anak-anak cuma bermula dengan 'tugasan wajib baca' dan saya harap ia akan jadi budaya yang berkekalan sampai mereka dewasa.
Ni dah masuk buku kedua mereka baca....kali ni bagi buku bisnes pulak. Jutawan MLM tulisan tuan Kang Razzi Armansur. Biar mereka ni terdedah dengan penulisan bisnes pulak. Kita tengok apa mereka kupas tentang isi buku ni. Nak juga tahu bagaimana pemahaman budak umur 13 dan 17 terhadap buku yang popular pada zaman umur ibu 20an.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu
#shakleereadystock
#ShakleeVivixkualaterengganu
#ShakleeMalaysia
#ShakleeResV

Selasa, 24 Mac 2020

Jom bersihkan usus untuk tingkatkan sistem imun.

20 tahun dulu, masa baru mengenali Shaklee....kami diperkenalkan dengan satu produk yang memang memberi kesan dengan cepat.

Ia satu satu produk yang bertahan berbulan-bulan kecuali kami dalam program Detoks. Biasa kami amalkan seminggu 1-2 kali.

Mengapa penting bersihkan usus?

Merujuk sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Kalau perasan, bila kita ada masalah membuang atau perut meragam...rutin harian pasti terganggu.
Kebanyakan penyakit juga berpunca dari masalah perut.

6 punca penyebab penyakit dari perut:

1. Cara pengambilan pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungan makanan.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

6. Pengambilan ubat tanpa nasihat/ merujuk doktor terlebih dahulu.

Kadang2 makan macam-macam vitamin tapi tak nampak kesan yang diharapkan sebenarnya tak mustahil berpunca dari usus yang bermasalah.

Jom kita pakat fokus pada kesihatan sepanjang dok rumah ni.




Misi bersihkan usus.



Berminat untuk membuat pesanan ?

Sila KLIK SINI. atau Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan lain ?

Sila KLIK SINI.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia

Rabu, 8 Januari 2020

Ketahui hak anda sebagai pengguna. Anda mampu mengubahnya!

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penjualan vitamin Shaklee di laman sesawang e-Dagang seperti Shopee, Lazada, Lelong adalah menyalahi di sisi undang-undang syarikat Shaklee khususnya.

Maka syarikat Shaklee sendiri mengeluarkan kenyataan demi memastikan pengguna mengetahui hak mereka yang sebenar.


Nasihat kepada bakal pembeli :

Para pelanggan adalah dinasihatkan untuk membeli secara terus daripada Pengedar Bebas Shaklee bertanggungjawab yang dikenali bukan melalui laman web e-Dagang supaya mereka boleh dilindungi di bawah Jaminan Shaklee.


Shaklee tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pembelian produk pelanggan yang membeli dari web e-Dagang. 



Call/Whatsapp : 012-853-5689
 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Januari 2020

Belajar . Alami . Kongsi





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 6 Januari 2020

Adakah kita beri perhatian dalam proses pembesaran anak kita?

Semua ibu bapa melalui proses belajar membesarkan anak. Ini kerana proses ini tiada dalam buku teks sekolah. Ia adalah proses langsung dalam kehidupan. Sama ada sedar atau tidak, semua yang berlaku memberi pengajaran pada ibu ayah.

Ramai ibu ayah hari ini yang bekerja....dan adakala beberapa perkara menjadikan mereka terlepas pandang hinggalah berlaku sesuatu baru menjadikan ibu ayah sedar apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Tumbesaran anak

Mahu atau tidak,  kita kena faham yang anak kita sedang melalui proses membesar. Berbeza dengan dewasa, proses tumbesaran bukanlah masalah utama. Maka untuk anak, ibu ayah kena alert dengan pemakaian anak termasuklah baju dan seluar/skirt  yang dipakai, pakaian dalaman dan saiz kasut dan sandal yang dipakai.

Tidaklah elok mata memandang bila anak kita memakai pakaian yang sendat. Sebenarnya dah tiba masa untuk belikan mereka pakaian yang lebih sesuai dengan umur dan saiz badan anak.
Ada ibu ayah tak ambil berat langsung dengan pakaian dalam anak mereka. Begitu juga dengan kasut yang si anak pakai.

Zaman sekarang dengan pemakanan yang diberi kepada anak membuatkan mereka cepat membesar. Maka kena alert setiap 6 bulan pakaian mereka dan keperluan asas mereka. Jangan biarkan mereka memakai pakaian yang tidak selesa agar tidak mengganggu perkembangan emosi mereka.


Keperluan lain anak....

Mempunyai anak bermakna mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk mendidik jiwa manusia yang Allah anugerahkan pada ibu ayah.

Kena ambil berat benda remeh seperti cadar bilik berapa kali perlu ditukar, tuala mandi perlu berganti setiap beberapa hari, berus gigi perlu diganti bila dah tiba masa... Ada ibu yang tak sedar berus gigi anaknya sudah berkulat dengan sangat teruk. Allah....kesian si anak.


Bukan hanya fikirkan makanan si anak setiap hari ataupun pentingnya anak jadi pandai...tapi kena pastikan anak mendapat makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan mereka terdedah dengan makanan  segera yang tidak sihat untuk mereka seperti sosej, daging burger yang dibeli, nugget ayam, maggi ... kajian mendapati anak yang terdedah dengan makanan sebegini boleh mendapat 2 kebarangkalian....lebihan berat badan [ obesiti] atau terbantut.

Ibu ayah kena sedar pemakanan anak bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran anak tetapi perkembangan otak mereka juga boleh terjejas jika tidak pastikan mereka mengambil makanan yang seimbang.

Anak kita akan mempunyai personaliti diri melalui apa yang kita bentuk mereka sejak kecil. Ibu ayah yang mencorakkan peribadi si anak. Kita sebagai ibu ayah perlu menyediakan semua keperluan si anak agar mereka sihat dari segi jasmani dan rohani.

Siapa kata mudah besarkan anak? Sebab itu apa yang kita ada sebagai anugerah dari Allah ini perlu dihargai. Ramai yang mahukan anak, tapi rezekinya belum sampai. Namun ada segelintir yang ada anak, tidak menghargai anugerah terindah ini.


Dan ibu ayah, setiap hari pastikan ada ruang khas untuk mendoakan kebaikan, kesihatan dan kejayaan anak-anak kita. Jangan biarkan hari berlalu tanpa doa untuk anak. Sebagaimana kita mendoakan mak ayah kita, maka begitulah kita kena doa untuk anak. Wallahu alam.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Anak satu anugerah terindah.



Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 25 November 2019

Masalah mati pucuk bagi lelaki?

Semua peringkat umur juga berisiko


Risiko masalah mati pucuk meningkat bersama peningkatan umur. Masalah ini boleh menyebabkan pelbagai masalah sampingan seperti stress, hilang keyakinan diri dan menyumbang kepada masalah hubungan suami isteri.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah :

1. Insomnia
2. Kemurungan/kecelaruan/Stress
3. Penyakit NCD seperti Obesiti, Diabetes, Penyakit jantung, tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol dan lain-lain
4. Penggunaan alkohol/rokok/penyalahgunaan dadah


Hakikatnya umat lelaki boleh mencegah ED dengan berhenti merokok, kawal/cegah penyakit NCD, pengurusan stress dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup aktif.

Adakah supplement yang boleh membantu?

Shaklee mempunyai Set Kesihatan yang disyorkan untuk lelaki. Ini salah satu usaha dalam mendapatkan kesihatan yang optimum melalui pemakanan tambahan yang semulajadi dan diyakini selamat.

Shaklee ready Stok Kuala Terengganu
Set Kesihatan Lelaki

Vitamin ini bukan diambil bila masalah berlarutan tetapi sebagai langkah pencegahan dan sebagai usaha mendapatkan kesihatan yang optimum.


Berminat untuk dapatkan vitamin ini, boleh hubungi kami secara terus di SINI.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa


#pengedarshakleekualaterengganu
#testimonisetmenyusushaklee
#addinnasashaklee

Jumaat, 1 November 2019

Pengedar Aktif Shaklee Kuala Terengganu - Kelas PERCUMA

Alhamdulillah 1 November dimulakan dengan beberapa offer produk yang menarik dan paling best, Kelas Health and Wellness November 2019 bermula di Kuala Terengganu.

Ada beberapa lagi kelas ini yang akan berlangsung di beberapa tempat....

Pengedar AKtif Shaklee Kuala Terengganu
Jadual Kelas Shaklee untuk November
Apa content kelas Health and Wellness ni? Biasanya kelas ini lebih kepada info produk, manfaat dan kebaikan produk, sedikit tentang bisnes... dan paling best ia dianjurkan secara percuma dan terbuka pada pengedar dan orang awam.

So kelas tadi kami belajar tentang manfaat Protein. Ramai orang sangka kita dah cukup protein bila dah amalkan ikan, daging dan telur....tetapi sebenarnya kita perlu pastikan protein yang kita ambil itu merangkumi 9 amino asid yang perlu oleh badan tapi tak boleh dihasilkan oleh badan. Kelebihan ini ada pada protein Shaklee.

Nanti saya akan share kan lagi manfaat produk protein ini .... untuk kesihatan optimum ia sangat penting.

ESP ready stok Kuala Terengganu
Kelas Shaklee di Kuala Terengganu 1 November 2019




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 11 September 2019

Berniaga perlu ayat pelaris?

Masa awal-awal saya buat bisnes Shaklee...iaitu zaman student, saya minta ayat pelaris dengan arwah mak. Saya tahu ada ayat mak amal bila berniaga.Memula mak taknak beri sebab mak risau saya galak berniaga sampai tak minat belajar.

Tapi selepas beberapa lama , mak berlembut hati .....

Jadi mak saya beri ayat ini.



Mak kata amalkan dalam tahajud 100x...masa tu zaman student memang tahajud itu biasa sebab kita nak masa depan yang baik dan keputusan periksa yang baik.

Saya jadikan amalan. Alhamdulillah memang nampak la mudah menjual sepanjang zaman belajar. Alhamdulillah menjadi amalan hingga kini. Rupanya baru tahu, ia ayat hapus hutang.

Namun selepas umur dah masuk 4 siries ni, saya sedar sesuatu....

Sebenarnya ayat itu bukanlah untuk digantung atau disimpan gambarnya dalam hp seperti ada sesetangah orang. Tetapi perlu dijadikan amalan.

Dan saya sedar, sebenarnya apa jua ayat yang kita amal untuk berniaga...ia bukanlah semata-mata menjadi magnet agar customer membeli tetapi ayat itu sedang mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Kerana pelaris yang sebenar adalah diri kita. Jika benar ayat Allah ini menjadi amalan, ia membantu kita menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini. Pastinya kita lebih berbahasa, sabar, bila dapat rezeki bersyukur, bila tiada rezeki kita tetap yakin Allah atur yang terbaik. Penolakan pelanggan memberi kita keyakinan, Allah sedang jauhkan kita dari sesuatu yang tidak baik dimasa depan. Sentiasa bersangka baik pada aturan Allah.


Paling penting ia membantu keyakinan kita rezeki ni datang dari Allah bukan dari manusia. Mudah-mudahan dengan perubahan baik ini melapangkan rezeki dan membantu menyelesaikan semua hutang piutang. Paling utama ia membantu kita menjadi orang yang berhemah bukan sahaja untuk berniaga tetapi hubungan kita dengan ahli keluarga juga lebih baik. Sebagaimana kita baik melayan pelanggan, insyaallah baik la kita dalam melayan anak dan pasangan. Wallahu alam.



 ðŸŒ» Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa