Memaparkan catatan dengan label Pengedar Shaklee Kuala Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Shaklee Kuala Terengganu. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2022

Diariku : Dunia bisnes untuk jiwa yang kental


Saya dibesarkan dalam dunia keluarga berbisnes. Saya melihat arwah abah buat macam-macam bisnes nak besarkan kami adik beradik. Arwah mak pulak macam setiausaha kepada arwah abah dalam menjalankan bisnes yang abah usahakan.
Saya sendiri mula berniaga seawal usia 19 tahun selepas abah meninggal dunia. Namun ia sekadar mencari pengalaman disamping membantu diri sendiri untuk ada duit poket sepanjang zaman belajar di Universiti.
Siapa kata senang nak meniaga? Orang cuma tahu nak untung. Siapa yang suka rugi kan? Tapi masih ingat bila saya mula serius adalah bila saya memilih satu sahaja bisnes masa belajar iaitu buat Shaklee. Sebelum tu, ada la sambil-sambil buat jual barangan Avon, CNI, amik upah jual tshirt atau photostat nota.
Namun lain kisah dengan Shaklee sebab saya nampak masa depan yang unik selepas saya belajar tentang marketing plan yang disediakan.
Sebagai pelajar mana ada duit nak buat modal. Modal hanyalah air liur menerangkan kat kawan-kawan tentang kepentingan vitamin sampailah dapat gelaran doktor tak bertauliah. Lebih teruk orang panggil Mak Lampir. Sebab apa saya cakap jadi kenyataan pada mereka. huhuhu.
Pada saya alasan nak buat memang banyak...tapi saya taknak jadi looser ...penat dah. Kena juga cari akal macam mana nak capai target. Orang lain target nak graduate kelas
hebat
, saya pulak target nak capai bonus yang menjadi idaman....hahhahaha.
Takde modal bukan satu isu pun. Kemahuan paling utama. Saya dapat kumpulkan order sebulan RM10 ribu sebulan sepanjang jadi student universiti. Penat? Semua kerja penat. Tapi kemahuan tu yang buat kita tak pandang pada penat. Kita nak tengok hasil.
Terima kasih pada arwah abah yang pesan pentingnya selawat. Terima kasih buat arwah mak yang kongsikan doa pelaris. Terima kasih pada semua atas perkongsian asmaul husna iaitu zikir ya Wahhab.
Semuanya menjadi pendorong untuk saya terus berjuang.
Berkat selawat...semangat juang Rasulullah menjadi penguat jiwa saya.
Berkat doa yang mak ajar [ doa nabi juga] buatkan saya lebih berkeyakinan dan sabar.
Berkat asmaul husna zikir Ya Wahhab membuatkan saya melihat banyak keajaiban dalam meniaga.
Cuma satu aje kena ingat....
Jiwa kena kental. Berniaga ni macam tanam pokok buah dalam kebun. Lagi besar kebun, memang lagi besar hasil. Tapi lagi
hebat
kena sabar. Ujian jiwa la selalu orang tak tahan. Semua nak cepat. Padahal dalam dunia semua ada proses.
Kalau hati tisu, mudah terasa, mudah nak amik hati bila kena tegur, tak nak terima penolakan manusia...susah nak pergi jauh. Sebab bisnes adalah dunia yang perlukan jiwa kental dan sabar. Nak baiki diri kena berlapang dada.
Kena percaya dengan masa depan sendiri. Kena belajar berdikari. Jangan terlalu bergantung dengan orang lain. Kena banyak berdoa dengan Allah dalam apa juga yang diusahakan.
Allah ni maha baik dan maha pemberi kurnia. Setiap usaha pasti ada ganjaran yang Allah sediakan. Wallahu alam.





Sabtu, 29 Januari 2022

Jom kenali Shaklee Life Shake Matcha

Allahu akhbar, hari ni sahaja dah 3 kali bancuh...minum breakfast, sebelum lunch dan selepas makan salad untuk dinner.

Aroma dia....pergh sedap sangat. Menenangkan!

Dulu saya bukan lah peminat matcha atau teh hijau ni....tapi dengan Life Shake Matcha memang saya jatuh cinta betul-betul.

Tekstur dia halus sangat tau! Senang bancuh, dia tak berketul!

Cara bancuhan saya buat 300ml air sejuk tambah dengan 2 scoop Life Shake Matcha!

Apa kelebihan Life Shake Matcha ni?


Sila klik gambar untuk besarkan imej


Sila klik gambar untuk besarkan imej


Sila klik gambar untuk besarkan imej






Sila klik gambar untuk besarkan imej



Antara kelebihan lain Teh Hijau  Matcha adalah :


  • Pembuangan toksin dan produk metabolik. Minuman adalah antioksidan yang kuat dan dengan penggunaan biasa ia membolehkan anda membersihkan badan bahan-bahan berbahaya. Atas sebab ini, ia dapat membawa kelegaan yang penting dari keracunan, serta melegakan mabuk.
  • Peningkatan daya tahan tubuh. Selain antioksidan, minuman ini mempunyai kesan antibakteria, dan kandungan vitamin A dan C yang tinggi membolehkan anda menguatkan sistem imun.
  • Pemulihan keseimbangan kolesterol. Bahan aktif teh dapat mengurangkan kadar "buruk" kolesterol dan menormalkan penunjuk "baik".
  • Menguatkan sistem kardiovaskular. Penggunaan teh Matcha yang kerap mengurangkan kerapuhan kapiler dan membantu meningkatkan keanjalan dan kekuatan saluran darah.
  • Pencegahan penyakit saluran penghadaman. Oleh kerana teh mempunyai kesan antioksidan dan membantu menghilangkan logam berat, toksin dan toksin dari badan, kemungkinan masalah pencernaan berkurang. Akibat penggunaannya secara tetap, hati, buah pinggang dan usus dibersihkan daripada "deposit" dan deposit yang berbahaya.
  • Merangsang otak.Di Jepun, banyak pelajar dan orang yang terlibat dalam kerja intelektual telah menghargai manfaat teh Matcha. Hasil daripada penggunaannya, keupayaan untuk melihat peningkatan maklumat, ingatan dan kepekatan meningkat, dan ketegangan saraf juga hilang.
  • Mengurangkan risiko kanser. Teh Matcha mengandungi vitamin C dan polifenol, yang menyumbang kepada kemusnahan sel kanser.
  • Pecutan proses metabolik. Bahan aktif teh bantuan teh lebih baik menyerap unsur surih yang bermanfaat, dan juga pembakar lemak yang sangat baik. Dalam kes ini, kandungan kalori minuman adalah hampir sifar.
  • Kesan tonik. Tidak seperti kopi dan lain-lain "minuman tenaga," teh matcha mengandungi hampir tiada kafein. Orang itu merasakan lonjakan tenaga kerana L-theanine hadir dalam minuman itu. Pada masa yang sama, petunjuk tekanan darah tetap normal dan pengujaan tidak dikecualikan, yang pecinta kopi sering menderita.


Berminat nak cuba? Serius sedap!

Klik link >>>> Saya nak cuba Life Shake Matcha <<<<<<





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 7 Disember 2021

Tawaran terbaik dari Shaklee setakat ini!

Bismillahirrahmanir rahim.... Lamanya tak menulis blog. Selama hampir sebulan berada di Kota Bharu, banyak cerita nak coretkan...

Banyak keajaiban yang kami lihat dan banyak perkara yang kami belajar. Nanti saya akan share dalam posting akan datang.

Sebenarnya since bulan November Shaklee menawarkan dengan pembelian hanya RM100 sahaja dah layak untuk sertai keahlian Shaklee dan paling best sebab sekaligus dapat PENGHANTARAN PERCUMA!



Paling menarik tawaran ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Jika sebelum ini, setiap individu yang berminat nak jadi ahli perlu membayar RM35 atau melalui pembelian produk RM350-RM400 iaitu bersamaan dengan 100UV.  Tapi kini dengan hanya pembelian RM100 sahaja dah layak mendaftar keahlian bersama Shaklee.

Apa manfaat jadi ahli selain dapat harga ahli? Boleh baca posting ini : Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee yang ramai orang tidak tahu?


Jika kalian berminat mencari pengedar yang berdekatan dengan Muar Johor, Bukit Payong atau Chendering Kuala Terengganu...boleh terus hubungi saya di talian 0128535689.






Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 12 Julai 2021

Booking.Com - tempah percutian dengan mudah dan tawaran istimewa.

Alhamdulillah, ber asbab kan Shaklee kami dapat la merasa berjalan keluar negara. Semua percutian , saya akan survey di laman laman web yang menawarkan pakej kapal terbang atau pun hotel dengan harga yang istimewa. Memula dulu masa belajar nak pergi jalan luar negara, saya cari melalui www.airasiago.com.my  harga yang ditawarkan biasanya termasuk tikel dan penginapan. Ingat lagi trip pertama saya dulu tahun 2012 ke Hong Kong Disneyland dengan kos RM5 ribu untuk penginapan 4 malam. Penginapan yang ditawarkan juga bukan calang-calang hotel.

Cuma nak masuk taman tema kena bayar tambahan duit tiket.

Hong Kong Disneyland Resort


Selepas beberapa tahun, selepas dah merasa trip percuma ke Dubai melalui Shaklee....saya mula survey untuk pergi sekali lagi. Memang rata-rata trip ke luar negara , saya akan amik bilik atau service apartment melalui Booking.com.

Namun ada beberapa pengalaman percutian melalui website Booking.com yang pasti akan jadi kenangan terindah buat kami sekeluarga. Antaranya adalah percutian ke Dubai 2017. Kami bertolak pada hari raya ketiga. Kebetulan mak ayah mertua beraya di Mekah sambil menunaikan umrah. Kami beraya dengan arwah mak saya di Micasa Hotel Kuala Lumpur. 

Kali ni trip saya bawak adik lelaki saya yang masih bujang waktu tu sebagai reward kerana tolong jaga mak selama ini.

Benarlah orang kata tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa tahu. Booking.com offer tiket masuk percuma untuk 37 tempat menarik di Dubai!

Booking.com


Moment yang tak dapat dilupakan...bayangkan ada sesetengah tempat tu siap boleh redeem lunch set or dinner set. Ya Allah save banyak betul travel kali ni.

Banyak la tempat yang kami pergi antaranya masuk tempat akuarium terbesar dalam Dubai Mall, naik ke Burj Khalifah, beberapa taman tema dan pusat game untuk hiburkan anak-anak. Tiket masuk percuma tu diberi pada 1 group kami iaitu kami berlima. Subhanallah, memang best bila ingat balik.













Percutian 4 hari 3 malam itu adalah antara percutian paling seronok kami lalui.

Oppsss lupa nak cerita, ada gak la cabaran masa cuti kali ni. 

Disebabkan kami datang masa musim panas, jadi tak ramai la pelancong yang datang time tu. Part yang tak best, cuaca yang mencapai 40 darjah celcius itu sangat panas macam rasa dok kat dalam oven tau. Yang paling mencabar bila nak mandi atau buang hajat kecil mahupun besar....Allah aje yang tahu sakit melecur macam mana. Kalau ingat balik pasti akan gelak. Bertahan juga kami masa tu.


So akhir sekali terima kasih Booking.com atas segala tawaran menarik yang diberikan. Really apprecite. Ada rezeki nanti nak booking next percutian pula selepas pandemic ni reda insyaAllah.







Bagi mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Kg Kubang Ikan, Chendering Kuala Terengganu , dan pos seluruh Malaysia, boleh hubungi saya seperti di bawah :

Call ☎️ : 0128535689

Whatsapp : http://www.wasap.my/60128535689/Vitaminshaklee

Add FB saya Norita Idris untuk chat secara langsung dengan saya.

Klik LIKE di FanPage saya Better You Better World

Jom follow instagram saya Norita_M.Idris


Kami menyediakan konsultasi pada customer kami sahaja 😁 Privillage la kiranya ni.

Untuk mendaftar ahli dan mendapatkan diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee dan menjana pendapatan bersama team bisnes Shaklee kami, boleh klik <<< DI SINI>>>


 🌻 Salam sayang dari 

 N2 @ Ibu Addinnasa 

Khamis, 24 Jun 2021

Amalan yang bantu menampung lompang pahala

Sebagai manusia biasa, kita tak lari dari membuat dosa. Namun demikian kita juga perlu usaha untuk menampung lompang-lompang pahala agar tidak melalui azab yang berat di mahsyar nanti.

Antara amalan yang kita digalakkan lakukan adalah solat sunat rawatib, qabliyah dan ba'diyyah.

Malah kita juga sentiasa diingatkan kelebihan sunat qabliyyah subuh khususnya..


Dari Aisyah r.a dari Nabi s.a.w bersabda, Dua rakaat solat sunat fajr lebih baik daripada dunia dan isinya. [ HR Muslim]


Maka selama ini saya cuba mana yang mampu dan baru-baru ini sangat terkesan dengan perkongsian ustaz Wadi Anuar tentang solat sunat ba'diyyah isyak....



Rupanya besar fadilat solat sunat ba'diyyah isyak 4 rakaat ini.


Kebiasaanya selama ini saya mengamalkan dua rakaat sahaja...


Moga perkongsian ini membuka minda dan hati kita untuk sama -sama usaha perbaiki amalan dan mudah-mudahan berkat mengamalkan sunnah ini kita beroleh rahmah yang banyak.




Nukilan.... 


Ibu Addinnasa

Kami yang mencari redha Ilahi.






Isnin, 21 Jun 2021

ESP Sachet #HanyaBilaBilaMasa

Mengimbau kenangan zaman Universiti dulu, jika ada kekangan budget...ramai yang memilih untuk membeli ESP sachet. Ianya sedikit murah berbanding dengan ESP di dalam tong canister Shaklee.

Ia juga mudah untuk mereka yang baru nak mengenali ESP, boleh dapatkan dalam paket sebelum mereka mendapatkan ESP canister.

Inilah wajah ESP sachet dulu-dulu.... namun selepas tahun 2010 rasanya dah takde lagi ESP dalam bentuk sachet.


Shaklee ESP Sachet


Memandangkan peredaran masa, manusia hari ini masih memerlukan sesuatu yang mudah dibawa dan di minum di mana-mana maka Shaklee baru sahaja melancarkan ESP sachet dalam wajah baru.

ESP Sachet baru

Untuk mereka yang terkejar-kejar untuk ke pejabat dan adakala terlepas untuk membancuh ESP Shaklee di rumah, kini dah ada penyelesaiannya! Hanya bawa sepeket ESP Shaklee Sachet di dalam bag dan boleh dibancuh bila dah tiba di pejabat atau destinasi yang dituju.

Bagi kaki travel, ini juga sangat mudah dijadikan bekalan makanan terutama untuk mendapatkan tenaga segera. Ditambah kelebihan ESP Shaklee yang rendah glisemik index sangat sesuai untuk mereka yang berdiet semasa sedang travel.







Hanya Koyak, Tuang dan Minum! Mudahnya!




Harga pengenalan yang berpatutan dan boleh di dapati pada harga RM98 retail atau untuk lebih murah dengan mendaftar ahli dan dapatkan harga RM79 sahaja.






Sebagai promo pelancaran , Shaklee menawarkan pembelian 3 kotak ESP Sachet ini layak mendapat 1 kotak secara PERCUMA! 

Promosi hingga 30 Jun 2021 atau sementara stok masih ada.



Bagi mendapatkan produk Shaklee, COD sekitar Kg Kubang Ikan, Chendering Kuala Terengganu , dan pos seluruh Malaysia, boleh hubungi saya seperti di bawah :

Call ☎️ : 0128535689

Whatsapp : http://www.wasap.my/60128535689/Vitaminshaklee

Add FB saya Norita Idris untuk chat secara langsung dengan saya.

Klik LIKE di FanPage saya Better You Better World

Jom follow instagram saya Norita_M.Idris


Kami menyediakan konsultasi pada customer kami sahaja 😁

Untuk mendaftar ahli dan mendapatkan diskaun hebat bagi setiap produk Shaklee dan menjana pendapatan bersama team bisnes Shaklee kami, boleh klik <<< DI SINI>>>


 🌻 Salam sayang dari 

 N2 @ Ibu Addinnasa 


Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 25 Januari 2021

Berdiet dengan oat dan ESP Shaklee

Memandangkan tahun 2021 masih lagi melalui PKP, nampak gaya terpaksa la usaha menjaga diet. So saya decide untuk kurangkan atau elakkan makan nasi. Saya cuma makan lauk [ iaitu protien sahaja].

Maka saya dapat idea, untuk lebih mengenyangkan dan menyihatkan , saya amalkan pengambilan ESP Shaklee bersama dengan oat. 

Oh tapi oat pula ada banyak jenis tau....Melalui artikel Jenis-jenis Oat  membuka minda saya...kena ambil tahu jenis oat yang kita amalkan. Walaupun nampak sama tapi ia tak serupa.



Oat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada :

🖍️instant oat
🖍️quick oat 
🖍️rolled oat
🖍️steel cut oat

Mereka yang mahu diet , perlu tahu pengambilan oat yang betul-betul membantu menurunkan berat badan.

1) Instant oat dan quick oat mempunya G.I @ indeks glisemik yang tinggi. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

2) Saya memilih Rolled oat sebab ianya sangat sesuai untuk berdiet. Diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Ianya tidak diproses sepertimana instant oat dan quick oat. Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

3) Steel Cut Oat pula paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat.




Hari ni dah masuk 3 hari saya cuba tak makan nasi....tapi saya gantikan dengan ESP Shaklee bersama rolled oats. Untuk menghilangkan rasa muak, saya cuba tambahkan buah-buah yang ada di rumah...antaranya rasberry dan blackberry kerana 2 buah ini sangat kaya dengan serat.

Saya akan update kesannya selepas saya amalkan 30 hari nanti ya. Stay tune.

Nanti saya akan share kan beberapa resepi ESP Shaklee yang dikongsi oleh team mate saya dalam posting-posting akan datang, insyaAllah.




🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#ESPShakleereadystock

Selasa, 12 Januari 2021

Takut makan B complex kerana takut gemuk?

Makan B complex buat gemuk?
Saya datang dari keluarga yang mempunyai sejarah diabeties. Saya sendiri melihat kesan bila tahap kena dialisis, Allah sahaja yang tahu keadaan pesakit.
Dulu saya tertanya-tanya mengapa pesakit dialisis bila dia balik, akan tidur kepenatan sedangkan di tempat dialisis mereka hanya duduk beberapa jam...sampailah masa arwah mak koma sebelum dia meninggal, mak masih terpaksa melalui proses dialisis sebab badan mak start bloated.
Baru lah doktor explain, sebenarnya pesakit dialisis ni, bila sedang lalui dialisis mereka ni ibarat macam berlari 100 meter tanpa henti. So jantung bekerja keras waktu tu. Jadi bila baik rumah, pesakit akan tidur untuk hilangkan penat. Patutlah arwah mak dulu nampak letih sangat selepas dialisis.
So untuk saya, bila saya cepat mengantuk terutama lepas makan...pasti suami akan tegur, lepas makan jangan lupa amik B complex katanya. Sebab saya ada sejarah keluarga mempunyai diabeties. At least prevent... bukan terima bulat-bulat, nak macam mana dah keluarga memang semua diabeties.
B complex ni terkenal sebagai vitamin pembuka selesa dan ramai yang takut makan B complex sebab takut gemuk. Tanpa kita sedar B1 memainkan peranan sangat penting....kerana kekurangan B1 akan menyebabkan pecahan karbohaidrat dan glukos tidak dapat ditukar kepada tenaga malah hanya tersimpan sahaja di dalam badan dan akhirnya boleh menyebabkan peningkatan dalam berat badan tanpa kita sedar.
Bukan itu sahaja, B complex sangat membantu menstabilkan emosi dan mood harian kita. Orang yang mudah terasa, sensitif dan moody tak tentu hala biasanya disebabkan kekuarangan vitamin B complex yang ketara. Bila ia berlarutan, stress inilah yang boleh menjemput banyak penyakit lain kerana sistem imun menjadi semakin rendah bila kita terlalu penat dan stress.
So bagi mereka yang sukar untuk dapatkan makanan seimbang....boleh la cuba amalkan supplement untuk menutup lompang2 kekurangan vitamin dalam badan.
Badan sihat, insyaAllah kita lebih produktif dalam menguruskan semua tugasan harian.

Jemput baca >>>>> Kurus dengan B complex


Shaklee ready stock Kuala Terengganu



 Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu
 #ShakleeMalaysia
#bcomplexshaklee
#Shakleebukitpayong

Isnin, 28 Disember 2020

Mengapa perlu supplement? Apa kata Dr Jue?

Saya mengenali seorang hamba Allah ini. Hidupnya sangat sederhana. Banyak berbakti kepada urusan agama. Pernah datang menziarah kami di rumah....dari situ saya mula mengenali beliau. Bila melawa minum minuman yang dihidangkan, beliau hanya tersenyum dan meminta air kosong sahaja. Kumpulan yang datang bersama memaklumkan beliau tidak minum air manis. Malah makanan beliau juga bersumberkan apa yang beliau tanam dan usahakan. Beliau jarang membeli makanan luar kerana kebanyakan hanya masakan dari rumah. Walaupun dah berumur namun badannya masih sihat, mampu bertahajud dan bangkit awal untuk solat subuh. MasyaAllah. 

Namun berbeza dengan kehidupan rata-rata kita hari ini. Banyak masa kita sibuk dengan urusan kerjaya, banyak masakan yang ada bahan perasa, adakala makan luar...adakala makan makanan segera....pastinya keperluan vitamin kita berbeza.




Saya tertarik dengan perkongsian seorang doktor yang menerangkan kepentingan supplement yang ramai orang salah sangka.

Ramai yang menjadikan supplement rawatan alternatif semata-mata dan bukan sebagai keperluan harian yang menampung pemakanan yang diambil.

So bila sihat, mereka tak endahkan...namun bila ada simptom atau tanda sakit berlarutan...vitamin yang dicari dengan harapan cepat sembuh.

Hakikatnya vitamin bukanlah bahan penyembuh, ia cuma menampung keperluan sel dalam tubuh yang memerlukan zat vitamin dan galian yang tidak dapat dipenuhi dari pengambilan pemakanan harian kita.

Jadi jawapan yang tepat, adakah kita perlukan supplement? Balik kepada cara hidup kita. Hanya kita sahaja yang ada jawapan yang tepat. Sebagaimana saiz baju kita, hanya kita sahaja yang tahu kita sesuai memakai baju saiz S atau M atau saiz yang lebih besar.



 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#cariredhaAllah

Ahad, 27 Disember 2020

Pengedar Shaklee Terengganu : GoodBuy 2020 berakhir esok - 28 Disember 2020!

Berita gembira yang Shaklee berikan pada semua distributor dengan promo GoodBuy 2020, akan berakhir esok!

GoodBuy 2020


Bagi anda yang mungkin terlepas pandang, esok masih berpeluang mendapatkan set ini.... 


Apa sebenarnya yang ditawarkan? Pembelian mana-mana set dalam gambar berpeluang mendapat 
🎁 Keahlian Percuma
🎁 Penghantaran Percuma
🎁 Cash rebate dari Shaklee 
🎁 E-voucher 

Apakah set yangd ditawarkan?

📌 Pembelian 2 botol Vivix melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM80!!!
📌 Pembelian 2 botol ResV melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM80!!!
📌 Pembelian 2 kotak Kolagen melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM60!!!

Manakala trio set pula :
📌 Pembelian 3 canister ESP melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM40!
📌 Pembelian 3 botol CoQ Trol melayakkan ahli mendapat e-voucer bernilai RM40!


Ingin mendapatkan set PROMO ini? 


Sebarang pertanyaan boleh call atau terus wasap saya di sini >>>>INFO SHAKLEE<<<<



. * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#Kerjadarirumah
#cariredhaAllah

Ahad, 13 Disember 2020

Cara- cara nak menjadi ahli Shaklee

Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya bermula dari bulan Mac 2020, yuran bagi sesiapa yang berminat menjadi atau mendaftar sebagai ahli Shaklee cuma RM35 SAHAJA! Jika sebelum ini yuran pendaftaran adalah RM65! Wahh nampak tak , jauh lebih murah dan lebih menJIMATkan!

Berikut adalah antara keistimewaan yang bakal dinikmati oleh anda yang menjadi "AHLI SHAKLEE"

  • membeli dengan harga ahli - penjimatan sehingga 15-20% dari harga runcit untuk setiap produk.
  • dapat cashback (bonus) - setiap produk ada point (UV) yang boleh ditukarkan kepada RM. Jika belian bulanan seseorang ahli Shaklee yang terkumpul sebanyak 150UV dan ke atas, layak menerima bonus. Tak kiralah samada beliau buat bisnes Shaklee atau tak, bila cukup syarat terima bonus, Shaklee bayar terus ke bank account kita, dengan syarat kita update no account dalam sistem Seronok kan?

Cara Jadi Ahli Shaklee

Saya nak share dengan kalian, ada TIGA cara mudah untuk menjadi Ahli Shaklee. Anda boleh membuat pilihan cara yang mana anda inginkan. 

Setiap ahli akan mendapat e-starter kit Shaklee yang mengandungi :
  • panduan produk
  • panduan perniagaan
  • pengetahuan nutrisi
  • Dr Forest C.Shaklee thoughtsmanship


1 . Free Membership Shaklee Melalui Promosi Shaklee
  • Beli mana-mana Set Promosi, anda layak untuk mendapat Free Membership Shaklee.
  • Atau boleh hubungi saya untuk buat pendaftaran bagi pihak anda.                                Whatsapp saya disini 》 012 8535689
produk promosi Disember 2020




2.  Free Membership Shaklee Melalui Produk Pilihan
  • Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda sebanyak 100UV (nilai dalam lingkungan RM370) dalam SATU resit untuk melayakkan Free Membership Shaklee
  • Boleh isi form untuk daftar online disini + belian produk yang diinginkan 》 Klik disini untuk Free Membership 100UV
  • Atau boleh hubungi saya, untuk bantu  pendaftaran bagi pihak anda.                           WhatsApp  disini 》 012-8535689
Set Ibu Hamil Shaklee



3.  Bayar RM35
  • Atau boleh hubungi saya untuk buat pendaftaran bagi pihak anda.                                    Whatsapp saya disini 》 0128535689


Cara pertama  menjadi pilihan ramai kerana mereka juga akan menikmati :
  • Keahlian PERCUMA
  • Penghantaran PERCUMA
  • Membeli dengan harga jauh lebih murah, 10 -20 % dari harga runcit!
  • Bonus Shaklee


Okay, ini saja tiga Cara Nak Menjadi Ahli Shaklee. 

Senang, mudah dan jimat. Yang mana berhajat nak jadi ahli tu, inilah peluang terbaik untuk anda mendaftar. Boleh pilih sama ada nak daftar cara 1, 2 ataupun 3 ;)

Ada yang tanya, "daftar ahli Shaklee wajib berniaga ke?" Jawapan : TIDAK WAJIB. 
Jadi ahli hanya sekadar untuk makan sendiri pun boleh sahaja. Masih menguntungkan. 

Siapa yang berminat nak buat income tambahan, nak buat bisnes Shaklee macam saya dan team, sangat dialu-alukan. InsyaAllah, kami guide anda dan support team juga sentiasa bersedia membantu.

Kalau ada yang tak faham atau perlukan maklumat lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian ni               012 8535689 . Saya akan bantu anda untuk membuat pendaftaran dan dapatkan produk Shaklee dengan mudah.

Boleh rujuk  SINI untuk >>> Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.




Pengedar Shaklee Kuala Terengganu  
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#sideincomedenganshaklee
#Shakleebukitpayong

Jumaat, 11 Disember 2020

Bila mak meninggal.....hilang tempat saya bergantung doa, namun saya kena move on!

Saya tak la rapat dengan mak dibandingkan saya dengan abah. Saya banyak bersembang dan bercerita dengan abah. Walaupun pernah kena marah teruk macam mana pun, saya akan tetap cari abah. Malah masih ingat lagi mimpi terakhir saya dengan abah sebelum abah meninggal esoknya. 

Berbeza dengan mak.... Saya selalu telefon mak. Ditambah duduk Miri, saya jarang balik. Masa awal2 duduk sana, saya bergantung pada sumber pendapatan suami sahaja. Balik KL pun bila suami ada meeting. Raya? Kos besar....so mostly saya tak balik hinggalah bisnes Shaklee berkembang dan saya ada income yang stabil barulah kami balik setiap tahun.

Saya suka bersembang dengan mak bercerita tentang cabaran saya dengan anak-anak. Saya tak pernah merungut hal bisnes dengan mak sebab saya faham mak dah tua untuk dibebankan dengan cabaran bisnes saya. Cuma saya ada satu tabiat setiap kali telefon, saya akan minta mak doakan kejayaan untuk saya. Nanti mak pasti jawab...."baik, nanti mak doakan". Tapi perbualan takkan terhenti takat tu aje, saya akan minta mak terus doa kerana saya nak dengar mak doakan untuk saya. Janggalkan ? Memula ya, tapi bila dah biasa, mak pun dah masak dengan perangai saya.

Di saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, dunia jadi gelap seketika. Rasa nak pengsan pun ada. Tapi saya anak sulung. Saya kena uruskan semua urusan pengebumian mak secepat mungkin. Bila mak kita meninggal, sesungguhnya hilang satu keberkatan dalam hidup iaitu doa seorang mak.

Saya jadi lost seketika. Sebulan juga saya rasa hidup tanpa jiwa. Saya rasa rindu nak sembang dengan mak. Tapi saya tak nangis meratap pemergian mak cuma jiwa rasa kosong sangat. 

Namun saya sedar, dikala ini mak lebih memerlukan doa saya. Doa anak adalah 3 perkara yang takkan putus bila matinya seorang anak adam. Jadi saya tak boleh nak layan sangat perasaan jiwa yang kosong ni.


Saya sedar, Allah masih berikan suami dan anak-anak. So hidup perlu diteruskan. Saya cuba buat semua rasa ralat dalam diri. Saya buang rasa kecewa, sedih dan marah yang terpendam. Saya cuba bersyukur dengan apa yang sedia ada. Saya kena bangkit. Saya masih ada mak mertua yang sentiasa beri sokongan pada saya. Saya masih ada ayah mertua yang sangat baik. Saya perlu bersyukur dengan apa yang ada. Allah lebih sayangkan mak. Mak juga dah berusia dan perlu berehat di alam yang abadi.
Saya cuba menyedapkan hati dengan mengatakan pada diri, saya dah buat yang terbaik sepanjang mak hidup. Saya yakin Allah atur yang terbaik untuk kami 7 beradik.




Sebenarnya untuk kita melangkah dalam kehidupan, kita kena buang semua cerita silam yang menyakitkan, yang menyedihkan....kita kena selalu dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Malah bersyukur ujian itu diberi setanding kekuatan diri kita.

Nak bangkit kena ada ilmu. Kena minta hidayah selalu dari Allah supaya diberi petunjuk untuk dapatkan ilmu.

Allah maha baik. Dia takkan tinggalkan kita sendirian......

Al fatihah....moga Allah menempat mak dan abah dalam syurga Firdaus tanpa hisab. Amin.


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa
 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia

Khamis, 10 Disember 2020

Isteri perlu ada duit untuk sokong ekonomi rumahtangga bukan hanya persediaan kecemasan

Masa abah meninggal, mak saya seorang surirumah. Walaupun begitu mak tidak membiarkan dirinya berada dalam zon selesa. Mak tetap usaha mencari peluang untuk dapatkan duit walaupun hanya dari rumah. Mak seorang yang panjang akalnya untuk membesarkan kami 7 beradik. Sepanjang saya membesar, saya tak pernah tengok mak minta atau pinjam duit ahli keluarganya, tak tahulah kalau ada dibelakang kami.

Bayangkan mak pergi ke kilang baju, mencari peluang pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah. Syukur Allah permudahkan...mak dapat upah membuang kertas di baju yang telah disulam menggunakan mesin. Tahu tak berapa harga untuk sehelai baju? Seingat saya antara 1 hingga 3 sen sehelai baju. Betapa gigihnya mak mengangkut beg plastik yg dipenuh baju. Semoga Allah sentiasa merahmati mak dan abah di alam sana.

Abah meninggal dunia ketika saya berusia 19 tahun....dan mak yang masih muda tetap perlu meneruskan kehidupan untuk membesarkan kami adik beradik. Bermulalah kehidupan mak sebagai seorang pekerja kilang. Kerana kerja shif dan kerja mak berat yang melibatkan barang di stor, mak tukar kerja sebagai tukang masak di sekolah menengah di Muar.

Saya lihat bagaimana kehidupan mak bertukar dari seorang surirumah kepada yang perlu kerja demi menyara keluarga.

Saya? Bermula dengan surirumah juga. Kemudian saya cuba mengambil peluang menjadi guru tuisyen dari rumah. Pendapatan yang saya perolehi sangat membantu memberi kelapangan dan keselesaan pada rumahtangga kami. Namun masa kerja tidak sesuai...terikat dengan kerja yang mengikat saya untuk tidak ke mana -mana walau hujung minggu. Membuatkan saya buat keputusan apply KPLI. Kursus perguruan lepasan Ijazah. 

Suami saya sarankan untuk saya apply kerana katanya, pendapatan isteri membantu meningkatkan ekonomi rumahtangga. Saya bersetuju dan akhirnya saya kerja menjadi cikgu.

Duit yang saya perolehi alhamdulillah sangat membantu terutama bila dah jadi guru, ada elaun perumahan dan ini sangat melegakan. 

Cuma kerana sampai satu tahap, saya rasa kasihan kerana terpaksa meninggalkan anak di rumah baby sitter, saya membuat keputusan untuk berhenti dan menjaga anak dari rumah. Namun saya tidak mahu suami saya rasa terbeban apabila hilang satu sumber pendapatan dalam rumahtangga kami bila saya berhenti menjadi cikgu, saya membuat keputusan untuk membina bisnes Shaklee saya dari rumah.

Saya mula mengorak langkah dengan mendapatkan kawan melalui forum-forum di internet. Kemudian saya berkongsi cerita anak dan produk Shaklee dalam blog saya ini. Saya juga tidak mahu berpeluk tubuh sedangkan saya boleh usahakan sesuatu yang membantu ekonomi rumahtangga. 

Bila isteri ada duit lebih, sekeluarga boleh makan yang sedap. Bila isteri ada duit lebih, pasti anak juga gembira kerana dapat beli mainan. Bila isteri ada duit lebih, yang pasti ekonomi keluarga juga akan berada di tahap yang lebih baik.

Isteri perlu ada duit untuk menyokong ekonomi keluarga bukan hanya persediaan kecemasan jika berlaku apa2 pada suami. Arwah abah selalu kata, isteri yang hebat adalah isteri yang pandai membantu menguruskan rumahtangga disamping pandai mencari duit meringankan perbelanjaan rumahtangga bersama suami.

Syukurlah sekarang semua hanya di hujung jari aje. Asalkan ada phone yang boleh connect internet, ada talian internet...di mana sahaja bisnes boleh berjalan. Ramai aje surirumah buat bisnes walaupun hanya dropship. Cuma segelintir yang usaha menjadi usahawan berjaya. Ini pun di dorong oleh semangat dan impian untuk memastikan keluarga cukup serba serbi.





Anda bagaimana?


Berminat untuk membuat pesanan ? Sila KLIK>>>  SINI Berminat untuk dapatkan harga lebih jimat dan kelebihan menjadi ahli.  
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu 
 Berminat nak beli produk Shaklee ? 
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia