Memaparkan catatan dengan label Pengedar Sah Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengedar Sah Shaklee. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2018

Peluang beli Vivix dengan penjimatan yang banyak !


Beli Vivix dengan jimat
Jom Shaklee dengan banyak penjimatan.

Ramai yang kata Vivix ni mahal tapi percaya atau tidak, lebih ramai yang kata Vivix ni murah...terutama yang dah nampak hasil dari pengambilan yang konsisten.


Mulai 15 Disember 2018, bagi mereka yang baru nak mengenali Shaklee, boleh dapatkan twin pack ini dengan harga yang sangat berpatutan.... iaitu TWIN PACK VIVIX cuma RM684 SAHAJA.

✅ Istimewa untuk ahli baru

✅ Jimat 10% dari harga ahli!

✅ Dapat join keahlian PERCUMA ; jimat RM65 !

✅ Dapat penghantaran PERCUMA ; jimat RM10 !

✅ Layak dapat REBAT BONUS 5% untuk set ini.

✅ Layak dapat UV PENUH !

✅ Dapat "Vivix Cooler Bag"


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Nak beli produk Shaklee ?

Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 8 Disember 2018

Rupanya dah diberitahu macam mana cara simpan yang selama ini orang tak perasan.



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
B complex Shaklee
Saya pernah share tentang B complex untuk kurus...boleh baca sini.
Ramai orang tak suka B Complex sebab kononnya boleh naikkan berat badan ditambah jika ia berbau kuat.
Tapi ramai yang tak sedar, sebenarnya B complex perlu di
simpan ditempat yang sejuk di bawah suhu 30 darjah selsius. Ini untuk mengelakkan ia berbau.
Tapi adakah benar B complex boleh naikkan berat badan? Hakikatnya salah satu fungsi kecil B complex adalah membuka selera makan tapi balik pada diri kita bagaimana mengawal selera makan tadi.
Pada saya B Complex banyak bantu saya kekalkan berat badan saya hari ini😊kerana ia membantu membakar lemak menjadi tenaga ðŸ˜˜
Walaupun ramai yang takut amik B complex sebab takut gemuk....
Namun pengambilan B complex tak boleh diabaikan ditambah dengan zaman yang banyak cabaran hari ini.
Cabaran terutama tekanan harian.... Tekanan boleh datang dari tugasan kerja yang banyak, masalah duit terutama hujung tahun yang mana perbelanjaan keperluan anak sekolah, mana yang tidur tak menentu kerana buat kerja part time selepas kerja dan banyakkk lagi.
Bila emosi kita dalam tekanan sebenarnya badan juga merasakannya sebab tu ramai orang ada masalah ( stress) mereka akan jadi kuat makan dan ia tak terkawal. 
Selain itu tekanan ( stress) secara perlahan-lahan melumpuhkan sistem antibodi badan tanpa kita sedar. Mulalah dengan simptom sakit kepala, sakit tengkuk dan badan mula lenguh-lenguh. Jika dibiarkan berlarutan maka akan datanglah penyakit kronik selepas itu.
Maka oleh itu sebenarnya pengambilan vitamin B Complex tak sesuai dipandang remeh. Selain membantu membina sel darah merah, ia membantu badan lebih bertenaga dan emosi yang lebih stabil.
Cuma yang penting,
1. Sila simpan B complex ditempat yang sejuk.
2. Jika mudah lapar lepas ambil B complex pastikan minum air masak dan bukan dengan terus mencari makanan supaya dapat mengawal selera makan dari membuak-buak.
Info produk untuk hari ini.
Pengedar Shaklee sejak 1999.
012.853.5689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 1 Disember 2018

Bukan sekadar balm biasa.

Kalau orang cerita tentang minyak yang dipakai pada bayi...saya memang hanya guna Minyak burung Unta. Dari Addin dan Nasa masa kecik sampai sekarang saya masih beli dan gunakan untuk seisi keluarga.

Ada dalam artikel saya pada tahun 2010 lagi.... [ boleh baca sini ] dan saya memang sangat berpuashati dengan produk ini.

Namun kini ada satu lagi produk yang saya jadikan wajib dalam rumah malah saya juga beli yang kecil untuk dibawa travel dalam handbag.

Ceritanya bermula masa Ramadhan tahun ini [2018] semasa kami menunaikan umrah akhir ramadhan. Salah seorang jemaah yang turut serta dengan rombongan umrah kami ialah Ustaz Zubir iaitu ustaz yang mengajar Nasa mengaji dan ilmu tajwid.

Semasa umrah bulan Ramadhan inilah ustaz Zubir menghadiahkan kami Balm Bidara. Sebelum ni saya tahu tentang produk daun bidara ni melalui program Ruqyah yang ayah mertua saya attend. Saya tahu banyak juga produk daun bidara dipasaran cuma adakala bila dah banyak sangat saya tak amik kisah sangatlah kerana saya mengandaikan semuanya sama sahaja.


Masih saya ingat malam tu adalah malam beberapa hari akhir Ramadhan...sebelum tidur, saya tergerak la nak sapu Balm Bidara yang ustaz hadiahkan dan saya baca doa-doa yang saya baca sebelum tidur antaranya ayat-ayat dalam surah Al Baqarah.

Kemudian saya terus lena kerana nak bangun awal untuk bersahur...malam tu saya bermimpi yang menakutkan...saya nampak ada binatang yang mengancam saya...terus saya nak pukul dengan tangan....kerana nak menghayun dengan kuat..terus saya tersentak dan terbangun dari tidur. Bila saya sedar, habis semua barangan disebelah meja katil saya jatuh kerana hayunan tangan saya yang kuat kerana dek mimpi tadi. Terus saya istighfar panjang....

Kemudian saya sambung tidur semula...tak lama selepas itu saya bermimpi saya muntahkan makanan...bersungguh-sungguh saya muntah dalam mimpi tu sampailah saya tersedar kali kedua dan tahu tak , apa yang saya nampak bila saya dah bangun? Selimut hotel saya basah dengan air liur yang saya muntahkan dalam mimpi tadi. Basahnya macam air sebaldi tumpah atas comforter saya. Astaghfirullahal azim.....mengucap panjang saya.


Esok paginya saya berbual dengan isteri ustaz Zubir mengenai Balm Bidara yang mereka hadiahkan. Saya bertanya...Balm apa  yang mereka beri? Isteri ustaz beria nak tahu mengapa saya bertanya....jadi saya ceritakan pengalaman dan kisah benar yang saya lalui semalam.

Kemudian isteri ustaz Zubir terus maklumkan pada saya...mungkin saya ada termakan benda asing dan alhamdulillah ia dah keluar....dan kemudian barulah isteri ustaz Zubir maklumkan ianya bukan Balm Bidara yang biasa tetapi telah di ruqyah.

Alhamdulillah serasi pulak Balm Bidara tu untuk kami sekeluarga. Terus saya order untuk semua adik-adik saya, adik ipar ,mak mertua dan kawan rapat saya terutama yang ada baby ....malah kepada bidan saya di Miri juga sempat membawa sepanjang menunaikan haji baru ni. Alhamdulillah.


Walaupun dulu saya memang skeptikel sikit dengan produk local yang kononnya dipromot dengan ayat ruqyah tapi selepas dah melaluinya...saya bersyukur saya mengenali Balm Bidara ini. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan Balm ini untuk kami  sekeluarga melalui ustaz Zubir.


Image result for balm bidara life


Ops saya tak jual ya, tapi jika ada yang berminat boleh terus order di website Balm Bidara ini sendiri di sini.

Terutama ibu-ibu yang ada anak kecil, anak yang sering meragam...atau diri sendiri selalu sakit sendi atau pening kepala...boleh aje gunakan Balm ini.


Selamat mencuba.





♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
0128535689

Ahad, 18 November 2018

Membeli pada nilai yang sepatutnya dan menikmati faedah sebaiknya.

Suami saya membuka cerita yang menarik untuk membuka minda kami anak beranak....selepas menonton cerita Paskal lakonan  Hairul AzreenAmmar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit SaifullahHafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin.
Filem Paskal antara filem 2018 yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Cerita yang menarik bersandarkan kisah benar yang pernah berlaku dan kerana suami saya pernah mempunyai pengalaman bekerja di pelantar minyak maka nama Paskal sangat familiar untuk beliau.

Sangat membanggakan bila filem ini disenaraikan sebagai salah satu filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia.


Menonton dipanggung wayang memberi kepuasan kepada kami anak beranak menghayati cerita ini.

Ia juga dikatakan membuka minda masyarakat....ada pekerjaan yang dilakukan oleh individu yang terlibat dalam Paskal...dimana duit bukan matlamat utama mereka. Kesanggupan mereka menjaga sebuah negara tanpa mementingkan nilai nyawa mereka sendiri. Sekurang-kurangnya generasi muda mampu melihat ada satu lagi pekerjaan yang boleh mereka sertai menjadikan ia salah satu cita-cita untuk mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi.


Mengapa filem dipawagam hari ini mampu mencecah kutipan berjuta? Memang benar, jalan cerita mempengaruhi untuk orang menonton di wayang dan paling utama kesedaran masyarakat untuk tidak membeli vcd cetak rompak. Selain enforcement yang rapi dalam mencegah cetak rompak dari berleluasa.

Pelakon bekerja keras menghayati watak yang dibawa agar penyampaian kepada penonton sampai terus ke hati. Jadi mereka selayaknya mendapat loyalti setanding dengan usaha kan?


Hakikatnya bukan semua filem adalah melalaikan...ada yang memberi inspirasi dan menyedarkan kita dengan hikmah yang cuba disampaikan dalam filem tersebut.

Ya membeli tiket wayang dan menontonnya bersama keluarga boleh dijadikan masa bersama keluarga dengan berkualiti dan pastinya lebih berhemah dari kita membeli vcd cetak rompak dan merosakkan usaha mereka yang menjayakan filem tersebut. Wallahu alam.





♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 6 November 2018

Mencari bisnes yang mempunyai permintaan berterusan?

Masa saya awal-awal berjinak dalam bisnes Shaklee saya masih teringat satu video ke atau artikel yang ditulis 5 bisnes yang permintaannya sentiasa berterusan.



1. Loyalti Buku
Bila seseorang itu mempunyai bakat menulis dan berkarya, maka peluang untuk individu itu terus berjaya adalah melalui loyalti jualan bukunya. Ditambah jika buku itu adalah buku ilmiah dan sentiasa menjadi rujukan ramai orang. Mungkin oleh sebab itu juga, terdapat bisnes dropship penjualan buku oleh toko buku besar demi melariskan jualan produk buku mereka.


2. Produk makanan
Ya, kita sedia maklum kedai makanan adalah bisnes yang tak putus dengan pengunjung. Sudah pasti orang nak makan setiap hari. Paling utama menu yang menarik , makanan yang sedap dan service yang cekap bila berhadapan dengan ramai pelanggan terutamanya.


3. Barang berkaitan dengan kelahiran dan kematian.
Setiap hari ada sahaja nyawa yang lahir ke dunia dan pastinya ada yang meninggal dunia. Ianya adalah proses kehidupan yang berlangsung setiap hari dan tak pernah putus. Maka produk yang berkaitan dengan kelahiran...contohnya pakaian bayi dan keperluan bayi dan ibu pastinya menjadi perhatian golongan yang terlibat dengan kelahiran.
Bisnes berkaitan dengan kematian juga antara bisnes yang mendapat permintaan berterusan.


4. Bisnes yang berkaitan dengan majlis perkahwinan
Kalau dulu untuk bersanding, susah juga nak cari mak andam...tapi kini ramai aje yang telah menjadi MUA [ make up artist], nak cari mereka yang uruskan pelamin juga sekarang sangat mudah. Paling utama google aje. Ini menunjukkan ianya bisnes yang banyak permintaan dengan syarat pandai menguruskan pelanggan yang dipanggil Raja Sehari. Bukan sahaja berkaitan dengan pengantin, tetapi penyediaan doorgift juga menjadi trend bisnes surirumah yang boleh usahakan dari rumah sahaja.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Melalui google, jumpa wedding planner yang best .



5. Produk Kesihatan
Jika dulu berapa kerat sahaja produk kesihatan yang kita ketahui di pasaran. Namun hari ini banyak syarikat yang usaha mengeluarkan produk kesihatan kerana tahu era sekarang ramai orang stress dengan kerja, ramai orang nak cantik dan nak sihat dan ditambah ada orang nak bentuk badan yang menawan.
Produk kesihatan yang dah berada lebih 25 tahun di Malaysia.





So bagi surirumah yang bercadang nak buat bisnes dari rumah, kalian boleh la pilih mana-mana bidang dari 5 di atas ini.... supaya kalian terus bersemangat nak berbisnes.




Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Promo Istimewa Shaklee untuk November 2018

Bulan November 2018 ni mempunyai promo Shaklee yang istimewa....

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Shaklee Baby


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Shaklee Youth Skincare


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Omega Guard Shaklee


Walaupun ianya promo untuk bulan November 2018 namun tertakluk kepada stok yang seda ada. While stock last.

Jika anda berminat dengan mana-mana promo istimewa ini atau ingin mendapatkan harga lebih jimat dengan menjadi ahli Shaklee, boleh terus mesej kepada kami di TALIAN ini.





Pengedar Shaklee Kuala Terengganu.
 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 30 Oktober 2018

Perlu ke amik supplement bila dah tak menyusu badan?

Kenalan di fb saya banyak dari geng penyusuan susuibu dan saya mulakan blog ini juga dengan hasil cerita penyusuan Addin dan Nasa. Alhamdulillah rezeki mereka kerana dapat menyusu lebih 2 tahun untuk mereka berdua.

Tapi ada juga yang bertanya, kalau dah tak menyusu perlu ke amik supplement?

Balik kepada diri kita balik tujuan keperluan diri sendiri.

Sebab nama pun supplement, makanan tambahan ikut keperluan badan masing-masing kerana kehidupan setiap kita berbeza.

Jika ibu tidak bekerja sekalipun, jika jaga pemakanan, makanan semuanya organik dan seimbang, setiap hari ada aktiviti riadah dan bersenam, tidur awal dan tiada simptom pelik dari tubuh...mungkin pengambilan supplement hanya satu option untuk kelihatan lebih cantik dan menawan.

Tapi pada saya, jika surirumah dah tak menyusu badan tapi kerja rumah sentiasa bersusun, makan pun tak menentu, sering tidur lewat dan tiada masa nak bersenam secara konsisten, baik la amik supplement untuk cukupkan keperluan tubuh mana yang kurang.

Apalagi ibu yang bekerjaya....supplement antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kekal produktif di pejabat dan di rumah. Jika penat bekerja ditambah stress yang dibawa balik ke rumah...membuatkan si ibu berpotensi nampak lebih tua dari usia dan stamina akan slowly makin menurun.

Jadi kenapa berkira untuk diri sendiri kan?

Ada beberapa kes kenalan saya yang pandang remeh pada supplement atas alasan tak suka nak makan vitamin...tapi bila dapat tahu dari doktor mereka mengidap penyakit kronik...terus bersungguh makan vitamin.

Ya, hanya kita aje yang tahu tujuan kita amik vitamin.

Jika kita seorang yang sering makan luar, jarang masak di rumah, selalu makan makanan segera tidur lewat melebihi jam 12 malam,  jarang ada masa bersenam, beban kerja yang banyak, tugas yang bersusun maka pengambilan supplement perlu menjadi pertimbangan utama untuk memastikan badan kita tak mudah terdedah penyakit dan badan kita mampu bertahan untuk menentang karsinogen.

Image result for career mother

Apa vitamin yang perlu untuk diambil kerana dah tak menyusu badan?

Next entry saya share ya.







 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Pengajaran sebalik permainan


Semalam lewat petang anak-anak ajak main game kapal terbang. Saya cuma jawab selepas selesai Isyak dan solat sunat baru boleh main. Walaubagaimanapun, selepas selesai saya dahulukan order produk Shaklee dulu dan register ahli mana yang perlu supaya mudah nak uruskan esok hari.

Kami mula bermain agak lewat...dalam jam 10 lebih kurang. 

Saya bermain dengan warna hijau, Addin dengan warna merah, Nasa dengan warna biru dan Abah Addinnasa warna kuning.

Kami buat rules yang mana untuk mula bergerak perlu dapatkan no 5 atau 6 menggunakan balingan dadu.

Permainan menjadi rancak apabila kami bertiga dapat mengeluarkan jet masing-masing kecuali abah Addinnasa.

Hingga pusingan ke berapa [ tak terkira dah] Abah Addinnasa masih tak dapatkan no 5 atau 6 maka jet abah Addinnasa tak dapat la nak bergerak. Setiap kali baling dadu asyik dapat no 1 atau no 2. Sampaikan saya suruh bagi dadu lain kot la boleh ada luck. Namun masih nasib yang sama.

Hinggalah satu stage...kami tiga beranak kecuali Abah Addinnasa dah dapat masukkan jet ke rumah masing-masing barulah Abah Addinnasa berpeluang meneruskan permainan. 

Kami meneruskan permainan...dan percaya atau tidak, Abah Addinnasa adalah juara permainan ini semalam. Abah Addinnasa berjaya melengkapkan 4 jet pulang ke rumah masing-masing.

Dan....paling kelakar ibu adalah yang terakhir complete kan game. Tak per la janji anak-anak happy.


Jam menunjukkan 11.30 malam...masa untuk minum tripple gems sebelum tidur dan semua anak-anak happy kerana dapat bermain dengan game kapal terbang ni.

Namun ada benda yang saya belajar dari permainan ini.




1. Sabar - nak main ni kena sabar. Sabar adalah tunggak untuk bermain dan mesti berlapang dada. Sama la bila buat bisnes, kena ada sifat SABAR.  Kerana pokok tak berbuah dalam sehari.


2. Sentiasa bersangka baik selalu. Setiap permulaan belum pasti pengakhirannya. Penting teruskan usaha. Dalam bisnes pun sama, kadang-kadang permulaan macam tak nampak jalan, tapi kena bersangka baik selalu.


3. Jangan sibuk tengok orang kiri kanan. Tak perlu compare nasib kita dengan orang. Fokus dengan usaha majukan diri sendiri. Dalam bisnes pun sama, jangan sibuk tengok orang lain...kadang-kadang boleh menyebabkan kita down. Walhal adakala status update orang lain pun belum jamin pengakhiran dia hebat.


4. Jangan pandang remeh pada orang yang lambat, kerana pengakhirannya hanya Allah juga yang lebih tahu. Dalam bisnes kalau rezeki kita lebih dari orang lain, bersyukur dan doakan kawan-kawan lain pun boleh dapat sama. Jangan fikir diri sendiri aje kerana kita tak tahu masa depan sapa yang lebih baik.


5. Nikmati permainan dengan rasa happy supaya apa jua keputusan kita sentiasa berlapang dada. Dalam bisnes pun sama, kena ada jiwa yang gembira dan bersemangat kerana Allah memandang usaha dan Dia tahu nak beri rezeki dari laluan yang mana. Wallahu alam.



Isnin, 29 Oktober 2018

Sampai bila kena makan vitamin?

'Saya taknak makan vitamin sebab nanti kena bergantung dengan vitamin aje.'

Masih terngiang-ngiang kata seorang kawan bila disyorkan makan vitamin semasa beliau sihat.

Ya mesti ramai yang tanya, sampai bila kena makan vitamin?

Hmmm....

So soalan yang sama saya nak beri....sampai bila kita kena makan nasi?

Adakah selepas disahkan kencing manis tak terkawal, sakit kronik baru kita sedar ..... tak boleh makan nasi sangat kerana nasi ni karbohaidrat. Karbo yang berlebihan akan ditukar menjadi gula.... boleh memudaratkan.


Personally saya memang amalkan vitamin dah hampir 20 tahun sebenarnya....

Tapi sebab saya tahu masa kecik dulu saya ada alahan dengan makanan laut. Tapi lepas amalkan Shaklee, saya tak mudah alah dengan makanan laut. Alhamdulillah boleh makan cuma jangan berlebihan.

Kenapa kena makan vitamin kalau dah tak alah pada makanan laut?

Soalan yang bagus....

Vitamin ni sebenarnya makanan tambahan yang cuma melengkapkan mana-mana kekurangan vitamin dan galian dalam tubuh kita.

Bila dah tak alah tak bermakna tiada lagi kekurangan. Ditambah bila kita banyak kerja luar dan terpaksa makan luar....dah pasti terdedah dengan makanan yang bergoreng dengan minyak entah berapa kali guna, perasa tambahan sebab nak bagi sedap, pewarna terutama dalam minuman....dan banyak lagi.

Maka saya terus amalkan Shaklee kerana saya tahu pemakanan kami terdedah dengan semua bahan yang dinyatakan di atas. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, pengambilan vitamin perlu untuk saya pastikan badan tak mudah terdedah dengan penyakit yang merbahaya.

Related image
Jika mampu jaga pemakanan seimbang...mungkin pengambilan vitamin adalah perkara kedua yang perlu dipertimbangkan untuk kesihatan.


Kalau kita memang jenis masak sendiri dan semua bahan mentah adalah bahan organik mungkin kita boleh pertimbangkan untuk tidak amik supplement. 


Kalau kita memang tak mampu untuk masak sendiri setiap hari...option lain adalah amik supplement sekurang-kurangnya kita nak jaga tubuh dari berlebihan lemak yang boleh sebabkan kolestrol dan bantu sistem imun kita kuat terutama bila terdedah dengan karsinogen. 

Ditambah dengan jarang bersenam dan beban kerja yang banyak menyebabkan selalu tidur lewat risiko untuk sakit jantung dan tekanan darah tinggi sangat besar.

Namun balik pada individu juga...kita je yang tahu simptom yang tubuh kita beri sebagai signal alert pada tubuh. 

Maka sampai bila kita nak kena makan vitamin balik pada diri kita sendiri. 

Sesungguhnya, tubuh kita makin tua sistem juga semakin banyak lompongnya dek kerana terdedah dengan pencemaran alam sekitar, cara hidup yang tak menentu, makanan yang tak seimbang dan tekanan kerja yang makin bertambah. Hanya kita sahaja yang tahu nilai kesihatan diri kita.



Next entry saya akan share tentang vitamin asas untuk kekal sihat. Stay tune.






 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Dah makan vitamin dari kecil?

Masa kecik lagi arwah mak memang berikan kami vitamin....paling biasa pun multivitamin dan minyak ikan brand seven seas. Ya arwah mak kata penting makan vitamin untuk otak pandai.

Ditambah pulak masa saya kecik, kaki selalu kena kudis. Kudis sampai bernanah.. maka lagi la selalu kena suruh makan vitamin.

Makan ubat bila dah parah...lambat sangat baik kena pergi doktor amik ubat.

Bila dah masuk universiti...memang tak amik vitamin. Sebab fikir dah besar...dan rasa taknak bebankan mak dan abah. Adik pun ramai lagi perlukan perbelanjaan.

Ceritanya bila selalu kena migrain, rakan projek kolej syorkan la vitamin Shaklee...masa tu nama ESP adalah Soy Protien dan Ostematrix zaman tu dipanggil Kalsium Magnesium.

Image result for instant protein shaklee

Berbekalkan makan 2 jenis ni ada perubahan pada kesihatan saya....dan kerana rasa ada kebaikan boleh dikongsi saya share kan pada kawan-kawan kenalan di kolej.


Dah nama pun student U....memang selalu mudah rasa letih tapi tetap kena belajar kan?

Slowly saya tambah makan B complex dan Lecitin.

Kawan-kawan pun excited mencuba. Memang nampak hasil. Walau penat, otak masih boleh fokus belajar.

Berbekalkan order kawan-kawan yang rata2 hanya beli 2 vitamin ini, dapatlah saya merasa bonus Shaklee hingga 4 angka dari zaman belajar di U lagi.

Alhamdulillah.

Sampai sekarang masih makan vitamin ni sebab dah dapat peluang tengok kilang Shaklee kat US. Lebih yakin dengan kualitinya dan keberkesanannya.

Nak cuba? Boleh mesej di sini...... <NAK CUBA VITAMIN SHAKLEE>

Next entry....Sampai bila kena makan vitamin?

Stay tune.



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 16 Oktober 2018

Berminat mencari bisnes yang Global? Shaklee ada !!!

Mungkin bagi yang baru mengenali Shaklee menyangka bahawa Shaklee hanya mempunyai pasaran di Malaysia semata-mata. Tapi tahukah kalian bahawa kita boleh berniaga Shaklee secara global dan memperoleh income juga secara global?

Pengedar Shaklee Malaysia juga boleh berpeluang mempunyai organisasi diluar negara termasuklah Shaklee Taiwan, Shaklee China, Shaklee Indonesia, Shaklee USA, Shaklee Canada dan Shaklee Japan.

Pendapatan akan di 'convert' dalam RM pada setiap awal bulan. Best kan?

Ini bermakna bisnes Shaklee ini bukan terhad dalam Malaysia sahaja.

Shaklee Indonesia dan Shaklee Japan
Penyata pendapatan Shaklee Global



Pada setiap awal bulan syarikat akan menghantar penyata jualan dari negara luar jika kita mempunyai organisasi global.

Bestkan bisnes Shaklee ini?

Berminat sertai kami?

Antara peluang yang bakal diperolehi? Boleh KLIK sini untuk melihat peluang yang terbuka di Shaklee.


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. 
Nak beli produk Shaklee ? 
Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee? 
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 4 Oktober 2018

Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee yang ramai orang tak tahu?

Mungkin ada segelintir yang memandang enteng keahlian sesuatu persatuan atau badan syarikat, tetapi hakikatnya pasti ada kelebihan yang orang itu tak tahu maka kerana itu ia tidak mengambil peduli.

Sebagai contoh mempunyai kad keahlian Miri Boulevard Shopping Centre, selain mengumpul point..point itu dapat ditukar kepada rebat tunai. Rebat tunai ini boleh digunakan untuk membeli belah dalam pasaraya Boulevard Miri. Bukan itu sahaja, setahun sekali ada member day.

Ini bermakna menjadi ahli itu adalah salah satu tanda setia kita kepada tempat tersebut.

Begitu juga dengan menjadi ahli Shaklee. Pasti ada kelebihannya dan kerana itu ramai yang bertahan menjadi ahli.

Seperti yang orang ramai tahu ,



✅ Dapat beli dengan harga yang lebih menjimatkan secara langsung boleh collect point untuk dapat BONUS TUNAI dari Shaklee.

✅ Untuk dapat bonus, ada range belian yang ditetapkan tapi paling best, tanpa downline juga kita boleh dapat BONUS TUNAI dari Shaklee bila kita dah capai kelayakan yang ditetapkan.

✅ Latihan produk secara berterusan oleh syarikat diberi secara PERCUMA.

✅ Setiap tahun perlu ada renewal tapi duit tu dipulangkan ke dalam akaun Pengedar menjadi rebat tunai dan boleh digunakan untuk beli produk Shaklee.

✅ Boleh dijadikan bisnes dengan mudah kerana penghantaran produk kepada pelanggan disediakan oleh pihak Shaklee dengan kos pos yang sangat minima dan lengkap dengan INSURANS.

✅ Penghantaran produk melalui syarikat yang dilantik oleh Shaklee dijamin selamat dan mempunyai jaminan insuran jika terjadi apa-apa kerosakan pada produk sepanjang penghantaran.

✅ Sebagai ahli Shaklee berdaftar, ahli layak mendapat promo yang Shaklee tawarkan pada setiap bulan.



Apa yang orang tak tahu tentang kelebihan menjadi Ahli Shaklee?



✅ Shaklee menyediakan slip pendapatan setiap bulan bila kita layak menerima bonus.
Slip Pendapatan Shaklee layak digunakan untuk membuat pinjaman kereta ataupun rumah bila kita memenuhi kriteria yang bank tetapkan.

✅ Syarikat MLM yang membayar bonus tertinggi kepada pengedar.

Shaklee menyediakan SEPULUH jenis bonus tunai. Antaranya adalah
       
      Bonus Peribadi
      Bonus Peribadi Bersih
      Bonus Kepimpinan tingkat 1
      Bonus Kepimpinan tingkat 2
      Bonus Kepimpinan tingkat 3
      Bonus Kepimpinan tingkat 4
      Bonus Kepimpinan tingkat 5
      Bonus Kepimpinan tingkat 6
      Bonus Program Subsidi Kereta
      Bonus Insentif [Pangkat Coordinator - Master]


 ✅ Shaklee menyediakan Insentif Percutian. Bukan itu sahaja, kita boleh bawa bersama pasangan,  
       anak-anak, mak ayah atau mak ayah mertua juga bila memenuhi kelayakan. Kita berseronok  
       bersama yang tersayang.
     
      Peringkat Antarabangsa
      Regional
      Umrah





✅ Percutian yang disediakan bukan calang-calang percutian ya. Tiada konsep buy up. Tetapi konsep
      Reward pada yang memang layak. Siap dapat beg baju [ lunggage] , jika musim sejuk dapat  
      sweater or jaket, kalau Umrah dapat semua keperluan Umrah termasuk kain ehram dan telekung.
      Complete package. Jika makanan tak disediakan, maka syarikat Shaklee akan berikan elaun
      makan!
     












TERBARU !!!


✅ Apabila seseorang Pengedar Shaklee bergelar Pemimpin Pengedar bermula dari pangkat Coordinator ke atas, bisnes Shaklee mereka boleh diwariskan kepada ahli keluarga mereka jika Pemimpin Pengedar meninggal dunia atau mengalami kecederaan kekal /hilang upaya disebabkan kemalangan.


✅ Pengiktirafan peringkat Antarabangsa di Amerika Syarikat. Bukan hanya setakat dalam negara tetapi juga luar negara !!!







Seronok kan?

Bukan sahaja duit, recognition sampai peringkat antarabangsa, melancong, dan paling utama kita boleh rai bersama yang tersayang iaitu pasangan kita, anak-anak dan tak lupa mak ayah kita!!!





Berminat nak tahu lebih lanjut bagaimana nak dapatkan semua ini?

Boleh whatsapp secara terus di sini.



 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 23 September 2018

Simpton tu sebagai tanda awal amaran dari tubuh badan.


Hari ini, berita pesakit mendapat kanser bukanlah satu perkara baru...malah bila kawan saya menghantar gambar anaknya yang selesai pembedahan mengeluarkan ketulan daging yang doktor panggil Cyst pada kanak-kanak umur 6 tahun , ianya seperti perkara biasa.

Ya kerana dunia hari ini manusia sibuk dengan urusan kerjaya hinggakan adakala kita lupa waktu makan yang sepatutnya. Kerana sibuk dengan tugas hakiki simpton awal penyakit juga diabaikan dan dipandang remeh.

Ada seorang kenalan kami, beliau berumur lebih 40 an...beliau melalui satu keadaan dimana giginya gugur. Permulaan sebatang...kemudian gugur lagi...tanpa ada rasa sakit. Bila dah beberapa giginya gugur, beliau tergerak nak jumpa Doktor gigi. Doktor gigi menasihatkan beliau berjumpa pakar di hospital besar. Selepas beberapa ujian yang dilalui...Doktor pakar mengesahkan kawan ni mengidap kanser rahang. Satu penyakit  kanser yang jarang didengari.

Hari ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan Pemain Badminton Datuk Lee Chong Wei disahkan mengidap kanser hidung tahap awal. Pada peringkat awal, beliau dikatakan susah bernafas dan sebagai manusia biasa, kita akan menganggap ia perkara biasa bila kita terlalu penat bekerja. Tanpa sedar sel kanser sedang membiak.

Ya antara simptom biasa yang semua orang alami ;

Kurang bertenaga

Berat badan berlebihan/ Berkurangan

Selalu pening/ Sakit kepala

Gusi berdarah
Image result for gusi berdarah



Badan mudah bercalar atau lebam

Image result for badan lebam



Penghadaman yang tidak baik

Sukar untuk bangun tidur

Mengantuk

Keinginan yang tinggi pada makanan manis

Gugup/ Gementar/ Sedih

Kekeringan mata

Kuku pecah
Image result for kuku pecah




Kebas kaki tangan atau kaki

Kekejangan kaki

Sakit/ Sengal badan

Bahu/ lengan yang kaku

Sembelit

Pemakanan yang tinggi kandungan lemak

Rambut gugur

Selalu menggunakan pil penahan sakit

Senang selsema

Image result for mudah selsema

Nafas berbau


Ya sebenarnya simptom ini adalah tanda awal yang diberikan oleh tubuh untuk memberitahu sistem badan kita ada masalah yang boleh disebabkan  kekurangan nutrien atau cara hidup yang tidak seimbang.

Kekurangan nutrien boleh terjadi apabila badan kita tidak mendapat khasiat yang seimbang melalui pemakanan harian. Ramai orang tidak mengamalkan pemakanan sihat hari ini disebabkan oleh desakan masa kerja mereka. Pengambilan sayur dan buah-buahan dipandang ringan sedangkan ia mengandungi zat nutrien yang diperlukan oleh badan walaupun hanya serat.


Cara hidup yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan kita mula trigger kepada penyakit. Tuhan menjadikan 24 jam supaya kita punya masa untuk bekerja, beribadah dan berehat. Tetapi kerana desakan ekonomi, ramai orang bekerja lebih masa untuk mencari duit lebih akhirnya menggugat taraf kesihatan diri mereka. Tidak kurang juga golongan yang terlalu taksub dengan gadget hinggakan merosakkan panca indera [mata] serta merencatkan otak dalam jangka panjang.


Pemakanan hari ini pula banyak yang telah diubah genetiknya...kerana nak memenuhi permintaan ekonomi [ membuktikan umat manusia makin bertambah dengan cepat], begitu juga banyak inovasi dihasilkan seperti penghasilan makanan segera untuk menampung permintaan manusia hari ini.

Image result for makanan segera

Maka kita seharusnya peka dengan apa yang berlaku pada tubuh kita hari ini. Bagi ibu dan ayah, setiap tanda awal dari anak juga perlu diambil berat dan harus peka walau sesibuk mana kita kerana penyakit hari ini tidak mengenal usia.





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 28 Jun 2018

Belum terlambat nak ubah nasib sendiri

Kenapa sia siakan masa muda?
===================== 
Mungkin ada yang tak tahu, mertua saya adalah upline kami dalam bisnes Shaklee ini.

Mak dan ayah sertai Shaklee masa umur mereka dah cecah 40 an.
Mereka terus buat dikala ramai rakan seangkatan dah mula menghilang.
Mereka terus usaha untuk kekal efektif walau apa pun keadaan.
Mak ayah tak pernah kenal erti putus asa. Walau ada yang mencerca atau menghina, mereka teruskan perjalanan mengejar impian.
Siapa sangka berkat SABAR, ISTIQAMAH DAN GIGIH USAHA mak ayah mampu beli rumah yang harga jutaan ringgit pada usia mereka cecah 60 an.



Bayangkan jika dulu mereka putus asa? Pastinya mereka takkan kecapi saat yang ada sekarang.
So siapa kata dah terlambat untuk maju dalam hidup? Mereka mulakan Shaklee di saat orang lain dah nak dekat pencen dari bekerja.
Mereka beli rumah sendiri di saat mereka dah capai umur 60 an.
Mereka dapat beli rumah idaman mereka. Membeli rumah idaman adalah impian semua orang.

Mereka dah buktikan TIADA yang mustahil bila kita PERCAYA dengan IMPIAN SENDIRI. 

Terus usaha sehingga berjaya.


Ibrah dari kisah ini, kenapa kena fikir gagal padahal umur belum capai 40 an? Usaha belum hebat mana, tapi jiwa dah menyerah kalah?
Tak tahu nak kejar impian apa?
Ada duit tambahan; boleh beli rumah impian.
Boleh hantar mak ayah umrah dan haji.
Boleh buat umrah sendiri dan pasangan.
Boleh travel tengok dunia.
Ada banyak aje boleh dicapai... turunkan ego, buangkan minda negatif dan terus belajar sambil praktis apa yang dipelajari. Insyaaallah tiada impian yang tak mampu dicapai dengan izin Allah yang maha pemberi.

Sesungguhnya bila kita menjaga Al Quran, maka Allah menjaga seluruh hidup kita. InsyaAllah.


Pengedar Shaklee Aktif Malaysia




 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 27 Mei 2018

Adakah anda termasuk dalam golongan yang perlukan Multivitamin?

Adakala kita ingat dengan menu makanan yang banyak telah menyumbang kepada semua jenis vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Hakikatnya, tiada satu makanan yang kita makan hari ini mampu menyumbang kepada semua jenis vitamin dan galian yang diperlukan oleh badan kita.

Ada yang menyangkan dengan mengamalkan sayur dan buah-buahan seharian mampu menyediakan sumber yang sihat...tapi sedarkah kita cara masakan malah adakah tanah yang menghasilkan sayuran dan buah-buahan tersebut mempunyai sumber galian yang mencukupi atau seimbang?


Oleh kerana itu pengambilan multivitamin sebenarnya sangat penting. Multivitamin yang mengandungi zat besi dan lengkap dengan galian yang diperlukan oleh badan adalah sangat perlu diamalkan oleh kita semua.


Terdapat beberapa golongan yang perlu amalkan multivitamin ; antaranya


1. Ibu mengandung dan menyusu anak. 
Golongan ini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membina darah. Ibu yang kurang zat besi akan kelihatan pucat , mudah letih , senang nak pitam dan nampak tak bermaya. Manakala bayi yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah kenaikan berat badan dan perkembangan yang tak seimbang.

Hasil carian imej untuk pregnant
Ibu mengandung sangat memerlukan multivitamin.
     

2. Mereka yang mempunyai masalah hemoglobin rendah. [ HB rendah]
Biasanya golongan ini senang rasa sakit kepala dan nak pitam terutama hari panas atau bila berada dalam tekanan.Kekurangan hemoglobin mempunyai kaitan dengan masalah penghasilan sel darah merah.

Hasil carian imej untuk low hemoglobin levels
Wanita adalah golongan yang sering mempunyai masalah hemoglobin rendah.

3. Mereka yang mempunyai masalah rambut gugur berterusan.
Seperti kita sedia maklum, multivitamin merangkumi semua jenis vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan vitamin dan galian secara berterusan boleh menyebabkan rambut kekurangan nutrien dan secara langsung menyebabkan ia gugur secara berterusan.

Hasil carian imej untuk rambut gugr
Kekurangan beberapa vitamin dan galian menyebabkan rambut mudah gugur.

4. Badan yang cepat letih dan lesu
Ya tanda badan kurang vitamin dan nutrien apabila kita mudah rasa lemah badan, sengal dan lesu...tak bermaya dan kurang bersemangat.
Hasil carian imej untuk letih
Mudah lesu


5. Mereka yang sering sakit dan lambat kebah
Ya golongan yang mudah sakit dan lambat untuk sembuh. Ada juga yang mengalami sakit yang berulang-ulang. Golongan ini memerlukan multivitamin kerana badan pastinya kekurangan mana-mana vitamin dan galian tanpa disedari.
Hasil carian imej untuk slow recovery fever
Sakit yang lambat kebah
Jika ya, cuba dapatkan nasihat doktor atau pakar nutrisi untuk membantu dalam mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.




 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 22 Mei 2018

Pengedar Vivix Shaklee Putrajaya - Aini Hayati

Mencari Pengedar Vivix Putrajaya atau Dengkil? Atau mencari vitamin  Shaklee berdekatan kawasan Putrajaya Dengkil?

Boleh dapatkan dari Nurin- Pengedar Vivix Shaklee Putrajaya.




Leader aktif Shaklee
Pengedar Vivix Shaklee Putrajaya

Boleh dapatkan stok Vivix Shaklee dan vitamin Shaklee yang lain dari Aini Hayati. Selain itu Aini Hayati turut menyediakan servis ;


✔ Pendaftaran ahli baru.

✔ Konsultasi penuh dan jadual pemakanan Shaklee

✔ Penghantaran produk Shaklee sekitar Putrajaya dan Dengkil.

✔ Menyediakan latihan untuk pengedar yang ingin berbisnes.

 Service after sale.



#pengedarshakleeputrajaya

Isnin, 16 April 2018

Cuaca sejuk perlukan minuman Performance Drink Shaklee?

Pengedar Shaklee Muar
Performance Drink Shaklee

Cuaca di Istanbul lebih kurang 13* celcius. Sejuk bila berangin.
Berada dalam flight lebih kurang 11 jam dan cuaca yang sejuk berangin boleh menyebabkan kulit menjadi sangat kering.
Bila kering ia akan bersisik atau mengelupas.
Lebih parah jika ia radang menjadi gatal dan rensa.

Ya untuk anak-anak khususnya termasuk kita perlukan minuman yang membantu tubuh hidrasi.

Syukur bawa Performance Drink Shaklee.


Apakah manfaat Performance Drink Shaklee?


Boleh baca Sini 👈

Jumaat, 13 April 2018

Pentingkah minyak ikan untuk si manja?

Sejak dari kecil arwah mak akan beri kami adik beradik makan minyak ikan... zaman kecik kami tak kenal Shaklee so arwah mak hanya beli yang ada di farmasi aje. Walaupun begitu arwah mak tak beli yang biasa, tapi adalah jenama yang dikenali iaitu 7 sea.

Saya senang kunyah bila arwah mak bagi mungkin sebab saya suka bau ikan tu... walaupun dalam istilah lain memang hanyir.... kadang kadang saya makan lebih bila arwah mak suruh ambil sendiri.

Bila tanya arwah mak kenapa kena makan? Arwah mak akan jawab bagus untuk otak dan paru-paru. Mungkin sebab kami ni ramai jadi arwah mak nak pastikan kami semua sihat.

Inilah vitamin yang saya ingat saya makan sejak kecil. Selain dari vitamin C entah brand apa saya kurang ingat.

Sebenarnya minyak ikan ni bagus diambil oleh kanak-kanak yang dah mula pandai mengunyah atau menelan vitamin. Ia memang dah diketahui umum bagus untuk otak yang mana ia membantu membesarkan grey area dalam otak kanak-kanak agar dapat berfikir kreatif dan diluar kotak. Selain membantu menguatkan daya ingatan dan fokus.

Selain itu ia juga membantu chest anak-anak warm dan tak mudah diserang asma atau semput dek kerana cuaca sejuk atau disebabkan minum air sejuk.

Minyak ikan juga bagus dalam meningkatkan sistem imun kita begitu juga anak. Ini kerana fungsi minyak ikan itu sendiri sebagai anti inflammation ( anti keradangan).

Minyak ikan seperti diketahui umum ia juga bagus mengawal paras kolestrol yang kini bukan sahaja menjadi masalah pada orang berusia tetapi orang muda juga akibat pemakanan yang tidak seimbang. Maka pengambilan minyak ikan sejak dari awal lagi membantu kesihatan dalaman termasuk jantung.


Memandangkan kita bekerja demi keluarga, jangan lupa laburkan sedikit duit untuk mendapatkan minyak ikan untuk si manja tersayang.

Nanti saya akan sharekan kelebihan minyak ikan yang kami amalkan.

Pengedar Vivix Shaklee Kuala Terengganu
Omega Guard Shaklee

Khamis, 12 April 2018

Bahaya kehamilan tanpa asid folik

Semalam saya ada share tentang Vitamin Ibu Hamil. So kita teruskan dengan bahaya kehamilan tanpa asid folik yang biasa terdapat dalam multivitamin atau vitamin B Complex.

Perhatian kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu atau teman-teman wanita saya diluar sana yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil.

Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (Spina Bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.

Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.

Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap. 


Hasil carian imej untuk pregnancy cycle avoid spina bifida
Pentingnya pengambilan Vitamin B Complex untuk mengurangkan risiko Spina Bifida
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!

Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement dan vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee? Boleh terus mesej www.wasap.my/60128535689/Vitaminhamilshaklee