Memaparkan catatan dengan label trial pack. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label trial pack. Papar semua catatan

Selasa, 30 Mac 2010

Hadiah dibawa ke kuiz yang seterusnya.







Memandangkan tiada jawapan yang ibu harapkan maka hadiah akan dibawa ke kuiz yang seterusnya ....


Nantikan soalan kuiz seterusnya yang akan keluar pada bila2 masa.

Salam sayang dari ibu

Jawapan yang ibu harapkan untuk kuiz semalam....




Terima kasih kepada semua yang sudi menghantar email....
 Kebanyakan jawapan memang betul, tiada yang salah. Namun jawapan yang ibu nak beri di sini adalah berdasarkan apa yang ibu dah lalui dan info berikut:





Shopping carts are considered one of the most important tools for shopping in supermarkets. It helps you buy all your household, including your personal supplies, and to transfer those purchases throughout the store and car parking space.

But do you have any idea about the dangers of shopping carts?!

A study conducted in South Korea showed unexpected results about the public tools that cause contamination and transfer of bacteria. The study, conducted by the Korean Consumer Protection Board, found that handles of shopping carts in stores are the most polluted with bacteria among the objects that are frequently traded among people, and handles of public toilets are not as bad as expected.

Studies that have been conducted proved that there are 1 million germs on just one shopping cart handle.
Researchers stress that shopping carts handles are one of the most contaminated public surfaces, even dirtier than most public restrooms. The reason? Public restrooms are cleaned and disinfected regularly, but shopping carts are not. In fact, most stores clean their shopping carts only a couple of times each year.
            Many consumers don’t realize the degree to which shopping carts have been exposed to bacteria and germs via sources such as meat or poultry, children while sitting in the carts and other consumers’ illnesses.


Did you know that shopping cart handles can harbor ten times more germs than almost anything else you touch during the day? Swabs taken from shopping cart handles have shown germs, viruses, bacteria and body fluids on these plastic handles.
In the meantime, with everyone touching the cart handles and babies being put into the seats, the typical shopping cart is continuously being contaminated and accumulating a startling range of germs and viruses.

To protect your self and baby from getting germs:
        Wash your hands upon completion of shopping, especially your child’s hand if he was put on the chair of shopping cart.
        Use anti-bacterial wipes to clean and disinfect the carts’ handles. 





Salam sayang dari ibu




Isnin, 29 Mac 2010

Any idea? (T-shirt as freegift)

Ada sesiapa yang ada idea...apakah atau dimanakah tempat yang paling banyak membiak bakteria tanpa kita sedari selain dari tandas awam?(HINT: PUBLIC)


Hmm... ibu rasa nak bagi freegift siapa jawab paling tepat terutama jika response baik punya!!! kekekeke. So, siapa tahu? Boleh jawab hantar email kepada addinnasa@gmail.com, hanya tuliskan jawapan sahaja dan tinggalkan komen di ruang entry ini jika anda telah menghantar email mana la tahu masuk kat spam pula, rugi jika betul tetapi tak dapat hadiah kan?

Last jam 5 pm ini ya. tak salah mencuba...tak perlu keluarkan apa2 belanja pun.






Salam sayang dari ibu



Jumaat, 26 Mac 2010

Mencairkan kahak?




Sepanjang menemai Addin ke kelas Karatenya, ibu suka bersembang dengan ibu2 yang yang juga menemani anak mereka berkarate. Maka ada petua dan ilmu yang bermanfaat dapat dipraktikkan dan so far menampakkan hasil yang baik.

Auntie Nurul seorang yang ramah, beliau merupakan seorang mualaf. Ibu banyak mendapat ilmu dan petua dari beliau; antaranya bagaimana nak mengurangkan kahak anak... ini juga telah disokong oleh salah seorang ibu yang berasal dari Sarawak. Katanya, setiap malam sapukan minyak panas di bahagian belakang badan si anak sewaktu mereka tidur, insyaAllah kahak akan mula berkurangan. Alhamdulillah telah ibu praktikkan pada Addin dan Nasa walau mereka tidak batuk..bak kata orang prevention is better than cure.

Memang ada petua lama yang menyarankan ibu menyedut sahaja kahak melalui hidung anak tapi hal ini tidak dibenarkan oleh Abah kerana katanya ia bahaya untuk paru2 anak.Maka ibu lebih prefer menggunakan petua dari auntie Nurul tadi. Bertambah lagi kini Nasa sudah tidak menyusu badan lagi. Jika dahulu jika ibu sedar yang Nasa dah punya bunyi kahak maka ibu akan up kan vitamin C intake, dari 1 biji kepada dua biji. Selain itu ibu pastikan Addin dan Nasa makan omega 1-2 kali seminggu agar chest mereka tidak mudah sejuk yang boleh menyebabkan mereka mendapat selsema.

Auntie Nurul ini kelihatan sangat muda...ibarat 33 tahun tapi sebenarnya umur beliau ialah 42 tahun. Pernah juga beliau berkongsi dengan teman2nya di situ betapa pentingnya pengambilan vitamin. Mungkin kerana latar belakang keluarganya berbangsa Cina yang mementingkan supplement untuk kesihatan dan awet muda. Beliau juga pernah menegur ibu bahawa ibu kelihatan seperti budak 20-an....tersenyum sipu malu tapi suka seketika. Esok kami akan berjumpa lagi kerana kelas karate Addin ialah Sabtu dan Ahad. Ibu akan gali lagi petua yang ada....




Salam sayang dari ibu


Khamis, 25 Mac 2010

Bukan sebab ibu berubah hati...





Bagi mereka yang telah mengikuti pembacaan blog ibu selama 2 tahun pastinya akan menyedari sesuatu yang berubah.....

Inilah dulu template yang ibu tempekkan di sebelah kanan atau kiri blog bagi kemudahan semua teman cyber ibu untuk membeli vitamin Shaklee dengan harga ahli.

Tapi kini....



Ibu terpaksa menyimpan no itu secara rahsia kerana ada segelintir pihak yang mungkin tidak selesa atas apa yang ibu tempekkan itu. Bagi menghormati pihak2 yang terbabit ibu membuat keputusan hanya akan memberi ID kepada mereka yang ingin membeli secara walk in di mana2 branch mahupun HQ Shaklee sendiri.

Secara jujurnya tulisan ibu dan apa jua cerita di dalam blog ini adalah perkongsian ibu dengan teman ibu ....

                                       I AM NOT SELLING BUT I AM SHARING...
 -
-
-
-
-

                                     because sharing is caring.

cuma untuk trial pack memang ibu jual kerana ini sahaja cara ibu membantu mereka2 yang baru mengenali Shaklee merasa perbezaan vitamin jenama Shaklee dengan harga yang mampu dibayar.

Oh ye, memandangkan ramai yang membantu ibu memperkenalkan Shaklee kepada teman dan ahli keluarga , ibu sedang cuba membuat sistem reward kepada mereka yang membantu ibu berkongsi. InsyaAllah akan ibu postkan dalam entry yang akan datang.



Salam sayang dari ibu



Selasa, 23 Mac 2010

Inilah ibu...




Ibu memang menulis blog ini untuk berkongsi dengan teman2 diluar sana tentang apa yang pernah ibu lalui...terutama tentang masalah kesihatan, penyusuan dan amalan serta petua yang saya rasakan boleh membawa manfaat kepada yang memerlukan.

Bukan ibu nak menunjuk pandai tapi sekadar bercerita dengan cara ibu apa yang ibu faham tentang segala info yang ibu perolehi dari buku bacaan ibu.

So semalam, bila ibu dapat tahu yang ibu entitle dapat freegift...ibu terus email semua teman setia ibu so that mereka pun akan dapat freegift tu. Bila ibu dapat ym dari auntie Aishah betapa seronoknya dia bila dah terima gift, it really makes me happy.Begitu juga bila ada teman yang mesej ibu kepuasan apabila merasakan perbezaan Shaklee. Itulah yang ibu rasakan. 

Ada soalan cepu emas dari seseorang:

Jika puan kata kita boleh amik vitamin dari klinik kerajaan, mengapa puan tidak mengambilnya sahaja dari klinik kerajaan?

Jawapan saya secara peribadi:

Vitamin yang kerajaan sediakan di klinik kerajaan adalah khusus untuk rakyat yang kurang berkemampuan untuk membelinya dari farmasi atau mana2 sumber berbayar.  Ianya adalah salah satu usaha kerajaan membantu golongan yang susah terutamanya ,agar kesihatan mereka juga tidak terjejas.
Pada saya secara jujur, jika berkemampuan adalah lebih baik kita membeli dari mana2 sumber dan tidak mengambil hak golongan yang sepatutnya  lebih layak. Macam rumah kos rendah... memang ramai yang mahu membeli untuk didiami mahupun disewakan kepada orang lain bagi menjana duit namun ianya adalah hak golongan sederhana yang pendapatan perkapita nya kecil. Semua orang suka yang percuma dan ianya tidak dapat dinafikan lagi. Tapi jika kita memberi hak kepada yang berhak, hidup kita pasti lebih berkat. Ditambah pula kerajaan sekarang sedang mempunyai masalah budget, maka tak salah jika kita mampu beli then kita beli.

Apa pun ibu bersyukur, customer ibu bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional termasuklah doctor tetapi dari staf sokongan kerajaan dan mereka yang bekerja di sektor swasta. Terima kasih kerana kalian turut berkongsi produk dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Semoga kebahagian sentiasa bersama kita.






Salam sayang dari ibu



Isnin, 22 Mac 2010

Jangan lupa collect hadiah....






Bagi yang membeli menggunakan ID ibu, 395863 yang walk in terutamanya , jika kalian membeli dan entitle untuk mendapat 3 freegift di atas, just grab the gift on behalf of me. Ibu pun baru tahu offer ni bila ada customer tanya tadi...



Salam sayang dari ibu




Jumaat, 19 Mac 2010

Punca suami tak sokong penyusuan.




Terlebih dahulu ibu bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sangat supportive dan mudah2an Addin dan Nasa juga akan mempunyai sifat yang sama. Beberapa minggu sudah kami menonton drami Wadi Unung…antara siri akhir drama tersebut kelihatan seorang bayi minum susu melalui botol. Lantas Addin bersuara” Aik, kesiannya budak ni kecik2 dah minum susu botol” Tergelak ibu mendengarnya. Itulah anak yang minum susu badan. Ibu terus menyampuk dengan mengatakan, “ Ada baby yang minum susuibu nya melalui botol , bukan semua baby minum botol tu susu dalam tin….” .Addin  tersenyum sipu.

Namun sebenarnya ibu tahu ramai kenalan internet ibu yang mempunyai masalah suami yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Ibu cuba membuat satu kajian kecil mengenai isu ini melalui cerita ibu2 ini tadi.


Bagaimana suami nak support jika:

1.      Si isteri selalu mengeluh keletihan.

Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan  terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka  si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.

Bagaimana nak mengatasi keadaan ini: Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan  yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .

2.      Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.
Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan munurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga ibu mendengar cerita kenalan ibu yang mempunyai masalah ini dan berlarutan.sehingga si suami mencari teman baru, nauzubillah.

Bagaimana mengatasi: Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.

3.      Si isteri tidak menjaga penampilan diri.
Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.

Bagaimana nak mengatasi:
Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…terutama summer swing, ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup. 


Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting...makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.

4.      Si isteri mencari alasan tidak masak
Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.

Bagaimana mengatasi:
a.       Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap  apabila dinikmati.
b.      Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.

5.      Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.
Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.

Bagaimana nak mengatasi: Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.

6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.

Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?
Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.


Kesimpulannya :
Bagi ibu yang dah berjaya menyusukan Addin dan Nasa selama 2 tahun lebih berpendapat secara peribadi ,makanan fizikal dan rohani sangat penting. Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang. Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.

Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doc dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doc atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri. Tepuk dada Tanya selera.
Happy breastfeeding!




Salam sayang dari ibu



Isnin, 15 Mac 2010

Susu bertambah dengan pengambilan vitamin?




Ini antara mesej(thru handphone) yang dihantar oleh mereka yang mencuba vitamin Shaklee, bermula dengan trial pack 30 hari consume.

Mesej dari auntie Kyra.(masa ni belum tahu yang ibu muda dari auntie Kyra...hehehehehe)...tanpa sebarang edit.

Salam kak. Juz nak share happy story. Dlm nursing room semua orang tegur susu saya banyak. Sekali pam dapat 7@8 oz, orang tanya u makan apa? Dengan bangganya saya cakap i makan multivit Shaklee. Rena tu opismate saya. Dia dah order semalam kan? 
Dulu saya stress sebab selalu kepenatan dan susu pun macam tak berkualiti.Sekarang susu saya pekat nampak sedap sangat bila baby minum.

Alhamdulillah...memang gembira ibu terima mesej ni. Terima kasih buat auntie Kyra sebab rajin berkongsi dengan opismate dan ahli keluarganya.

Ini dari seorang lagi customer online ibu,auntie Husna :

Salam. Kak, 1 lagi saya perasan selepas amik Shaklee dah dekat 2 bulan ni, anak saya jarang demam dah. Before ni dia rajin demam walaupun minum susuibu. Tak tau nape. Alhamdulillah la sekarang. Sekarang ni huby pun saya suruh makan. Yang dapat saya tengok lepas dekat 2 minggu amik, mood suami happy jek.Tq kak. Syukur pada Allah.

Ini pula dari auntie Hazarina melalui email:

salam sis,
stil remember me?
now dh almost a week rina mkn supplement tu..
Alhamdulillah, badan stil kadang2 lemah, tp tak sekerap dulu....kalau solat tu dulu berat rasa nk bangun, but now ringan sikit....rina pun bawa pendekatan bersabar on the result, tak mahu terburu2, since selama ni tak pernah ambil proper supplements, so, tak mengharap perubahan sepantas kilat, but it is still noticeable...
On susu badan, dalam dua hari bersama dgn baby ada rasa perubahan, dia kerap nak menyusu....sampai sejam sekali! maybe ada improve on the rasa kot? hehe, but the color looks creamier than before... cuma on quantity its subjective, but rina prefer on quality, kalau dia kenyang ..dh ckp bagus tu! quantity susu tu bnyk cara nak improve ...i just need to double up my pumping routine..
thats all sis, just wanna share my happy moments...its improving..
tapi tu la, it also affect my emotions, tak mudah marah and sedih, unlikely before, mudah je mengalir air mata, yelah badan tak berapa sihat, now its improving, walau sikit, tapi terasa
kalau bnyk +ve improvement, will recommend this to others too...expecialy to my loved ones..




Terima kasih kepada semua yang rajin menghantar email dan berkongsi feedback dengan ibu. Semoga kebaikan dan ilmu ini dimanfaatkan oleh ramai ibu2 yang menyusukan anak di masa akan datang.





Salam sayang dari ibu

Sabtu, 13 Mac 2010

ACE, ketumbuhan dan kanser- testimoni baru.




Kelmarin ibu bersembang dengan dua kenalan ibu dari alam maya... mereka ini mempunyai masalah yang sama iaitu ketumbuhan di ovari. Walaupun mereka ini hanya mendapatkan khidmat nasihat ibu sahaja tapi ibu tetap mahu mengetahui hasil dari apa yang ibu kongsikan selama ini ...

Ibu selalu mengingatkan diri ibu dan semua kenalan ibu, sesuatu penyakit itu diturunkan bersebab...selalunya agar kita lebih beringat pada yang Maha Esa. Selain berusaha, doa juga tidak kurang pentingnya.

Syukur pada Allah kerana kedua2 teman ibu ini semakin sihat dan suara mereka sangat ceria kedengaran di telefon. Cyst mereka sudah semakin mengecil dan ini membuktikan teori sains selama ini benar...ACE dapat menghalang kanser dari terus merebak.

Mengapa ACE? Ini kerana vitamin A atau lebih specific Beta Carotene, Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang terbaik dalam mencegah dan merawat penyakit. Walaubagaimanapun, ini mestilah berlaku dengan izin Allah jua. Bagi mereka yang bertawakal dalam usaha untuk mendapat kesihatan yang baik, nescaya Allah bukakan jalan kemudahan untuk mencapai yang dihajatinya.

Buat Nani dan Nur...syukur kerana Allah mengizinkan kalian mengenali Shaklee dan syukurlah kerana dengan izinNya, kalian semakin sembuh dan bertambah bahagia.
Salam sayang dari ibu

Jumaat, 12 Mac 2010

Trial pack dan Freegift ...siapa yang tak suka?





Alhamdulillah syukur, vitamin yang ibu pesan semalam dari KK baru sahaja sampai tadi.....seronok rasanya ibu nak pack trial pack. Semalam punya trial pack yang ibu pos adalah yang akhir dan ibu akan pack lagi untuk order yang baru ini. So by esok, Saturday trial pack dah ready untuk dihantar.

Ibu memang seronok buat trial pack ini kerana ini sahaja cara ibu dapat menolong orang2 baru merasa vitamin Shaklee. Ibu juga selalu membayangkan jika ibu menjadi pengguna ibu suka membeli barang yang dapat freegift...so sebab itu ibu suka nak sediakan freegift. Memang bukan hadiah yang diperlukan tetapi ia hanya sebagai satu hadiah dari ibu.

So far ramai yang mendapat freegift menghantar mesej thru hp ...mengatakan mereka suka dengan freegift yang ibu letakkan sekali dalam plastik poslaju bagi pesanan semua jenis trial pack. Bagi yang belum membuat pesanan , jangan tunggu lagi. Boleh buat pesanan melalui email atau handphone di talian 012-8535689.

Bagi yang telah membeli trial pack dengan ibu dan rajin berkongsi dengan teman2 pejabat, saudara mara serta ahli keluarga, terima kasih ibu ucapkan. Semoga Allah membalas budi baik kalian.


Salam sayang dari ibu

Ahad, 7 Mac 2010

Cerita ibu Marissa

Satu testimoni menarik yang baik untuk dikongsi bagi mereka yang melalui masalah yang sama iaitu:

- sentiasa mengantuk dan kepenatan apabila balik malam terpaksa melayan 3 orang anak yang masih kecil di rumah.
- Exclusive Pumping ( EP) memerlukan makanan yang boleh memperbanyakkan kuantiti susu dan kualitinya juga because no direct feeding takes place.
- susu agak cair apabila jarak mengepam dipanjangkan.
- apabila badan penat, agak sukar untuk stay focus di office - itu akan effect kualiti kerja.


Ikuti cerita ibu Marissa ini.




Aku selalu keletihan di office dek kerana berjaga malam. Tak berhenti aku menguap di office. Aku memang mencari-cari sesuatu supplement untuk menghilangkan keletihan yang teramat sangat.

Akhirnya aku terjumpa satu blog yang amat menarik perhatianku. Itupun setelah aku menggoogle dalam susuibu.com. Blog itu adalah blog kesihatan yang memuatkan information tentang pemakanan multivitamin yang boleh mengoptimumkan kesihatan kita semua. Selama ini memang aku mencari supplement apakah yang boleh di ambil untuk mengelakkan diri aku daripada keletihan sepanjang hari so that aku boleh menjalankan tanggungjawab di office dengan bertenaga dan sambung tanggungjawab di rumah. Sesuatu yang berkualiti dan dalam lingkungan kemampuan kewanganku. Aku pasti ramai yang pernah dengar jenama Shaklee. Lebih2 lagi untuk seseorang yang baru lepas melahirkan,dan memerah susu ( since aku adalah Exclusive pumping) aku memang perlu mengambil sesuatu supplement.

 


Terima kasih kepada Norita atau N kerana menyediakan satu blog yang sangat informative. Blog anakkuwiraku.blogspot kepunyaan N sentiasa menjadi rujukanku. Terasa sangat rugi kerana tidak menjumpai supplement ini since my first pregnancy. N telah memperkenalkan Trial Pack Shaklee 30 days consume.
 
 
 
Aku telah mengorder satu Trial Pack Shaklee ini ketika aku mula2 kembali bekerja. Ianya telah dicourierkan ke officeku. Antara sebab2 aku kena cuba trial pack ini:
- sentiasa mengantuk dan kepenatan apabila balik malam terpaksa melayan 3 orang anak yang masih kecil di rumah.
- Exclusive Pumping ( EP) memerlukan makanan yang boleh memperbanyakkan kuantiti susu dan kualitinya juga because no direct feeding takes place.
- susu agak cair apabila jarak mengepam dipanjangkan.
- apabila badan penat, agak sukar untuk stay focus di office - itu akan effect kualiti kerja.
Selepas hari ke-3 makan shaklee,aku dapat lihat perbezaannya. Iaitu:
- susu semakin banyak
- susu semakin pekat
- badan terasa agak segar
- tidak lagi mengantuk di office
- sampai di rumah, boleh stay awake sehingga pukul 11pm ( sebelum ambil Shaklee pukul 8pm mata sudah tidak boleh buka)
Aku memang sudah lama dengar jenama Shaklee tetapi tidak pernah terlintas dibenak fikiranku untuk mencuba. Agaknya aku fikir harganya sangat mahal. Tapi sebetulnya belum pernah ada orang yang betul2 memperkenalkan Shaklee kepadaku selama ini. Aku tidak pernah ambil tahu apakah kebaikan vitamin2 Shaklee selama ini. Sekarang information ini semuanya dihujung jariku.
Jadi dengan penemuan Vitamin ini, aku berharap hasratku untuk menyusukan si kecil Marissa sampai 11 bulan at least akan tercapai. Aku meletakkan target 11 bulan sahaja kerana genap umur Marissa 11 bulan, maid aku akan pulang ke Indonesia kerana kontraknya telah tamat. Lainlah kalau aku mendapat replacement maid yang sebagus maid aku sekarang. Aku berserah kepada Yang Maha Esa.

Credit to Matahari.

Salam sayang dari ibu

Jumaat, 5 Mac 2010

Mendapatkan keseimbangan untuk menjayakan penyusuan. Bagaimana?

Hmm... berbual di telefon dengan salah seorang kenalan ibu memberikan ibu satu teori yang selama ini dipandang remeh oleh ramai ibu2.. apakah teori tersebut?

Penyusuan yang berjaya sehingga dua tahun atau lebih adalah hasil dari keyakinan yang tinggi. Untuk mendapatkan keyakinan yang tinggi memerlukan makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang terdiri daripada makanan fizikal dan makanan rohani. 

Menurut pengalaman teman ibu ini ,Bie, salah seorang rakan pejabatnya telah mengambil Shaklee sebagai makanan fizikalnya setahun lebih lama dari kenalan ibu iaitu Bie.  Namun tiada hasil yang positif seperti yang rakannya harapkan. Berbeda dengan Bie yang baru 3 bulan mengambil Shaklee yang dimulakan dengan hanya pengambilan trial pack dari ibu. Jika dahulu Bie ada darah tinggi sejak melahirkan anaknya dan alhamdulillah sudah makin baik dan kini tiada lagi. Jika dahulu Bie sangat bermasalah dengan susu untuk anaknya, kini tiada lagi.

Bie memberitahu kepada ibu..makanan fizikal sahaja tidak cukupkan Kak, kita perlukan makanan rohani.

Apakah makanan rohani yang paling mudah didapatkan? Antaranya solat sunat, baik Dhuha mahupun tahajud...Zikir2 memuji Allah pencipta sekalian alam antaranya Ya Matin, Ya Latif dan ada 99 nama Allah yang digalakkan disebut setiap hari.

Ada antara kita hanya bersolat setiap hari tanpa ada ibadat tambahan...maka ianya ibarat kita cuma memberi makanan rohani kita nasi tanpa lauk... zikir2 ibarat supplement yang membantu keperluan rohani. Makanan kerohanian inilah yang membuatkan si ibu bertambah yakin dengan kebesaran Ilahi, kekuatan menepis segala cubaan mengganggu gugat perjalanan penyusuan kita untuk si kecil.
Bagi yang kekurangan makanan rohani inilah yang akan membuatkan kita cepat melatah dan putus asa. Ada yang solat macam ribut..tapi boleh duduk berjam2 depan PC mengadap facebook. Ada yang boleh spend dua tiga ratus malah ribu untuk membeli pam, tapi berkira untuk membeli supplement. Jadi ini menampakkan ketidakseimbangan alam pada kita, makhluk yang mudah alpa.

Ibu ada jumpa ramai customer yang mudah melatah...
" saya makan vitamin ni buatkan air urin saya kuning, takutlah.... " : walhal sudah ibu nyatakan ianya adalah tindakbalas b complex.

" susu saya tak banyak pun walau dah 2 minggu makan vit..." : walhal itu baru sedikit usaha, rezeki itu hak Allah. Kita perlu doa, usaha dan tawakal.

Mana ada pokok yang kita baja hari ini terus menghasilkan buah keesokkannya? Namun hanya segelintir sahaja manusia yang sedar akan hakikat ini...dan hanya segelintir ini sahaja yang berjaya dalam melayari bahtera kehidupan .

Selagi kita tidak mencapai keseimbangan fizikal dan rohani, maka adakala keperluan lain juga turut terjejas.

Tulisan ini bukan untuk memburukkan sesiapa, ianya sekadar peringatan buat ibu dan sesiapa jua yang membaca..semoga kita mendapat manfaat dari apa yang dikatakan oleh Bie tadi.






Salam sayang dari ibu


Khamis, 4 Mac 2010

Order through email...macam mana nak buat?

Ada yang bertanya melalui ym bagaimana nak place order thru email?

So ibu copy paste kan contoh mereka yang biasa order thru email:

Puan,

Saya telah membuat fund transfer melalui RHB online pada 24/2/2010 untuk pembelian pil vitamin dengan harga RM241, pil yang boleh tahan untuk 4 bulan ke akaun puan di Maybank. Berikut adalah alamat saya :

Norzitah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Aras 3, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya.
Tel : 0192xxxxxx

Bersama ini disertakan salinan pembayaran yang telah dibuat untuk rujukan. Terima kasih.

Norzitah


Contoh email yang ke 2:

Assalama 'alaikum..
Saya Nur Halinna , baru sahaja memindahkan RM 100 ke akaun Puan sebagai bayaran untuk pembelian Trial Set C (set dalam pantang).
Bank : CIMB
Transaction Ref No: 94428007
Nombor utk dihubungi: 019 6xxxxxx
Alamat untuk delivery : SK Putrajaya Presint 11(3), No. 1 Jln P11/2, Presint 11, Putrajaya
(hingga jam 5 ptg)
Please notify the confirmation of this order. Tq.
Cara ini lebih selamat dan alamat akan ibu simpan dalam buku log order maka sekiranya akan datang mahu membuat pesanan baru ibu sudah ada alamat melalui pesanan sebelum ini.
















     






Salam sayang dari ibu




Selasa, 2 Mac 2010

Terima kasih kerana ada yang mahu berkongsi....

Alhamdulillah sehingga hari ini, dah hampir 6 bulan trial pack Shaklee berada dalam pasaran... syukur pada Allah. Maka dengan ini juga sudah beratus yang mencuba trial pack ini dikongsi bersama ramai teman diluar sana. Bukan ini yang mahu ibu ceritakan tetapi ibu mahu mengucapkan jutaan terima kasih buat semua kalian yang membantu berkongsi dengan saudara mara, teman sepejabat tidak kurang adik beradik serta ibu dan ayah. Bukan harga RM80 menjadi ukuran apabila vitamin trial pack ini dibelikan untuk mak ayah tetapi niat hati yang mulia itu pasti mendapat rahmat dan balasan yang baik dari Allah...insyaAllah. Buat teman2 cyber yang berkongsi kebaikan ini dengan teman sepejabat dan ahli keluarga terima kasih ibu ucapkan, semoga Allah membalas jasa dan budi baik kalian dengan rahmat dan kasih sayangNYA.




Oleh kerana itu juga ibu berniat untuk menyediakan trial pack dengan freegift walaupun offer while stock last namun alhamdulillah selalunya ianya berkadaran dengan pesanan pada bulan tersebut. Bagi mereka yang baru menjejaki blog ibu, selamat datang ibu ucapkan. Jika kalian ingin mencuba mendapatkan produk Shaklee pack permulaan ini dengan harga RM80, ibu alu2kan. Jangan risau, ibu tidak mempunyai niat menipu wang kalian...ibu akan berikan consultation jika kalian perlukan. Ibu merupakan seorang guru yang bercuti menjaga dua anak di rumah...maka rezeki yang halal dan diberkati amatlah ibu perlukan. Selain itu ibu juga hanya berkongsi kebaikan produk ini dengan teman diluar sana. Ibu lakukan small biz ini dengan profesional..bukan atas niat nak menganiaya teman2 ibu. Ibu berkongsi produk yang telah ibu amalkan sejak 10 tahun yang lalu. Ibu hanya concentrate pada Shaklee maka ibu bukanlah farmasi atau sesetengah golongan yang mengamalkan pelbagai jenis vitamin yang ada di pasaran.

Ramai wanita bekerjaya hari ini yang sangat sibuk dengan urusan pejabat malah berterusan dengan urusan anak dan keluarga. Golongan ini adakala mempunyai pemakanan yang tidak teratur. Ada antara golongan ini yang nampak tua dari umur mereka yang sebenar. Dengan tidur yang tidak cukup, dengan makan yang tidak teratur..semua ini menjejaskan kesihatan kita. Namun ibu selalu temui golongan ini, mereka pentingkan kerjaya ...tidak hairan untuk mencantikkan wajah dipusat2 kecantikkan sehingga lupa kecantikan itu datangnya dari apa yang kita makan.

Rahsia untuk nampak sentiasa muda? Paling minimun pastikan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B complex, vitamin C 500mg dan sumber omega dari ikan. Nak mudah memang makan dari supplement jika berkemampuan. Walau apaun balik dari hati masing2... jika mahu ada seribu jalan terbuka di depan mata.

" saya dah suggest dengan rakan2 vitamin yang membuat saya rasa berbeza dari dahulu tapi mereka tidak percaya" inilah antara komen teman cyber yang membeli trial pack dengan ibu. Namun ibu selalu mengatakan tidak mengapa, sekurang2nya kita perlu bersyukur kerana Allah memberi taufik dan hidayah untuk kita berusaha meningkatkan taraf kesihatan kita dan menikmati nikmat yang Allah kurniakan.

Sayugia ibu maklumkan bahawa trial pack ini tidak ada dijual di farmasi ataupun di pejabat jualan Shaklee sendiri. Ianya adalah inisiatif ibu meringankan keperluan pembeli yang ingin mencuba dan bagi mereka yang berpendapatan sederhana. Maka bagi yang ingin mendapatkan pack permulaan RM80 ini bolehlah mesej ibu di talian 012-853-5689 atau emailkan kepada addinnasa@gmail.com jika kalian perlukan consultation.

Seandainya kalian ingin mendapatkan vitamin 30's yang bukan dalam pakej, boleh maklumkan kepada ibu untuk ditempah(custom-made). Namun ianya perlulah melebihi 3 jenis vitamin... dan dapatkan freegift yang terhad itu!






Salam sayang dari ibu



Isnin, 1 Mac 2010

Mac 2010 Offer..semua trial pack ada freegift.

Pastinya ramai tertungu2 apakah offer yang akan ibu beri pada bulan ini kan? Sudah ada yang menghantar email tertanya2 apakah hadiah yang bakal menanti pada bulan ini...

Mac 2010 menawarkan :
Beberapa trial pack kini disediakan mengikut keperluan kalian...
  1. Trial pack A: Bagi mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan mereka, mereka yang mempunyai masalah keletihan, moody, mudah stress bolehlah mendapatkan set ini. Set ini mengandungi 30 tablet multivitamin@vitalea, 30 tablet B Complex dan 45 tablet vitamin C. Ia berharga Rm80.
  2. Trial Pack B: Lebih tertumpu kepada ibu yang menyusukan anak. Set ini mengandungi 30 tablet multivitamin@vitalea, 30 tablet B Complex, 30 tablet vitamin C dan 30 tablet Alfalfa. Ia berharga Rm80.
  3. Trial Pack C: Khusus untuk bakal ibu dan set bersalin yang paling berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak. Set ini mengandungi 40 tablet multivitamin@vitalea, 40 tablet B Complex, 40 tablet vitamin C dan 40 tablet Zinc. Ia berharga Rm100
  4. Trial Pack D : Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit, jerawat dan kulit yang sensitif. Set ini mengandungi 30 tablet B Complex, 30 tablet vitamin C dan 30 capsul vitamin E. Ia berharga RM80.
Ke semua harga trial pack adalah disertakan dengan pos percuma!




Bagi mereka yang ingin mencuba vitamin Shaklee dengan setiap pembelian trial pack, kalian akan menerima sebuah buku nota kecil seperti di dalam gambar di atas. Menarik tak?

Offer while stock last.

 


Salam sayang dari ibu


Sabtu, 20 Februari 2010

Omega bantu elak serangan athma..?



Jika ibu atau ayah mempunyai salah satu penyakit dari kumpulan ini...

1. Athma

2. Ellergic

3. Resdung

4. Eczema

5. Gegata

Maka anak juga berkebarangkalian boleh mendapat mana2 penyakit dari kumpulan ini juga.

Macam ibu sendiri ada masalah allergic seafood sejak kecik hingga umur 20 tahun, anak ibu mempunyai kebarangkalian mendapat athma, tetapi sebab doc kata melalui pemakanan , penyakit boleh slowly beransur baik. Alhamdulillah walau anak2 ibu, disahkan doktor mengatakan mempunyai athma namun sebab ibu biasakan memberi mereka makan minyak ikan@ omega ,alhamdulillah mereka jarang sakit dan alhamdulillah belum pernah diserang athma teruk atau kata lain semput.

Mengapa omega ya? Ianya membantu agar chest anak tak mudah sejuk dan diserang athma...Berapakah umur yang sesuai untuk diberi omega? Seawal mereka berusia 1 tahun lebih dengan memberi 1biji seminggu. InsyaAllah ianya juga membantu perkembangan otak bayi DHA mereka. Ibu akan cukup risau jika omega di rumah kehabisan bekalan kerana ibu tak mahu anak2 ibu mudah sakit terutama kerena kami selalu menggunakan aircond di rumah.



Salam sayang dari ibu

Khamis, 18 Februari 2010

Jangan sampai terduduk baru terngadah...

Walaupun baru beberapa hari tidak menaip di blog ini tapi hati ini rasa bagaikan sebulan tak meng-up date blog. Bukan tiada masa tapi adakala mood menulis belum sampai. Ibu baru sahaja selesai mengemop lantai rumah. Habis satu rumah ibu mop..tetiba angin mengemop setiap hari sekarang ni. Pantang kotor sikit atau air tumpah habis ibu mop. Jika dulu mengemop bukanlah hobi ibu terutama dengan anak2 yang masih kecil..belum apa mereka yang dah jatuh tergolek. Dulu ibu lebih suka panggil auntie Shidah datang bersihkan rumah, dalam 2 minggu sekali. Tapi sekarang dah sebulan tak memanggilnya datang tolong mengemas rumah sebab ibu rasa ibu dah dapat co-op sekarang. Sekurang2nya jimat duit belanja ibu...hehehehe.

Kali ini ibu nak berkongsi cerita tentang golongan yang bilangan kecil sahaja tapi sayangnya mereka ini seolah2 riak dan angkuh dengan kurniaan yang diberi. Sehingga hari ini sudah beratus trial pack kami jual seluruh Malaysia. Yang membelinya pun bukan calang2 orang... sehinggakan setiap kali ibu mengepos pasti orang kat kaunter bertanya.."Wah, jauhnya customer akak ni...mana kenal kak?". Dengan senyuman ibu hanya mampu menjawab, "Ajaibnya internet". Pembeli yang ibu kenali dari internet bukanlah dari golongan ibu yang menyusu semata2. Ada antara mereka yang mencari vitamin untuk mendapatkan badan yang sihat dan bertenaga.

Namun ada segelintir pembeli yang membeli bukan atas niat menyusukan anak tapi golongan yang ibu kategorikan sebagai mereka yang suka mencuba. Selepas beberapa 2 minggu mereka mengambil Shaklee sebagai supplement, feedback yang diberikan adakala berbunyi sedikit sinis. "Ish tak de rasa apa2 pun bila amik vitamin ini...sama jek jika saya tak makan". Ibu dengan tenang menjawab,"Vitamin ini membantu kesihatan dalam banyak cara, adakala tanpa kita sedari. Ia hanya membantu melengkapkan keperluan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh yang mana tidak semuanya kita boleh dapat dalam makanan seharian kita.".

Ada seorang teman ibu ini, dia kelihatan sangat berumur...lebih dari usia sebenarnya memandangkan beliau sudah beranak 5. Beliau tidak yakin dengan pengambilan vitamin. Beliau antara golongan kecil yang mengeluarkan kenyataan yang ibu boldkan dengan warna merah yang tertera di atas. Adakah sehingga orang menegur dan mengeluarkan kenyataan..."muka akak ada kedutan la", dan kala itu jua terus ke farmasi mencari krim anti kedutan dan pelembap kecantikan?

Berbeda dengan seorang kenalan ibu yang juga seorang guru yang berkhidmat berbelas tahun, kak Sarimah..beliau mempunyai 6 orang anak, tapi percaya atau tidak wajahnya kelihatan sangat muda seperti awal 30-an. Kak Sarimah sangat yakin dengan kepentingan vitamin terutama apabila melihat kulit anaknya Awin yang melecur kerana termasuk dalam kawah yang sangat panas, 5 tahun dahulu kini dah semakin pulih.

Adakah perlu satu teguran atau masalah kesihatan melanda baru kita mahu marangkak mencari vitamin? Bukankah bagus menyediakan payung sebelum hujan? Alasan yang biasa ibu dengari selama hampir 10 tahun dalam Shaklee...

1. Mahal la vitamin ni.
- Sekarang dah ada trial pack, 30 days vitamin consume dengan harga RM80. Di dalam mengandungi 30 vitalea, 30 B complex, 30 Vitamin C dan 30 alfalfa. Bukankah sangat murah ? Ianya vitamin yang berkualiti tanpa kehadiran silika gel.


2. Oh suami tak bagi makan vitamin.
- bagi isteri yang tidak bekerja dan bergantung dengan hasil suami, memang menjadi kekangan untuk membeli. Tapi jika si ibu tadi bekerja, rasanya tidak salah memperuntukkan sedikit belanja untuk kecantikan diri kerana vitamin ini dapat membantu si isteri tadi sentiasa awet muda, slim dan bertenaga dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada suami serta keluarga.

3. Saya tak suka telan pil.
-Ini alasan untuk tidak makan vitamin, tapi peliknya bila mendapati diri disahkan mempunyai ketumbuhan, kanser malah penyakit yang menakutkan , di kala itu ubat doktor ditelan ibarat mengunyah kacang menglembu.

4. Maaf tiada budget.
-Ramai kenalan rapat ibu yang mengeluarkan kata2 ini... tapi yang hebatnya mereka punya budget untuk beli kereta besar, sofa hebat dan macam2 lagi. Tidak juga nak salahkan mereka kerana taufik hidayah memang hak Allah jua.



5. Vitamin ini tidak berkesan ke atas saya.
- Bagaimana nak lihat hasil jika makan pun tidak konsisten? Shaklee adalah supplement...bukan STEROID untuk memberi kesan dengan kadar segera. Jika anda belum merasakan hasilnya... teruskan makan dan jangan berhenti, kerana kesan dan hikmah istiqamah itu sangat besar. Ada antara ibu2 yang menyusukan anak, selepas mencuba trial pack... golongan kecil ini merungut, ish susu tak banyak pun cuma pekat aje. Taknak lah makan. Walhal, dalam dunia ini pun semua perlukan masa.


Boleh beritahu ibu, apakah biji benih yang bila kita campak arini ke tanah, esok dah tumbuh pokok besar yang mengeluarkan buah? Jika ada, ibu nak beli biji benih buah pamelo..sebab ibu suka makan pamelo. Sebab pokok pamelo antara pokok yang perlukan masa untuk tumbuh dan menghasilkan buah.
 Sama juga dengan keadaan tubuh kita, perlukan masa.


Adakala vitamin ini memberi kesan dalam yang tidak begitu ketara untuk kita sedari namun ia PASTI memberi manfaat kepada kita yang adakala hanya disedari oleh orang yang disekeliling kita....

Sebagai contoh seorang customer ibu memberitahu beliau hanya makan vitamin kerana nak tambahkan nutrisi susuibu kepada anaknya..namun makin lama beliau mengambil supplement makin ramai yang menegur kulit wajahnya berseri2 walhal beliau tidak memakai sebarang produk kecantikan. Waktu itu ibu katakan padanya, benarlah kata orang, kecantikkan itu datangnya dari dalam...iaitu apa yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Sekian, wassalam.





Salam sayang dari ibu

Sabtu, 13 Februari 2010

Testimoni melalui Trial Pack

Alhamdulillah , rata-rata yang mencuba trial pack ibu memberi response yang sangat baik. Antaranya ialah Niza melalui cerita beliau di dalam blognya My Tiny Thoughts.

Salam sayang dari ibu


Khamis, 11 Februari 2010

Vitamin ibu mengandung...

Ibu sebenarnya tidak perasan sama ada ibu pernah menulis tentang vitamin untuk ibu mengandung atau belum pernah, namun jika pernah anggaplah ini iklan dan selingan bagi ibu2 yang baru mengandung dan mencari2 vitamin yang sesuai. Sebenarnya vitamin yang perlu bagi ibu mengandung adalah sama dengan vitamin ibu2 yang nak meningkatkan pengeluaran susu badannya iaitu apa yang terdapat dalam trial pack....multivitamin, b complex, vitamin C dan tambahan kalsium.

Mengapa pentingnya multivitamin?

1.Selalunya doktor akan bagi ibu yang mengandung vitamin Obimin atau kata lain multivitamin. Secara peribadi pada ibu ia lebih mengandungi pewarna... masakan tidak, cuba genggam di dalam tapak tangan sebiji obimin, kita akan dapati ianya menjadi melekit di tapak tangan kita dan warnanya akan turun di dalam tapak tangan kita. Apakah fungsi multivitamin? Ianya adalah supplement yang dipanggil pelengkap kepada keperluan asas semua vitamin oleh tubuh kita. Mutlivitamin Shaklee mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan , hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

2. B complex ... Shaklee mempunyai B complex yang lengkap dengan 8 B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. B complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukkan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

3. Vitamin C Shaklee sangat unik. Ianya tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan. Sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vit C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ianya adalah sustained release dan akan digunakan secara beransur2 mengikut keperluan oleh badan kita.

4. Kalsium Shaklee atau nama lainnya Ostematrix sangat perlu bagi mereka yang sering mengalami sakit tulang belakang, kaki cramp, sendi2 yang bisa. Ianya juga penting agar keperluan tubuh badan si ibu dipenuhi dan tidak lupa juga bagi bayi yang dalam kandungan, kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang bayi yang kuat. Kalsium Shaklee tidak hanya diperbuat dari kalsium Karbonat semata2 yang boleh membuatkan seseorang sembelit dengan teruk tetapi Kalsium Shaklee dihasilkan oleh campuran kalsium karbonat dan kalsium sitrat dan setakat ini ramai yang jatuh cinta dengan Kalsium shaklee ini.

Selain dari vitamin ini, bagi ibu yang berkemampuan bolehlah menambah pengambilan minyak ikan seperti Omega untuk meningkat sistem imunne baby dan DHA otak bayi.

Sekian dulu, jumpa lagi dalam next post.
Salam sayang dari ibu