Memaparkan catatan dengan label Lecitin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lecitin. Papar semua catatan

Sabtu, 18 April 2015

Shaklee Miri - Lecithin beli 7 tapi bayar pada harga 6 botol!

 Alhamdulillah stok Lecithin baru sampai!

Lecithin adalah antara hot seller vitamin kami dari dulu lagi...sejak dari zaman Universiti lagi Lecithin la paling digemari oleh student Universiti. Kerapa apa? Kerana Lecithin membantu membakar lemak dan paling best ia membantu menggalakkan penghasilan cecair Kholin dan Inositol yang membantu kita lebih fokus dan ingat. Maka ia sangat bagus diambil oleh banyak golongan termasuklah ibu mengandung [ namun pengambilan ibu mengandung di galakkan pada usia kandungan 3 bulan ke atas].

Buy 6 free 1

Bagi yang nak dapatkan ready stok promo ini boleh hubungi kami di talian +60128535689.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

Salam sayang dari


N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 24 November 2014

K.A.M Kam P.U.N.G Pung ......... longkang?

Pembesaran anak bukan hanya dari aspek fizikal semata-mata yang perlu dilihat tetapi perkembangan mental perlu dititikberatkan.


Zaman saya mengajar anak murid baik masa tuition atau di sekolah kerajaan banyak yang saya belajar termasuklah sifat sabar.

Namun tak kurang juga rasa takut...bila saya dah lihat sendiri dengan mata sendiri situasi yang mungkin biasa pada cikgu veteran.

Saya diberi kepercayaan Guru Besar mengajar budak tahun 3 dan tahun 5... dan paling mencabar kerana tahun 3 kelas corot yang tak pandai membaca langsung walau dah 9 tahun. Walau bukan semua tapi majoriti ia kelas yang sangat lemah dalam membaca.

Saya kategorikan mereka anak-anak yang kurang mendapat perhatian mak ayah. Kebanyakan dari keluarga susah dan mempunyai adik beradik yang ramai maka mak yang tak bekerja sibuk uruskan keluarga.

Namun bukan itu yang saya nak kongsikan...saya nak share tentang pentingnya pemakanan anak-anak kerana ia membentuk otak mereka tanpa sedar.

Saya ada seorang murid yang saya ingat sampai hari ini. Mukanya handsome dan berkulit putih. Mungkin ikut wajah maknya yang cantik. Namun cabaran anak ini ialah apa yang dibaca tidak sama dengan apa yang disebut....

Masih ingat saya cuba membantunya belajar membaca....

Saya " Cuba kamu baca ini...."

Anak murid " k.a.m kam p.u.n.g pung " ...dan dia senyap.

Saya terus mencelah...so bunyinya apa?

Anak murid saya menjawab " longkang".

Saya andaikan dia hentam .....so saya betulkan dan  teruskan perkataan seterusnya....

" Cuba kamu baca yang ini pula....."

Anak murid " g.u.r.u ....cikgu"

Hmmm dah masuk perkataan kedua dan seterusnya saya perasan anak ini tidak fokus.

Apa yang boleh saya katakan otaknya kurang lecithin. Mengapa lecithin? Ini kerana ia membantu penghasilan acetylcholine yang penting untuk nuerotransmitter yang bekerja sebagai penghubung antara otak ke seluruh jaringan saraf dan pengendalian fungsi tubuh.

Banyak sebenarnya fungsi acetylcholine ini antaranya ialah membantu kita fokus , meningkatkan daya mengingat, rasa haus, pengaturan mood, otot dan beberapa lagi.

Memang kita nampak anak kita kenyang bila dah bagi makan ....namun adakah keperluan utama untuk perkembangan otak dan pertumbuhan tubuh mereka dipenuhi dengan sepenuhnya melalui pemakanan yang mereka amik sekarang?


Ditambah mainanan anak hari ini sangat canggih....ipad, PSP dan game di hp....ini semua membuatkan mereka hilang fokus dalam membaca tanpa kita sedar.

Punca cepat lupa.



DHA sangat penting untuk otak....tidak lupa juga dengan keperluan otak yang lain. Pengambilan Lecithin sebenarnya bagus untuk mereka.

Alhamdulillah saya dah mula konsisten bagi anak makan Lecithin , OmegaGuard, Carotomax, Nutriferon, Chew C dan Tripple Gems.

Mudah-mudahan mereka lebih fokus dan kreatif :)

Kalau kita boleh belikan anak kita pakaian yang cantik, mainan yang hebat pasti juga penting kita belikan mereka sesuatu yang bagus untuk perkembangan otak dan tubuh mereka.

Kita pun perlu amalkan vitamin terutama yang melibatkan otak ...OmegaGuard dan Lecithin sangat penting...walaupun ada orang fokus amik Lecithin dan OmegaGuard untuk kurus...uniknya supplement ini juga bagus untuk otak dan membantu daya mengingat dengan lebih bagus.

Sekarang kena juga pastikan pengambilan Lecithin konsisten macam amik OmegaGuard!!! Sure boleh lebih slim....yessss!!!!










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 21 November 2014

Isteri badan besar, salah siapa?

Mak pernah cerita zaman mak kerja dulu memang sentiasa slim sebab bila kerja kita akan ada rasa compete dengan rakan sekerja untuk jaga badan.


Mungkin ada kebenaran dalam kata-kata mak... jujurnya ramai surirumah yang mula lupakan penampilan diri mungkin kerana tiada persaingan untuk mereka jaga badan.


Nak isteri cantik

Namun memang bukan semua surirumah sama... cuma teringat saya pernah jumpa satu pasangan ini. Suami si A sanggup spend banyak duit untuk belikan produk kurus untuk isterinya. Apa sahaja orang rekemen bagus si suami pasti belikan untuk isteri dia. Bertuahkan si isteri ni?

Ramai suami yang sanggup spend duit beli eksesori kereta, belanja kawan makan dan macam-macam cuma segelintir yang sanggup keluar duit untuk isteri sihat dan slim. Namun peliknya mereka suka melihat perempuan cantik dan body yang slim. Cuma sedikit sahaja yang sanggup belikan produk untuk maintaince body isteri.

Sebenarnya untuk isteri sihat dan slim ini tanggungjawab siapa ya?
Kalau isteri tak kerja [ memang tunggu duit suami semata-mata] pastinya jawapan adalah tanggungjawab suami. Waktu itu isteri tak banyak pilihan pun kerana sumber duit adalah dari suami semata-mata.

Tapi bagaimana wanita yang bekerjaya? Biasanya hanya segelintir sahaja yang tak concern dengan kesihatan dan bentuk badan mereka dan banyak menyalahkah punca mereka jadi besar adalah kerana proses melahirkan.

Rata-rata wanita bekerjaya memang usaha menjaga bentuk badan mereka mungkin kerana motivasi dalaman yang wujud hasil dari persaingan secara tidak sedar di kalangan rakan sekerja.

Oleh kerana itulah saya sentiasa bernekad nak sharekan ilmu Shaklee saya dengan surirumah terutama yang tiada sumber pendapatan. Mereka ada internet kat rumah namun seharian sibuk baca status update orang di fb. Hakikatnya mereka boleh manfaatkan internet yang ada dengan menjana pendapatan secara tidak langsung. Bila ada pendapatan walau hanya dari rumah, isteri ada peluang nak beli vitamin untuk penjagaan badan khususnya.

Pada saya, jika saya dapat bantu seorang surirumah mempunyai pendapatan minima RM500 dengan Shaklee ...seronoknya ALLAH sahaja yang tahu. Saya pernah jadi surirumah terhormat. Nama aje ada degree tapi duduk rumah tunggu duit hadiah bulanan dari suami. Namun nak beli vitamin pun saya kena consider belanja yang lain. Syukurlah masa tak kerja saya menyusu anak sepenuh masa dapatlah saya slim macam zaman bujang.

Hakikatnya seorang isteri tetap kena concern pasal penampilan dan bentuk badan mereka. Ini demi memastikan suami kita tahu kita tetap usaha jaga diri walaupun sudah beranak. Pakailah yang cantik-cantik dan wangi-wangi untuk suami selain menjaga keperluan batin dan keperluan zahir yang lain demi kemakmuran rumahtangga. Wallahu alam.






 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 6 November 2014

Testimoni Kurus : Lelaki juga usaha jaga bentuk badan.

Bila badan kita berisi sikit, kawan-kawan akan tegur "makin sihat nampak". Nak cover line kita balas balik "biasalah, hati senang". Macam mana cool rupa kita menjawab, ada terselit jua rasa susah hati. Pasti ada keinginan nak nampak segak seperti zaman muda-muda dulu kan? Kebiasaan yang didengar ialah, bila sesorang itu ambil produk slimming, ada yang tidak nampak kesan atau pun kesan tidak kekal.


Shaklee Miri

Pengedar Sah Shaklee Miri.

Ini testimoni dari rakan suami saya, saudara Zayed. Tidak perlu saya tulis banyak. Gambar sebelum dan selepas beliau boleh ceritakannya. Terima kasih kepada beliau kerana mengizinkan saya berkongsi pengalaman beliau selepas menggunakan produk Shaklee.


Dalam kes saudara Zayed, Lecithin berfungsi memecahkan lemak. Pengambilan Alfalfa pula bertindak sebagai medium menyerap dan menyingkirkan lemak keluar dari badan (Alfalfa mengandungi saponin yang bertindak sebagai serat). Dalam banyak kes penurunan berat badan, bukan saja lemak akan disingkirkan, penyusutan otot badan juga berlaku. Perbezaan Shaklee ialah pada produk Cinch Shake Mix yang merupakan campuran proprietari Protein dengan LeucineLeucine ini membantu mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan. Cinch juga membekalkan serat, vitamin dan mineral penting yang memberikan rasa kenyang. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai meal replacement.

Selain itu, faktor lain jangan dilupakan. Pastikan pengambilan air yang banyak, bersenam, perhatikan pengambilan kalori harian dan tidur yang cukup. 

Jika anda mahu tahu lebih lanjut, boleh bertanya sendiri dengan beliau  FB Zayed Zulkifli.

Untuk baca lebih lanjut mengenai pengurusan berat badan dengan Shaklee sila klik sini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 5 Ogos 2014

Pakej Produk Shaklee untuk Kawal Kolestrol

Gemuk tidak semestinya tinggi kolestrol namun kurus tidak menjaminkan bebas kolestrol. Apapun perlu dipantau supaya ia tidak memberi kemudaratan pada kesihatan kita dikemudian hari.



Bila cerita pasa vitamin pada mereka yang sihat, mereka ini akan memandang dengan sebelah mata dan merasakan vitamin yang disharekan sangat mahal.

Namun apabila mereka mula jatuh sakit...harga bukan lagi menjadi persoalan. Biarpun mahal, apa jua sanggup diusahakan untuk membeli semula kesihatan yang tergugat.

Mood raya masih berjalan memandangkan rasa adalah sebulan. Maka pastinya open house yang kita sambut bersama sahabat dan rakan taulan mempunyai pelbagai juadah.

Maka jangan lupa amik sekali Pakej Produk Shaklee untuk kawal kolestrol.

Set ini sangat berbaloi dengan harganya.

Shaklee Miri Sarawak


Jika berminat sila klik ORDER di bawah untuk terus membuat pesanan yang akan dihantar ke pintu pejabat atau rumah anda !



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui 
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 24 Julai 2014

Taknak rasa pening lepas makan kambing atau rendang? Amalkan ini......

Masih ingat lagi dengan vitamin pakej raya kami? Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan kerana harganya mampu dimiliki oleh semua golongan.



Shaklee Sarawak


Apa yang ada dalam set raya ini?

Lecitin

Alfalfa small

Garlic dan

Herb Lax.



Ingin mengetahui kebaikan produk ini dengan lebih lanjut?

Apa kata kita tengok Movie SID Kenyalang Team ini tentang vitamin raya ini?


Raya -sihat dengan Vitamin Shaklee.


Sambil menonton kita belajar apa kebaikan setiap vitamin.


Semoga terhibur!


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 16 Julai 2014

Istimewa untuk orang Miri Sarawak

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman Miri Sarawak, kalian boleh dapatkan Pakej Special Raya ini dari Pengedar Sah Shaklee Miri.


Pakej Special Raya


Senarai Sah Pengedar Shaklee Miri Sarawak Boleh LIHAT SINI.


♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Pakej Special Raya - Hadiah untuk yang tersayang !

Bila sampai musim raya, kalau biasa para isterilah yang akan sibuk dengan persiapan baju raya, kuih raya, langsir dan segala bagai.


Mungkin itu zaman dulu....tapi satu yang saya sedar zaman sekarang isteri dah lebih alert kerana ramai yang pakat beli vitamin kesihatan dalam menjaga kesihatan seisi keluarga.

Perasan tak hidangan hari raya memang la sangat menyelerakan. Ditambah selepas sebulan berpuasa. Hari pertama raya sahaja kita dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti lemang, daging rendang, satay ayam dan daging, nasi minyak, serunding dan kuih muih.

Masih saya ingat lagi pengalaman hidup kami sendiri...arwah abah malam tu berbuka dengan satay. Pagi raya masih makan satay. Memang abah ada darah tinggi tapi nak jadikan penyebab pagi raya kedua abah diserang strok jam 1 pagi. Arwah abah dikejarkan ke hospital pagi itu juga.

Zaman dulu kesedaran pasal kesihatan tidak sebegini hebat seperti hari ini. Zaman sekarang memang ramai yang menjaga kesihatan mereka. Malah ramai yang dah bersedia dengan vitamin yang membantu mengawal kadar kolestrol.

Vitamin yang menjadi pilihan sepanjang raya ialah Lecitin, Omega, Garlic, Alfalfa, Herb Lax dan tidak lupa Phytocol-ST. Anda boleh membeli mengikut budget anda sendiri. Pada saya ia satu pelaburan yang bijak kerana bila kita sihat, dengan izin ALLAH kita boleh beraya sehingga tahun-tahun mendatang.

Mak saya juga akan sentiasa alert bila vitamin ini mula susut dirumah. Mak kata memang selesa rasa badan selepas amalkan vitamin ini. Alhamdulillah mak sangat konsisten dan pada saya kesihatan mak lebih mahal dari segalanya.

Jom pakat balik raya bawa vitamin untuk mak ayah supaya mereka sentiasa sihat dan bila mereka sihat kita pun gembira.

Bak kata orang, duit boleh cari tapi kesihatan tak dapat dijual beli.

Hargailah mereka semasa hidup kerana mak dan ayah adalah bidadari dunia yang menaungi doa-doa kita dalam mencari kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat.

Jom dapatkan Pakej Special Raya ini untuk seisi keluarga!

Shaklee sarawak

Dalam  Pakej  Special Raya ini mengandungi

Lecitin - pecahkan lemak
Alfalfa s - angkut buang lemak
Garlic Complex - cairkan kolestrol
Herb Lax- bersihkan usus

Jom jaga kesihatan sambil beraya dengan gembira bersama sanak saudara !

Dapatkkan hari ini dari pengedar Shaklee anda!

Untuk MIRIAN Sarawak, hubungi kami untuk COD Vitamin Shaklee ANDA!

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk
Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 5 Jun 2014

Testimoni : Kolestrol Turun dengan SHAKLEE PHYTOCOL-ST !

Pelbagai produk yang terdapat di pasaran claim mereka produk yang membantu menurunkan kolestrol namun setakat mana kebenarannya?Shaklee mempunyai produk baru Shaklee Phytocol-ST dan sangat bagus untuk mengawal kolestrol!!!


Saya nak sharekan satu testimoni benar tentang produk terbaru yang akan dilancarkan pada Sabtu ini ialah Shaklee Phytocol-ST.

Shaklee Phytocol-ST

Sebelum amalkan Shaklee Phytocol-ST
Shaklee Phytocol-ST


Result selepas amalkan Shaklee Phytocol-ST


Shaklee Phytocol-ST
Anda mempunyai kolestrol yang tinggi dan ingin amalkan supplement yang mudah diamalkan bersama makanan kegemaran anda? Apa kata dapatkan Shaklee Phytocol-ST hari ini dari kami!

Pembelian produk ini sebanyak 6 unit akan mendapat
1) Keahlian Shaklee Percuma
2) Percuma 1 botol Shaklee Phytocol-ST !

Hanya pada 7 & 8 Jun 2014 ini!

Hubungi kami jika berminat nak dapatkan produk ini dan secara langsung dapat mengetahui cara menjana pendapatan dari rumah apabila anda menyertai kumpulan kami!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak. 
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 14 Mei 2014

Omega dan Lecitin mana bagus untuk si pelupa?

Omega membantu membekalkan DHA dan EPA kepada otak si manja. Ayat yang biasa digunakan oleh pengeluar produk yang pengguna khusus adalah kanak-kanak.

Shaklee Omega dan Lecitin

Memang saya akui kelebihan Omega Shaklee ini sangat bagus untuk otak anak malah kita sendiri juga digalakkan untuk mengamalkannya.

Selama ini saya memang berikan anak saya Omega Guard Shaklee kerana ia membekalkan DHA dan EPA kepada otak dan mata. Pengambilan Omega membantu untuk kita response dan proses dengan lebih cepat pada apa yang kita baca atau maklumat yang kita terima.


Namun selepas saya melakukan home schooling dengan anak saya 2 minggu kebelakangan ini [ sebab nak fokus ulangkaji pelajaran bersama untuk persediaan ujian pertengahan tahun] saya berikan anak saya Lecitin.

Tidak banyak cuma sehari sebiji. Mengapa saya berikan kepada mereka Lecitin?

Lecitin Shaklee terkenal sebagai pembakar lemak yang bagus. Namun tahukah kalian Lecitin Shaklee membantu membekalkan cecair Kolin dan Inositol untuk daya ingatan yang lebih baik dan lebih fokus?

Memang nampak kesan apabila diambil oleh anak seawal 7 tahun dan Addin yang kini berusia 11 tahun.

Alhamdulillah kami berpuashati. Apa sahaja pembelajaran mereka mudah faham dan mudah ingat.

Bagi kalian yang ada masalah mudah lupa, hakikatnya pengambilan Lecitin sangat membantu. Percayalah!

Jika anak kita slow response maka Omega Guard menjadi keutamaan. Namun jika mereka ada masalah mudah lupa, bagus amalkan pengambilan Lecitin sehari.

So sekarang dah tahu apa yang patut anak-anak kita ambil?


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 10 Januari 2014

Bahaya Vitamin ?

Jangan makan banyak vitamin nanti boleh sakit kanser atau paling biasa nanti kena sakit buah pinggang.


Inilah yang dimomokkan dalam minda orang kita bertahun lamanya.

Hakikatnya saya yang dah lama dalam line supplement ini sendiri merasakan hakikatnya ada 2 golongan manusia : yang sihat dan menjadikan supplement sebagai part of keperluan tubuh dan satu lagi golongan yang bergantung sepenuhnya dengan pengambilan makanan harian.

Sebenarnya dua-dua tak salah pun. Kita berhak ke atas badan kita. Kita punya pilihan nak jaga macam mana.

Sama macam kita kemas rumah kita sendiri, kita punya pilihan nak atur sofa dan meja serta almari dalam keadaan yang kita senang dan selesa.

Namun benarkah pengambilan vitamin boleh menyebabkan kanser atau sakit buah pinggang?

Sebelum kita bercakap tak tentu hala...balik kepada Qada' dan Qadar

Segalanya datang dari ALLAH. Namun , ALLAH takkan ubah nasib kita kecuali kita yang mencorakkannya.

Jadi penyakit itu datang dari ALLAH dengan IZINnya dan tindakan kita itu adalah sebab musabab yang menjadikan ia berlaku.

Vitamin boleh rosakkan buah pinggang?

1. Kalau vitamin itu sintetik ada kemungkinan besar boleh beri kesan jangka panjang. Sebab badan kita bukan bahan sintetik.

2. Kalau makan overdose dan berlarutan ada juga kemungkinan.

3. Kalau makan vitamin tetapi malas minum air, ada kemungkinan membebankan buah pinggang.


Vitamin punca kanser?

Kanser akan terlahir bila badan trigger. Ada bahan yang buatkan ia keluar dan menzahirkan diri. Maka sebab itu bila makan vitamin, jangan sesekali abaikan pengambilan vitamin yang mencairkan darah seperti garlic, Omega dan Lecitin. Ia sebagai usaha dan langkah berjaga-jaga. Penyakit itu datang dari ALLAH jua.

So apapun, jangan berlebihan. Bila berlebihan memang binasa badan.

Salam Jumaat!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari





 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 9 Januari 2014

Kunyah Lecitin elak tercekik?

Masa awal saya kenal Shaklee, saya tak boleh nak telan lecitin. Saya rasa nak tercekik setiap kali lepas makan lecitin. Rasa kelakar pun ada. 


Lecitin untuk kurus
Ihsan dari blog Rahsia Vitamin


Apa yang saya buat sebab tak boleh nak telan lecitin? Saya KUNYAH. Bayangkan kalau kena makan 6 biji sehari bermakna saya akan kunyah 6 biji sehari.

Rasa macam mana? Hmm tak sedap pun. Sedap lagi saya makan kunyah Omega ! Ada juga rasa ikan.

So satu hari orang bercerita tentang seorang leader yang makan vitamin segenggam sekali gus. Waktu tu terfikir semula...kalau dia boleh telan banyak vitamin sekaligus, kenapa saya mengada-ada tak boleh? Tetiba rasa tercabar dalam diri muncul. Sebabnya biasa saya akan tercekik bila telan lecitin.

Saya pun cuba dengan 3 biji dulu.

Wah saya BERJAYA MENELANNYA!!!

Sejak dari itu tak pernah lagi saya kunyah Lecitin. Saya akan kunyah Omega sahaja sebab saya suka bau minyak Ikan Shaklee ini!


Sebenarnya semua tu balik pada diri kita. Cara kita berfikir dan cara kita bertindak.

Kini semua vitamin saya telan. Opps saya tak lah telan segenggam sekaligus sebab saya tahu kita perlu agih-agihkan pada waktu pagi, lepas makan tengahari dan makan malam. Salah satu sebab ialah supaya kepekatan darah tidak naik mendadak dan turun mendadak.

Sehingga hari ini saya suka Lecitin ! Sangat suka bukan sahaja untuk kurus tetapi untuk saya lawas ke tandas. Lagi pun Lecitin bagus untuk kilatkan rambut dan kuku malah ia bagus untuk otak dan daya ingatan tau! Zaman U dulu Lecitin dan B complex vitamin palig laris saya jual!

Lecitin untuk kurangkan Kolestrol? Jom Baca Sini.

Maka bagi anda yang amalkan vitamin, amalkan dengan betul dan mintalah konsultasi dari pengedar anda. Jangan malu atau segan. Semuanya ada penyelesaian !





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.

These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 8 Januari 2014

Shaklee Motivasi : Belajar bersangka baik

Siapa empunya lautan yang luas ? Pastinya ALLAH s.w.t maka dengan ini nelayan mana yang berhak mengatakan ikan dalam lautan itu atau kawasan laut itu kepunyaannya? 



Motivasi rezeki

Sesungguhnya ikan dalam laut tak pernah habis. Sejak dulu sehingga beribu tahun belum pernah dengar ikan dalam laut habis.

Samalah dengan meniaga. Sesungguhnya rezeki meniaga itu sangat hebat. Hakikatnya rezeki ini sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh akal.

Menariknya bercerita tentang rezeki, setiap orang akan melihat dengan persepsi yang berbeza mengikut apa yang si insan itu lalui, pengalaman cerita orang malah melalui pembacaan.

Rezeki itu lebih mudah apabila dijemput berbanding di cari sebab ia sangat unik dan menjadi rahsia yang Ya Wahhab [ Maha Pemberi].

Hari ini ramai kenalan dan keluarga saya bukan sahaja makan vitamin Shaklee tetapi telah menjadi pengedar sah Shaklee yang berjaya.

Adik beradik saya sendiri semuanya ahli Shaklee.

Bila ada kenalan baru yang bertanya, ' Kalau saya join dan buat bisnes, ada orang ke nak beli nanti?'

Soalan yang sama saya beri, andai kata arini kita jadi nelayan boleh ke kita tanya nelayan lain....          ' kalau saya menjala arini, dapat kah saya ikan yang banyak? '
Pasti tiada siapa yang mampu berikan jawapan yang tepat sebab rezeki itu rahsia alam dan hak Ya Wahhab.

Maka bagaimana nak yakinkan diri rezeki itu pasti ? Jawapannya mudah. Amalkan amalan menjemput rezeki.

Memang dalam menangkap ikan, ada juga penangkap yang menggunakan tektik kotor seperti menuba ikan....tetapi ingat Janji Allah itu pasti. Berlaku adil, hasilnya baik dikemudian hari. Selagi kita tidak menganiaya orang lain dalam berniaga, percayalah rezeki yang datang akan datang dalam bentuk yang sangat elok iaitu lengkap dengan barakah.

Barakah ini memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita.

Keluarga yang penuh kasih sayang, suami isteri yang saling berkasih sayang kerana ALLAH, anak yang baik akhlaknya , duit yang sedikit tetapi dirasakan banyak, makanan yang sedikit tetapi mencukupi, rezeki setiasa bertambah, dipelihara dari musibah dan ujian besar dan banyak lagi yang pasti si insan ini seolah-olah dijaga oleh bidadari / bidadara dunia.

Maka jangan lah risau bila kita meniaga takut tak laku atau tak laris. Amalkan amalan menjemput rezeki dan yang utama jaga lah 2 ini :

1. Ibu bapa [ untuk isteri suami adalah keutamaan]

2. Sedekah

InsyaALLAH keajaiban rezeki yang penuh barakah akan sentiasa hadir.

Selamat beramal!


 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 17 Oktober 2013

Shaklee Set Diet !!!

Bila badan kita berisi hakikatnya kita memberikan tekanan pada tulang terutama bila berat telah melebihi berat ideal kita.

Shaklee Slim set



Maka sangat penting kita menjaga kesihatan tubuh badan kita.

Untuk dapatkan bentuk badan yang ideal kita digalakkan jaga makan, bersenam melalui aktiviti riadah, pengambilan air kosong yg mencukupi [ selari dgn berat tubuh] dan supplement yang penting :

1. Lecitin @ Omega sebagai pembakar lemak.
2. Alfalfa sebagai fiber yang menyerap lemak imulsi untuk diangkut keluar.
3. ESP untuk membekalkan tenaga yang berterusan.
4. GLA membantu menstabilkan hormon dan menurunkan trigleceride [ sejenis lemak yang tidak sihat]
5. Performance drink - disarankan pada mereka yang susah minum air masak kerana ia berfungsi untuk seimbangkan bendalir dalam badan.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Selasa, 23 Julai 2013

Vitamin dan Kolestrol?

Biasa dengar orang kurus ada kolestrol? Hakikatnya setiap kita mempunyai dua jenis kolestrol dalam tubuh badan kita. Paling biasa kita dengar ialah HDL atau LDL.



Kolestrol

LDL adalah Low Density Lipid atau nama lain ialah kolestrol jahat. Ia menempel di pembuluh salur darah dan lemak ini akan mengental, mengeras dan akhirnya membentuk plak. Situasi ini dikenali sebagai atherosklerosis. Bila plak ini menyumbat pembuluh darah jantung, maka kita akan merasakan sakit  dada dan juga berisiko terkena serangan jantung. Apabila pembuluh darah otak yang tersumbat, maka kita berisiko untuk terkena stroke.

HDL adalah bermaksud High Density Lipid iaitu dikenali juga sebagai kolestrol baik yang diperlukan oleh badan. Kolestrol baik ini mengandungi protien yang tinggi. HDL berfungsi sebagai agen pembawa kolestrol LDL ke organ hati untuk diproses dan diturunkan kadar kolestrol jahat.
Selain itu ia juga membantu agar kolestrol jahat tidak menempel pada dinding pembuluh salur darah.



Trigliserida juga sejenis kolestrol. Ia berasal dari gliserol dan asam lemak dan merupakan lemak darah yang membantu transfer jaringan lemak adiposa dan glukosa darah dari organ hati. Trigliserida ini berperanan juga terhadap kejadian atherosklerosis. Selain risiko kejadian penyakit kardiovaskular akibat proses atherosklerosis, tingginya kadar trigliserida juga berperanan terhadap kejadian pankreatitis akut bila kadar trigliserida lebih dari 400 mg/dl.

***********************************

Ramai orang mengusahakan mencari makanan yang menurunkan kadar kolestrol tetapi sesuatu yang biasa orang tertinggal ialah mengusahakan meningkatkan lemak yang baik iaitu HDL.

Apakah vitamin yang membantu meningkatkan HDL?

Paling penting ialah protien !
Maka untuk supplement Shaklee, sudah pasti ESP menjadi pilihan utama dan kerana inilah ia juga hot seller !!!  Kolestrol ini mengandungi protien yang seimbang. Essential dan non essential.

Vitamin Cantik
Vitamin paling hot dan permintaan yang berterusan!


Selain itu Omega dan Lecitin juga sangat membantu merendahkan kandungan lemak LDL di samping meningkatkan HDL.

Garlic Complex dikatakan sangat bagus untuk mencairkan darah terutama yang untuk lemak yang telah menempel di dinding salur darah dan kemudiannya mengeras membentuk plak. 

GLA atau nama penuhnya Gama Linoleik Asid adalah antara vitamin utama yang membantu menurunkan kadar trigliceride. Selain vitamin E complex dan CoQ Health Plus. [ Ops Julai 2013 ada offer best untuk GLA !]

Selain itu vitamin antioksidan yang penting juga termasuklah vitamin C , Nutriferon dan Vivix. Ia membantu agar pembuluh darah tidak mengeras dan rosak sebaliknya menjadi pendiding supaya sentiasa anjal dan tidak mudah pecah.

Walau bagaimana pun perlu diingat pengambilan supplement perlu bersama makanan utama. Maka pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air masak yang mencukupi sangat penting dalam membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik.

Senaman dan aktiviti riadah juga perlu diambil berat agar jantung dapat mengepam darah dengan lebih baik selain membantu melancarkan sistem pertahanan tubuh.


Jom kita usaha perbaiki kesihatan jantung dan tubuh kita. Hargailah sihat sebelum sakit.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 19 Disember 2012

Tanda jelas kolestrol di wajah?

Biasa lihat biji putih bawah atau sekitar mata? Ia dikatakan tanda kolestrol yang tinggi dalam badan. Siapa tak risau bila tanda kolestrol jelas kelihatan di wajah bukan? 


Saya perasan sesuatu bila banyak travel dan stay hotel, makan pun ikut sedap mata memandang. Tanpa saya sedari ada bintik-bintik kecil bawah mata. Pada mulanya saya ingat ia masalah kulit bila kurang air. Maka saya pastikan pengambilan carotomax [ nama lain bagi Beta Carotene] dan memang nampak ia terkawal.

Pengambilan Omega 3 biji sehari kini saya amalkan sebelum tidur pula. Hmm memang mudah rasa dahaga selagi belum lelapkan mata. Paling saya perasan sekarang ialah saya tak mudah rasa sejuk malah badan sentiasa badan rasa warm. Maklum sebab omega tu minyak ikan.

Saya makan juga lecitin especially nak kelancaran proses pembuangan bersama herb lax. Tapi untuk kurus saya suka Omega 3 biji.

Tanpa saya sedari biji2 putih bawah mata dah tiada lagi walhal saya amalkan omega untuk kurus. Tak dinafikan kami memang amalkan makan garlic untuk mencairkan darah bila makan yang heavy.


So bagi kalian yang ada masalah biji2 putih bawah mata sebenarnya besar kemungkinan ia tanda kolestrol yang makin tinggi dalam badan. Cubalah amalkan makan omega, garlic dan herb lax. Ia sangat membantu.

Memandangkan fungsi Omega yang bagus membantu masalah kolestrol, jantung dan kardiovaskular. Selain garlic mencairkan darah dan membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar anda untuk consume produk ini agar mendapat manfaat yang diharapkan :)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk/ keahlian Shaklee dan jana pendapatan dari rumah sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 21 Oktober 2012

Tips mudah kempiskan perut.




Tips nak kempiskan perut :

Setiap kali teringat tentang perut atau apabila melihat cermin kelihatan perut buncit cuba amalkan kempiskan perut dalam 60 saat sambil menahan nafas. Amalkan banyak kali dalam sehari. Percayalah dengan amalan ini, otot dibahagian perut akan bekerja dan anda akan dapati perut anda makin mengempis.

Jika nak lebih baik amalkan makan lecithin/ omega, alfalfa dan herb lax.*

Serius berbaloi!



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 20 Ogos 2011

Pembunuh dalam diam.

 Dalam setahun mungkin beberapa kali kita akan bertemu dengan juadah ini namun hanya hari raya sahaja yang kita dapati meriah sekali.


Dalam kita seronok menjamah juadah raya, adakah kita prihatin dengan apa yang kita makan? Masih ingat lagi 14 tahun dahulu, arwah abah saya di serang strok pada malam raya yang kedua. Beliau mempunyai masalah darah tinggi secara kebetulan sehari sebelum raya arwah sangat suka makan satay. Rupa-rupanya dalam diam kadar kolestrolnya meningkat dan menyebabkan tekanan darah meningkat seterusnya merosakkan saraf dalam otaknya maka arwah paralyse selama 2 minggu sebelum terus meninggalkan kami 8 beranak buat selama-lamanya.

Kisah ini menjadikan iktibar buat saya dan suami. Bila nak makan rendang, lemang atau pulut, kami tak berani nak makan banyak sebab tahu kesannya ke atas kolestrol dan jantung. Makan berpada-pada. Sejak awal perkahwinan, keluarga mertua akan pastikan vitamin utama untuk mengurangkan kolestrol wajib ada untuk menampung seluruh keluarga.
 Kami akan makan vitamin tersebut dan fokus pada kolestrol terutama musim perayaan yang banyak dengan jemputan rumah terbuka.

 Tanpa kita sedari ada sesetengah juadah boleh menyebabkan kandungan lemak jahat dalam salur darah makin meningkat.

Apakah vitamin yang sekurang-kurangnya ada demi mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol jahat iaitu LDL.




Atau jika anda berkemampuan lebih berkemampuan



Secara ringkasnya kepentingan vitamin yang dinyatakan ialah :


Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah. Salur darah yang kurang vitamin C ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila2 masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan.

Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa!


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 21 Ogos 2010

Membuang lemak dengan lechitin



Semenjak berhenti menyusu Nasa, ibu lebih concentrate makan Omega berbanding dengan lechitin. Pada ibu Omega lebih baik...untuk otak iaitu membantu meningkatkan DHA, bagus untuk jantung, membantu kawal paras triglycerides,Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah dan beberapa fungsi lain yang banyak.

Namun semalam selepas makan dan sebelum masuk tidur, tergerak hati ibu untuk makan 3 biji lechitin. Niat dihati nak lebih ramping....hehehehe. Pagi tadi bangkit untuk bersahur dengan sangat lancar proses pembuangan...Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil "bile" daripada kolesterol."Bile" amat penting untuk proses penghadaman dan memang boleh rasa dibahagian perut sedikit kempis. Lama dah tak amik lechitin tetapi hari ini memang nekad nak amik semula.

Bolehkah ibu menyusu mengambil lechitin? Jawapannya boleh. Ia tidak memudaratkan baby. Ia memberi manfaat dari aspek otak di mana Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.

Masa ibu belajar dulu, apa yang ibu fahamkan ialah pengambilan Lechitin membantu agar saraf otak menghasilkan kolin dan kolin sangat penting membantu otak menerima data dengan lebih lengkap serta untuk kita lebih mengingat.

Kandungan Lecithin:-

* Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
* Kolin – satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Ianya bukan sekadar khusus untuk membuang lemak semata-mata kerana fungsinya sangat banyak. Boleh membaca dan mendapatkan maklumat lebih lengkap dalam entry sebelum ini iaitu LECHITIN .

Bagi harga add on dengan pembelian mana-mana trial pack, harga 30 biji Lechitin ialah RM15 sahaja. Dapatkannya untuk percubaan!

Selamat berpuasa!

Salam sayang dari ibu

Ahad, 12 Julai 2009

Cara banyakkan susu...bila dah kaji baru ku tahu...

Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu "bersama". Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh...

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2 lain dengan bangganya. Maka ibu2 yang mempunyai masalah hasil yang makin merundum akan terus mencari ikan pekasam kerana diberitahu ikan pekasam membantu meningkatkan hasil susuibu. Namun hasil didapati bukan semua ibu berjaya seperti kakak ini. Mengapa?

KES 2.
Saya minum air longan saya merasakan susu saya jadi bengkak dan hasil perahan saya tiba2 banyak. Ish seronoknya. Saya yakin dengan minum air longan setiap hari susu saya bertambah banyak. Maka ibu ini pula berkongsi dengan ibu2 lain dan pastinya ibu yang mempunyai masalah hasil yang mula merundum akan terus mencari air longan tanpa berlengah lagi. Namun pastinya ada ibu yang berasa ia berkesan namun ada yang merasakan tiada apa2 perubahan. Mengapa?

KES 3.
Ibu mertua saya memberi petua bahawa dengan memakan limau bali boleh meningkatkan hasil susu ibu. Memandangkan saya juga suka dengan limau bali maka tiada masalah besar untuk mencuba petua mertua saya ini. Alhamdulillah kesannya sangat memuaskan. Jika biasanya hasil perahan adalah 6oz sekarang saya boleh dapat sehingga 10oz sekali perahan. Maka saya yakin limau bali adalah salah cara nak banyakkan susu. Ilmu ini disebarkan, maka ramai ibu yang mencuba. Sudah pasti yang mencuba adalah mereka yang mempunyai masalah perahan ataupun mereka yang rasa susu mereka semakin berkurang. Seperti biasa, ada yang merasakan petua ini hebat namun tidak kurang yang merungut petua ini tak boleh pakai langsung! Mengapa?


Jawapan kepada semua kes di atas.

Hakikatnya mereka yang berjaya mendapat hasil susu yang lumayan adalah kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan rasa sangat2 gembira. Sebagai contoh kes 1, kakak ini memang penggemar ikan pekasam maka apabila beliau mendapat apa yang dihajati atau disukai maka hormon secara langsung akan melonjak gumbira! Susu juga akan menjadi banyak kerana pastinya kakak ini akan makan dengan bersungguh2.

Begitu juga dengan kes 2. Mengapa ada yang gagal? Mereka ini bukan peminat air longan tetapi cuba menjadi pengikut atau terikut2 dengan cara orang. Mereka minum dan secara langsung air akan banyak dalam badan dan secara langsung susu akan banyak tetapi tidak sama dengan mereka yang sangat meminati air longan. Hasilnya akan berbeza sedikit ataupun tidak berkesan langsung! Bagi yang berkesan maka dapat saya simpulkan golongan ini turut gemar meminum air longan bukan dasar keterpaksaan semata2 untuk menambahkan susu.

Tidak kurang juga dengan kes 3. Berapa ramai yang suka sangat2 makan limau bali? Mungkin mereka yang berasal dari negeri pengeluar akan sangat menyukai limau ini. Saya juga suka tetapi bukanlah saya amalkan makan setiap hari kerana harganya yang tidak kurang mahalnya. Maka mereka yang suka makan limau bali, secara langsung akan memakan buah ini dengan rasa gembira dan ini dapat membantu hormon dalam tubuh kita menjadi tenang dan hasil susu akan secara langsung melonjak naik. Bagaimana dengan golongan yang suka secara ala kadar? Mereka akan makan tetapi dengan niat dan mengharap susu mereka akan banyak secara magik. Percayalah hasilnya takkan sama dengan meraka yang sangat suka makan buah tersebut.

Maka dapat saya simpulkan di sini... pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.

Renung2 kan lah!
Secara peribadi supplement penting buat saya kerana saya takut gemuk...saya sangat kuat makan maka saya perlukan supplement yang membantu membakar lemak yang berlebihan!