Isnin, 13 Mac 2023

Set Puasa Shaklee untuk lebih bertenaga.

Saya baru kongsikan tentang Set Puasa Shaklee dan lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Set Puasa Shaklee untuk lebih bertenaga.Sejak PKP saya kami dah mula sahur yang simple sahaja. Sebab PKP kita tak boleh keluar rumah. Kalau nak pergi beli barang dapur limit 2 orang aje boleh pergi. Masa lain banyak duduk rumah aje.

Untuk anak-anak mungkin pada mereka duduk rumah, makanan sentiasa ada. Kalau ingat memula PKP mana ada food panda ke grab ke...semua kena masak sendiri. Mak ayah kena masak dan mereka juga kena mengajar anak-anak dirumah.

Jadi macam saya, kalau boleh sahur yang simple aje sebab dah tak larat nak makan berat.

Saya rasa sejak PKP la kami fokus dengan produk Shaklee semata-mata. Set Puasa Shaklee sangat sesuai untuk lebih bertenaga.

 

Set biasa untuk breakfast

Tripple gem adalah set biasa kami amik dulu. Dari anak masuk sekolah rendah, minuman itulah saya berikan anak saya sebagai sarapan pagi. Tak de alasan mengantuk.

Tahun ni kami berpuasa dengan Set Puasa Shaklee iaitu Set 1-2-3.

Set Ramadhan Shaklee

Paling penting set ini mengenyangkan. Beri lebih rasa tenaga. Ini kerana ia mempunyai low glisemik index. Memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Sepanjang saya buat puasa ganti 

saya memang amalkan campuran ESP Shaklee dan Cinch Chocolate kerana suka dengan rasa lemak dalam minuman ini.

Cuma memandangkan Performance Lime baru aje masuk dalam pasaran, maka baru ni la baru saya order untuk persediaan Ramadhan akan datang ini. Mana mungkin cukup 1 canister jika ianya dibuat untuk minum waktu sahur sebagai persediaan nak berpuasa dan minuman air waktu berbuka puasa.

Minuman Isotonik

Sebenarnya Performance Drink ni sangat bagus untuk diambil oleh ahli sukan. Malah jika ada ahli keluarga yang demam atau cirit birit , sangat bagus jika diberi air bancuhan Performance Drink. Ini bermakna ia sangat sesuai untuk setiap isi rumah.

Bulan ini Shaklee memperkenalkan Puasa 1-2-3 set sebagai Set Berpuasa Shaklee untuk tahun  2023. Pembelian set ini juga akan mendapat Shaker Shaklee Hijau secara Percuma. Bertambah mudah kita bersahur atau berbuka dengan shaker yang ada sukatan air.

 

Jika anda berminat nak jadi ahli atau hanya nak mendapatkan Puasa 1-2-3 Set sempena Ramadhan ini, boleh la terus mesej saya di TALIAN INI.

 

Jemput Like FB Page saya Better You Better World

atau FB personal saya Norita Idris



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Rabu, 22 Februari 2023

Angiogenesis

Beberapa bacaan baru-baru ini, saya belajar tentang Angiogenesis. Apa itu AngiogenesisAngiogenesis secara literal bermaksud penciptaan saluran darah baru. Perkataan "angio" bermaksud saluran darah manakala "genesis" bermaksud penciptaan. 

Angiogenesis ialah proses fisiologi - kapilari baru yang terbentuk daripada saluran darah yang sedia ada dalam badan kita.. Ia biasanya merupakan proses penting dan membantu yang menyokong penyembuhan luka dan membekalkan darah kaya oksigen ke organ dan tisu dalam tubuh kita.

Angiogenesis
Sel darah baru yang tercipta



Dalam proses pertumbuhan kanser , angiogenesis memainkan peranan dalam membekalkan nutrien dan oksigen kepada sel kanser dan membawa sisa metabolik dan produk akhir biologi itu daripada sel kanser, atau nama lain AGE protien. Pembetukan Angiogenesis menunjukkan dalam status sel kanser daripada tidak aktif kepada malignan.


Angiogenesis
Malignan yang terbentuk hasil  angiogenesis



Salur darah baru ini bila ia merebak secara tidak terkawal ia boleh membentuk kanser. Tanpa bekalan darah, nutrien dan oksigen, kanser ini tidak la merbahayakan. Namun apabila angiogenesis ini mula mendapat bekalan darah, nutrien dan oksigen maka ia akan merebak berpuluh ganda cepat dan kebiasaanya orang mula sedar mereka mendapat kanser yang merbahaya pada peringkat 2 atau 3. Ini kerana ia merebak dengan sangat cepat tanpa pesakit sedar.

Selama bertahun, rawatan untuk merawat kanser biasanya menggunakan pembedahan , radioterapi dan kimoterapi. Namun, ada segelintir doktor dan saintis telah menemui cara untuk mengawal kewujudan angiogenesis ini. Antara hasil kajian mereka mendapati, punca utama kehadiran angiogenisis ini adalah disebabkan dari diet harian kita , tidak kurang juga dari faktor persekitaran yang menyumbangkan kepada tekanan.
Angiogenesis
Punca kehadiran Angiogenesis




Didapati masalah Angiogenesis ini dapat dikurangkan dengan penjagaan diet yang baik serta diet yang kaya dengan antioksidan khususnya.
Kebetulan selepas membaca beberapa artikel tentang Angionegesis ini, sebenarnya ada beberapa makanan yang Allah ciptakan untuk kita ambil setiap hari demi mencegah kehadiran Angiogenesis ini. Sumber makanan ini juga dikenali sebagai Anti Angiogenesis.



Angiogenesis
Makanan yang dikenali sebagai Anti Angiogenesis

Makanan ini pula setelah dikaji ia mengandungi bahan yang dikenali sebagai Resveratrol , dan ia biasa terdapat dalam buah-buahkan yang kaya dengan Polifenol. Kehadiran Resveratrol ini dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan atau memutuskan rantaian penghasilan salur darah baru ini dari mendapat terus bekalan darah, oksigen dan nutrien.

Uniknya , salah satu makanan sunnah yang bagus untuk mencegah Angiogenesis ini adalah buah Tin atau nama sainsnya Ficus Carica atau nama popular dalam Bahasa Inggeris disebut Fig. Buah ini dikatakan mempunyai banyak manfaat, antaranya anti radang, kaya dengan antioksidan , anti alahan, anti penuaan dan tidak kurang juga anti kanser [ Anti Angiogenesisi]. MasyaAllah rupanya buah dari syurga ini mempunyai banyak manfaat.Kami memang menjadikan amalan memastikan di rumah sentiasa ada buah kurma dan buah tin. Rupa-rupanya ia banyak manfaat yang Allah sisipkan bersama untuk penduduk bumi.

Pengambilan buah tin menjadi amalan kami selepas mengetahui ia sangat bagus untuk penghadaman, masalah buah pinggang dan bagus untuk diet. Maka mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting juga digalakkan mengamalkannya. Walaubagaimanapun ada sesetengah orang tidak begitu selesa dengan pengambilan buat Tin atau Fig kerana biji serat yang terdapat di dalamnya boleh menyebabkan ia terselit di antara celah gigi. Akhirnya menyebabkan si pemakan jadi tidak selesa.


Banyak lagi makanan yang berada dalam kategori sebagai Anti Angiogenesis. Bagi yang amalkan Intermittent Fasting sangat bagus mengamalkan pengambilan makanan yang barada dalam golongan Anti Angiogenesis agar dapat membantu tubuh badan kita kekal sihat. Ditambah jadual makanan berkala ini sangat membantu tubuh badan kita mempunyai masa yang mencukupi untuk membina sel baru dan merawat sel yang tercedera.


Nanti saya akan sambung lagi dengan pemakanan yang berada dalam kategori Anti Angiogenesis.





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Isnin, 20 Februari 2023

Istimewa 2023 - Harga ESP Shaklee


Salah satu produk Shaklee yang popular dikalangan mereka yang mengandung, golongan ibu menyusu, mereka yang nak sihat dan cantik serta tidak kurang juga mereka yang mahu bina badan. Saya sendiri consume ESP Shaklee bermula tahun 1999 kerana masalah migraine. Harga ESP Shaklee waktu itu mungkin kelihatan murah tapi setara dengan berat yang ditawarkan.


Pembukaan tahun 2023 memberi sinar baru kepada semua pengedar Shaklee dan pengamal ESP Shaklee sendiri apabila Shaklee Malaysia menawarkan harga  promosi untuk produk ESP Shaklee. Harga ESP Shaklee dimulakan promosi istimewa untuk ahli baru beli [2] dua canister RM150. MasyaAllah jimat sangat! Harga sebelum RM161 untuk [1] satu canister.

Satu canister ESP mempunyai berat 850gm. Satu canister ESP Shaklee memberikan 30 hidangan iaitu 28g untuk setiap hidangan. Satu canister ESP membekalkan 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dibuat oleh badan.

Harga ESP Shaklee
ESP Canister label


ESP ini boleh dibancuh dengan segelas susu , atau apa-apa jus, air kosong atau apa-apa air kegemaaran anda. Juga boleh dibancuh dengan air jus buah yang diblend.


Jika berminat boleh dapatkan Harga ESP Shaklee yang istimewa bulan ini.

Harga ESP Shaklee
Promosi ESP Shaklee 2023 Februari



Harga ESP Shaklee
Kebaikan ESP Shaklee



Jika anda berminat nak mengambil peluang promosi boleh buat pesanan di sini 







Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Jumaat, 17 Februari 2023

ADENOMYSIS - REAL LIFE EXPERIENCE

Selama berada dalam dunia kesihatan, saya biasa dengar kes fibroid, cyst , endometriosis dan saya belajar mendalami tentang ketiga-tiga penyakit ini. Namun my own experience bila saya melalui saya benda baru dalam hidup saya bila saya mengalami pendarahan yang banyak semasa menstrual bulanan. Ia berlaku pada tahun 2021 di mana saya terpaksa juga menemui doktor pakar kerana masalah pendarahan yang banyak. Itulah kali pertama saya mendengar nama penyakit Adenomysis. Saya terpaksa rujuk ke saya ke hospital pakar di Terengganu, Kuala Terengganu Specialist [ now known as KMI Kuala Terengganu Medical Centre].
Adenomysis
Wanita kena peka dengan jadual mentsrual mereka





 Semasa lawatan doktor menyarankan saya scan keadaan rahim saya dan doktor pakar menunjukkan betapa tebalnya keadaan dalam rahim waktu itu. Kemudian doktor pakar menjelaskan yang saya mengalami Adenomysis. Doktor menyarankan saya membuat operation membuang rahim supaya ia tidak berlarutan. Cuma saya minta diberikan tempoh masa untuk saya dapatkan rawatan alternatif. Sementara itu docktor membekalkan saya  ubat untuk hentikan darah dan pil tahan sakit jika berlaku kekejangan otot perut.
Adenomysis
Perbandingan : Keadaan rahim yang sihat dan rahim yang mengalami Adenomysis




Lepas balik tu saya cuba tanya kawan-kawan doktor pakar sakit puan, apa benda sebenarnya Adenomysis ni? Selepas belek dari google dan cuba faham apa yang kawan-kawan doktor saya cuba explain , rupa-rupanya Adenomysis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium memecah melalui otot rahim iaitu miometrium.

Baru saya tahu kenapa menstrual saya jadi heavy...Apa jadi kalau ada Adenomysis ni? Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kekejangan haid, tekanan pada perut dan kembung semasa sebelum haid dan menjadikan pendarahan yang banyak. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh jadi makin worst bila ia merebak seluruh rahim atau hanya terletak di satu-satu tempat.

Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan ia tidak la mengancam nyawa tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan darah dan boleh menyebabkan kesan negatif dalam diri pesakit. Saya yang mengalami sendiri merasa sakitnya hanya Allah yang tahu. Pendarahan yang banyak membuatkan saya kelihatan begitu pucat. Masa tu hanya doa dari semua kawan-kawan yang saya harapkan. Kerana saya tahu hanya Allah yang mampu menyembuhkan.

Ia berlangsung dengan sangat lama. Hampir 3 bulan , masyaAllah kalau ingat balik keadaan tu. Barulah saya mulai faham keadaan mereka yang berada dalam istihadah. Tak semudah yang kita sangka. Ia adalah ujian jiwa yang kena berpaut pada tuhan yang Esa. Dengan menahan sakit cramp diperut, dengan darah yang banyak, wajah pucat lesi ...Subhanallah. 

Alhamdulillah secara beransur ia tidak berlarutan. Cuma setiap kali menstrual masih rasa kejang di awal musim menstrual. Di kala umur 4 series ni, sebenarnya letih juga nak hadap. Jadi saya kena amik pil penahan sakit di awal mestrual supaya ia tak terlalu sakit hingga saya tak mampu nak buat kerja apa pun.
Namun selepas mendapat input dari beberapa orang yang mahir dalam bidang ini, saya cuba usahakan rawatan alternatif untuk membantu agar keadaan menjadi lebih baik.

Rupanya penyakit ini ramai juga dikalangan kaum wanita. Ada kenalan saya yang terpaksa membuang organ rahim kerana doktor mengatakan ia adalah lebih baik untuknya. Antara sympton untuk Adenomysis ini adalah 
Adenomysis
Kekejangan semasa menstrual - wanita kena alert


🧿 Pendarahanan haid yang berat dan berpanjangan

🧿 Keradangan yang teruk atau tajam seperti sakit pelvik semasa haid atau nama lain dismenorea

🧿 Kekejangan haid yang berpanjangan sepanjang haid dan keadaan menjadi worst bila makin meningkat usia.

🧿 Gumpalan darah keluar semasa haid berlangsung

🧿 Rahim mungkin menjadi besar dan kita merasakan macam perut sedang bloated.

🧿 Berasa sakit bila bersetubuh bersama pasangan.



InsyaAllah akan datang saya kongsikan rawatan alternatif yang saya usahakan untuk mengurangkan gejala menstrual saya. 








Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.