Khamis, 16 Februari 2023

Bengkak Gout Perlahan-lahan Hilang Dengan Amal Minum Air Lemon Setiap Hari.

Banyak pengalaman yang tersimpan rapi sepanjang kami menunaikan haji pada tahun lepas. Antara moment yang saya akan ingat adalah perkongsian tentang seorang jemaah tentang penyakit yang beliau hadapi iaitu Gout.


Kebaikan lemon


Selama 3 tahun jemaah ini amalkan secawan air lemon tanpa gula setiap hari, hingga hilang bengkak-bengkak pada sendi beliau. Melihat keadaan beliau pada saat itu yang sudah sihat dan tidak menampakkan bekas bengkak gout, isterinya ada mengesahkan apa yang beliau kongsikan.

Saya tahu air lemon ni banyak kebaikan. Antaranya ialah untuk detox, pencernaan dan untuk kurus.

Saya tak nafikan dengan pengambilan segelas air lemon tanpa gula setiap hari membantu saya mendapatkan bacaan EGFR buah pinggang saya sangat cantik. Setiap kali buat blood test, paling saya takut adalah untuk mengetahui bacaan EGFR kerana bacaan itu adalah indicator kepada keadaan buah pinggang kita sebenar.

Seperti kita tahu, air lemon ini mengandungi vitamin yang kaya dengan vitamin C. Maka ia boleh dikatakan vitamin yang kaya dengan antioksidan selain membantu sel sel dalam badan berfungsi dengan baik. Memandangkan ia kaya dengan antioksidan maka ia membantu tubuh kita melawan penyakit.Lemon juga dikatakan dapat mengurangkan serangan risiko kardiovaskular. 

Selain itu, lemon juga dikakatakan dapat membantu tubuh badan kekal sihat , hidrat, lebih segar dan bersemangat. Saya juga telah mencuba apabila ia dijadikan minuman penutup semasa bersahur. Memang ada rasa perbezaan yang mana badan kekal hydrate.

Berita baiknya kepada pengamal Lemon,ia membantu mengurangkan risiko bati karang dan melancarkan sistem pencernaan .Dikatakan dengan mengamalkan meminum secawan lemon sehari menjadikan kulit lebih lembab dan memperlahankan proses penuaan.

Air lemon
Air lemon



Akhir kata, pengambilan secara air lemon membantu memberi rasa kenyang ,dan secara langsung membantu kita mendapat berat badan yang ideal. Kita takkan nampak kesan mendadak, insyAllah masa akan sampai. Allah the best!


All the best!


#shakleetriumph23
#shakleethrive23
#projekblog mega




Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 14 Februari 2023

Jom Sihat dengan Set Kurus Shaklee

Beberapa diet plan yang sangat popular hari ini antara lain adalah Suku-suka Separuh, Intermittent Fasting dan Keto. Ia menunjukkan rakyat Malaysia secara beransur-ansur telah mula ada kesedaran nak menjaga kesihatan dan tubuh badan. Namun tahukah anda, setiap diet plan adalah bagus jika disokong oleh vitamin dan supplement supaya tubuh  badan  kita mendapat zat nutrisi yang seimbang walaupun kita sedang berdiet. Kerana hakikatnya bila kita berdiet , secara langsung ada banyak kekangan untuk kita lengkapkan nutrisi yang tubuh badan kita perlukan.

Jika anda adalah pengamal diet Intermittent Fasting pastinya adakala kita tak dapat nak pastikan dalam diet kita telah mendapat semua vitamin dan zat yang seimbang.Teringat saya , sharing dari Coach Gula , Master Puteri.... Jika kita mempunyai pilihan antara telur rebus dan ESP Shaklee, adalah lebih baik amalkan ESP Shaklee kerana ia mempunyai 9 amino asid perlu  yang diperlukan oleh badan namun tidak dapat dibuat oleh badan. Suka saya nak share antara asid amino dalam ESP adalah Histidine. Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Berbalik kepada Set Kurus Shaklee, set ini boleh didapati dengan nama popularnya Hello New You Set.
Ia mengandungi 4 jenis vitamin yang sangat menyokong mereka yang nak sihat , yang berusaha menjaga diet dan mereka yang nak kurus.
Set Kurus Shaklee
Hello New You Set dari Shaklee.



Antara produk yang ada dalam Set Kurus Shaklee ini adalah Mixed Soy Protein Chocolate Shake, atau nama popular Cinch Chocolate, Omega Guard Shaklee, Lecithin dan Herb Lax. Setiap vitamin ini mempunyai manfaat yang menyokong diet plan seperti Diet Suku-suku Separuh, Intermitten Fasting dan Keto.


Set Kurus Shaklee
Cinch Shakes Shaklee


Cinch Chocolate 

Cinch Shake adalah minuman yang berasaskan protien untuk menggantikan makanan sepanjang kita berdiet. Perasa Cokelat adalah Cinch Shake yang paling rendah GI. Bermakna kita kenyang lebih lama. Cinch Shakes perasa Chocolate ini mengandungi bahan yang dikenali sebagai Leucine.
Leucine adalah sejenis Asid Amino , yang mempunyai rantaian isoleucine dan valin. Leucine dikatakan sangat membantu untuk kita dapatkan penurunan berat badan maka ia pastinya sangat penting dalam Set Kurus Shaklee.


Set Kurus Shaklee
Kebaikan Cinch Shake

Saya sendiri sangat suka dengan Cinch Chocolate, saya jadikan ia meal replacement untuk gantikan nasi. Ia juga membantu badan kita tidak menjadi flabby bila dah mula kurus. 


Omega Guard Shaklee
Set Kurus Shaklee
Omega biasa dalam bentuk capsule



Bila kita cerita Set Kurus Shaklee, pastinya kita perlukan supplement yang membantu bakar lemak terutama lemak tepu. Saya sangat suka dengan Omega Shaklee. Omega Shaklee membekalkan spektrum luas asid lemak perlu Omega-3 tulen. Omega Shaklee disuling berganda untuk memastikan kepekatan dan ketulenan melalui proses moden. Mengapa Omega Guard sangat bagus bila kita amalkan Intermittent Fasting kerana ia membantu menyokong kesihatan sendi, membantu mengawal berat badan, mengurangkan sakit kepala kerana ia bersifat anti radang.


 Lecithin

Lecitin ni juga berbentuk capsule macam Omega juga. Lecithin sebenarnya membantu mengurangkan kita terkena risiko penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease serta risiko arteri yang mengeras. Kalau kita sedar, semasa amalkan Intermittenr Fasting kita tak mampu nak dapatkan banyak khasiat makanan kerana kita sedar makanan yang terhad ditambah kita nak kawal makan. Maka Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah nyanyuk.


Herb Lax

Perasan tak, bila kata kita buat diet IF atau Keto ke, matlamat jelas untuk dapat berat ideal. Maka kerana itu Set Kurus Shaklee mengandungi Herb lax sebagai bahan yang bantu membersihkan usus dan perut.
Adakala bila kita amal diet IF, antara masalah yang biasa orang akan hadapi ialah masalah pembuangan. Maka Herb Lax sangat membantu.  Dalam Herb Lax Shaklee mengandungi 9 jenis herba.Herb Lax mempunyai sifat yang menggalakkan proses pembuangan menjadi lebih lancar dan pembersihan yang lembut.
Set Kurus Shaklee






Bila kita buat Intermittent Fasting pasti kita nak dapat best result kan? So saya nak cadangkan pengambilan Set Kurus Shaklee ini bersama Vivix Shaklee. Kenapa Vivix Shaklee? Tahukah anda Vivix Shaklee ini bersifat anti radang, anti diabetic, antioksidan dan anti angiogennesis kerana kandungan Polifenol dan Resveratrol di dalam Vivix. Bagusnya pengambilan satu sudu teh sehari Vivix dapat mengurangkan rasa craving pada makanan manis. Selain ia juga membantu mengelakkan protien AGE terbentuk. Maka dengan ini sangat bagus untuk kita dapatkan berat yang ideal, selain amal Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee.




Bulan ini pula, Shaklee ada offer yang menarik. Pembelian satu Set Hello New You akan mendapat 1 Cinch Chocolate secara percuma! Wah sangat mengujakan tau terutama bila kita dalam mode ready nak kurus dapatlah pulak benda yang menjimatkan.

Set Kurus Shaklee
Promosi Set Hello New You bulan Februari



Jika anda berminat nak dapatkan Set Kurus Shaklee, boleh hubungi kami di WASAP INI.





Khamis, 9 Februari 2023

Apa itu Intermittent Fasting ?

Apa itu Intermitten Fasting ?

Dalam entry sebelum ini saya, saya kongsikan yang suami saya buat Intermittent Fasting atau nama popularnya IF. Intermittent Fasting secara mudahnya merujuk kepada puasa secara berkala.
Ia merupakan amalan yang menjarakkan waktu kita makan dengan waktu tidak makan. IF bukanlah satu jenis diet atau tren baru namun ia lebih kepada gaya hidup dan corak pemakanan kita.

Apa itu Intermitten Fasting ?


Tanpa kita sedari sebelum ini, semasa kita tidur, kita juga sebenarnya sedang berpuasa kerana tempoh masa hidangan terakhir dengan makan yang seterusnya dijarakkan lebih lama cuma kita tak memanggilnya sebagai puasa kerana kita dalam keadaan mandorm..



Bagi umat Islam, berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Kebanyakan orang Islam dilatih untuk berpuasa sejak dari kecil lagi. Namun jika nak dibandingkan dengan Intermittent Fasting, puasa Islam jauh lagi mencabar kerana sepanjang tempoh berpuasa dalam sehari tidak dibenarkan makan dan minum malah hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja. Berbeza dengan intermitten fasting.

Apa itu Intermitten Fasting ?



Uniknya tentang Intermittent Fasting ia jauh lebih mudah kerana kita boleh minum sepanjang tempoh berpuasa dan lebih menarik waktu tidur pun dikira kita berada dalam tempoh berpuasa.

IF juga merupakan sebuah diet yang berkonsepkan pola makan kita mengikut jadual yang tertentu. IF juga dikatakan sangat popular di dunia barat lebih lagi dalam golongan para atlet dan selebriti . Malah di Malaysia , IF antara topik hangat di media sosial dan media massa yang lain.

Bagi permulaan mereka yang nak cuba, boleh mulakan dengan 12-12 dan waktu itu sebenarnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Bila kita buat IF kita kena juga jaga pengambilan makanan seharian kita. Sepanjang kita buat IF kita hanya boleh minum air masak, teh hijau , teh dan kopi yang tidak mengandungi susu dan gula. Kita kena mula usahakan untuk menghadkan jumlah kalori harian kita. Boleh google berapa kalori makanan yang kita ambil.

Cara intermittent fasting dan cadangan jadual IF yang popular dan mudah diikuti :

Puasa 15 jam, makan 9 jam 
Puasa 20 jam , makan 4 jam
Puasa 23 jam , makan 1 jam

Sebenarnya jadual IF yang terbaik adalah memendekkan tempoh waktu makan dan memanjangkan tempoh  masa berpuasa. Dengan cara ini membolehkan badan membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa.

Kita juga perlu la tahu beberapa perkara yang perlu dielakkan ambil semasa menjalankan Intermitten Fasting ini. Kita kena elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi dan cuba perbanyakkan pengambilan makanan yang 0 kalori seperti teh kosong, kopi kosong, air kosong, sup kosong dan cuka epal.


Apa itu Intermitten Fasting ?



Percaya tak, memula nak buat IF ni saya duk fikir mungkin saya tak mampu nak buat sebab kena skip breakfast dan lambatkan lunch. Namun rupanya kita boleh aje ubah suai jadual makan ikut kesesuaian badan kita.

Kesimpulannya : Intermitten Fasting adalah satu bentuk gaya pemakanan yang sangat baik untuk diamalkan. Ia terbukti mampu memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita terutama untuk sistem pencernaan dan untuk membakar lemak secara semulajadi. Jika seluruh rakyat Malaysia amalkan Intermitten Fasting, pasti kita boleh turunkan kadar oebesiti negara kita. Wallahu alam.

Jemput baca artikel saya sebelum ni tentang Intermitten Fasting.

Ada juga artikel yang berkongsi tentang kesan Intermitten Fasting diet ni pada sistem metabolik kita. Jemput baca artikel Efek Intermitten Fasting pada metabolik


#projekmegablog
#shakleethrive23
#shakleethriumph23
#pengedarshakleekualaterengganu
#shakleereadystock





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Selasa, 7 Februari 2023

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Kelebihan Omega Shaklee

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu : Kelebihan Omega Shaklee

Syukurnya sejak kecil lagi mak memang suruh kami makan  minyak ikan atau nama lain Omega dan saya masih ingat brand yang mak bagi kami kami iaitu S**** S**. Kenapa mak suruh makan minyak ikan? Sebab dari dulu orang tahu ia Omega bagus untuk otak. Omega yang bagus pastinya kaya dengan DHA dan EPA. Namun Omega juga bantu singkirkan lemak. Selain itu Omega juga dikenali sebagai vitamin anti radang.


Kelebihan Omega Shaklee
Omega biasanya dalam bentuk capsul.



Namun kerana ramai yang mahukan kesihatan yang optimum, ramai yang mencari Omega untuk kesihatan jantung khususnya. Ramai juga yang mencari Omega untuk singkirkan lemak. Lemak triglicerid kebiasaanya menjadi fokus lemak yang perlu disingkirkan. Namun saya memang lebih fokus Omega ini untuk otak anak-anak yang sedang belajar.

Bila dah tahu kepentingan Omega , saya lebih faham, mengapa pentingnya pengambilan Omega setiap hari yang emak bekalkan kami dulu..cuma sekarang saya amalkan Omega Shaklee.

Apa kelebihan Omega Guard Shaklee?

Kelebihan Omega Shaklee
Omega Guard Shaklee.



Omega guard Shaklee mengandungi 540 mg EPA [ eicosapentaenoic acid] dan 360 mg DHA [ docosahexaenoic acid ]. Omega Shaklee juga adalah minyak ikan tulen yang berkepekatan tinggi. Ia juga membekalkan lemak sihat kepada tubuh badan kita.

Omega Guard meningkatkan prestasi Mental
Pengambilan Omega 3 menunjukkan kesan positif terhadap pemikiran memori, dan tumpuan pemerhatian. Ia juga dikatakan menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca. Pengambilan Omega 3 juga membantu meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.

Omega Guard bantu Memperbaiki Mood secara positif
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Ia juga sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria. Omega 3 membantu meningkatkan mood, meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.

Omega Guard mengekalkan fungsi kognitif yang sihat terutama untuk golongan lanjut usia.
Dengan peningkatan usia ia akan menyebabkan penurunan penyerapan nutrien dan ini akan memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Maka pengambilan secara konsisten Omega Guard membantu kita mengalami penuaan yang sihat, dengan merendahkan risiko penurunan kognitif. Penuaan yang sihat juga menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal , terutamamya kognitif dan memori.
Selain itu penuaan yang sihat juga mengurangkan risiko gejala gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
Pengambilan Omega Guard yang konsisten juga menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.


Kelebihan Omega Shaklee


Omega Guard bagus untuk ibu mengandung.
 Omega 3 khususnya DHA merupakan salah satu elemen yang penting untuk otak. Oleh itu pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting. Ia juga menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutama pada trimester ketiga.
Pengambilan Omega 3 juga menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik dikalangan bayi. Selain itu ia meningkatkan kordinasi tangan-mata serta kepintaran kanak-kanak. Omega 3 juga meningkatkan tumpuan pemerhatian dikalangan bayi dan kanak-kanak. Ia juga menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.


Jika anda mencari Omega Guard dan ingin mencuba Omega Guard Shaklee, boleh dapatkan dari kami Pengedar Shaklee Kuala Terengganu | Ready Stock.

Jika anda ingin menjadi pengguna yang bijak dengan menjadi ahli, boleh daftar dengan kami di sini.<<<Daftar Ahli Shaklee>>>


Jemput LIKE FB kami Better You Better World



#blogmegashaklee
#shakleethrive23
#shakleetriumph23
#shakleekualaterengganu



Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.