Memaparkan catatan dengan label nutriferon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nutriferon. Papar semua catatan

Ahad, 11 Ogos 2013

Testimoni Nutriferon Shaklee

"Eh air ais tu, nanti semput pulak." Sapa adik saya Mars pada suaminya Yus.
Dengan yakin Yus menjawab, " Tak aper, inhaler ada."

Nutriferon dan semput


Maklumlah musim beraya, rata-rata air yang dihidangkan adalah air berkabornat, air manis yang sejuk, teh atau kopi.

Semalam selepas menjamu selera dirumah mertua saya , Yus mengadu dadanya rasa sempit tetiba. Walaupun ada inhaler, beliau masih tak dapat rasa nak nafas dengan biasa. Terus adik saya Mars tegur ada tak Nutriferon sebab adik saya ingat masa di Miri bulan puasa lepas saya berikan Yus Nutriferon sepeket selepas beliau habis berbuka. Alhamdulillah kesannya sangat positif. Itu yang buatkan Mars minta saya sepeket lagi.

Syukurnya pula kami memang travel dan suka bawak Nutriferon berkotak-kotak. Kami menjadikan ia satu perkara paling penting bila nak travel.

Balik pada cerita adik ipar saya, memandangkan selepas makan berat, saya pun berikan skali garlic complex Shaklee 2 biji dan 2 peket Nutriferon untuk kesan yang cepat.

Uniknya selepas 10-15 minit makan Nutiferon, Mars kata Yus rasa puas hati sebab beliau dah boleh bernafas dengan sangat lancar.

Syukur pada Allah, dan malam tu juga Yus minta Mars orderkan Nutriferon untuk beliau sekeluarga.

Sebenarnya ada lagi cerita tentang Nutrferon dan testimoni dari sahabat, kawan2 dan keluarga. InsyaALLAH akan saya kongsikan dalam penulisan yang akan datang.

Untuk membaca lebih lanjut tentang Nutriferon, boleh teruskan bacaan di sini : Testimoni Nutriferon.

Nutriferon dan Asma

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang Nutriferon boleh hubungi saya melalui details di bawah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 24 April 2013

Nutriferon untuk perlindungan sel!

'Sesuatu yang berlaku itu akan membuka pintu hikmah bila kita terus bertawakal pada ALLAH.'


Inilah yang saya lihat bilamana diuji dengan anak tidak sihat. Ditambah cuaca Miri yang panasnya tidak menentu.

Baru-baru ini anak saya alergik sesuatu. Saya cuba amalkan tips arwah abah iaitu cara lama untuk memudahkan anak sembuh. Malas nak ke doktor sebab pada saya ia alergik yang tidak berapa teruk.

Saya cuba amik satu sachet Nutriferon dan bancuhkan bersama ESP dan Performance drink. Bila alergik saya seboleh-bolehnya cuba elakkan bagi minum susu kerana kandungan laktose dan khuatir ekzema datang menyinggah.
Nutriferon Shaklee

Alhamdulillah ia surut. Memang ketara. Petang saya berikan minum air kelapa, tawarkan semula darahnya.

Baru saya tahu mengapa orang tua kata air kelapa ni tak bagus kecuali demam panas itupun sebab nak buang panas dalam. Air kelapa ini berfungsi menuetralkan darah jadi pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kita mudah sakit disebabkan banyak vitamin atau zat dalam badan telah disingkir keluar.

Malam sebelum tidur saya berikan lagi satu sachet dengan bancuhan ESP dan Performance drink.

Mengapa ESP? ESP adalah untuk pembinaan sel baru dan membaik pulih sel lama yang rosak. Ditambah ia perlu untuk meningkatkan imun sistem. Performance drink pula penting demi membantu menstabilkan bendalir dalam badan. Ditambah cuaca yang panas jika kurang air akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit.

Alhamdulillah selepas 3 hari alergiknya beransur baik. Namun saya tak hantar Nasa ke sekolah kerana hendak pastikan kulitnya benar2 telah sihat semula.

Di saat ini, syukurnya Nutriferon berkotak-kotak di rumah. Memang rasa seronok sangat bila saya cuba ubah minda kami sekeluarga, no more antibiotic.

Bila dah sihat, saya cuba berikan mereka selang sehari. Dah memadai sebagai imun booster untuk mereka.

Alhamdulillah Addin pun nampak elok. Tiada lagi bersih pagi-pagi. Masalah ekzemanya pun dah beransur baik.

Syukur. Ada hikmahnya segala yang terjadi.

Sebelum ini kami memang usaha guna supplement cuma sebab Nutriferon sebelum ini dikatakan tidak pernah diuji untuk kanak-kanak bawah 12 tahun maka sebab itu saya sendiri tak usaha nak beri. Tetapi pada masa diperlukan alhamdulillah ilham dari ALLAH itu datang.

Sesungguhnya segalanya datang dari ALLAH dan kembali jua kepada ALLAH.

Syukur ditemukan dengan Shaklee. Lebih syukur mak saya pun suka makan Nutriferon.

Anda berminat nak dapatkan untuk anak ataupun diri sendiri? Jom dapatkannya bulan ini dengan promo hebat Percuma 1 dengan pembelian 6 kotak. Apa kata kita share ngan kawan-kawan atau adik beradik? Dapatlah harga best bila dikongsi!

Promo tamat 30 April, so apa kata kita sediakan payung sebelum hujan. Sekurang-kurangnya masa diperlukan kita dah ada sekotak di rumah!

Apapun ia hanya part of usaha, dalam mencari kesihatan perlu gabungan usaha dan tawakal supaya pintu hikmah mudah terbuka.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 13 April 2013

Nutriferon pengganti Vitamin C

Vitamin C belum ada dalam pasaran Malaysia. Tapi nasib juga ada Nutriferon.

Anakkuwiraku Nutriferon

Alhamdulillah sambutan yang sangat menggalakkan. Saya menerima whatsapp dan sms untuk order produk ini. Ia sungguh menggembirakan hati saya apabila Vitamin C ada penggantinya dan kita masih mampu usaha untuk kekalkan imun sistem pada tahap optimum.


Antara penulisan atau entry yang pernah saya tulis mengenai Nutriferon sebelum ini....

Sila KLIK LABEL Nutriferon.


Nak order, boleh email/ whatsapp. Jangan malu-malu :)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 10 April 2013

Testimoni Shaklee Nutriferon

Dulu sering sakit atau selsema di pagi hari sehingga jam 10 pagi. Tapi semenjak amalkan Nutriferon, alhamdulillah saya perasan tiada lagi selsema. - Inilah testimoni dari kawan saya apabila suaminya kini tiada lagi alahan sejuk waktu pagi.

Apa sebenarnya Nutriferon ini?

Nutriferon adalah supplement yang unik dari Shaklee dan tidak terdapat dari mana-mana syarikat lain. Ia adalah makanan khas untuk interferon iaitu sel antibodi dalam tubuh kita. Ia secara langsung membantu sistem imun bertambah baik dan menjadikan perisai tubuh kita lebih kuat.

Ada golongan yang terpaksa bergantung dengan ubat dan antibiotik namun akhirnya mengalami sakit lain akibat kesinambungan terlalu bergantung pada ubat tadi.

Jikalau mereka dapat mencuba Nutriferon dan nikmati perbezaannya, saya yakin mereka pasti jatuh cinta.

Adakah kanak-kanak sesuai untuk amalkan produk ini?

Jujurnya produk ini tidak diuji pada kanak-kanak bawah 12 tahun. Saya sendiri pernah beri pada anak saya masa mereka sorang 6 tahun dan sorang 2 tahun. Apa yang saya dapati mereka mengalami ulser dan demam.

Namun sebagai ibu, hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit malah doktor sering menyogokkan dengan antibiotik walhal saya tahu ia tak bagus untuk buah pinggang.
Setiap hari saya berdoa pada ALLAH, tunjukkan saya penawar untuk atasi ekzema anak saya.

Berpunca apabila Nasa mendapat jangkitan pada gusinya dan ada nanah, doktor memberi antibiotik lagi. Saya tak tahan dengan dunia ubat. Pada saya secara peribadi ia boleh melembapkan otak kemudian hari.

Maka saya dan suami dah sepakat nak beri Nutriferon tetapi kali ini kami nekad nak bancuh dengan Performance drink agar tiada lagi ulser atau demam selepas amalkan Nutriferon.

Alhamdulillah selepas 2-3 hari Nasa mengadu tiada lagi sakit gigi atau merasa gusinya bengkak seperti sebelum ini. MasyaALLAH gembira hati saya.

Secara kebetulan seorang kawan saya whatsapp saya berikan pengalaman anaknya amalkan Nutriferon. Ia membuatkan saya teruja untuk berikan pada Addin dan Nasa ditambah mereka ada ekzema.

Testimoni Anakkuwiraku.Com


Ia adalah supplement untuk boost immune sistem. Alhamdulillah kami sekeluarga amalkan setiap hari dibancuh bersama ESP, Performance Drink, Meal Shake dan minum satu sekeluarga.


Bagi anda yang bertanya mengenai Vitamin C, buat masa ini belum ada update dari syarikat. Namun jangan bersedih, kini boleh dapatkan Nutriferon sebagai booster imun sistem yang pastinya lebih baik!  Jom dapatkannya!

Jika berminat nak dapatkan produk ini beserta konsultasi, hubungi kami hari ini :)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 7 April 2013

Nutriferon Shaklee - interferon meningkat tubuh sihat

Dulu kulit anak saya selalu keluar bulat-bulat tanda awal ekzema. Merah dan adakala ia mengganggu emosi si kecil apabila ia merengsakan. Dah puas makan macam-macam vitamin, ia hanya reda seketika.

Shaklee Nutriferon


Bermula dengan satu tompok bulat dan ia nampak merah keradangan yang tak menentu. Saya perasan ia boleh merebak bila anak mula menggaru. Jika dibiar ia boleh berlarutan dan merebak dengan lebih banyak.

Pernah saya bawa anak ke klinik kulit. Dr Pakar Kulit kata ia antara jenis ekzema di kalangan anak-anak.

Memang tidak dinafikan ia banyak berpunca dari genetik [ ini kerana saya sendiri adalah masalah allergik manakala suami ada resdung]. Namun saya tetap berdoa dan usaha semoga ALLAH temukan saya dengan pemakanan yang sesuai untuk anak saya.

Sebelum ini saya pernah mencuba Nutriferon untuk anak. Mungkin kerana kurang air maka ia tak memberi kesan yang optimum.

Namun saya tidak berputus asa. Alhamdulillah kini mereka dah serasi dengan Nutriferon bila saya dah jumpa cara yang sesuai untuk anak saya. Saya bancuhkan sebotol air [ 500 ml] dengan 1-3 sudu air performance drink dan ditambah sepeket Nutriferon. Sebotol air ini biasa saya berikan mereka minum secara berkongsi.

Alhamdulillah memang nampak manfaat Nutriferon ini pada kesihatan anak-anak kami.
Ini kerana Nutriferon membantu meningkatkan penghasilan interferon di dalam tubuh dan secara langsung ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita.

Sempena bulan ini, Shaklee [M] menawarkan pembelian 6 kotak Nutriferon akan menerima 1 kotak secara PERCUMA.
Boost immune system

Jika berminat mendapatkannya boleh sms atau email pada kami untuk membantu anda mendapatkan produk ini pada harga yang berpatutan.

Jemput baca entry2 kami sebelum ini mengenai Nutriferon.

Nutriferon untuk mereka yang kerap sakit.

dan banyak lagi di sini NUTRIFERON SHAKLEE 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 1 April 2013

Shaklee Nutriferon tingkatkan sistem antibodi

 Sabtu 2 minggu lepas semasa shopping di Parkson, kedengaran seorang sales girl yang batuk tak berhenti. Dia batuk teruk tak berhenti henti. Kesian saya lihat. Saya hulurkan 2 peket Nutriferon dari dalam handbag saya pada dia. Terus saya minta dia minum bersama air. Alhamdulillah reda dari batuk yang sangat teruk sebentar tadi.


Menjadi kebiasaan saya bawa 3-4 sachet dalam handbag supaya bila ia diperlukan saya akan dapat beri secara terus untuk mencuba.

Alhamdulillah sudah masuk April 2013. Maknanya sudah 1/4 kita berada di tahun 2013 ini. Berita gembira yang saya terima ialah apabila bulan April 2013 adalah bulan Nutriferon.

Shaklee menawarkan pembelian 6 kotak Nutriferon melayakkan kita mendapat 1 kotak PERCUMA. Jika anda bukan ahli, pembelian promo ini melayakkan anda menerima keahlian Shaklee secara PERCUMA ditambah penghantaran percuma!!!


Banyakkan tawaran menarik yang diterima?

Sebagai ahli sudah pasti kami mendapat manfaat yang banyak. Ini kerana pembelian 6 kotak Nutriferon melayakkan kami mendapat bonus tunai dari syarikat. Anda juga boleh dapatkannya sekiranya berminat untuk mendapatkan tawaran ini.

Ianya hanya diberi setahun sekali sahaja offer best sebegini. Kalau tak ambil memang rugi.

6 kotak terlalu banyak?

Kita boleh beli 6 kotak untuk stok 6 bulan atau dapatkan 5 lagi kawan yang berminat nak beli Nutriferon juga. Maka kita akan dapat menjadi member Shaklee secara percuma ditambah sekotak lagi free untuk kita.

Jom dapatkannya hari ini sebelum terlambat!

Oh ya siapa yang perlukan Nutriferon?

1. Ibu yang menyusu.*

2. Wanita dan lelaki yang mahukan kesihatan yang hebat.*

3. Mereka yang sering sakit dan sakit yang berulang2 seperti selsema, demam dan batuk.*

4. Mereka yang aktif.*

5. Mereka yang terdedah kepada bahan radioaktif seperti yang bekerja dilaut [ oil and gas]*

6. Mereka yang suka kecantikan dan awet muda.*


Jemput baca :

Pentingnya Nutriferon

Nutriferon untuk mereka yang kerap sakit.

Testimoni Nutriferon

Nutriferon breakthrough immune system

Perlu ke ada perisai?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 19 Mac 2013

Herb Lax Shaklee untuk proses detox usus

Minggu ni amik mc sebab demam. Minggu sebelum tu sebab selsema. Bulan leaps  lagi batuk. Boleh kata kalau sebulan tak de cuti memang tak sah.



Adakah anda dalam kategori ini? Sudah pasti jadi malu dan segan dengan bos sebab kerap cuti.

Bila saya didatangi customer yang punya masalah begini, saya amat sarankan pengambilan Nutriferon. Namun jika ada kekangan kewangan, saya akan sarankan herb lax antara yang paling perlu.

Mengapa Herb Lax?

Saya dapati mereka yang punyai masalah untuk membuang air besar dengan konsisten setiap hari akan mempunyai risiko cepat letih, badan naik, mood tak seimbang dan paling teruk adalah kerap sakit.

Oleh kerana itu pentingnya proses pembersihan usus.

Adakala saya amalkan makan  2 bj sebelum tidur. Adakala hujung minggu aje.
Alhamdulillah terasa badan lebih ringan dan cergas serta lebih bertenaga.

Antara testimoni atau pengakuan kawan saya ialah selepas pengambilan herb lax, jerawat lebih cepat kecut. Insya Allah dengan pengambilan yang konsisten membantu sistem pertahanan yang lebih kuat terutama apabila masalah pembuangan dapat diatasi dengan lancar.

InsyaALLAH akan saya update lagi uniknya Herb Lax dalam next entry.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 25 Mei 2010

Want to be better?


Ini adalah email yang ibu terima dari seorang kenalan internet ibu:

Salam..
Apa khabar Kak N... semoga sihat..
Dah lama nani nak tulis email untuk akak, tapi tak berkesempatan...
Ni lepas mengepam sessi pagi (kul 4.30 pg) terus capai laptop n bukak email...


Tak sangka dapat kenal akak walaupun tak pernah bersua muka...
Ingat lagi masa cuti sekolah bulan 3, nani duduk dekat kg (johor bahru my hometown) padahal seminggu je, tapi badan rasa penat mcm orang tak makan... sedangkan tak buat kerja apa pun dok umah mak...Bila bgn pagi2 nak pam susu badan penat, tak cukup tido, bila pam dapat 1 0z je... lagi sedih + tension...akhirnya takdir tuhan menemukan nani dengan blog akak, rasa ada satu sinar baru dalam perjalanan nani breastfeed anak nani Adam Rahimi...tanpa berlengah setelah discuss dengan hubby, dia pun setuju nak berjumpa akak.. tak sangka pulak akak ni duduk sarawak... mcm tak percaya je..hehe.. bila tahu akak jugak cikgu, lagi bersemangat nani...


Kadang2 nani ni memerlukan pemangkin untuk meneruskan Bf baby ni. so bila baca blog akak semangat berkobar2 tu kadang2 bleh let down bila tengah pam...(sebab excited sgt)


Alhamdullilah setelah hampir 2 bulan lebih makan produk shaklee, nani rasa badan kuat, susu lancar, anak kurang sakit, nani pun kurang stress bila dkt sekolah, mood pun bail je. Dan nani agak takjub dengan Nutriferon yang mana dapat menyembuhkan penyakit dengan kadar yang segera dan amat sesuai bagi nani yang menghantar anak ke nursery dan terdedah dengan penyakit sebagai perlindung...


Macam nani cerita dulu dengan akak on the phone pasal spirulina elken...
Nani sejak 2004 dan join el***.. spi****** memang dah makan.. sampaikan bila nani pregnant husband belikan spi****** 3000 tablet dengan harga RM 650... Bukan kata tak elok, tapi kurang menampakkan hasil berbanding shaklee..
Shaklee sangat2 murah dan kesan menakjubkan.. Apa yang penting, apa2 pun kita makan kena Istiqamah (bak kata kak N)...


Anyway, nani nak ucap terima kasih byk2 pada akak sebab banyak memberika ilmu yang nani rasa sukar nak cari di mana2... panduan, tips dan kata2 yang akak coretkan dalam blog amat bermanfaat buat nani...
Semoga ukhuah yang terjalin antara kita akan kekal sampai bila2...InsyaAllah


p/s : Nani attach pic nani dengan anak (Adam Rahimi)....


Salam sayang dari ibu




Isnin, 28 September 2009

Pentingnya istiqamah...

Subhanallah, rindunya ibu untuk menulis dalam blog ini. Bukan sibuk atau tak berkesempatan tetapi keadaan ibu yang sakit mata ini tidak mengizinkan ibu menulis untuk beberapa hari. Ada yang bertanya, sakit mata yang bagaimana? ketumbit ke? Bukan, ianya dikenali sebagai conjunctivitis atau nama biasa mata yang dijangkiti virus. Mana ibu dapat sakit ini? Mungkin berjangkit dari adik beradik ibu yang juga mendapatnya sewaktu raya minggu lalu.

Bermula dengan Addin dan kini alhamdulillah beransur pulih. Ibu juga dalam proses nak sembuh dan kini giliran Nasa melaluinya. Kasihan ibu tengok Nasa. Hati ibu mana yang sanggup melihat anak kecilnya sakit hatta digigit nyamuk sekalipun. Siang malam ibu berdoa agar sakit mata yang Nasa lalui tidak sehingga mencabar kesabaran seorang anak kecil. Sakit mata yang ibu lalui sangatlah mencabar, dengan mata putih bertukar menjadi kemerah2an serta diselaputi dengan lapisan air yang sentiasa bertakung. Tidak terhenti takat itu tetapi ianya adakala sungguh tidak menyenangkan terutama apabila terasa seolah2 ada ulat yang sedang merayap di dalam mata, MasyaAllah gatal betul rasa, dan jika dapat digaru tentu ianya dapat menyelesaikan masalah ibu. Namun apakan daya, ibu hanya mampu berdoa agar dapat bersabar melalui dugaan ini.

Selama hidup 31 tahun inilah kali pertama ibu mendapat sakit mata yang teruk sebegini... Apa yang boleh buatkan ibu bertahan? Ibu hanya mampu berselawat tatkala masa2 yang tidak tertahan apabila merasakan seolah2 banyaknya ulat yang sedang merayap di dalam mata ini. Huhuhuhu. Ibu tetap amalkan pengambilan vitamin demi memastikan ibu dapat bertenang melalui keadaan2 yang sukar itu. Pada mulanya ibu hanya banyak bergantung dengan vitamin utama iaitu ACE, zinc dan B Complex. Namun apabila merasakan ibu perlu menambah sesuatu dalam supplement ibu, ibu terus mengambil Nutriferon Shaklee yang lebih dikenali sebagai immune booster. Alhamdulillah, baru 3 hari ibu mengambil nutriferon, sangat lega rasa mata ini. Walaupun masih berair namun rasa gatal yang menyerang itu kini telah banyak reda. Ini yang dapat membuatkan ibu selesa menulis untuk mengemaskini blog yang telah lama tertinggal....
Ibu berharap dengan nutriferon yang ibu ambil ini akan membuatkan susuibu yang mengalir untuk Nasa akan membuatkan Nasa cepat sembuh.

Sesungguhnya sakit ini benar2 mengajar ibu, dalam hidup ini kita perlu banyak beristiqamah... perlu banyak ilmu untuk menangani masalah yang kita lalui. Bukan sekadar meminta nasihat doktor tetapi buku juga perlu ada untuk menjadi panduan kita sendiri. Alhamdulillah....ibu semakin lega sekarang ini. Syukur pada Allah....memberi taufiq dan hidayahNya tatkala ibu memerlukan.

Bagi mereka diluar yang melalui saat sukar terutama yang berkaitan dengan kesihatan...banyakkan bersabar dan amalkan pemakanan yang sihat agar makanan itu menjadi penawar kepada sakit yang dihadapi. Sesungguhnya akan ada kesenangan selepas setiap kesusahan. Itulah janji Allah dalam surah Alam Nasyrah. Wallah hu alam.

Sabtu, 4 Julai 2009

Testimoni Nutriferon

Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Buat temanku ini, seandainya dirimu membaca kisah ini, apa yang mampu ku lafazkan terima kasih atas kepercayaan yang dikau berikan pada kami ( ibu dan abah Addinnasa) serta terima kasih atas kesabaranmu untuk melalui proses pemulihan. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ya Allah bersyukurku padaMu kerana dengan izinMu temanku ini telah sembuh dan mudah2an dapat menunaikan amanahMu dengan lebih berkat dan sejahtera.

Khamis, 18 Jun 2009

Gosip panas!

Ramai orang terkejut kerana saya masih bertahan dengan satu produk selama hampir 9 tahun menggunakannya. Setakat ni alhamdulillah Allah masih mengizinkan saya bersama Shaklee dan saya berdoa biarlah ianya kekal hingga hujung nyawa.
Shaklee banyak membantu mengubah hidup saya... dulu seorang yang selalu sakit sepanjang tempoh belajar di universiti berubah menjadi seorang yang sihat. Saya dulunya kerap tidak hadir ke kuliah dan tutorial kerana migrain yang sangat teruk. Sejak menggunakan produk Shaklee kini saya sudah tiada migraine lagi, alhamdulillah syukur ya Allah! Jika dulu zaman saya belajar, wajah saya dipenuhi dengan bintik2 merah di pipi selain jerawat dan adakala mempunyai jerawat batu yang sangat besar... manalah mampu nak menggunakan produk kulit yang berjenama kerana saya hanya mempunyai ibu yang bekerja itupun sekadar kerja kilang manakala arwah abah sudah lama meninggalkan kami. Apabila menggunakan Shaklee, ramai kawan di kolej yang berminat nak mencuba, saya terus menjadi ahli dan memberikan semua teman2 saya membeli dengan harga ahli. Bukan sekadar itu sahaja, saya tiba2 berminat untuk mengetahui punca2 setiap penyakit dan dari situ saya berkenalan dengan Aya, seorang pesakit kanser otak@ tumor otak. Apabila beliau juga mendapat dan merasakan kebaikan Shaklee atas perubahan yang ketara pada dirinya, saya dikenali sebagai doktor yang tak bertauliah di Kolej kediaman Keempat. Ramai juga staf kolej yang membeli vitamin melalui saya. Mengapa mereka percaya saya? Hehehe ini kerana saya suka berkongsi membaca buku kesihatan dengan mereka terutama buku Dr. Bruce Miller. Sehingga kini saya amat meminati tulisannya.

Ramai teman terutama di kalangan doktor yang berminat mahu saya mencuba produk yang mereka gunakan iaitu produk selain Shaklee tapi saya tak berani nak mencuba kerana saya tahu kebanyakan produk kesihatan dalam pasaran adalah produk yang baru, dan belum mempunyai track record setaraf Shaklee. Maka saya tak berani untuk mempertaruhkan nyawa saya pada sesuatu yang belum pasti keberkesanannya.

Baru2 ini ada seorang teman memperkenalkan produk A*** dan hanya kerana ia mudah dtelan maka kawan ni kata ia produk bagus. Bila tanya siapa kata bagus? Jawapan yang paling senang, doktor yang membuatnya la.... namun berapa tahun dalam pasaran? 10 tahun? 20 tahun? Belum lagi masih baru dan ramai orang sangat suka kata kawan ni. Saya kata, kelebihan rakyat Malaysia ialah sangat suka mencuba tanpa memikirkan kesan. Ada seorang pengguna produk ni kata penyakit dia nampak lebih baik bila makan produk baru ini...berbanding Shaklee, pada saya ianya hanya psikologi semata2. Dalam Shaklee ada produk yang antara bagus kesannya adalah nutriferon. Jika seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang berlarutan walaupun dah mengamalkan produk asas Shaklee saya akan pastikan pesakit ini mengambil nutriferon agar kesannya lebih ketara. Ini lebih baik daripada pesakit asyik menukar produk dan kesannya adalah ke atas badan pesakit pada masa akan datang.
Tapi ye lah setakat mana orang rajin nak membaca buku kesihatan? Orang kita lebih gemar gosip panas dan ceita buruk orang berbanding ilmu yang bermanfaat. Saya pun tak pernah marah jika orang itu tak berminat dengan Shaklee kerana bukan semua manusia mendapat taufik dan hidayah. Namun saya tetap doakan mereka yang mencari produk kesihatan yang terbaik akan menemui Shaklee dalam hidup mereka.

Makanlah produk yang berkualiti di samping ianya halal. Jika tiada ilmu, maka carilah kerana ilmu bermanfaat adalah antara 3 amalan yang takkan putus bila matinya seorang anak adam.

Selasa, 9 Jun 2009

Pesta durian!!!

Sejak menetap di Sarawak 7 tahun dulu, bukan kami tak makan durian tapi jarang-jarang sebab harganya mak oi mahal. Tapi inilah tahun harijadi ibu kita celebrate kat Muar dengan makan durian puas-puas. Mak beli 40kg sepanjang kami di Muar last week. Puas makan... ni suara pun dah mula batuk tapi ibu bertahan dengan nutriferon so that tak la getting worst. Bagi sesape orang Johor.... singgahlah ke Muar makan durian sebab ada pesta durian yang best sekarang ni. Bertambah best sebab sekilo ada yang RM1 dan banyak pilihan yang kita ada!

Jumaat, 6 Februari 2009

Pentingnya nutriferon


Memandangkan saya bukan seorang doktor maka sangat sukar untuk saya terangkan dengan lebih terperinci mengenai nutriferon. Namun setelah berbual dengan doktor CT hari ini barulah saya faham bagaimana nutriferon bertindak selain pentingnya vitamin A, C dan E. Nutriferon sangat penting kepada tubuh badan kerana ia membantu untuk boost our imune system. Ia lebih ketara berkesan ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, kanser, asthma, dan banyak lagi.

Vitamin adalah lebih ditujukan kepada mereka yang sihat dan mereka yang baru pulih dari sakit untuk mengelakkan daripada mendapat sakit. Namun nutriferon lebih spesifik untuk meningkatkan imune system mereka yang bermasalah dalam kesihatan. Seorang yang saya kenali daripada teman ini, seorang yang terlibat dengan dunia penyiaran televisyen ( NT7 kalau saya tidak silap) lebih dikenali dengan panggilan Mr. Phang. Beliau adalah salah seorang pengidap leukimia ( sejenis kanser) dan beliau mengakui selain vitamin beliau sangat bergantung dengan nutriferon. Alhamdulillah kini beliau sudah berada dalam keadaan stabil dan lebih ceria berbanding dahulu.

Namun apa yang menarik hari ini, sejak bercerita panjang dengan doktor Ct( kerana beliau lunch di rumah saya) saya akan pastikan saya mengambil nutriferon dengan lebih disiplin kerana ia sangat membantu orang seperti saya agar tidak mengalami cyst seperti dahulu. Buat cik #$@^& , saya doakan agar awak terbuka pintu hati untuk mengambil shaklee sebagai penawar berbanding ubat lain...( ini kerana cik #$^& sudah melalui pembedahan cyst sebanyak 3 kali).


Makanlah dengan ilmu maka ia membantu kita untuk menjadi manusia yang beramal dengan ilmu!