Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2020

Baru tahu cara nak lekat satu amalan [ Istiqamah]....

Sebelum ini saya ada share kan di facebook saya ....


Betapa banyaknya amalan sebenarnya yang bagus untuk di amal....Namun ada segelintir yang bertanya bagaimana nak jadikan ia amalan yang berterusan dan konsisten? atau nama lainnya istiqamah?


Satu ceramah seorang ustaz telah membuka minda saya dan saya akui ada kebenaran dalam kata-kata yang disampaikan oleh beliau.

Jika mahu sesuatu amalan itu lekat dengan kita, kita perlulah menetapkan masa untuk amalan tersebut supaya ia lebih khusus.

Waktu itu saya cuba reflek diri sendiri....dan memang ada kebenaran dalam kata-kata ustaz ini.

Saya khususkan pagi mesti membaca 1 kali surah Yassin utuk dihadiahkan pada mak abah sama ada selepas solat Subuh atau jika bangkit lebih awal, saya akan baca sebelum masuk waktu Subuh.

Maka sebenarnya kita sendiri perlu menyediakan jadual riadah untuk beramal.

Contohnya :

✔ Membaca zikir :

Subhanallah wabihamdih Subhanallahil Azim , Astaghfirullah 100x  

Adalah sangat digalakkan membacanya sebelum masuk waktu Subuh [ waktu sahur] atau selepas Subuh sebelum terbit matahari.

✔ Membaca 10 kali surah Al Ikhlas

Selepas solat Sunat Dhuha, jadikan rutin membaca 10 kali surah Al Ikhlas. InsyaAllah ia akan berterusan bila kita dah set kan masa khusus  untuk membacanya.


✔ Mengaji Surah Al Mulk, Al Waqiah dan As sajadah

Menjadikan ia amalan tetap dibaca selepas solat Isyak.


dan amalan-amalan lain kita buatkan jadual supaya senang nak beramal. InsyaAllah lebih istiqamah kerana ada masa khusus yang kita dah tetapkan.



Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayah dalam semua urusan di dunia ini. Amin.





 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 19 Januari 2020

Mengapa dalam hidup ditemukan dengan teman yang menjengkelkan?


Assalamualaikum dan salam hujung minggu.

Pagi ini kami dikirim satu video dalam whatsapp group family dan video ini sangat terkesan di hati saya.

Ia membuka minda untuk berfikir....

Sebenarnya dalam dunia ini, Allah bukan sahaja menghantar orang yang baik untuk membantu kita terutama dalam kesulitan, tetapi Allah juga boleh menghantar orang yang mungkin bahasa lainnya, kurang baik atau menjengkelkan untuk menyelamatkan kita dari sesuatu perkara buruk yang hanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak dketahui oleh makhlukNya.


Melalui video ini jelas diterangkan bahawa bukanlah semua yang baik itu baik untuk kita dan bukanlah semua yang buruk itu adalah buruk untuk kita.

Adakala yang baik pada sangkaan kita adalah buruk pada pengetahuan Allah dan adakala yang buruk pada pandangan kita adalah baik dalam pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui.

Maka sesungguhnya kehidupan ini adalah satu persinggahan dan ianya tidak kekal. Kepada Allah kita sandarkan semua urusan dunia. Kepada Allah juga kita panjatkan segala kesyukuran.

Segala aturan, ujian dan rezeki sebenarnya adalah ketetapan Allah buat kita yang terbaik di sisiNya.

Tidak perlu rasa marah, kecewa dan putus asa kerana Allah beri yang terbaik selari dengan ayatNya :

Bisnes Shaklee dari rumah



Sama juga dalam kehidupan seharian kita. Adakala ditemukan dengan teman yang khianat, teman yang ada hasad, teman yang bermuka-muka...tidak kurang juga dalam bisnes, kita ditinggalkan oleh mereka yang kita percaya. Namun percayalah kehadiran mereka dalam kehidupan kita tidak lain tidak bukan adalah untuk menyelamatkan kita dari perkara yang tidak kita ketahui kecuali dalam pengetahuan Allah semata-mata. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Allah Maha Mengetahui.

Maka bersangka baik dalam semua urusan. Dengan itu akan memudahkan pintu hikmah terbuka dan kita boleh memandangkan semua aturan Allah dengan pandangan hati yang lebih tawaduk pada ketetapan Allah. Wallahu alam.




 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 15 Januari 2020

Salah satu selawat termasyhur

Saya belajar selawat ni dengan anak saya...mereka kena hafal selawat ni sebelum bulan puasa tahun lepas kalau saya tak silap.

Selawat ini namanya selawat Tafrijiyah. Atau nama lainnya selawat Nariyah.

Selawat Tafrijiyah


Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Menurut Imam Ad-Dainuri, barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani




 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 20 Disember 2019

TIPS AGAR JARANG SAKIT

Semua orang tahu 3 cara untuk kekal sihat ialah

Jaga pemakanan.
Mesti ada aktiviti riadah bersenam
Amalkan vitamin jika perlu.

Namun ada beberapa amalan yang baik diamalkan untuk dapat kesihatan yang berterusan....


Beberapa cara hidup sihat yg diamalkan oleh RASULULLAH SAW adalah :

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Bila badan sehat, selalu mandi , sebelum sholat subuh .
Tambahan : Mengamalkan zikir Subhanallah wabihamdih Subhanallahil azim, Astaghfirullah 100x untuk rezeki yang luas.

Bangun awal sebelum masuk waktu Subuh.


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Baik kebersihan jasmani maupun rohani

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw :: "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar & bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)."
(Muttafaq Alaih)

4. GEMAR BERJALAN KAKI
RASULULLAH berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah 'jangan marah' diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan efek emosional yg mendalam bagi kelapangan jiwa selain harus banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada ALLAH

7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Utk menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, kita harus menjauhi dari sifat iri hati

8. PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yg sangat dituntut utk mendapatkan ketentraman hati & jiwa

Semoga bermanfaat.

Aamiin🌻



 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Ahad, 17 November 2019

Banyak lagi rahsia selawat yang ramai tak tahu.

Allahumma solli ala saidina Muhammad Wa ala Ali Saidina Muhammad. Ucapan mudah yang memberi banyak kebaikan dan manfaat pada diri tanpa kita sedari.

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. 

Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. hali ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
 
1. Melaksanakaan perintah Allah s.w.t

2. Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.A.W

3. Mendapat ganjaran 10x selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat daripada Allah s.w.t  bererti rahmat)

4. Bersamaan dengan selawat para malaikat

5. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat

7. Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

9. Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-sidq

14. Ditunaikan segala hajat

15. Selamat sejahtera pada hari kiamat

16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga

18. Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat

19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu

22. Tidak akan merasai fakir

23. Terpelihara dari sifat bakhil

24. Mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah s.a.w

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

28. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat

29. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh

30. Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak

31. Mendapat keberkatan Allah

32. Mendapat kesempurnaan iman

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung

36. Teguh pendirian dengan kebenaran

37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.

39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.

40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri

41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya

42. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.


Ini salah satu selawat yang bagus amal, iaitu selawat Tafrijiyah.





🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa
Call/Whatsapp : 012-853-5689 

TIGA PERKATAAN yang perlu jadi kebiasaan dalam keluarga.

Sejak dari kecil arwah mak didik kami membiasakan menyebut perkataan terima kasih pada abah bukan hanya setiap kali abah belikan makanan atau mainan, hatta bawak jalan -jalan pun, sampai aje rumah sebelum turun kereta...kami adik beradik akan cakap "Terima kasih Abah."

Arwah mak selalu pesan, nak minta tolong orang hatta adik beradik sekalipun kena sebut perkataan "Tolong" bukan mengarah semata-mata. Ia sebagai satu tanda hormat kepada orang yang kita minta tolong tersebut.

So bila dah berkeluarga, ia mudah untuk di aplikasi kan. Cuma tambahan perkataan "Maaf" kami biasakan jika sesiapa ada buat salah, kena cakap minta maaf supaya tiada masalah dalam hubungan kekeluargaan.

Tiga perkataan ini perlu menjadi perkataan utama dalam sebuah keluarga. Ia memberi kesan yang sangat positif dalam mendidik jiwa anak-anak yang sedang membesar.

Terima kasih - Apa sahaja yang kita terima, walaupun menerima hadiah yang bukan pilihan....ucapan terima kasih wajib diungkap sebab tanda kita bersyukur.

Tolong - Memulakan perkataan tolong bila memerlukan khidmat orang lain menunjukkan budi bahasa seseorang. Tanpa perkataan tolong, kita seolah-olah memberi arahan dan ia boleh membuatkan pihak ketiga rasa direndahkankan.

Minta Maaf - Perkataan ini sebenarnya membantu seseorang menurunkan egonya. Dengan mengaku kesilapan dan memohon maaf tidak sesekali menjatuhkan maruah atau martabat seseorang malah meninggikan pandangan manusia terhadap dirinya. Kami didik anak-anak bila mereka ditegur atas kesilapan yang mereka lakukan, perlu menyebut minta maaf dan bersalam cium tangan dengan abah ibu untuk meminta redho dan restu. Secara tak langsung membentuk jiwa yang lembut dan rendah diri yang bertempat.


Bila anak kecil ia mudah nak dididik...maka ajarkan dalam keluarga kita 3 perkataan in, nescaya harmoni rumahtangga dan kekeluargaan juga bertambah erat.



Lagu Barney ini kami selalu mainkan di video player masa zaman Addin kecil lagi.



Lagu Barney.


Lagu yang mengandungi mesej yang bagus dalam mendidik anak-anak selain membantu kita bertoleransi dalam keluarga.




 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 16 November 2019

Umrah pertama bawa anak kecil , satu kelebihan?

Alhamdulillah, kami dah terima email jemputan untuk Umrah dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Terengganu
Surat jemputan umrah dari Shaklee.

Allahu akhbar! Syukur pada Allah.

Teringat entry 2018 yang saya tulis tentang hajat nak dapat umrah melalui Shaklee. Ada ke yang berminat? Masa tulis entry tu....saya tulis bersama perasaan harapan dan keyakinan yang satu hari kami akan rasa satu keluarga umrah melalui Shaklee. Dengan izin Allah ia bukanlah mustahil.

Masa 2011 adalah Umrah pertama kami sekeluarga. Masa tu Nasa baru berumur 4 tahun. Perkara tak boleh lupa ialah dia dalam proses toilet train. Maka masih pakai pampers jenis seluar gitu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Umrah pertama 2011.

Pagi tadi baca entry adik ipar saya... Tips Umrah bersama anak kecil  ...

So teringat la masa 1st time pergi umrah dengan sorang anak umur 8 tahun dan sorang 4 tahun. Macam biasa, as parents kita kena selalu jadi radio infomer untuk anak-anak. Bagi tahu 1 bulan awal, kita nak pergi umrah tempat ibadah. Ada kaabah macam dalam TV. So nanti behave.

Sepanjang di Madinah, alhamdulillah semua dipermudahkan. Cuma malam terakhir aje Nasa muntah sebab ibu balik lambat dari Raudhah. Dia menangis macam ibu hilang. Balik-balik bilik jam 1 pagi, tengok bilik bau muntah. Rupanya Nasa nangis sampai muntah. Kesian anak ibu.

Bila sampai sahaja di Mekah... adalah saat yang paling penting. Kami pesan anak-anak. Please behave. Jadi sebelum buat mulakan ibadah umrah, kami pastikan anak-anak dah siap kemeh [ buang air dan segala yang patut]. Nasa kami pastikan pakai pampers yang baru dan bersih supaya tak bocor.

Bila memula tawaf, Abah dukung Nasa sambil tangan sebelah pegang Addin. Maklum ramai kan. Masuk beberapa pusingan tawaf, kami bergilir.Ibu pula dukung Nasa dan Abah fokus pimpin tangan abang Addin. Alhamdulillah sampai selesai tawaf. Syukur, Allah permudahkan.

Bila sae'i pula..memula boleh bertahan tapi kenangkan mereka budak kan...jadi kami decide sewa satu kerusi roda dengan orang arab yang jaga kawasan sae'i dan dudukkan 2 beradik dalam kerusi roda. So kami berjalan sambil tolak kerusi roda anak-anak ni.

Bila ke masjid, alhamdulillah Abah Addinnasa sangat seronok bawak anak-anak ke masjid. Rupa-rupanya orang Arab sayangkan budak-budak. Mereka mencontohi akhlak Rasulullah, menyayangi kanak-kanak. Jadi kelebihan abah ialah sentiasa dapat tempat duduk dalam saf dengan kawasan yang selesa. Mereka memberi keutamaan bila ada parent yang bawa anak.

Cuma ada waktu, ibu cuma solat dibilik sahaja. Terutama adakala mereka  [ Addin dan Nasa] letih dan nak tidur, ibu lebih prefer ibu yang temankan mereka di bilik. Maklum isteri afdal solatnya di bilik pun. So tak de masalah.Tak perlu berebut pun. Gedung pahala isteri sebenarnya di rumah bersama keluarga tersayang. Dapat la abah Addinnasa ke masjid lebih lama dan doa lebih untuk kami yang tinggal ni.

Ramai aje kawan kami yang buat umrah bersama anak kecil mereka. Bukanlah satu masalah pun tapi mengundang rahmat Allah yang banyak. Ada aje orang bagi anak-anak biskut, kurma, air zam-zam mahupun roti sebagai hadiah. Jadi kita tak perlulah risau.

Pengalaman seterusnya bila kami bawak keluarga bersama menunaikan umrah [ atas perbelanjaan sendiri] pun mudah. Cuma cabaran bila bawa anak perempuan yang comel, ia jadi bahan cubitan orang-orang yang kita jumpa dimasjid.

Anak buah saya yang comel, Adira.

So ibu-ibu yang merancang menunaikan umrah dan masih tertanya-tanya...bagaimana bawa anak menunaikan umrah? Jawapan saya, mudah aja...insyaAllah mudah kerana kita nak hati mereka dekat dengan Allah dan RasulNya.

Mudah-mudahan kita selalu dijemput ke sana. Amin ya mujib.



🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 14 November 2019

4 doa yang bagus jadi perisai untuk berjaya.


Doa awal pagi :

Bagus amal doa ni seawal pagi sebelum kita mula pergi kerja atau mulakan kerja harian.

Bila kita mulakan urusan pagi dengan doa, insyaAllah bila kita dapat ilmu ia mudah difahami....kerana dalam doa ini kita minta ilmu yang bermanfaat selain rezeki yang baik dan amal yang diterima Allah s.w.t.



Doa setiap kali selepas solat :

Doa ini memberi maksud kita meminta pertolongan Allah agar sentiasa mengingatiNya, bersyukur kepada Allah dan mempertingkatkan dan memperbaiki ibadah kepada Allah.

Kita sedia maklum kita ni makhluk yang mudah leka dan cepat lalai. Jadi bila doa ini jadi pegangan, insyaAllah Allah sentiasa membantu kita dalam mengingatiNya dalam keadaan senang mahupun susah.



Doa elak malas dan selesai hutang :

Doa ni sangat bagus kita semua amal. Selagi bernama makhluk, kita tak terlepas dari sifat malas. Adakala rasa malas nak buat kerja...ada hari rasa malas nak pergi kerja...pernah tak rasa sedemikian?

Ya amalkan doa ini.

Doa ini juga memberi makna kita mohon dengan Allah agar dilindungi dari sifar pengecut, bakhil , bebanan hutang dan penindasan orang [ tekanan dari orang sekeliling]

Bagus dibaca 7 kali selepas setiap kali solat fardu.



Doa bila sedih :

Adatlah dalam kehidupan ada masa gembira dan ada masa bersedih...tapi semua ini adalah doa yang bagus untuk kita amal.

Sedih tak dapat naik pangkat? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.

Sedih tak dapat buat jualan? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.

Sedih tanpa tahu kenapa sedih? Bacalah doa ni banyak-banyak...insyaAllah Allah berikan yang lebih baik.


Boleh la amalkan....dan lihat sendiri keajaiban yang Allah kirim bila kita bertawakal kepadaNya.

Call/Whatsapp : 012-853-5689
 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 22 Oktober 2019

Hebatnya doa dengan Asmaul Husna

Berhajat nak ada kelainan...teringin sampai di Mekah awal supaya buat umrah awal... hari itu pemandu Arab ini memulakan langkah membawa kami ke Mekah dari Madinah dengan membaca doa seterusnya surah Al Ikhlas. Selain itu pemandu ini banyak menyebut Allah Ya Kareem!!!! Allah 
Ya Kareem!

Oh bersungguh dia menyebut Asmaul Husna ini.

Sepanjang perjalanan mulutnya tidak terlepas dari menyebut Allah Ya Kareem.

Terus google maksudnya; Allah yang Mulia.

Sampai di Makkah, banyak kawasan jalan di tutup memberi laluan kepada jemaah nak ke masjid memandangkan dah berkumandang azan Asar.
Alhamdulillah seperti dihajati...dapat sampai awal.

Banyak teksi dan kenderaan dihalau dan tidak dapat memasuki kawasan hotel terutama hotel yang berdekatan masjid.

Tetapi pemandu ini dengan tenang membaca Allah Ya Kareem sambil keluar dari van berjalan menuju ke polis yang sedang mengawal... mungkin menerangkan hajat untuk drop kan kami ke lobi hotel....polis itu terus membuka ruang untuk van kami lalui kawasan tersebut. Sebaik sahaja kenderaan kami dapat melalui jalan ke hotel, polis itu menutup semula jalan!

Allahu akhbar!
Allah Ya Kareem!! Itu la dahsyatnya Asmaul Husna. Berdoalah dengan nama nama Allah yang baik.


================== 
Setiap orang yang kita jumpa dan kita kenal...pasti ada ibrah yang tersendiri. Itulah rahsia ukhwah.
Tadi Erna Nordiana Zamri dapatkan maksud Ya Kareem....

Al-Kareem adalah salah satu daripada Asma-ul-Husna. Nama ini memberi pengertian istimewa tentang Allah SWT. Al-Kareem bermaksud:
1: Allah SWT Maha Pemurah.
2: Allah SWT memberi tanpa diminta.
3: Allah SWT memberi sebelum diminta.
4: Allah SWT memberi apabila diminta.
5: Allah SWT memberi bukan karena permintaan, tetapi cukup sekadar harapan, cita-cita dan angan-angan hamba-hamba-Nya. Dia tidak mengecewakan harapan mereka.
6: Allah SWT memberi lebih baik daripada apa yang diminta dan diharapkan oleh para hamba-Nya.
7: Allah Yang Maha Pemurah tidak pelit dalam pemberian-Nya. Tidak dikira berapa banyak diberi-Nya dan kepada siapa Dia memberi.
8: Yang paling penting, demi kebaikan hamba-Nya sendiri, Allah SWT memberi dengan bijaksana, dengan cara yang paling baik, masa yang paling sesuai dan paling bermanafaat kepada hambanya yang menerimanya.

Jika dulu kita doa terus minta, jom kita mulakan dengan menyebut nama-nama Allah yang baik. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. Insyaallah.

Allah Ya Kareem! Allahu Akhbar!

Umrah 6-13 Oktober 2019.

Sejinak jinak burung merpati
Aktiviti wajib sebelum pulang...memberi makan burung

Beri sedekah pada burung
Aktiviti wajib sebelum pulang...memberi makan burung

Kurma Ajwa
Dipasar kurma Makkah


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 26 September 2019

Hilangkan resah gelisah dan gundah gulana....

Pernah tak alami, adakala bila kita buka sahaja radio kebetulan yang keluar adalah ceramah atau kata-kata yang sangat memberi kesan di hati?

Atau adakala kita belek buku, kita terjumpa perenggan yang menarik untuk kita fahami atau amalkan?

Ya sebenarnya setiap hari kita mendapat "reminder" dari Allah....cuma sama ada kita sedar atau tidak.

Jika kita sedar, alhamdulillah. Kita beroleh sesuatu yang bermanfaat. Jika tidak semua reminder itu hanya akan berlalu pergi begitu sahaja.


Hari ini, saya dapat satu ayat Quran dari ceramah yang disampaikan oleh ustazah Asma Harun. Antara ayat yang beliau kongsikan melalui pengalaman beliau sendiri....




Alhamdulillah mudah untuk dihafal kerana pendek, dan maknanya cukup mendalam.


Bagi yang menghadapi ketakutan, hati gundah gulana, resah gelisah... Banyakkan istighfar dan bacalah ayat ini. Semoga Allah menjaga semua urusan kita dengan lebih baik.


Wallahu alam.




 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 21 Ogos 2019

Astaghfirullahal azim....

Astaghfirullahal azim.... itulah lafaz yang biasa keluar dari mulut seorang ibu bila anaknya berkelakuan sedikit nakal.

Astaghfirullahal azim.... juga yang dilafazkan apabila melihat sesuatu yang tidak elok.

Astaghfirullahal azim.... lafaz istighfar memohon pengampunan dari Allah.

Astaghfirullahal azim.... adalah zikir yang dibaca oleh seorang manusia yang mulia yang suci dari dosa dan ia dibaca sebanyak 70 kali sehari.

Image result for istighfar
Bagaimana kita yang bermandi dengan dosa setiap hari? Dosa meninggalkan solat, dosa curi tulang semasa waktu bekerja, dosa melihat aurat wanita yang tidak bertutup , dosa membaca kisah-kisah yang belum tentu ada kebenarannya.

Astaghfirullahal azim....

Berapa banyak waktu kita sediakan untuk membaca zikir ini selain situasi anak nakal dan melihat perkara yang tidak baik?

Ya kita dianjurkan untuk membaca Astaghfirullahal azim....setiap hari paling sedikit 100x sehari tetapi janganlah mudah merasa berpuashati dengan hanya mengucapkannya 100 kali memandangkan banyak kesilapan kita sejak akil baligh lagi.

Tahukah kita besarnya fadilah lafaz Astaghfirullahal azim....?


Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”

Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” 
(HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku
beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).


“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: 
Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. 
(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi). 

Sesungguhnya, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. 
Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Dalam Al Quran, surah Nuh ayat 10-12 Allah berfirman ;

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُكَانَ غَفَّارًا 
 يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَوَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا  
مَا لَكُمْ لا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا

maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,  niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. 

Hebatnya zikir Astaghfirullahal azim....moga kita mampu beramal hingga beribu kali sehari.



 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 14 Mei 2019

Bila timba bocor, air takkan penuh sampai bila-bila.

Bila belajar tentang rahmah, baru nampak rezeki ini sebenarnya bermula dari dalam rumah. Rezeki ni diandaikan macam semut...bila ada gula maka akan ada la semut.

Saya tertarik dengan perkongsian seorang ustaz yang dikongsi oleh teman saya...teman saya mendapati ceramah ustaz ini melalui kursus haji pada tahun ini.

Disampaikan oleh ustaz tersebut.... Mengapa agaknya ramai orang kurang berjaya dalam kehidupannya?

Mengapa ada yang buat bisnes tapi tak berjaya?

Ada yang berniaga tapi tak nampak untung?

Mengapa ada yang berjaya tapi hanya sekejap?

Rupa-rupanya disebabkan banyak kebocoran rahmah .


Bila timba bocor, air takkan penuh sampai bila-bila


Banyak perkara yang boleh diperbaiki dari masa ke sama.


Dua perkara utama iaitu Hablu minnallah dan Hablu minannas.

Hablu minnallah:

Solat : Kita sedia maklum solat itu tiang agama. Kalau tiang tiada macam mana rumah nak dibangunkan? Solat 5 waktu perlu jaga. Terutama subuh dan isyak  segelintir memang memandang ringan. Selagi tidak cukup dan mengandaikan ia tidak penting maka nescaya apa yang kita usahakan juga akan lambat berhasil.

Hablu minannas:

Bagaimana hubungan dengan suami, meletakkan hak dan kedudukan suami sebagai ketua keluarga, hubungan dengan keluarga, sesama makluk Allah.

Ada orang buat sesuatu tak pernah tanya suami...minta izin dan redha suami- kebocoran

Ada orang beri duit pada mak ayah atau adik beradik tak pernah tanya suami...hukumnya berdosa.

Seorang isteri tak boleh memberi apa sahaja dari rumah suaminya tanpa izin suaminya.

Dan seorang isteri tidak boleh memandang rendah pada suaminya hanya kerana si isteri itu lebih cerdik atau mempunyai kedudukan yang tinggi dipejabat.

Memutuskan silaturahim juga akan membuatkan rezeki semakin berkurang.

Diriwayatkan, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata: 
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنَ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ
“Wahai Rasulullah, aku mempunyai kerabat. Aku menyambung hubungan dengan mereka, akan tetapi mereka memutuskanku. Aku berbuat baik kepada mereka, akan tetapi mereka berbuat buruk terhadapku. Aku berlemah lembut kepada mereka, akan tetapi mereka kasar terhadapku,” maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila engkau benar demikian, maka seakan engkau menyuapi mereka pasir panas, dan Allah akan senantiasa tetap menjadi penolongmu selama engkau berbuat demikan.” [Muttafaq ‘alaihi]. 
Maka kita kena usaha untuk menampal segala kebocoran timba tadi supaya apa yang kita usahakan nampak hasil dan berkat.

Ya sebenarnya rezeki ni dalam rahsia Allah. Kita makhluk ini perlu tahu batasan dalam agama supaya kita berada dalam landasan yang betul.

Itulah pentingnya ada agama.

Wallahu alam.





 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 9 Mei 2019

Apakah 'nilai' yang kita pegang bila berniaga?

Apa yang kita lakukan adalah apa yang kita tanam melalui apa yang pernah kita lalui dan melalui pengamatan pengalaman yang kita pernah hadapi.

Saya mempunyai teman yang menyangka bisnes itu mudah bersandarkan pengalaman yang beliau lihat dari apa yang ayahanda beliau tunjukkan. Ayahanda beliau sentiasa membuktikan bahawa bisnes lebih baik dari bekerja makan gaji. Namun realitinya bisnes bukanlah satu yang sentiasa naik. Maka teman saya perlukan masa untuk serap dan serasikan pengalaman sendiri dan pengamatan beliau selama ini dalam bisnes.
Ada hari turun naik. Macam cuaca juga. Ada hari panas, ada hari mendung malah ada hari hujan namun ianya tidaklah kekal berpanjangan.

Saya dibesarkan dengan dunia berniaga. Abah berniaga macam-macam untuk membesarkan saya adik beradik. Saya melihat semua jatuh bangun abah dalam bisnes. Ia tidak semudah yang disangka. Mungkin sebab itu ramai yang memilih untuk bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap. Malah kalau orang tua dulu selalu pesan, nanti belajar pandai-pandai sampai masuk Universiti dan dapat kerja bagus, gaji pun bagus.

Cuma bila dah ramai mempunyai keputusan yang bagus, cabaran pada tawaran kerja la pulak.

Maka pilihan lain adalah dengan berniaga.

Nabi pun berniaga. Jadi sebenarnya berniaga ini mempunyai ibrahnya yang tersendiri. Ia membuatkan kita meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah. Kita tahu bahawa Allah jua yang mengurniakan rezeki. Maka perlu jaga hubungan dan tatatertib dengan pencipta.

Apa yang saya belajar dari pengamatan saya ke atas apa yang abah usahakan ....berniaga perlu ada kesabaran yang tinggi. Kalau kita sentiasa bertukar-tukar bisnes, kita takkan nampak hasil yang sebenar dalam kehidupan.

Berniaga mengajar kita mengenal erti kesabaran dan menghargai setiap rezeki yang Allah kurniakan.

Ada nilai yang tersendiri dalam apa yang kita usahakan.

Bilamana berniaga untuk keluarga, pastinya kita mahu melihat keluarga yang bahagia dan lahirnya anak yang baik akhlaknya.

Bilamana berniaga untuk menggembirakan mak dan ayah, kita mahu mereka menikmati apa yang kita usahakan untuk beroleh keberkatan dalam kehidupan.

Bilamana berniaga untuk menampung kekurangan , kita juga mahu melihat rezeki yang barakah....yang mana hasilnya membawa ketenangan jiwa dan sedikitnya membawa kecukupan dalam keselamatan.

Image result for berniaga
Namun jika berniaga hanya untuk menujukkan kehebatan dan kemegahan, ianya takkan berlaku lama kerana Allah tidak suka pada yang sombong dan kufur pada nikmatNya.

Oleh sebab itu 'nilai' yang kita pegang itulah menentukan cara mana kita menghargai nikmat yang Allah beri. Wallahu alam.


 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 7 Mei 2019

Haram memberi tanpa izin suami.

Hari tu masak lauk ketam kuah lemak...fuh bau nya menusuk betul hidung....dan tanpa sedar bau itu juga sampai ke rumah mak yang berjiran di sebelah rumah. Tanpa sedar makcik yang duduk belakang rumah juga terhidu bau lauk yang di masak tadi.

Image result for lauk ketam masak lemak
ehsan google
Datanglah mak dan makcik dengan mangkuk tupperware siap bertutup berhajat nak merasa lauk tadi.

Memandangkan dah lama pun berjiran dengan mak dan makcik [ adik mak] jadi memberi mereka lauk tadi bukanlah perkara yang pelik  pun.

Tapi tanpa sedar, si isteri dah memberi makanan kepada mak dan makciknya tanpa keizinan suaminya. Haram hukumnya!

Ya Allah, ustaz tegur dalam ceramahnya baru ni...rupa-rupanya haram kerana diberi tanpa keizinan suaminya.


Berjurai air mata....rupanya si isteri tadi beri makanan yang haram pada mak dan makciknya.


Allahu akhbar!

Betapa ramainya hari ini yang memandang remeh perkara ini.

Malah sebagai isteri, nak beri mak duit belanja pun kena maklum pada suami. Dia ada hak untuk tahu.
Arwah abah dulu siap pesan pada saya....jika nanti dah berkeluarga bila nak bagi mak abah duit kena minta izin suami. Baru duit itu terdapat barakah yang banyak.  [ Saat ini rindu betul dengan peringatan hal hukum agama yang selalu arwah abah tekankan]

Sama juga bila ada adik beradik datang nak pinjam duit....si isteri perlu minta keizinan suaminya terlebih dahulu kerana walaupun ia adalah duit isteri tapi si suami perlu dimaklumkan dan memberi izin barulah halal dan rumahtangga dipenuhi dengan rahmah.

Suami perlu tahu apa sahaja yang berlaku dalam rumah. Sekecil-kecil hal juga kerana dari situ datangnya rahmah.

Ramai hari ini sibuk cari duit, malah ada ramai yang dah banyak duit tapi jiwa tak tenang...rumahtangga tak tenang...anak buat hal.....banyak kebocoran kewangan.....semuanya berpunca kerana kurangnya rahmah.


Ya nak berniaga pun kena minta izin suami. Suami kena maklum yang kita nak berniaga. Berniaga nak bantu rumahtangga maka kena jaga batas rumahtangga. Malah kalau ada customer nak datang rumah beli barang....tak dibenarkan masuk kecuali dengan izin suami.

Islam sangat mementingkan hak individu, hak sebagai suami, hak sebagai isteri malah hak sebagai anak....demi kesejahteraan. Maka kita tak boleh pandang remeh.

Pasti kita nak pengakhiran yang baik kan....maka semuanya perlu dilakukan dengan jalan yang baik.

Wallahu alam.




 🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Bersahur atau berbuka dengan mak ayah dalam Ramadhan.

Alhamdulillah tahun ini dapat juga bersahur dengan mak dan ayah di Putrajaya ...walaupun nyaris juga terlewat bangun namun rezeki Allah kejutkan juga. Walaupun pada asalnya tak de plan nak bersahur di sana, tapi aturan Allah flight balik Terengganu sepatutnya Ahad tapi kami tukar pada Isnin petang. Maka rezeki bersahur dengan mak ayah di awal Ramadhan.

Ya adakala benda ni nampak remeh tapi percaya tak, setiap perkara atau sekecil-kecil usaha kita gembirakan mak ayah tu ada rahmat besar yang kadangkala tak dapat dilihat oleh mata kasar. Paling best kerana kita dapat rahmat dalam doa mereka.

Waktu ni teringat sahur di rumah arwah mak di Muar....kenangan tak boleh dilupakan. Rindu yang tiada ubat.

Bagi yang masih ada mak ayah, usahakanlah untuk dapat bersahur atau berbuka bersama mereka... kerana ia dapat menghiburkan hati mereka tanpa kita sedar.

Hakikatnya banyak benda yang kita usahakan untuk keluarga mengundang rahmah tanpa kita sedar. Rezeki pun mudah datang.

Paling seronok sebenarnya, kita beroleh ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan Allah di dunia dan akhirat.





Kenangan tahun lepas masa beraya dengan mak ayah di Mekah. Masa ni kami baru lepas selesai umrah...terus ke hotel Hilton Suites di Mekah jumpa mak ayah.


Beraya di Mekah.


🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 2 April 2019

Berhenti makan vitamin selepas selesai penyusuan, apakah kesannya?

Saya tertarik dengan sharing seorang teman , katanya ramai wanita yang makan vitamin khas untuk menyusu anak. Kemudian selepas berhentinya penyusuan maka berhentilah makan vitamin. Ya maknanya ibu-ibu ini sangat mementingkan yang terbaik untuk anak mereka.

Ibu-ibu ini pastinya menguruskan budget kewangan setiap bulan untuk beli vitamin demi mahu menyusukan anak. Itulah hebatnya hati dan jiwa seorang yang bergelar ibu. Mereka ini sanggup berkorban demi anak mereka.

Saya masih ingat masa baru bergelar ibu...masa tu saya balik Muar bersama Addin yang masa tu dalam kiraan umurnya 3-4 bulan. Saya pernah cakap dengan arwah mak...antara doa yang saya minta pada Allah, berikanlah anakku kesihatan yang baik. Jika nak berikan sakit, berikanlah kepada aku bukan anakku.

Masa tu arwah mak tegur....ish, kenapa nak doa begitu? Lebih baik doa, berikanlah kesihatan yang baik pada aku dan seisi keluargaku.

Mak kata tunggak keluarga sebenarnya adalah ibu....bila ibu sakit semua urusan rumahtangga akan terganggu. Bila ibu tak sihat, rumah jadi sepi. Ibu ini macam rel keretapi....kalau rel senget bengkang bengkok...macam mana agaknya keretapi nak jalan dengan lancar?

Waktu itu saya tersedar...pentingnya ibu ini sihat. Pentingnya ibu mempunyai mood yang baik. Ia memberi kesan pada seluruh isi rumah.

Hari ini ramai ibu yang penat dan mudah tertekan terutama ditambah dengan melayan karenah anak yang tak pernah habis. Tanpa sedar tekanan [ stress] boleh menyebabkan sistem imunisasi tubuh akan menurun dan ini akan menyebabkan kita terdedah dengan penyakit merbahaya terutama kanser.

Ramai ibu-ibu diluar sana menyangka vitamin penting diambil semasa mengandung dan menyusukan tetapi selepas itu selesailah tugas ibu untuk memberikan makanan dan kesihatan yang baik untuk anak.

Ibu-ibu ini  tidak sedar bahawa tugas seorang isteri dan ibu itu berterusan dan juga memerlukan kesihatan yang baik. Bagi yang bekerjaya, lagi hebat....dipejabat tugasnya lain, dirumah menjadi isteri dan ibu. Maka pentingnya mempunyai tubuh yang sihat kan?

Ya supplement ni sebenarnya membantu badan kita mendapat semua keperluan vitamin dan galian yang kita tak dapat melalui menu makanan harian. Sebagaimana kita amalkan sepanjang penyusuan...dengan niat nak bekalkan vitamin dan zat untuk anak sebenarnya kita sedang menyediakan badan yang sihat demi si anak.

Jadi tak salah kita teruskan demi diri sendiri. Seorang ibu yang dah pernah melahirkan anak sebenarnya amat memerlukan kalsium demi menggantikan apa yang telah digunakan sepanjang mengandung dan menyusukan si anak. Seorang ibu yang dah pernah melahirkan anak sebenarnya memerlukan Omega 3 agar tidak mendapat penyakit lupa di hari tua. Malah pentingnya multivitamin untuk seorang ibu demi memastikan si ibu mendapat kesihatan yang optimum.

kerja ibu yang tak pernah selesai.

Sebenarnya ibu-ibu yang makan supplement semasa menyusu kemudian berhenti selepas penyusuan...pastinya akan merasakan perbezaan ke atas kualiti kesihatan.

Sama seperti jika kebiasaan kita tidur di atas tilam, kemudian ditukar di atas tikar...pastinya beza taraf keselesaan tidur tadi.

Image result for tikar
Jika biasa tidur di atas tilam, adakah kita mahu menukar pilihan tidur di atas tikar?

Maka bagi ibu-ibu yang sering keletihan, moody, senang sakit....pertimbangkanlah untuk mengamalkan supplement...ianya untuk diri sendiri. Kerana hakikatnya tugas seorang isteri dan ibu itu tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.
Wallahu alam.






 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 5 Februari 2019

Macam-macam ragam orang berniaga.

Image result for berniaga
Gambar hiasan 

Hari ini seperti biasa selepas hantar anak ke madrasah, kami suami isteri dah bersiap nak ke bandar menyiapkan keperluan projek untuk hujung bulan ini insyaALLAH. Dah nama pun cuti, bandar Kuala Terengganu boleh terutama kawasan Pasar Payang dibanjiri dengan ramainya umat manusia.

Nak lalu depan pasar aje mengambil masa setengah jam....fuh memang jem teruk.

Tetapi oleh kerana kami ada urusan di kedai yang berderet depan Pasar Payang maka suami memilih untuk parking yang sedikit jauh untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang memang dahsyat pada hari ini. Jadi berjalan kaki kami ke tempat yang kami ada urusan.

Selepas selesai dalam 1 jam kemudian, sambil berjalan pulang ke arah parking kereta...saya mengajak suami berhenti membeli buah jeruk mangga di bahagian tepi pasar. Riuh rendah mendengar suara penjual menarik perhatian pembeli.

Saya tertarik untuk melihat satu kedai ni menjual produk makanan yang popular di Kuala Terengganu. Harga makanan ini biasanya antara RM50-70 sepeket. Tetapi si penjual sedang mempromosi produk ini dengan harga RM10-RM20. Sekali lagi ia mencuri perhatian saya. Mengapa tetiba murah sangat? Jadi salah seorang pelanggan ini tertarik dengan harga tawaran sambil mengangkat makanan ini. Saya yang berada di sebelahnya hanya memerhati sahaja.
Hmmm dalam hati saya terdetik, memang la murah sebab dah buruk pun. Tapi si penjual cuba juga meyakinkan pelanggannya, ia masih elok untuk dimakan tetapi bentuk luarannya sahaja dah berubah.

Dahsyatnya dunia hari ini, ramai peniaga hari ini boleh meniaga dengan barang buruk sedemikian tanpa takut dengan azab Allah. Makanan tu dah sah nampak buruk dan bentuk dah berubah, seeloknya janganlah dijual...tapi sebab mereka takut rugi maka mereka akan tetap menjual walaupun murah.
Perkara yang sama saya lihat dikedai buah-buahan. Ada kedai buah yang menjual buah yang dah busuk. Walaupun dengan harga yang sangat murah...Allahu akhbar.

“Penjual dan pembeli diberi kesempatan berfikir selagi mereka belum berpisah. Sekiranya mereka jujur serta membuat penjelasan mengenai barang yang dijual belikan, mereka akan mendapat berkat dalam jual beli mereka. Sekiranya mereka menipu dan merahsiakan mengenai apa-apa yang harus diterangkan tentang barang yang dijual belikan akan terhapus keberkatannya.” (HR Hadis Hakim bin Hizam r.a)


Tidak kurang juga ada segelintir yang menjual produknya dengan harga murah hingga menganiaya peniaga lain demi untuk mendapatkan pangkat yang dikejarnya. Wallahu alam. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu ciptaanNya. Moga kita tergolong dalam golongan yang berniaga dengan benar.

Ya itulah dunia...macam macam ragam manusia.



“Seandainya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, nescaya kamu diberi rezeki, sebagaimana burung mendapat rezeki, dia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang.” (HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 2344)


 🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 1 Januari 2019

Penutup 2018 dapat ziarah Tuan Guru Hadi Awang

Kata anak saya Nasa. sesungguhnya hebat betul Qada' dan Qadar Allah ni ...bila kita melihat dengan mata hati dan jiwa yang tenang.

Dalam dunia semua yang kita usahakan demi jalan Allah memang banyak cabaran dan ujian namun  selagi kebergantungan kita pada Allah yang satu , insyaAllah apa yang kita usahakan tidak akan dikecewakan.

Atas dasar perkenalan yang singkat dengan pasangan ustaz Zubir dan Cikgu Shafiza, memberi peluang kami menziarahi Tuan Guru Hadi Awang di rumahnya baru-baru ini. Tuan Guru yang baru pulang dari kota London nampak sedikit keletihan [ jetlag kerana perjalanan berbelas jam] namun kedatangan kami disambut mesra oleh Tuan Guru.

Tuan Guru Hadi Awang atau lebih mesra dikenali sebagai Ayah Chik untuk orang Terengganu ini sangat humble orangnya. Walaupun telah berumur namun kerana semangat perjuangan yang menebal dalam dirinya membuatkan beliau kuat dan gagah untuk terus berdakwah.

Sempat lah saya minta Tuan Guru doakan anak-anak kami mudah-mudahan menjadi mualim.

Ada sesuatu yang saya belajar dari Tuan Guru, selagi hayat dikandung badan maka selagi itulah perjuangan kita belum selesai.

2 perkara yang perlu kita seimbangkan dalam hidup ini...Hablu minallah dan Hablu minannas...
Hubungan dengan Allah dan Hubungan kita dengan makhluk. Jika pincang salah satu maka pincanglah kehidupan di dunia yang fana ini. Wallahu alam.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Ziarah Tuan Guru 30 Disember 2018

Khamis, 29 November 2018

Mengapa perlu letak banyak biji benih bila nak bertanam?


Pernah tak jumpa pek kecil biji benih yang dijual di pasaraya atau mini market? Seperti gambar di bawah?

Image result for biji benih


Atau ada yang menjual seperti gambar ini?
Image result for biji benih


Perasan tak dalam peket itu biasanya ada anggaran segenggam biji benih. Ia tak dijual sebiji-sebiji tapi sepeket kecil terus.


Mengapa agaknya tak dijual sebiji sahaja sedangkan adakala kita nak tanam sepokok sahaja kecuali la mereka yang mempunyai kebun. Walhal mereka yang ada tanah kebun perlu beli lebih banyak biji benih dan bukan sepeket sahaja.


Image result for tanam biji cili

Hakikatnya bila nak tanam pokok cili sekalipun kita akan tanam banyak biji bukan hanya 1 sahaja kerana kita takkan tahu biji mana yang menjadi pokoknya.


Maka sedarkah kita, mengapa bila kita berusaha baru sedikit kita dah mengalah?

Sedarkah kita ramai hari ini hanya menjadi penjual....bertukar-tukar barang jualan kerana tak sabar.

Sedangkan jika mahu menjadi seorang usahawan....kena bersabar dengan banyak percubaan dan mencari jalan memajukan perniagaan hingga benar-benar berjaya?


Kita akan campak biji benih dalam pasu dengan banyak sebab hakikatnya rezeki ni rahsia Allah. Kita takkan tahu biji benih mana yang menjadi. Sama lah dengan usaha. Jika banyak berusaha , pasti adakan  ada satu usaha yang Allah pandang dan ianya berbuahkan hasil.
Sebab itu tak boleh putus asa. Tak boleh mudah kecewa.


Menjaga hubungan dengan Allah sangat penting. Menjaga segala amalan wajib disamping menjaga zikir dan sedekah supaya rezeki akan datang dalam bentuk berkat dan hebat insyaALLAH.


Jom jadi usahawan yang dapat membantu membangunkan diri dan ummah !





 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa


=====================================================

Berminat nak menjadi bisnes partner kami di Terengganu?

Boleh hubungi kami di sini.