Memaparkan catatan dengan label Performance drink. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Performance drink. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

Berpuasa lebih produktif dengan Shaklee Performance Drink dan ESP !

"Mengapa asyik tidur aje ni?" Tanya Mak Jah pada anaknya Faiz.
"Puasa la mak, letih." Sahut Faiz pada emaknya.
" Semua pun puasa tapi takkan nak tidur aje seharian?" Bebelan Mak Jah mula menerpa telinga Faiz apabila melihat anaknya asyik memberi alasan puasa.



Alhamdulillah kini sudah 4 hari kita berpuasa...syukur kerana kita mempunyai jodoh untuk bertemu ramadhan pada tahun ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah : 183) .

Saya yakin ramai yang seronok dengan kehadiran Ramadhan ditambah banyak fadilat2 yang terdapat dalam bulan mulia ini.


Paling kita pasti segala amalan2 kebaikan sangat digalakkan sambil kita menunaikan ibadat berpuasa.


Maka apa kata bulan Ramadhan tahun ini kita perbaiki semoga lebih baik dari tahun sebelum ini?


Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bersenang-senang, tidur seharian dan bermalas-malasan.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, bila datangnya Ramadhan, kami memastikan rumah kami mempunyai kurma dan stok2 vitamin terutama ESP, Meal Shake dan Performance drink untuk keperluan sepenjang Ramadhan.


Alhamdulillah sejak awal Julai, ramai customer yang membuat pesanan Performance drink terutamanya.


Sehingga kelmarin, kawan-kawan saya membuat order mengutamakan Performance drink malah ada yang terus meng order 3 canister terus untuk dijadikan stok sepanjang Ramadhan.


Apakah benar Performance Drink membuatkan hilang nikmat berpuasa dengan merasa segar sepanjang hari?


Hakikatnya Performance drink adalah minuman isotonik tanpa karbonat yang mempunyai formula opticarb iaitu membantu menstabilkan tekanan bendalir serta kandungan gula dalam darah sepanjang berpuasa.


Pengambilan Performance Drink sewaktu sahur bukanlah menjadikan kita cergas sepanjang hari sehingga tidak dapat menyedari nikmat berlapar dan dahaga. Hakikatnya kita masih merasa lapar dan dahaga cuma tidaklah individu itu melepek sepanjang hari atas alasan terlalu keletihan akibat berpuasa dan menyebabkan tidak produktif langsung.


Anak-anak kami dah terbiasa mengambil tripple gem atau sekurang-kurangnya ESP dan Performance Drink sebagai sarapan pagi sebelum ke sekolah dan rutin sebagai minuman basahan tekak sebelum masuk tidur.


Maka pada bulan puasa, ia tetap menjadi minuman kegemaran sewaktu bersahur , berbuka dan moreh.




Walaupun berpuasa itu membuatkan kita lapar dan dahaga , alhamdulillah pengambilan supplement membuatkan tubuh bertahan dan kita masih produktif dengan tugasan harian.

Bagi yang belum pernah mencuba, apa kata tahun ini kita cuba at least ESP dan Performance drink. Serius berbaloi.

Bagaimana pengambilan yang sesuai?
Biasanya kami mengambil 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar Performance Drink + 1 sudu besar Meal Shake [ ketiga2 ini dikenali sebagai tripple gem],  dan dibancuh bersama 400-500 ml air masak atau air berperasa seperti oren, buah-buahan ataupun air milo atau susu.

Amalkan sewaktu pagi atau bersahur dan berbuka serta moreh, rasailah perbezaan yang ketara dalam aktiviti harian kita dan pastinya berbeza!!!

Jom baca artikel2 yang berkaitan dengan tripple gem ini.

Manfaat ESP dan Testimoni.

Manfaat Performance Drink dan Testimoni.

Manfaat Meal Shake dan Testimoni.

Walau bagaimanapun, hakikatnya supplement ini hanya makanan jasad semata-mata. Jangan pula kita lupa makanan rohani, iaitu zikrullah dan bertadarus. Semoga kehadiran bulan Ramadhan kali ini, kita berusaha meningkatkan amalan2 kerohanian semoga roh kita juga produktif berzikir kepada ALLAH yang Maha Esa.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 25 Mei 2013

Performance Drink Shaklee semasa cuaca panas terik

Cuaca sangat panas...memang biasa anak-anak akan melepek baring sebab keletihan.


Alhamdulillah sejak dari Mekah sehingga hari ini anak-anak memang pandai minum Performance drink ditambah dengan ESP dan Nutriferon. Dah menjadi keperluan harian buat mereka. Jika kita lupa mereka yang menyebut baik si Addin mahupun Nasa.

Mungkin mereka sendiri rasa mereka perlu minum Performance di tengah2 hari terik. Cuaca sekarang memang sangat panas hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Abah Addinnasa ada beritahu, bagaimana agaknya bila masa Dajjal turun, hari akan lebih panas terik. Lebih terik dari sekarang....bila teringat kata-katanya memang menginsafkan.


Buat masa ini boleh juga kita bertahan....

Moga dikala diuji juga kita semua mampu bertahan dan semoga ALLAH sentiasa melindungi kita.


********************************

Bagi ibu bapa yang punya anak antara 1-12 tahun, bagus sediakan Performance drink di rumah. Ia adalah supplement yang sesuai untuk anak-anak malah kita sendiri. Ditambah cuaca panas, bila anak2 kurang minum, mereka terdedah kepada penyakit.

Apa itu Performance drink?
**********************

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Jemput baca artikel yang berkaitan Performance Drink.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Rabu, 24 April 2013

Nutriferon untuk perlindungan sel!

'Sesuatu yang berlaku itu akan membuka pintu hikmah bila kita terus bertawakal pada ALLAH.'


Inilah yang saya lihat bilamana diuji dengan anak tidak sihat. Ditambah cuaca Miri yang panasnya tidak menentu.

Baru-baru ini anak saya alergik sesuatu. Saya cuba amalkan tips arwah abah iaitu cara lama untuk memudahkan anak sembuh. Malas nak ke doktor sebab pada saya ia alergik yang tidak berapa teruk.

Saya cuba amik satu sachet Nutriferon dan bancuhkan bersama ESP dan Performance drink. Bila alergik saya seboleh-bolehnya cuba elakkan bagi minum susu kerana kandungan laktose dan khuatir ekzema datang menyinggah.
Nutriferon Shaklee

Alhamdulillah ia surut. Memang ketara. Petang saya berikan minum air kelapa, tawarkan semula darahnya.

Baru saya tahu mengapa orang tua kata air kelapa ni tak bagus kecuali demam panas itupun sebab nak buang panas dalam. Air kelapa ini berfungsi menuetralkan darah jadi pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kita mudah sakit disebabkan banyak vitamin atau zat dalam badan telah disingkir keluar.

Malam sebelum tidur saya berikan lagi satu sachet dengan bancuhan ESP dan Performance drink.

Mengapa ESP? ESP adalah untuk pembinaan sel baru dan membaik pulih sel lama yang rosak. Ditambah ia perlu untuk meningkatkan imun sistem. Performance drink pula penting demi membantu menstabilkan bendalir dalam badan. Ditambah cuaca yang panas jika kurang air akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit.

Alhamdulillah selepas 3 hari alergiknya beransur baik. Namun saya tak hantar Nasa ke sekolah kerana hendak pastikan kulitnya benar2 telah sihat semula.

Di saat ini, syukurnya Nutriferon berkotak-kotak di rumah. Memang rasa seronok sangat bila saya cuba ubah minda kami sekeluarga, no more antibiotic.

Bila dah sihat, saya cuba berikan mereka selang sehari. Dah memadai sebagai imun booster untuk mereka.

Alhamdulillah Addin pun nampak elok. Tiada lagi bersih pagi-pagi. Masalah ekzemanya pun dah beransur baik.

Syukur. Ada hikmahnya segala yang terjadi.

Sebelum ini kami memang usaha guna supplement cuma sebab Nutriferon sebelum ini dikatakan tidak pernah diuji untuk kanak-kanak bawah 12 tahun maka sebab itu saya sendiri tak usaha nak beri. Tetapi pada masa diperlukan alhamdulillah ilham dari ALLAH itu datang.

Sesungguhnya segalanya datang dari ALLAH dan kembali jua kepada ALLAH.

Syukur ditemukan dengan Shaklee. Lebih syukur mak saya pun suka makan Nutriferon.

Anda berminat nak dapatkan untuk anak ataupun diri sendiri? Jom dapatkannya bulan ini dengan promo hebat Percuma 1 dengan pembelian 6 kotak. Apa kata kita share ngan kawan-kawan atau adik beradik? Dapatlah harga best bila dikongsi!

Promo tamat 30 April, so apa kata kita sediakan payung sebelum hujan. Sekurang-kurangnya masa diperlukan kita dah ada sekotak di rumah!

Apapun ia hanya part of usaha, dalam mencari kesihatan perlu gabungan usaha dan tawakal supaya pintu hikmah mudah terbuka.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Isnin, 18 Mac 2013

Perlukah hantar tuisyen Bahasa Melayu?

Dulu tv hanya hitam putih. Tak menarik langsung. Pilihan pun tak banyak. Seronok lagi main pondok-pondok atau main gula atau main ting - ting diluar rumah. Namun berbeza dengan zaman sekarang. Tv ada banyak chanel. Berwarna lagi. Pilihan rancangan terlampau banyak. Anak-anak lebih suka menonton tv atau kalau dah bosan cerita yang sama diulang, mereka punya pilihan permainan seperti Xbox, PSP, Ipad dan macam-macam gadget lain.


Apa yang saya dan suami sedar ialah anak-anak zaman sekarang punya banyak tenaga yang luar biasa. Mereka memang jarang letih. Mereka aktif. Mungkin pemakanan dari ibu mengandung, menyusu sehingga kini membentuk mereka aktif dan ligat.


Sebab itu kami cuba penuhkan aktiviti mereka pagi dan petang. Jika dahulu Sabtu Ahad adalah hari bercuti namun kami perasan mereka seronok punya aktiviti riadah pada hujung minggu. Berenang, karate adalah antara aktiviti yang membantu menyalurkan tenaga mereka yang banyak itu.

Semalam saya menghantar dua bujang saya ke tuition Bahasa Melayu. Mereka yang seronok nak tuition Bahasa Melayu kerana sebelum ini saya lebih fokus pada ilmu agama [ tahfiz], Matematik dan Bahasa Inggeris. Sayangnya saya dapati Bahasa Melayu mereka tidak begitu cemerlang. Walau si abang rajin membaca namun latih tubi juga perlu. Tidak bermakna orang Melayu memang cekap Bahasa Melayu. Mungkin dari segi pertuturan tidak ada banyak masalah. Namun dari segi penulisan , tatabahasa dan pemahaman memerlukan latihan supaya penguasaan bahasa dapat dilakukan.

Mereka teringin nak belajar tuition Bahasa Melayu. Muhan-mudahan cikgu ini membantu mereka terus bersemangat nak belajar. Mereka nampak sangat gembira dengan cerita yang menyeronokkan tentang tuition yang mereka lalui 2 jam semalam.

Sebagai ibu bapa kita usaha nak beri yang terbaik. Waktu cuti kita cuti. Waktu sekolah kita fokus aktiviti pembelajaran. Minggu ini minggu terakhir persekolahan.
Minggu depan insyaALLAH kita berjalan pula sambil melihat tempat-tempat yang menarik.

Kata mak, duit yang kita usahakan adalah rezeki anak yang kita tumpang, moga rezeki ini mempunyai keberkatan dan semoga anak2 ini berjaya dunia dan akhirat.



Penghantaran produk Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 4 Januari 2013

Supplement untuk anak sekolah.

Tahun 2013 telah membuka tirai dan sudah pasti awal tahun kita sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak kita.

Zaman sekarang anak-anak didedahkan dengan pelbagai akiviti. Dulu pada mulanya kami juga was-was untuk memberikan anak sekolah pagi dan petang, namun kata abah Addinnasa, pemakanan anak-anak zaman sekarang lebih baik dari dulu dari segi vitamin dan zat galian. Anak-anak kelihatan lebih aktif malah mereka mampu menjalankan persekolahan pagi [ untuk sekular] dan sekolah agama pada sesi petang. Sekurang-kurangnya tenaga yang mereka ada disalurkan pada jalan yang betul berbanding kita biarkan mereka di rumah sebelah petang [ terutama bagi sekolah pagi] dengan hanya menonton tv semata-mata.


Adakah mereka kelihatan letih dan tidak bermaya? Ini sudah pasti kerana mereka sibuk seharian dengan persekolahan. Namun alhamdulillah kelihatan mereka masih mampu menyiapkan kerja sekolah sebelum mereka tidur jam 10 malam.

Apa yang bagus dibekalkan untuk anak-anak yang bersekolah ini?

Antara yang boleh kita sediakan ialah

1. Omega Guard

Ia adalah makanan tambahan yang popular sejak zaman berzaman. Ia adalah makanan tambahan yang membekalkan DHA kepada otak si manja. Selain itu ia juga adalah makanan keperluan sel secara tidak langsung membantu meningkatkan imunne system si anak. Pengambilan ini membantu anak mudah mengingat apa yang mereka belajar serta membantu mereka lebih fokus dalam pembelajaran.

2. Energizing Soy Protien @ ESP

Bukan sekadar anak-anak malah kita sendiri memerlukan protien untuk makanan utama sel dalam badan. Malah anak-anak yang sudah pasti dalam proses pembesaran memerlukan protien. Protien membantu membaiki tisu-tisu sel dan membina sel baru. Pembesaran dan pertumbuhan memerlukan protien. Maka ia sangat perlu dan penting untuk pembinaan otak. Penyerapan vitamin akan lebih lancar apabila tubuh kita mempunya sel tisu yang sihat.


3. Meal Shake

Ia dikenali sebagai pemakanan lengkap. Ia mengandungi protien dan multivitamin yang lengkap. Ia sangat sesuai diambil oleh anak yang mempunyai masalah cerewet dan memilih selain bagus untuk anak yang susah menelan multivitamin dalam bentuk pil.


4. Performance drink.


Saya sangat suka bekalkan anak saya minuman ini ke sekolah. Ini kerana ia adalah supplement serbuk yang sangat bagus. Ia adalah minuman glukos yang mempunyai formula opticarb dan sangat membantu keseimbangan kandungan gula dalam darah dan membantu kita kekal cergas. Ia mempunyai perasa oren seolah-olah kita bancuhkan oren untuk mereka. Sangat sesuai diminum oleh sesiapa jua baik anak-anak mahupun seisi keluarga. Malah ia sangat bagus diminum ketika kita travelling , cuaca panas, dikala demam atau cirit birit. Alhamdulillah ia sangat membantu.                                                        Boleh baca sini untuk mengetahui manfaat Performance drink.


Berminat untuk dapatkan produk ini untuk anak anda? Boleh hubungi kami melalui email/ no tel di bawah ini dengan mendapat konsultasi penuh apabila membuat belian dari kami.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China & Taiwan.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 29 Disember 2012

Herb Lax untuk siapa?

Buasir sesuatu yang menyakitkan dan ia berpunca dari banyak faktor antaranya kekurangan air dan serat.


Ramai yang membuat andaian bahawa herb lax adalah supplement untuk mereka yang ada masalah pembuangan.

Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa herb lax sebenarnya adalah sebagai makanan tambahan yang membantu membersihkan usus. Perlu ke supplement ini?
Ada sesetengah pendapat malah dari golongan doktor sendiri mengesyorkan pengambilan herb lax sebelum memulakan mana-mana program kesihatan Shaklee terutama yang melibatkan program pengurusan berat badan, program menjaga kesihatan jantung, antioksidan dan banyak lagi.

Ini kerana herb lax berfungsi membantu pembersihan usus dengan lebih efisien. Apabila masalah pembuangan dapat dilakukan dengan lancar.... penyerapan vitamin juga akan lebih lancar.

Kami sendiri mengamalkan pengambilan herb lax pada hujung minggu sahaja. Ditambah ia bagus untuk membersihkan usus selepas seminggu mengamalkan bermacam makanan. Memang dapat rasa perut kempis dan merasakan badan lebih ringan selepas mengamalkan herb lax.

Ia bukanlah julap yang boleh menyebabkan cirit birit...namun apabila mengamalkannya, pastikan minum air sekurang2nya satu liter sebelum tidur. Tanda kurang air selepas pengambilan herb lax akan mendapati pembuangan tidak lancar dan menjadi kerap serta perut seolah2 meragam.

Jika anda serius nak dapatkan penyerapan vitamin secara optimum, boleh amalkan herb lax secara mingguan sekurang-kurangnya.  Nak amalkan harian boleh memadai 2-3 biji sebelum tidur dengan air yang mencukupi.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa


Rabu, 17 Oktober 2012

Anak sering keletihan menyebabkan prestasi merosot?

Masih saya ingat bila saya suarakan pada suami saya " Yang, kenapa degupan jantung dia laju?". Dengan tenang suami saya menjawab, itu normal pada anak2 sebab metabolisme mereka tinggi.

Oleh kerana itulah suami saya sering mengingatkan saya untuk membekalkan dua2 anak kami dengan minuman tenaga seperti Performance drink. Nampak macam tak penting bagi sesetengah ibu bapa. Tapi bagi kami, ia sangat penting. Memandangkan mereka bersekolah pagi dan petang ditambah mereka adalah anak-anak yang sangat aktif. Bilamana kurang minum air, badan mereka akan mula panas dan demam. So bilamana kami travelling atau menganjurkan seminar, adakala anak2 sibuk bermain tanpa ingat perlu minum air. Maka kami pastikan bancuhan Performance drink diambil selesai urusan atau sebelum tidur.

Zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Anak-anak sekarang sangat aktif mungkin disebabkan oleh cara hidup dan amalan pemakanan kita sekarang. Bagi yang telah biasa mengamalkan banyak minum air pastinya tiada masalah. Namun bagi anak-anak dari kategori yang perlu diingatkan dan selalu nak dipesan, sangat bagus kita beri mereka minum bertenaga supaya mereka tidak mengalami hidrasi dan akhirnya demam.

Sebelum ke sekolah mereka saya bekalkan minuman campuran ESP, Meal shake dan Performance drink. Saya akan bancuh untuk satu tumbler besar [ 500 ml] dan berkongsi minum dengan mereka.

Bila ke sekolah sesi petang saya bekalkan mereka satu tumbler [ 800 ml] bancuhan campuran air kordial manggo dan performance drink. Alhamdulillah mereka tak nampak sangat keletihan seperti dahulu.

Apa kebaikan Performance Drink sebenarnya?*



  • Ia minuman ahli sukan yang mengandungi  imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik yang lain.
  • Ia membekalkan 3 jenis  karbohidrat bagi mengekalkan tenaga dan stamina seharian.
  • Ia mengandungi OPTICARB~FORMULA KARBOHIDRAT EKSKLUSIF SHAKLEE, yang membekalkan tenaga serta merta dan berpanjangan, tanpa mengganggu gula dalam darah.
  • Mengekalkan bendalir dan elektrolit penting untuk mencegah dehydration
  • Ia mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu dalam badan.
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.


Sekarang saya mula berikan mereka carotomax untuk mata. Maklumlah zaman IT, selain tengok tv dengan gadget game risau juga masalah mata kemudian hari.

So jika anda punya anak yang aktif dan bersekolah pagi dan petang atau kerap travelling, apakata berikan mereka Performance drink supaya badan mereka mempunyai cukup tenaga dan dapat mengekalkan bendalir dan elektrolit penting dalam mencegah hidrasi.


Anak yang keletihan dan jika ia berlarutan akan membuatkan mereka tidak  aktif , senang sakit dan akhirnya mengganggu prestasi pembelajaran mereka.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 1 Ogos 2012

Susu banyak impian setiap ibu menyusu.

Minggu penyusuan susuibu sedunia.... teringat zaman menyusukan Addin dan Nasa. Memula malu menyusukan di tempat awam seperti airport, shopping mall tetapi bila ingat niat yang baik, dan suami mengizinkan selagi menutup aurat...ia menjadi satu kepuasan sebagai seorang ibu yang melahirkan 2 putera.

Walaupun kini ramai ibu yang menyusukan anak namun masih segelintir yang belum memahami konsep penyusuan sebenar.

Bilamana kita mahu menyusu, supplement bukanlah satu kewajipan namun ia hanya keperluan bagi ibu2 yang tidak mampu mengamalkan pemakanan yang seimbang, sering keletihan, banyak tekanan dari tempat kerja dan hormon yang sering tidak stabil.

Paling utama ibu itu perlu tahu bahawa SUSUIBU akan banyak dihasilkan apabila si ibu kerap menyusu atau mengepam bilamana bayi tidak ada di sisi.

Maka jika ibu itu memahami konsep ini, insyaALLAH perjalanan penyusuan itu mudah difahami.

Terutama apabila susu merundum. Ingat balik konsep ini....lagi banyak menyusu lagi banyak susu dihasilkan. Lakukan power pumping pada malam hari.

Apa pula power pumping?
Power pumping adalah di mana si ibu memperuntukan masanya selama sejam untuk membuat sesi perahan secara intensif. Sekiranya menggunakan single pumping , si ibu boleh mengepam sebelah kanan selama 10 minit dan ditukar kepada sebelah kiri selama 10 minit dan ulangi dalam masa satu jam.
Sekiranya si ibu menggunakan double pumping maka si ibu boleh mengepam kedua2 belah payudara selama 10 minit dan rehat 10 minit dan ini diulangi dalam masa satu jam.

Jika sering keletihan dan risau susu menjadi kurang terutama waktu berpuasa, disarankan ibu memastikan pengambilan air secukupnya bermula dari waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur. Kekurangan air yang ketara boleh menyebabkan badan ibu menjadi kekeringan serta keletihan yang melampau.

Supplement dikala berpuasa.


Ia hanya cadangan terutama bagi ibu yang mengamalkan makanan tidak seimbang, tidak teratur malah sering keletihan yang melampau....sangat digalakkan mengamalkan vitamin2 ini.

Multivitamin lengkap dengan zat formula : ia membantu pembinaan darah, pembesaran bayi serta memastikan si ibu tidak mudah pengsan selepas menyusu/ pam kerana tekanan darah rendah.
B complex : ia sangat penting kerana ia membantu ibu itu bertenaga dan tenang serta mampu mengawal tekanan.
Vitamin C : ia membantu meningkatkan imun sistem ibu secara langsung membekalkan susuibu yang kaya dengan antibodi.
Kalsium : Perlu untuk saraf supaya si ibu tak mudah sakit belakang, tidur berkualiti, perlu untuk pembesaran anak dari segi tulang, sel darah serta pertumbuhan gigi.




Performance Drink :

P
enghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berba
nding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Siapa yang digalakkan untuk mengambil Performance Drink?
Anda yang berkerja di bawah matahari terik
Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan
Ibu mengandung atau menyusu
Anda yang demam dan selesema
Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan
 



Namun perlu ingat ya, susuibu itu adalah sebahagian dari rezeki anugerah ALLAH. Maka mohon pada DIA kerana DIA sebaik2 pemberi!

Selamat menjayakan penyusuan!

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui

Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 27 Jun 2012

Pastikan minum cukup air di kala cuaca panas ini.

Semenjak kebelakangan ini, cuaca sangat panas. Sama ada pembakaran yang terjadi itu adalah buatan manusia atau berpunca dari cuaca yang panas terik mengundang jerebu di kala ini.
Waktu begini saya sangat gemar minum air Performance drink bersama air sejuk.
Anak-anak saya bekalkan minuman ESP dan PD sebelum mereka ke sekolah. Saya turut belikan beberapa minuman kotak kegemaran mereka agar mereka banyak minum.
Saya turut mandikan mereka 3 kali sehari agar suhu mereka tidak naik mendadak dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Waktu begini, saya pastikan rumah saya mempunyai stok bekalan minima 2 canister untuk kami sekeluarga consume.

Apa sebenarnya Performance Drink?*

Shaklee Performance® is clinically proven to hydrate better than water. Plus, Performance has more electrolytes and provides more energy than the leading hydration drink. Our proprietary OPTI-LYTE� electrolyte blend plus our unique mix of carbohydrates delivers instant and sustained energy and supports optimal hydration.

Clinically Proven

Minimizes fluid loss for enhanced hydration
Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output and to increase stamina
Increases endurance for better athletic performance
No artificial flavors, sweeteners or added preservatives.

Clinically Proven
We call it Performance for good reason. Clinical tests with high-level athletes.

Shaklee Performance® Sustains Energy!
More energy! More endurance! The longer and tougher your workout, the better Performance gets.


Alhamdulillah , dengan izin ALLAH jua ia membantu dari rasa kekeringan dan ia juga saya bekalkan bila anak demam atau kurang sihat. Hanya simpan dalam peti ais selepas membukanya !


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 26 Jun 2012

Berpuasa, Kurma dan Performance Drink

Berpuasa, Kurma dan Supplement
**********************************
[ Jemput klik SHARE jika ia beri manfaat]

Hanya tinggal 3 minggu lagi kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Ramai yang dah buat persediaan dari segi mental dan fizikal dengan mula berpuasa di bulan Syaaban. Tidak kurang segelintir yang kerisauan tentang pengeluaran hasil susu terutama golongan ibu yang menyusu.
Di kala ini, saya sendiri menyiapkan persiapan dengan bekalan Performance Drink yang mencukupi untuk seisi keluarga selain kurma Nabi iaitu Kurma Ajwa.
Alhamdulillah bagi yang alert, mereka dah menyiapkan persiapan dengan membuat pesanan beberapa supplement sepanjang berpuasa. Antara supplement yang sesuai diamalkan ketika berpuasa ialah Vitalea kerana ia kaya dengan semua jenis vitamin termasuk zat besi, vitamin B yang lengkap dengan 8 kumpulan B, Vitamin C sustained release , Ostematrix dan ESP bersama Performance Drink.

Menghidupkan sunnah :
===============

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."
Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”
Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam.”
Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:
Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah.


Jika dah amalkan kurma perlukah makan vitamin ?
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tak salah pun jika nak tambah vitamin selain pengambilan kurma demi membantu kita bertahan sepanjang berpuasa.

Seperti analogi kawan saya, ALLAH dah jadikan setiap wanita itu cantik tapi mengapa masih ramai yang nak bermekap? Jawapannya sebab ingin lebih kelihatan cantik. Bibir kita dah sedia warna merah tapi nak cantik kita masih gunakan lipstick.


Ada yang bersoal : Puasa itu adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, jika pengambilan supplement itu benar boleh menghilangkan dahaga dan lapar apakah kesan kepada nikmat sebenar berpuasa?

Supplement itu bukanlah untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar sepanjang hari sehingga tidak merasai langsung lapar dan dahaga, memadai saya katakan ia hanya membantu diri kita BERTAHAN dan mampu aktif sepanjang berpuasa. Tidaklah elok apabila orang melihat, dia lembik dan tidak produktif sebab berpuasa.

Namun tiada paksaan untuk menjadikan supplement itu makanan tambahan bersahur dan berbuka. Terpulang pada individu itu sendiri. Hanya kita yang mengenali diri kita. Terutama ibu yang bekerjaya….bila pulang di rumah kita juga yang sibuk uruskan keluarga dan rumahtangga, maka tepuk dada tanya selera.

Serba sedikit perkongsian tentang manfaat Performance Drink*

++++++++++++++++++++++++++++++++++


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.


2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.


3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.


3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.


5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 22 Jun 2012

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susuibu.

Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini sudah menjelang Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.

Apa yang boleh saya sarankan ialah...memandangkan kita mempunyai lebih kurang sebulan lagi untuk menemui bulan Ramadhan, ibu2 yang menyusu boleh melatih berpuasa mulai sekarang sama ada niat ganti atau niat puasa sunat. Contoh yang mudah difahami...cuba berpuasa Isnin , Khamis dan Jumaat terlebih dahulu. Ini untuk melatih tubuh kita bersedia dengan lebih baik khususnya bulan Ramadhan. Latihan ini membantu agar badan kita mudah 'tune' dengan keperluan penghasilan susuibu walau dalam keadaan berpuasa sebenar nanti. Waktu yang sama kita boleh berusaha memantapkan minda dan kekuatan rohani menjelang Ramadhan.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?



Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?




Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu 


Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.”
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.
Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.

Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.




p/s : Nantikan next entry, Amalkan supplement yang perlu sahaja ketika berpuasa.



Saya adalah pengedar sah Shaklee. Telah menjadi ahli sejak tahun 2000. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei, China dan Indonesia.
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 12 Ogos 2011

Eczema dan puasa

 Semua ibu bapa pastinya mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik anak-anak mengenal diri dan pencipta. Ianya perlukan masa dan dibentuk dari awal lagi.

Alhamdulillah tahun ini, Addin dah makin kuat dan yakin berpuasa berbanding tahun sebelum ini. Syukur betul saya rasakan apabila bermula Ramadhan tahun ini, dia mula istiqamah berpuasa, solat tahajud serta sunat dhuha bila cuti sekolah. Syukur ya ALLAH !
Jika dulu, risau juga saya jika Addin tak hafal bacaan2 solat tapi kerisauan ini lenyap apabila abah memilih untuk menghantar Addin sekolah Tahfiz. Ia benar-benar membantu Addin cepat pandai belajar solat, mengaji dan banyak perkara-perkara berkaitan agama yang dipelajari bersama cikgu sekolah Tahfiznya.

Sepanjang 10 hari pertama Ramadhan, abah berada dilaut maka saya dan Addin sahaja berpuasa di rumah. Abah pesan agar saya pastikan menyediakan juadah berbuka untuk Addin mengikut seleranya sebagai tanda reward kerana berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang hari. Saya menyediakan pelbagai jenis air yang Addin mahu dan saya pastikan dia akan minum dengan banyak sehingga waktu masuk tidur.

Namun sesuatu yang saya sedari, kulit Addin adakala kering sangat akibat berpuasa. Apabila ini berlaku saya akan pastikan dia mengambil GLA dan vitamin C chew sebelum tido bersama ESP + PD. Saya akan bancuhkan dengan sedikit kepekatan ESP agar protien yang cukup membantu tubuh Addin menghasilkan sel baru yang sihat dan cantik.

Syukur, esoknya kulit Addin akan nampak lembap seperti kulit orang biasa. Tak sia-sia beri Addin makan GLA....GLA untuk seimbangkan hormon. Protien pula untuk bina sel baru dan pastikan sel sedia ada sihat. Vitamin C pastinya sebagai keperluan dalam penghasilan kolagen.

Syukur dengan izin ALLAH, Ramadhan ini lebih indah dari sebelum ini di mana anak-anak dah mendapat manfaat setelah consume Shaklee dengan konsisten.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 8 Ogos 2011

Sabun mandi merawat penyakit kulit

 Adakah anda seorang yang berkulit sensitif? Jika ya, anda perlulah pastikan pengambilan buah-buahan dalam menu hidangan anda setiap hari demi memastikan anda mendapat cukup vitamin C. Alternatif lain ialah dengan pengambilan supplement vitamin C yang lebih mudah demi memastikan kulit sentiasa mempunyai cukup vitamin C dan tidak mudah luka akibat sabun atau pencuci yang dipakai.

Addin mempunyai masalah Atopic Eczema. Maka sebelum ini ibu puas mencari rawatan alternatif untuk memulihkan keadaan kulitnya. Pelbagai jenis sabun , lotion dan krim sapu namun ianya bersifat sementara. Namun alhamdulillah setelah menukar cara kehidupan seharian, ada kemajuan dan peningkatan.


Selain membekalkan Addin dengan supplement seperti ESP, Vitamin C , PD, GLA dan Vitamin E saya memastikan saya menyediakan beberapa jenis sabun mandi di dalam bilik mandi. Saya memastikan agar Addin menggunakan sabun mandi yang berbeza setiap kali dia ke bilik mandi. Jika pagi sebelum ke sekolah dia menggunakan sabun X, maka pulang dari sekolah saya akan remind agar Addin mandi dengan sabun Y dan begitu juga malam Addin akan mandi dengan sabun Z.

Mengapa saya perlu buat demikian? Kerana saya mendapati hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri...apabila kita sendiri memakai satu-satu jenis sabun secara berpanjangan...lama-kelamaan kulit kita mudah menjadi kering. Apabila kulit kering ini terhasil, kita mudah akan menggaru dan akibatnya menjadikan kulit tadi luka dan buruk. Maka apabila kita bertukar-tukar sabun mandi kulit kita tak mudah kering kerana setiap sabun hakikatnya mempunyai kandungan yang berbeza.

Selepas mandi, saya akan pastikan kulitnya benar-benar kering dilap dengan tuala. Setelah itu saya pastikan Addin menyapu lotion bayi di sekitar kawasan kulitnya yang mudah kering.

Namun pada saya penawar terbaik untuk penyakit anak-anak ialah dengan membacakan surah-surah Al Quran kerana sesungguhnya hanya ALLAH sebaik-sebaik Penyembuh. Hatta penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan batuk....hakikatnya penawarnya adalah ayat-ayat Al Quran.

Alhamdulillah, seperti kata doc Haizam, penyakit ini akan pulih dengan sendirinya kerana badan akan sentiasa generate cells yang baru terutama apabila kita menjaga pemakanan dan memastikan mendapat khasiat yang cukup. InsyaALLAH.
Wallah hu alam.


Sekiranya anda mempunyai anak yang mempunyai masalah eczema , boleh emailkan kepada saya dan saya kongsikan lebih terperinci bagaimana cara hidup membantu kesihatan anak yang lebih baik. InsyaALLAH.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 4 Ogos 2011

Banyakkan ambil 3 ini di kala cuaca panas.

 Semalam berbual dengan abah di talian, sempat abah mengingatkan ibu 3 perkara ini....
Memandangkan cuaca panas sekarang ini, jangan lupa sediakan di rumah setiap masa:

1. Buah-buahan dan makan banyak serat untuk makanan selepas berbuka ( selepas moreh)
2. Minuman Isotonik Drink ( Kami prefer Performance Drink Shaklee sebab tiada karbonat so tak menghasilkan perut yang berangin berbanding amik isotonik berkarbonat)
3. Vitamin C


Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia adalah vitamin serap air maka ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan mudah rosak. Ditambah badan akan mula kekeringan disebabkan cuaca yang panas tadi. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah selsema
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Mudah bersin
  • Luka yang lambat baik
  • Wajah nampak tua berbanding umur ( Vitamin C membantu pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
dan banyak lagi. Tetapi untuk mengetahui dengan sangat cepat sama ada kita cukup vitamin c atau tidak...
1. Gusi mudah berdarah setiap kali digosok
atau
2. cuba goreskan kulit tangan dengan menggunakan kuku sendiri. Jika ia menghasilkan satu garisan warna putih yang jelas lagi nyata, maka itu tandanya anda kekurangan Vitamin C yang ketara.


Jika anda ingin mengetahui promo bulan ini, jangan segan untuk hantarkan email kepada addinnasa[@] gmail.com agar anda tidak melepas peluang keemasan dan lebih penjimatan yang saya tawarkan.








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms/whatsapp  kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 29 Julai 2011

Susu badan semakin kurang?

Ramai yang mengadu kepada saya berkenaan masalah susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Dari pengamatan saya, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu berkenaan berpunca dari:
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasnaya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.
Saya pernah berkongsi susu perahan saya bertambah dari 24 oz ke 40 oz dan juga bagaimana susu badan saya semakin banyak, namun saya juga ada mengalami susu merudum.
Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti (tipu, mana ada meeting tak berhenti) dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam.
Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.
Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga :)
Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan ;)
Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yagn mengambil supplement 3 liter sehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA
Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor 

Pengambilan supplement, itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.
 credit



Uhhh, di samping itu kami ada promosi untuk Energizing Soy Protein dan Performance Drink (a-must-drink masa puasa!). Kalau nak sila PM  eh, email ler. Harga istimewa hanya bulan ni sahaja sehingga 31 Julai!

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 28 Julai 2011

ESP mengikut selera anda

  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim (buatan sendiri)...resipi leh check sini..http://exclusivelypumpingmother.blogspot.com/2011/01/resipi-baru-espnyum-nyumsedapp.html.
Sila tambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda. Namun jangan sesekali dibancuh bersama teh atau kopi ya mahupun air panas kerana ini akan merosakkan protien itu sendiri.

Namun pilihan saya ialah :

Rasanya sangatttttt sedap bila dibancuh dengan air sejuk!






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 26 Julai 2011

ESP dan PD ?

 Memandangkan Ramadhan akan tiba, ramai dah mula mencari makanan tambahan persediaan untuk menyambut Ramadhan. Dalam Shaklee, produk yang diminati ramai ialah PD dan ESP. Ianya bukanlah mengenyangkan sehingga kita tidak rasa lapar sepanjang berpuasa....cuma ia membantu kita sustained serta tidak terlalu keletihan yang menyebabkan kita tidak produktif jika berlarutan.

Hubungi saya untuk dapatkannya hari ini. Harga yang sangat menarik !





Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 16 Julai 2011

Bila terlambat bangun sahur, apa yang membantu?

Bulan Ramadhan bakal tiba, pasti ramai yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa. Suasana Ramadhan dirindui setiap tahun. Puasa itu sendiri melatih jiwa menjadi sabar, membantu membersihkan perut serta melatih kita bersyukur dengan segala nikmat yang ALLAH beri kepada kita.

Sudah pasti kehadiran Ramadhan ini , persediaan awalnya kita menyediakan kurma di rumah untuk berbuka dan bersahur. Apakah kebaikan kurma?
1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.


Selain kurma, kami memastikan rumah kami lengkap dengan beberapa supplement terutamanya Energizing Soy Protien (ESP) dan Performance Drink.
Sudah menjadi amalan kami sekeluarga , sebelum tidur saya akan membancuhkan satu tumbler ESP bersama Performance Drink untuk di minum seisi keluarga. Ini untuk mengelakkan anak-anak mengalami hidrasi dan bagus untuk kelembapan kulit.
Selama bertahun juga kami menjadikan amalan, menyediakan segelas ESP dan Performance Drink bersama kurma sebagai pelengkap sahur dan berbuka.

Apa sebenarnya rasa ESP dan Performance bila dicampurkan?
Rasa seperti air lasi ( ala-ala vitagen) dan Addin & Nasa menggelarkan air ini ialah air aiskrim.

Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.

Benarkan kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.

Jika bangun di saat akhir waktu imsak, kami hanya amalkan makan kurma 5-7 biji beserta segelas campuran ESP dan Performance.
Ia juga sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan anaknya.
















Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa