Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2019

Apa kaitan jantung dengan supplement CoQ10?

Saya share kan penulisan suami saya di FB tentang CoQ10, terutama  untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan vitamin CoQ-Trol Plus Shaklee.*

Image result for coq10 shaklee png
Ikutkan report ujian nutrien yg saya share dlm posting baru ni, CoQ10 adalah salah satu nutrien yg saya kekurangan dlm badan. Doktor yg dirujuk juga sarankan saya ambil 2-3 kali pengambilan CoQ10 seharian.
Dari bacaan (buku ni boleh dibeli di farmasi), rupanya CoQ10 ni sangat penting. Pendek cerita, setiap sel dalam badan mesti menghasilkan tenaganya sendiri utk berfungsi. Proses penghasilan tenaga sel melalui pembakaran gula & lemak memerlukan kehadiran CoQ10. Jadi CoQ10 ni ditemui dalam setiap sel tetapi ia lebih banyak ditemui dalam organ yg bekerja keras & memerlukan tenaga selular yg tinggi seperti organ jantung, hati, buah pinggang & pankreas (organ yg tak berhenti bekerja walaupun kita tidur).
Walaupun keperluan CoQ10 sentiasa tinggi, sebaliknya keupayaan badan utk hasilkan CoQ10 pula menurun dengan peningkatan umur. Ikut graf, selepas umur 20 tahun, pengahasilan CoQ10 dah menurun. Sesetengah sel - tisu - organ masih boleh berfungsi dgn baik walaupun mengalami kekurangan CoQ10, tetapi ada ada juga yg sensitif terhadap paras CoQ10 yg rendah (jantung, sistem imun, otak). Dan organ yg paling sensitif kpd paras CoQ10 yg rendah ialah jantung! Logik juga sbb jantung ialah satu organ yg terdiri dari otot kardiak yg tidak pernah berehat & penat.
Jadinya masalah jantung bukan hanya terhad kpd yg biasa kita dengar spt masalah kolestrol tinggi. Keupayaan jantung utk berfungsi spt yg sepatutnya bergantung kpd otot kardiak (otot yg hanya terdapat pada jantung). Bila sel otot ini "kurang daya upaya", jantung kita mula tidak berfungsi spt biasa. Dlm bahasa mudah yg ditulis contohnya - simtom keletihan, nafas pendek, dengup jantung tidak teratur & banyak lagi yg biasa kita dengar.
Mungkin sbb itu saya disarankan utk ambil 2-3 kali pengambilan CoQ10 dengan result yg saya dapat. Satu sbb faktor umur yg mana penghasilan CoQ10 dah menurun, kedua sbb gaya hidup moden sekarang yg paksa kita utk sentiasa bergerak, bekerja dari pagi sampai malam. Bayangkan bagi mereka yg aktif bersukan tak kira siang atau malam. Rehat utk recover badan, tapi otot jantung tu perlukan zat dia juga. Mungkin sbb tu waktu di Miri dulu ada team bodybuilders yg datang jumpa bertanyakan tentang CoQ10. Katanya mereka sangat perlu ambil CoQ10. Mungkin utk otot, mungkin juga utk jantung mereka (tak tanya pula waktu tu...).




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Pengedar Shaklee Kuala Terengganu Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ?
 Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ðŸ“± Call/Whatsapp : 012-853-5689

 ðŸŒ» Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 2 April 2019

Berhenti makan vitamin selepas selesai penyusuan, apakah kesannya?

Saya tertarik dengan sharing seorang teman , katanya ramai wanita yang makan vitamin khas untuk menyusu anak. Kemudian selepas berhentinya penyusuan maka berhentilah makan vitamin. Ya maknanya ibu-ibu ini sangat mementingkan yang terbaik untuk anak mereka.

Ibu-ibu ini pastinya menguruskan budget kewangan setiap bulan untuk beli vitamin demi mahu menyusukan anak. Itulah hebatnya hati dan jiwa seorang yang bergelar ibu. Mereka ini sanggup berkorban demi anak mereka.

Saya masih ingat masa baru bergelar ibu...masa tu saya balik Muar bersama Addin yang masa tu dalam kiraan umurnya 3-4 bulan. Saya pernah cakap dengan arwah mak...antara doa yang saya minta pada Allah, berikanlah anakku kesihatan yang baik. Jika nak berikan sakit, berikanlah kepada aku bukan anakku.

Masa tu arwah mak tegur....ish, kenapa nak doa begitu? Lebih baik doa, berikanlah kesihatan yang baik pada aku dan seisi keluargaku.

Mak kata tunggak keluarga sebenarnya adalah ibu....bila ibu sakit semua urusan rumahtangga akan terganggu. Bila ibu tak sihat, rumah jadi sepi. Ibu ini macam rel keretapi....kalau rel senget bengkang bengkok...macam mana agaknya keretapi nak jalan dengan lancar?

Waktu itu saya tersedar...pentingnya ibu ini sihat. Pentingnya ibu mempunyai mood yang baik. Ia memberi kesan pada seluruh isi rumah.

Hari ini ramai ibu yang penat dan mudah tertekan terutama ditambah dengan melayan karenah anak yang tak pernah habis. Tanpa sedar tekanan [ stress] boleh menyebabkan sistem imunisasi tubuh akan menurun dan ini akan menyebabkan kita terdedah dengan penyakit merbahaya terutama kanser.

Ramai ibu-ibu diluar sana menyangka vitamin penting diambil semasa mengandung dan menyusukan tetapi selepas itu selesailah tugas ibu untuk memberikan makanan dan kesihatan yang baik untuk anak.

Ibu-ibu ini  tidak sedar bahawa tugas seorang isteri dan ibu itu berterusan dan juga memerlukan kesihatan yang baik. Bagi yang bekerjaya, lagi hebat....dipejabat tugasnya lain, dirumah menjadi isteri dan ibu. Maka pentingnya mempunyai tubuh yang sihat kan?

Ya supplement ni sebenarnya membantu badan kita mendapat semua keperluan vitamin dan galian yang kita tak dapat melalui menu makanan harian. Sebagaimana kita amalkan sepanjang penyusuan...dengan niat nak bekalkan vitamin dan zat untuk anak sebenarnya kita sedang menyediakan badan yang sihat demi si anak.

Jadi tak salah kita teruskan demi diri sendiri. Seorang ibu yang dah pernah melahirkan anak sebenarnya amat memerlukan kalsium demi menggantikan apa yang telah digunakan sepanjang mengandung dan menyusukan si anak. Seorang ibu yang dah pernah melahirkan anak sebenarnya memerlukan Omega 3 agar tidak mendapat penyakit lupa di hari tua. Malah pentingnya multivitamin untuk seorang ibu demi memastikan si ibu mendapat kesihatan yang optimum.

kerja ibu yang tak pernah selesai.

Sebenarnya ibu-ibu yang makan supplement semasa menyusu kemudian berhenti selepas penyusuan...pastinya akan merasakan perbezaan ke atas kualiti kesihatan.

Sama seperti jika kebiasaan kita tidur di atas tilam, kemudian ditukar di atas tikar...pastinya beza taraf keselesaan tidur tadi.

Image result for tikar
Jika biasa tidur di atas tilam, adakah kita mahu menukar pilihan tidur di atas tikar?

Maka bagi ibu-ibu yang sering keletihan, moody, senang sakit....pertimbangkanlah untuk mengamalkan supplement...ianya untuk diri sendiri. Kerana hakikatnya tugas seorang isteri dan ibu itu tidak pernah selesai selagi hayat dikandung badan.
Wallahu alam.






 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Jumaat, 29 Mac 2019

Perusahaan hari tua.

Pernah tak kalian tulis impian yang kalian impikan dalam hidup?
Contohnya nak makan angin di Langkawi? Daki gunung Kinabalu?
Ya ramai orang sediakan wish list dalam hidup.

Tapi selepas dapat? Ada yang kita buat lepas tu?

Percaya atau tidak, ada sekelompok manusia yang bukan hanya senaraikan wish list yang mereka nak capai dalam hidup tapi mereka dah bayangkan kehidupan bagaimana yang mereka mahu di hari tua.

Golongan ini dah bayangkan masa pencen...ada pendapatan sama macam bekerja kerana mereka mahu kekal sihat jadi mereka jadikan perusahaan [ yang dulu mereka buat sebagai bisnes sampingan] mereka satu pekerjaan untuk mereka.
Ada rumah yang dah habis bayar. Ada kereta yang sangat selesa dan bebas dari kerosakan berpanjangan. Ada duit nak pergi umrah atau percutian bersama ahli keluarga tersayang. Ada duit untuk beri pada cucu.

Tapi masa muda mereka usahakan yang dipanggil "perusahaan semasa pencen" dari awal lagi. Ada yang menjahit, memasak, berjual produk, MLM atau apa sahaja yang mereka dah nampak kesan JANGKA PANJANG.

Mereka ini tahan segala onak duri yang datang kerana hanya mahukan hari tua yang baik.

Saya jadikan mak ayah mertua saya contoh yang ada depan mata saya.

Mereka mula buat Shaklee pada usia 45 tahun lebih ...masih ada kudrat lagi waktu tu. Terus buat. Dihina, diumpat dan dipandang rendah oleh golongan yang tak suka Shaklee...tapi mereka terus buat kerana mereka mahukan kehidupan hari tua yang baik. Walaupun mereka adakala dulu bertahan hanya untuk dapatkan bonus RM2000 sebulan tapi mereka buat without fail.
Salah satu sebab mereka terus buat sebab mereka suka tolong orang. Bukan menekan orang. Bantu orang nak sihat. Bantu orang jana pendapatan bila mereka dah mula sihat. Hingga satu saat Allah kurniakan rezeki hebat hari ini.

Master Shaklee
Trip tajaan Shaklee ke US.


"N ayah dah 70 tahun, tahun ini. Kena prepare juga nak ada maid bila sampai masanya nanti." kata ayah mertua saya baru-baru ini.

Masa tu saya tengok wajah ayah mertua saya yang tak nampak langsung usianya mencecah 70 tahun. Allahu akhbar. Begitu cepat masa berlalu.

Syukurlah berkat sabar mereka usahakan Shaklee sebagai perusahaan hari tu membuahkan hasil yang lumayan hingga mereka mampu membeli sebuah rumah 3 tingkat yang lengkap dengan lift di dalamnya.

Jadi...kita kena tahu kehidupan yang bagaimana kita mahu bila umur kita 50 tahun ke atas nanti?

Apakah persediaan kita?

Apakah perusahaan yang kita usahakan hari ini membantu kita mendapat hasil yang boleh membantu kelangsungan hidup di hari tua nanti?

Jika hari ini semasa Allah kurniakan kudrat...masih boleh bangun tahajud, solat dhuha dan beramal soleh kita sia-siakan...bagaimana masa hari tua nanti ?

Jika hari ini kita sibuk nak layan perasaan, marah pada orang lain...merungut , mudah putus asa....agak-agaknya bagaimana kehidupan hari tua yang kita mahukan?

Kerena apa yang kita dapat masa hari tua nanti adalah apa yang kita tanam semasa sekarang.

Cuba renung-renungkan.


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Buat untuk hari tua.

Bila ada ramai kawan...ada pelbagai ragam manusia kita jumpa. Ada banyak perkara kita belajar. Yang baik kita amik sebagai tauladan. Yang tak baik kita jadikan sempadan.

Dalam ramai-ramai kawan pasti ada kawan kita yang hidupnya siap di plot kan...maksud saya terancang.

Umur 23 habis belajar Universiti.

Umur 26 Berumahtangga

Umur 30 Mesti naik pangkat dalam pekerjaan.

Umur 35 Mencari persediaan untuk pencen.

Umur 40 Mesti dah siap umrah atau haji. Banyakkan masa ke masjid.

Umur 50 Pencen dan fokus dengan aktiviti yang dah dirancang.



Ya, golongan ini biasa mereka pandang sangat jauh ke hadapan. Berwawasan.

Kalian macam mana? Dah plot kan impian? Kalau sudah...teruskan usaha. Jauhkan dari sifat putus asa supaya hari tua boleh senyum gembira dengan hasil yang dah diusahakan.


Masa mudalah kena kerja keras. Jangan layan sangat perasaan malas , down, kecewa atau moody...kerana masa muda nilah kita banyak kudrat dan tenaga yang Allah kurniakan.....maka jangan sia-siakan. 

Hakikatnya apa yang kita usahakan hari ini adalah untuk masa depan diri sendiri juga bukan orang lain.

Mereka yang punya hari tua yang baik bermula dari apa yang mereka usahakan semasa muda.

So hari tua macam mana yang kita nak?




Salam sayang
dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 29 Oktober 2018

Bangun qiam untuk doakan anak-anak.

Saya masih teringat pesan mak mertua saya...anak-anak ini perlu didoakan sejak mereka kecil lagi.

Arwah abah dulu pun pesan perkara yang sama...bayangkan masa umur 14 tahun lagi arwah abah pesan, nanti dalam doa, selitkan mohon jodoh yang baik. Mohon pasangan tu kerja engineer.
Masa tu saya ketawa dan senyum kecil aje. Umur 14 tahun abah dah cerita pasal berumahtangga? Abah kata, doa dari awal...kerana doa makan masa untuk dikabulkan. Selepas beberapa tahun kahwin baru saya sedar...betul apa abah kata.

Bila tengok video ustazah ini membuatkan saya memang insaf...ya sebagai ibu perlu berkorban tidur untuk bangun qiam. Mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita.




Ya adakala video atau kata-kata yang kita jumpa adalah peringatan dari Allah untuk diri kita.

Betapa sayangnya Allah pada umat nabi Muhammad s.a.w.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha mencari redhaNya siang dan malam ...insyaAllah.




 ♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 11 Ogos 2018

Melahirkan anak yang berjaya dengan jiwa yang kaya.

Buat mak ayah yang ada anak nak ambil peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 mahupun SPM.... saya pasti gementar dan bahang peperiksaan pasti terasa terutama bila dah makin hampir dengan tarikh peperiksaan.

Image result for exam pupils in malaysia

Ibu ayah mana yang tak mahu melihat anak yang cemerlang dan berjaya kan? Semua mahu. 
Ramai yang sediakan masa untuk mengajar anak selepas siap homework ...malah ada yang top up dengan kelas tambahan.
Kalau boleh nak anak tu baca buku memanjang serta buat ulangkaji sepanjang masa sebab masa exam dah makin hampir.....sebab kalau nak main game PS4 ke, game kat hp ke...lepas exam main la puas-puas. 


Tapi ada satu yang sering mak ayah lupa....letakkan Allah dalam hati anak-anak.

Ajarkan mereka solat hajat setiap hari sekurang-kurangnya sekali selepas maghrib atau isyak. Jika dah 12 tahun, insyaAllah waktu ni dah pandai mengaji, pesan mengaji sekurang-kurangnya 2 surah iaitu Al Waqiah dan surah Yassin.
Ramai orang buat solat hajat hanya 1 minggu sebelum exam. Ada pentadbiran sekolah bagus buat setiap Khamis atau Jumaat bersama pelajar.
Tapi alangkah baik jika kita dan anak kita dapat amalkan setiap hari. Bila kita bersungguh minta, sambil anak kita usaha belajar ulangkaji....pasti Allah berikan yang terbaik kan?
Kerana apa? Kerana kita mahu anak kita meletakkan kebergantungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Allah yang bagi markah tu. Penanda kertas peperiksaan tu hanya perantara semata-mata.
Seandainya anak kita berjaya mendapat semua A dan cemerlang, dia tahu ia berlaku kerana IZIN Allah. Akan ada dalam hati kecilnya, Allah bantu aku dan Allah beri aku kejayaan. Alhamdulillah syukur dipanjatkan pada Ilahi.
Tidaklah anak tu nanti membangga diri menyangka dirinya hebat dan kerana itu dia dapat semua A dan cemerlang.
Seandainya keputusan yang keluar tidak memihak kepada si anak, yang pasti Allah ada dalam hatinya dan dia akan yakin, itulah yang terbaik buat dirinya. Dia takkan kecewa kerana dia yakin asbab solat hajat dan amalannya, apa yang diperolehinya adalah hasil yang terbaik. Allah pasti sedang mengatur yang lebih baik untuknya.
Sebagai ibu dan ayah juga, perbanyakkan solat hajat dan bersedekah...niatkan sedekah itu untuk masa depan anak. Mudah-mudahan anak-anak kita selamat dimana sahaja mereka berada dan berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Takde la kita stress atau tension....kerana terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada anak. Letakkan kebergantungan kepada Allah dan moga anak-anak kita menjadi anak yang berbakti pada kita hingga akhirat nanti.
Wallahu alam.

Selasa, 31 Julai 2018

Benarkah orang sibuk lebih berjaya?

Ramai orang bersangka mereka tak mampu nak usaha lebih untuk majukan diri kerana dah sibuk dengan tugasan hakiki.

Sebab itu bila golongan ini jatuh sakit, mereka mengharapkan cuti rehat yang banyak dan menjadikan sakit sebagai alasan untuk banyak berehat.

Tanpa mereka sedar...kerana terlalu mahukan rehat, badan jadi lebih manja , lebih letih dan jiwa juga menjadi semakin lemah. Akhirnya sakit mereka melarat secara berterusan. Golongan ini akhirnya menjadi sangat sensitif dengan perkara-perkara kecil yang berlaku disekelilingnya.


Namun selepas beberapa situasi yang saya temui dan saya cuba mengambil ibrah dari kisah mereka...saya mendapati...golongan yang sibuk dengan tugas hakiki sebenarnya lebih mudah berjaya dalam usaha memajukan diri sendiri terutama bila mereka jelas dengan apa yang mereka mahu.

Contoh salah seorang bisnes partner saya ini, kerja dari pagi sampai ke petang...ditambah hujung minggu mengambil kursus sambung belajar...beliau berjaya mencapai pangkat yang hebat dalam Shaklee dalam waktu yang sama. So siapa kata sibuk tak boleh berjaya?

Tidak kurang juga dengan seorang lagi bisnes partner saya yang bekerja dengan kerajaan sebagai barisan pertama. Beliau bekerja di kaunter salah satu badan besar kerajaan...memang sibuk kerana beliau menguruskan kaunter bayaran yang sudah pasti ada ramai orang. Namun dalam 2 tahun beliau mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee. Nah...sibuk bukan alasan untuk tak berjaya kan?

Saya ada mengenali seorang doktor yang juga sibuk bekerja adakala hingga ke malam. Beliau akan usahakan untuk bisnes Shaklee pada waktu malam 2-3 jam dan masa itu juga beliau gunakan untuk membaca meningkatkan ilmu pengetahuan. Aturan jadualnya sangat jelas oleh kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor. Alhamdulillah beliau buktikan beliau berjaya mencapai tahap tertinggi dalam Shaklee. Ha..... nampak tak? Siapa kata sibuk tak boleh berjaya?


Contoh terkini, kawan kepada suami saya yang mendapat sakit kanser.....namun kerana beliau sibuk dan banyak perkara bisnes yang perlu difikirkan maka beliau tidak banyak berehat sebaliknya menyibukkan diri dengan tugasan bisnes beliau, alhamdulillah kanser beliau tidak merebak malah sekarang dalam proses recovering yang sangat cepat!!! Malah beliau berkata bahawa sepanjang beliau dapat tahu beliau mendapat kanser, beliau sangat jarang bermain golf diwaktu pagi kerana menganggap permainan itu tidak sesuai untuk mengubati sakit kansernya.


Bila fikir balik....adakala betul bila seseorang itu banyak masa...dia merasakan itu adalah peluang untuk usahakan sesuatu untuk majukan diri....tapi  percaya atau tidak oleh kerana dek banyak masa maka otak kita akan kreatif merewang ke sana dan ke sini. Sempat lagi layan drama jam 7 malam dan akhirnya emosi juga menjadi tidak seimbang kerana terikut ikut dengan kesan drama tadi.

Image result for busy
Lagi sibuk anda lagi mudah nak berjaya?


So bagi anda yang sibuk dan selalu rasa tak de masa nak buat part time bisnes untuk dapat part time income....anda salah. Sebenarnya anda punya peluang berjaya yang lebih hebat berbanding orang yang tidak sibuk. Paling utama anda perlu tahu apa yang anda mahu dan ini menggerakkan anda bertindak dengan sangat rasional dan konsisten.



Nak jadi bisnes partner kami? Jom whatsapp 0128535689 untuk lebih lanjut. Semuanya hanya dihujung jari.




♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Khamis, 26 Julai 2018

Rahsia sakit kansernya tak merebak....

Alhamdulillah selamat balik dari Miri semalam. Perjalanan singkat 4 hari 3 malam untuk ziarah bidan yang jaga saya selepas melahirkan Nasa. Alhamdulillah Allah mengizinkan hubungan itu berpanjangan hingga ke hari ini.


Syukur juga berkesempatan bertemu dengan seorang kawan yang dah lama kami tak jumpa. Beliau juga dalam proses recovering operation kerana sakit kanser.

Satu perkara yang saya belajar dengan kawan ini....

Teruskan rutin seperti biasa....jika sakit...jangan dilayan sampai berlarutan hingga pasrah. Ini boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

Kata kawan kami ramai orang biasanya bila sakit....terus membayangkan dunia menjadi gelap dan tiada harapan untuk hidup. Terutama bila dapat tahu kena penyakit kanser.


Tapi syukurnya kawan kami ni orang yang sentiasa menyibukkan diri dengan rutin harian seperti biasa dan dengan ini membuatkan beliau tidak layan sangat penyakit yang datangnya tak pernah diundang.


Miracle sebab kansernya tidak merebak seperti kes biasa. Selain semangat juang yang kuat , rutin harian yang penuh juga membuatkan beliau tiada masa nak melayan perasaan.
Fikiran kawan kami ini lebih banyak tertumpu dengan urusan kerja dan beliau sentiasa usaha menyibukkan diri supaya tidak memikirkan tentang sakitnya.
Alhamdulillah beliau tak perlu lalui kimoterapi kerana doktor mengesahkan beliau semakin sihat.


Saya memang terkesan dengan kata-kata kawan ini...hakikatnya fikiran yang positif memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita termasuklah perkara yang melibatkan kesihatan. Wallahu alam.





Image result for busy
Menyibukkan diri untuk kita tak layan perasaan.

Namun penting juga dengan siapa kita berkawan....kalau kawan yang banyak sangat masa...relax dengan golf setiap hari...lama-lama sakit juga sebab terlalu relax. Jadi kena bijak memilih kawan.



Nenek bidan nak tunai haji.



Selalu kan saya cerita tentang nenek bidan saya....saya anggap macam mak dah...walaupun sebenarnya pangkat nenek....Makcik Masnah dah berumur 76 tahun dah....alhamdulillah masih gagah dan kuat lagi.
Pengedar Shaklee Terengganu
Bidan Makcik Masnah di Tudan Miri



Minggu lepas bila dapat tahu flight makcik dari Miri terus ke Kuching langsung ke Jeddah...maka kami terpaksa tukar plan....patutnya nak jumpa makcik kat KLIA sebelum beliau bertolak menunaikan haji. Tapi bila dah tahu dari Tabung Haji jadual perjalanan makcik tak singgah KL...maka kami ambil tiket ke Miri untuk jumpa makcik bidan.

Nasib juga Marriot Hotel ada offer...bayar 2 malam, malam ke 3 adalah percuma. Berbaloi la sebab semalam hanya RM280 kalau tak silap. Mana nak tahu harga hotel ni? Biasa boleh guna trivago atau website hotel sendiri. Saya akan compare dulu then baru pilih mana yang berbaloi bayar.

Alhamdulillah berpeluang bawa makcik membeli keperluan akhir barang yang nak dibawa untuk haji dan kami juga dapat ambil peluang beramah mesra dengan beberapa teman lama sepanjang di Miri.

Pengedar Shaklee Terengganu
Antara pengedar Shaklee Miri yang aktif

Moga makcik Masnah dipermudahkan urusan hajinya dan beroleh umrah yang mabrur. Moga dipanjangkan umur balik haji nanti nak bawa makcik jalan Terengganu pulak.



Bidan hebat Miri Sarawak
Sedang ber spa... di Marriot Miri.

Gonna miss you makcik.... Semoga sentiasa dalam jagaan Allah.



Selasa, 17 Julai 2018

Kisah anak kecil dan tilam

Allah takkan mengubah nasib kita kecuali kita berusaha ke arah itu....


Ya saya akan ingat kisah ini sampai bila-bila....


Ia berlaku selepas kami berpindah di rumah baru....waktu itu tahun 2007. Kami menyewa di sebuah rumah 2 tingkat di Miri.

Kerana baru bersalin, maka kami dinasihatkan tidur di bawah supaya tidak mengganggu taaf kesihatan saya yang baru sahaja selepas dibedah kerana melahirkan Nasa.

Oleh kerana kami dah berempat...maka lebih selesa tidur diruang tamu kerana kawasannya yang pasti lebih luas dari bilik tidur.

Bilik tidur di tingkat bawah yanya memuatkan 1 katil bujang maka tak sesuai untuk kami empat beranak.

Memandangkan tidur di ruang tamu.. dan disebabkan kami hanya ada 1 tilam sahaja, keutamaan diberi kepada saya dan Nasa yang waktu itu berada dalam hari.

Addin masa tu berumur 4 tahun. Addin dan abahnya tidur hanya beralaskan comforter yang sedikit tebal.


Hinggalah satu hari tiba-tiba Addin bersuara....


" Ibu, kenapa adik dan ibu sahaja yang tidur ada tilam? Addin pun nak tilam juga."

Saya senyum sambil memeluk Addin dan mengatakan...nanti ibu minta abah belikan.

Image result for mattress

Waktu itu...gaji belum masuk lagi. ia berlaku di tengah-tengah bulan!


Saya tersentuh dengan soalan Addin seorang anak kecil yang mahukan keselesaan.


Selepas berbincang dengan Abah Addinnasa, kami mengambil keputusan untuk membeli tilam pada hujung bulan sahaja nanti.

Waktu itu terdetik kan bagus jika ada rezeki jatuh dari langit.

Lupa pula kami ada bisnes sampingan iaitu Shaklee.....

Namun kuasa Allah, siapa sangka pada tengah bulan itu bonus Shaklee masuk lebih RM500...dan ketika itu RM500 ibarat RM5000 dikala tengah bulan yang biasanya sedikit sesak jika ada keperluan yang mengejut tak dirancang.


Syukur, kami dapat terus belikan sebuah tilam lagi untuk Addin tidur bersama abahnya.


Dari saat itu saya nekad untuk terus usahakan Shaklee sebagai pendapatan tambahan yang boleh bantu kami sekeluarga.


Alhamdulillah kini ia menjadi kerjaya tetap bagi kami satu keluarga.


Ya.... Shaklee boleh jadi pendapatan tambahan yang sangat diperlukan saat kita kecemasan. Ada masa kita perlukan duit tambahan terutama nak bayar cukai pintu, roadtax dan insuran kereta, bila masa kereta meragam...anak tak sihat dan perlu ke klinik swasta malam hari....semua perlukan duit tambahan.


Syukurlah Allah mendorong kami usahakan Shaklee semasa zaman belajar, zaman bekerja malah hingga sekarang.


Berminat nak tahu bagaimana Shaklee membantu menjana pendapatan keluarga?


Boleh terus mesej saya ... www.wasap.my/60128535689/Shakleeincome.


Shaklee ready stock



📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 11 Julai 2018

Tips untuk murah rezeki paling mudah.

Nak senang dunia? 

Senangkan hati mak. Jangan susahkan mak. Jangan susahkan hati mak.

Jangan buat hutang kemudian minta mak bayar. Ada orang buat kad kredit tapi hutang kad mak bayar.

Nanti hidup susah rezeki pun tersekat.


Sepatutnya sebagai anak......Kita yang kena usaha langsaikan hutang mak. Kita kena senangkan mak.


Rebutlah jadi anak yang menyenangkan hati mak.

Kalau ada 10 adik beradik, jadilah no 1 dalam hati mak.


Jika beli bag baru, belikan untuk mak sekali.

Jika beli baju baru, belikanlah untuk mak juga.

Janganlah benda dah tak nak baru nak bagi mak. Mak atau rumah mak bukan tempat pelupusan sampah!


Bila dapat bonus banyak? Berikan mak rasa banyaknya bonus itu ( maklumkan suami untuk lebih berkat). 


Tapi....untuk yang mak dah takde di dunia.....?


Kalau mak dah takde? Mengaji .. pahala hadiah kat mak. Banyakkan mengaji. Mengaji untuk berikan mak pahalanya.

Bila dapat duit bonus? Buat sedekah niat untuk mak. Buatkan kenduri untuk mak.

Banyak lagi duit, buatkan badal haji dan umrah untuk mak.


Mother is next to God. Sesungguhnya.....Nak berjaya buat baik kat mak. Doa mak makbul!

Redha Allah terletak pada redha mak! Ingat tu!

Sapa yang susahkan hati mak, 
merengek cerita hidup susah kat mak 
buat mak susah hati.. hidup tak ke mana pun. 


Rugi lagi ada.

So amiklah peluang berbakti kat mak tak kira mak di dunia atau di barzah.



Al fatihah untuk mak .... 


Khamis, 28 Jun 2018

Belum terlambat nak ubah nasib sendiri

Kenapa sia siakan masa muda?
===================== 
Mungkin ada yang tak tahu, mertua saya adalah upline kami dalam bisnes Shaklee ini.

Mak dan ayah sertai Shaklee masa umur mereka dah cecah 40 an.
Mereka terus buat dikala ramai rakan seangkatan dah mula menghilang.
Mereka terus usaha untuk kekal efektif walau apa pun keadaan.
Mak ayah tak pernah kenal erti putus asa. Walau ada yang mencerca atau menghina, mereka teruskan perjalanan mengejar impian.
Siapa sangka berkat SABAR, ISTIQAMAH DAN GIGIH USAHA mak ayah mampu beli rumah yang harga jutaan ringgit pada usia mereka cecah 60 an.



Bayangkan jika dulu mereka putus asa? Pastinya mereka takkan kecapi saat yang ada sekarang.
So siapa kata dah terlambat untuk maju dalam hidup? Mereka mulakan Shaklee di saat orang lain dah nak dekat pencen dari bekerja.
Mereka beli rumah sendiri di saat mereka dah capai umur 60 an.
Mereka dapat beli rumah idaman mereka. Membeli rumah idaman adalah impian semua orang.

Mereka dah buktikan TIADA yang mustahil bila kita PERCAYA dengan IMPIAN SENDIRI. 

Terus usaha sehingga berjaya.


Ibrah dari kisah ini, kenapa kena fikir gagal padahal umur belum capai 40 an? Usaha belum hebat mana, tapi jiwa dah menyerah kalah?
Tak tahu nak kejar impian apa?
Ada duit tambahan; boleh beli rumah impian.
Boleh hantar mak ayah umrah dan haji.
Boleh buat umrah sendiri dan pasangan.
Boleh travel tengok dunia.
Ada banyak aje boleh dicapai... turunkan ego, buangkan minda negatif dan terus belajar sambil praktis apa yang dipelajari. Insyaaallah tiada impian yang tak mampu dicapai dengan izin Allah yang maha pemberi.

Sesungguhnya bila kita menjaga Al Quran, maka Allah menjaga seluruh hidup kita. InsyaAllah.


Pengedar Shaklee Aktif Malaysia




 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 11 April 2018

Bila kita terlalu sibuk melihat orang lain...

Pengedar Shaklee Muar

Sesungguhnya kita semua ni manusia biasa yang tak terlepas dari ujian... antaranya bila kita sibuk melihat kehidupan orang lain.

Kita akan membandingkan diri kita dengan mereka. Kita mula nampak kelebihan orang lain. Kita mencari kekurangan diri sendiri.

Paling parah bila kita melihat kita sebagai “mangsa” keadaan. Kita mula salahkan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita.

Uniknya kita tak nampak salah diri sendiri.

Kerana apa? Sebab sibuk tengok orang dan sibuk nak jadi seperti orang lain.

Saya teringat satu kisah ni, beliau ni dipandang hebat oleh orang sekeliling. Pengaruh yang hebat. Semua nak jadi seperti beliau. Tapi dalam dunia realiti , beliau tak dapat perhatian dari pasangannya dan keluarga beliau sendiri.
Jiwanya kosong dalam kata sebenar.

Hakikatnya kita bekerja untuk siapa sebenarnya? Adakah keluarga hanya untuk hari tua?

Ada anak yang tak dengar cakap mak ayah sebab apa? Sebab mak ayah sibuk dengan kerja siang malam cari duit. Mereka kata cari duit untuk keluarga tapi masa untuk keluarga pun tak ada.


Hakikatnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan cari kekuatan diri untuk capai apa yang kita mahu.

Perlu ada dalam minda, dalam kesibukan mengejar impian, keluarga jangan diketepikan.

Paling penting....

Tak usah sibuk nak kata diri mangsa keadaan kerana kebanyakan orang berjaya datang dari orang yang banyak halangan dan cabaran. Kemahuan mereka kuat dan tindakan mereka selari dengan kemahuan. Mereka usaha sampai berjaya!

So pilihan ditangan kita... nak cipta impian sendiri atau hanya jadi penonton impian orang lain. Be yourself 💪.

Isnin, 9 April 2018

Percutian dalam negara bersama keluarga

Ini salah satu percutian saya bersama arwah mak dan adik-adik....ke Langkawi.

Rezeki dapat sewa Catamaran untuk keliling pulau Langkawi.


Masa tu kebetulan hujung tahun dan sempena harijadi arwah mak....dan hajat saya nak sewa bot besar tercapai masa tu.

Kami stay kat Hotel West In Langkawi masa tu...ini permulaan percutian keluarga yang menyeronokkan.

Ini antara keajaiban yang dapat lakukan bersama keluarga dan adik-adik melalui bisnes Shaklee.

Shaklee bisnes

Vivix ready stock

Bisnes shaklee

Bisnes Shaklee

Vivix Shaklee


Satu yang saya belajar, jangan takut untuk bermimpi kerana tak mustahil ia boleh jadi kenyataan.

Shaklee leader

Pengedar Vivix Shaklee Muar

Pengedar Vivix Shaklee Miri

Pengedar Vivix Shaklee Muar

Pengedar Vivix Shaklee Muar



Duit kita boleh usahakan, masa berkualiti yang kita kejarkan.



Jumaat, 30 Mac 2018

Masa lapang ANTARA nikmat hidup yang paling hebat Allah berikan.

Image result for allahumma inni as'aluka ilman naafi'an wa rizqan


Dalam perjalanan ke Kota Bharu semalam, kami pasang video ceramah ustaz Azhar Idrus...sebagai pengisian kerohanian. Tertarik dengan ceramah yang beliau sampaikan antaranya ialah ...salah satu nikmat dunia yang paling hebat adalah masa lapang.

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W., Baginda S.A.W. bersabda : "Ambillah peluang yang lima, sebelum (datang) yang lima;
  • Masa mudamu sebelum datang masa tuamu;
  • Sihatmu sebelum sakitmu;
  • Kayamu sebelum fakirmu;
  • Hidupmu sebelum matimu;
  • Masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu."
(Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi)
Masa lapang ni sebenarnya yang boleh digunakan sebagai masa mendekatkan diri dengan Allah, masa bersama ahli keluarga dan sahabat handai....selain masa lapang ni perlu untuk kita isi dengan amalan yang kita akan bawa sebagai bekalan di padang mashyar nanti.

Ya, hebat masa seseorang berjaya dalam bidangnya...andai tiada masa lapang alangkah ruginya. Masa lapang ni yang semua manusia perlukan selain masa untuk bekerja.

Nak bercuti perlu masa lapang, nak menunaikan umrah perlukan masa lapang, nak ke ceramah agama perlu masa lapang, nak ke kelas atau seminar pun perlukan masa lapang.....

Maka sebab itu dianjurkan kita menjaga solat kerana untuk mendapatkan masa lapang sebenarnya adalah dari keberkatan menjaga solat.

Bila kita sibuk dengan urusan dunia semata sebenarnya jiwa kita akan tertekan, rumahtangga dalam ambang ujian, walau rezeki datang melimpah ruah namun adakala ianya istidraj semata-mata. Nauzubillah.

Betapa banyak doa yang dikongsi antaranya adalah mohon umur yang diberkati dan kita berada dalam ketaatan pada ilahi...

Akhir zaman, manusia diajar sibuk untuk memenuhi kemahuan sehingga adakala kita sanggup langgar batasan agama sedangkan kita hidup bukanlah selamanya.


Masih ingat kisah salah seorang hamba Allah ini....beliau seorang yang sangat bekerja keras mungkin sebab pangkat yang disandang. Sebelum umur bersara, beliau diuji dengan penyakit yang kritikal. Saya sempat berbual dengan beliau untuk sesi kaunseling.... atas dasar permintaan kawan  [ ayah kepada kawan saya] . Allahyarham ini bercerita, beliau amat sibuk dengan kerjaya beliau. Adakala bila balik lewat memang takkan solat kerana kepenatan maka bila balik terus tidur. Bila beliau sakit, beliau mula menyalahkan takdir...mengapa beliau terpilih mendapat penyakit itu. Maka saya sebagai orang muda cuma menyarankan arwah ini memperbanyakkan mengaji dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau mengakui bukan mudah dengan rutin yang perlu dilalui memandangkan beliau sangat sibuk dengan urusan dunia semata-mata sebelum ini. Tak lama selepas itu beliau meninggal dunia. Namun sesi perbualan telefon dengan arwah [ beberapa kali juga berbual di telefon atas permintaan kawan]banyak membuka mata saya...hidup ini bukan untuk dunia semata.

Hakikatnya Allah jadikan dunia sebagai ladang akhirat. Apa yang kita tanam di dunia itulah bekalan di akhirat nanti.

Mana mungkin kalau kita tanam pokok jagung, yang keluarnya buah durian.

Samalah dengan dunia ini....jika kita tidak mohon dengan Allah sambil usaha untuk dapatkan pengakhiran yang baik....mana mungkin kita akan memperolehinya.

Mulai hari ini, jom kita sama-sama sediakan ruang muhasabah diri untuk mendapatkan hidup yang diberkati.


Landasan hidup ini perlu agama. Kerana dengan agama kita akan mempunyai batasan dalam menguruskan dunia. Kerana dengan adanya agama kita takkan menongkat dunia. Dunia dan seluruh isinya takkan kekal lama. Sampai masanya kita semua akan mengadap Allah yang Maha Berkuasa. Di kala itu tanpa amal kitalah manusia yang rugi, dulu kini dan selamanya.


Jom sama-sama kita banyakkan selawat dan membaca Al Quran semoga kita menjadi umat nabi Muhammad yang dikasihi Allah dan mendapat syufaat nabi di akhirat kelak.

Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengikut kita. Jika kita mengejar dunia, akhirat akan tercicir. Di dunia ini, kita tidak berpeluang untuk berehat dengan pengertian rehat sebenar sehinggalah tiba hari kematian. Kita akan benar-benar berehat, jika di dunia kita tidak kenal erti berehat kerana sibuk mengerjakan amal soleh untuk bekalan di alam kubur nanti.

Wallahu alam.



♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 26 Mac 2018

Personaliti mempengaruhi semangat dan tenaga?

Ya tak cukup tidur memang buat badan rasa tak bermaya dan lembik malah kita mudah rasa cepat penat.
Kurang air juga buat badan letih....
Makan tak seimbang akan buat kita cepat sakit sebab lambat laun badan akan trigger akibat kekurangan nutrien tadi....


Tapi bagaimana pula dengan mereka yang cukup tidur , menjaga pengambilan makanan dan air yang diminum....tapi mudah rasa letih dan tiada semangat?


Sebenarnya semangat boleh hilang kalau kita tak jumpa kunci energy kita.


Makan vitamin sahaja belum jamin membantu kalau kita tak kenali punca kita jadi lemah atau hilang semangat.


Ada orang makan vitamin berbotol tapi belum dapat hasil yang diharapkan.....


Sebab mereka tidak mengenali diri mereka sendiri.


Manusia  ni terbahagi kepada 3 kategori personaliti....

Introvert

Personaliti introvert ini lebih kepada seorang yang pendiam, bersifat pasif, emosional dan kurang bersosial. Golongan ini sukakan hidup yang teratur dan sistematik.

So bila personaliti ini berada dalam pekerjaan yang menentang sifat semulajadi ini golongan ini mudah penat. Mudah letih kerana dia tenaga yang diperlukan adalah apabila mereka cuba menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan membaca, berkebun atau apa sahaja yang buatkan mereka rasa tenang.
Image result for reading book alone
Golongan introvert lebih suka ada ruang untuk diri mereka sendiri.


Golongan personaliti ini jika ditempatkan dibahagian jualan atau yang perlu jumpa orang, mereka akan usahakan yang terbaik namun jika kena dengan caranya mereka boleh menjadi seorang yang sangat perform pada pekerjaan mereka.


Extrovert

Personaliti Extrovert ini pula bertentangan dengan introvert. Golongan ini lebih suka berjumpa dengan orang, sukakan keraian, sangat mesra, suka bercakap dan golongan ini akan lebih bertenaga bila dapat bekerja dalam kumpulan kerana mereka suka kepada kemasyarakatan.

Namun jika personaliti ini mendapat pekerjaan yang perlu duduk di depan komputer membuat analisis atau pekerjaan yang hanya perlu dilakukan seorang diri, golongan ini akan mudah bosan dan mudah rasa letih.

Image result for working in groups
Golongan extrovert lebih suka bekerja dalam kumpulan.



Ambivert 
Kita biasa dengar Introvert atau Extrovert kan? Ambivert adalah golongan yang mempunyai kedua-dua personaliti ini iaitu introvert dan extrovert. Maka personaliti Ambivert ini unik namun perlu ada ujian untuk memastikan personaliti kita 50% introvert dan 50% extrovert. Golongan personaliti ini biasanya boleh mendapatkan energy secara persendirian atau berkumpulan. Ada yang mungkin energetic dalam banyak masa asalkan mereka ada ruang untuk recharge.

Image result for energetic


So paling penting sebenarnya kita perlu tahu dari mana kita boleh dapatkan sumber tenaga untuk kita recharge untuk kita kekal bersemangat dan bertenaga. Kalau kita introvert maka kita perlu ada ruang untuk diri sendiri kerana dengan cara itu kita akan mendapat tenaga. Bagi orang extrovert pula dia perlu keluar untuk dapatkan tenaga.


Jadi untuk lebih bersemangat dan bertenaga, kenali diri kita maka mudahlah tahu nak cari sumber tenaga.


Oh ya, boleh cuba buat test kat sini untuk kenali diri anda.




*


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 17 Mac 2018

Bagaimana cara untuk impian jadi kenyataan?

Zaman saya belajar lagi, saya pernah dengar ada senior yang menyediakan impian perjalanan hidup mereka. Tahun xxxx graduation, tahun xxxx kerja, tahun xxxx berumahtangga.....dan seterusnya.


Image result for dream board

Ya mereka plotkan kehidupan yang mereka mahukan. 

Sebenarnya kita pun perlu usahakan juga...yang kini dipanggil Vision Board. Apa yang kita mahu, kita lekatkan pada vision board tersebut. Bagus dalam bentuk gambar supaya kita boleh imagine dalam minda terus.

Setiap kita punya impian...tapi ia hanya berlalu pergi macam tu aje. Sebab kita tak simpan dalam minda bawah sedar [ sub concious mind] melalui imiginasi berulang-ulang.

So cara nak buat nya mudah aje.....

# 1 Sediakan 1 plain board.

Image result for plain board with pin



# 2 Kemudian lekatkan gambar apa yang anda ingin milik dan capai. 


Gambar ini boleh didapatkan dari magazine, surat khabar atau apa apa pamplet yang mempunyai gambar yang kita mahukan.

Contohnya..... jika kita teringin nak ada Apple i Mac contohnya...so kita cari gambar dan lekatkan pada plain board tadi
Image result for apple desk top?


Teringin nak ke Universal Studio Las Vegas? Cari gambar dan lekatkan

Image result for universal studios san francisco


Penuhkan board anda dengan semua impian anda.




# 3 Tetapkan matlamat bila perlu capai.

Image result for dream board 2018


# 4 Rancang bagaimana nak capai impian.

Image result for plan



# 5 Tindakan untuk capai

Image result for people arranging bricks


Maka dengan 5 perkara tadi semua impian boleh dicapai dan tiada yang mustahil dengan izin Allah juga.

Kalau anda buat bisnes maka dekati mentor untuk tunjuk ajar kerana adakala mentor ada cara yang lebih baik dari cara yang kita usahakan. Kalau anda baru nak buat bisnes, pastikan bisnes itu mempunyai peluang yang cerah untuk capai impian anda.

Kalau angan-angan mat jenin tu mungkin boleh jadi kenyataan tapi amik masa bertahun la sebab tak de tindakan dok harap ia berlaku dengan keajaiban.


So jom visual kan masa depan impian kita!

Image result for vision board






♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Isnin, 22 Januari 2018

Kecewa jangan bawa ke laut.

Semua orang pernah kecewa kan?



Paling muda masa zaman sekolah...bila tengok result exam....yang mengecewakan bila buku rekod pencapaian ada warna merah.

Tapi zaman dulu tiada banyak pilihan...kita cuma tahu kalau subjek tu tak cemerlang...kena lebih belajar faham dan usaha untuk dapat keputusan lebih baik.

Kecewa mak tak masak lauk kegemaran... tetap tak banyak pilihan maka kita akan makan apa yang mak masak.

Itulah kehidupan yang saya lalui dan mungkin ramai juga yang lalui perkara yang sama.....

Berbeza dengan kehidupan hari ini....


Ramai orang kecewa dan kecewa itu buat mereka terus ke laut....maksudnya terus hanyut dek kerana ikut perasaan.


Zaman sekarang...

Ramai anak yang jadi tuan...tak suka , lari rumah cari kawan....

Result exam teruk? So what?

Gagal satu bidang...terjun bidang lain.



Ya sebenarnya semua orang juga melalui kekecewaan tapi ada ramai juga yang jadikan kekecewaan itu panduan mereka untuk mengorak langkah membina masa depan dan mencari kejayaan.


Saya pernah kecewa kerana menganggur lama lepas habis universiti....dah dapat kerja, masih ada kecewa kerana  masa banyak habis untuk kerjaya bukan keluarga....tapi kecewa tak boleh terus berlarutan. Kena usaha untuk jadikan kekecewaan itu pemangkin untuk kehidupan yang lebih baik.


Bila buat Shaklee fulltime, saya belajar manage kecewa yang saya lalui... melalui pembacaan, kursus, pergaulan , apa yang kita lalui buat kita belajar....jika terus kecewa ia boleh buat kita ke laut. Hidup tiada arah dan matlamat entah ke mana dan mula menyalahkan orang lain.




Kecewa boleh mengubah kita jadi yang lebih baik. Terima hakikat dan kita ubah apa yang boleh kita ubah dari diri kita. Perubahan sikap itu mengubah hasil yang akan kita perolehi. walaupun ia berlaku bukan dalam sekelip mata namun berbaloi.

Paling utama kena yakin pada Allah dan yakin pada impian.


Oh ya, kekecewaan tetap akan datang dan pergi...cuma kita pastikan kita tak ke laut hanyut kerana ikut perasaan dan hati yang lara. Kita ada Allah dan Quran sebagai panduan. Islam adalah cara hidup. Sabar kerana setiap kesulitan ada kemudahan. Wallahu alam.





 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 13 Disember 2017

Perkara rumit yang perlukan kesabaran


Vitamin ni berbeza dengan ubat...dan apa yang diajar selama ini , ubat kita makan bila kita sakit. Vitamin kita makan untuk sihat.

Bila doktor bagi vitamin? Bila ibu mengandung dan menyusu...atau bila pesakit kelihatan sangat lemah dan perlukan supplement bagi menampung kekurangan nutrien dalam badan yang sangat ketara.

Bila makan ubat kita mengharapkan kita akan cepat sihat. Ubat memberi rasa tahan sakit dan kita dapat relax akibat menahan kesakitan. Namun ia tidak bersifat kekal. Habis masa, maka sakit akan datang semula. Namun bila keadaan terdesak...pesakit yang dalam kesakitan akan diberi ubat supaya ia dapat rehat [ tidur] dan dengan rehat yang mencukupi diharapkan sistem imun dapat bekerja semula dengan baik. Ini saya belajar dari doktor yang pakar dalam bidang nutrisi.

Berbeza dengan vitamin....ia diperlukan oleh mereka yang ingin kekal sihat.

Bila dah sakit kita mencari vitamin...badan perlu masa untuk dapatkan kesihatan yang optimum.

Vitamin yang diambil tadi secara beransur akan membantu memenuhi keperluan badan yang selama ini mungkin lompong dan menjadi simptom kepada penyakit.

Jadi hasil dari makan vitamin susah nak nampak 1-2 hari tetapi mungkin 1-2 minggu dan mungkin 1-2 bulan bergantung kepada kelompongan  zat vitamin dan galian yang badan kurang selama ini.


Sama macam mengait...perlu masa untuk siapkan sehelai pakaian. Nampak cerewet kan? Tapi percayalah berkat sabar hasil makan vitamin tu kita akan nampak juga dan adakala orang lain yang lebih perasan kehadiran kesan tersebut dalam hidup kita.







Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Selasa, 12 Disember 2017

Tak sangka ianya adalah hasil 18 tahun dulu

Masa saya kecik ada satu pokok besar yang menghasilkan buah yang masam manis yang kami panggil buah kemang. Entah sapa yang tanam tapi pokok tu sangat la besar dan tinggi. Pantang dengar buahnya gugur kami mesti berlari amik dan kutip. Sedap betul bila arwah atuk potong dan taburkan gula dan peram dalam peti sejuk. Nanti bila makan rasa masam-masam manis dan ianya sangat sedap dan adakala buat sambal belacan...fuh memang terliur.

Mungkin ada yang tak tahu buah kemang tu apa...tapi selepas saya google...ia juga dipanggil buah binjai. Tapi arwah mak kata pokok ni dah tak de lagi kat kawasan rumah atok lama sebab dah tumbang...wallahu alam. Namun pada saya sangat bersyukur masa kecik puas juga makan buah ni.


Ya bila teringat pokoknya yang besar...saya pasti terfikir berapa lama agaknya ia ambil masa nak membesar setinggi sedemikian?Pastinya lama. Orang yang kutip hasil [ buah yang gugur] jarang amik peduli hal begini kerana ada yang menganggap ianya remeh.

Hal sedemikian berlaku pada saya...18 tahun dulu saya sign up Shaklee sebab nak cari penawar migrain teruk saya dan saya nak cari pendapatan tambahan masa belajar. Siapa la sangka berkat sabar dan istiqamah [ walau ada segelintir yang anggap lambat]  saya tetap bersyukur kerana ia menjadi kerjaya saya hari ini. Bangga bila orang tanya kerja apa? Saya akan jawab...freelance trainer dan health advisor.

Alhamdulillah hasil dari tindakan 18 tahun dulu, saya kini bekerja dari rumah. Alhamdulillah merasa jalan luar negara yang free [ ditaja] atau berbayar. Syukur alhamdulillah.


Ya apa yang kita usahakan dulu hasilnya baru kita raih sekarang. Jadi apa yang kita usahakan sekarang....yang pasti hasilnya kita raih akan datang.


So jangan dok termenung...usahakan sesuatu supaya ada masa depan yang terjamin.

Kita yang mencipta masa depan kita.


Shaklee Terengganu





Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?
 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa