Memaparkan catatan dengan label jeragat kudis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jeragat kudis. Papar semua catatan

Isnin, 12 April 2010

Multi- purpose case PERCUMA !

Ada dalam post ibu sebelum ini yang ibu akan tunjukkan wajah baru trial pack ibu...

-
-
-

-
-
-
-



taraaaaaaa......


Walaubagaimanapun ianya adalah untuk trial pack set D dan set F sahaja buat masa ini.

Jika anda mempunyai masalah kulit kusam, mudah keletihan, moody dan bermasalah kulit(jerawat), ibu mengesyorkan anda mencuba set D dan boleh lihat hasilnya dalam 14-21 hari. Sangat berbaloi.

Bagi para isteri yang mempunyai masalah keintiman... bolehlah mendapatkan set F (ada dua pilihan sama ada untuk sebulan consume atau dua bulan consume). Rasakan perbezaannya dengan SHAKLEE!

Have a nice day!











Salam sayang dari ibu



Sabtu, 3 April 2010

Total Wellness Connection.





Sila emailkan kepada addinnasaoffer@gmail.com untuk dapatkan value added pembelian anda. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan dengan harga yang dipaparkan.


Sesuai untuk seisi keluarga. Sesuai untuk ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, mereka yang perlukan diet yang seimbang.Kebaikannya ialah membantu anda berasa lebih bertenaga, membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh, menguatkan sistem imun anda dan membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku tulang dan otot yang sihat.

Sesuai untuk seisi keluarga. Sesuai untuk ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anak, mereka yang perlukan diet yang seimbang.Ianya dalam bentuk serbuk dan perlu dibancuh untuk menjadi air. Sangat sesuai untuk mereka yang tidak menggemari menelan pil.

Gabungan 3 vitamin ini untuk menguatkan sistem imun, awet muda, melambatkan proses penuaan dan meningkatkan taraf kesihatan.



Kebaikan vitamin ini ialah untuk membantu melegakan simptom senggugut dan monopos, menggalakkan kulit yang cantik, menggalakkan tulang yang kuat, membantu mengurangkan risiko jantung dan melegakan sakit2 sendi.


Kebaikannya ialah memelihara kesihatan prostat, meningkatkan tenaga dan kesihatan badan, meningkatkan stamina badan, memelihara jantung yang sihat, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan mengawal tahap kolesterol yang sihat.


Kebaikan Vivix ialah memelihara kesihatan keseluruhan, membantu anda berasa lebih bertenaga dan menguatkan sistem imun.






















Salam sayang dari ibu

Sabtu, 4 Julai 2009

Testimoni Nutriferon

Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Buat temanku ini, seandainya dirimu membaca kisah ini, apa yang mampu ku lafazkan terima kasih atas kepercayaan yang dikau berikan pada kami ( ibu dan abah Addinnasa) serta terima kasih atas kesabaranmu untuk melalui proses pemulihan. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ya Allah bersyukurku padaMu kerana dengan izinMu temanku ini telah sembuh dan mudah2an dapat menunaikan amanahMu dengan lebih berkat dan sejahtera.

Jumaat, 29 Mei 2009

Tiang Seri

Setiap rumah dahulu mudah kita temui tiang seri menandakan utuhnya rumah yang dibina. Namun hari ini, kita hanya mampu melihat rumah yang mempunyai tiang yang asas bagi membina konkrit binaan tersebut. Badan manusia juga hakikatnya hanya memerlukan 4 asas utama, iaitu protien , multivitamin, b complex dan vit c. Sel memerlukan protien untuk terus membina sel baru. Jika seseorang itu kekurangan protin maka untuk sel menyerap zat makanan lain adalah amat sukar. Asasnya protien adalah sangat sangat penting. Selepas sel mula terbentuk, makanan utamanya ialah vitamin lain dan garam mineral... berapakah jumlah vitamin dan garam mineral yang diperlukan? 12vitamin dan 7 galian. Ini adalah asas keperluan tubuh manusia. Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C? Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin c dan b complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?
Ini kerana kandungan vitamin c dan b complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai... hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.
Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.
Rasanya dah selalu saya menegaskan betapa pentingnya 4 supplement asas ini namun secara jujurnya saya sangat suka bercerita mengenai vitamin dan supplement kerana saya dapat melalui proses perubahan yang besar dalam hidup saya. Jika dahulu saya mempunyai kulit yang sangat sensitif... apabila makan sahaja seafood maka esok lusa mulalah kaki saya berkudis sehingga ber air. Kulit muka juga berjerawat dan jika stress sahaja mulalah keluar jerawat batu. Kulit wajah saya dulu sentiasa merah akibat bekas jerawat yang tidak pernah putus tumbuh.
Namun alhamdulillah kini semuanya sudah tiada lagi. Alhamdulillah saya dapat makan udang, ketam dan sotong tanpa ragu-ragu. Keseronokan inilah yang saya mahu kongsi bersama dengan teman yang lain.
Jika rumah diserikan dengan tiang seri maka adalah lebih membahagiakan hidup ini jika kita memiliki kesihatan yang tiada ternilai harganya. Benarlah kata orang... duit boleh cari maka usahalah untuk dapat yang kesihatan terbaik dalam hidup ini.

Khamis, 7 Mei 2009

Untuk segala masalah kulit???

Semalam mamatok Addin sempat singgah ke rumah dan berkongsi cerita tentang vitamin. Mamatok kata, untuk semua jenis penyakit kulit baik allergy, kudis, kurap, jerawat, jeragat, kulit kering dan sensitif dan segala permasalahan kulit termasuklah akibat dari ekzema, psiorosis dapat di atasi jika seseorang itu berdisiplin dalam pemakanan dan pengambilan supplement. Antara supplement asas yang disyorkan oleh golongan ini ialah herb-lax ( diambil seminggu sekali untuk membersihkan usus), ESP sebagai keperluan asas pembinaan sel kulit, vitamin C untuk kolagen dan pelindung sel, vitamin e yang kita sedia maklum untuk kulit dan anti penuaan dan antioksidan , b complex sebagai penenang kepada sel dan hormon serta zinc salah satu agen penting dalam keseimbangan hormon.
Mungkin ada sesetengah pihak menganggap ianya sedikit mahal namun hasilnya sangat berbaloi kerana ibu sendiri melaluinya. Bagi yang ingin mencuba boleh email pada saya dan akan saya sertakan jadual lengkap pemakanan agar anda lebih berdisiplin.

Sesungguhnya tiada ternilai sebuah kecantikan dan kesihatan itu... dan kecantikan pastinya adalah milik setiap insan!