Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Julai 2014

Phytocol-ST Shaklee - Bantu atasi sembelit sepanjang puasa.

Ramai orang yang mengalami masalah sembelit sepanjang berpuasa. Ini kerana kebiasaanya dalam menu berbuka sangat kurang mereka memilih buah atau sayuran dalam juadah utama berbuka.

Phytocol-ST Shaklee

Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang ke pasar ramadhan di Rawang dan rata-rata penjual menjual menu lauk pauk, dan banyak makanan yang kaya dengan kolestrol terutama rendang, pulut dan makanan bakar seperti ayam dan ikan.

Manusia berpusu-pusu membeli makanan berbuka. Memang benar jika ikut nafsu semuanya hendak dimakan. Tapi sayangnya bila dah mula makan hanya 1-2 makanan sahaja yang menjadi rezeki kita. Adakala kerana lapar kita lupa nak seimbangkan pengambilan air dengan makanan dan akhirnya mengadu sembelit yang teruk sepanjang berpuasa.

TESTIMONI PHYTOCOL-ST SHAKLEE

Saya nak share kan pengalaman puasa saya tahun ini yang sangat best ! Kami menjadikan amalan sebelum berbuka ataupun bersahur kami amalkan pengambilan Phytocol-ST Shaklee dan alhamdulillah sepanjang berpuasa satu keunikan yang dapat saya lalui ialah tiada sembelit sepanjang berpuasa!

Mengapa ia berlaku? Ini kerana rantaian kimia Phytocol-ST Shaklee yang hampir menyerupai rantaian kimia Kolestrol telah mengambil tempat di dalam tubuh maka kolestrol dari makanan tidak diserap oleh tubuh seterusnya dibuang semasa proses pembuangan dan ini menjadikan proses pembuangan sangat lancar. Mungkin kerana inilah ramai yang mengakui proses pembuangan mereka sedikit berminyak.

Alhamdulillah tiada cirit birit tetapi pembuangan lebih lancar dan dapat rasa perut kita sangat selesa sepanjang berpuasa. Sejak ia dilancarkan kami suami isteri mengamalkan dengan konsisten.


Apa sebenarnya Phytocol-ST Shaklee?
Apa yang saya faham melalui sesi sharing by Pakar Nutrisi Shaklee, Fitosterol dapat menurunkan kadar kolesterol secara total dan LDL . Hal ini disebabkan kerana struktur Fitosterol hampir sama dengan struktur kolesterol , fitosterol mempunyai beberapa perbezaan pada kedudukan rantaian kimianya . Kadar Fitosterol pada rangkaian tubuh biasanya sangat rendah kerana Fitosterol tidak mudah dicerna dan diekskresi lebih cepat oleh hati , berbanding dengan kolesterol . Metabolisme Fitosterol pada hati juga menghasilkan asid hempedu dengan lebih rendah daripada kolestrol. Kajian juga mendapati Fitosterol juga telah terbukti dapat menghalang perkembangan kanser usus besar dan memberikan kesan terapi lain termasuk anti tumor .


Selain membantu mengurangkan kadar kolestrol secara semulajadi ia membantu kita berpuasa dengan lebih sihat dan selesa.

Apa kata dapatkan satu botol untuk tubuh yang sihat ?

SERIUS ANDA RUGI JIKA TIDAK MENCUBANYA!




 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Rabu, 2 Julai 2014

Set Berpuasa paling Laris !!!! Customer saya kata .....

Tak kenal maka tak cinta. Memang pada mulanya beliau was-was tapi setelah minum set Tripple Gem beliau sangat teruja !


Apa kata pelanggan baru saya tentang set berpuasa ?

Shaklee Sarawak


Anda berminat untuk dapatkan set Tripple Gem untuk berpuasa dan percayalah ia sangat sesuai untuk seisi keluarga!!


jangan berlengah lagi. Jom order hari ini!




♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Sabtu, 13 Julai 2013

Berpuasa lebih produktif dengan Shaklee Performance Drink dan ESP !

"Mengapa asyik tidur aje ni?" Tanya Mak Jah pada anaknya Faiz.
"Puasa la mak, letih." Sahut Faiz pada emaknya.
" Semua pun puasa tapi takkan nak tidur aje seharian?" Bebelan Mak Jah mula menerpa telinga Faiz apabila melihat anaknya asyik memberi alasan puasa.



Alhamdulillah kini sudah 4 hari kita berpuasa...syukur kerana kita mempunyai jodoh untuk bertemu ramadhan pada tahun ini.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. (QS. Al-Baqarah : 183) .

Saya yakin ramai yang seronok dengan kehadiran Ramadhan ditambah banyak fadilat2 yang terdapat dalam bulan mulia ini.


Paling kita pasti segala amalan2 kebaikan sangat digalakkan sambil kita menunaikan ibadat berpuasa.


Maka apa kata bulan Ramadhan tahun ini kita perbaiki semoga lebih baik dari tahun sebelum ini?


Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bersenang-senang, tidur seharian dan bermalas-malasan.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, bila datangnya Ramadhan, kami memastikan rumah kami mempunyai kurma dan stok2 vitamin terutama ESP, Meal Shake dan Performance drink untuk keperluan sepenjang Ramadhan.


Alhamdulillah sejak awal Julai, ramai customer yang membuat pesanan Performance drink terutamanya.


Sehingga kelmarin, kawan-kawan saya membuat order mengutamakan Performance drink malah ada yang terus meng order 3 canister terus untuk dijadikan stok sepanjang Ramadhan.


Apakah benar Performance Drink membuatkan hilang nikmat berpuasa dengan merasa segar sepanjang hari?


Hakikatnya Performance drink adalah minuman isotonik tanpa karbonat yang mempunyai formula opticarb iaitu membantu menstabilkan tekanan bendalir serta kandungan gula dalam darah sepanjang berpuasa.


Pengambilan Performance Drink sewaktu sahur bukanlah menjadikan kita cergas sepanjang hari sehingga tidak dapat menyedari nikmat berlapar dan dahaga. Hakikatnya kita masih merasa lapar dan dahaga cuma tidaklah individu itu melepek sepanjang hari atas alasan terlalu keletihan akibat berpuasa dan menyebabkan tidak produktif langsung.


Anak-anak kami dah terbiasa mengambil tripple gem atau sekurang-kurangnya ESP dan Performance Drink sebagai sarapan pagi sebelum ke sekolah dan rutin sebagai minuman basahan tekak sebelum masuk tidur.


Maka pada bulan puasa, ia tetap menjadi minuman kegemaran sewaktu bersahur , berbuka dan moreh.




Walaupun berpuasa itu membuatkan kita lapar dan dahaga , alhamdulillah pengambilan supplement membuatkan tubuh bertahan dan kita masih produktif dengan tugasan harian.

Bagi yang belum pernah mencuba, apa kata tahun ini kita cuba at least ESP dan Performance drink. Serius berbaloi.

Bagaimana pengambilan yang sesuai?
Biasanya kami mengambil 1 sudu besar ESP + 1 sudu besar Performance Drink + 1 sudu besar Meal Shake [ ketiga2 ini dikenali sebagai tripple gem],  dan dibancuh bersama 400-500 ml air masak atau air berperasa seperti oren, buah-buahan ataupun air milo atau susu.

Amalkan sewaktu pagi atau bersahur dan berbuka serta moreh, rasailah perbezaan yang ketara dalam aktiviti harian kita dan pastinya berbeza!!!

Jom baca artikel2 yang berkaitan dengan tripple gem ini.

Manfaat ESP dan Testimoni.

Manfaat Performance Drink dan Testimoni.

Manfaat Meal Shake dan Testimoni.

Walau bagaimanapun, hakikatnya supplement ini hanya makanan jasad semata-mata. Jangan pula kita lupa makanan rohani, iaitu zikrullah dan bertadarus. Semoga kehadiran bulan Ramadhan kali ini, kita berusaha meningkatkan amalan2 kerohanian semoga roh kita juga produktif berzikir kepada ALLAH yang Maha Esa.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 COD Shaklee Miri Sarawak

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari

 N @ Ibu Addinnasa

Selasa, 3 Julai 2012

ESP Shaklee : Jom baca keseronokkan mereka!

Setiap orang akan mempunyai testimoni yang berbeza. Apa yang saya kongsikan hanyalah sebagai satu perkongsian dan tidak boleh dijadikan satu panduan yang pasti. Namun untuk mendapatkan hasil yang hampir sama, pastikan pengambilan supplement lengkap dengan air yang mencukupi, jadual makan yang teratur serta bagi ibu menyusu perlu konsisten mengepam.

Mengapa mereka suka ESP*?











ESP Shaklee adalah hot seller selama 13 tahun saya amalkan. Anda ingin mencuba? Boleh pm / email/ whatsapp saya untuk mendapatkannya!

ESP dengan wajah baru!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bulan ni ada promo Vitamin C 500mg. Sila pm saya untuk dapatkan best offer!

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 27 Jun 2012

Pastikan minum cukup air di kala cuaca panas ini.

Semenjak kebelakangan ini, cuaca sangat panas. Sama ada pembakaran yang terjadi itu adalah buatan manusia atau berpunca dari cuaca yang panas terik mengundang jerebu di kala ini.
Waktu begini saya sangat gemar minum air Performance drink bersama air sejuk.
Anak-anak saya bekalkan minuman ESP dan PD sebelum mereka ke sekolah. Saya turut belikan beberapa minuman kotak kegemaran mereka agar mereka banyak minum.
Saya turut mandikan mereka 3 kali sehari agar suhu mereka tidak naik mendadak dengan cuaca yang panas sekarang ini.

Waktu begini, saya pastikan rumah saya mempunyai stok bekalan minima 2 canister untuk kami sekeluarga consume.

Apa sebenarnya Performance Drink?*

Shaklee Performance® is clinically proven to hydrate better than water. Plus, Performance has more electrolytes and provides more energy than the leading hydration drink. Our proprietary OPTI-LYTE� electrolyte blend plus our unique mix of carbohydrates delivers instant and sustained energy and supports optimal hydration.

Clinically Proven

Minimizes fluid loss for enhanced hydration
Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output and to increase stamina
Increases endurance for better athletic performance
No artificial flavors, sweeteners or added preservatives.

Clinically Proven
We call it Performance for good reason. Clinical tests with high-level athletes.

Shaklee Performance® Sustains Energy!
More energy! More endurance! The longer and tougher your workout, the better Performance gets.


Alhamdulillah , dengan izin ALLAH jua ia membantu dari rasa kekeringan dan ia juga saya bekalkan bila anak demam atau kurang sihat. Hanya simpan dalam peti ais selepas membukanya !


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 26 Jun 2012

Berpuasa, Kurma dan Performance Drink

Berpuasa, Kurma dan Supplement
**********************************
[ Jemput klik SHARE jika ia beri manfaat]

Hanya tinggal 3 minggu lagi kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Ramai yang dah buat persediaan dari segi mental dan fizikal dengan mula berpuasa di bulan Syaaban. Tidak kurang segelintir yang kerisauan tentang pengeluaran hasil susu terutama golongan ibu yang menyusu.
Di kala ini, saya sendiri menyiapkan persiapan dengan bekalan Performance Drink yang mencukupi untuk seisi keluarga selain kurma Nabi iaitu Kurma Ajwa.
Alhamdulillah bagi yang alert, mereka dah menyiapkan persiapan dengan membuat pesanan beberapa supplement sepanjang berpuasa. Antara supplement yang sesuai diamalkan ketika berpuasa ialah Vitalea kerana ia kaya dengan semua jenis vitamin termasuk zat besi, vitamin B yang lengkap dengan 8 kumpulan B, Vitamin C sustained release , Ostematrix dan ESP bersama Performance Drink.

Menghidupkan sunnah :
===============

BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati. Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: “Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."
Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: “Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”
Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: “Makan sahurlah pada akhir malam.”
Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:
Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah.


Jika dah amalkan kurma perlukah makan vitamin ?
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tak salah pun jika nak tambah vitamin selain pengambilan kurma demi membantu kita bertahan sepanjang berpuasa.

Seperti analogi kawan saya, ALLAH dah jadikan setiap wanita itu cantik tapi mengapa masih ramai yang nak bermekap? Jawapannya sebab ingin lebih kelihatan cantik. Bibir kita dah sedia warna merah tapi nak cantik kita masih gunakan lipstick.


Ada yang bersoal : Puasa itu adalah menahan diri dari lapar dan dahaga, jika pengambilan supplement itu benar boleh menghilangkan dahaga dan lapar apakah kesan kepada nikmat sebenar berpuasa?

Supplement itu bukanlah untuk menghilangkan rasa dahaga dan lapar sepanjang hari sehingga tidak merasai langsung lapar dan dahaga, memadai saya katakan ia hanya membantu diri kita BERTAHAN dan mampu aktif sepanjang berpuasa. Tidaklah elok apabila orang melihat, dia lembik dan tidak produktif sebab berpuasa.

Namun tiada paksaan untuk menjadikan supplement itu makanan tambahan bersahur dan berbuka. Terpulang pada individu itu sendiri. Hanya kita yang mengenali diri kita. Terutama ibu yang bekerjaya….bila pulang di rumah kita juga yang sibuk uruskan keluarga dan rumahtangga, maka tepuk dada tanya selera.

Serba sedikit perkongsian tentang manfaat Performance Drink*

++++++++++++++++++++++++++++++++++


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.


2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.


3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.


3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.


5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Jumaat, 22 Jun 2012

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susuibu.

Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini sudah menjelang Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.

Apa yang boleh saya sarankan ialah...memandangkan kita mempunyai lebih kurang sebulan lagi untuk menemui bulan Ramadhan, ibu2 yang menyusu boleh melatih berpuasa mulai sekarang sama ada niat ganti atau niat puasa sunat. Contoh yang mudah difahami...cuba berpuasa Isnin , Khamis dan Jumaat terlebih dahulu. Ini untuk melatih tubuh kita bersedia dengan lebih baik khususnya bulan Ramadhan. Latihan ini membantu agar badan kita mudah 'tune' dengan keperluan penghasilan susuibu walau dalam keadaan berpuasa sebenar nanti. Waktu yang sama kita boleh berusaha memantapkan minda dan kekuatan rohani menjelang Ramadhan.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?



Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?




Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu 


Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.”
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.
Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.

Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.




p/s : Nantikan next entry, Amalkan supplement yang perlu sahaja ketika berpuasa.



Saya adalah pengedar sah Shaklee. Telah menjadi ahli sejak tahun 2000. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia, Singapore, Brunei, China dan Indonesia.
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya



Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689



 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 8 Ogos 2011

Berpuasa dengan lebih yakin tanpa menjejaskan susu!

 Saya memang obses dengan penyusuan susuibu maka apa sahaja yang berkaitan dengan penyusuan susuibu buat saya cukup gembira!
Beliau merupakan customer saya yang baru 3 bulan mengenali Shaklee.

Kini beliau amalkan supplement untuk penyusuan dan meneruskan puasa. Apa kata beliau?


 Jika anda mahu menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan ingin saya kongsikan bagaimana beliau kini lebih gembira dengan perjalanan penyusuannya, emailkan kepada saya di addinnasa[@]gmail.com!

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.



Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 6 Ogos 2011

11 tips penyusuan sepanjang berpuasa dan apakah supplement yang membantu?

 Tips ni saya ambil dari salah seorang kawan rapat yang turut menyusukan anaknya dan terus berjuang pada Ramadhan ini.

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
 
11. Pengambilan suplemen  
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...
ESP! 

Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "

Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’.Jom kita jengah satu lagi testimoni SET B bersama ESP oleh Puan Nur Ilham. (credit to Iffa Anuar) jom lihat..

Jadi dari sebelum ni, susu dpt pump 1 oz.. susu dari meleleh, dah memancut keluar dan jumlahnya ada peningkatan 2 oz... Alhamdulillah. 
Jadi, seperti yang selalu saya tekankan pada kawan2 saya, pengambilan suplemen memang sangat berbeza daripada pengambilan ubat-ubatan. Suplemen tidak bersifat dedicated tetapi ia memberi benefits secara menyeluruh. Pengambilan suplemen membantu memperbaiki taraf kesihatan kita, walaupun kesan yang didapati adakalanya agak lambat (kerana ia bergantung pada keadaan tubuh anda), namun ia bersifat memulihara.

 credit to Alin.

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 4 Ogos 2011

Bulan puasa susu mencurah-curah!

Sekadar perkongsian ringkas dan mudah2an memberi manfaat kepada semua ibu yang berpuasa.




Perasan tak apa yang beliau lakukan untuk membanyakkan susunya?



" Saya telah tambahkan sesi mengepam"







Apa yang beliau perolehi hasil kesungguhan beliau?

" Di bulan puasa ini saya amalkan ESP + PD + set B. Ya ALLAH! mencurah-curah susu. Menangis saya kerana kesabaran saya membuahkan hasil akhirnya. Alhamdulillah..."


Nak berjaya dalam penyusuan tidak semudah ABC...perlu kesungguhan, kesabaran dan sifat istiqamah. Maka ibu-ibu yang sedang berusaha , amiklah iktibar dan semangat puan ini. Mudah-mudahan usaha diberkati dan hasil diperolehi seperti yang dihajati. Amin.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Susu merundum ketika berpuasa?

Bulan puasa itu biasanya disambut dengan penuh rasa seronok kerana kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri. Namun tidak kurang yang berasa gundah gulana sepanjang bulan Ramadhan iaitu ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. Golongan ini khuatir sekiranya kesihatan ibu dan anak terganggu dan bagi yang menyusu pula, penghasilan menunjukkan tanda semakin terjejas.

Benarkah puasa itu akan menyebabkan penghasilan susu terjejas?
Hakikatnya TIDAk jika si ibu mengambil langkah yang berjaga-jaga pada peringkat awal lagi.

Ibu menerima banyak email dan mesej dari customer sehingga kenalan2 baru yang bertanyakan mengapa penghasilan dan pengeluaran susu mereka terganggu pada bulan puasa.

Antara mesej tersebut berbunyi :

"Saya pump konsisten setiap hari sama seperti sebelum bulan puasa namun mengapa susu saya masih down? Kini makin hari makin merosot, sedih la...."

Memang benar perkara ini boleh terjadi apabila si ibu tidak monitor pengambilan air sepanjang selepas iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya. Ramai antara kita mudah leka, terutama selepas kenyang dengan makanan dan sedikit minuman, golongan ini hanya akan minum beberapa gelas sebelum tidur dan mungkin segelas waktu bersahur.

Jika kita adalah golongan yang alert, tentu kita sedari bahawa antara waktu iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya, kita mempunyai hampir sebelas jam. Jika kita menyediakan langkah awal iaitu minum air dengan secukupnya, insyaAllah susu tidak akan terjejas sebenarnya terutama apabila si ibu itu memastikan sesi perahan yang konsisten.

Memang tidak dinafikan adakala kita leka sebab dah terbiasa sepanjang hari tidak minum maka adakala terbawa-bawa sehingga malam. Namun jika si ibu itu seorang yang really concern dengan penyusuan anaknya, insyaAllah si ibu akan memastikan minum air secukupnya sepanjang malam.

Banyakkan 3 liter itu sebenarnya? Secara jujur tidak banyak jika kita minum sedikit tetapi istiqamah iaitu berterusan. Bagaimana nak menjayakannya?

Cara yang paling mudah ialah...

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.

2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.

3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.

4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak. 


InsyaAllah untuk minum 3l air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

Sesungguhnya bila kita mempunyai indicator atau dengan nama lainnya penyukat...kita akan dapat tahu dengan mudah adakah keperluan air oleh badan dipenuhi atau tidak. Namun apa yang terjadi hari ini, ramai ibu2 yang menyusu anak merungut apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda berkurang, tetapi hakikatnya mereka ini tidak mengamalkan konsep istiqamah dalam kehidupan seharian mereka.

Sekalilagi ibu nyatakan kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya. Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil.

2. Minum air sebanyak 3 liter. Minum sedikit tetapi istiqamah, insyaAllah 3 liter itu sedikit sebenarnya.
Ibu dan anak2 (terutama abah ke offshore) kami cuba minum 19 liter untuk 4 hari. Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita.


3. DOA yang berterusan. Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Wallah hu alam



Semoga panduan bagaimana untuk memastikan puasa tidak menggangu penghasilan susu memberi manfaat kepada ibu2 yang sedang menyusukan anaknya.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Banyakkan ambil 3 ini di kala cuaca panas.

 Semalam berbual dengan abah di talian, sempat abah mengingatkan ibu 3 perkara ini....
Memandangkan cuaca panas sekarang ini, jangan lupa sediakan di rumah setiap masa:

1. Buah-buahan dan makan banyak serat untuk makanan selepas berbuka ( selepas moreh)
2. Minuman Isotonik Drink ( Kami prefer Performance Drink Shaklee sebab tiada karbonat so tak menghasilkan perut yang berangin berbanding amik isotonik berkarbonat)
3. Vitamin C


Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia adalah vitamin serap air maka ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan mudah rosak. Ditambah badan akan mula kekeringan disebabkan cuaca yang panas tadi. Ini boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
  • Mudah selsema
  • Mudah tertekan ( stress)
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Mudah bersin
  • Luka yang lambat baik
  • Wajah nampak tua berbanding umur ( Vitamin C membantu pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulcer
  • Mudah demam
  • penyakit Skurvi
dan banyak lagi. Tetapi untuk mengetahui dengan sangat cepat sama ada kita cukup vitamin c atau tidak...
1. Gusi mudah berdarah setiap kali digosok
atau
2. cuba goreskan kulit tangan dengan menggunakan kuku sendiri. Jika ia menghasilkan satu garisan warna putih yang jelas lagi nyata, maka itu tandanya anda kekurangan Vitamin C yang ketara.


Jika anda ingin mengetahui promo bulan ini, jangan segan untuk hantarkan email kepada addinnasa[@] gmail.com agar anda tidak melepas peluang keemasan dan lebih penjimatan yang saya tawarkan.








Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms/whatsapp  kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

 Salam Ramadhan.

Bersyukur kita kerana dipanjangkan usia untuk menemui Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Mudah2an berkat bulan Ramadhan, kita mengambil peluang memperbaiki amalan, kesihatan dan taraf hidup kita agar lebih baik dari sebelum ini.

Walaupun ini mungkin kali pertama kami berpuasa tanpa abah AddinNasa namun alhamdulillah jam 3.45 pagi tadi mata ini seolah-seolah tahu masa untuk bangun sebelum jam loceng berbunyi. Kami bersahur dua beranak sahaja dan pastinya Performance drink adalah antara minuman yang ibu hidangkan agar badan tidak mengalami hidrasi jika cuaca panas nanti.

Selepas bersahur, ibu teruskan kerja ibu iaitu pack pesanan yang perlu dihantar hari ini. Bagi yang telah membuat pesanan, jika tiada aral yang melintang, insyaALLAH esok lusa akan terima vitamin yang dipesan.

Mudah-mudahan ALLAH memberi kebaikan dan rahmat kepada sesiapa sahaja yang berusaha ke arah kebaikan, menjaga kesihatan yang baik dan beramal soleh dan semoga kita tergolong dalam golongan yang baik. Amin.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Khamis, 28 Julai 2011

11tahun ....

Energizing Soy Protein – Vanilla
 
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.
Tahukah Anda?
Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Perbezaan Shaklee
Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 27 Julai 2011

Puashati dengan hasilnya!

 Beliau adalah salah seorang yang mengaku kebaikan ESP...walaupun baru mengambilnya dalam 2 hari...tapi beliau sangat-sangat berpuashati.

Beliau baru mengenal Shaklee..tak sampai sebulan. Tetapi kerana semangat nak menjaga kesihatan, beliau mencari vitamin bagi memastikan beliau sihat, bagi terus menjayakan perjalanan penyusuan anak beliau Qaid Hafiy. Setelah mencuba ESP dan TIPS yang betul untuk banyakkan susu....beliau sendiri teruja dengan hasilnya!!!
Benarkah ESP membanyakkan susu? ESP hanya membantu mempercepatkan penghasilan susuibu DENGAN SYARAT si ibu kerap kosongkan payudara melalui sesi perahan atau penyusuan langsung ( direct feeding). Selain itu, antara yang membantu dalam meningkatkan penghasilan susuibu ialah dengan menjaga pemakanan agar seimbang, kurang makan junk food, pengambilan air yang selari dengan keperluan badan , emosi yang stabil dan fikiran yang tenang.

Selama 11 tahun saya mengambil ESP , saya sangat berpuashati. Malah saya akan pastikan ia antara supplement yang sentiasa ada kerana ia menjadi minuman kegemaran anak2 saya terutama apabila dicampurkan bersama oren sunquick atau Performance Drink ( minuman isotonik tanpa karbonat bagi mencegah hidrasi) ...alhamdulillah sangat berpuashati.Addin ke sekolah dengan hanya bersarapkan air ESP dibancuh bersama Performance Drink (PD) dan ini juga minuman anak saya sebelum tidur.

Protien sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Protien diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan.
Kita boleh amalkan makan ikan, telur dan daging untuk dapatkan protien namun kita tak dapat lari dari kolestrol terutama masakan yang melibatkan minyak masak biasa. Kecuali kita memasak menggunakan minyak zaitun atau biji bunga matahari dan kos minyak ini setanding dengan khasiatnya. 

Ramai juga yang mengambil inisiatif dengan memasak kacang soya untuk dibuat air....namun protien tidak boleh pada suhu melebihi suhu badan manusia maka jika suhu yang tinggi boleh merosakkan banyak amino asid yang ada dalam kacang soya itu sendiri. Shaklee menggunakan standard piawai yang tinggi dalam pemprosesan kacang soya untuk menjadi ESP demi menjaga kepentingan semua zat dan asid amino yang terkandung dalam kacang soya tadi. 

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
Ini antara sebab mengapa SHAKLEE ESP unik.



Ingin tahu promo terkini ESP Shaklee bersama TIPS RAHSIA? Sms/ Whatsapp saya di 012-8535689 atau emailkan kepada nnorita78[@]yahoo.com. Tawaran menarik sehingga 31 Julai 2011 sahaja.






Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms/whatsapp  saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 26 Julai 2011

ESP dan PD ?

 Memandangkan Ramadhan akan tiba, ramai dah mula mencari makanan tambahan persediaan untuk menyambut Ramadhan. Dalam Shaklee, produk yang diminati ramai ialah PD dan ESP. Ianya bukanlah mengenyangkan sehingga kita tidak rasa lapar sepanjang berpuasa....cuma ia membantu kita sustained serta tidak terlalu keletihan yang menyebabkan kita tidak produktif jika berlarutan.

Hubungi saya untuk dapatkannya hari ini. Harga yang sangat menarik !





Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma.


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Ahad, 3 Julai 2011

Berpuasa dengan lebih bertenaga dan penuh keyakinan!

 Bagi  yang bakal bergelar ibu serta baru sahaja mendapat gelaran ibu, pasti tidak sabar menyambut Ramadhan. Begitu juga bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak mereka. Menunaikan ibadah puasa sambil menyusukan anak pastinya perlu mempunyai semangat, keyakinan dan kekuatan fizikal dan mental.

Namun, di dalam Islam, ALLAH memberi kelonggaran bagi ibu-ibu yang hamil serta menyusukan anak, sekiranya mendapati ibadah puasa itu memberi kemudaratan kepada kesihatan ibu yang hamil ataupun memberi mudarat kepada si anak yang menyusu, adalah wajib bagi si ibu untuk qada' puasanya dan membayar fidyah.

Walaubagaimanapun, sebagai ibu yang mahu menyusukan anak dengan susuibu, perlu yakin bahawa susuibu itu adalah anugerah rezeki dari ALLAH. Maka dengan pertolongan ALLAH jua susuibu akan tetap ada walaupun si ibu itu berpuasa.  Keyakinan perlu seiring dengan usaha.  Si ibu perlulah pastikan tubuh badannya sihat dan kekal bertenaga. Elakkan tekanan perasaan, terlalu penat dan penjagaan makanan dengan baik sangat membantu bagi ibu menyusu untuk menjayakan ibadah puasa.

Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. 

Pengalaman saya sendiri yang telah menyusukan anak-anak saya, saya amalkan pengambilan protien yang khusus iaitu Energizing Soy Protien selain vitamin tertentu semasa bersahur dan berbuka. Selain itu saya sangat suka amalkan pengambilan minuman isotonik tanpa gas seperti performance Drink demi memastikan badan saya tak dehydrate disebabkan berpuasa sambil terus menyusukan anak. Memang satu kepuasan bagi saya !

Bagi menjayakan penyusuan, Kaliti kesihatan ibu sangat dititik beratkan. Kesihatan ibu ditahap yang optimum sangat membantu bagi si ibu menjayakan perjalanan penyusuannya. Bagi yang tak pernah lagi mencuba ESP , boleh cuba sekarang kerana harga sangat sangat menarik boleh di dapati dari saya! Emailkan kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com untuk mengetahui harga Euphoria Breastfeeding Set with ESP. Penjimatan yang sangat banyak! Jom berpuasa dengan penuh keyakinan dan kesihatan yang baik!!!!







Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Selasa, 14 Jun 2011

Performance Drink minuman isotonik tanpa karbonat.

Seronoknya berpuasa dengan Performance drink. Seorang majistreet mengakui kebenaran kata-kata ibu ini. Beliau sendiri dapat merasakan yang tekak tidak rasa kering dan dahaga sepanjang seharian berpuasa. Seronok tau...sesiapa yang belum mencuba , bolehlah mencuba dengan harga hanya RM76 untuk semenanjung manakala RM90 untuk sabah Sarawak.


Ada antara ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak mudah rasa sakit kepala, pening2 semasa berpuasa. Antara sebab biasa yang berkaitan adalah, badan kurang air, kekurangan gula dalam darah, tidak cukup rehat atau tido, stress dan banyak lagi. Dalam kes ini, ibu akan suggest mereka ini mencuba mengambil performance drink during sahur dan berbuka, demi memastikan kandungan gula dalam darah seimbang dan cecair dalam badan sentiasa mencukupi.


Ia berperasa oren ...ala2 oren tang. Sedap. Boleh dibancuh dengan ESP untuk dapatkan rasa lebih sedap. Cara bancuhannya tambahkan 1-2 sudu besar ke dalam 250ml air. Namun PD perlu disimpan ke dalam peti air demi memastikan ianya berada pada suhu sejuk.


Ibu memang sentiasa memastikan ianya berada dalam peti ais dalam rumah. Ibu akan menyimpan stoknya sekali. Bukan apa, ia sangat bagus diminum pada hari panas terik dan tika demam agar badan tidak kekeringan akibat demam panas.




Fakta menarik mengenai Performance Drink (PD):
credit to MommyLina


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.


2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.


3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.


3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.


4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.


5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.
Anda boleh menghubungi saya untuk konsultansi percuma!


 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Sabtu, 7 Ogos 2010

PAKEJ KESIHATAN DIBULAN RAMADHAN

Panduan ini disediakan oleh untuk mereka yang mahukan kesihatan yang optimum semasa bulan puasa.


Pemakanan ini dapat menbantu anda menghadapi bulan puasa dengan penuh bertenaga dan dapat beribadap dengan lebih baik dan sempurna.

Makanan serta minuman yang kita amalkan kini memang mengenyngkan TETAPI meletihkan kita dan membuat kita seperti ‘ular’. Lepas berbuka badan menjadi letih serta malas. Ini yang kita lalui setiap bulan ramadhan. Mari kita bersama-sama cuba jadikan ramadhan kali ini lebih berkualiti dari sabelumnya.

Perolehi faedah kesihatan sepenuhnya bagi menghadapi bulan yang mulia ini.


WAKTU PEMAKANAN KESIHATAN

Bersahur
1. Meal Shake//Protein – membekalkan Tenaga kepada tubuh. Disamping itu ia memberi kekenyangan
2. Performance Drink– mengekalkan air dalam badan dan membantu mencegah pendehidratan(prevent dehydration)
3. Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
4. Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit
5. B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan.


Berbuka
1. Performance Drink – mengantikan air yang telah hilang,memberi tenaga karbohidrat yang badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah pendehiratan(dehydration)
2. Fiber Plan Daily Mix – membuat anda rasa kenyang. Tak perlu padatkan perut anda. Jika ini berlaku anda akan menjadi seperti ular. Akan terjejas ibadat-ibadat lain yang penting.
3. Energizing Protein – membaeri anda tenaga yang anda perlukan sambil merasa kenyang.
4. Vita-Lea – memberikan anda vitamin lengkap yang badan perlu.
5. B-Complex – berfungsi seperti “spark-plug” membakar makanan kepada tenaga.
6. Vitamin C – melindungi anda daripada serangan penyakit.
7. Lecithin – membantu pecah lemak dan  proses penyerapan vitamin.

Selepas Terawih
1. Performance Drink – seperti peneranganyadi atas.
2. GLA – membantu system hormone badan berfungsi dengan
baik.
3. Lecithin – pemecah lemak.



Salam sayang dari ibu

Selasa, 15 September 2009

Adakah hanya untuk Ramadhan??

Ada yang bertanya kepada ibu, adakah alfalfa dan performance ini hanya untuk bulan puasa sahaja? Bagaimana apabila sudah habis ramadhan? Boleh diteruskan?

Jawapannya ialah alfalfa dan performance ini boleh diambil walau pada bulan bukan ramadhan. Ini kerana alfalfa adalah



1. Alfalfa merupakan RAJA SEGALA TUMBUHAN. Ia mempunyai sistem akar yang panjang – 20 hingga 30 kaki

2. Merupakan ramuan :
• Medical benefits of herb – dikenali sejak berzaman lagi

3. Makanan paling lengkap membekalkan :
• 15 mineral
• 10 vitamin
• 8 enzim
• Fiber (saponin)

4. Sumber yang terkaya dengan klorofil

5. Merupakan sumber mikronutrion yang paling kaya – membuatkan system badan berjalan lancar

RAHSIA ALFALFA


1. Ibu yang menyusu anak – merangsang pengeluaran susu

2. Terkenal untuk merawat 3A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

3. Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Colon disorder (penyakit usus)
• Kencing manis
• Ulcer
• Melawaskan usus
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera
• Buah pinggang

4. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghazaman
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa
• Pencernaan

5. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastric
• Eczema (penyakit kulit)
• Anemia
• Sembelit
• Kurang bau badan,nafas, dan foot odor

6. Promotes pituitary gland function

7. Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver


Namun apa yang ibu tahu alfalfa tidak boleh diambil oleh golongan yang mengidap penyakit SLE iaitu systemic lupus erythematosus, di mana apa yang ibu tahu tentang penyakit ini adalah mengenai antibodi berlebihan dan boleh mengancam kesihatan.

Bagaimana dengan Performance Drink?


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

3. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

4. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong mencegah dehydration tu.


(Ibu memang sentiasa pastikan rumah mempunyai stok simpanan Performance di dalam peti sejuk untuk waktu2 kecemasan dan ianya sangat membantu)