Memaparkan catatan dengan label Antioksidan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Antioksidan. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2011

Sabun mandi merawat penyakit kulit

 Adakah anda seorang yang berkulit sensitif? Jika ya, anda perlulah pastikan pengambilan buah-buahan dalam menu hidangan anda setiap hari demi memastikan anda mendapat cukup vitamin C. Alternatif lain ialah dengan pengambilan supplement vitamin C yang lebih mudah demi memastikan kulit sentiasa mempunyai cukup vitamin C dan tidak mudah luka akibat sabun atau pencuci yang dipakai.

Addin mempunyai masalah Atopic Eczema. Maka sebelum ini ibu puas mencari rawatan alternatif untuk memulihkan keadaan kulitnya. Pelbagai jenis sabun , lotion dan krim sapu namun ianya bersifat sementara. Namun alhamdulillah setelah menukar cara kehidupan seharian, ada kemajuan dan peningkatan.


Selain membekalkan Addin dengan supplement seperti ESP, Vitamin C , PD, GLA dan Vitamin E saya memastikan saya menyediakan beberapa jenis sabun mandi di dalam bilik mandi. Saya memastikan agar Addin menggunakan sabun mandi yang berbeza setiap kali dia ke bilik mandi. Jika pagi sebelum ke sekolah dia menggunakan sabun X, maka pulang dari sekolah saya akan remind agar Addin mandi dengan sabun Y dan begitu juga malam Addin akan mandi dengan sabun Z.

Mengapa saya perlu buat demikian? Kerana saya mendapati hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri...apabila kita sendiri memakai satu-satu jenis sabun secara berpanjangan...lama-kelamaan kulit kita mudah menjadi kering. Apabila kulit kering ini terhasil, kita mudah akan menggaru dan akibatnya menjadikan kulit tadi luka dan buruk. Maka apabila kita bertukar-tukar sabun mandi kulit kita tak mudah kering kerana setiap sabun hakikatnya mempunyai kandungan yang berbeza.

Selepas mandi, saya akan pastikan kulitnya benar-benar kering dilap dengan tuala. Setelah itu saya pastikan Addin menyapu lotion bayi di sekitar kawasan kulitnya yang mudah kering.

Namun pada saya penawar terbaik untuk penyakit anak-anak ialah dengan membacakan surah-surah Al Quran kerana sesungguhnya hanya ALLAH sebaik-sebaik Penyembuh. Hatta penyakit yang ringan seperti demam, selsema dan batuk....hakikatnya penawarnya adalah ayat-ayat Al Quran.

Alhamdulillah, seperti kata doc Haizam, penyakit ini akan pulih dengan sendirinya kerana badan akan sentiasa generate cells yang baru terutama apabila kita menjaga pemakanan dan memastikan mendapat khasiat yang cukup. InsyaALLAH.
Wallah hu alam.


Sekiranya anda mempunyai anak yang mempunyai masalah eczema , boleh emailkan kepada saya dan saya kongsikan lebih terperinci bagaimana cara hidup membantu kesihatan anak yang lebih baik. InsyaALLAH.


Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Rabu, 31 Mac 2010

Lebih besar dari anggur biasa?








Memang tidak ibu nafikan harga sebotol harga Vivix Shaklee sedikit mahal berbanding produk supplementnya yang lain. Tetapi setelah ibu membaca kebaikan resveratrol kepada tubuh jadi pada ibu ianya sangat berbaloi untuk mengurangkan kesakitan bagi pesakit yang menderita penyakit yang kronik. Macam yang dilalui oleh ibu kepada teman ibu auntie Niza yang mana sebelum ini mempunyai masalah sembelit yang teruk....alhamdulilah selepas mengambil Vivix dengan izin Allah jua masalahnya telah selesai. Begitu juga dengan makcik ibu Cik Liza, kini dah tiada berwajah pucat, lebih bertenaga, berselera makan dan batuknya akibat nanah dalam paru2 dulu kian beransur baik. Terima kasih ya Allah Engkau mengizinkan aku memberinya supplement yang betul sewaktu beliau memerlukan.

 Ada yang bertanya kepada ibu, apakah kandungan sebenar dalam sebotol Vivix?

Ada 4 jenis buah termasuk tumbuhan; iaitu Anggur Muskat. Anggur Muskat dan bijinya merupakan salah satu daripada sumber2 terbaik yang bersifat antioksidan dan mempunyai anti-radang. Ia juga turut dikenali sebagai Anggur No 1 di Amerika. Ianya jauh lebih besar daripada buah anggur itu subur di kawasan Tenggara AS yang beriklim panas. Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter (sm) iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini, terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom).Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah.. Buah ini dikatakan mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi.
Resveratrol pada hakikatnya juga telah lama menjadi fokus penyelidikan golongan saintis di serata dunia. Dalam tempoh hampir dua dekad, lebih 2,000 eksperimen berbeza telah mencungkil rahsia dan impak ke atas kesihatan.
Resveratrol biasanya diekstrak daripada biji dan kulit anggur muskat (muscadine).

Selain anggur Muskat, 3 lagi yang terkandung dalam botol vivix ialah:
 Elderberry, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum. Seperti dalam gambar di bawah.
.
Sumber dari Kosmo!Online.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan jika anda ingin mencuba mendapatkan Vivix dengan harga ahli, boleh menghubungi ibu di talian 012-8535689 atau email di addinnasa@gmail.com.             Free delivery khas untuk Vivix sahaja.


Salam sayang dari ibu