Memaparkan catatan dengan label Set Penyusuan Susuibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set Penyusuan Susuibu. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2018

Set Penyusuan Shaklee tak menghampakan

Saya menyusu anak dalam keadaan tidak bekerja dan mungkin nampak mudah. Tapi saya kagum dengan ramai ibu diluar sana yang bekerja tapi sanggup mengepam untuk menyediakan susuibu buat si manja tersayang. Ia adalah satu pengorbanan yang besar. Mengapa? Sebab dikala orang lain fokus dengan kerja yang diberi, ada ibu-ibu yang perlu pandai curi masa untuk mengepam menyediakan stok susuibu buat si kecil.

Ya selain perlu memastikan kesihatan fizikal, emosi juga perlu dijaga. Ibu yang dalam keadaan penat apatah lagi jika dalam keadaan stress, hasil perahan pasti tidak memberansangkan. Berbanding dengan ibu yang cergas, bertenaga dan emosi yang ceria hasil perahan mereka insyaAllah melimpah ruah ditambah dengan jadual pam yang konsisten setiap 2-3 jam.

Saya galakkan ibu yang menyusukan anak mengambil beberapa supplement asas yang membantu menyokong kesihatan ibu dan anak.

Shaklee breastfeeding set
Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee yang terkenal mengandungi beberapa vitamin, antaranya ialah

ESP Shaklee
ESP Shaklee atau nama panjangnya ialah Energy Soy Protein adalah protein yang mengandungi 9 amino asid yang diperlukan oleh badan tapi tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Maka kerana itu 9 amino asid ini boleh didapati dari pengambilan supplement. Kenapa kena ada protein? Protein adalah bahan asas kepada sel. Kulit kita, rambut kita, kuku kita serta segala organ diperbuat dari protein. Maka protein penting untuk pembesaran bayi. Kandungan utama susuibu juga adalah protien. Protein juga penting untuk proses baikpulih sel manusia selain penghasilan sel baru yang sihat.

Vita-Lea Shaklee
Merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi serta semua vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh. Ibu-ibu yang menyusukan anak sangat perlu pengambilan multivitamin dengan zat besi supaya si ibu tidak mempunyai masalah kurang darah dan ia juga penting untuk pembesaran bayi melalui susuibu tadi. Biasa ibu yang menyusukan bayi jika kekurangan darah akan menyebabkan si ibu mudah pitam atau rasa nak pengsan. Maka sebab itu multivitamin sangat penting.


Vitamin B Complex
Ramai orang mulai sedar betapa pentingnya mempunyai emosi yang bebas dari tekanan kerana emosi tertekan boleh mengganggu penghasilan susuibu disebabkan hormon yang tidak stabil. Pengambilan B complex membantu ibu menjadi lebih bertenaga dan emosi yang lebih stabil. Ditambah lagi B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B secara lengkap.
Oh ya, berita baiknya pengambilan B complex juga membantu ibu menyusu mendapat berat yang ideal atau kata lain boleh kurus😱


Sustained Release Vitamin C Shaklee

Mesti ada yang belum tahu, specialnya Vitamin C Shaklee ni adalah sustained Release- prinsip pelepasan masa. Setiap 100mg akan dilepaskan setiap 1 jam. Uniknya 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan kandungan Vitamin C dalam 7 setengah biji buah oren!
Baguskah untuk ibu menyusu? Ya ia membantu meningkatkan sistem imun ibu dan secara langsung disalurkan kepada bayi melalui susuibu maka anak juga akan sihat. Biasanya jika demam sekalipun ia takkan berlarutan.

Ostematrix Shaklee
Kalsium Shaklee dikenali dengan nama Ostematrix. Tahu dak, 4 biji Ostematrix bersamaan dengan 8 gelas susu. Jadi ibu yang ada masalah nak minum susu boleh amalkan Ostematrix Shaklee.
Pentingkah pengambilan kalsium pada ibu menyusu? Mestilah kerana kandungan kalsium juga adalah antara nutrien yang ada dalam susuibu. Ia penting untuk penghasilan tulang dan saraf bayi untuk membesar. Jika ibu menyusu tak amalkan pengambilan kalsium dalam diet harian, si ibu akan mudah letih, ada masalah sakit tulang belakang atau masalah gigi kerana kalsium ditarik dari situ.

Alfalfa Shaklee
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan. Ia sangat kaya dengan nutrien dan kalsium! Ya ia juga dikenali sebagai milk booster - penggalak susu! Ini sangat berkesan pada ibu macam saya yang mana anak kerap menyusu. Maka pengambilan alfalfa sangat membantu tau! Ops tapi pesakit SLE tal digalakkan ambil. Begitu juga dengan pesakit Psoriasis kerana penyakit auto imune tak sesuai amalkan alfalfa. Serius sampai sekarang saya masih amalkan Alfalfa sebab khasiatnya sangat bagus untuk wanita ❤️.


Last but not least ;

Omega Guard Shaklee
Semua orang tahu minyak ikan bagus untuk otak. Ya apabila si ibu amalkan mengambil Omega; minyak ikan ini akan disalurkan kepada bayi melalui susuibu.
Kenapa ibu perlu minyak ikan? Ibu yang melahirkan akan mempunyai masalah daya ingatan yang berkurang. Bayangkan jika si ibu itu melahirkan ramai anak, tetapi tidak mengamalkan pengambilan minyak ikan, maka si ibu mempunyai risiko nyanyuk lebih cepat berbanding dengan ibu yang amalkan minyak ikan.
Selain itu ia juga membantu membakar lemak pada si ibu. Wah kan best badan makin langsing 😱


Wah banyak nak kena makan ya?

Ya macam banyak tapi sebenarnya kita ibu yang menyusu dan amalkan supplement hakikatnya adalah sebagai satu usaha untuk enrich the breastmilk. Kenapa ramai orang cari susu formula yang mahal? Sebab nak kan semua nutrien yang bagus untuk pembesaran bayi dan menghasilkan otak yang cerdas. Hakikatnya susu formula tak dapat menandingi kehebatan susuibu ciptaan Allah 💪. Setuju?


Penyusuan susuibu sebenarnya tak la jimat sangat jika kita benar-benar nak hasilkan susu yang enrich dengan vitamin dan nutrien.

Anda mahu mencari vitamin untuk penyusuan atau ada sebarang pertanyaan?

Boleh terus mesej di sini.


Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Norita Idris.

Ahad, 22 April 2018

Menyusu sampai 3 tahun setengah

Mengandung ada cabarannya tersendiri tapi menyusukan anak lebih mencabar. Ya menyusukan anak adalah saat yang tak akan dilupakan dimana ia adalah masa yang mengeratkan kasih ibu dan anak.

Memang adakala menguji kesabaran bila si manja mula pandai menggigit atau bila dah tumbuh gigi.

Emosi ibu sangat penting dalam menentukan penghasilan susuibu. Jika ibu happy, susuibu akan lebih mudah dihasilkan. Apabila si ibu dalam keadaan emosi terganggu maka penghasilan susuibu juga turut terganggu. Sangat unik sekali.

Saya masuk maktab bila Addin berumur 2 tahun. Masa tu Addin masih menyusu badan. Maklumlah sebelum masuk maktab saya hanya mengajar tuition dirumah. Saya dapat buat ulang alik sepanjang pengajian diploma perguruan di Maktab Perguruan Miri Sarawak kerana alasan menyusu anak.

Paling mencabar bila ada perkhemahan yang mana terpaksa bermalam di hutan. Masa tu abah Addin akan datang ke tempat perkhemahan untuk beri peluang saya menyusukan Addin. Bayangkan betapa supportive nya abah Addin untuk penyusuan susuibu.

Syukur saya amalkan vitamin Shaklee sepanjang bujang, masa mengandung malah masa menyusukan Addin. Bezanya adalah saya kekal bertenaga walaupun adakala aktiviti yang diadakan sangat menguji ketahanan mental.

Saya juga dapat menyusukan Addin sampai umurnya 3 tahun setengah!!!
Paling tak boleh lupa adalah menyusukan dia dalam kapal terbang!

Kenapa nak menyusu sampai 3 tahun lebih? Sebab susu badan banyak! Bila plan nak mengandung yang kedua, saya yang paksa Addin stop. Letak la kopi atau benda pahit supaya dia taknak. Pun cabaran menyusu bila nak hentikan penyusuan .... hehehe.

Alhamdulillah si adik walau dapat menyusu 2 tahun setengah tapi masih satu rezeki kerana dapat nikmat menyusukan anak-anak.

Nanti saya share vitamin yang benar-benar membantu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Penyusuan susuibu

Khamis, 12 April 2018

Bahaya kehamilan tanpa asid folik

Semalam saya ada share tentang Vitamin Ibu Hamil. So kita teruskan dengan bahaya kehamilan tanpa asid folik yang biasa terdapat dalam multivitamin atau vitamin B Complex.

Perhatian kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu atau teman-teman wanita saya diluar sana yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil.

Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (Spina Bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.

Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul.

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.

Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap. 


Hasil carian imej untuk pregnancy cycle avoid spina bifida
Pentingnya pengambilan Vitamin B Complex untuk mengurangkan risiko Spina Bifida
Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!

Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement dan vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee? Boleh terus mesej www.wasap.my/60128535689/Vitaminhamilshaklee

Rabu, 11 April 2018

Merancang kehamilan?

Set Menyusu Shaklee Kuala Terengganu
Set Hamil Shaklee
Ramai yang buat kesilapan dengan menyangka bila dah mengandung baru cari vitamin.
Sebenarnya seorang wanita yang nak hamil perlu amalkan pemakanan yang seimbang dan pengambilan vitamin sebagai persediaan untuk memastikan tubuh si ibu sihat dan menghasilkan bayi yang sihat.
Masih saya ingat lagi di awal perkahwinan doktor berikan saya multivitamin dan Vitamin B complex sebagai persediaan untuk mengandung. Saya ada tanya mengapa doktor tu jawab, wanita nak mengandung perlu pastikan cukup zat vitamin dan cukup darah. Oleh sebab ini doktor panel itu memberikan saya 2 jenis vitamin.

Namun dalam Shaklee ada set khusus untuk yang merancang kehamilan seterusnya untuk diamalkan sepanjang kehamilan iaitu terdiri daripada

🍎 ESP Shaklee - Protein penting untuk bina sel. Protein Non GMO sangat penting untuk menjamin kesihatan yang optimum. ESP mengandungi 9 amino asid penting yang tak boleh dibina oleh tubuh.

🍎 Vitalea - merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Ia sangat penting agar si ibu kekal sihat dan mendapat semua vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.

🍎 Vitamin B Complex - lengkap dengan 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan. Ia penting membantu agar bayi tidak mempunyai masalah Spina Bifida.

🍎 Sustained Release Vitamin C - vitamin C ini dirembeskan secara perlahan-lahan bila tubuh kita memerlukan. Ia penting untuk meningkatkan imunisasi ibu dan anak.

🍎 Omega guard - minyak ikan yang penting untuk pembetukan otak bayi. Secara langsung membantu ibu juga mempunyai ingatan yang baik.

🍎 Ostematrix - sumber kalsium yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan saraf bayi. Ia juga penting untuk mengelakkan ibu mengalami kekejangan otot.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mencari vitamin untuk merancang kehamilan?
www.wasap.my/60128535689/sethamilshaklee.


#pengedarShakleeKualaTerengganu
#sethamilshaklee