Kenapa baby saya menangis?

Ada beberapa teman yang bertanya kepada saya mengapa anak kecil mereka suka menangis tanpa sebab dan adakala ada yang hampir setahun masih menangis pada malam hari. Saya sendiri masih belajar mengenai perkara ini. Apa yang saya pasti terdapat beberapa sebab bayi atau anak kecil menangis; antara sebabnya ialah

1. lapar/dahaga
Bayi atau anak kecil pasti akan menangis apabila mereka lapar dan kehausan. Ini sahaja sign yang boleh diberikan kepada si ibu untuk memberitahu keperluan asas mereka.

2. takut
Tangisan tertentu bayi boleh menunjukkan bahawa mereka sedang ketakutan. Kita sedia maklum bahawa alam yang lagi satu boleh dilihat oleh mereka yang bersih dari dosa ini memandangkan tiada hijab antara bayi dan ala ghaib. Saya sendiri melalui apabila Nasa menangis dengan tangisan yang pelik setiap jam 12 tengah malam sehinggalah ke subuh. Menjelang subuh dia akan berhenti menangis dan dapat tidur dengan lena. Apabila meminta pendapat orang alim mereka memberitahu bahawa rumah yang kami diami berhantu. Bunyinya memang seram namun kami melaluinya sehingga Nasa berumur dua bulan sebelum berpindah ke rumah baru.

3.mahu dibelai
Adakala anak kecil ini mahukan lebih perhatian di mana sebagai ibu bapa kita perlu meluangkan masa untuk membelai mereka dengan mendukung, kelek, memeluk dimana semua sentuhan ini akan memberi keyakinan dan meningkatkan comfort level bayi alam sekeliling mereka.

4. sakit.
Saya masih ingat pesan bidan saya..."Anak kecil ini badannya berbeza dengan kita. Jika kita tak tahan panas dengan peluh yang melimpah, anak kecil pula tidak tahan dengan kesejukan hatta dengan tiupan kipas angin apalagi aircond". Jadi kami akan memastikan anak kecil kami tidur di dalam kelambu bayi agar udara sejuk tidak menyelubungi mereka.
Bagi anak lelaki pula, penjagaan mereka lebih cerewet. Terutama untuk menjaga buahnya yang mana ia perlu dituam dengan daun sireh. Walaupun ada pendapat yang mengatakan boleh dituam menggunakan lampin dan seterika atau dengan bunjut homeopati tetapi kesannya sangat berbeza. Daun sireh lebih baik untuk menuam baby memandangkan air sireh sangat bagus untuk memastikan agar buah anak lelaki tidak dipenuhi air.
Jika anak anda menangis di tengah-tengah malam tanpa sebab... terutama apabila bayi tidak mahu minum atau pun meronta-ronta apabila dipeluk, cubalah membelek buahnya. Sekiranya dalam keadaan kemerah-merahan dan kembang di samping menjerit apabila kita menyentuhnya maka ada kebarangkalian anak kecil kita mempunyai hernia, maka segeralah berjumpa doktor untuk meminta pandangan profesional.

Namun sekiranya tangisan tanpa henti yang berlarutan adalah kita digalakkan untuk meminta nasihat profesional dari paedatrik agar sebarang kemungkinan dapat dikesan dari awal. Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang berbeza bolehlah menulis komen mengenai hal ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan