B for Beauty

Ramai yang masih tidak tahu apakah kepentingan vitamin B kepada badan kita. Saya masih rasa sedih apabila ada golongan yang cetek ilmu mengatakan vitamin B complex boleh menyebabkan kegemukkan. Sekiranya ini benar maka saya pasti sayalah manusia paling besar memandangkan saya mengambil vitamin ini sejak berumur 21 tahun.

Saya cuba membuat pemerhatian ke atas mereka yang berbadan besar akibat selera makan yang tinggi dan juga golongan mereka yang mempunyai masalah kencing manis.saya mendapati mereka yang sentiasa berselera makan ini akan mudah letih, mengantuk dan ada juga yang emosi yang tidak stabil seperti mudah stress dan mudah tersinggung. Begitu juga dengan mereka yang mengidap penyakit kencing manis.

Kebanyakan mereka yang mudah naik berat badan adalah kerana ia berpunca dari cara hidup kita juga iaitu kurang bersenam. Vitamin B complex mungkin boleh menyebabkan seseorang itu rasa seperti mudah lapar atau lebih berselera terhadap makanan namun ianya terjadi kerana b complex merupakan spark plug di dalam tubuh. Ia penting untuk menukarkan glukos kepada tenaga. Jika vitamin ini kurang dalam tubuh, kebarangkalian untuk kita gemuk sangat tinggi dan tidak mustahil untuk kita mengidap kencing manis apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Vitamin B complex sangat penting untuk wanita khususnya. Ia membantu menstabilkan hormon di dalam tubuh. Ia penting untuk mengelakkan tapak kaki dari pecah. Ia penting untuk menampakkan kecantikan kulit wanita itu sendiri. Kekurangan b complex juga boleh menyebabkan seseorang itu nampak pucat dan tak bermaya. B complex membantu mengelakkan kemurungan dan macam-macam lagi.

Jika benar seseorang itu merasakan dia gemuk hanya kerana makan b complex, tolonglah muhasabah diri sebelum membuat andaian yang bukan-bukan. Sekiranya tetiba anda merasakan selera anda bertambah dengan mengambil vitamin b complex ianya hanya sekadar keperluan tubuh anda untuk menghasilkan tenaga. Andainya benarlah b complex boleh menggemukkan pasti sebelum berkahwin lagi badan saya akan mengembang seperti belon udara. Saya telah mengambil vitamin b complex semasa belajar lagi kerana untuk memastikan diri saya sentiasa segar sepanjang menjalankan aktiviti kampus.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
And when you begin tossing $20 at clientele for spreading the
word about your DJ business, they will commence marketing for you a lot more often.
At the same time, in the same interview, Takaya Imamura stated
that "the story ends here", which has thrown some
fans for a loop. I don't know if the vocals sampled are from some old song because it has got a really 80s vibe to it.

my weblog daft punk random access memories flac free download