Hak mereka ada pada kita

Sayu saya melihat anak-anak yatim di Miri... namun bersyukur kini mereka sudah dapat kediaman yang lebih selesa berbanding dengan sebelum ini yang mana mereka hanya tinggal dalam rumah kedai. Walau begitu mereka masih dalam keadaan kekurangan. Mereka mempunyai perpustakaan namun rak buku masih kosong dan buku-buku pun ada yang sudah outdated. Mereka mempunyai bilik komputer namun hanya pada nama, memandangkan belum ada kemampuan untuk membeli hatta sebiji komputer.

Kelmarin suami saya ke pejabat baitulmal Miri menunaikan amanah dengan membayar zakat pendapatannya. Sempat juga suami bertanya dengan ustaz yang bertugas, sekiranya selepas ini kami telah berpindah ke Semenanjung, bolehkah kami membayar zakat kepada negeri Sarawak? Ustaz tersebut menerangkan bahawa adalah baik agar kita membayar zakat pendapatan di negeri kita bekerja namun tiada masalah untuk membayar di negeri lain. Suami saya menerangkan mengapa beliau ingin membayar di sini berbanding di semenanjung. Ini kerana kami sangat terharu melihat kedaifan anak-anak yatim serta fakir miskin di sini. Bukannya kami menidakkan bahawa ada juga fakir miskin dan anak-anak yatim di sana namun hakikatnya kesedaran umat islam di sana lebih tinggi berbanding di sini ditambah pula bilangan penduduk Islam di Semenanjung lebih ramai berbanding di Sarawak. Kami dimaklumkan penduduk Islam di Sarawak hanya 24%.

Ditambah pula kami suami isteri pernah menyertai projek meraikan anak yatim sempena bulan Syawal semasa zaman belajar dahulu.Kami mecari penaja dan meminta derma dari pelbagai pihak untuk anak yatim di KL. Mereka ini sudah terlalu mewah akibat kesedaran umat Islam di sana yang sangat tinggi. Bayangkan makanan yang ditaja sampai terbuang-buang akibat terlalu banyak yang memberi. Berbeza dengan rumah anak yatim di Miri ini, mereka sering bertanya kepada saya sekiranya dapat mencari individu yang boleh menaja anak-anak ini berbuka mahupun bersahur. Sayu apabila mengenangkan keadaan ini. Saya cuba yang terdaya....

Saya masih ingat pesan arwah abah... sekiranya seseorang itu mahukan ketenangan dan kelapangan urusan dunia, bersedekahlah pada anak-anak yatim dan fakir miskin. Doa mereka akan melancarkan urusan hidup kamu. Namun saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada mana-mana pihak yang ingin menderma baik dari segi wang ringgit atau material bolehlah menghantar terus di alamat :

Kompleks Hamidah
Rumah Anak-anak Yatim Miri
No 2930 Blok 6
Kuala Baram Land District
98107 Miri Sarawak
No tel: 085408422

Bagi yang ingin menyumbangkan dalam bentuk wang ringgit boleh terus bank in ke
RHB Bank :26118700000259 di atas nama Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Betul cakap akak. Pejabat mak selalu buat majlis utk anak2 yatim. Tapi kalau yg kat KL ni mostly diorg macm sombong sikit. Bukan nak menidakkan hak mereka, tapi lebih baik kita menyumbang luar dari KL or Semenanjung.