Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Ogos 2009

Terima kasih abah...

Abah tidur lewat semalam untuk siapkan poster contest ibu. Terima kasih abah, ada rezeki ibu belanja makan sedap2 ya atau 1 malam di Avilion Admiral Cove.I love you so much dear!

Inilah hasil kreatif abah. Poster ini hanya untuk mereka yang membeli secara walk-in di Shaklee Wangsa Maju sahaja.


As ibu mention before, jika penyertaan melebihi 100, ibu akan tambah hadiah bemalam di Avilion Admiral Cove PD bagi pemenang kedua. Manakala Crabtree & Evelyn untuk pemenang ke-3 hingga ke-6. So wish you all the best!

Isnin, 10 Ogos 2009

Macam mana nak join?

Ibu terima email sesuatu yang menarik ,ibu rasa. Teman ini bertanya, adakah bonus entry untuk blogger sahaja? Maka ibu terfikirkan satu idea. Bagi semua blogger dan individu tanpa blog, anda boleh join bonus entry untuk contest Better You Better World dengan mudah sahaja.

Khas untuk blogger:

Anda hanya perlu tempekkan gambar ini, di side bar blog anda dengan link kepada Better You Better World Contest. Seterusnya tinggalkan komen supaya ibu dapat melawat blog kalian. Tak perlu buat special entry untuk ini. Mudahkan?

Bagi tiada blog
Anda cuma perlu ada facebook dan jadi rakan ibu. Bagaimana? Anda cuma perlu add ibu @ Norita Mohd Idris as friend dan tuliskan komen jika anda yang dapat hadiah "surprise" dari ibu melalui Better You Better World Contest ini..

Hadiahnya? Pasti menarik. Namanya pun surprise kan? Berapa ramai ibu akan pilih? Mungkin 3, 5 atau 10 orang. So nantikan keputusannya bersama keputusan utama pada bulan September nanti! All the best!


Sabtu, 8 Ogos 2009

Meransang suami yang dingin

Dari sehari ke sehari ibu ingin menjawab mengenai post yang ditulis oleh Mommy Lyna iaitu mengenai cerita cik Anon dan si Fahrin Amad ( bukan nama sebenar) namun atas banyak perkara ianya asyik tertangguh. Selain itu salah satu faktor yang membuatkan ibu lambat reply kerana ibu cuba mengingatkan tips2 yang diberikan oleh arwah kaunselor ibu dan abah. Ibu juga mempunyai ramai teman yang bermasalah dalam hal ini. Maka tips yang ibu nyatakan ini sebenarnya boleh dipraktikkan kepada dua2 pihak iaitu si isteri atau si suami. Namun atas niat untuk membantu teman Mommy Lyna cik Ainon, maka bacaan ini akan lebih kepada si isteri untuk menaikkan selera suaminya yang semakan pudar.

Ibu cuma membuat andaian bahawa suami cik Anon mengidap hipogonadisme. Hipogonadisme lelaki adalah keadaan di mana badan tidak menghasilkan hormon seks testosteron yang mencukupi. Apabila badan tidak menghasilkan testosteron yang cukup maka keinginan seks akan terjejas. Apa yang ibu tahu hipogonadisme boleh menyebabkan perubahan emosi dan mental. Ketika testosteron menurun, sesetengah lelaki akan mengalami simptom serupa seperti wanita menopaus.Ini termasuk letih, kurang keinginan seks (libido), sukar menumpu perhatian, radang, resah dan juga murung.

Maka antara usaha yang boleh dilakukan untuk meransang keinginan 'bersama' si suami adalah...
1. Perbanyakkan menggunakan bawang putih dalam masakan. Ini kerana ada pendapat mengatakan bawang putih boleh meningkatkan hormon seks dan secara langsung membuatkan si suami akan selalu berkeinginan ke atas isterinya. Namun cuba pastikan seandainya si isteri memasak atau menggoreng bawang putih bersama perencah masakan lain, jangan biarkan ia hangus memadailah sekadar kekuning-kuningan agar zatnya tidak hapus semua.

2. Berikan suami anda Vitamin E beserta Silenium. Ini kerana ianya memang disyorkan oleh pakar perubatan untuk kesuburan dan ianya memang banyak membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita. Ianya antara paling berkesan dan ramai teman ibu telah yakin dengan kebenarannya.Namun ia berkesan dengan menggunakan vitamin E Shaklee kerana vitamin E Shaklee sahaja yang mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Walaubagaimanapun, perlu ada strategi yang bagus untuk pastikan suami cik Anon akan mengamalkan pengambilan vitamin E setiap hari. Sebagai isteri kita perlu bijak. Apa yang cik Anon lakukan adalah hanya letakkan sebiji vitamin E beserta dengan vitamin lain terutama b complex di dalam piring kecil, dan katakan ianya sangat bagus untuk jantung dan ketenangan. Memang benar vitamin E sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

3. Bukan semua isteri mahu mekai lingerie yang seksi , ada antara isteri yang sangat malu atau sebab lain juga, bukan semua isteri mampu untuk membeli lingerie seksi apatah lagi jika si isteri hanya seorang surirumah.Sebenarnya ini balik kepada kemampuan masing2. Namun bagi yang kurang berkemampuan, memadailah memakai singlet tidur yang nipis dan jarang terutama apabila anak2 sudah lena dibuai mimpi. Satu lagi tips ialah... pakailah baju yang berwarna merah kerana ini membantu menaikkan ransangan keinginan seks terutama di dalam bilik tidur.

4. Bau-bauan turut membantu dalam menambat hati suami. Pastikan cik Anon selalu memakai bau-bauan yang wang dan disukai oleh si suami. Selain itu tips lain yang ibu praktikkan ialah pastikan tuala dan cadar tidur kerap ditukar , paling kurang seminggu sekali. Apabila ianya kerap ditukar bau-bauan yang kurang enak tidak mengganggu keinginan si suami. Ibu juga memastikan ibu membasuh baju menggunakan sabun yang tidak menghasilkan bau lembap ( busuk) pada kain baju yang dipakai. Ibu dicadangkan oleh seorang teman yang telah berkahwin selama berpuluh tahun, kakak Z mencadangkan memakai sabun basuh Daia kuning beserta Pelembut Daia purple kerana bau pakaian, tuala dan cadar akan sentiasa wangi walaupun adakala jemuran tidak mendapat cahaya matahari yang penuh. Memang benar dan ibu sendiri selalu ditanya oleh teman yang bertandang ke rumah apabila mereka meminta meminjam tuala maka soalan yang keluar, "sedap bau tuala ni, guna sabun apa ye?". Mengapa ibu kongsi tips ini? Apa kaitannya? Ya ia berkaitan. Ini kerana sebagai seorang isteri adakala kita terlalu banyak yang hendak dikejar dan adakala terlupa perkara yang penting. Memakai minyak wangi sebagai contoh, maka dengan pakaian, cadar yang serba wangi memadai andaikata si isteri terlupa memakai minyak wangi.

5. Berbicara secara lembut dari hati ke hati. Bertanya apakah masalah yang sedang dihadapi oleh rumahtangga sehingga menyebabkan si suami kurang atau dingin terhadap si isteri. Jika tidak dapat diluahkan melalui kata2 memadailah dengan tulisan atau email. Ini memang berkesan kerana si pasangan dapat mendalami hati budi masing2.

6. Banyakkan berdoa, solat hajat dan tahajud. Seandainya cara ini masih tidak berkesan, jangan putus asa kerana Allah lebih mengetahui setiap ciptaanNya. Tambani dengan solat sunat taubat, insyAllah dibukakan jalan penyesaiaan.

Semoga berjaya!

*************************************************************************************

So far ibu katakan sambutan contest sangat menggalakkan. Ibu berniat jika penyataan adalah melebih 100 maka ibu akan tambah satu lagi hadiah bermalam di hotel. So jika berminat, marilah join sambil dapat merasai keseronokkan minuman Performance!

Rabu, 5 Ogos 2009

Better You Better World Contest

Sempena kedatangan Ramadhan tahun ini , ibu ingin berkongsi dengan semua teman2 ibu satu lagi produk Shaklee yang ibu amalkan terutama pada bulan puasa selain hari panas( nak avoid dehydration), hehehehe. Produk itu ialah Performance Drink.

Apa dia performance drink? Bagi yang baru mengikuti blog ibu pasti tertanya2 apakah Performance Drink ini. Ia adalah salah satu produk minuman pemberi tenaga yang memberi kita karbohaidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera.

Selain itu ia membekalkan bendalir dan elektrolit untuk membantu mencegah penyahhidratan. Secara klinikal telah terbukti dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang mengalir bagi penghidratan yang wajar.Ianya sangat bagus untuk diambil sepanjang kita berpuasa. Ibu juga memastikan rumah ibu mempunyai bekalan performance drink setiap masa kerana ia dapat membantu ibu, abah , Addin dan Nasa ketika keadaan memerlukan seperti demam, cuaca panas dan seandainya kami mempunyai aktiviti keluarga yang boleh dikatakan lasak. Rasanya similar to minuman oren Tang.

Bagi ibu2 yang menyusukan anak dan telah lama mengikuti blog ibu, produk ini tidak asing lagi bagi mereka. Begitu juga dengan mereka yang aktif dengan apa jua sukan termasuk marathon sangat menyukai produk ini. Ianya berharga RM66(harga ahli Semenanjung) dan boleh di consume selama sebulan.Sepanjang berpuasa ibu dan keluarga mengamalkan mengambil minuman ini sewaktu bersahur dan berbuka. Ia sungguh berkesan bagi ibu kerana dapat berpuasa sambil menyusukan Nasa tanpa merasa keletihan kerana berpuasa.

Sempena bulan puasa ini dan bagi mereka yang ingin mencuba produk ini bolehlah mengambil peluang ini disamping dapat menyertai contest yang akan bermula pada 5 Aug sehingga 1 September 2009 yang dianjurkan oleh ibu.



Better You Better World Contest
5 Ogos-1 September 2009

Lengkapkan ayat berikut:

Bermalam di Marriot Putrajaya menjadi idaman saya kerana............................................. ( tidak lebih daripada 21 patah perkataan)


Hantarkan bersama
Nama:
Alamat :
No K/P :
No tel :
Order No:( terdapat pada resit belian)
sebagai bukti pembelian kepada email : addinnasa@gmail.com

Syarat penyertaan:

1. Setiap pembelian 1 Performance Drink menggunakan ID 395863 melayakkan anda menghantar 1 penyertaan. (Jika 2 belian dalam satu invois maka anda layak menghantar 2 penyertaan dan seterusnya)

2. Untuk membuat pembelian, boleh pergi ke Branch Shaklee yang berdekatan dengan anda ataupun telefon tol free 1800-88-6577 dan membuat pesanan menggunakan ID 395863. Boleh terus dapatkan invoice no sebaik sahaja pembayaran telah dibuat.

2. Lengkapkan ayat yang diberi mengikut kreativiti anda. Pemenang dipilih berdasarkan ayat yang paling kreatif.

3. Emailkan penyertaan anda bersama butiran lengkap kepada email : addinnasa@gmail.com

4. PENTING:- Invois perlu disimpan sebagai bukti pembelian dan akan dituntut apabila nama pemenang diumumkan kelak.

5. Keputusan juri adalah muktamad.


Hadiah Utama

Bermalam 1 malam di Marriot Putrajaya beserta sarapan untuk 2 orang.
***Pakej tidak termasuk kos pengangkutan pergi balik, makan tengahari dan makan malam
***Tarikh Penginapan adalah antara bulan Nov 2009 - Jan 2010.

Hadiah tempat ke-2 hingga ke-5

Barangan Crabtree yang bernilai RM50


Hadiah Penyertaan

Penyertaan pertama, ke-50 dan ke-100.


***Here's a BONUS ENTRY !!!***

If you have a BLOG, blog about this contest and send us your blog link and your name.
The CHOSEN BLOGGER will receive a mystery GIFT !!!
(Ini terbuka kepada semua blogger!)



Selasa, 4 Ogos 2009

Surirumah yang bijak?

Sejak contest yang lalu... ibu dapat ramai kenalan baru. Memang seronok sangat maklumlah ibu ni extrovert person, perlu sumber luar untuk recharge energy. So dengan berblog lah ibu dapat energy setiap hari. So esok ibu akan keluarkan contest yang baru...ramai yang tertanya2 dan tak percaya hadiah yang ibu akan berikan. Sungguh ianya adalah benar belaka. Itulah hadiahnya. Mengapa ibu perlu beri hadiah yang mahal?
Ada sebabnya sebenarnya. Biar ibu cerita dari mula...

Ibu dibesarkan oleh emak ibu iaitu atuk Addinnasa dari keluarga yang sangat sederhana namun kami mampu untuk memiliki apa yang dihajati. Meskipun emak ibu seoarng surirumah sahaja namun ianya tidak menjadikan ini sebagai penghalang untuk beliau menadapat apa yang dihajati. Emak ibu bukan seorang yang suka meminta maklumlah abah ibu pun hanya mekanik biasa. Maka emak ibu mempunyai akal bagaimana boleh mendapatkan duit walau hanya duduk dirumah. Kebetulan rumah emak ibu berdekatan dengan kilang baju maka emak ibu mengambil upah membersihkan dan mengemaskini jahitan baju. Upahnya? Sungguh tidak berbaloi iaitu 10 helai baju untuk 10sen. Dahsyat tak? Tapi kerana kami adik beradik ramai maka dapatlah emak ibu rm100 sebulan hasil dari kerja itu. Emak ibu tidak merungut kerana katanya itulah hasil yang berkat kerana adanya usaha untuk mendapatkannya. Memang benar, kerana keberkatan anak-anaknya belajar banyak perkara tentang kehidupan terutama erti bersyukur.

Berbalik dengan kisah ibu pula... pada awal perkahwinan ibu hanya surirumah biasa sahaja. Namun ibu tidak sia2kan ilmu yang ibu belajar maka ibu mengadakan tution di rumah. Dengan izin abah, ibu mulakan dengan seorang anak murid tahun dua dengan bayaran RM60 seorang, dua kali seminggu bersamaan 16jam sebulan.Lama kelamaan bisnes mula berkembang menjadikan blangan anak murid ibu seramai 20 orang dan menjana pendapatan RM2k sebulan. Penat? Tak payah kata sebab kelas setiap anak murid berbeza megikut tahap dan bak kata mak jangan merungut, rezeki itu akan lebih berkat.Sambil itu ibu buat Shaklee secara sambilan. Memang sukar sebab ibu belum ramai kenalan orang Sarawak.Namun abah banyak memberi dorongan kerana katanya dia suka isterinya pandai mencari duit maka dapat serba sedikit membantunya sekiranya diperlukan.

Setelah dapat KPLI ibu perlahan2 mengurangkan kelas tution di rumah kerana masa dan ibu tidak mahu terlalu tamak mengejar dunia. Setelah habis KPLI ibu hanya tumpukan kerja mengajar di sekolah dan Shaklee sebagai side income. Kenapa mesti nak buat side biz walhal gaji cikgu dah RM3k lebih? Bukannya apa...Shaklee menjadikan ibu seorang yang berilmu tentang pemakanan dan Shaklee juga banyak membantu ibu semasa pengajian di Universiti dahulu.

Kini ibu hanya tumpukan menjaga anak di rumah di samping membuat Shaklee di rumah. Sejak berpindah ke KL ibu mempunyai ramai kenalan baru yang sanggup datang ke rumah untuk belajar tentang pemakanan sihat selain mereka yang hanya mahu dikenali sebagai anynomous sahaja tetapi sanggup spend duit sampai beribu untuk beli Shaklee dari ibu. Memang ibu terharu sangat. Kata mak ibu itulah mungkin berkat niat nak menyusu Nasa maka Allah bukakan jalan rezeki.Ibu bersyukur sangat kerana dengan berkongsi ilmu dalam pemakanan, penyusuan dan kesihatan ibu dapat menjana duit.Duit ini ibu dapat berikan kepada emak ibu as elaun bulanan ( ibu cuba tak nak stopkan elaun untuk atuk walau ibu bercuti sementara), makan sedap kat Kenny Rogers ke, Tony Roma's ke, beli barangan Crabtree yang ibu addicted sangat selain belikan toys yang menjana minda Addin dan Nasa. So ibu dapat berikan sebagaimana waktu ibu bekerja dulu cuma ibu tak dapat nak belanja stay kat Marriot macam masa kat Miri dulu.hehehe.

Dalam pada itu ibu teringin sangat nak belanja mereka (terutamanya) yang berdisiplin makan Shaklee selama ibu bercuti ni. Maklumlah MLM ni adalah perniagaan yang melibatkan jualan peribadi maka tak salah untuk memberi hadiah penghargaan kepada mereka yang menyumbang kepada sales ibu setiap bulan.Namun ibu tak berkemampuan untuk memberi semua orang tetapi memadai kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya. Oleh kerana itu wujudnya Better You Better World Contest yang akan bermula esok. Hadiah Crabtree pula ibu akan berikan as tambahan selain itu ada juga hadiah saguhati untuk blogger bertuah yang tolong letakkan gambar contest as side banner kat blog diorang. Hmmm, ibu juga sediakan hadiah hebat kepada peserta pertama, kelima puluh dan ke seratus. Hadiahnya boleh tahan hebat dan siapa yang dapat tu pasti sangat berpuashati! Abah siap pesan duit gaji Shaklee kali ni memang kena peruntukkan untuk my big contest! hahahahaha. So siapa yang join memang akan puashati especially kalau berjaya menawan hati juri siapa lagi kalau bukan abah AddinNasa!

Before ibu terlupa contest ini terbuka kepada semua golongan bukan sekadar ibu yang menyusukan tetapi mereka yang bujang juga.... jika dulu si bujang sah2 tak boleh join sebab tidak ada pengalaman bersalin, hehehehe. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat nak dapatkan hadiah utama bermalam di Marriot PutraJaya atau Marriot Miri! Jumpa esok!

Ahad, 2 Ogos 2009

Penginapan Percuma di Marriot!

Adakah anda ingin menikmati satu malam penginapan percuma di Marriot?




Salam cyber buat semua pembaca yang setia... terutama mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Addin dan Nasa serta ibu selama ibu menulis dalam blog ini.Ada yang sudah mula bertanya dengan ibu bila nak announce contest memandangkan sekarang dah bulan August. Buat pengetahuan semua contest akan mula diumumkan bermula pada 5 August dan akan berlangsung selama sebulan. Ibu pasti ramai akan bertanya apakah hadiah contest kali ini. So secara jujurnya ibu sediakan hadiah paling menarik iaitu....
Hadiah utama :
1 x penginapan 1 malam secara percuma di Marriot Putrajaya (termasuk sarapan untuk 2 orang) yang berharga RM420.

( Bagi peserta Sabah Sarawak, ibu akan berikan penginapan di Marriot Miri)

Selain itu hadiah saguhati ibu berikan kepada 5 orang yang bertuah iaitu barangan Crabtree & Evelyn sekali lagi.

Mengapa ibu sanggup keluarkan belanja untuk ini? Buat pengetahuan kalian bulan 8 ini genaplah usia Nasa dua tahun dan ini bermakna ibu telah berjaya menyusukan Nasa selama dua tahun dan akan meneruskan penyusuan selama yang diizinkan Allah. Sempena Ramadhan yang akan tiba dan hadiah ini juga sebagai tanda kesyukuran ibu atas kejayaan ibu menyusukan Nasa disamping sebagai tanda penghargaan buat semua pelanggan Shaklee ibu especially silent reader. hehehehe.

Syarat2 contest akan mula dikeluarkan pada 5hb Ogos 2009. Buat mereka yang ingin merasa bermalam di Marriot, maka jangan ketinggalan untuk menyertai contest ini. Jumpa di sana!

Ibu juga sediakan hadiah menarik kepada penyertaan pertama, kelima puluh dan ke seratus. Mereka pasti terkejut dengan hadiah ini!

Khamis, 30 Julai 2009

Tahniah buat ibu kepada...

40 penyertaan - merangkumi hampir 33,209 patah perkataan utk dinilai dldm masa 4 hari! Bukan tugas mudah – tiada kriteria yg rigid boleh dijadikan rujukan. Posting yg dramatik atau yg lucu menjadi pilihan? Pastinya setiap satu dari kesemua 40 pengalaman adalah unik – tiada yg kurang, superior apatah lagi setara. Gaya dan bahasa penulisan? Ini bukan pertandingan menulis cerpen. Akhir sekali, biar saja “deria” yg menentukan.
Tahniah kpd semua ibu-ibu yg telah memberikan sehabis tenaga/masa mengenang kembali setiap detik pengalaman dan menzahirkannya semula dlm posting anda. Meminjam kata-kata dr sebahagian ibu-ibu:- semoga anak-anak ini setalah dewasa akan membaca posting ibunya dan memahami penderitaan yg ibu mereka lalui.
Setelah ditimbang tara – deria dan akal sepakat mengesahkan ibu-ibu yg bertuah utk menerima hadiah yg ditawarkan adalah ibu-ibu kepada anak-anak ini (tidak mengikut turutan):

Damia Aleesya
Nur Aleesya Mohd Adzhar
Muhammad Uwais


Manakala hadiah saguhati adalah milik ibu-ibu bagi anak-anak ini:

Muhammad Najmi Isyraq
Shafiq Nazhan
Nur Humairah Adelia

Tahniah kpd kesemua ibu-ibu. Anda semua adalah pemenang – pemenang di hati anak-anak anda.
Abah AddinNasa

Ini ialah post dari juri iaitu Abah kepada Addinnasa. Buat pengetahuan kalian, abah seorang juri yang sangat tegas di mana ibu tidak boleh mengganggu atau memberi sebarang pujian ke atas mana2 post untuk mengelakkan sebarang bias. So, ibu ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya.... bagi yang tidak berjaya sila tunggu Better World Better You Contest pada bulan August ini.

Bagi yang berjaya, sila emailkan nama penuh, alamat dan no tel untuk di hubungi bagi urusan penghantaran hadiah. Tahniah sekali lagi!

Ahad, 26 Julai 2009

Contest is Closed...

First of all, Ibu would like to say thank you to all participant of my contest... thank you for your time and your effort to write your priceless experienced. Bagi penyertaan yang lewat iaitu selepas jam 8, maaf ibu tidak dapat menerima as closing date is 25 July at 8pm. Abah Addinnasa will be the judge for this contest so that no bias on judgement. Result will be announced on 30 July...

Coming event for August

1. Better you better world Contest

2. Top Commenter -appreciation gift

3. Lucky Follower

See you there.....

Khamis, 23 Julai 2009

Baby Bottle Giveaway!

Tiny Tapir’s with the best giveaway their BPA free and Glass feeding items.

All you need to do is leave a comment here for a chance to win one of these two sets (there will be 2 winners) :

Set 1 : 3 x Siliskin & Evenflo Glass Bottles (size of your choice) - value up to RM150

Set 2 : 1 x set of Thinkbaby BPA Free Bottles & a Thinkbaby Sippy Bottle Conversion Kit (size of your choice) - value up to RM137



And that’s not all!

If you have a blog or twitter page, write about this giveaway with a link to the Tiny Tapir e-shop listings, and pingback to this wordpress blog post and you will get a RM10 certificate to use towards all our BPA-free feeding product

Actually this is my first experience joining contest...wish me luck! Ibu harap ibu boleh menang untuk ibu hadiahkan sempena harijadi Nasa on coming August.


Botolnya sangat menarik perhatian ibu dan semasa ibu sedang membaca blog ini, Nasa sungguh teruja dengan gambar botol tersebut. Ini membuatkan hati ibu terdetik apalah salahnya jika mencuba. Jika dapat, maka dapatlah Nasa hadiah harijadi yang paling best pada usianya yang nak masuk 2 tahun!Actually I am looking a good bottles for my little son which can attract my son to drink a lot. For the first time Nasa is very excited with the picture in TinyTapir wordpress. So just try our luck to win!

Doakan kami!


Jumaat, 17 Julai 2009

Crabtree & Evelyn: is the best to reward you... just share your story!



Bagi yang nak join contest ni sila tinggalkan komen di sini supaya saya boleh link kepada blog anda!

Ikuti cerita Kak Liza,
Iena hamdi,
Mdanial,
Emma,
Salmal's
Mama Zharfan
, Eliza ,
Ummi Aleesya,
Mama Umairah@Ayu ,
Yus Azlan
Sharifah Zainah
NikNadim
Cutemiut78
Wan Sujaihah
Zuhaini
Nadnye
Yatiechomeyl
Yan@UmmiAbbiQis
Anamarza
Mummyaeesh
Shakeymirza
Een
UmmiNa's
Siti Nurbaiya
MiszMama@Haslinda
Mama Saffiyah
Ibu Damia
Suziey
Mama Tisya
'Nur,Nura, Nurad, Yani '
Firahadifa

Bagi yang menghantar secara email, cerita anda akan saya siarkan sebaik sahaja pemilihan telah dibuat.
Sila email : addinnasa@gmail.com

"Share Your Story & This might BE Yours" * contest update


Taaaarrrraaaa....
As ibu promised to update the real picture of the gift....
Bukannya terlupa tetapi sebab ada sikit masalah teknikal yang tak dapat dielakkan sebelum ini dah dapat diselesaikan. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang bertanya mengenai kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

1. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Jika anda boleh menulis dalam bahasa selain dari bahasa ini, tolong sediakan translation for your story either in English or Bahasa.

2. Cerita atau pengalaman anda adalah berdasarkan kepada anak pertama@sulung. Jika anda mahu menceritakan mengenai pengalaman bersalin ke semua anak anda sangat dialu2kan dan nayatakan perbezaaan yang dilalui bagi setiap kelahiran.

3. Pemenang dipilih berdasarkan penulisan yang kreatif dan jujur. Sebuah penulisan yang ditulis dari hati akan dirasai oleh pembaca cerita anda.

4. Pemilihan pemenang adalah muktamad.

5. Hadiah misteri disediakan dan ianya akan diberi secara rawak.

Bagi yang menghantar cerita anda melalui email, cerita anda akan di entrykan di blog saya sebaik sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.

Bagi yang menyertai contest ini saya ucapkan jutaan terima kasih!

Sabtu, 11 Julai 2009

Makan Nasi Minyak

Hari ini Ewan, one of my cousin kahwin dan dapatlah kami sekeluarga makan nasi minyak... Sebenarnya ibu sedang menunggu kedatangan uncle Hatta dan Atok dari Muar. Mereka dijangka tiba tengahri ini dan ibu akan join ke kenduri kawin tersebut yang terletak di Kuala Lumpur ni aje...somewhere in Gombak.
Plan ibu selepas makan nasi minyak Ewan ni nak terus bawa atok ke rumah acik Mas di Shah Alam. Lama Addin tak jumpa kezen mezen dia. Alang2 ingat nak ke Shaklee sekejap untuk membeli beberapa vitamin yang dipesan orang di Glenmarie. Mudah2an hari ini tidak la hujan. Bukan ibu anti hujan malah sangat suka tapi bila di rumah la. Kalau ada urusan ibu berharap cuaca cerah agar lancar semua urusan dan jalanraya pun kurang jam nya.
Bagi yang meminta download gambar sebenar sabun Crabtree & Evelyn tu, insyaAllah ibu akan buat sekejap lagi. Tungguuuu.

Jumaat, 10 Julai 2009

Manjakan dirimu...


Adakah anda seorang yang memanjakan diri atau hanya menghambakan diri? Hmmm sukar untuk menjawabnya kan? Adakah anda selalu reward diri anda atas apa yang anda telah bersusah payah? Sejak duduk di KL banyak produk penjagaan diri yang ibu temui yang pastinya sukar ditemui di Miri sebagai contoh produk Crabtree & Evelyn. Jika dulu ibu hanya tahu Body Shop semata2 namun bila dah mengenali produk C&E ibu telah jatuh cinta padanya. Mana taknya produk2 nya cukup wangi dan sangat menenangkan. Bukan semua shopping mall ada menjual produk ini tetapi hanya tertentu sahaja walau di Kuala Lumpur ini.

So bagi mereka yang ingin mencuba produk ini dengan percuma, marilah sertai contest " Share your story & this might be yours"... mana tahu anda juga akan merasakan keseronokan memanjakan diri anda dengan produk ini. Berbaloi jika anda berjaya mendapatkannya. Saya hadiahkan emak saya satu set produk wangian Rosewater dan emak pun mengakui perbezaannya dengan produk lain.

Cubalah jangan tak cuba, mana tahu rezeki anda ada. Terdapat hadiah misteri turut saya sediakan selain 3 buku sabun ini!

Oh ye... bermula bulan Ogos, top commenter akan menerima hadiah berbentuk supplement Shaklee atas kerajinan anda menyumbang komen di blog saya. Salah satu penghargaan dari saya pada setiap bulan!Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita!