Petua atasi gastrik
Pada peringkat permulaan saya cuma menganggap suami saya nak cuba kawal selera makan beliau. Dari ke sehari selepas hantar anak ke madrasah, beliau hanya duduk dimeja makan di kedai atau warung menjadi peneman setia saya breakfast.
Setiap hari beliau hanya akan mula makan selepas jam 1 tenagahari. Suami saya tak pernah ajak atau pujuk untuk saya sama menahan lapar waktu pagi kerana beliau tahu saya ada gastrik. Kalau lapar perut saya senang rasa sakit, hingga adakala boleh capai tahap heart burning. So cepat-cepat saya akan capai ubat gastrik antaranya Gavinscon atau Axel - dua brand ni memang saya sentiasa perlukan untuk masalah gastrik.
Ada masa sampai tahap saya kena pastikan dalam handbag ada peket Gavinscon.
Antara produk yang bagus untuk kurangkan serangan gastrik. |
Waktu tu terdetik, eh takkan la suami aje diet, saya ni dah mula masuk umur 40 an lebih, takkan tak nak improve kesihatan kan? Walaupun ramai orang tegur saya ni kurus. Maybe sebab pakaian saya menampakkan saya kurus. Hakikatnya berat saya tak turun pun. Adalah dalam 57kg.
Dari mula buat Shaklee, saya banyak aje dengar petua atasi gastrik ni. Tapi sebab ia tak menarik perhatian untuk saya buat...so segala petua tu macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Namun dengan izin Allah, balik dari Haji suami ajak berubat ke Miri sebab saya ada masalah kesihatan, perlu jumpa bidan saya. Bidan minta saya datang berurut untuk 3 hari. So menetap la kami di Miri selama 3 hari.
Bidan ni pula biasa mengurut ibu-ibu yang baru bersalin. Jadi beliau tegur la saya, beliau kata yang badan saya ni berangin dan ada gastrik teruk. Kalau dalam bahasa Sarawak dipanggil dugal.
Semasa berurut tu bidan saya pesan beberapa pantang larang yang perlu saya akur untuk atasi masalah gastrik dari datang lagi.
Antara pantang utama nak atasi masalah gastrik ni, pastikan
elakkan makan cili padi yang sangat pedas.
Kurangkan minum teh dan
kurangkan amik air yang berais.
Cili padi yang dikatakan sangat pedas |
Saya juga fokus amalkan minuman kesihatan seperti ESP Shaklee dan Cinch Chocolat yang memang sedap dan selesa untuk perut saya. Sebagai meal replacement sangat sesuai.
Minuman yang membantu melegakan perut dari sebu gastrik |
Walaupun biasa ada aje petua mengatakan jangan skip meal untuk atasi masalah gastrik tapi selepas saya elak 3 pantang larang yang bidan tetapkan, nampak hasil yang sangat baik. Gastrik segan nak menjenguk saya.
Oh ya sebelum tidur saya pastikan saya amalkan pengambilan kalsium tablet [ kalau Shaklee produk, saya amalkan Ostenutrix] supaya dapat bantu rendahkan risiko untuk kena gastrik kembali.
Pil yang mengandungi kalsium, magnesium, Vitamin D dan Boron dari Shaklee. |
Pautan lain : Kalsium bantu atasi Gastrik
Alhamdulillah sejak balik Miri bulan baru ni, saya cuba jaga pantang larang yang bidan tetapkan. Alhamdulillah sangat saya dapat join suami saya buat puasa berkala atau nama lain Intermitten Fasting.
Mengapa saya nak kena belajar pasal Puasa Berkala ni atau nama popular dia IF? Nanti saya akan terangkan dalam entry berikutnya.
0 Ulasan