Apa itu Intermittent Fasting ?

Apa itu Intermitten Fasting ?

Dalam entry sebelum ini saya, saya kongsikan yang suami saya buat Intermittent Fasting atau nama popularnya IF. Intermittent Fasting secara mudahnya merujuk kepada puasa secara berkala.
Ia merupakan amalan yang menjarakkan waktu kita makan dengan waktu tidak makan. IF bukanlah satu jenis diet atau tren baru namun ia lebih kepada gaya hidup dan corak pemakanan kita.

Apa itu Intermitten Fasting ?


Tanpa kita sedari sebelum ini, semasa kita tidur, kita juga sebenarnya sedang berpuasa kerana tempoh masa hidangan terakhir dengan makan yang seterusnya dijarakkan lebih lama cuma kita tak memanggilnya sebagai puasa kerana kita dalam keadaan mandorm..



Bagi umat Islam, berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Kebanyakan orang Islam dilatih untuk berpuasa sejak dari kecil lagi. Namun jika nak dibandingkan dengan Intermittent Fasting, puasa Islam jauh lagi mencabar kerana sepanjang tempoh berpuasa dalam sehari tidak dibenarkan makan dan minum malah hanya boleh dilakukan pada waktu siang sahaja. Berbeza dengan intermitten fasting.

Apa itu Intermitten Fasting ?



Uniknya tentang Intermittent Fasting ia jauh lebih mudah kerana kita boleh minum sepanjang tempoh berpuasa dan lebih menarik waktu tidur pun dikira kita berada dalam tempoh berpuasa.

IF juga merupakan sebuah diet yang berkonsepkan pola makan kita mengikut jadual yang tertentu. IF juga dikatakan sangat popular di dunia barat lebih lagi dalam golongan para atlet dan selebriti . Malah di Malaysia , IF antara topik hangat di media sosial dan media massa yang lain.

Bagi permulaan mereka yang nak cuba, boleh mulakan dengan 12-12 dan waktu itu sebenarnya mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Bila kita buat IF kita kena juga jaga pengambilan makanan seharian kita. Sepanjang kita buat IF kita hanya boleh minum air masak, teh hijau , teh dan kopi yang tidak mengandungi susu dan gula. Kita kena mula usahakan untuk menghadkan jumlah kalori harian kita. Boleh google berapa kalori makanan yang kita ambil.

Cara intermittent fasting dan cadangan jadual IF yang popular dan mudah diikuti :

Puasa 15 jam, makan 9 jam 
Puasa 20 jam , makan 4 jam
Puasa 23 jam , makan 1 jam

Sebenarnya jadual IF yang terbaik adalah memendekkan tempoh waktu makan dan memanjangkan tempoh  masa berpuasa. Dengan cara ini membolehkan badan membakar lemak secara cepat dalam tempoh berpuasa.

Kita juga perlu la tahu beberapa perkara yang perlu dielakkan ambil semasa menjalankan Intermitten Fasting ini. Kita kena elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi dan cuba perbanyakkan pengambilan makanan yang 0 kalori seperti teh kosong, kopi kosong, air kosong, sup kosong dan cuka epal.


Apa itu Intermitten Fasting ?



Percaya tak, memula nak buat IF ni saya duk fikir mungkin saya tak mampu nak buat sebab kena skip breakfast dan lambatkan lunch. Namun rupanya kita boleh aje ubah suai jadual makan ikut kesesuaian badan kita.

Kesimpulannya : Intermitten Fasting adalah satu bentuk gaya pemakanan yang sangat baik untuk diamalkan. Ia terbukti mampu memberi banyak manfaat pada tubuh badan kita terutama untuk sistem pencernaan dan untuk membakar lemak secara semulajadi. Jika seluruh rakyat Malaysia amalkan Intermitten Fasting, pasti kita boleh turunkan kadar oebesiti negara kita. Wallahu alam.

Jemput baca artikel saya sebelum ni tentang Intermitten Fasting.

Ada juga artikel yang berkongsi tentang kesan Intermitten Fasting diet ni pada sistem metabolik kita. Jemput baca artikel Efek Intermitten Fasting pada metabolik


#projekmegablog
#shakleethrive23
#shakleethriumph23
#pengedarshakleekualaterengganu
#shakleereadystock





Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Nila Anggraini berkata…
Elok juga kaedah ni. Tak perlu mengeluarkan kos dan amat biasa dilakukan. Terima kasih info Kak N.
Coach Gula berkata…
Memang best buat intermittent fasting, makin lama makin senang.
Mimi Amira berkata…
Terima kasih perkongsiannya master.
Siti Aisah Ibrahim berkata…
Terima kasih kak sebagai penambah pengetahuan saya.
ayuadyani berkata…
Terima kasih untuk info yang sangat berguna.
Najat berkata…
baru saya faham IF ni nak cuba amalkan, doakan sy istiqamah juga IF
alinalan berkata…
Jalan jalan sambil singgah sini. Terasa macam ke Terengganu pula :)
Take care kak.