Perusahaan hari tua.

Pernah tak kalian tulis impian yang kalian impikan dalam hidup?
Contohnya nak makan angin di Langkawi? Daki gunung Kinabalu?
Ya ramai orang sediakan wish list dalam hidup.

Tapi selepas dapat? Ada yang kita buat lepas tu?

Percaya atau tidak, ada sekelompok manusia yang bukan hanya senaraikan wish list yang mereka nak capai dalam hidup tapi mereka dah bayangkan kehidupan bagaimana yang mereka mahu di hari tua.

Golongan ini dah bayangkan masa pencen...ada pendapatan sama macam bekerja kerana mereka mahu kekal sihat jadi mereka jadikan perusahaan [ yang dulu mereka buat sebagai bisnes sampingan] mereka satu pekerjaan untuk mereka.
Ada rumah yang dah habis bayar. Ada kereta yang sangat selesa dan bebas dari kerosakan berpanjangan. Ada duit nak pergi umrah atau percutian bersama ahli keluarga tersayang. Ada duit untuk beri pada cucu.

Tapi masa muda mereka usahakan yang dipanggil "perusahaan semasa pencen" dari awal lagi. Ada yang menjahit, memasak, berjual produk, MLM atau apa sahaja yang mereka dah nampak kesan JANGKA PANJANG.

Mereka ini tahan segala onak duri yang datang kerana hanya mahukan hari tua yang baik.

Saya jadikan mak ayah mertua saya contoh yang ada depan mata saya.

Mereka mula buat Shaklee pada usia 45 tahun lebih ...masih ada kudrat lagi waktu tu. Terus buat. Dihina, diumpat dan dipandang rendah oleh golongan yang tak suka Shaklee...tapi mereka terus buat kerana mereka mahukan kehidupan hari tua yang baik. Walaupun mereka adakala dulu bertahan hanya untuk dapatkan bonus RM2000 sebulan tapi mereka buat without fail.
Salah satu sebab mereka terus buat sebab mereka suka tolong orang. Bukan menekan orang. Bantu orang nak sihat. Bantu orang jana pendapatan bila mereka dah mula sihat. Hingga satu saat Allah kurniakan rezeki hebat hari ini.

Master Shaklee
Trip tajaan Shaklee ke US.


"N ayah dah 70 tahun, tahun ini. Kena prepare juga nak ada maid bila sampai masanya nanti." kata ayah mertua saya baru-baru ini.

Masa tu saya tengok wajah ayah mertua saya yang tak nampak langsung usianya mencecah 70 tahun. Allahu akhbar. Begitu cepat masa berlalu.

Syukurlah berkat sabar mereka usahakan Shaklee sebagai perusahaan hari tu membuahkan hasil yang lumayan hingga mereka mampu membeli sebuah rumah 3 tingkat yang lengkap dengan lift di dalamnya.

Jadi...kita kena tahu kehidupan yang bagaimana kita mahu bila umur kita 50 tahun ke atas nanti?

Apakah persediaan kita?

Apakah perusahaan yang kita usahakan hari ini membantu kita mendapat hasil yang boleh membantu kelangsungan hidup di hari tua nanti?

Jika hari ini semasa Allah kurniakan kudrat...masih boleh bangun tahajud, solat dhuha dan beramal soleh kita sia-siakan...bagaimana masa hari tua nanti ?

Jika hari ini kita sibuk nak layan perasaan, marah pada orang lain...merungut , mudah putus asa....agak-agaknya bagaimana kehidupan hari tua yang kita mahukan?

Kerena apa yang kita dapat masa hari tua nanti adalah apa yang kita tanam semasa sekarang.

Cuba renung-renungkan.


Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan