Melahirkan generasi minda cerdas.

Bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan... antara perkara penting yang kita perlu ambil perhatian adalah aspek pemakanan mereka.

Anak yang nak amik exam...persediaan bukan sahaja perlu sihat tubuh badan tetapi mempunyai fikiran dan minda yang positif serta emosi yang stabil....

Fikiran dan minda yang positif boleh dihasilkan dari tubuh badan yang sihat dan otak yang mampu fokus pada apa yang dibaca dan mudah memahami apa yang dipelajari.

Pengambilan protein sangat penting untuk proses tumbesaran dan proses baik pulih sel dalam tubuh manusia. Kita sedia maklum di mana badan kita boleh menghasilkan protein hasil dari ikan, ayam , telur, sayuran kekacang boleh diambil dari diet harian kita. Walaupun demikian, badan kita memerlukan 9 jenis amino asid yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari luar seperti supplement demi menghasilkan sel yang lebih sihat.

Pernah dengar kenyataan , minyak ikan mengandungi DHA dan bagus untuk otak...ya kepada anak yang bawah 12 tahun, pengambilan Omega atau nama mudah minyak ikan membantu meningkatkan keluasan " grey area" dibahagian otak. Semakin besar 'Kawasan kelabu' itu maka dikatakan otak anak tadi menjadi semakin kreatif dan mampu berfikir diluar kotak. Sebab itu ibu mengandung masuk 2nd trimester doktor akan sarankan amal minyak ikan supaya ia terbentuk sejak dari rahim lagi.

Bagaimana pula dengan Lecithin? Lecithin adalah vitamin yang sumber dari soya...yang mana membantu peningkatan cecair kolin yang diperlukan untuk penerimaan maklumat melalui nuerotransmitter di dalam otak. Maka ini membantu anak mudah 'catch up' [tangkap] apa yang dipelajari dan secara langsung akan mudah menghafal.

B complex juga penting dalam memainkan peranan untuk hasilkan pelajar yang bertenaga dan emosi yang sihat serta minda yang lebih fokus. Pelajar yang sering rasa letih dan tak bermaya akan mengalami masalah untuk fokus apalagi mengingat apa yang mereka pelajari.

Menu harian takkan lengkap jika tiada buah-buahan sebagai sumber vitamin C. Vitamin C penting dalam membantu meningkatkan sistem pertahan tubuh kerana kita sentiasa terdedah dengan banyak pencemaran pada hari ini termasuklah penyakit yang merbahaya.
Untuk anak yang akan mengambil peperiksaan pastinya kita mahukan mereka sihat dan bebas dari sebarang penyakit supaya tak menggangu suasana mereka semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.

Sesungguhnya sebagaimana penting vitamin untuk ibu mengandung demi pembesaran anak dalam kandungan, begitulah pentingnya vitamin untuk anak yan sedang membesar.

Wallah alam



Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Vitamin untuk seisi keluarga.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
 Nak beli produk Shaklee ?
 Nak JOIN AHLI Shaklee ? 
Mencari karier baru?
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 


📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan