Adakah anda termasuk dalam golongan yang perlukan Multivitamin?

Adakala kita ingat dengan menu makanan yang banyak telah menyumbang kepada semua jenis vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Hakikatnya, tiada satu makanan yang kita makan hari ini mampu menyumbang kepada semua jenis vitamin dan galian yang diperlukan oleh badan kita.

Ada yang menyangkan dengan mengamalkan sayur dan buah-buahan seharian mampu menyediakan sumber yang sihat...tapi sedarkah kita cara masakan malah adakah tanah yang menghasilkan sayuran dan buah-buahan tersebut mempunyai sumber galian yang mencukupi atau seimbang?


Oleh kerana itu pengambilan multivitamin sebenarnya sangat penting. Multivitamin yang mengandungi zat besi dan lengkap dengan galian yang diperlukan oleh badan adalah sangat perlu diamalkan oleh kita semua.


Terdapat beberapa golongan yang perlu amalkan multivitamin ; antaranya


1. Ibu mengandung dan menyusu anak. 
Golongan ini memerlukan zat besi yang mencukupi untuk membina darah. Ibu yang kurang zat besi akan kelihatan pucat , mudah letih , senang nak pitam dan nampak tak bermaya. Manakala bayi yang kekurangan zat besi akan mempunyai masalah kenaikan berat badan dan perkembangan yang tak seimbang.

Hasil carian imej untuk pregnant
Ibu mengandung sangat memerlukan multivitamin.
     

2. Mereka yang mempunyai masalah hemoglobin rendah. [ HB rendah]
Biasanya golongan ini senang rasa sakit kepala dan nak pitam terutama hari panas atau bila berada dalam tekanan.Kekurangan hemoglobin mempunyai kaitan dengan masalah penghasilan sel darah merah.

Hasil carian imej untuk low hemoglobin levels
Wanita adalah golongan yang sering mempunyai masalah hemoglobin rendah.

3. Mereka yang mempunyai masalah rambut gugur berterusan.
Seperti kita sedia maklum, multivitamin merangkumi semua jenis vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh. Kekurangan vitamin dan galian secara berterusan boleh menyebabkan rambut kekurangan nutrien dan secara langsung menyebabkan ia gugur secara berterusan.

Hasil carian imej untuk rambut gugr
Kekurangan beberapa vitamin dan galian menyebabkan rambut mudah gugur.

4. Badan yang cepat letih dan lesu
Ya tanda badan kurang vitamin dan nutrien apabila kita mudah rasa lemah badan, sengal dan lesu...tak bermaya dan kurang bersemangat.
Hasil carian imej untuk letih
Mudah lesu


5. Mereka yang sering sakit dan lambat kebah
Ya golongan yang mudah sakit dan lambat untuk sembuh. Ada juga yang mengalami sakit yang berulang-ulang. Golongan ini memerlukan multivitamin kerana badan pastinya kekurangan mana-mana vitamin dan galian tanpa disedari.
Hasil carian imej untuk slow recovery fever
Sakit yang lambat kebah
Jika ya, cuba dapatkan nasihat doktor atau pakar nutrisi untuk membantu dalam mendapatkan pandangan tentang kesihatan anda.




 Call/Whatsapp : 012-853-5689

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa




📲 Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan