Mengapa Shaklee pilihan kerja part time saya di Universiti?

Bagi yang dah kenal saya, pasti tahu saya join Shaklee sejak 1999 yang mana saya buat sharing dan jadikan ia part time job zaman student.

Ya zaman student saya memang mencari sumber pendapatan sampingan tapi kerana saya tiada motorsikal atau pada saya nak naik bas hari-hari ke Mid valley atau seksyen 17 PJ untuk kerja tambahan banyak pakai masa dan duit. Maka oleh kerana itu saya pilih Shaklee.

Mengapa Shaklee pilihan terbaik saya?

Pertama ; produknya memberi kesan positif pada kesihatan saya. Sebagai pelajar yang selalu menghadapi migrain bila jarang diserang migrain pastinya menjadi satu nikmat yang sangat besar.

Kedua ; flexi time. Boleh dibuat bila-bila masa dan tanpa mengganggu masa belajar di Universiti. Malah masa bekerja sebagai guru juga saya jadikan ianya pendapatan sampingan yang boleh bantu keperluan kewangan ditengah bulan.

Ketiga; permintaan yang menggalakkan dan alhamdulillah kini dah hampir 20 tahun dengan Shaklee.

Keempat ; pembayaran bonus yang konsisten tanpa sebarang masalah disebabkan oleh kerana kestabilan dan kekukuhan syarikat.

Kelima ; produk yang mampu dibayar walaupun dari golongan student dan permintaan yang berterusan.


Rahsia berjaya? Buat berterusan tanpa jemu ❤️

Catat Ulasan

0 Ulasan