Umrah Ziarah Jordan bersama Shaklee Malaysia


Lama dah berupdate blog... bukannya sibuk sampai takde masa tapi bila anak dah besar cabaran lebih hebat bila nak duduk depan komputer update blog.

Alhamdulillah selesai umrah 2017 sebagai trip pertama awal tahun kami.

Syukur kerana ALLAH mengizinkan kami sekeluarga untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi tahun ini.

Lebih hebat lagi trip tahun ini Shaklee belanja ziarah ke Jordan.

Trip Shaklee 5 star


Kami menaiki penerbangan Royal Jordanian terus ke Jordan dari Kuala Lumpur. Sesampai awal pagi, cuaca di Jordan sangat la sejuk. Suhunya 0 darjah celcius. Sejuk yang amat.  Cuma salji aje yang tak de.

Dari Jordan kami bertolak terus ke Petra...bandar kota lama yang penuh dengan sejarah. Jalan kaki dan melihat keindahan kota lama Petra adalah satu rahmat yang besar.

Bermalam di Movenpick Dead Sea berpeluang melihat suasana yang sangat mendamaikan....
Oh ya ini trip kedua kami ke Jordan. Trip yang pertama saya pergi bersama ahli keluarga dan kawan terdekat melalui trip yang saya sendiri aturkan. Namun pastinya tak dapat tandingi trip yang Shaklee tawarkan. Hari kedua  kami meneruskan perjalanan ke Marriot Amman...manakala hari terakhir kami dapat melawat makam Sahibul Kahfi [ 7 sahabat yang tertidur dalam gua selama 302 tahun jika tak silap] dan makan Nabi Syuib.

Selesai ziarah Jordan kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah Al Munawarah. Bermalam di Hotel Obroi yang bertaraf 5 bintang selama 3 malam. Alhamdulillah dapatlah masuk dan solat sunat di raudhah bersama ustazah yang membimbing kami.

Seterusnya seperti biasa perjalanan diteruskan ke Mekah Al Mukaramah jam 3 petang pada 15 Januari 2017. Sesampainya di Mekah kami diberi penginapan di Hotel Hilton yang juga bertaraf 5 bintang. Alhamdulilah selepas diberikan makan malam , semua jemaah memulakan ibadah umrah seawal jam 11 malam. Seronoknya bila melaksanakan ibadah umrah bersama ahli keluarga dan rakan taulan. Alhamdulillah kami selesai tahalul jam 1.30  pagi lebih kurang.

Kali ini saya dah keluarga tidak dapat mengikuti banyak program ziarah kerana anak dan suami saya demam. Alhamdulillah kata ustaz mutawif , beruntungnya mereka yang dapat demam di Mekah kerana ganjaran yang ALLAH sediakan sangat hebat.

Walaupun perjalanan balik mempunyai sedikit masalah teknikal di mana kami strended di airport Jordan selama 8 jam namun ia juga satu pengalaman baru yang menarik buat kami sekeluarga. Ya adakala apa yang berlaku bukanlah kehendak kita namun pastinya ada hikmah disebalik setiap kejadian yang ALLAH atur untuk kita. Moga dengan ujian itu mendekatkan kita dengan ALLAH pencipta sekalian alam.


Itulah uniknya Shaklee....trip yang yang diberikan setanding dengan usaha yang kita curahkan....

Shaklee menghargai pemimpin mereka yang aktif. Kami bersyukur menjadi sebahagian yang terpilih.


Anda ingin sertai organisasi kami dan menjadi dari sebahagian dari keluarga bisnes kami? Boleh hubungi saya Norita 0128535689 untuk maklumat lebih lanjut.







 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Nak beli produk Shaklee ?
Nak JOIN AHLI Shaklee ?
Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689


♛ Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan