Teguran itu sebenarnya boleh membina atau membunuh?

Masa kita kecik orang yang akan selalu tegur kita adalah mak ayah kita kan?

Bila makin dewasa orang yang menegur tu makin berkurang....mak ayah pun dah tua....dah sampai satu masa tak larat nak tegur kerana fikir kita pun datang untuk memilih baik dan buruk.

Masa kecik hidup kita diatur cantik...oleh sistem. Sampai umur 18 tahun, jika nasib yang baik dapat sambung belajar. Maka selagi itu juga mak ayah dan keluarga akan selalu ingatkan kita tentang matlamat hidup dan pentingnya berjaya.

Ok sampai situ saja....then hidup diteruskan dengan dunia kerjaya dan rumahtangga.

Siapa yang banyak mempengaruhi kita waktu tu?

Mak ayah?

Abang dan kakak?

Suami?

Mertua?



No! Jawapannya KAWAN !

Dapat kawan yang bersemangat dan ada impian dalam hidup , kita pun akan ikut sama nak berjaya macam dia.


Tapi nasib tak baik dapat kawan yang suka mengumpat, suka merungut masalah hidup, suka kutuk...maka kita pun akan terjebak sama tanpa sengaja.


Namun Allah pasti hadirkan orang-orang tertentu dalam hidup kita supaya kita boleh fikir...sampai bila nak hidup yang takde perubahan? Pasti ada kawan yang tegur supaya kita usaha untuk kehidupan yang lebih baik ....cuba renungkan sapa dalam hidup anda yang mahu anda berjaya? Pasti ada! Sama ada sedar atau tak aje!



Bekerja lebih 10 tahun, kehidupan macam tu juga. Namun jauh di sudut hati pasti mahu kemajuan kan?




Bila tengok orang lain bercuti makan angin, ada yang hanya mampu cakap " Dia boleh la dia kaya".

Hmm sebab selalu bersangka baik untuk orang maka orang itu la yang dapat nasib yang baik.

Kenapa tak jawab aje " Nanti aku pun akan dapat bawak keluarga aku bercuti kat situ". Sebenarnya kita bersangka baik dengan ALLAH. Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya.


Carilah kawan yang selalu memberi teguran... dan teguran itu jika dipandang dari sudut positif ia akan jadi membina. Namun jika diambil dari sudut negatif ia akan membunuh kita sendiri.




 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan