Nak rezeki hebat, cari ALLAH.

Berniaga bukan satu perkara yang mudah. Nampak pada asas macam mudah. Ada barang, ada customer dan pertukaran antara barang dan duit berlaku...satu urusniaga berlangsung. Ops ia bukan semudah itu jika nak bisnes berjalan dengan lebih lama.

Jika berniaga kedai runcit mungkin tak amik port sangat barang yang dijual. Tapi jika ada pengkhususan seperti berniaga produk jenama A, B atau C... kita kena tahu lebih lanjut dan lebih mendalam.

Terutama yang nak mencuba bisnes MLM, saya sarankan cuba cari buku tulisan Razzi Armansur  - Jutawan MLM. ia bukan berkisar nak buat duit semata atau kaya sampai mendongak langit. Buku ini berkisar tentang bagaimana, mengapa, untuk siapa, dan ke mana hala tuju.

Ya berbelas tahun baca buku ni saya tak pernah muak. Malah ia tetap menjana idea untuk saya terus melangkah.

Ramai nak berniaga tapi malas membaca. Ilmu tu penting. Ya masa kita bekerja , ada bos ada yang pantau kita. Tapi bila nak berniaga, kena ada mentor. Namun ingat, nak berjaya ikut betul2 apa yang mentor ajar. Kalau tak berjaya bukan salah mentor tapi diri sendiri.





Apapun asas utama nak berniaga adalah AGAMA.

Bila ada agama kita buat ada batasan. Bukan boleh jual sebarangan tanpa kawalan harga. Bukan boleh buat sebarangan kerana kita ada agama. Nak cari duit bukan hanya untuk kaya untuk nak berkat yang bawa ke akhirat.

Bila pegang agama, segala yang kita lakukan mempunyai batasan tertentu.

Bila pegang agama kita tahu rezeki ni datang dari ALLAH. Kita tahu Allah tempat meminta. Kita tahu ALLAH tempat merayu.

Bila ada agama kita tahu rezeki ini bukan semua milik kita. Kita hanya sebagai pemegang amanah ALLAH sahaja. Maka tak perlu menongkat langit. Kita semua sama di sisi ALLAH dan yang membezakan kita adalah amalan di sisi ALLAH yang penilainya hanya ALLAH bukan makhluk.

Ya segalanya agama.

Maka mengaji dan mengkajilah. InsyaALLAH jalan itu lebih jelas. Allah akan sentiasa bantu.

Jangan lupa doa, semoga ALLAH memberi hidayah agar kita tergolong dalam golongan hambaNya yang berjaya di dunia dan akhirat.


Catat Ulasan

0 Ulasan