Kerana "degil" ......

Saya yakin setiap anak yang bekerja akan usaha berikan mak ayah duit belanja. Tidak lupa juga saya semasa menjadi seorang kakitangan kerajaan yang bergelar gurusaya usaha berikan mak saya RM300 sebulan sebagai tambahan duit belanja.

Benar mak tak pernah meminta tapi kerana saya nak keberkatan atas rezeki yang saya perolehi ditambah dengan keizinan suami saya untuk membenarkan saya berikan mak duit belanja maka saya usahakan.

Sebelum tu saya cuma beri mak saya RM50 sahaja kerana sebelum menjadi penjawat awam saya cuma seorang guru tuition yang mengajar anak murid dirumah.

So bila makan gaji alangkah seronoknya dapat beri mak 6 kali ganda dari gaji biasa saya.

Tapi bila saya nekad nak amik cuti tanpa gaji...walaupun suami saya dah izinkan tapi mak saya memang marah. Kerana dia tak mahu saya bergantung sepenuhnya duit gaji suami sedangkan saya mempunyai ijazah serta diploma pendidikan. Mak tak mahu saya menerima nasib yang sama seperti mak kalau terjadi apa-apa pada suami saya.

Masa tu duit bonus Shaklee saya antara RM500 hingga RM1000 lebih aje. Maka buat permulaan saya beri mak saya RM150 kerana kenangkan komitmen lain yang saya ada.

Mak memang bising dan marah bila saya tak nak bekerja lagi .... namun saya memang berdegil dengan keputusan saya. Saya cakap kat mak... Nor akan usahakan Shaklee baik-baik sampai dapat gaji cikgu nanti Nor berikan mak RM300 sebulan semula.

Mak bukan bising kerana elaun bulanannya sedikit tapi mak tak nak saya dianggap menantu yang menyusahkan anak mereka.

Namun saya tetap degil!

Kerana saya mempunyai VISI yang jelas - Saya ingin membantu seramai boleh surirumah yang mempunyai pendapatan hebat bersama Shaklee! Saya yakin saya boleh lakukan walau orang sekeliling mengatakan mustahil.

Pengedar Shaklee Miri

Arwah abah dulu bila marah saya memang ada sebut...saya anak yang degil! Bila saya kata saya nak , saya akan usaha sampai dapat. Tapi abah pernah kata orang yang degil selalu mudah berjaya.

Saya pegang kata abah sampai sekarang....

Alhamdulillah berkat saya degil nak berhenti jadi cikgu...saya merasa pergi oversea, saya merasa bawa mak saya pusing pulau dengan private catamaran [ private boat yang besar ], saya merasa capaikan impian mak saya nak menunaikan umrah dengan semua adik beradik saya....masyaALLAH banyak nikmat yang ALLAH beri yang tak dapat nak luah dengan kata-kata.

Siapa sangka saya boleh beri mak lebih berpuluh kali ganda dari saya makan gaji dulu. Dapat hantar duit infaq untuk hadiah pada arwah abah setiap bulan....dan dapat banyak nikmat yang tidak boleh dapat kalau makan gaji. Alhamdulillah sangat bersyukur!


Benarlah kata abah...nak berjaya kena degil. Tak perlu ikut cakap orang just follow kekuatan hati  untuk capai impian. Paling penting buat sampai berjaya!


So untuk kalian diluar sana...jika ada impian...usahakan sampai berjaya! Perlu degil untuk mempertahankan impian!!!

Kalau lembut hati tak bertempat...impian tak ke mana akhirnya kecewa tak sudah!








 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛


 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan