Last week kami balik Muar lawat mak saya...saya bawa skali bidan saya untuk urut mak.
Lepas tu kami ke KL untuk join kelas anak didik kami Master Jannatul Fadilah di HQ Shaklee bersama sesi Mr Kelmen.
Sebelum tu adik saya datang rumah untuk membawa barang yang saya perlukan. Oleh kerana cuti sekolah anak2 buah saya nak stay aje dengan kami weekend tu. Plan asal sehari aje tapi sebab cuti panjang, mereka pun malas nak balik bila ada cousin jauh balik.
Hah best betul kenangan tu....first time pergi breakfast bawa 5 anak lelaki. Masuk aje restoren pagi tu semua tengok kami... orang muda dengan anak 5. Muka depa ni pula sepesen aje. Memang orang ingat semualah anak kami.
Sampai kat office Shaklee, ada staff yang panggil Addin dan tanya...awak ni berapa adik beradik? Mesti orang terkejut...sebab tetiba ramai pulak anak puan Norita ni!
Habis kelas Sabtu tu agak lewat jadi semua dah lapar...terus pergi makan. Habis makan kami pergi shopping sebab Ahad esoknya kami ada jemputan kenduri...cousin sebelah suami kahwin. Anak buah pula datang sehelai sepinggang...so bawalah pergi shopping. Sekali sekala belanja anak buah. Hmm seronoklah 5 anak lelaki ni pergi shopping! Lepas beli baju pergi beli kasut. Balik penat dan terus tidur.
Memang rupa semua iras kan? |
Esoknya kami pergi kenduri...masuk dewan majlis semua sedara tanya...eh ramainya anak...memang bangga jugaklah jadi ibu anak 5 dengan anak ready made.
Ni anak buah juga.... |
Mereka berlima berposing sakan bila ada sesi bergambar masa majlis.
Bila dah ramai mana bertahan nak duduk satu tempat lama-lama....so habis bergambar kami terus bawa bebudak ni jalan. Tempat pertama kami tuju pastilah kedai durian! Masuk aje kedai seorang staff bisik kat saya " Kak, sini durian 1 kg RMxx". Terkejut saya bila orang tegur pasal harga...tapi lepas tu saya senyum aje sebab saya yakin staff tu cakap awal takut saya tak cukup duit nak bayar dengan 5 orang anak.
Bila dah habis makan kami sambung jalan.... saja layan bebudak ni..... kami ke Wangsa Walk.
Ada pulak game ni...seronok sakan lah!
Esoknya pergi tengok wayang dulu...cerita Avengers age of ultron...hakikatnya hanya Addin dan Aiman aje yg faham Nasa dan Aimin dok sembang manakala Aisy terus tidur kerana sejuk :)
Habis wayang makan tenghari dulu kemudian sambung lagi game semalam....dah nama anak lelaki kalau tak main game ni memang tak sah!
Masuk hari kelima adik saya datang jemput anak2 dia... dan balik pada realiti...anak saya kata...sunyi nya bila diorang dah balik. Begitulah adat...setiap perjumpaan ada perpisahan.... yang pasti kasih sayang berpanjangan.
Tapi next week dah jumpa balik sebab event Euphoria Wellness Fair! hehehehe
♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa
0 Ulasan