Bisnes Shaklee boleh buat di mana-mana sahaja !

Alhamdulillah hari sebenarnya tak de plan apa-apa kecuali nak bawa anak jalan-jalan kat Wetex Muar. Lama dah tak balik Muar...sebab selalunya mak akan jalan KL dan kami adik beradik kumpul di KL aje.


So selepas sarapan kami keluar ke Wetex dan bestnya bila dapat jumpa kedai buku Popular kat Muar.

Inilah satu-satunya kedai buku Popular yang sangat kemas dan teratur. Selama sejam juga kami jalan dan belek buku dalam Popular kat Wetex tu. Sayangnya lupa nak ambik gambar aje tadi.

Seperti biasa kami akan beli buku untuk bahan bacaan santai....walaupun kat rumah buku dah berlambak macam perpustakaan nak runtuh. Tapi sebab memang suka beli buku so kalau masuk tak sah kalau tak beli. Dari zaman sekolah dulu memang suka membaca sebab ada pakcik yang kerja DBP jadi banyaklah buku boleh baca. Masih ingat pesan arwah Haji Talip, duit mesti banyak guna untuk buku. Ilmu itu lebih mahal dari duit kata arwah.

Selepas keluar Wetex anak dah mula bising mengadu lapar nak makan tengahari. Waktu tu jam 2 petang. Kami cuba jalan depan kedai Satay Warisan tapi dah tutup. So kami cuba ke kedai Satay Riniey depan Sek Chung Hwa pula. Alhamdulillah buka. Dapatlah alas perut dengan satay lagi.

Masa makan teringat dengan geran kereta mak belum amik kat bank untuk pembatalan hak milik. Habis makan singgah ke Maybank dan amik geran terus ke JPJ Muar. Alhamdulillah niat untuk beli kereta mak dah tercapai. Lega dah selesai semua. Itu kelebihan bila berniaga. Ada lah cara nak dapat lebih berbanding zaman makan gaji dulu.

Sambil jalan tu sempat siapkan order downline tadi. Itu aje yang saya bersyukur sangat sebab boleh bekerja sambil buat banyak urusan. Bisnes tetap jalan macam biasa. Semuanya hanya dihujung jari. Kami tak bawalah laptop ke hulur hilir sebab order buat buat pakai panggilan telefon ke Shaklee aje.

Kalau ada yang pertama kali baca blog saya, saya nak share bahawa saya seronok buat Shaklee kerana sekarang Shaklee dah sediakan banyak kemudahan untuk semua pengedar mereka. Bukan sahaja boleh order online tapi boleh melalui panggilan telefon tau. Selepas buat order Shaklee akan buat penghantaran. Bukan itu sahaja tau, penghantaran produk Shaklee lengkap dengan insurans. Bak kata orang ada jaminan la kan....tu yang bagus.


Dah alang-alang kat Muar tu yang kami buat Health Talk esok di Hotel Riverview Muar untuk share kan supplement yang bagus untuk cegah Diabetes atau nama lain kencing manis. Alhamdulillah Vitamin Vivix dan Tripple Gems yang saya order pun dah sampai. At least sapa yang datang esok boleh rasa sendiri vitamin tu.

So jika anda ada kenalan yang berada di Muar jemput datang esok ya!

Kencing Manis

Nanti kita update lagi.




 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan