Hanya kerana Big Hero 6 ?

Anak-anak zaman sekarang kebanyakan sangat cerewet dan memilih makanan. Tidak kurang dengan anak saya. Mereka lebih suka makan ayam dan kalau nak bagi ikan kena bawa ke Sugarbun untuk makan ikan itupun adakala mereka pilih untuk makan fish filet sahaja.


Namun saya seronok tengok anak sahabat baik saya Faiz, si Mishary yang boleh makan sayur malah apa jua lauk yang ibu dia masakkan dia akan makan dengan seronok.

Balik pada anak-anak saya...mereka sangat la cerewet. Memang makan Meal Shake untuk bantu buka selera tapi sebab mereka jadikan Meal Shake tu alas perut jadi mereka akan tetap makan dan mereka akan berselera bila beri apa yang mereka suka nak makan.

Minggu lepas sebelum balik Miri abah AddinNasa belanja kami tengok wayang kat KLCC...kalau tanya saya pasal wayang...sorry apa pun saya tak tahu. Tapi Addin dan Abah dia akan alert semua update cerita or movie yang baru masuk panggung.

Saya secara jujur tak minat nak bawa anak tengok wayang terutama kalau movie melibatkan manusia...tapi kalau kartun tu boleh juga dipertimbangkan. So alang-alang di KLCC kami pun pergilah menonton kartun baru iaitu Big Hero 6.

Boleh tahan juga ceritanya...jalan cerita yang menarik.

Namun ia bukan habis di situ sahaja....anak-anak mula menyebut Sushi King...walhal selama ni kami tak pernah nak bawa masuk ke Sushi King...sebab banyak aje fast food kat Miri. 2-3 kali sebut...akhirnya saya pujuk abah AddinNasa makan malam kat Sushi King. Bagus juga sekali sekala tukar selera makan.

Mereka biasa makan di restoren Jepun yang bernama Izuyaki [ Teppanyaki]di Miri ...malam tadi kami dinner di Sushi King !

First order makanan yang boleh dapat hadiah! Sepertimana yang mereka idamkan!

Kami pun makan dengan seronok sebab bila makanan lalu atas rail yang bergerak...abah akan terus buka menu nak tahu makanan apa yang lalu.

Paling banyak kami makan Edamame aje....hehehe. Itu aje yang paling kami minat dan suka. Seperti biasa saya suka makan Sushi [ ikan mentah....entah apa nama yang biasa orang sebut] dan abah AddinNasa makanan yang dimasak.

Selepas 30 minit kami pun minta bill dan rupanya hadiah hanya akan diberi di kaunter bayar. Hadiah pula diletak dalam kotak dan dalam plastik hitam . Surprise la kononnya!

Syukurnya mereka dapat si gemuk putih tu !!! Si BayMax! Selamat! Kalau tak esok sure kena makan lagi kat sana selagi tak dapat si BayMax.

So lepas ni bolehlah masukkan Sushi King dalam list dinner or lunch .... hehehe. Kalau tak selama jalan Bintang Plaza...kami hanya masuk Kenny Rogers, Secret Recipe, Marry Brown, Pizza Hut, KFC, Sugar Bun atau Shashaki.

Terima kasih la pada Big Hero 6 kerana cerita ini kami mula seronok untuk makan di Sushi King .... walaupun orang lain dah biasa makan....hehehehe.

Big Hero 6



 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛
 Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan