Shaklee Miri Sarawak : Dalam kesempitan ada kesempatan

Rezeki betul bila kami dapat hadiah dari seorang penulis buku yang popular yang bertajuk Kampung Kaya yang menjurus kepada isu dalam Kesempitan ada Kesempatan. Buku ini dapat saya habiskan baca semasa kami dijemput ke Seminar Menggapai Bintang di Kuantan yang dianjurkan oleh Master Nusrat dan Master Aimi.


Dalam buku itu menekankan sebenarnya dalam setiap ujian itu memang ada hikmah. Paling utama kena melihat dengan mata hati.

Macam mana nak lihat dengan mata hati?

Apa yang saya boleh rumuskan ialah dengan membanyakkan membaca , mendekatkan diri kepada ALLAH, memohon petunjuk dan istikharah dalam apa yang diusahakan.

Orang yang positif akan melihat setiap kesempitan ada kesempatan.

Kemudian datang pula yang bertanya macam mana nak positif?

Positif atau caj baik ini dapat diaktifkan hanya melalui tindakan luaran dan ia akan memberi kesan dalam diri kita.

Ramai orang yang berjaya sentiasa usaha membaca buku untuk menjana lebih banyak cas positif dalam diri mereka.

Hatta membaca Quran dan membaca kisah-kisah yang terkandung di dalamnya akan membantu kita melihat kisah positif yang mahu ALLAH sampaikan kepada kita.

Jangan lupa , sebagai manusia yang kerdil pengharapan sepenuhnya pada ALLAH membantu kita menjadi kuat dan lebih positif.

Keyakinan tidak datang dalam sehari dua dengan menjaga semua solat sunat dan dzikir. Ia makan masa ibarat menanam pokok. Paling utama ialah istiqamah dalam beramal.

Dua kali ALLAH tekankan dalam surah Al Insyirah. 



Memang masa kecil dulu mak selalu pesan amal surah ni lepas solat. Supaya setiap ujian dan kesulitan yang datang akan buatkan kita yakin bahawa akan datang kesenangan dan kemudahan.



Ada kawan bertanya " Cuba awak terangkan kalau anak sakit, mana istilah dalam kesempitan ada kesempatan?" 

Bila anak sakit, kita terpaksa minta cuti sebab nak jaga anak. Memang satu kesempitan la kan?

Tapi kesempatan yang tersembunyi ialah - kita ada masa untuk anak. Biasanya anak sakit ni bila dia perlukan perhatian yang lebih dari ibu bapanya.

Begitu juga kalau kita sendiri yang sakit . Kesempitannya biasa kerja tergendala. Tapi kesempatannya ialah kita akan punya masa untuk berehat dan waktu itu kita cari Allah supaya nak cepat baik.

Semua yang ALLAH ciptakan ada yang hikmahnya. Cuma kita jarang melihat hikmah selagi hati kita tak redha dengan apa yang ALLAH aturkan.

Oleh  itu bagus amalkan membaca surah Al Insyirah ini dalam seharian. Supaya hikmah senang terbuka.

Dah terlambat ke kalau baru nak amalkan? 
Jawapanya tidak...better late than never. 

Kalau nak lebih khusus kena cari guru bukan sebarang amal.

Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.
Amal tanpa ilmu adalah merbahaya.

Maka sesungguhnya  sesudah  kesusahan itu ada kesenangan (5) Sesungguhnya  sesudah  kesusahan itu  ada kesenangan (6)





Salam Jumaat!
Jangan lupa membanyakkan membaca selawat " Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala alihi wasohbihi wassalam".

Moga kita beroleh syufaat Rasullah di akhirat kelak!


Salam sayang
Ibu Addinnasa.

Catat Ulasan

0 Ulasan