Entry ini saya tujukan pada seorang hamba Allah dan saya yakin anda tahu entry ini khas untuk anda.
Sesungguhnya setiap kita ini diberi satu anugerah iaitu semangat.
Masihkah kita ingat semasa kita masih kecil, kita mula belajar bergerak melepaskan diri dari kain bedung yang mak kita ikat?
Dah mula bebas dari kain bedung kita mencari jalan bergolek ke kiri dan ke kanan sambil cuba mendongakkan kepala untuk mengisi perasaan ingin tahu apa yang berlaku di depan mata kita.
Bila mak ajar kita duduk, kita mula nak merangkak. Nak mula menggapai benda yang ada depan mata. Selepas belajar memaut kita beranikan diri bertatih perlahan-lahan. Tanpa jemu dan semangat yang membara kita berlatih berjalan sehingga badan kita mula stabil.
Tak cukup berjalan, semangat yang gah itu mencabar kita belajar berlari!
Wah kini semuanya dah mahir...kita dah mula bergelar kanak-kanak, seterusnya remaja dan dewasa.
Mungkin ada antara kita yang terpaksa melaluinya tanpa ada kerelaan untuk membesar dan tidak puas dengan dunia kanak-kanak.
Namun perasan tak bila makin membesar kita melalui banyak cabaran. Cabaran demi cabaran. Ada antara kita yang hilang semangatnya entah mengapa. Ada yang belajar dari pengalaman dan semangatnya terus menerus membara melayari bahtera kehidupan.
Jom kita cari semangat yang hilang! Bangkitlah dari lena yang panjang! Usah lagi memgelamun. Kini bukan masa untuk bersenang tetapi masa untuk kita berubah kepada kehidupan yang lebih baik dan membantu lebih ramai orang lain yang turut mahu berubah.
Buat kamu sahabat; belum terlambat untuk berjuang sehingga ke titisan yang terakhir.
Apapun pesanku
Anak raja naik kuda
Kuda diikat dengan tali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali!
Sahabat seperjuanganmu
Norita
0 Ulasan