Gambar kenangan Umrah Special 2014

Masih ingat kali pertama saya dijemput menunaikan umrah bersama Shaklee....satu kenangan terindah dalam hidup. Menjadi impian saya bertahun sebelum itu untuk menunaikan umrah melalui Shaklee. Syukurnya pada tahun 2012 impian saya menjadi kenyataan.


Syukur juga pada 2013 kami dijemput sekali lagi melalui Shaklee dan kali ini adalah Umrah Dubai.
Setiap kali ke sana saya berdoa untuk datang bersama ahli keluarga saya.
Alhamdulillah Allah kabulkan doa saya dan tercapai juga impian untuk menunaikan umrah bersama seluruh ahli keluarga [ kecuali adik bongsu kerana isterinya dalam pantang] .

Tahun 2014 saya buka perjalanan saya dengan umrah bersama mak dan 5 adik saya termasuk ipar duai, mak ayah mertua, adik ipar, sahabat saya Faiz dan keluarga, mak angkat merangkap bidan saya, turut serta jiran bidan saya dan 2 anak didik bisnes iaitu Nusrat dan Aimi.

Mekah Madinah 2014

Umrah kali ini kerana majoriti adalah ahli keluarga maka saya buat keputusan untuk pilih flight dan hotel untuk kami menginap. Pada 16 Jan kami bertolak dan transit di Dubai. Selepas itu meneruskan perjalanan terus ke Madinah. Cuaca di Madinah sangat sangat sejuk. Pengalaman umrah baru buat kami semua.

Alhamdulillah dapat menziarahi Rasullah saw. Dua kali berpeluang berdoa di dalam Raudhah atau nama lainnya Taman Syurga.

Umrah Family 2014


Shaklee Team 2014

Umrah kali ini adalah pengalaman hebat kerana ramainya umat pada waktu ziarah kali ini.

Selepas bermalam 2 malam di Madinah, kami meneruskan perjalanan ke Mekah pada hari Ahad. Sejurus sampai kami makan malam dan terus melaksanakan umrah bersama-sama.

Sepanjang di sana, ada beberapa tempat kami ziarah seperti pakej umrah lain.
Faiz Shaklee Tukau Miri
Sahabat saya yang dah macam adik beradik sendiri... Faiz dan anaknya Mishary.


Shaklee Umrah 2014
Bersiap nak buat umrah.
Shaklee Miri
Mishary keletihan dan terlena sambil menunggu kami menyiapkan umrah....sesi bertahlul.
Shaklee Miri
Bergambar di Bukit Tsur.
Sebelah kanan gambar ; Faiz [ SID Kawasan Tukau Miri] manakala sebelah kiri sekali Makcik Maznah [SID kawasan Tudan Miri]  

Umrah 2014
Ziarah Ladang Unta sebelum ke Muzium.
Di Muzium
Wajah-wajah riang sepanjang ziarah luar....

Miri Shaklee



Hari perpisahan...

Shaklee Miri

Saat-saat manis sambil menunggu bas untuk berangkat ke airport Jeddah...

Umrah 2014

Pengedar Sah Shaklee
Sahabat seperjuangan.....

Umrah Shaklee 2014
Nusrat, Saya dan Aimi.


Masa berjalan begitu pantas sekali....26 Jan kami selamat sampai ke Kuala Lumpur.

Dan 27 Jan kami berangkat balik ke Miri. Esok dah balik ke KL semula atas perjuangan yang belum selesai....

Moga ada rezeki kita buat umrah lagi !


Salam sayang dari

 N2 @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

1 Ulasan

K'Yoes Channel berkata…
Sangat kenal ngn makcik Maznah ya..org tudan..rezeki nya..