Benarkah Set Penyusuan Shaklee Banyakkan Susuibu ?

Memberikan susuibu pada si manja menjadi impian semua insan bergelar ibu terutama mereka yang nak berikan terbaik buat anak mereka. Bekerjaya bukan satu alasan untuk menafikan hak si manja.


Walau bagaimanapun, seorang surirumah tidak bermakna mereka mudah untuk menyusu dan mudah menjayakan penyusuan lengkap 2 tahun. Ini kerana banyak faktor yang penting untuk menjayakan penyusuan.

Ramai ibu muda yang kurang arif akan ingat bahawa dengan makan vitamin yang sedang popular di pasaran akan terus buatkan susu mereka jadi banyak dan melimpah ruah.

Hakikatnya konsep penyusuan asas perlu dan wajib di fahami oleh ibu2 yang ingin menyusukan anak mereka.

Antara perkara penting yang perlu diutamakan ialah

1. Susu akan banyak apabila lagi kerap anak menyusu atau sistem perahan yang konsisten setiap 2 jam.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 liter sehari.

3. Pemakanan si ibu seimbang dan mencukupi. Ibu yang menyusu tidak boleh skip makan atau hanya light meal sebab si anak perlukan susu yang bernutrisi untuk membesar.

4. Si ibu yang ingin menyusukan anak perlu tahu apakah ubat merancang kehamilan yang boleh digunapakai jika ingin menyusu anak dan waktu yang sama mengamalkan pil perancang keluarga.

5. Si ibu perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan POWER PUMPING terutama apabila si ibu perlu mencukupkan stok keperluan susu anak terutama apabila anak dihantar di taska atau ditinggalkan bersama baby sitter. POWER PUMPING juga sangat penting apabila si ibu tidak dapat mengepam secara konsisten setiap 2 jam di tempat kerja.

6. Si ibu perlu pandai menjaga kesihatan diri dan mengelakkan keletihan melampau atau tekanan perasaan kerana ianya boleh mengganggu penghasilan dan pengeluaran susuibu.

7. Si ibu kena yakin dengan doa dan diri sendiri bahawa susuibu yang dihasilkan mencukupi untuk si manja.

8. Jangan bandingkan diri dengan orang lain tetapi sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.

9. Kekal positif dan bersangka baik dengan hasil usaha sendiri.

10. Sentiasa bersyukur setiap kali selepas menyusukan / memerah supaya tenaga positif kuat dalam diri.


Pengambilan supplement hakikatnya membantu tubuh ibu mendapat zat vitamin dan galian yang sukar untuk dilengkapkan dari makanan harian. Setiap vitamin mempunyai fungsi yang berbeza.

Namun jujurnya hari ini ramai pengedar yang menjual atas dasar bisnes maka mereka akan sarankan 2 produk sahaja iaitu Alfalfa dan ESP.
Walaupun begitu sebagai seorang pengamal tegar selama 15 tahun, set 3M yang sering saya sarankan mempunyai fungsi yang tertentu dan seimbang malah meliputi keperluan ibu secara menyeluruh.

Set Menyusu Miri

Secara ringkasnya :

1. ESP - membentuk dan membaiki sel dalam tubuh. Ia penting untuk ibu dan anak malah komposisi utama dalam susuibu adalah protien. ESP adalah protien lengkap yang diperlukan oleh badan manusia. Ianya protien dari kacang soya yang tidak diubah genetiknya.


2. Vitalea with iron - Ianya adalah multivitamin yang lengkap dengan sat dan galian utama yang diperlukan oleh badan. Antara tanda kekurangannya ialah si ibu mudah rasa nak pitam malah ada yang mudah rasa pening kepala selepas menyusukan anak.

3. Vitamin C - Penting untuk menjadi asas kepada sistem pertahanan badan. Ini membantu si ibu mengawal tekanan yang dihadapi malah ia membantu si manja sihat.

4. B complex - Ia vitamin penting untuk bina darah. Ia juga terkenal sebagai vitamin penenang. Ia membantu si ibu kekal bertenaga dan tidak mudah moody.

5. Ostematrix - Ia adalah kalsium, magnesium dan vitamin D yang sangat penting untuk pembinaan darah, sistem saraf dan keperluan utama pembentukan tulang dan gigi.

6. Alfalfa - ia adalah tumbuhan yang kaya dengan protien dan zat galian [ micro nutrien]. Ia dalam kelompok herba maka pengambilannya memerlukan pengambilan air yang mencukupi dan konsisten.
Bagi ibu menyusu ia sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susuibu. Walau bagaimanapun, alfalfa tidak sesuai untuk ibu yang anaknya yang di diagnose G6PD kerana alfalfa mengandungi vitamin K.
Oleh kerana alfalfa mengandungi vitamin K, pengambilannya oleh ibu menyusu akan mendapati susuibu pekat dan sedikit kuning kehijauan.

Jadi jika anda ibu yang baru dalam dunia penyusuan, pastikan anda tahu vitamin yang anda ambil.
Dapatkan konsult dari pengedar yang membantu anda untuk menjayakan penyusuan.

Banyak entry saya sebelum ini yang berkaitan …sila layari :

1. Rahsia Terbesar Banyakkan Susuibu

2. Hasil Kajian Saya Pemakanan Faktor UTAMA Banyakkan Susuibu

3. Set Penyusuan Shaklee yang Sesuai dengan SAYA?

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
   These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
    Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari        
    rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email
   Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
   Gmail : addinnasa[@]gmail.com



  ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

   Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan