Kini semuanya kisah kesihatan......

Dari sehari ke sehari, sehingga berbulan entah makan tahun rasanya...saya memang menyimpan keinginan nak beli basikal untuk exercise dalam rumah.... survey memanjang belinya tidak juga. So semalam saya nekad nak beli sebuah sebab pada saya ia penting untuk penjagaan jantung. Memang makan vitamin namun itu satu bahagian lain. Exercise tetap perlu demi memastikan jantung kita dapat berdegup dengan baik, perjalanan darah lebih lancar.

Memandangkan ada sales raya dan banyak banner yang seolah2 mencuri pandangan mata dan hati saya, saya memujuk suami dan anak2 pergi ke fitness centre di Bintang Mall. Puas saya belek2 satu persatu namun perhatian saya lebih kepada bentuk basikal. Syukurnya penjual wanita itu jujur...katanya " Akak, kalau berbasikal duduk maka mucles dibahagian peha akan lebih besar" . Tersenyum saya dengan ayat penjual itu. Saya teruskan pencarian...sehinggalah jumpa yang saya minat iaitu.....


Basikal dan waktu yang sama boleh berdiri sambil mengayuh.... harganya boleh la tahan RM2k++ namun bukan itu menjadi ukuran kerana pada saya harga jantung lebih mahal.

Inilah pelaburan kedua saya selepas membeli vitamin. Nak cuba istiqamah setiap hari sediakan 15-30 minit bersenam sambil tengok tv....hehehehe.

Sebelum pulang pula, kami singgah di stall yang menjual fruit juicer. Ianya unik sebab tak guna blade maka buah tak teroksida.

Harga dia boleh tahan RM1k++...namun saya cuma kata nanti saya pertimbangkan. Walau anak2 saya puas pujuk suruh beli tadi saya kata, balik fikir dulu la .... sebab baru jek beli basikal tadi.
Namun jauh di sudut hati memang tertarik la sebab jus yang keluar memang fresh dan kaya dengan serat. Siapa yang dah tengok hurom slow juicer ni memang pasti akan tertarik.
Saya beritahu suami, jika saya beli maka saya nak avoid dinner. Dinner minim air buah aje. hehehehe....berangan dulu. Nanti2 la saya fikirkan sama ada nak beli atau tidak.

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan