Penyusuan susuibu : Apa yang PERLU ibu lakukan?

 Bercerita tentang kejayaan penyusuan susuibu, ia bukan hanya terletak kepada berapa banyak jumlah oz yang si ibu kumpul tetapi dalam banyak konteks yang lebih luas. Ini kerana wanita yang bergelar ibu juga mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada si suami.

Ada beberapa perkara yang si ibu perlu lakukan sepanjang penyusuan jika benar bersungguh mahu melengkapkan penyusuan susuibu selama 2 tahun.

1. Si ibu perlu pastikan pengambilan makanan yang seimbang.
Mengapa perlunya makanan seimbang? Supaya segala zat dan keperluan nutrisi untuk si anak untuk membesar dapat dipenuhi. Ini perlulah diamalkan sejak si bayi dalam kandungan lagi. Di dalam perut lagi si anak bergantung sepenuhnya dengan pemakanan si ibu. Dah beberapa kes yang saya temui, si ibu semasa mengandung mengalami kenaikan berat badan yang mendadak tapi bila lahirnya bayi tidak sampai 2 kg berat bayi tersebut. Tidak kurang bagi ibu menyusu, bentuk badan segelintir ibu yang membesar lebih cepat berbanding pembesaran yang sepatutnya dialami oleh si anak tadi. Ini biasanya berlaku berkemungkinan badan ibu mempunyai metabolisme yang rendah.


2. Si ibu perlu kerap minum air.
Keperluan air bagi ibu menyusu biasanya antara 2-3 liter sehari. Sehari bermakna dalam kitaran 24 jam. Si ibu perlu pandai membahagikan masa dengan keperluan air yang perlu diambilnya. Air ini diperlukan oleh tubuh untuk melancarkan penyerapan segala vitamin dan zat yang diambil oleh si ibu. Ditambah susuibu itu sendiri dalam bentuk cecair maka keperluan air sangat penting. Janganlah merungut kerana terpaksa kerap ke tandas, kerana ia juga bagus untuk proses penyingkiran toksin dari badan kita.


3. Si ibu perlu selalu tenang.
Ceria dan gembira bila kita dapat sesuatu atau apabila menatap wajah si anak. Ianya sangat perlu kerana hormon oksitosin akan banyak dirembeskan apabila si ibu gembira. Ia mempengaruhi penghasilan susuibu. Selain itu perasaan ibu yang tenang mempengaruhi hati dan dan jiwa anak. Terutama semasa menyusukan secara langsung. Jika si ibu itu sedang marah, moody atau mudah merajuk, perasaan itu turut disalurkan pada si anak ketika dia sedang menyusu. Sebab itu pentingnya ibu yang ceria dan tenang. Ia mempengaruhi jiwa dan perasaan anak. Jika tak percaya, cuba lihat anak yang mudah marah dan anak yang mudah merajuk. Ianya adalah kesinambungan si ibu.


4. Si ibu perlu mendekatkan diri dengan Al Khaliq.
Susuibu itu keluar dari payudara si ibu dengan izin Allah. Maka pentingnya mempunyai hubungan baik dengan ALLAH. Ada ibu yang memang mempunyai masalah penghasilan susu. Maka apa yang boleh disarankan, cuba solat sunat dua rakaat pada sepertiga malam, selepas memberi salam, sujud sekali lagi dan bacalah selawat nabi sebanyak mungkin dan berdoalah
 " Ya ALLAH Tuhan yang menguasai segala pintu rahmat dan rezeki, ampunilah segala dosa2 ku. Ampunkan segala dosa2 yang menghalangi rezekiku. Ampuni aku, kasihanilah aku dan dengan rahmatMu lapangkanlah rezeki susuibu untuk anakku ini."
Amalkan doa ini dikala senang mahupun susah, nescaya jiwa kita juga selalu tenang.
Ibu juga digalakkan membaca zikrullah sepanjang mengepam atau menyusukan bayi agar hati dan jiwa yang terbentuk adalah jiwa yang tenang dan hati yang tawaduk pada Ilahi.


5. Si ibu perlu sihat.
Bagi wanita yang bergelar ibu, perlu sihat bukan hanya untuk uruskan susuibu dan anak sahaja, namun sebagai seorang isteri yang mampu menjalankan tanggungjawab pada suaminya. Ramai isteri yang hebat dalam kerjaya, malah yang banyak stok susuibu yang dihasilkan namun sayangnya, keperluan batin si suami tidak dapat dipenuhi atas alasan sering kepenantan dan malam tidak sihat. Maka ini perlu diatasi dengan pengambilan supplement yang boleh membantu.


6. Si ibu perlu peka dengan penampilan diri.
Ibu yang menyusu, hebatnya bukan terletak pada stok susu ya. Hebatnya apabila mampu seimbang dalam banyak faktor yang dinyatakan. Penampilan diri juga perlu turut dipertimbangkan. Ini kerana terdapat segelintir ibu yang menyusu wajahnya nampak kusam dan kelihatan tidak kemas. Selain itu pengamalan memakai baju yang berhemah juga sangat perlu untuk menyusukan anak di tempat awam. Ini agar tidak menimbulkan perasaan tidak senang oleh mereka dari kaum adam yang lain. Ini juga sangat perlu agar si ibu itu dapat menyusukan anak tanpa was2 dan selesa di tempat awam.

 7. Si ibu perlu pertimbangkan pengambilan supplement.
Penyataan ini hanya untuk ibu yang tidak mengambil makanan yang seimbang.
Makanan yang tidak seimbang adalah mereka yang kerap makan luar, mereka yang suka makanan segera, mereka yang suka makan bergoreng, mereka yang suka makanan manis, mereka yang tidak suka makan buah dan sayur sayuran. 
Selain itu wajar dipertimbangkan oleh ibu yang mempunyai masalah keletihan melampau, kulit wajah yang kusam, masalah kedinginan rumah tangga. Tidak kurang juga bagi ibu yang mempunyai masalah dengan anak yang kerap sakit walau minum susuibu serta anak yang tidak membesar selari dengan umurnya.



Moga perkongsian ini memberi manfaat pada ibu diluar sana. Semoga perjalanan anda penuh barakah.
Wassalam.


 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com 
Gmail : addinnasa[@]gmail.com 
Call/Whatsapp : 012-853-5689 


Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Catat Ulasan

0 Ulasan